"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat beradik bunuh diri kerana keluarga tak mampu bayar dowri (hantaran kahwin)

MULTAN - PAKISTAN. Empat beradik ditemui mati lemas di terusan Malsi, wilayah Punjab, Pakistan.

Polis tempatan, Malik Daud Hasnain berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas bertengkar dengan bapa mereka Bashir Ahmed Rajput. kerana tidak mampu membayar dowri (hantaran kahwin).

“Lima beradik itu terjun ke terusan di belakang rumah mereka untuk membunuh diri,” katanya dipetik AFP.

Menurutnya, bagaimanapun, seorang daripada lima beradik itu dapat diselamatkan oleh penduduk tempatan.
-sinaharian-

Artis Indonesia Terry, Nak Jumpa Aishah. Nak Ikut Hijrah?

IBNU HASYIM

KL: Penyanyi Indonesia, Terry atau nama sebenar Terryana Fatiah mengaku teringin untuk berjumpa penyanyi Aishah setelah namanya diangkat di negara tersebut menerusi lagu popular Aishah Janji Manismu. Begitu, lapor mStar hari ini.

Terry, 29, berkata, dia menyimpan hasrat ke negara ini selepas menyanyikan semula lagu tersebut.

"Sewaktu saya menyanyikan semula lagu Janji Manismu, saya berharap lagu ini boleh bawa saya ke Malaysia satu hari nanti dan akhirnya saya ke sini.
"Sewaktu merakamkan semula lagu itu saya belum kenal siapa Aishah. Tapi saya difahamkan lagu itu memang lagu hit sekitar 1984, iaitu juga tahun saya lahir. Kalau boleh memang berhasrat untuk bertemu dengan Aishah," katanya.

Tambah Terry, lagu itu Janji Manismu nyanyian Aishah itu mempunyai jalan cerita yang sama dengan kisah cintanya. Kerana itu, dia bawakan lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehingga menitis air mata.

"Disebabkan itu juga saya terus dikenali dengan penyanyi air mata dan diberi lagu-lagu yang sedih sahaja," katanya.


Janji Manismu dinyanyikannya semula dan dimuatkan di dalam album sulung Terry iaitu sekitar tahun 2006.

"Al-hamdulillah, moga-moga dia dapat jumpa Aishah, dan mungkin Aishah boleh menurunkan ilmunya, terutama ilmu bagaimana Aishah menjadi seorang penghijrah daripada artis kemodenan jahiliah kepada Islam yang diredhai Allah SWT. Dari cinta kecil kepada sesama makhluk, kepada cinta Maha Agung yang mencipta pencinta-pencinta itu sendiri." Kata Weblog Ibnu Hasyim.

Semoga air matanya yang menitis selepas ini, adalah kerana penghayatan kepada Khalik, dari yang asyik kepada Makhsyuk! Mari sama-sama kita mengaminkan. Amin!! (IH/Sumber mStar)

Gambar Ustaz Azhar Idrus dan Malik Nor di Madinah

http://kachipemas.blogspot.com 
Alhamdulillah, kawan satu gym ngan abang k pun ade, malek nor. Patut aku gym dia tutup semetara kut.
Salam Jumaat dari Bigboh Sedap ler,dpt g tanah haram.abg K.JKKK

Terserempak 'bigfoot' dalam gua

MUHAMAD MAT YAKIM
PETANG semalam, saya berpeluang mendengar cerita Majid Adek, juruhebah Asyik FM yang berasal dari Lasah, Sungai Siput, Perak.

Mendengar cerita lelaki Temiar berusia 52 tahun itu buat saya lupa seketika pada laporan Ketua Audit Negara, juga hal konflik Kongres Amerika, Republikan dengan Obama.

Mana tidaknya, Majid telah membawa saya jauh ke dalam belantara di sempadan Perak - Kelantan yang menurutnya, jarak perjalanan berjalan kaki oleh Orang Asli - yang terkenal kuat, cekap, cergas dan pantas di dalam hutan - dari Kampung Pendek, Lasah, Sungai Siput, sahaja pun sehari suntuk.

"Jadi kalau saudara tanya saya berapa jauh, saya pun tak tahu nak agak. Apa yang saya ingat, saya berdua dengan ayah saya masa itu, kalau masuk jauh ke dalam hutan, seminggu baru kami balik," katanya.

Apa yang mahu diceritakan Majid, saya percaya tidak pernah dilalui orang lain. Malah saya juga percaya akan ada yang meragui ceritanya. Ianya adalah berkaitan dengan bigfoot, makhluk yang dianggap mitos oleh kebanyakan kita.

"Peristiwa ini berlaku lewat 1960an, mungkin makhluk itu sudah pupus sekarang," katanya.

Majid berkata, dia yang pada masa itu berusia lapan atau sembilan tahun sering mengikut ayahnya mencari hasil hutan.

"Malam, kami tidur dalam gua. Ayah saya memang arif mengenai kawasan itu, jadi dia tahulah mana yang selamat, mana yang tidak. Awal-awal lagi dia beritahu saya, kalau ada bunyi berdegum-degum seperti orang berjalan dengan hentakan kaki yang kuat, itu tandanya ada ta'woi. Ta'woi itulah bigfoot," kata Majid.

Suatu hari, katanya ketika berada di dalam sebuah gua, dia dengar bunyi seperti yang dikatakan. Majid lalu dipanggil ayahnya untuk melihat makhluk misteri itu.

"Ya, memang saya nampak. Ta'woi rupanya berbulu kehitaman. Tingginya lebih kurang sama dengan kita. Di kepalanya seperti ada lekukan. Ayah saya punya petua, kalau jumpa ta'woi, kita kena batuk. Dia akan cepat-cepat pergi sebab ta'woi cukup takut dengan penyakit. Dia takut penyakit (batuk) kita berjangkit padanya," katanya.

Kata Majid, itulah satu-satunya pengalaman dia melihat makhluk itu secara live. "Tapak kakinya, memang selalu jumpa. Saiz tapak kaki ta'woi sama macam kita, cuma ia terbalik. Tanda ke arah mana ia berjalan adalah dengan melihat tumit, bukan jarinya."

Ta'woi jarang hadir di kawasan yang hampir dengan perkampungan Orang Asli. "Tapi orang kami waktu itu cukup berjaga-jaga. Sebab itu, wanita kami dilarang sama sekali masuk jauh ke dalam hutan, takut terserempak dengan ta'woi. Ada cerita turun temurun, ta'woi kalau jumpa wanita kita, dia perkosa," katanya.

Selain itu, ta'woi juga cukup gemar daun ber, sejenis daun di dalam hutan tebal. Orang Asli juga kata Majid sangat menyukai daun itu.

"Kita makan mentah saja tapi ta'woi, lepas petik daun ber, ia letak sekejap di atas kepalanya, di tempat yang berlekuk itu, macam kuali. Mungkin panaskan dengan haba badan, lepas itu baru dia makan," katanya.

Mendengar cerita Majid, saya teringat apa yang pernah diceritakan Allahyarham Ismail Ombong, juga bekas juruhebah radio Asyik FM. Ismail suku Temuan di Negeri Sembilan. Kata Ismail, ketika belum Islam, dia selalu mengikut ayahnya memburu sikah, sejenis monyet. "Lepas disumpit, jatuh saja sikah tetapi kita cari tak jumpa, itu kerja 'bojoih' la tu," katanya.

'Bojoih' atau bojos atau dipanggil juga lecor atau lecha, satu lagi makhluk misteri yang hidup dalam hutan tebal di negara kita. Makhluk ini dikatakan menyerupai manusia dari segi fizikal tetapi sifat dan jenisnya yang sebenar tidak diketahui.

Dikatakan, bojos terdapat di kawasan hutan tebal daerah Hulu Langat, Selangor dan Raub, Pahang. Ia pernah dilihat muncul secara berkumpulan di kawasan jeram yang terdapat banyak ikan. Bojos cekap menangkap ikan dengan tangan.

Mereka juga sangat sensitif terhadap bau manusia dan akan ghaib sepantas kilat sebaik sahaja menyedari kehadiran manusia di persekitaran mereka.

Oleh itu, bagi ahli hutan yang terdiri daripada pemancing atau pemburu, mereka ada cara tersendiri untuk mengintai bojos iaitu dengan melumur badan dengan ikan hingga hilang sepenuhnya bau manusia. Hanya dengan cara itu, bojos tidak dapat menghidu kehadiran mereka.

Saya juga teringat apa yang saya pernah baca dalam majalah, dikatakan berlaku di Perlis hingga 1960an, ada spesis orang kerdil yang tubuh mereka hanya bertutup daun, keluar dari kawasan hutan arah sempadan Thailand - kalau tidak silap saya di kawasan Bintong - minta tembakau daripada orang kampung.

Ada yang datang berpasangan, mungkin suami isteri. Bahasa pertuturan mereka tidak difahami namun biasanya, mereka hanya minta tembakau sebelum berlalu pergi. Sama ada kaum itu masih wujud, tidak diketahui namun sudah berdekad katanya, mereka tidak pernah muncul lagi.

Pasti ramai yang meragui cerita ini. Apa pun, pasti masih banyak rahsia alam sekeliling yang belum kita teroka sepenuhnya.

Orang Tua Janggut Putih ini dapat Banyak Pahala Setiap Kali Musim Haji?

Mohd Shubhi Abdul

Siapa agaknya orang tua di negara kita yang cukup banyak pahala setiap kali masuknya musim haji? kalau ada yang nak menafikan bahawa dosa dan pahala bukan hak kita nak tentukannya, sekurang-kurangnya orang tua itu tetap telah membuat satu sumbangan yang besar pada umat Islam di negara kita.

Bila sebut musim haji, semua orang tentu ingat pada Tabung Haji...betul tak? sebab tabung Haji merupakan satu badan besar yang monopoli kesemua urusan mengerjakan Haji dan Umrah di negara kita.

Sampai habis urusan umrah sunat dan aktiviti ziarah mereka sapu bersih. Tak kisah monopoli atau tak asalkan faedahnya jauh mengatasi keburukan.

Adapun kemudian daripada itu... setelah kita menyebut Tabung Haji, adakah anda semua ingat akan Prof Di Raja Ungku Aziz?, orang tua berjanggut putih yang mulutnya tak pernah lekang dari senyuman manis. Semakin tua semakin bertambah manis senyumannya.

Orang tua itulah yang telah membuat kajian dan menyediakan kertas kerja lalu dibentangkan pada tahun 1959 pada orang-orang besar negara. Kertas kerja bertajuk,"Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji", itu telah diterima dengan baik.

Hasil daripada kajian dan pembentangan kertas kerja itu, maka pada tahun 1963, tertubuhlah Tabung Haji yang pada masa ditubuhkan telah diberikan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji. Penubuhan perbadanan itu berlaku pada November tahun 1962.

Dan kemudiannya perbadanan itu mula beroperasi pada 30 Sept 1963. Jadi pada 30 sept 2013 baru-baru ini telah genaplah umur Tabung Haji selama 50 tahun beroperasi di Malaysia. Mari kita lihat perbezaan masa mula 50 tahun dulu dengan sekarang.

Tabung Haji 50 tahun dulu:
  1. Punyai seramai 13 orang petugas sahaja
  2. Ada seramai 1,280 pendeposit sahaja
  3. Ada sejumlah RM46,600 simpanan sahaja ketika itu.
  4. Beribu pejabat kcil di sebuah pejabat di jalan Ipoh, KL.

Tabung Haji Hari ini setelah 50 tahun:
  1. Simpanan dan dana sejumlah lebih daripada RM41 Billion !!! melayakkan Tabung Haji menjadi sebuah badan pengurusan dana Islam di negara kita yang paling besar sekali.
  2. Terdapat lebih daripada 8 juta pendeposit sekarang.
  3. Ada sebanyak 119 cawangan di seluruh negara tak termasuk sebanyak 6,000 pusat perhubungan dan juga sebuah pejabat operasi di Arab Saudi.

Daripada semua data di atas, walau apa cara sekalipun kredit perlu diberikan pada orang tua janggut putih dengan senyuman manis yang saya sebutkan di atas tadi.

Kalau ada di kalangan para ustaz atau ahli parti politik islamik atau pergerakan tolak demokrasi yang tak berapa setuju dengan Ungku Aziz kerana dia tak lilit serban dan tak reti kepalai tahlil atau kerana dia bukan dikalangan golongan ulama yang tak layak jadi ketua...

... eloklah tuan-tuan semua muhasabah sikit dan tanya diri sendiri apakah usaha yang jauh lebih baik yang aku telah, sedang atau akan buat agar melebihi orang tua itu sebelum anda nak kata atau kondem apa-apa.

Apa pandangan anda berkenaan Tabung Haji sekarang? berikan pendapat anda di ruang komen kat bawah...saya tau ada yang nak kata Mamak yang sedang ketuai TH sekarang tak berapa sesuai atau tak berapa layak sebab dia hanya ada SPM saja kan-kan-kan.... silakan komen!

Wanita gagal jadi lelaki selepas pembedahan bunuh diri

Brussels: Seorang lelaki Belgium menjalani suntikan maut selepas mendakwa pembedahan penukaran jantina menjadikan dia ‘makhluk asing.’

Nathan Verhelst dilahirkan sebagai Nancy 44 tahun lalu dan mengalami masalah apabila ibunya sering merungut kerana dilahirkan sebagai sebagai wanita.

Dia kemudian menjalani terapi hormon pada 2009 diikuti pembedahan mastektomi (pembuangan buah dada) serta membentuk zakar tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Verhelst, tiada satu pun pembedahan itu yang berjaya. “Saya bersedia menyambut kelahiran semula saya yang baru tetapi, saya berasa jijik apabila melihat cermin.

“Dada saya tidak seperti yang diharapkan manakala kemaluan menunjukkan tanda penolakan,” katanya. Bercakap mengenai keputusannya untuk menamatkan riwayat sendiri, Verhelst berkata, dia kecewa kerana pembedahan itu menjadikannya “tidak dikehendaki mana-maan wanita.” Verhelst kemudian disuntik racun selepas pihak berkuasa berpuas hati dia mengalami “penderitaan psikologi tidak tertanggung.” 
-Agensi-

Guru silat cedera parah kerana gagal menepis tikaman seorang pelajar kolej yang mabuk (gambar)

PELAJAR kolej yang ditangkap kerana disyaki menikam guru silat di Jalan Astana, Kuching kelmarin.
KUCHING: Gara-gara bertengkar dengan seorang pemuda dalam keadaan mabuk yang memotong barisan ketika mengisi minyak, seorang guru silat cedera parah ditikam lelaki itu di sebuah stesen minyak di Jalan Astana di sini kelmarin.

Mangsa Morshidi Maton, 63, guru silat Pertubuhan Silat Hidayah Melayu cedera di perut akibat ditusuk dengan pisau oleh suspek yang berusia 23 tahun. 

Mesyuarat PAS Batu kecoh: PAS dah jadi macam umno juga ke?

Mesyuarat agung serta pemilihan PAS Kawasan Batu pada 29 September lalu menjadi kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan cawangan Taman Datuk Senu mengundi.

Sumber-sumber yang turut hadir memberitahu Malaysiakini bahawa keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dengan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu.

Menurutnya, ada juga suara-suara yang "memujuk" supaya pemilihan itu diteruskan.

Sumber-sumber itu mendakwa perwakilan daripada cawangan Taman Datuk Senu digantung sehari sebelum tarikh pemilihan tersebut kerana didakwa cawangan tersebut telah menghantar dua kumpulan perwakilan ke mesyuarat tersebut.

no to 118 mega tower movement launch 050113 ishak surin 02Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin mengesahkan perkara itu berlaku, tetapi menegaskan bahawa ia telah diselesaikan selepas dirujuk kepada badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan ibu pejabat parti.

"Masalah ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Berikutan itu, katanya, kawasan Batu telah diarahkan mengadakan semula mesyuarat agung dan pemilihan pada 6 Oktober ini.

Berhubung perwakilan cawangan Taman Datuk Senu, Ishak berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk menentukan senarai perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat agung tersebut.

"Tapi kalau kita ambil senarai perwakilan lama, nanti kata kita pilih kasih. Memandangkan masa sudah suntuk, Dewan Harian kawasan memutuskan tidak membenarkan kedua-dua perwakilan hadir

"Kita tubuh jawatankuasa untuk selesaikan masalah ini. Kedua-dua tidak dibenarkan hadir pada Ahad ini (untuk menyambung semula mesyuarat yang tertangguh)," kata Ishak lagi.

PENTING!!!! 23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta

Blog Provoox
Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Bunuh dan potong kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Mallorca: Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.

Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.

Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.

Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.

Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.

Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.

Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian. - AFP
Foto
POLIS menunjukkan gergaji yang digunakan suspek untuk memotong abangnya.
The brother's head was stored in the kitchen freezer near fresh food. Picture: Supplied

Siang alim malam setan

Amir Abd Hamid
Kuala Lumpur: Perwatakan terpuji sekumpulan remaja yang diberi amanah mengutip derma daripada jemaah masjid setiap kali solat Jumaat, sebenarnya cuma lakonan kerana pada malam hari mereka ‘bertukar seragam’ menjadi pencuri wang tabung berkenaan.

Kegiatan 11 penyangak cilik berusia 15 hingga 17 tahun itu sejak awal tahun ini menyebabkan pengurusan Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda di sini, kerugian hingga RM10,000 apabila tabung derma kerap dipecahkan.
Usaha menjejaki dalang yang bertanggungjawab akhirnya berhasil apabila anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung itu berjaya mencekup empat daripada 11 remaja terbabit, jam 1.30 pagi kelmarin.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Muda, Mejar (B) Shamsudin Ismail berkata, suspek termasuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menduduki peperiksaan itu bermula semalam ditahan ketika mengumpil tabung masjid.
Foto
DUA remaja daripada 11 penyangak yang dicekup mencuri duit tabung masjid. Gambar bulat, bekas tempat letak tabung yang dipecahkan.

Beliau yang juga pengerusi SRS kampung berkenaan berkata, sebelum itu pihaknya memang sudah memasang perangkap membabitkan 10 anggota SRS.
-hmetro-

Peluang Umno tipis di Sungai Limau

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Barisan Nasional atau Umno tidak mempunyai pengundi yang cukup untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah dalam pilihan raya kecil nanti.
“Sesetengah kawasan (kampung) tidak boleh dimasuki oleh orang Umno, bagaimana mereka hendak berkempen.

“Kawasan Sungai Limau kawasan hitam untuk BN dan Umno, ia kawasan gelap,” kata calon Bebas Sungai Limau, Sobry Ahmad yang bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Sobry bekas pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencabar bekas Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi kalah teruk kepada bekas Menteri Besar Kedah itu.

Sungai Limau seperti yang diketahui umum merupakan kubu kuat PAS, Azizan memenanginya sebanyak lima kali berturut-turut.

Sekolah agama rakyat

Beberapa sekolah agama rakyat yang rata-rata menyokong PAS didakwa memberikan kelebihan kepada calon PAS di Sungai Limau.

Sobry menambah, faktor Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru tidak memberi jaminan undi calon Umno akan meningkat.

“Impaknya tidak besar,” katanya sambil menambah Sungai Limau adalah kawasan PAS.

Bagaimanapun, Umno mempunyai peluang jika mereka mempunyai calon yang sesuai iaitu anak Sungai Limau sendiri.

Mereka, tambahnya memerlukan pembangunan dan jika kerajaaan boleh melakukannya, peluang merampas kerusi Sungai Limau tetap ada.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat hari ini untuk menentuka tarikh penamaan calon dan hari mengundi Sungai Limau.

Kerusi Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada Rabu lalu.

BACA SAMPAI HABIS |Bodohnya kita selama ini

http://www.queachmad.com
Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, mereka jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya mereka ini bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
HATI-HATI kawan!

Keajaiban kambing

Detikdaily

Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu.

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.
KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
Penyakit deman kuning.
Penyakit lemah jantung.
Penyakit darah tinggi.
Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
Penyakit batuk kering atau TB.
Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
*Sumber dari blog sunnahfollower.blogspot.com

Bilik Sulit dedah kekejaman ISA

RAYUSA

MENURUT laporan UN J.K mengenai tahanan arbitrari 18 Julai 2010, 1,535 orang mati di dalam penjara, pusat rehabilitasi dan tahanan di antara 2003 hingga 2007. Statistik PDRM pada 2012 pula mencatatkan 147 kematian di dalam lokapnya di antara 2000 hingga 2009.

Sementara itu, dalam jawapan Parlimen Sungai Siput, 23 Oktober 2012, 298 orang mati ditembak anggota PDRM di antara 2007 hingga 2012.
Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH) pula melaporkan terdapat 87 kes keganasan anggota PDRM semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April 2012.

Antara kes besar yang tercatat dalam sejarah perundangan negara selain kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan insiden mata lebam termasuklah kematian A Kugan, Aminul Rasyid, Teoh Beng Hock, dan R Gunasegaran.

Sebagai usaha menghentikan semua keganasan agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, dan Jabatan Imigresen, Gerakan Hentikan Keganasan Kerajaan yang didukungi 30 NGO mengemukakan tujuh tuntutan, iaitu keadilan untuk semua mangsa keganasan dan penyalahgunaan kuasa PDRM, SPRM, Jabatan Imigresen dan lain-lain, menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), menubuhkan Sistem Ombudsman untuk menguatkuasakan amalan hak asasi manusia, mengkaji semula prosedur operasi piawai (SOP) PDRM untuk menggunakan senjata api, menyokong penubuhan sistem mahkamah koroner yang bebas dan berwibawa, menyokong penggubalan undangundang anti penyeksaan, dan menyokong Pendidikan Hak Asasi Manusia.

Sebagai satu lagi usaha yang diharap dapat membantu membanteras fenomena tersebut, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan kempen “Rakyat Tolak Hukum Tanpa Bicara”.

Pelancaran kempen tersebut telah diadakan di Dewan MCPA, KLSCAH, 8.30 malam, 19 September lalu.

Untuk menambah kebencian rakyat terhadap penahanan tanpa bicara, sebuah teater bertajuk Bilik Sulit turut dipentaskan sempena pelancaran kempen tersebut.

Selain itu, pada hari pelancaran kempen “Rakyat Tolak Hukum Tanpa Bicara”, teater anjuran Suaram dan GMI bersama kumpulan Teater Bukan Teater itu juga dipentaskan pada 20 dan 22 September lalu, mulai 8.30 malam.

Sebelum pementasan Bilik Sulit, penganjur memberi penghormatan kepada Adun Hulu Klang yang juga bekas tahanan ISA dan penulis buku Sengsara Kem Kamunting, Saari Sungib menyampaikan pidato pelancaran kempen.

Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said kemudiannya mendeklamasikan puisi terbaharu beliau, “Mendaki Tabah”.

Bilik Sulit adalah usaha untuk berkongsi dengan rakyat mengenai implikasi undangundang penahanan tanpa bicara. Ia membawa kisah soal siasat terhadap tahanan ISA oleh pegawai PDRM berdasarkan kisah benar dan testimoni tahanan tersebut.

Banyak bekas mangsa ISA merekodkan pengalaman ngeri mereka sepanjang ditahan di bawah akta usang itu.

Tempoh 60 hari di dalam tahanan PDRM tanpa berpeluang dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan menjadi peristiwa hitam dalam hidup mereka. Akibat didera secara mental dan fizikal, banyak tahanan mengalami trauma dahsyat walaupun setelah dibebaskan.

Sehubungan itu, Suaram berhasrat membawa Bilik Sulit ke luar Lembah Klang bagi membolehkan mesejnya sampai lebih meluas. Khabarnya, ‘Bilik Sulit’ telah mendapat persetujuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk dipentaskan di Shah Alam pada 25 hingga 27 Oktober depan.

Suaram meletakkan tempoh dua bulan, iaitu sepanjang Oktober dan November 2013 untuk mementaskan teater arahan aktivis politik, pengarah filem yang juga bekas tahanan ISA, Hishamudin Rais bersama Teater Bukan Teater itu ke tempat-tempat yang bakal ditetapkan.

Walaupun pada pandangan saya dan mungkin juga penonton lain, persembahan dari segi lakonan kurang mantap, terutama pertuturan watak yang seperti membaca skrip dan kurang penghayatan, mesej Bilik Sulit tetap penting.

Antara dialog menarik dalam teater selama sejam itu ada butiran yang dituturkan isteri tahanan ISA, iaitu: “Saya tahu apa yang suami saya lakukan. Suami saya tahu apa yang dia lakukan. Polis tidak perlu putarbelitkan. Suami saya tak makan tipu.”

Harbeas Corpus, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Ikut Suka Aku, Rompin, Bar Raba-Raba, Itu Seksaan Aku, Melayu, Islam, Mahathir, Razak Baginda, dan C4 adalah antara ungkapan menarik yang turut dituturkan watak dalam Bilik Sulit.

Menerusi prop ringkas dan tatacahaya sederhana, Bilik Sulit yang merupakan drama kata-kata (word play), menampilkan empat pegawai PDRM yang menyoal siasat dengan sesekali menyebut ayat lucah dan provokatif (seksaan mental) serta menyentuh tubuh seperti memukul, mencekik atau membogelkan (seksaan fizikal) tahanan ISA dan suara latar isteri tahanan tersebut dapat menggambarkan proses soal siasat PDRM terhadap tahanan ISA.

Husam: Saya tak akan lawan Mat Sabu

Abdul Rahim Sabri
husam musa pas interview 170507
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau tidak akan mencabar Mohamad Sabu bagi merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada muktamar ke-59 November ini.


Difahamkan Husam telah melepasi syarat pencalonan daripada dua kawasan untuk bertanding jawatan tersebut dan keputusannya bakal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan pada 21 Oktober ini.

husam musa pas interview 170507"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat.

"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin berhubung pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan itu dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi.

Turut serta sebagai panelis dalam dialog tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, ahli jawatankuasa Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Mohamad Sabu telah menyatakan pendiriannya untuk mempertahan jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti lalu dalam persaingan tiga penjuru.

Selain Husam, ADUN Salor, yang dicalonkan untuk bertanding jawatan itu, dua lagi tokoh pemimpin yang disebut-sebut berminat merebut jawatan nombor dua dalam hierarki parti itu.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah, dikatakan antara yang mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan itu.

Kenali siapa Rowan Atkinson (Mr Bean)?

Saad Saefullah 
mr bean rowan Atkinson 490x326 Siapa Rowan Atkinson?
ROWAN Atkinson, atau lebih dikenali sebagai Mr Bean diberitakan masuk Islam. Siapa sebenarnya Mr Bean eh Rowan?

Sebastian Atkinson (lahir 6 Januari 1955; Sekarang berumur 57 tahun) adalah seorang pelawak, pelakon, dan penulis Inggeris, terkenal kerana filem siri televisyen Blackadder dan Mr. Bean.

Menurut The Observer, ia adalah salah satu dari 50 orang terlucu di Inggeris.

Ia dilahirkan di Consett, County Durham pada 1955 dari keluarga Eric Atkinson, seorang petani dan pengarah syarikat, dan isterinya Ella May (née Bambridge). Kakaknya adalah politikus Rodney Atkinson.

Ia bersekolah di Durham Choristers School, kemudian St Bees School, dan mempelajari teknik elektro di Newcastle University. Ketika di sekolah, ia sekelas dengan mantan perdana menteri Tony Blair. Ia kemudian meraih gelar M.Sc. dari Queens College, Oxford.

Ia mula muncul di televisyen pada acara Not the Nine O'Clock News, diikuti dengan The Black Adder, dan kemudian Mr. Bean. Atkinson telah membintangi iklan untuk Hitachi, Fujifilm, penderma darah, dan Barclaycard.

Selain itu ia muncul dalam filem-filem Never Say Never Again, Four Weddings and a Funeral, The Lion King, Rat Race, Love Actually, Scooby Doo dan memainkan peranan utama dalam Bean, Mr. Bean 's Holiday, dan Johnny English.

Atkinson berkahwin dengan Sunetra Sastry pada 1990, dikurniakan dua anak, Lily dan Benjamin, dan tinggal di desa Oxfordshire. Ia mempunyai koleksi kereta dan menulis untuk majalah Car dan Evo. Koleksi keretanya kebanyakan terdiri dari Aston Martin, termasuk DB7 yang digunakan dalam Johnny English. Kereta Aston Martin V8 Zagato miliknya mempunyai plat nombor "COM1C", dan dikendarainya dalam filem The Tall Guy. [Wikipedia]

Mr Bean sudah peluk agama Islam?

Rowan Atkinson
BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

Berapa lamakah Najib mampu bertahan?

Shahbudin Husin

Walaupun Najib sudah disahkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO 2013 dan ini merupakan penggal keduanya selepas menang tanda ditandingi juga pada 2004 lalu, masa depan beliau sebenarnya masih lagi dilihat tidak selamat. Kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilihat tidak sepanjang masa kukuh untuknya dan beliau seolah-olah bila-bila masa saja boleh tercampak daripadanya.

Jika di hati rakyat beliau tidak mendapat sokongan majoriti, di dalam UMNO juga popularitinya tidak berada ke kedudukan nombor satu sedangkan beliau sedang mengetahui parti dan kerajaan.

Dalam pilihanraya umum, meskipun BN kekal memerintah dengan kemenangan 133 kerusi berbanding PR yang hanya 89 kerusi, tetapi undi majoriti yang diperolehi BN hanyalah 47 peratus manakala PR meraih undi popular rakyat sebanyak 51 peratus.

Di dalam UMNO pula, kaji selidik terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib di kalangan ahli UMNO hanyalah sebanyak 69 peratus berbanding bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang mendapat 79 peratus undian.

Dengan kedudukan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta setiap hari berita dan gambarnya terpampang di akhbar dan tv, keberadaannya di kedudukan nombor dua di belakang Mahathir itu merupakan sesuatu yang malang dan memalukan. Ini menjadikan keadaannya adalah sama dengan kemenangan dalam pilihanraya umum lalu. BN yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya tetapi kepimpinannya tiada dihati rakyat, di dalam UMNO pula beliau kekal sebagai Presiden UMNO tanpa ditandingi tetapi beliau tidak berada di hati ahli-ahli UMNO.

Tidak berada di hati rakyat dan tidak juga kukuh di hati ahli-ahli UMNO, ini menjadikan kedudukannya tidak selamat dan boleh dikuis pada bila-bila masa, selain perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menggugat kedudukannya.

Kepimpinan dan kewibawaan Mahathir ternyata masih kukuh melekat dalam jiwa ahli-ahli UMNO, tambahan pula dalam banyak aspek pencapaian sebagai Perdana Menteri, Najib bukan saja jauh berbeza dengan Mahathir, malah beliau juga dilihat lebih lemah berbanding Pak Lah.

Mengetahui bahawa kedudukannya lebih popular daripada Najib, Mahathir secara bergurau berkata, "Saya nak jadi PM lagi sekalilah."

Walau dengan nada bergurau, kata-kata Mahathir itu ternyata penuh sindiran. Ini kerana meskipun sudah lebih 10 tahun meninggalkan persada kuasa sebagai Perdana Menteri, Najib masih tidak mampu menandinginya.

Dan menjelang pemilihan UMNO 19 Oktober depan, kedudukan Najib tidak terlepas daripada pemerhatian banyak pihak. Dengan Mahathir dilihat mempunyai proksinya kali ini iaitu anaknya, Mukhriz yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO manakala Najib dipercayai masih mahu mengekalkan penyandang sedia ada iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal, pertembungan pengaruh antara keduanya tidak dapat dielakkan lagi.

Apatah lagi, seiring dengan mood dan kehendak majoriti perwakilan yang seolah-olah mahukan Mukhriz menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO, Mahathir juga terlihat turut sibuk untuk mengelakkan anaknya bakal kecundang. Saranan dan gesaannya berulangkali yang mahukan UMNO membuka pintu kepada pemimpin muda yang berbakat untuk mengelakkan parti itu daripada mati serta terus relevan adalah sebenarnya untuk menyediakan ruang yang lebih terbuka untuk anaknya itu.

Menyedari bahawa wujud pertembungan kepentingan dengan Najib ketika ini, Mahathir juga dilihat mulai kritikal terhadap beberapa dasar dan pendekatan Najib. Selain mengekalkan rasa tidak setujunya dengan pemberian tunai kepada rakyat melalui BR1M, semalam beliau mengkritik lagi rancangan Najib mahu memberi BR1M sebanyak dua kali setahun dengan menyifatkan tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi lebih malas dan terlalu bergantung kepada kerajaan.

Najib pula dilihat amat bergantung kepada dasar pemberian tunai untuk meningkatkan sokongan terhadapnya. Kritikan Mahathir sedikit-sebanyak tentunya mengganggu pelan asal Najib mengenai BR1M, sama seperti terganggunya beliau dengan kehadiran Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Sama ada mengekalkan BR1M, lebih-lebih lagi menjadikannya dua kali setahun, ia pastinya akan menjadikan kritikan Mahthir lebih pedas lagi kerana pemberian tunai itu akan dikaitkan dengan peningkatan hutang negara yang kini sudah mencecah 51 peratus berbanding KDNK negara.

Sebelum itu juga, Mahathir melontarkan sindiran dengan mengatakan seseorang pemimpin tidak harus memegang jawatan terlalu lama dan mesti tahu bila harus berhenti bagi mengelakkan parti terus dikuasai oleh orang-orang bodoh. Perjanjian Trans Pasifik atau TPPA juga tidak terlepas daripada kritikan Mahathir manakala Najib pula begitu beria-ia mahukan ia ditandatangani dan bersikap pro Amerika.

Di sebalik semua perlakuan Mahathir itu, persoalan yang mula bermain di kepala ahli-ahli UMNO ialah sampai bilakah Najib mampu mempertahankan kedudukannya? Walaupun sebelum ini Mahathir menyokong Najib terus dikekalkan tetapi sejarah lampaunya juga menunjukkan beliau pernah memainkan peranan menjatuhkan orang yang dulu merupakan pilihannya sendiri.

Semasa berkuasa, beliau menyingkirkan Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tetapi setelah tiada kuasa, beliau juga mampu menjatuhkan Pak Lah.

Bibit-bibit perbezaan antara Najib dan Mahathir sudah mulai dikesan sekarang ini dan semakin menjadi percakapan ramai, baik di dalam mahu pun di luar UMNO. Kritikan terbukanya mengenai UMNO dan beberapa dasar Najib makin lantang kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan orangramai untuk mempercayainya.

Walaupun menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO, Najib dipercayai tidak akan kekal sehingga pilihanraya akan datang. Selepas pilihanraya lalu, tidak ada perubahan dalam kepimpinan Najib yang membolehkan sesiapa meyakininya mampu membawa kejayaan lebih cemerlang dalam PRU 14 nanti. Kritikan Mahathir mengenai UMNO dan dasar Najib adalah untuk membuktikan bahawa perubahan yang dijanjikan tidak berlaku sama-sekali sedangkan antara syarat beliau dikekalkan ialah untuk memberi peluang dan memastikannya berubah selepas keputusan terburuk BN dalam pilihanraya lalu.

Mahathir dipercayai sedang memantau dengan teliti semua keadaan yang berlaku dalam UMNO dan juga kerajaan dan keputusan pemilihan UMNO 19 Oktober depan akan menjadi titik-tolak kepada langkah beliau yang seterusnya. Dengan menjadi orang paling popular dalam UMNO, sementara Najib bukan saja tidak popular dalam UMNO tetapi juga tidak melekat dihati rakyat, usaha Mahathir itu tidaklah sesukar mana.

Kita akan melihat sama ada sejarah Pak Lah berulang kepada Najib ataupun beliau mampu mengelaknya tidak berada lama selepas pemilihan UMNO ini berakhir nanti.