"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman menyertai PAS

Bob Lokman menyerahkan borang penyertaan kepada Datuk Seri Azizan Razak
Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.

Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.

Mahfuz: PAS popular di kalangan 'rockers'
-malaysiakini-

1 ulasan:

goodlistener berkata...

TAHNIAH, MOGA PAS AKAN JUGA DIMINATI OLEH MAT REMPIT DAN MAT GIAN YG TELAH SELAMAT JALANI HIDUP DI PUSAT SERANTI SERTA TIDAK KETINGGALAN KAFIR LAKNAT.KEMASUKAN BOB INI SATU PETANDA PAS DIMINATI OLEH MANUSIA SPT INI SEBAB DAN MENUJU KEARAH KEKUFURAN SEBENAR. SEBENARNYA KEMSKKAN BOB INI BUKAN SATU KEJAYAAN TETAPI TINDAKAN YG MEMALUKAN BAGI SEBUAH PARTI YG DIGEMBARGEMBURKAN PARTU ISLE( DEPA YG HABAK)