"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peniaga warga asing keras kepala atau peruntukan undang-undang yang ada tak cukup kuat dan penguatkuasa tak amanah

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
khairil.ashraf@hmetro.com.my
TINJAUAN semula mendapati peniaga warga asing masih melakukan aktiviti berniaga di lokasi yang pernah diserbu pihak berkuasa. FOTO Ahmad Ukasyah

TINJAUAN semula mendapati peniaga warga asing masih melakukan aktiviti berniaga di lokasi yang pernah diserbu pihak berkuasa. FOTO Ahmad Ukasyah
Kuala Lumpur: Warga asing di Jalan Silang, Lebuh Pudu dan Kota Raya atau lebih dikenali dengan jolokan 'Mini Dhaka' seolah-olah tidak serik apabila masih berniaga walaupun sering diserbu pihak berkuasa.

Tinjauan Harian Metro mendapati peniaga warga asing terbabit berniaga sireh, manisan dan rokok seludup bermula pada waktu tengah hari.

Pemerhatian kiga mendapati lebih lima peniaga asing berniaga di tepi kaki lima berhadapan beberapa premis di kawasan berkenaan.

Sebaik sahaja gambar mereka diambil oleh lensa kamera, warga asing yang berniaga itu terus memasuki premis dan meninggalkan barangan yang dijual.

Pemandu teksi, Abdul Malek Md Said , 58, menyifatkan isu warga asing berniaga di kawasan itu tidak berkesidahan walaupun sering diserbu pihak berkuasa.

Katanya, tindakan penguatkuasaan yang diambil lokasi seperti di 'Mini Dhaka' ini dilihat tidak menyeluruh.

"Memang dia (pihak berkuasa) menjalankan operasi atau tindakan, tapi kenapa masih lagi berniaga sampai sekarang. Kelihatan (tindakan itu) tidak ada kesan," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa terhadap warga asing yang berniaga haram seperti yang dilakukan oleh negara jiran, Singapura.

"Selain itu, penguatkuasaan juga seharusnya berterusan. Jadi, warga asing yang berniaga haram ini akan takut dan mereka tak nak langgar peraturan lagi," katanya.

Pekerja teknologi maklumat, P Raja Suriya, 31, berkata, tindakan warga asing yang berniaga secara haram di lokasi berkenaan akan menjejaskan pemandangan di lokasi tumpuan pelancong.

Katanya, warga asing yang masih berniaga di lokasi pernah diserbu itu juga akan menyebabkan kawasan itu menjadi kotor disebabkan barang yang dijual oleh mereka.

Oleh itu, dia mencadangkan pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan 'hotspot' seperti di Jalan Silang, Lebuh Pudu dan Kota Raya yang menjadi tempat tumpuan warga asing.

"Undang-undang juga perlu diperketatkan. Jika berniaga tanpa lesen, sita barang-barang atau premis mereka ini," katanya.

Tiada ulasan: