"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Saiful Bahri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Saiful Bahri. Papar semua catatan

Kemana lagi Adun UMNO Paka, Zakaria nak lari?

Ustaz Saiful Bahri


Selepas para pelajar, ibu-bapa, kakitangan sekolah serta masyarakat awam berdemontrasi membantah tindakan 5 JKKK yang merampas tanah sekolah 12 Februari tempoh-hari, barulah buat pertama kali pihak pemimpin Umno-BN bersuara. Adun Paka khususnya membuat sidang media di Permai Inn, Kuala Terengganu. Tempoh 7 hari diberi kepada penulis untuk menarik balik tuduhan bahawa beliau lari ke Resident Resort ketika demontrasi ke pejabat beliau diadakan untuk menyerah memorandum bantahan kepada Adun Paka sendiri.


Tempoh 7 hari hampir tamat
Gambar demo semuka penuh oleh akhbar Sinar harian
Tetapi apa yang malang dan menyedihkan berdasarkan laporan media iaitu Sinar harian yang bertarikh 14 Februari dan Berita Harian keluaran Ahad itu serta pengamatan yang dibuat oleh penulis melalui rakaman video terhadap Sidang Akhbar tersebut didapati Adun Paka, YB Zakaria memberi maklumat bohong, palsu serta berasaskan fitnah semata-mata.

Amat malang, bagaimana seorang yang berstatus wakil rakyat yang sepatutnya telus, adil serta memberikan jawapan yang berasaskan fakta dan kebenaran tetapi bertindak sebaliknya. Tuduhan dan tohmahan berdasarkan emosi dan nafsu beliau yang jelas bersikap wakil kroni dan bukannya wakil rakyat. Beliau bercakap dihadapan wartawan yang tidak mengetahui kedudukan sebenar dan ianya dilapurkan kepada rakyat secara sehala.14 perkara yang dibangkitkan oleh Adun Paka untuk menghalalkan tindakan pihak pemimpin Umno-BN dan JKKK yang bertindak merampas tanah Sekolah Rendah Agama Islam Darul Bayan adalah kenyataan dan jawapan yang amat dangkal.

Penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan satu persatu dan menjawabnya disini. Bahkan penulis telah membuat kenyataan akhbar yang telah disiarkan kelmaren oleh Sinar Harian pada 20hb Februari 2012 dengan mencabar pihak Adun Paka untuk diadakan “Debat Rakyat” dalam isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ini agar masing-masing boleh mengemukakan hujjah dan boleh dijawab secara adil dan seimbang.Surat rasmi sudah dihantar ke Pejabat Adun Paka dengan tarikh serta tempat boleh ditentukan oleh pihak Adun Paka sendiri untuk diadakan di kawasan Dun Paka sendiri. Pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Tidak guna beliau bercakap dan berhujah dihadapan wartawan tetapi biarlah beliau berani berhadapan dengan rakyat beliau sendiri dan biarlah rakyat boleh menjadi hakim.
Kenyataan akhbar untuk cabaran debat rakyat kepada Adun Paka
Tajuk debat juga telah disarankan berdasarkan persoalan yang dibangkitan beliau ketika siding media tersebut iaitu : “Siapa Rampas tanah Siapa?” atau persoalan kedua yang beliau bangkitkan : “Siapa Yahudi, Siapa Palestine?” Adakah beliau berani? Atau beliau sekali lagi nak melarikan diri daripada menghadapi kebenaran dan rakyat beliau sendiri? Atau beliau hanya berani menipu dihadapan wartawan semata dan tidak berani berhadapan dan bersemuka di pentas terbuka? Berani kerana benar, takut kerana salah!Mengenai jawapan Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said dihadapan wartawan sebagaimana yang disiarkan oleh Berita Harian Ahad lalu, penulis tak berminat untuk mengulasnya kerana zahir sangat bahawa beliau tak tahu apa-apa, hanya membuat kenyataan bodoh sahaja.
Laporan SPRM oleh Pengerusi J/K Bertindak dan Guru Besar SRIDB
Hari Ahad lalu juga pihak Jawatan Kuasa Bertindak terhadap rampasan tanah SRI Darul Bayan telah membuat report dan aduan kepada pihak SPRM Kuala Terengganu agar diadakan siasatan menyeluruh terhadap bagaimana rampasan tersebut boleh berlaku dan kita berkeyakinan adanya salah-guna kuasa berlaku terhadap prosedur yang membawa kepada tindakan rakus serta zalim ini.

Semua cara akan digunakan bagi mempertahan tanah Sekolah agama ini yang dibangunkan menggunakan harta zakat dan wakaf orang ramai dan semoga mereka yang terlibat dengan kezaliman ini insaf dan kembali ke pangkal jalan. Amen.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

YB BN lari ke Resident?

Ustaz Saiful Bahri

Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah. Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad (12 Februari - pengarang) hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.
Papan tanda pembinaan anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK
Peserta demo berarak ke pejabat Adun Paka
Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran
Pelajar muslimat juga turut serta
Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!
Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?

Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???

Isu masjid: Dah berak merata, jangan tuduh orang lain


Ustaz Saiful Bahri
Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di Cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah. Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah tak de isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.

Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.

Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.

Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi ‘ggabus’ Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat di qariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang.

Ketika PAS memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di Dun Tepuh. Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan di atas.

Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu Rasulullah s.a.w. mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri. Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah s.a.w. maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi.

Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (calon PAS 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka. Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada Masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat. Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di masjid yang dibina oleh orang PAS sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka Kampung Sura itu sendiri.

Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai Masjid Kg. Pinang Merah, Masjid Kg. Nyior dan Masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada RM3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing Tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaikpulih dan diperbaharui.

Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan di kalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang di masjid mereka.

Begitu juga masjid di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.

Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau di seluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya. Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina Islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak.

Jika Imam itu dikatakan penyokong PAS nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian imam & bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin PAS dipersalahkan. Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Diharap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain.

Kisah benar Pemimpin Umno & pekerja yang dibuang!

Ustaz Saiful Bahri
Penulis mendengar kisah dari seorang bekas pemimpin Umno, bekas Exco negeri Terengganu yang kemudiannya keluar dari parti Umno-BN. Pernah bertanding atas tiket Semangat 46 dan istiqamah sebagai pembangkang sehingga ke penghujung usia beliau. Allahyarham menceritakan cara politik kotor pemimpin Umno yang kekadang tidak pernah terfikir oleh rakyat biasa.

Sebuah kilang kayu yang mempunyai berpuluh pekerja. Apabila hampir dengan waktu-waktu pilihanraya seorang YB Umno mengarahkan supaya pihak pengurus kilang berkenaan yang berada dalam kawasan pilihanraya beliau untuk membuang para pekerja beliau dengan memberikan pelbagai alasan. Ini menyebabkan para pekerja marah dan melakukan demontrasi serta mengadakan mogok. Apabila diadakan perbincangan dengan pihak pengurusan, ianya gagal dan pihak pengurusan tidak boleh membuat apa-apa dengan alasan penstrukturan semula syarikat kerana kerugian dan untuk mengelak syarikat daripada ditutup.

Dalam dok sibuk-sibuk macam tu, YB tersebut hadir dihadapan orang ramai yang sedang berdemo dan mogok tersebut. Beliau berucap sambil emosi seolah beliaulah pembela kepada hak rakyat. Dengan suara tegas dan marah-marah beliau memberi jaminan sebagai wakil rakyat, selaku ADUN, YB tersebut berjanji bahawa perkara tersebut akan diselesaikan. Beliau masuk ke bilik pengurusan dan berbincang dengan pihak pengurus (pura-pura berbincang le kononnya). Beberapa minit beliau keluar dengan ditemani oleh pihak pengurus, YB tersebut mengumumkan bahawa hal tersebut sudah selesai. Semua pekerja diambil balik dan beliau akan memastikan kilang berjalan seperti biasa.

Orang ramai menangis kegembiraan serta berkata: “nasib baik ada YB kita”…berteriak “hidup YB.. hidup YB” sambil mengangkat dan menjulang YB kerana dianggap sebagai penyelamat kepada periuk nasi mereka. Beliau menjadi 'hero' dan pada pilihanraya berikutnya beliau menang lagi dalam pilihanraya. Kekallah mereka sebagai penyokong tegar Umno… dulu,kini & selamanya.

Mungkin kita tak terfikir untuk melakukan yang demikian. Kalau adapun dalam cerita P.Ramlee. Itupun akalan Sarif Doll, samseng kg. Dusun. Tetapi itulah antara cara Umno membuli rakyat yang sebangsa dengan mereka. Mereka tidak mampu untuk membuli bangsa lain seperti cina dan india tetapi hanya mampu mengambil kesempatan atas kelemahan dan kedunguan bangasa mereka yang marhaen.

Tahun 1999, Umno menjanjikan 25,000 peluang pekerjaan. Sudahlah janji lalu tidak tercapai dan terbaru MB Mat Said menjanjikan 82,000 peluang pekerjaan baru. Tetapi pekerjaan yang sedia ada makin kurang? Kilang Metro-pacific di Batu enam ditutp. Ramai mana para pekerja diberhentikan. Kilang kayu Pesaka ditutup. Meskipun dapat balak anugerah kerajaan pun boleh rugi? Heran bin ajaib. Kilang plywood Bandar Durian Mas juga ditutup. Ramai pekerja yang bekerja dikalangan penyokong Umno tegar tetapi sehingga kini darah mereka masih cap dacing lagi.

Yang terbaru apabila para pekerja TADC dibuang kerja. Rasanya apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Pemimpin Umno-BN? mereka perabih berates juta demi monsoon-cup yang manfaatnya bukan untuk rakyat Terengganu tetapi apalah sangat dengan rayuan rakyat Terengganu yang dikorbankan itu sebelum hariraya korban.

Buat sementara mungkin para pekerja yang dibuang itu disarankan dapat menjual kepok lekor atau ABC dimusim hujan nanti pada 22hb Nov apabila monsun cup bermula di kuala Terengganu atau jadi pengutip bola golf semasa pemimpin Umno bermain golf.

Pekerja TADC dibuang kerja.

K.Terengganu : Ahad 6 Nov 2011- Seramai 22 pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) memohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi menyelesaikan isu pemberhentian kerja yang disifatkan tidak adil.

Wakil pekerja terbabit, Mohd. Razak Salih berkata, campur tangan Menteri Besar terpaksa dibuat setelah pihaknya gagal mendapatkan penjelasan daripada pengurusan syarikat di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) itu.

"Mereka (syarikat) seolah-olah tidak memberi peluang langsung kepada kami untuk mendapatkan penjelasan kerana sebelum notis pemberhentian itu ialah cuti Hari Raya Aidiladha," katanya kepada pemberita selepas mengetuai perhimpunan aman di Kuala Terengganu, Ahad lalu (6 November 2011).

Para pekerja yang menerima notis pemberhentian kerja itu terdiri daripada pekerja tetap dan kontrak termasuk berjawatan pengurus dan eksekutif syarikat yang telah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.

Katanya, ada di antara mereka menerima imbuhan serendah RM22.20 sedangkan pekerja tersebut telah berkhidmat hampir setahun bersama TADC. Menurut beliau, kriteria pekerja yang dibuang juga tidak diberitahu sedangkan ada di antara mereka yang telah bekerja sejak awal penubuhan TADC iaitu pada tahun 2006.

"Saya dengar akan ada lagi pekerja yang akan dibuang daripada keseluruhan 70 pekerja TADC untuk fasa kedua nanti," katanya.

Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja.

Ustaz Saiful Bahri
Pada 31 Disember 2010, pelaburan yang dicatatkan oleh Negeri Selangor berjumlah RM668 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM900 juta.

Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah memperlihatkan lonjakan jumlah pelaburan dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri. Pada Suku Tahun Kedua 2011, pelaburan telah mencapai RM557 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri meningkat kepada jumlah RM1.2 bilion.

Kalau dilihat perkembangan negeri Pulau Pinang pula dalam menguruskan kewangan. Kumpulan Wang Disatukan Negeri Pulau Pinang telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion. Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Manakala Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja

Bagaimana pula negeri Terengganu. Negeri tanah airku yang diperintah oleh Datuk Mat Said. Kalau bab berbini, kita orang pas memang tabik spring kat Mat Said ni. Ikut sunnah Nabi..lah katakan… tinggal satu saje tunggu kuota penuh. Tapi bagaimana menguruskan kewangan negeri???

Audit ketika melapurkan bahawa, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. Umno ni memang tak tahu bayar hutang. Buat hutang tau le. Kalau Kerajaan Kedah ditinggal tahik hutang kepada rakyat 2 billion tanpa pernah membayarnya tetapi bermula zaman Ustaz Azizan ni dah start bayar 10j. Orang cakap ulama Pas tak pandai memerintah. Nak urus ekonomi macamana??? Tetapi tengoklah sendiri prestasi negeri-negeri diperintah oleh PR berbanding negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Klau kata haprak… berasa hati.

Zaman Pas memerintah meskipun sebelum itu Kerajaan Terengganu dah mempunyai limpahan royalti tetapi Terengganu masih berhutang melebihi 700j tanpa berbayar dan apabila Pas memerintah yang ketika itu Tok Guru Hj Hadi sebagai MB mula membayar 37j hutang yang dibuat zaman Umno-BN. Bahkan semasa Pas dijatuhkan, kerajaan masih lagi mempunyai simpanan tunai yang ditinggalkan oleh pimpinan Pas melebihi 400j. Habis bila ia nya diperintah kembali oleh pimpinan Umno-BN kemana hasil ini semua bahkan kini rakyat Terengganu menanggung hutang hampir mencecah 1 billion.

Mat Said juga gagal membuat asset serta simpanan wang tunai dua tahun berturut-turut dengan kadar ‘kosong’ bagi tahun 2009 & 2010. Dahlah simpanan tunai kerajaan Negeri Terengganu menyusut pada tahun 2008 ketika beliau mula memerintah dengan kadar 6 juta sahaja daripada 89 juta dizaman Idris Jusoh bagi tahun 2007. Nampaknya rakyat Terengganu ditinggal telur sahaja oleh Datuk Mat Said. Itupun sebab bininya dua sebelum ini… boleh le sebutir sorang dan kita berkeyakinan setelah tambah bini sorang lagi ni… dan kalau beliau diberi kuasa untuk memerintah lagi.. nescaya sebijik ‘0’ lagilah wang tunai kerajaan Terengganu hasil kebijaksanaan Mat Said memerintah Terengganu meskipun mendapat royalti serta bajet negeri yang diluluskan sebanyak 6 billion semenjak 3 tahun beliau memerintah. Yelah sejak makan ubi gadung ni.. Nampak sangatlah ‘kebijaksanaan’ beliau.

Dah le buat hutang makin banyak… tak reti nak bayar pulak tu, sumber selain royalti hanya mampu dicari 150j sahaja dan asset tunai hanya kosong berturut-turut. Cakap berdegar-degar meluluskan bajet melebihi Selangor!!! Macam tu nak kekalkan Mat Said lagi ke???

Bendera Pas, Terengganu berkibar di Tripoli?

Ustaz Saiful Bahri

Bendera merah, hijau serta hitam bulan bintang berkibar gagah di Libya dan khususnya dibandar Tripoli. Apatah lagi di medan yang pernah dijadikan Ghadafi sebagai medan Negara untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada beliau kini sudah ditawan dan dikibarkan bendera baru iaitu bendera perjuangan Majlis Peralihan Kebangsaan. 

Nampaknya perjuangan pembangkang di Libya mula menampakkan hasil. Setelah enam bulan kempen untuk menjatuhkan Ghadafi, hari ini barulah usaha tersebut berjaya. Pasukan pembangkang telah memasuki wilayah Tripoli dan mengistiharkan pelucutan jawatan Ghadafi.


Pemimpin pembangkang Libya yang merupakan bekas menteri undang-undang kini adalah pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan., Mustafa Abdel Jalil mengisytiharkan berakhirnya era pemerintahan Kolonel Muaamar Ghadaffi dengan pengambilalihan ibu negara, Tripoli.


Mustafa berkata, beliau berharap bekas pemimpin Libya itu akan berjaya ditangkap hidup-hidup bagi membolehkannya dibicarakan secara adil. Bercakap dalam sidang akhbar khas, Pemimpin pembangkang itu turut mengucapkan syabas kepada seluruh penduduk Libya di atas kejayaan bersejarah mereka itu. Ianya kejayaan perjuangan rakyat.


Sehingga saat ini, Muaamar Ghadafi masih belum ditemui walaupun laporan awal mengatakan dua orang anaknya termasuk Seif al-Islam telah pun ditahan oleh anggota Majlis Peralihan Kebangsaan.
Diharapkan kejatuhan satu lagi tirani sekular yang berkuasa di Libya dengan agenda sosialismenya itu dapat menyuntik kebangkitan rakyat bukan hanya di negara arab tetapi juga diseluruh negara umat Islam. Selapas Ali Zein Abidin, Mubarak, Ghadafi dan sedang menanti Ali Solah di Yemen.


Kibaran warna bendera Pas dan warna bendera Terengganu itu diharapkan dapat memberi semangat kebangkitan khususnya kepada pejuang Pas di Terengganu agar berjaya mengebarkan bendera Pas di Wisma darul Iman dalam pilihanraya 13 nanti InsyaAllah. 

Masjid Jesus Crist?

Ust Saiful Bahri

Kehebatan toleransi dan hikmah daripada menghulurkan Islam sebagai agama yang selamat dan sejahtera. Tiada paksaan dan tidak berdasarkan emosi ammarah telah mendorong Islam berkembang dengan dakwah dan tauladan. Banyak negara memilih ajaran Islam bukan melalui peperangan tetapi? menawan hati dengan kebijaksanaan. Termasuklah di China dan negara kita sendiri. Melaui suri tauladan dan akhlak yang tinggi.

Perjanjian Hudaibiah dilihat bagaimana sikap toleransi yang tinggi yang diamalkan oleh Rasulullah Saw yang tidak dipersetujui oleh sahabatnya sendiri tetapi akhirnya terbukti apa yang dipilih Rasulullah Saw itu merupakan kemenangan dan kejayaan.
Apa yang digariskan oleh Islam merupakan garis tengah. Jika dipraktikkan nescaya ia memudahkan dan memberi pengisian dan diterima oleh fizikal, mental dan spiritual berdasarkan fitrah ciptaan Ilahi.

Cuma bagi orang yang jahil, mereka akan melenting berdasarkan hawa dan nafsu dan bukannya berdasarkan ilmu yang benar. Apatah lagi apabila politik sempit sudah menjadi tempurung yang membataskan pemikiran jahiliyyah mereka daripada menerima kebenaran Islam yang lebih luas.

Kita melihat komen yang dilemparkan oleh Naib presiden Umno, Zahid Hamidi dengan isu masjid di Pulau Pinang. Walaupun keputusan itu dikeluarkan oleh majlis fatwa P.Pinang, beliau tetap mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri. Bagaimana agaknya kalau sebuah masjid di Pulau Pinang diberi nama Masjid Jesus Crist? Agak-agaknya jadi gila dan mengamuklah pejuang-pejuang Umno-koko di Pulau Pinang???

AMMAN — Mungkin anda terkejut saat melihat nama sebuah masjid di kota Madaba, Selatan ibukota Jordan, Amman yang dinamakannya dengan 'Masjid Jesus Christ'. Bagi media barat, Masjid ini dipuji lantaran menjadi masjid pertama di dunia arab yang dinamai Jesus. Namun masjid Jesus Christ di Madaba bukanlah satu-satunya. Di Tripoli, ada masjid bernama masjid Isa Bin Maryam. Nama serupa juga digunakan sebuah masjid di Giza, Mesir.

Selain dunia arab, ada sejumlah masjid di AS, yang mengabadikan nama Jesus sebagai nama masjid seperti Masjid di Stratford, Connecticuit, dan satu lagi masjid di Columbus, Ohio. Menurut surat kabar Al Quds Al Arabiya, apa yang membuat Masjid Jesus Christ begitu istimewa adalah baik umat Islam dan Kristian telah menunjukkan kesungguhan dan gembira dengan penamaan masjid itu. ANSA melaporkan idea nama Jesus berasal dari Jamal Al Sufrati, imam masjid.

Ketika ditemubual, Jamal mengungkap tidak ada satupun masjid di dunia Arab yang memakai nama Jesus. "Dunia Arab penuh dengan masjid yang dinamai semua nabi kecuali Jesus," katanya. Penamaan itu dimaksudkan untuk meningkatkan kesan kebersamaan dan toleransi. Apalagi ada semacam ketegangan dari dua pengikut agama akibat lukisan kartun Nabi Muhammad SAW.

Bagi dunia Islam, nama Jesus agak asing kerana mereka lebih mengenalinya sebaga Isa al-Masih anak Maryam.

Lutut Mat Sabu & Lutut Najib


Saiful Bahri
Bab mati, bab sakit orang tak bergurau atau main-main. Ianya dilarang agama. Sebab itu apabila media melapurkan bahawa PM cedera lutut ketika mhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwcoIv-qjd_vGHCdOPZZRbJNxx-T-L9VeJGDd8-Qj4wH46qALd1qZd3QJKyzJIkrTB4m8YBbp7_FfS6rVy_t8LCP-8H6fNI81u3btJ4lEKbK1sdSfYrCgzn5FapkcRHhf-Kl49pkQpD97u/s1600/lutut1.pngenendang bola futsal di Kedah, kita percaya lapuran tersebut. Apatah lagi media kerajaan takkan nak berbohong dengan lapuran sakitnya seorang PM.

Tetapi apabila Mat Sabu terpaksa dipapah kerana cedera lutut akibat dilanggar oleh kereta waja polis dalam peristiwa tangkapan beliau pada hari perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai baru-baru ini, digambarkan oleh media sebaliknya. Seolah-olah Mat Sabu berlakon.


 Tiada kecederaan bahkan dinafikan oleh pihak polis sendiri. Meskipun dibuat pembedahan dhospital dan ditunjukkan x-ray bagaimana skru dimasukkan ke lutut Mat Sabu untuk mengembalikan ligmen beliau yang terkopak akibat dilanggar kereta polis. Hingga ke hari ini, pihak polis maupun media tidak meminta maaf.
Inilah antara dua darjat. Pemimpin Pas dan darjat pemimpin Umno. Agaknya pihak media hanya menerima kentut Mat Sabu sahaja busuk tetapi kentut PM Najib harum mewangi dan mustahil busuk.

Tapi hakikatnya perancangan Allah tetap berlaku. Hanya Najib yang mengetahui sakitnya lutut beliau sehingga beliau pergi ke hospital. Meskipun beliau masuk di wad diraja… tetapi sakitnya tetap sama antara sakit sang raja maupun sakit rakyat marhaen.
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Surah an-Nisa’ : 104

Rupanya tiada beza sakit Mat Sabu dengan sakit PM. Ingat PM keramat, tak sakit dan tak perlu bedah membedah. Cuma persepsi yang cuba dimainkan media bahawa sakit lutut Mat Sabu adalah bohong dan sakit lutut PM adalah benar.
PM jalani pembedahan lutut

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan “arthoscopic” di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khamis lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia.

Ulama Muda keluar Umno?

Ustaz Saiful Bahri
Antara Terkepit, Tersepit. Nabi dah pesan, orang mukmin jangan dipatut dua kali dalam satu lubang. Dah berbuih diberi pesanan agar ulama menjauhi Parti Sekular Umno, tetapi sebahagian ulama muda kononnya nak buat transpornmasi dalam Umno.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno adalah usaha membaiki dari dalam Umno. Tapi apa yang Anwar dapat. Mata Lebam!. Ketika ulama menyertai Umno untuk menentang Malayan_Union tetapi apa yang ulama dapat? Loteri Kebajikan!

Ketika Ulama Muda dengan beberapa pimpinannya yang menghadapi tekanan akibat mengajar tanpa tauliah termasuk perbicaraan di Negeri Sembilan. Tersepit dengan tekanan undang-undang itu mereka akhirnya didesak agar masuk Umno. Dan selepas itu nampaknya isu tersebut sudah reda. Tetapi kini, nampaknya isu itu bergolak kembali. Mereka terkepit pula dengan isu keganasan dan teroris pula. Ahak!.. terlepas mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Sudah lama diingat bahwa Umno bukan tempat untuk berteduh! Apalah faedahnya menabur jasa kepada Umno.. kain terlepas, tangan terkena tahik.

Jalan yang terbaik buat Ulama muda Umno ialah keluar dari Umno beramai-ramai menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama berani menumbangkan kerajaan zalim Umno-BN ini. Jangan dok ingat sangat kat ‘sampul’ tu. Selamat berjuang wahai Ulama Muda!!!

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

Selain Asri, seramai 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.

Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bakal Pengantin dikenakan tunjuk alat kelamin masing-masing?


Saiful Bahri
Perlu ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah!

Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?


GOWA - Wa Ode Nurmalasari, warga daerah Gowa, Sulawesi Selatan, menyesal telah menjalani pernikahan dengan Jonathan @ Jonny kerana tanpa disadari telah hidup bersama sesama jenis selama dua tahun.

Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.

Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.

Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.

"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.

Isteri Jonny, Wa Ode Nurmalasari menyatakan tidak percaya atas apa yang dialaminya, ternyata beliau berkahwin sesama jenis. Pun begitu, Ia sempat curiga atas tingkah laku suaminya yang tidak pernah mau menunjukkan alat kelaminnya. "Dia merasa kurang senang kalau disentuh dadanya, tetap saya menjalani kehidupan meskipun ada rasa curiga. Dan saya masih lagi tidak percaya kalau suami saya itu ternyata seorang perempuan," ujarnya.

Ketua unit siasatan Polis Gowa, Ipda Hambali mengatakan, Jonny disabitkan kesalahan akta 266 tentang pemalsuan identiti. "Kami menahan beliau kerana melanggar pemalsuan identiti, " tegasnya.

Adakah perlu bakal suami atau isteri dibuat spot-chek alat kelamin mereka. Yelah… zaman pembedahan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dengan bayaran mereka menukar alat kelamin mereka. Orang ramai tertipu dengan aksi mereka sehingga sanggup mengahwini mereka tetapi rupa-rupanya sama sejenis.


Dunia udah nak kiamat. Baru-baru ini seorang lelaki di Kuala Terengganu iaitu Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz telah ditolak . mahkamah permohonannya untuk menukar kad pengenalannya yang mencatatkannya lelaki apabila beliau telah membuat pembedahan jantina. Kalau tengok kepada fizikalnya… dengan berjilbab, Fuhh!!! Memang perempuanlah. Sesuai sangatlah buat bini… tetapi rupanya jantan!.
Berhati-hatilah saudara. Nampak smart, jujur. Slogannya bersih, cekap, amanah. Rupanya kaki rasuah, penipu dan songlap hak rakyat!!!. penasihatnya APCO Yahudi. Macam tu nak buat pemimpin? Bawak banyak2lah mengucap.

MCA pulak nak huru-harakan negara jika PR memerintah?

Ustaz Saiful Bahri
Ingatkan PEKIDA, PEKASA sahaja yang rasis. Sebelum Bersih 2.0 baru-baru ni pun dah ingat K.Lumpur akan memandikan darah. Yelah!!! Para ahli silat pun nakhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvMR917GNmZVa9n0QLtXwZaMZXi3zI5KypoSWREAP9zL-XrYYPT869WHZY2QxkPhrNm0BNiSLeFbM4pC6zliAPtj7Lu915CsaNwHR1ZsiR7XcqmczWBvndf41ISmVlPbkBw8QqVKsJO-ee/s1600/api1.jpgmengamuk jugak kalau Bersih 2.0 diteruskan. Ibrahim Ali, jangan cakaplah… pengalaman beliau ketika Mageran di Kelantan sudah diketahui umum.

Takut sangat ke kalau Umno hilang kuasa. Sehingga MCA pun percaya dengan khurafat Umno ini. Kalau Umno-BN kalah, negara jadi huru-hara. Pembangkang pernah memerintah negeri Terengganu pada tahun 1959 dan 1999. Takde pulak huru-haranya.

Pas memerintah Kelantan sejak 20 tahun dulu dan sehingga kini, takde pulak huru-haranya. Dan kini PR memerintah P.Pinang, Kedah dan Selangor. Mana ada huru-haranya? Yang huru-hara dinegeri tersebut adalah Umno dan kompenan BN. Pas menerima kekalahan meskipun 12 kali pilihanraya umum diperingkat parlimen. Taklah pulak Pas nak mengamuk. Meskipun ditipu dalam pilihanraya tetapi Pas masih lagi bersabar menghadapi kerenah SPR dalam setiap kali PRU. Pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh parti pemerintah sehingga kini.

Kalau Pas boleh menghadapi kekalahan, apakah Umno-BN tak boleh terima ke kalau kalah dalam Pru-13 nanti untuk pertama kali. Siapa yang nak huru-harakan negara?. Takkanlah apabila PR memerintah mereka nak huru-harakan Negara. Tentulah mereka nak pastikan agar Negara ini aman dan lebih aman daripada Umno-BN memerintah kecualilah bagi mereka yang kalah, merekalah yang nak lihat seolah-olah apabila PR memerintah, nescaya berlakulah huru-hara?

Adakah Umno-BN tidak percaya kepada pihak polis dan keselamatan Negara yang sudah ditarbiyyah melebihi 50 tahun sejak merdeka oleh Umno-BN untuk menjaga negara. Yang pelik tu, MCA yang menyuarakan bahawa negara akan menjadi huru-hara jika PR memerintah. Sedangkan selama ini yang membikin huru-hara adalah Umno-BN. Semasa berlakunya peristiwa 13 Mei, yang memerintah adalah Umno. Yang menghunus keris adalah pemimpin Umno. Manakala Pas yang mentadbir Kelantan tiada berlaku kekacauan.

Hakikatnya yang dikapak adalah Samad Gul, yang dibunuh di Lubuk Merbau, diMemali adalah orang Pas. Si pembunuh adalah Umno dan pimpinan yang mengeluarkan arahan. Yang di ISA adalah pimpinan Pas dan DAP. Yang dipenjara dan ditumbuk adalah DS Anwar Ibrahim. Tetapi yang difitnah adalah Pas dan PR.

Inilah politik lempar batu sembunyi tangan. Kata pepatah arab “ .. dia pukul aku, dia yang menangis”. nampaknya api fitnah dibakar lagi...

Pentadbiran Negara akan menjadi huru hara dan perbalahan politik terus merebak jika Pakatan Rakyat (PAS,DAP, PKR) dibenarkan memerintah negara ini.

“Keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan turut terjejas,” kata wakil parti MCA Terengganu, Encik Yeo Sin Soon ketika berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN).

Katanya, BN mesti mendedahkan segala tipu helah mereka dan memberi penerangan hingga ke akar umbi mengenai senario yang akan berlaku jika PR berjaya mengambilalih pucuk pimpinan negara.

Najib sepatutnya "Harakiri" & Rosmah "Jigai"

 Ust Saiful Bahri
Apabila Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini. "Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

A Samad Said berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad. "Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.
Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan berlakunya kempen di FB yang kini digemari lebih daripada 200 ribu orang.
Kalau mengikut dasar yang diterapkan oleh Tun Dr Mahathir, sepatutnya beberapa orang dari kepimpinan Umno-BN patut melakukan Harakiri atau juga disebut dengan seppuku. Budaya Jepun yang menggambarkan rasa bertanggung-jawab terhadap kegagalan atau kerosakan yang berlaku.

Harakiri (Perut Kiri) iaitu membunuh diri sendiri dan kemudiannya dipancung kepala oleh Kaishaku-Nin. Mereka biasanya memakai baju putih yang melambangkan kebersihan & kesucian. Sebelum melakukan Harakiri mereka menulis Jisei no ku iaitu puisi kematian.

Bagi pimpinan Umno-BN, mereka ini disrankan supaya melakukan Harakiri dengan memakai baju kuning, lambang ‘Bersih 2.0’. Kegagalan mereka kerana pekak terhadap suara rakyat serta kejayaan himpunan yang mereka sekat tetapi berjaya juga diadakan dengan meraih ratusan ribu manusia menuntut hak mereka.

Mereka-mereka ini disarankan supaya melakukan harakiri

1. Najib selaku PM yang sepatutnya memikul amanah rakyat

2. Hisyamuddin Husein Onn selaku Menteri Keselamatan yang gagal menjaga keselamatan


 3. Abdul Aziz Yusof selaku Pengerusi SPR yang gagal memikul amanah ketelusan & keadilan sistem pilihanraya di Malaysia


4. Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara yang gagal menjaga keamanan rakyat dan bertanggung-jawab dengan kematian Baharuddin.


5. Ibrahim Ali , Pengerusi Pesaka yang gagal menghalang Himpunan Bersih 2.0

6. Khairy Jamaluddin, yang berarak dengan Patriot seramai 50 termasuk bangla.

Kalau lelaki dinamakan Harakiri tapi kalau wanitapun disebut dengan 'Jigai ' dan sewajarnya Rosmah turut sama mengadakan Jingai. Orang dok sibuk memperjuangkan Hak & Keadilan, dia dok sibuk cincin berjuta-juta dan gelan intan berlian. Sibuk memperkayakan diri sendiri.

Apa yang kita tuntut bukannya merodok pisau ke perut melakukan Harakiri maupun Jigai menurut tradisi Jepun dan dalam Islam pun haram membunuh diri. Tetapi lakukanlah harakiri politik. Sila letak jawatan kalau ada rasa maruah dan rasa malu diri. Tapi kalau dah takde lagi sifat ke'malu'an... nak buat macam mana. tunggulah hukuman rakyat pada Pru 13 nanti, I'Allah.

Najib sepatutnya "Harakiri" & Rosmah "Jigai"

Kemenangan Pertama PRU-13

Saiful Bahri
Apapun gelombang yang dibawa oleh Bersih 2.0 merupakan kemenangan pertama kearah PRU-13. Kegelabahan pimpinan Umno-BN dalam menangani isuhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJMMsglcalCj6a9WufOhA2gAstiBWdrlwykAQGtHv55756eRmBQaK9ow18Monmzf9bSTvNVC9fWFOY1yv5YIAHJDhNydRTk13DJnPQTU0xrS3HXelyauIwlHc-4DeOk4WL0zEnoEViDhbq/s1600/put.jpg ini memojokkan mereka dipenjuru gelanggang. Tindakan membendung dan menghalang rakyat samada menggunakan institusi polis, mufti, SPR, NGO maupun Raja-raja akan menggambarkan betapa kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno menanggani isu keadilan rakyat. Kegagalan Umno dalam memikul amanah yang sudah sekian lama diserahkan kepada Umno-BN.


Dalam menghadapi perhimpunan Bersih ini, pimpinan Umno khususnya Najib berada di persimpangan. Nak diluluskan dibimbangi kebangkitan tanpa kawalan sehingga berlaku apa yang berlaku ditimur-tengah sehingga tumbangnya kerajaan. Tak diizinkan juga membawa kebangkitan rakyat yang akan diluahkan dalam kotak undi dalam Pru nanti. Contoh sudah berlaku apabila Bersih 1.0 yang berlaku pada tahun 2007 telah menafikan 2/3 kuasa BN dalam parlimen.

Rakyat kini sudah nampak ketidak-yakinan mereka untuk diserahkan sekali lagi kuasa memerintah pada pilihanraya akan datang. Kuasa undi orang bukan melayu nampaknya masih lagi bersama PR. Halangan serta tindakan melampaui batas pihak polis akan mengukuhkan lagi sokongan bukan melayu kepada PR. Bagi orang melayu khususnya anak-muda mula bangkit apabila gelombang Bersih ini mula merebak dan diberi promosi percuma oleh media Umno dan pimpinan Umno sendiri.

Bagi pimpinan PR sentiasa memikir dan merancang untuk menjana kebangkitan dan membina gelombang untuk menggerakkan mood orang ramai untuk bangkit bersama PR. Apatah lagi untuk membangkitkan semangat ahli sendiri khususnya orang muda dalam menggerakkan kerja-kerja pilihanraya. Kalau Pas mereka menggerakkan agenda PGU (Pas Ganti Umno) sememangnya untuk menghimpunkan sokongan sebanyak mungkin bagi menjatuhkan Umno-BN. Public Opinion perlu dibentuk agar rakyat semuanya bangkit meletakkan keyakinan kepada PR untuk memerintah dan menawan Putrajaya.

Nampaknya misi itu semakin hampir tercapai. Terimakasihlah Umno-BN. Diharapkan mereka lebih kuat menekan rakyat. Mereka terus menipu dan membohongi rakyat. Rasuah semakin berleluasa. Selagi tuntutan Bersih tidak ditunaikan… selagi itu langkah ke Putrajaya semakin hampir. Ingatlah bahawa gelombang bersih tidak akan terhenti pada 9 Julai ini tetapi sentiasa bergelora menunggu tarikh keramat yang terpaksa diumumkan oleh PM nanti. Tarikh Pru 13. Angka kejatuhan buat Umno-BN

Bersunat: Tok Mudin bakal didenda RM3K & Penjara 1 Tahun.

Ustaz Saiful Bahri
Nampaknya hak asasi manusia & hak beragama bakal dicabul lagi. Berkhitan merupakan amalan beragama dan dituntut dalam Islam bahkan ianya diamalkan sejak zaman nabi Ibrahim a.s. Tetapi kini nampaknya amalan beragama ini bakal diserang lagi. Baru reda isu mereka yang berjilbab dikenakan denda khususnya di Perancis dan Eropah. Berjilbab didenda tetapi berbogel adalah hak asasi manusia???


Kini amalan bersunat pulak dijadikan sasaran. Yang bertindik dan meletakkan pelbagai assesori tu takpe pulak. Yang bakal didenda adalah Tok Mudim. Nampaknya nanti Tok mudim kena buat sembunyi-sembunyi dalam gelap. Macam orang Islam disetengah Negara Eropah. Menyembelih binatang untuk dimakan adalah salah disisi undang-undang. Melanggar hak asasi binatang. Kalau nak sembelih jugak terpaksa sembunyi-sembunyi dan sembelih dalam tandas.. ish3X ada ke patut!!!

SAN FRANSISCO – Sebuah Organisasi gabungan telah diwujudkan dari kalangan doktor dari komuniti Muslim serta Yahudi. Ia bertujuan untuk menghadapi satu peraturan baru untuk menghalang praktik bersunat ke atas laki-laki di California itu.

November ini akan dilakukan pengundian atas perancangan tersebut. Salah satunya adalah mengenakan denda sampai USD1,000 dan satu tahun penjara bagi si pelaku sunat. San Francisco merupakan kota pertama yang mengadakan pungutan suara awam bagi larangan bersunat.

Para penyokong peraturan larangan tersebut mendakwa khitan bagi anak lelaki adalah satu bentuk paksaan dan penganayaan genital oleh orang tua terhadap mereka yang tidak berupaya (bayi). Amalan wajib oleh orang Yahudi dan Muslim itu adalah satu pelanggaran hak perundangan.

The Anti-Defamation League (ADL), Organisasi itu pula mendakwa kempen dan pungutan suara anti-sunat itu tidak sah dengan alasan bahwa Kota San Francisco tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan larangan. "Hukum California jelas," kata Nancy Appel, Pengarah ADL di San Francisco. "Hanya negara yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang tentang prosedur perubatan dan apatah lagi larangan ini melanggar peraturan itu. Hal ini tidak hanya membuang waktu, tenaga dan biaya, tetapi juga menyinggung pengertian tentang hak-hak orangtua dan kebebasan beragama."