"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tol PJ Selatan di NPE dikurangkan

Kadar tol Petaling Jaya Selatan (PJS) 2 di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Kuala Lumpur akan dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, kadar baru tol berdekatan Taman Medan dan menghala ke Bandar Sunway itu akan mula berkuat kuasa selepas pukul 12 tengah malam ini.

"Saya sudah janji bahawa kita akan buat terbaik untuk rakyat dan ini adalah contoh apa yang kita buat adalah demi rakyat," katanya semasa berucap pada Pesta Chap Goh Meh anjuran BN Selangor.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: