"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gudang terbakar: 2 warga Bangladesh disahkan maut

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

Iskandar Puteri: Dua daripada tiga pekerja warga Bangladesh yang parah dalam kebakaran membabitkan empat gudang di Kawasan Perindustrian SILC di sini, khamis lalu, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, seorang mangsa meninggal dunia jam 10 malam semalam, manakala seorang lagi meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi.

"Punca kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun meninggal dunia disebabkan kecederaan terbakar yang teruk.

"Seorang lagi yang parah masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Khamis lalu, tiga daripada gudang itu terbakar 80 peratus, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan 10 peratus.

Tiada ulasan: