"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pulak dah!!! (Pelantikan menteri tanpa restu PKR, dakwa Rafizi

Rafizi Ramli mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi BERSATU, DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.

"Keputusan dibuat tanpa penyertaan kami (dalam perbincangan). Dia 'melanggarnya'...proses perbincangan yang sepatutnya tidak berlaku," kata naib presiden PKR itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum itu, beliau dalam kenyataan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana perbincangan masih berjalan.

"Sebarang keputusan mengenai apa-apa pelantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti HARAPAN," katanya.

Dalam sidang media petang tadi, perdana menteri mengumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.
-malaysiakini

Mat Sabu jadi menteri Pertahanan (tumpu pada tanah ATM yang tergadai)

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan tiga daripada tujuh menteri kabinetnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiga pemimpin pa3rti itu mengisi jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

_----_-----
Malaysia Dateline
Mohamad akan beri tumpuan pada isu tanah ATM yang tergadai
DALIA ISMAIL
Presiden AMANAH merangkap Menteri Pertahanan dilantik Mohamad Sabu berkata, beliau akan menumpukan kepada isu membabitkan Kementerian Pertahanan.

“Antaranya saya akan cuba dapatkan laporan terutama mengenai tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan tergadai,” ujarnya ringkas ketika ditemui media selepas diumumkan antara menteri kabinet baharu Pakatan Harapan hari ini.

Ditanya mengenai sebab beliau dilantik sebagai menteri pertahan, Mohamad berkata beliau tidak tahu sebab diberikan tanggungjawab memegang portfolio itu.

“Saya tidak tahu, itu kena tanya Dr Mahathir, ujarnya.

Hari ini Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat khas untuk melantik 10 nama menteri kabinet baharu sebagaimana diumumkan semalam.

Bagaimanapun Majlis Presiden hanya menentukan 3 nama bagi mewakili tiga kementerian utama antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir turun memberitahu Pakatan Harapan akan melantik 15 lagi menteri kabinet yang akan turut disertai Parti Warisan di Sabah dan di Sarawak.

HARAPAN dapat mandat bentuk kerajaan negeri Perak

Pakatan Harapan Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai HARAPAN.

Perkara itu disahkan Pengerusi HARAPAN Perak Ahmad Faizal Azumu.

“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.
-malaysiakini

Pilihan raya semula bakal berlaku?

PENULIS KHAS 
Izinkan saya menulis panjang sekali lagi.

Saya memerhatikan bagaimana gembiranya penyokong-penyokong PAS terhadap kemenangan keatas Kelantan dan Terengganu.

Saya menulis dengan harapan, tuan-puan yang membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

Mereka bersorak gembira, kerana Kelantan dan Terengganu telah kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak gembira bertakbir dengan menyatakan Pas boleh menjadi Kingmaker di Perak.

Mereka bertakbir sekuat kuat terhadap kedudukan kerusi Dun di Kedah, dengan harapan BN akan ‘join’ mereka atau terwujudnya kerajaan campuran.

Saya mempunyai bayangan terhadap apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.

KES 2.6B DUIT KE POKET NAJIB

Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, tetapi kami akan memartabatkan undang-undang”.

Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama tama sekali akan membuka siasatan terhadap 1MDB.

Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis-habisan semua yang angka-angka yang terseleweng dalam 1MDB.

Semua angka angka ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yang terakhir, sehingga sampailah ke akaun Najib tentang bagaimana 2.6 bilion boleh terterjah ke akaun peribadi Najib.

Sampailah dari akaun Najib, akan dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yang telah menerimanya, termasuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta dari Najib.

Semua jejak ini saya pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dalam Public Inquiry DiRaja ini semua yang terlibat akan dipanggil untuk mendedahkan akaun dan transaksi masing-masing.

Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia.

KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing-masing, termasuk ke dalam akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil-wakil Pas dan BN, sama ada untuk kerusi Dun mahupun Parlimen.

JIKA ITU BERLAKU

Akan berlakulah pilihan raya baharu terhadap semua kerusi kerusi Dun dan Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bagaimana rupanya hati ulama-ulama Pas, bagaimana dahsyatnya sandiwara ulama-ulama Pas.

Kali ini mereka akan menelan sesuatu yang terlalu pahit, semua ludah mereka terhadap Parti AMANAH Negara akan menjadi satu igauan ngeri. Terbogel habis semua yang selama ini disembunyikan oleh ulama-ulama Pas melalui hadis-hadis dan ayat al-Quran yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong tegar Pas.

JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat menjadi pengerusi.

Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak akan lagi menjadi pilihanraya blackout, tetapi pilihan raya paling telus.

Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan ke dalam neraka oleh pendokong-pendokong PAS.

Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yang mereka cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dalam mengambil 90 juta semestinya akan diadili sebaik-baiknya melalui lunas undang-undang Malaysia.

Kali ini Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan akan kembali dikemudi oleh Ustaz Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti mereka pilihlah antara mereka.

Semua kerusi kerusi Pas dan Umno yang dimenangi, akan bertukar milik kepada PH.

Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yang sangat penting dalam siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui akhlak terlebih dahulu.

Itulah yang saya bayangkan, itulah yang saya rasa akan jadi.

Sebab itu Sdr Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mereka, sebab mereka tahu, inilah yang akan berlaku kelak selepas 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

Sesungguhnya inilah bayangan yang saya bayangkan, yang bakal terjadi.

Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan terjadi, dan anda akan lihat sendiri, akhlak ulama-ulama Pas yang anda puja-puja.
-malaysiadateline

Menang 3 kerusi tapi lebai ni nak jadi ketua dalam kerajaan negeri Perak

Pas ketuai kerajaan Perak jika mahu diajak sertai kerajaan perpaduan
MALAYSIA DATELINE
Pas kena ketuai jika mahu ajak sertai kerajaan perpaduan, kata pesuruhajaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Walaupun hanya menang tiga daripada 59 Adun di Perak, Pas memberikan syarat, parti itu boleh menyertai kerajaan perpaduan yang dicadangkannya di Perak jika parti itu mengetuainya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, ia adalah syarat tambahan kepada tiga syarat yang diberikan Pas sebelum ini jika Pas mahu diajak menyertai kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Pas pusat sebelum ini, lapor Sinar Harian.

“Sebelum ini, sememangnya kita ada meletakkan tiga syarat awal kepada Harapan atau BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di antara salah satu daripada mereka.

“Syarat pertama adalah mana-mana mereka mesti menerima usul pindaan RUU355, syarat kedua, ketiga-tiga Adun Pas mestilah dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dan ketiga, separuh daripada jawatan JKKK, ketua kampung dan penghulu mesti diberikan kepada ahli parti itu.

“Namun kini, syarat itu sudah bertukar kepada kerajaan perpaduan tanpa pembangkang hanya setuju dibentuk sekiranya Pas dipilih mengetuainya, selaras mengikut nasihat mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” katanya sewaktu dihubungi media di sini hari ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Mesyuarat Pas Pusat mencadangkan kerajaan perpaduan di Perak dimana semua parti berada dalam kerajaan dan tidak ada pembangkang.

Ia selaras dengan cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Sementara itu, Adun Tualang Sekah dari BN, Datuk Norlee Radzi telah menyertai PH menjadikan PH mempunyai 30 Adun berbanding BN 26 dan Pas 3.

Video pemuda umno bergasak sesama sendiri di ulang tahun Umno ke-72

Muhyiddin dedah sebab tak tercalon senarai MB Johor

Mohamad Fadli
JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan keputusan untuk tidak dicalonkan sebagai menteri besar Johor yang baharu disebabkan mahu memberi laluan kepada calon lain.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu berkata mesti begitu beliau sedia berkongsi pengalaman dan menjadi penghubung antara kerajaan persekutuan dengan Johor.

“Nama saya tiada ada dalam senarai. Pengalaman saya akan beri manfaat dan tunjuk ajar, nak kata ‘mentor’ pun boleh kepada calon baru.

“Saya juga sedia menawarkan khidmat nasihat kepada kerajaan Johor,” katanya pada sidang media di Hotel Le Grandeur Palm Resort, Senai, selepas menghadap Sultan Johor untuk menyerahkan 3 nama calon menteri besar.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mengumumkan nama menteri besar Johor yang baharu esok, menurut kenyataan rasmi hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata majlis angkat sumpah menteri besar Johor akan berlangsung esok pada 3.00 petang.

Beliau berkata kemenangan PH memberi petanda untuk pimpinan merapatkan barisan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Johor.

“Bukan rapatkan Barisan Nasional (BN),” kata Muhyiddin bergurau dengan pemberita. “Kita perlu bersama bersatu hati memantapkan negeri Johor.”

Muhyiddin juga berkata barisan exco akan ditentukan selepas menteri besar Johor baharu dilantik.

Beliau juga tidak mendedahkan senarai nama yang diberi kepada Sultan Johor tetapi menjamin calon itu seorang tokoh yang berwibawa untuk laksanakan agenda kepada rakyat.

“Kita akan ikut macam Selangor dan Pulau Pinang seperti pemberian air percuma, menyediakan rawatan kesihatan yang baik, menambah peluang pekerjaan, menambah rumah mampu milik dan menghapuskan lesen peniaga kecil.

“Itu komitmen kita, bukan janji kosong. Kita bantu cari jalan nak tangani kos sara hidup,” katanya.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 DUN, Barisan Nasional (BN) mendapat 19 kerusi dan PAS 1.

Adly Zahari angkat sumpah ketua menteri Melaka

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari hari ini mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka ke-11.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Seri Negeri, Ayer Keroh pada 3.50 petang.

Adly, 47, yang juga pengerusi Pakatan Harapan Melaka dan pengerusi AMANAH Melaka turut melafazkan sumpah jawatan dan taat setia serta kerahsiaan yang perlu beliau patuhi dalam tempoh memegang jawatan ketua menteri.
Turut hadir, anggota Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Anggota Parlimen Alor Gajah yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Mohd Redzuan Yusof, Anggota Parlimen Kota Melaka yang juga Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong dan Anggota Parlimen Tangga Batu Dr Rusnah Aluai.

Hadir sama dalam upacara istiadat berkenaan ADUN Bandar Hilir yang juga pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew, ADUN Paya Rumput yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Mohd Rafiq Naizamohideen, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron.

Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka melalui majoriti mudah apabila menakluk 15 kerusi DUN Melaka daripada keseluruhan 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Pakatan Harapan turut memenangi empat daripada enam kerusi Parlimen iaitu Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.

Pada PRU14, Adly mengalahkan calon BN Yunus Hitam dan calon PAS Muhamat Puhat Bedol dengan majoriti 3,159 undi dalam pertembungan tiga penjuru di kerusi Bukit Katil.
- Bernama

-----------------------
Malaysiadateline
Adly angkat sumpah Ketua Menteri Melaka hari ini
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka Adly Zahari mengangkat sumpah bagi jawatan Ketua Menteri Melaka bagi penggal ke 14 hari ini.

Upacara yang berlansung jam 4.00 petang tadi di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakub.

Adly, yang mewakili AMANAH, memenangi kerusi Dun Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-14 pada Rabu lalu.

Pada PRU14, BN tumbang apabila hanya memenangi 13 daripada 28 kerusi Dun Melaka. Pecahan kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan yang mewakili kerusi AMANAH (2), Bersatu (2), PKR (3) dan DAP (8).

Turut hadir Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan isteri Normah Ali dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan di Negeri Melaka.

Mukhriz angkat sumpah jawatan MB Kedah

Anne Muhammad

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah buat kali kedua sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, jam 4.18 petang tadi.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mukhriz menewaskan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Aminuddin Omar dan PAS Zulhazmi Osman dengan majoriti 10,849 undi.

Selain itu Mukhriz yang juga Ketua Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah turut menewaskan penyandang kerusi parlimen Jerlun Othman Aziz dan PAS Abd Ghani Ahmad dengan majoriti 10,195 undi.

Keputusan PRU14 yang diumumkan Rabu lalu menyaksikan HARAPAN memenangi 18 daripada 36 kerusi negeri yang dipertandingkan dan menjadikan DUN Kedah tergantung.

Ini berikutan tidak ada kepastian sama ada PAS yang memenangi 15 kerusi akan bergabung dengan Umno yang hanya menang tiga kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Pada pilihan raya 9 Mei itu, jumlah kerusi yang dimenangi oleh HARAPAN adalah juga 18. AMANAH mendapat 3 kerusi, BERSATU (5), PKR (8) dan DAP (2).

Sebelum ini jawatan menteri besar Kedah disandang oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan DUN Suka Menanti yang dimenangi sejak lima penggal lalu.

Calon PKR, Zamri Yusof berjaya memenangi kerusi DUN berkenaan selepas mendahului calon BN dan Pas dengan majoriti 6,251.

Ini merupakan kali kedua Mukhriz dilantik menjadi menteri besar Kedah.

Kali pertama beliau memegang jawatan itu adalah selepas pilihan raya umum 2013. Namun selepas bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang menyerang perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak bersabit skandal 1MDB, Mukhriz didesak meletak jawatan.

Ini atas alasan beliau juga cenderung tidak mempertahankan perdana menteri.

Kemuncaknya, Ahmad Bashah mengetuai sekumpulan pemimpin Umno Kedah menyatakan secara terbuka hilang percaya kepada kepimpinan Mukhriz pada 20 Januari, 2016.

Dua minggu kemudian, Mukhriz letak jawatan selepas beliau hilang kawalan terhadap DUN Kedah.

Susulan itu, pada 3 Febuari 2016, Ahmad Bashah dilantik menjadi menteri besar menggantikan Mukhriz.

10 kementerian sahaja dibentuk, menteri diumumkan esok

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan telah membentuk 10 kementerian-kementerian utama.

Bagaimanapun, nama-nama menterinya hanya akan diumumkan esok.

“Kami putuskan, buat masa ini, kami hanya akan membentuk kabinet yang kecil melibatkan kementerian-kementerian penting.

“Kami tidak mahu kabinet yang besar, tetapi terdapat beberapa kementerian yang perlu diisi segera,” kata,” kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur hari ini.
  1. Kementerian Kewangan
  2. Kementerian Dalam Negeri
  3. Kementerian Pertahanan
  4. Kementerian Pendidikan
  5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  6. Kementerian Ekonomi
  7. Kementerian Kerja Raja
  8. Kementerian Pengangkutan
  9. Kementerian Teknologi, Sains dan Multimedia
  10. Kementerian Luar Negeri

Agong sedia ampun Anwar - Tun Dr Mahathir


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan, kata perdana menteri.


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Seri Paduka semasa istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.

Justeru, kata Mahathir, prosedur selanjut akan disusuli selepas ini.

“Jadi kami akan melalui proses sewajarnya bagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” katanya.

Pengampunan itu akan membolehkan Anwar kembali menyertai politik.

“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.

“Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau konsisten menafikan perkara itu dan mendakwa ia bermotif politik.

Mengikut jadual, Anwar yang kini di penjara Sungai Buloh, boleh dibebaskan pada 8 Jun ini.
-

------------------

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan telah membentuk 10 kementerian-kementerian utama.

Bagaimanapun, nama-nama menterinya hanya akan diumumkan esok.

“Kami putuskan, buat masa ini, kami hanya akan membentuk kabinet yang kecil melibatkan kementerian-kementerian penting.

“Kami tidak mahu kabinet yang besar, tetapi terdapat beberapa kementerian yang perlu diisi segera,” kata,” kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur hari ini.
  1. Kementerian Kewangan
  2. Kementerian Dalam Negeri
  3. Kementerian Pertahanan
  4. Kementerian Pendidikan
  5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  6. Kementerian Ekonomi
  7. Kementerian Kerja Raja
  8. Kementerian Pengangkutan
  9. Kementerian Teknologi, Sains dan Multimedia
  10. Kementerian Luar Negeri

TUN M DAN MASUK KUBUR

Dr MAZA
Bukan semua perkara kita boleh setuju dengan YBg.Tun Mahathir. Banyak juga pendapat dan tindakan Tun M yang kita kurang setuju atau tidak boleh menerimanya. Beliau BUKAN MAKSUM untuk kita terima semua pendapatnya. Rekod Tun M pun bukan semuanya kita boleh puji. Di samping, secara adilnya, kita tidak boleh menafikan jasa, sumbangan dan kebijaksanaan beliau dalam banyak hal.

Tokoh-tokoh politik seperti Tun M, DS Najib, DS Anwar, DS Abdul Hadi dan lain-lain sering dikaitkan dengan pelbagai cerita positif dan negatif. Jangan kita telan semua yang dikaitkan dengan mereka tanpa penilaian yang matang dan jangan juga kita menerima segala apa yang mereka lontarkan tanpa berfikir dengan seimbang. Apapun, mempercayai mana-mana orang politik seratus peratus merupakan satu kesilapan.

Hari ini orang bercerita pasal Tun M dan kubur. Saya juga ingin berkongsi cerita pasal Tun M dan kubur. Walaupun cerita biasa, tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Pada tahun 2014, ketika itu saya sabatical di SOAS London, Tun M datang ke London. Tun M tinggal di rumah Kerajaan Malaysia yang ketika itu sedang bocor bumbungnya. Saya dan Tun M bertemu empat mata membincang beberapa perkara. Tun M bertanya saya beberapa soalan berkaitan agama. Kami berdiskusi. Kemudian Tun M membincangkan tentang YAB PM DS Najib. Masa itu beliau belum lagi menentang DS Najib secara terbuka. Beliau menyebut isu-isu seperti yang beliau sebut dalam kempen beliau sekarang. Saya hanya mendengar. Benar ataupun salah, saya tiada bahan untuk dinilai ketika itu.

Saya bertanya beliau, "Habis Tun nak buat apa? Tun nak bersuara ke"?
Ketika itu Tun M mengungkap satu ungkapan yang selalu saya ingat apabila terlihat wajah beliau. Kata Tun M kepada saya: "Nanti orang akan kata orang tua ni tak habis-habis asyik kacau orang lain jadi Perdana Menteri. Orang macam saya ini sepatutnya dah duduk bawah dah (masuk kubur). Tapi saya ni sayang kepada negara saya".
Saya lihat Tun M yang ketika itu dalam keadaan keletihan, lesu dan sedih. Saya sendiri tersentuh dengan ucapan beliau itu. Saya diam sahaja. Kami bincang beberapa tajuk lain.

Semasa itu saya tidak sangka Tun M akan menubuhkan parti politik baru dan secara terang-terangan melawan DS Najib. Saya tidak sangka hari ini beliau yang menyatakan 'sepatutnya beliau sudah masuk kubur' berdiri atas pentas politik kempen pilihanraya secara besar-besaran. Ini kerana dalam ungkapan Tun M itu seolah-olah tidak banyak harapan dan beliau hanya menunggu masa untuk 'masuk kubur'. Apatahlagi semasa itu anak beliau masih memegang jawatan MB Kedah.

Cumanya, dalam masa yang sama beliau kata 'saya sayang kepada negara saya'. Allah Maha Mengetahui. Rasanya beliau ikhlas. Tapi saya fikir beliau mungkin terpaksa pertimbang antara usianya, kedudukannya yang dihormati di sisi negara, kedudukan anaknya dan banyak lagi kelebihan lain yang beliau sedang kecapi ketika itu.

Apabila saya balik ke Malaysia 2015 menjawat semula jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua, beberapa kali juga saya berjumpa dengan Tun M secara empat mata. Beliau mengulangi cerita yang sama. Cumanya, tidak sangka sehingga hendak menubuhkan parti politik dan bertanding pilihanraya. Jika orang beritahu saya Tun M bertindak begitu sebab mahu bela anaknya, maaf, secara peribadi, saya mempunyai pengalaman yang berbeza. Tun M telah menyuara bantahan itu sebelum anaknya terbuang.

Hari ini hari mengundi. Entahlah. Dunia bagaikan mimpi. Tun M bertanding dan mahu jadi PM semula. Tidak pernah di Malaysia seseorang jadi PM dua kali. Cumanya, saya sendiri jadi Mufti sebanyak dua, walaupun tidak pernah terjadi sebelum itu. Pada awalnya saya sendiri rasa ganjil. Dunia politik pasti tiada apa yang mustahil.

Saya tidak pasti sejauh manakah Tun M boleh bertahan dengan usianya itu. UMUR TIDAK BERPIHAK KEPADANYA. Itu apa yang ketara kita nampak. Selain itu, hanya Allah Yang Tahu. Tok Wan (lelaki) saya dahulu ketika dia berusia 100 tahun, orang sinis kepadanya bila beliau menanam pokok-pokok durian di tanahnya. Mereka kata: "Sempatkah nak makan durian orang tua tu"?! Ditakdirkan Allah, beliau meninggal pada usia 126 tahun menurut hitungan anak-anaknya. Beliau sihat. Hanya sakit pada penghujung hayat. Sempat makan banyak musim durian yang beliau tanam.

Pastinya, menguruskan negara tidak seperti menanam durian. Namun, usia manusia dan apa yang akan terjadi di masa hadapan tiada siapa yang tahu.

Kita semua tidak tahu apa yang akan terjadi. Kita mengundi untuk masa depan. Namun tiada siapa yang tahu masa depan melainkan Tuhan. Agama mengajar kita berusaha dan bertawakal.

Kita berusaha untuk yang kita jangka lebih baik ataupun kurang buruk. SIAPAKAH yang terbaik?, ataupun SIAPAKAH yang kurang buruk? Itu semua memerlukan penilaian yang seimbang dan penuh kematangan. Setelah berijtihad dalam membuat penilaian, kita serah kepada Allah. Nilailah hujah Tun M, hujah DS Najib, hujah DS Abdul Hadi dengan adil. Dengarlah hujah dari semua pihak kemudian berijtihadlah, dan buatlah penilaian yang kita yakin terbaik. Selamat mengundi!

Hampir pasti Pas ‘hidupkan’ Umno di Perak

ARIF ATAN 
Pas Perak yang hanya mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dilihat ‘menghidupkan’ Umno bagi tujuan membentuk kerajaan negeri.

Malam tadi, pemimpin Pas Perak mengadakan pertemuan dengan BN negeri di Ipoh dalam suasana yang dianggap Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Shaarani Mohamad sebagai ‘harmoni’.

Shaarani ketika ditemui pemberita memberitahu BN tidak memberikan sebarang tekanan terhadap Pas bagi mewujudkan kerajaan campuran di Perak.

Beliau berkata, pihaknya tetap mengambil kira hak Pas termasuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Razman (berjubah) bersalam dengan Shaarani di sebuah hotel di Ipoh malam tadi.

Walau bagaimanapun, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menerusi kenyataanya malam tadi memberitahu BN negeri telah mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri.

“Justeru saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bagi menyembah maklum kedudukan terkini dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk,” ujarnya.

Dibacakan Pengarah Komunikasi dan Korporat Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa, selanjutnya Zambry berkata, tidak ada parti memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri Perak berdasarkan keputusan PRU-14.

“BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR 29 kerusi dan Pas tiga kerusi,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria memberitahu syarat dalam kerjasama pembentukan kerajaan negeri tersebut termasuk tidak menghalang perjuangan Pas dalam Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Menegaskan peranan Pas sebagai ‘raja penentu’, Razman berkata kedudukan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi menjadikan Pas ‘kingmaker’ yang akan menentukan pembentukan kerajaan negeri.

“Dalam mesyuarat Pas Pusat esok (Jumaat), kita akan ada mandat daripada kepimpinan tertinggi dan selepas itu kita akan bawa mandat tersebut untuk membentuk kerajaan Perak,” jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pas Perak di sebuah hotel di Ipoh semalam.

Gabungan BN-Pas membolehkan kerajaan negeri Perak ditubuhkan dengan majoriti mudah 30 kerusi berbanding PH 29 kerusi.

Bagaimanapun perbincangan secara tidak rasmi antara Razman yang memenangi kerusi Dun Gunong Semanggol dengan Saarani Mohamad itu mengundang rasa tidak puas hati rakyat Perak yang menolak BN.

Rata-rata mereka di media sosial termasuk penyokong Pas mempersoal pendirian politik Pas selain menggesa Pas mengambil sikap bersendirian daripada berkerjasama dengan BN.

Ada yang menganggap kepimpinan Pas membohongi penyokongnya apabila tergamak berkerjasama dengan parti yang mempunyai banyak kes rasuah.

Pada masa sama, terdapat juga netizen yang menggalakkan Pas-Umno bergabung bagi membuktikan hasrat kerjasama kedua-dua parti itu yang sebelum ini pernah didedah berlaku pasca PRU 2008.

Selain Razman, Pas menang di Dun N5 Selama yang diwakili Mohd. Akmal Kamarudin dan di Dun N6 Kubu Gajah melalui Khalil Yahaya dengan majoriti tipis masing-masing 289 dan 180 undi.

Kedua-dua Dun itu terletak di bawah Parlimen P56 Larut yang dimenangi calon BN, Hamzah Zainudin.

----------------------

BN Perak umum akan tubuh k'jaan negeri
BN malam ini mengumumkan berjaya memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengarah komunikasi menteri besar sementara Nizam Isa berkata BN Perak akan berjumpa dengan Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda bagi menubuhkan kerajaan negeri.

"Saya ingin mengumumkan bahawa BN sudah memperoleh jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

"Kami akan memohon untuk mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Azlan Shah untuk memohon perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak," katanya dalam sidang media di Impiana Hotel, Ipoh.

Bagaimanapun, Nizam tidak mengulas lanjut sama ada BN bergabung dengan PAS atau menyatakan tarikh mengadap Sultan Perak.

Beberapa jam lalu, PAS Perak mengadakan mesyuarat di Hotel Impiana, Ipoh bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan negeri Perak.


Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata syarat utama bekerjasama dengan PAS adalah parti sekutu tidak menentang atau menafikan perjuangan PAS berhubung isu Islam.

Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad juga dilihat hadir di hotel itu untuk berbincang dengan PAS.

Perak memiliki 59 kerusi DUN, dan HARAPAN menang 29 kerusi, BN 27 dan PAS tiga.

HARAPAN kurang satu kerusi untuk mendapat majoriti mudah, sementara PAS pula menjadi 'kingmaker'.
-malaysiakini

Azmin dedah punca Pakatan Harapan menang

MUHAMMAD AFHAM RAMLI

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan faktor kemenangan Pakatan Harapan adalah kecurangan pengurusan kewangan di Putrajaya, skandal 1MDB dan kos sara hidup yang tinggi.

Menurutnya, Pakatan Harapan berjaya menyakinkan rakyat dan beliau gembira kerana penerimaan rakyat dengan dasar parti yang diberikan.

"Mereka (rakyat) telah berikan harapan kepada Harapan untuk mengubah negara kita.

"Kita juga telah memutuskan Harapan dibentuk, dalam tempoh 100 hari, cukai barang dan perkhidmatan akan dihapuskan," katanya selepas sidang media pengumuman kejayaan Harapan dalam PRU14, di sini, hari ini.

Tambah Azmin, beliau turut mengakui pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap rakyat serta anggota Umno selain pengalaman lama dalam kerajaan menjadi faktor kejayaan Harapan.

Selain itu, Azmin turut meluahkan rasa syukurnya kepada rakyay Malaysia di atas keputusan bersejarah ini dengan tumpasnya BN dalam PRU14.

"Ini yang dinantikan bahawa rakyat Malaysia setelah sekian lama menantikan perubahan secara keseluruhan bagi memastikan Malaysia ditadbir secara bertanggungjawab," katanya.

Mahathir sah PM ketujuh

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebentar tadi.

Majlis diadakan di Istana Negara pada kira-kira jam 9.50 malam.

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan pemimpin utama parti komponen HARAPAN.

11 pemimpin Amanah yang terpilih menjadi ahli parlimen

DARIPADA 113 KERUSI PH : AMANAH MENYUMBANGKAN SEBELAS (11)

1. Kota Raja - Hj Mohamad Sabu (Presiden)
2. Pulai - Hj Salahuddin Ayub (Timb. Presiden)
3. Parit Buntar - Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden)
4. Hulu Langat - Ust Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden)
5. Tampin - Dr Ust Hasan Bahrom (Naib Presiden)
6. Pokok Sena - Dato' Hj Mahfuz Omar (Naib Presiden)
7. Temerloh - Hj Anuar Tahir (Setiausaha Agong)
8. Lumut - Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihanraya)
9. Shah Alam - Hj Khalid Samad (Pengarah Komunikasi)
10. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategik)
11. Sepang - Hj Hanipa Maidin (Pengarah KANUN - Peguam Amanah)

[Nota : AMANAH bertanding 27 Kerusi Parlimen di semenanjung]

Dr M naiki Proton Perdana '2020' ke Istana Negara

Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Istana Negara di Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah kereta limusin Proton Perdana berwarna hitam metalik dengan nombor plat - Proton 2020 - petang tadi

Pengerusi Pakatan Harapan itu dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada jam 5 petang.

Plat nombor itu melambangkan visi Mahathir untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan Pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) selepas Mahathir lantang membidasnya.

Pada pertemuan hari ini, Mahathir diiringi oleh beberapa pemimpin HARAPAN, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Portal Berita Harian, petang tadi mengesahkan Istana Negara penerimaan dua dokumen untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri.

Dokumen pertama diterima pada jam 1.38 petang tadi oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, adalah warkah makluman ditandatangani ketua daripada beberapa parti politik untuk mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.


Nik Mohd Shafriman kemudian dimaklumkan menerima keputusan penuh PRU14, mencakupi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada jam 2.45 petang.

Penerimaan dua dokumen berkenaan kini menanti perkenan Sultan Muhammad V bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri dalam tempoh terdekat.

Mahathir mengadap Agong jam 5 petang ini

PRU14 | Debaran mengenai status kerajaan serta perdana menteri ketujuh bakal berakhir petang ini.

Agensi berita Reuters melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V di Istana negara pada jam 5 petang nanti.

Calon perdana menteri itu akan ditemani pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Memetik kenyataan Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah Reuters melaporkan empat pemimpin tertinggi PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU akan mengiringi Dr Mahathir.

Walaupun tidak dinamakan, dipercayai mereka ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Terdahulu Bernama melaporkan tiada upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan di Istana Negara hari ini.

Sumber daripada Istana Negara memberitahu Bernama upacara itu tidak akan diadakan pada hari ini seperti yang ditular di media sosial.

Beliau berkata pihak Istana Negara akan memaklumkan sekiranya sudah memperoleh maklumat terkini mengenai majlis berkenaan.

“Memang hari ini belum ada majlis mengangkat sumpah lagi. Jika ada info selepas ini pihak istana akan maklumkan.

“Setakat ini tiada maklumat bila (ia akan diadakan). Pastinya bukan hari ini, malam ini pun bukan,” kata sumber berkenaan.

Sekumpulan anggota media tempatan dan antarabangsa serta beberapa penyokong kerajaan Pakatan Harapan menunggu di luar kawasan berhampiran Istana Negara sejak pukul 8 pagi tadi.

Menerusi maklumat yang diterima sebelum ini daripada beberapa sumber, Tun Dr Mahathir Mohamad, 92, dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh susulan kejayaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 semalam.

Pakatan Harapan, gabungan empat parti politik pembangkang diketuai Dr Mahathir menang besar pada pilihan raya kali ini, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Dr Mahathir juga merupakan perdana menteri keempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima penggal berturut-turut dari 1982 hingga 1999.
-malaysiakini

Senarai 8 menteri, 19 timb menteri BN yang tewas

PRU14 | Pilihan raya umum ke-14 ini bukan saja menyaksikan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membawa gabungan itu kepada kekalahan pertama sejak kemerdekaan, tetapi juga beberapa 'orang kuatnya' juga.

Walaupun Najib menang dengan selesa di Pekan dengan majoriti 24,859 undi, lapan menteri dan 19 timbalan menteri kalah kerusi parlimen.

Tidak semua daripada mereka merupakan penyandang kerusi parlimen, kerana sesetengahnya ialah bekas senator yang bertanding dalam pilihan raya umum.

Menteri yang dikalahkan ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai (Kementerian Pengangkutan), Datuk Seri Dr S Subramanaim (Kementerian Kesihatan) dan Datuk Seri Mah Siew Keong (Kementerian Perladangan dan Kementerian Komoditi).

Ketiga-tiga mereka juga ialah pengerusi parti komponen BN, MCA, MIC dan Gerakan.

Liow terlepas kerusi Bentong dengan majoriti 2,032 undi, Subramaniam kalah dengan majoriti 5,476 undi dan Mah Siew Keong tewas dengan majoriti 11,179 undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menteri-menteri lain yang dikalahkan termasuk Datuk Seri Shabery Cheek (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Kementerian Kewangan), Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Jamil Khir Baharom dan Datuk Abdul Rahman Dahalan (Menteri diJabatan Perdana Menteri ).

Salleh dan Abdul Rahman ialah antara penyokong kuat Najib. Keduanya dikalahkan calon WARISAN sekutu HARAPAN di Sabah.

Salleh kalah dengan majoriti 4,262 undi di Kota Belud manakala Abdul Rahman ditewaskan dengan majoriti 12,984 undi di Sepanggar.

Shabery pula kalah dengan majoriti 2,163 undi di Kemaman manakala Jamil kalah tipis kepada PAS dengan majoriti 539 undi di Jerai.

Johari tewas dengan majoriti 4,139 undi kepada BERSATU di Titiwangsa.

Seramai 19 timbalan menteri juga kalah.

Mereka ialah seperti senarai berikut:

Nasrudin Mansur (Kalah Silam dengan majoriti 6,401 undi kepada WARISAN)

Datuk Johari Baharum (Kalah Kubang Pasu dengan majoriti 13,009 undi kepada BERSATU)

Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Kalah Papar dengan majoriti 325 undi WARISAN)

Datuk Razali Ibrahim (Kalah Muar dengan majoriti 6,952 undi kepada BERSATU)

Datuk Othman Aziz (Kalah Jerlun dengan majoriti 5,866 undi kepada BERSATU)

Lee Chee Leong (Kalah Kampar dengan majoriti 11,801 undi kepada DAP)

Hamim Samuri (Kalah Ledang dengan majoriti 8,666 undi kepada PKR)

Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed (Kalah Pulai dengan majoriti 28,924 undi kepada AMANAH)

Chua Tee Yong (Kalah Labis dengan majoriti 3,408 undi kepada DAP)

Datuk Chew Mei Fun (Kalah Raub dengan majoriti 3,159 undi kepada DAP)

Datuk Hilmi Yahaya (Kalah Balik Pulau dengan majoriti 6,464 undi kepada PKR)

Datuk Aziz Kaprawi (Kalah Sri Gading kepada BERSATU dengan majoriti 3,288 undi)

Loga Bala Mohan (Kalah Segambut dengan majoriti 45,702 undi kepada DAP)

Nogeh Gumbek (Kalah Mas Gading dengan majoriti 3,024 undi kepada DAP)

Mary Yap (kalah Tawau dengan majoriti 4,727 undi kepada PKR)

Datuk P Kamalanathan (kalah Hulu Selangor dengan majoriti 13,391 undi kepada PKR)

Chong Sin Woon (Kalah Seremban dengan majoriti 30,694 undi kepada DAP)

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (Kalah Pasir Puteh dengan majoriti 1,360 undi kepada PAS)

S Devamany (Lost Sungai Siput dengan majoriti 5,607 undi kepada PKR)

Sultan Johor: Jangan buang masa, PM baru harus dilantik hari ini

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap Istana Negara dapat memastikan perdana menteri baru dilantik ke jawatan itu hari ini juga.

“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan berbuang masa lagi.

“Dan saya harap Istana Negara ini hari juga melantik perdana menteri yang baru kerana ini adalah kepentingan rakyat bukan kepentingan saya ataupun individu,” titah baginda.

Baginda adalah anggota Majlis Raja-raja Melayu.

Dr M harap dapat angkat sumpah sebelum 5 petang

Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat keperluan mendesak untuk Yang di-Pertuan Agong berkenan melantiknya sebagai ketua eksekutif.

Katanya, anggota-anggota parlimen HARAPAN sudah menandatangani pengisytiharan untuk menyokongnya sebagai perdana menteri sekali lagi.

Beliau berharap dapat mengangkat sumpah sebelum jam 5 petang ini.

“Sekarang tiada kerajaan... kerajaan sementara sudah tiada sejak malam tadi,” katanya.

Memetik perlembagaan persekutuan, Mahathir berkata agong harus melantik seorang anggota parlimen yang mendapat sokongan majoriti dewan sebagai perdana menteri.

9 negeri boleh bentuk kerajaan, 3 masih tergantung

BERNAMA 
Sembilan negeri boleh membentuk kerajaan negeri setelah parti-parti yang bertanding berjaya memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Negeri berkenaan ialah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Pembentukan kerajaan negeri di Perak, Kedah dan Sabah pula masih ‘tergantung’ memandang tidak ada parti yang melepasi majoriti mudah.

Bagi 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah, Barisan Nasional (BN) memenangi 29 kerusi, PKR (dua), DAP (enam), Parti Warisan Sabah (21) dan Parti Solidariti Tanah Airku (dua).

Daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan di Kedah pula, PKR menguasai 18 kerusi, PAS menang 15 kerusi dan BN (tiga) manakala di Perak, PKR menang 29 kerusi, BN (27) dan PAS (tiga) daripada keseluruhan 59 kerusi DUN.

Bagi PKR, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi kerusi Dun untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Perak dan Kedah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood berkata suruhanjaya itu hanya boleh mengumumkan bilangan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding tetapi tidak boleh memutuskan parti mana yang layak membentuk kerajaan negeri.

“Terpulang kepada parti masing-masing untuk berbincang. Kita tidak boleh tentukan siapa yang bentuk kerajaan,” katanya.

PKR menguasai negeri-negeri di Pantai Barat untuk membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

BN pula akan membentuk kerajaan negeri di Perlis dan Pahang manakala Pas di Kelantan dan Terengganu.