"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

MALAYSIA DATELINE

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah mengecewakan rakyat Malaysia dengan pengumuman bahawa vaksin COVID-19 tidak akan tersedia untuk sebahagian besar rakyat Malaysia sehingga suku ketiga tahun ini.

Khairy juga mendedahkan bahawa pelan vaksinasi Malaysia akan mengambil masa sehingga 18 bulan dari penghantaran vaksin pada akhir Februari 2021, dua bulan kemudian berbanding Indonesia dan Singapura.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, kelewatan dua bulan dalam mendapatkan penghantaran vaksin berbanding dengan Indonesia dan Singapura, dan rancangan vaksinasi selama 18 bulan tidak dapat diterima.

“Banyak nyawa akan hilang tanpa perlu dan rakyat akan menderita lebih lama akibat kesan ekonomi yang teruk,” katanya dalam kenyataan.

Memandangkan kelewatan yang terlalu lama dalam mendapatkan penghantaran vaksin lebih awal, Guan Eng berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin harus segera campur tangan untuk mengembalikan ujian saringan penuh semua kontak rapat pesakit COVID-19, walaupun kontak rapat itu tidak bergejala.

“Pelaksanaan penuh 3T iaitu saringan, pengesanan dan rawatan, termasuk ujian saringan penuh adalah paling berkesan untuk membendung penularan COVID-19,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa ujian saringan tidak lagi akan dilakukan pada setiap individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19, dan sebaliknya hanya menyaring mereka yang menunjukkan gejala.

“Kelonggaran” terhadap arahan sebelum ini yang memerlukan ujian saringan penuh yang melibatkan semua kontak rapat tanpa gejala, adalah hasil daripada sistem penjagaan kesihatan kita yang tidak mampu menangani lonjakan jumlah pesakit Covid-19,” katanya.

Justeru Setiausaha Agung DAP berkata, Menteri Kabinet telah culas dalam tugas mereka sehingga gagal memberikan sokongan dan sumber penuh, dari segi peralatan dan tenaga kerja, untuk wira barisan hadapan negara dalam pertempuran hidup dan mati melawan COVID-19.

“Tidak ada alasan untuk tidak menggunakan Dana Covid-19 bernilai RM17 bilion yang diluluskan dalam Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan 3T sepenuhnya.

“Tanpa 3T, lebih ramai rakyat Malaysia akan dijangkiti COVID-19 dan lebih banyak nyawa akan terkorban sia-sia.

“Bolehkah Perdana Menteri dan Menteri Kabinetnya bangkit daripada tidur mereka sekarang”? tegas beliau.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hanya menandatangani kontrak untuk mendapatkan tambahan 12.2 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech pada 11 Januari, dan dengan jumlah 25 juta dos Pfizer, akan meliputi hanya 39% populasi negara pada tahun 2021.

“Bolehkah kerajaan menjelaskan sama ada 61% populasi selebihnya harus menunggu hingga tahun 2022, atau mereka akan diberi vaksin dengan vaksin dari negara lain yang keberkesanannya telah dipersoalkan?” soal beliau.

Berdasarkan pelan vaksinasi selama 18 bulan ini, ancaman COVID-19 pada Malaysia akan kekal ada hingga akhir tahun 2022.

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

MALAYSIA DATELINE

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Tan Sri Muhyiddin Yaasin digesa mengesahkan kesahihan satu surat dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri berhubung kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Ahli Parlimen Johor Bharu Akmal Nasir mengutarakan gesaan itu ekoran ramai yang bertanya mengenai kesahihan surat tersebut.

“Kalau surat ini tidak benar, elok nafikan segera.

“Saya rasa tidak menjadi kesalahan sebagai rakyat untuk kita bertanya,” katanya melalui Facebook hari ini.

Akmal turut mempersoalkan, apakah kewajaran pelaksanaan projek pembinaan dewan bernilai lebih RM35 juta ketika negara berhadapan dengan wabak Covid19?

“Kenapa jumlah begitu besar untuk bina sebuah dewan dan kenapa di Pagoh, adakah terdapat kepentingan politik atau peribadi?

“Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan frontliners atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi Darurat dan PKP?

“Benarkah surat tersebut diutus pada tarikh sama ketika Proklamasi Darurat diumumkan YAB Perdana Menteri?

“Adakah ini bermakna ketika Darurat kerajaan Perikatan Nasional boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan Parlimen digantung?

“YAB Perdana Menteri, kami mohon pencerahan,” soal beliau.

Sejak pagi tadi tular satu surat dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri berhubung kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Kandungan surat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman diterima pada 11 januari 2021 lalu menyatakan Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM35,435,992.00 bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Perdana Menteri juga memohon supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) dilantik sebagai pelaksana projek-projek ini. 

“PM juga turut menyatakan hasrat beliau agar pelaksanaan projek-projek ini dapat dimulakan dengan secepat mungkin

“Oleh itu Ybhg Datuk dimohon untuk mengambil segala tindakan yang dapat memastikan projek ini dapat bermula di tapak pada 1 mac 2021,” tulis JPM dalam surat tersebut.

APA NAK DIKATA, INILAH PM YANG BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT JELATA….

Shahbudin Husin

Perlaksanaan PKP 2.0 yang kemudian disusuli dengan perintah darurat sehingga 1 Ogos depan, selain menampakkan kegagalan Muhyiddin Yassin semakin di depan mata, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat pula boleh dikata hampir merata.

Bagi darurat, walaupun dihujahkan ia untuk menangani Covid19, realitinya ia lebih menampakkan untuk mengelakkan Muhyiddin daripada dijatuhkan.

Bukan lagi satu rahsia, cadangan darurat itu dikemukakan Muhyiddin kepada Yang Dipertuan Agong selepas seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya serta menjelang UMNO mahu memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agungnya 31 Januari depan.

Sebelum darurat dilaksanakan, Najib Razak ada mengingatkan Muhyiddin kiranya perintah itu dipohon sekali lagi oleh Muhyiddin, ia tidak lain adalah bertujuan agar kerajaan PN terus kekal berkuasa.

Di samping terbukti permohonan darurat buat kali kedua dipohon oleh Muhyiddin, setelah kali pertama dulu ia ditolak, Najib juga mendedahkan hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang menguatkuasakan darurat ketika Covid19 bersekali dengan penggantungan Parlimen.

Dengan itu, maksud politik di sebaliknya tidak perlu disangkal lagi dan pilihan terhormat bagi pemimpin yang hilang sokongan sepatutnya meletakkan jawatan, bukan mencadangkan kepada Agong agar darurat dikuatkuasakan.

Dalam hal ini, keterdesakan Muhyiddin mahu mengekalkan kuasa sehingga mengusulkan perlaksanaan darurat turut membuatkan Tun Mahathir Mohamad menggelarnya sebagai diktator.

Jika Tun Mahathir yang sebelum ini kerap digelar diktator telah menggelar Muhyiddin sebagai diktator, maka hampir 99 peratus benarlah hakikat itu.

Ini kerana hanya diktator kenal dengan pemimpin lain yang ada ciri-ciri diktator seperti yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

Dalam perlaksanaan PKP 2.0 pula, di sebalik difahami ianya bertujuan membendung Covid19, peraturan yang dilihat berpilih-pilih turut sama menyerlahkan kegagalan Muhyiddin membela rakyat, terutama golongan B40.

Sementara gedung dan pasaraya besar, kedai perabot IKEA serta kedai barang kemas Habib Jewel, seperti dinyatakan Najib dalam laman sosialnya boleh terus dibuka, sedangkan ia bukan perniagaan barangan keperluan, banyak perniagaan kecil lain atau kaedah meniaga untuk golongan B40 mencari wang seperti pasar malam, tidak dibenarkan membuka perniagaan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Ini menimbulkan pertanyaan, golongan mana sebrnarnya yang menjadi keutamaan Muhyiddin untuk dibelanya – tauke besar yang sedia kaya raya atau rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi sebagai sumber pendapatan mereka?

Kalau pun mereka hendak disuruh duduk di rumah, setidak-tidaknya sediakanlah bantuan kewangan yang sewajarnya dalam tempoh tidak boleh menjalankan perniagaan sekarang ini.

Di waktu yang sama, kedai makan dan restoran yang hanya dibenarkan meniaga sehingga jam 8.00 malam juga benar-benar menyekat pintu rezeki sebahagian lagi golongan B40.

Selain banyak restoran dilaporkan hilang pendapatan hampir 80 peratus kerana peraturan itu yang disertai larangan makan di kedai, kerajaan haruslah sedar bahawa ramai golongan B40 menjalankan perniagaan bermula pada waktu petang sebagai sumber rezeki seperti menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya.

Restoran-restoran tomyam juga biasanya dibuka bermula pada waktu petang.

Dengan itu, jika pukul 8.00 malam sudah diarah tutup kedai, berapa lama dan bagaimana mereka mahu mencari rezeki?

Lagi pula, bagi kebanyakan orang Islam, waktu mereka membeli makanan untuk dibawa pulang bagi makan malam ialah selepas selesai menunaikan solat maghrib.

Maka, kenapa Muhyiddin, sebagai anak ulama, tidak boleh berfikir untuk melanjutkan tempoh perniagaan kedai makan, restoran, menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya sekurang-kurangnya sehingga jam 10.00 malam?

Dalam tempoh darurat dan PKP 2.0 ini juga, kegagalan Muhyiddin tambah berganda dengan laporan beberapa syarikat antarabangsa besar seperti Toyota, Hyundai, Amazon, LG, pembuat bateri CATL bakal memindahkan pelaburan mereka hampir RM100 bilion ke Indonesia.

Tidak sukar menelah pindahnya semua syarikat besar itu adalah disebabkan ketidakyakinan mereka terhadap kepimpinan Muhyiddin, kestabilan politik negara dan kerajaan PN yang diterajuinya.

Kehilangan pelabur-pelabur tersebut bukan saja menjejaskan pendapatan negara, malah menyebabkan beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan dan ini tidak mustahil mendorong ramai antara kita menyeberang ke Indonesia mencari kerja sepertimana mereka sekarang ini mencari rezeki ke negara kita.

Sebab itu, lagi lama beliau bertahan dengan kerapuhan kuasanya sekarang, bukan bertambah baik keadaan negara ini, bahkan akan memburuk dengan ekonomi bertambah malap, rakyat sukar mencari rezeki dan ramai yang hilang pekerjaan.

Pun begitu, Malaysia ini agak bertuah kerana mempunyai Agong sebagai ketua negara yang baik, merendah diri, cakna kepada rakyat terutama jika ada malapetaka melanda, nak diharapkan Muhyiddin, beliau boleh dikata tidak berguna apa-apa untuk memberi kesejahteraan kepada kita semua.

Sewaktu PKP 1.0 dahulu di mana beliau sering menyebut hanya ingin menjaga rakyat dan tidak mengutamakan politik, sebaliknya ketika itu jugalah beliau memecat dan menyingkirkan semua musuh-musuh politiknya dengan cara yang keras dan tidak memberi muka.

Di ketika PKP 2.0 dan darurat ini pula, hanya setelah dua hari berlalu, beliau jugalah yang pertama sekali mempengerusikan mesyuarat politik PN Johor, sambil membuat beberapa perlantikan untuk mengukuhkan kedudukan gabungan tersebut.

Dengan selalu cakap tak serupa bikin, disertai dengan deretan kegagalan dan lebih banyak membawa kesusahan daripada kesenangan kepada rakyat, termasuk mencadangkan darurat ketika sokongan terhadapnya makin tiada, Muhyiddin dengan ini adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara. (Shahbudindotcom 16/01/2021)

Kes baru Covid-19 melonjak lepasi 4,000

Malaysiakini 

Wabak Covid-19 di negara ini sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi apabila lebih 4,000 kes baru dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, secara keseluruhan sebanyak 4,029 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak tengah hari semalam.

Daripada jumlah itu hanya lapan membabitkan kes import.  

Dalam tempoh itu juga sebanyak lapan kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif korban Covid-19 kini sebanyak 594 orang.

Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar dengan 1,466 kes diikuti Johor (719 kes), Sabah (449 kes) dan Kuala Lumpur (347 kes).

Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes baru semalam, kali ini mencatat 14 kes.

Sebelum ini kes baru tertinggi yang direkodkan KKM ialah 3,337 iaitu pada 14 Jan lalu. Sebelum itu kes tertinggi yang dicatatkan ialah 3,309 kes.

Kes bagi negeri lain ialah:

Negeri Sembilan - 214 kes

Kedah - 195 kes

Kelantan - 141 kes

Pulau Pinang - 120 kes

Terengganu - 80 kes

Pahang - 65 kes

Sarawak - 69 kes

Perak - 54 kes

Melaka - 44 kes

Putrajaya - 35 kes

Labuan - 17 kes

Menurut ciapan akaun rasmi KKM, kes-kes yang dicatatkan hari ini adalah hasil aktiviti atau pergerakan sebelum 13 Jan 2021.

Kata KKM, sebanyak 2,148 kes sembuh bagi tempoh 24 jam lalu. 

Sebanyak 205 kes pula sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat daripada mangsa yang meninggal dunia adalah pesakit di Sabah, manakala masing-masing seorang di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Enam daripada mereka ialah lelaki masing-masing berusia 40, 59, 72 dan 78 tahun. Semua mereka adalah warganegara Malaysia.

Dua mangsa wanita pula merupakan bukan warganegara dan berusia 45 dan 61 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini, terdapat 641 kluster dilaporkan termasuk enam kluster baru pada hari ini.

"Jumlah kluster yang tamat pula ialah sebanyak 356 termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan.

"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah sebanyak 285 kluster.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini," katanya.

Menrut Noor Hisham lagi kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi ialah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).

Berikut merupakan enam kluster baru yang direkodkan KKM:

KLUSTER SENAI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Jan hasil saringan individu bergejala.

Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif Covid-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang berlaku penularan iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor.

Sehingga 16 Jan, sejumlah 198 individu disaring, dengan 114 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEMBOK NANAS

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Jan hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi Pati dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada tempat penularan berlaku iaitu di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor.

Sehingga 16 Jan, 252 individu telah disaring dengan 41 kes dikesan positif dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SEMBRONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Jan hasil saringan kontak rapat.

Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor.

Setakat 16 Jan, sejumlah 52 individu telah disaring dengan 18 kes dikesan positif.

KLUSTER JALAN PERMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini dilaporkan positif pada 7 Jan hasil saringan individu bergejala.

Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif Covid-19.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai.

Sehingga 16 Jan sejumlah 414 individu disaring dan 61 kes dikesan positif.

KLUSTER TAMAN JUTA

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) dilaporkan positif pada 9 Jan hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak.

Sehingga 16 Jan sejumlah 48 individu disaring dengan 14 kes dikesan positif.

KLUSTER KAMPUNG LEBUKluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-122732) dilaporkan positif pada 5 Jan hasil saringan kontak rapat.

Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong.

Setakat 16 Jan seramai 80 individu disaring dan 21 kes dikesan positif.

Pegawai kerajaan ‘kecut perut’ bila dipanggil Salleh Abas, kata Speaker DUN

Bernama

KUALA TERENGGANU: Mohamed Salleh Abas sentiasa tegas dalam setiap urusan terutama dalam mengambil tindakan terhadap pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam salah laku dan tidak amanah sehingga ada yang ‘kecut perut’, sekiranya mereka ada melakukan kesalahan.

Perkara tersebut dikongsikan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, mengenang jasa bekas ketua hakim negara itu sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Salleh merupakan pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Yahaya berkata peranan Salleh sangat penting untuk menyemak dan mengimbang pentadbiran kerajaan negeri ketika itu.

“Allahyarham sangat tegas, semua aduan rakyat berkaitan perkhidmatan kerajaan negeri diberi perhatian serius. Mana-mana pegawai kerajaan yang dipanggil oleh Allahyarham pasti ‘kecut perut’ sekiranya terdapat salah laku.

“Oleh itu, pentadbiran negeri dapat berjalan dengan begitu telus kerana semua pihak terutama pegawai dan kakitangan kerajaan negeri faham apa akibatnya jika bertugas sambil lewa atau tidak amanah,” katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata PAS mengambil masa yang agak lama untuk memujuk Salleh bertanding di Dewan Undangan Negeri Jerteh pada pilihan raya umum 1999.

“Namun, kita katakan khidmatnya diperlukan kerana pengalaman yang sangat luas dalam bidang perundangan dan ia boleh dimanfaatkan dalam pentadbiran negeri. Akhirnya, Allahyarham bersetuju untuk bertanding dan menang dalam pilihan raya itu,” katanya.

Wahid berkata walaupun pernah berdepan ujian getir dipecat sebagai ketua hakim negara, Salleh tidak pernah berkeluh kesah mengenai perkara itu malah sentiasa merendah hati dan tidak kekok bergaul bersama orang kampung.

“Pernah sekali, ketika berada di pentas ceramah di Rusila, Marang saya terlihat beliau sedang khusyuk mendengar ceramah dan hanya duduk di atas pasir dengan beralaskan surat khabar bersama orang ramai. Saya maklumkan perkara itu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya turun ke bawah dan mempelawa beliau untuk naik ke pentas seperti mana permintaan Abdul Hadi, namun beliau menolak lembut dengan alasan beliau datang untuk mendengar ceramah, kalau naik ke pentas nanti kena beri ceramah,” kata Wahid.

Semua MP tak sokong PM kena berunding segera, kata Pemuda Pejuang

Malaysiakini 

Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan agar semua ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan Perikatan Nasional (PN) segera beruding dan memindahkan sokongan mereka kepada individu tertentu.

Langkah itu kata ketuanya Abu Hafiz Salleh Hudin akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa mutlak baginda untuk melantik seorang perdana menteri baru selaras dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Kata Abu Hafiz tindakan beberapa ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka daripada PN semata-mata tidak akan mendorong Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Malah katanya kuasa yang diperuntukkan kepada perdana menteri semasa darurat sekarang memungkinkan Muhyiddin kekal berkuasa.

"Namun Agong mesti diyakinkan bahawa sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat telah diberikan kepada individu lain yang lebih berupaya untuk menangani wabak Covid-19 dengan komitmen dan hala tuju yang jelas, berstrategi dengan perspektif yang baru serta dibantu pasukan jemaah menteri yang lebih mantap dan berfungsi," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Agong pada 12 Jan lalu berkenan dengan pengisytiharan darurat selepas menerima saranan daripada kabinet sehari sebelum ini.

Pengisytirahan itu didakwa dibuat sebagai langkah kerajaan mengekang penularan Covid-19 dengan kes baru harian kini mencecah empat angka.

Pada masa sama pengkritik meragui alasan yang diberikan kerajaan sebaliknya mendakwa ia sekadar langkah mengelakkan PN dan Muhyiddin dijatuhkan.

Jaminan cuma janji manis politik 

Ia berlaku ketika seorang demi seorang ahli parlimen Umno mengumumkan mereka tidak lagi memberikan dukungan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Abu Hafiz berkata dia berasa gusar apabila membawa Seksyen 12 (4) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memberi gambaran bahawa kerajaan PN akan terus berkuasa sekiranya darurat tidak ditamatkan walaupun melepasi tempoh tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama Dewan Rakyat diadakan.

"Tindakan-tindakan yang dibuat Muhyiddin mutakhir ini membayangkan bahawa beliau ingin terus berkuasa sehingga parlimen dibubarkan oleh Agong atas nasihatnya sendiri," katanya.

Sungguhpun Parlimen tidak lagi boleh bersidang ketika ini, kata Abu Hafiz, Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa perdana menteri mestilah dilantik dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti masih berkuat kuasa.

"Demikian juga halnya Perkara 43 (4) yang menghendaki seorang perdana menteri meletakkan jawatan sekiranya telah terbukti hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya.

Tambah Abu Hafiz wujud kelompongan dalam peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan membuka ruang manipulasi politik jika ia tidak disemak semula secepat mungkin.

Katanya berbeza daripada jaminan perdana menteri pada 11 Jan lalu agar pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, ordinan tersebut tidak menyatakan secara jelas bahawa jawatankuasa bebas yang bakal dibentuk dan dilantik Agong berfungsi - antara lain - untuk menasihati baginda sama ada darurat besar masih berlaku atau menamatkan proklamasi lebih awal.

"Hal ini menguatkan andaian bahawa nasihat kepada Agong kelak - sama ada meneruskan tempoh kuat kuasa proklamasi darurat atau menamatkannya lebih awal - hanya akan dibuat oleh perdana menteri secara bersendirian.

"Tanpa wewenang undang-undang, jaminan lisan perdana menteri hanyalah kekal janji manis politik," katanya.

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

MALAYSIA DATELINE

Permohonan kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang rasa kasihan kepada rakyat negeri itu.

Naib Ketua AMANAH Rantau Panjang Mohd Hisyamuddin Ghazali berpandangan Kerajaan Pas Kelantan boleh memohon untuk melaksanakan PKP khas bagi mukim tertentu sahaja.

“Permohonan PKP oleh Exco Pas Kelantan telah diterima. Kesian rakyat sebab Exco ‘cerdik sangat’,” katanya.

Katanya, kawasan yang di katagori zon merah hanya enam kawasan sahaja iaitu Wakaf Bharu, Panji, Peringat, Chiku, Galas dan Melawi.

“Jika Exco Kelantan cerdik, mereka umum PKP khas untuk Mukim tertentu sahaja,”katanya.

Beliau yang juga Pemuda AMANAH Nasional berkata pelaksanaan PKP seluruh negeri yang bermula 16 hingga 26 Januari 2021 akan menjejaskan ekonomi peniaga kecil.

“Bukannya minta PKP seluruh Negeri Kelantan, habis jejas ekonomi peniaga kecil, buruh kerja harian, IKS, restoran dan banyak lagi di Kelantan,” tulis beliau di Facebooknya.

Katanya, kes harian di Kelantan hanya 79 kes berbanding di Terengganu iaitu 92 kes dan Pahang 70 kes.

“Kenapa Terengganu dan Pahang tak kena PKP? Apapun sama-sama jaga diri dan keluarga. Semoga semua selamat,” ujar beliau.

Hari ini, Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya mengumumkan PKP di seluruh negeri Kelantan bermula 16 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Sebelum ini, Kerajaan Kelantan melalui Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin tidak menolak kemungkinan memohon PKP dilaksanakan sekiranya kes COVID-19 terus mencatatkan peningkatan.

Izani Husin meminta rakyat Kelantan supaya mematuhi SOP memandangkan kesemua daerah di negeri itu sudah dikategorikan sebagai Zon Merah. 

Salleh Abas meninggal dunia

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas ketua hakim negara, Mohamed Salleh Abas dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3.20 pagi tadi.

Berita pemergian Salleh dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi hantaran yang dikongsi di laman Facebook.

“Dengan amat dukacita ayahanda kami, Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3.20 pagi Sabtu, 16 Januari,” kata catatan itu.

Khamis lalu media melaporkan Salleh disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berada dalam keadaan stabil.

Aku kat penjara, kau skandal dengan bini aku!

Nur Izzati Mohamad

Kepala Batas: Angkara tidak melunaskan hutang termasuk mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang menyebabkan seorang lelaki dipukul sebelum dilarikan tiga individu di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Nyior, Butterworth dekat sini, petang semalam.

Terdahulu, mangsa berusia 38 tahun keluar daripada Proton Wira di persimpangan lampu isyarat berkenaan sambil berlari dan menjerit meminta tolong.

Insiden jam 5.38 petang itu disaksikan seorang wanita yang kemudiannya merakam beberapa keping gambar sebelum tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, saksi yang bekerja sebagai kerani melaporkan yang dia berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum ternampak seorang lelaki keluar daripada sebuah kereta sambil menjerit meminta tolong.

"Saksi turut memaklumkan, sejurus kemudian, keluar dua lagi lelaki daripada kereta berkenaan dengan memegang seutas tali. Kedua-duanya mengejar sebelum menangkap mangsa.

"Susulan laporan, kami melakukan risikan sebelum menahan tiga suspek, termasuk dalangnya, pada jam 11.30 malam hari yang sama di sebuah rumah flat di Mak Mandin. Ia turut dijadikan lokasi mangsa dikurung.

"Kami menemui mangsa dalam keadaan tangannya diikat selain ada kesan kecederaan pada kepalanya. Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, suspek utama iaitu lelaki berusia 40 tahun bertindak sedemikian kerana berang mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang berusia 32 tahun ketika dia menjalani hukuman di penjara.

Selain itu, mangsa juga dikatakan meminjam wang RM2,300 daripada isteri suspek dan tidak membayarnya semula.

"Pada masa sama, mangsa turut dipercayai menggunakan nama isteri suspek untuk membuat pinjaman daripada along menyebabkan suspek bertambah berang," katanya.

Menurut Noorzainy, pada mulanya, suspek utama yang baru tiga bulan dibebaskan daripada penjara bersama dua lagi rakan jenayahnya berusia 24 dan 25 tahun mengajak mangsa berjumpa di sebuah tempat.

Suspek mendesak mangsa membayar hutang malah membawanya ke bank untuk mengeluarkan wang.

"Bagaimanapun, baki akaun bank mangsa hanya tinggal RM23. Suspek utama yang berang kemudiannya menculik mangsa dengan bantuan dua lelaki terbabit," katanya.

Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati ketiga-tiganya positif dadah.

"Suspek utama yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan dua rakannya yang mempunyai lima serta enam rekod lampau kini direman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan," katanya.

Tahap rasuah, salah guna kuasa kakitangan awam ‘membimbangkan’, kata SPRM

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Tahap rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan kakitangan awam membimbangkan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki berkata, SPRM sedia maklum ramai kakitangan kerajaan terpalit isu rasuah dan salah guna kuasa berdasarkan rekod dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Perkara itu amat membimbangkan dan sudah tiba masanya semua pihak khususnya penjawat awam bekerjasama dengan SPRM,” katanya.

Beliau mahukan penjawat awam “membuka mata dan telinga” dan menjadi pemberi maklumat kepada SPRM untuk membanteras rasuah dalam kerajaan.

Mereka perlu tampil melaporkan kegiatan rasuah di jabatan masing-masing supaya isu ketirisan dan salah guna kuasa dapat ditangani demi kepentingan semua.

“Sekiranya mereka kurang yakin untuk menjadi pengadu, mereka boleh memilih untuk menjadi pemberi maklumat dan dilindungi bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sekiranya dikenakan tindakan tidak wajar oleh ketua jabatan atau pegawai kanan susulan pendedahan yang dibuat kepada SPRM,” katanya.

Menurut beliau, isu integriti dan salah guna kuasa tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana usaha untuk membaiki budaya negatif dalam sektor awam mesti dilakukan secara dalaman.

Beliau mengulas mengenai amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman bertajuk “Mendepani Cabaran, Melangkaui Ekspektasi” di Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam, semalam.

Khairul berkata, penjawat awam perlu mengambil tahu tentang perlakuan rasuah di tempat kerja dan mencegah perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam daripada menjadi barah.

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

BAHA M. ISA

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr. Puad Zarkashi berharap ada lagi yang akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kerajaan 109 pimpinan Muhyiddin lebih kuat politiking.

“Siapa penasihat dia? Katak politik? Semoga ada lagi yang akan menarik sokongan daripada Muhyiddin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri dilapor mengumumkan menarik balik sokongan ke atas Muhyiddin.

Penarikan sokongan itu dikatakan menjadikan Kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai 109 sokongan Ahli Dewan Rakyat sekali gus menyaksikan ia telah hilang majoriti yang diperlukan.

Dalam pada itu, Puad berkata, ada yang bertanya persoalan kenapa legislatif (Parlimen) digantung dan kenapa eksekutif dan kehakiman kekal, bukankah sumber kuasa eksekutif datangnya dari ‘legislature’ iaitu Parlimen.

Beliau berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Muhyiddin.

Menurut beliau, perbincangan seterusnya dalam kalangan pakar Perlembagaan ialah kenapa Muhyiddin menggantung Parlimen sedangkan Perkara 150 (2B) menyatakan Parlimen boleh bersidang ketika Proklamasi Darurat berkuatkuasa.

“Lagi pun Parlimen boleh bersidang ‘secara maya’. Apakah Malaysia ini terlalu mundur untuk mengadakan sidang Parlimen ‘secara maya’. Sebab itu, ialah adalah darurat politik versi Muhyiddin,” dakwanya.

Satu lagi isu yang ditularkan kata Puad, ialah Perkara 150(3) menyatakan ‘Proklamasi Darurat’ dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Maka apakah akan ada desakan daripada ahli Parlimen pembangkang supaya satu sidang khas Parlimen diadakan. Jika ditolak, apakah ia akan diheret ke mahkamah dan menjadi krisis Perlembagaan yang serius?” soalnya.

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

 

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP
AMNI JAGAT

Pemuda Pas hari ini didakwa tidak langsung menghormati PKP apabila mereka telah mengadakan program ‘Blood Donation’ yang berlangsung di Tesco Batu Pahat.

Menyelar perkara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud menegaskan tindakan Pas itu memang membelakangkan rakyat di negara ini.

Tegasnya, dalam keadaan rakyat ditimpa kesulitan, Pas Johor khususnya mengambil pendekatan yang langsung tidak mementingkan sensitiviti rakyat.

“Rakyat dalam kesusahan akibat PKP yang dilaksanakan janganlah Pas membuat perkara yang tidak munasabah.

“Perlulah menghentikan progran itu walau telah disusun dari awal. Banyak lagi persatuan dan parti politik yang membatalkan program mereka saat akhir kerana menghormati rakyat.

“Perlu diingat rakyat semakin tertekan hari ini dan tidak patut Pas menggunakan kesempatan untuk mengadakan program tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan Pas yang bukan sahaja membuat program tersebut ketika PKP malah mengadakan siaran secara langsung di ‘facebook’ rasmi mereka.

Tambahnya, kerajaan perlu mengambil tindakan kerana arahan SOP PKP telah meletakkan syarat untuk tidak mengadakan program sosial secara berkelompok.
 
“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kepada penganjur progran tersebut serta ahli yang terbabit kerana ia telah melanggar SOP PKP yang ditetapkan.

“Jangan ada sikap ‘double standard’ dalam hal ini. Tindakan perlu segera diambil dan sekiranya pihak berkuasa masih ragu boleh rujuk ‘live facebook’ mereka.

“Program tersebut jelas menguris hati rakyat apatah lagi mereka yang terkesan dengan PKP yang dikuatkuasakan ini,” tegasnya lagi.

‘Nak ikut arahan siapa? Ismail Sabri atau Annuar Musa?’

Malaysiakini 

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membidas ketidakseragaman menteri-menteri kabinet dalam membuat keputusan mengenai kebenaran untuk beriadah tertentu di taman awam, susulanpenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali kedua di Kuala Lumpur.

“(Pada) 13 Jan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) arahkan semua taman awam ditutup. Ahli Parlimen KL (kemudiannya) minta taman awam dibuka.

“(Pada) 14 Jan lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob kata tak boleh, taman awam mesti ditutup.

“(Hari ini) 15 Jan, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa kata taman awam dibuka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Berbeza dengan PKP pada Mac, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu mengumumkan PKP 2.0 kali ini membenarkan aktiviti riadah tertentu di luar rumah dengan syarat tertentu yang harus dipatuhi.

Aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan ialah joging (dalam kumpulan tidak lebih daripada dua orang dan dalam lingkungan setempat serta berbasikal (bersendirian, tidak lebih daripada 10 km dari tempat kediaman).

Menurut Yeoh, prosedur opersai standard (SOP) seharusnya tidak dibuat sesuka hati manakala Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menyelaraskannya betul-betul.

“Ada pengalaman sejak Mac 2020 kenapa masih tak ada pembaikan? MKN mesti selaraskan betul-betul.

“Pengumuman dibuat oleh dua menteri yang berbeza, kabinet yang sama, parti Umno yang sama.

“Tolong buat SOP berdasarkan sains. Jangan buat SOP sesuka hati,” katanya.

Rakan Yeoh, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok yang mewakili Seputeh, juga di Kuala Lumpur turut meluahkan rasa kurang senangnya dengan kenyataan yang sentiasa berubah-ubah oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin itu.

“Bila kerajaan mengumumkan PKP dilaksanakan pada 12 Januari 2021, PM (Muhyidddin) kata jogging yang tidak melebihi dua orang dibenarkan dilakukan di taman awam. Pada 13 Januari, DBKL mengumumkan semua taman seliaan DBKL akan ditutup, dan Ahli Parlimen KL dan penduduk menyoal ketidaksehaluan pengumuman kerajaan.

“Semalam, 14 Januari, Menteri kanan Ismail Sabri buat u-turn atas pengumumannya dan berkata kita tidak boleh bersukan di taman dan hanya boleh bersenam berdekatan dengan rumah kediaman kita sendiri.

“Hari ini, 15 Januari, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kata semua taman awam di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi dan buka kepada orang ramai. Pengumuman ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Ismail Sabri semalam, “ katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, bekas menteri itu menyoal arahan siapa sama ada DBKL atau menteri mana yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh rakyat.

“Ha ha!! Apa ini? Menteri di kabinet seolah-olah tidak bercakap di antara mereka dan membuat pengumuman yang bercanggah di antara satu sama lain sekarang.

“DBKL dan penduduk di KL sekarang nak ikut arahan siapa? Ismail Sabri ataupun Annuar Musa?

“Apakah arahan Annuar Musa ini akan di u-turn lagi ataupun diveto oleh Ismail Sabri nanti?” soalnya.

Kemelut dalaman Umno, apa kesudahannya?

GHAFAR NS

Ketika DAP dalam kerajaan, mereka kata Parti Tindakan Demokratik (DAP) punca perpecahan masyarakat, terutamanya bangsa Melayu.

Tapi, sejak belakangan ini Melayu dilihat lebih teruk berpecah, terutamanya dalam parti Melayu United Malays National Organisation (Umno), sedangkan DAP kini bukan lagi siapa-siapa dalam komponen kerajaan Perikatan Nasional (PN). Aneh bukan?

Sebenarnya tuan-tuan, puan-puan pembaca, tiada sebab untuk DAP memecahbelahkan negara atau kaum Melayu melainkan kerakusan dan ketamakan sesetengah orang Melayu itu sendiri.

Dek kerana jawatan dan kuasa mereka bertengkar sesama sendiri. Misalnya, teguran pedas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terhadap mantan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa yang cuba melaga-lagakan Umno dengan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

“Adakah beliau (Annuar Musa) kini sudah menjadi ‘jurucakap’ kepada abang besarnya iaitu Bersatu?” Asyraf Wajdi mempersoal pendirian Annuar Musa yang tindakannya dilihat mengelirukan dan berupaya memecah-belah Muafakat Nasional serta Umno sendiri.

Annuar sebelum ini dikritik hebat oleh akar umbi Umno sendiri kerana seolah-olah membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mengakibatkan beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Yang paling tidak masuk akal, Annuar Musa bercakaran dengan teman-teman Umno-nya, tapi DAP pula yang diheret bersama dalam kemelut tersebut.

Khabarnya, Umno ingin bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baru.

Satu tindakan desperado yang jelas bermotif jahat demi mempertahankan kedudukannya semata-mata.

Pergolakan dalaman Umno ini seolah-olah tiada kesudahannya apabila ada khabar yang bertiup mengatakan bahawa Muhyiddin Yassin berhasrat melantik sama ada Hishammudin Hussein atau Ismail Sabri sebagai timbalan Perdana Menteri.

Majoriti pemimpin akar umbi Umno menolak kerjasama parti itu bersama PPBM dan berita-berita begini seolah-olah membelakangkan pandangan dan hasrat Umno di peringkat bahagian.

Malah ada pemimpin bahagian yang melaporkan bahawa sebahagian besar akar umbi tidak bersetuju jika Hishamuddin atau Ismail Sabri dilantik sebagai timbalan Muhyiddin kerana mereka lebih rapat dengan PPBM dan mungkin tidak berupaya membela kepentingan Umno.

Adakah ‘kepentingan Umno’ yang mereka maksudkan adalah pengguguran kes-kes mahkamah yang melibatkan banyak pihak dalam Umno?

Ini antara lain memetik kenyataan daripada Setiausaha Agung BN yang baharu, Ahmad Maslan apabila beliau menyatakan bahawa ‘kemarahan’ Umno terhadap kerajaan PN adalah kerana pendakwaan mahkamah terhadap beberapa tokoh parti itu masih juga diteruskan.

Ahli Parlimen Pontian itu juga menyelar PN sebagai ‘zalim’ kerana meneruskan pendakwaan politik terhadap tokoh-tokoh Umno sejak zaman Pakatan Harapan (PH).

Namun, kenyataan Ahmad Maslan dikritik sinis oleh bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan bahawa kenyataan Ahmad Maslan hanya standard goreng pisang yang hanya sedap dimakan ketika panas.

Pandangan Khairy juga senada dengan Annuar Musa bahawa cubaan sebahagian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) disegerakan sebelum perintah darurat ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Pengumuman perintah darurat bermula 13 Januari sehingga 1 Ogos 2021 menyekat hasrat sebahagian besar anggota Umno yang berniat untuk mengadakan PRU.

Namun, apakah nasib Umno selepas ini? Hakikatnya kini semua mengetahui bahawa mereka saling bercakaran dan tidak sepakat dalam beberapa hal.

Apakah agaknya kesudahan kemelut parti Melayu ini?

“Sekat kenaikan judi tak mampu, ini nak bentang RUU 355”

MALAYSIA DATELINE

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri bahawa kerajaan sedang memperhalusi RUU 355 sebelum ianya dibentangkan semula ke Dewan Rakyat dipersoalkan.

Ini kerana, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada walaupun ada Pas di dalamnya gagal menyekat kenaikan kekerapan cabutan judi nombor ekor apatah lagi mahu melaksanakan RUU 355, kata bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Pedana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maiden kepada Dr Zulkifli.

Bagi Hanipa, dengan Pas yang sudah berada dalam kerajaan pun gagal untuk menyekat judi nombor ekor dari dinaikkan kekerapan cabutannya dari lapan ke 22 kali, apatah lagi mahu melaksanakan RUU 355 ini.

“Adakah YB harap kami semua nak percaya ke kata-kata YB fasal RUU 355 ni?

“YB pun tak bersedia dan tak berupaya untuk paling minima kurangkan kekerapan cabutan khas judi nombor ekor jauh sekali nak haramkan terus judi, apatah lagi nak laksanakan RUU 355 ini,” kata Hanipa.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu, kerajaan PN yang ada lebih cenderung kepada “tak bersedia dari bersedia”.

“Bila baca kenyataan YB tersebut, nampak macam kenyataan tersebut lebih cenderung kepada tak bersedia dari bersedia.

“Ia macam tidak lebih selain kata-kata manis di bibir sahaja,” kata Hanipa menerusi tulisan beliau. 

Antara sebabnya kenapa beliau berkata begitu, Hanipa berkata, semasa ia dibentangkan ia hanya sekadar dibaca sahaja tetapi tidak pernah dibahaskan.

“Bukankah dalam Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT sekarang ni sudah ada parti ehem (Pas) dan YB Menteri Undang-Undang dari parti ehem yang pernah masa jadi pembangkang dulu bentang untuk sekadar baca sahaja di Parlimen usul RUU persendirian bagi kononnya nak pinda Akta 355.

“Ya beliau sekadar baca sahaja usul tersebut dan ianya tak pernah dibahas jauh sekali diluluskan! Dan selepas itu, bila YB itu balik ke Kelantan, beliau disambut sebagai hero atau wira !” kata Hanipa.

Hanipa bertanya, adakah ketika itu Pas tidak pernah perhalusi lagi ke.

“Masa tu bukan ke Kerajaan BN juga bagi peluang kat parti ehem untuk bentang.

“Nak tanya “YB sebagai Mufti Wilayah tak pernah disuruh untuk perhalusi ke RUU tersebut selepas YB Kota Bharu itu bentang bagi sekadar baca sahaja?” tanya Hanipa.

Bagi beliau, jika sejak Pas bentang usul RUU Persendirian itu hingga sekarang masih di tahap diperhalusi, selama tempoh itu, “apa yang pejabat Mufti WP- yang YB ketuanya- buat?”

“Bukankah YB juga hadir kat Padang Merbuk yang ada ikrar “jamaie” untuk bawa dan luluskan RUU pindaan tu di Parlimen?

“Masa tu parti ehem masih pembangkang. La ni dah jadi gomen!” kata ahli parlimen Sepang itu lagi.

Sekarang ini, katanya, Pas yang membentangkan usul RUU Pensendirian tu sudah berada dalam kerajaan.

“Masih nak perhalusi lagi ke? Sampai bila nak diperhalusi? Adakah ini hujah “halus” nak bagi pentaksub gembira dan khayal?” tanya Hanipa yang merupakan bekas Peguam Pas itu.

Bagi beliau, jika kerajaan yang ada betul-betul serius dan kata memang sudah bersedia nak bentang pindaan Akta 355, paling kurang Dr Zulkifli sebagai Menteri Agama ada bawa ke Parlimen pada beberapa sidang yang lalu untuk buat bacaan kali pertama.

“YB ada buat ke,” tanya beliau lagi.

Hanipa juga meminta Zulkifli berlaku jujur termasuk dengan memberikan nasihat kepada perdana menteri.

“Bersedia ke YB untuk menasihati boss YB untuk adakan sidang Parlimen dalam waktu darurat ni dan lepas itu YB bentang RUU bagi meminda Akta 355 untuk bacaan kali pertama, kedua dan ketiga termasuk mengundi?

“Ada berani ke?” tanya Hanipa lagi.

Bahtera siapa hilang arah, Anwar atau Hadi

MUHAMMAD AZHA SALAHUDIN

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Tuan Haji Hadi Awang yang mengatakan Presiden PKR Anwar Ibrahim bagai bahtera yang hilang arah sangat menarik untuk dibaca.

Ungkapan bahtera juga tidak lari dalam fikiran orang Islam itu sendiri sepertimana al Quran pernah menceritakan tentang Nabi Nuh as ditugaskan untuk membina sebuah bahtera dalam menghadapi banjir besar yang maha dahsyat. Kecekalan dan ketakwaan Nabi Nuh as akhirnya berjaya membina bahtera tersebut serta berjaya menyelamatkan ribuan nyawa.

Namun,bukan soal bahtera yang penulis ingin utarakan dalam penulisan ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas itu hanyalah omong kosong dan tidak mempunyai fakta serta tidak menggambarkan akhlak Islam yang sebenar sebagaimana yang ideologi yang dibawa oleh Pas sendiri.

Kita buka kembali lembaran sejarah Malaysia pada tahun 1980an yang banyak ketidaktentuan dalam arena politik negara.

Pada tahun 1985, telah keluar satu amanat yang telah membakar semangat perjuangan Pas terhadap Islam sehingga berlakunya kejadian Memali di Baling yang meragut nyawa 18 orang.

Amanat ini dinamakan sebagai Amanat Haji Hadi kerana amanat ini telah dikeluarkan oleh Hadi Awang sendiri bagi membakar semangat ahli Pas dalam memperjuangkan agama Islam. Ahli-ahli Pas yang mendengar amanat ini mula rasa bersemangat sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan harta.

Dalam Amanat Haji Hadi ini, beliau telah menyebutkan sebab-sebab penentangan beliau terhadap Umno dan BN kerana parti Melayu ini telah mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan undang-undang jahiliyah.

Pada zaman tersebut, banyak kecelaruan dan perpecahan telah berlaku sehingga sebuah masjid mempunyai dua imam, sembelihan parti lain tidak boleh dimakan dan berlakunya kes cerai di antara suami isteri kerana peggangan parti politik yang berbeza. Itu lah kemudaratan yang dibawa oleh Pas suatu ketika dahulu sehingga sekarang masih terus diingati.

Itu yang disebutkan oleh Hadi Awang 36 tahun yang lalu. Setelah berabad melawan Umno, akhirnya dua parti seteru ini mula bersatu dalam Muafakat Nasional (2019) sehingga Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional yang terhasil daripada pengkhianatan.

Persoalannya, adakah Pas masih ingin mengekalkan perlembagaan penjajah yang masih diamalkan sejak kemerdekaan 1957 sehingga sekarang? Adakah Pas masih ingin mengekalkan undang-undang yang dikatakan kafir dan jahiliyah?

Segalanya sudah terjawab sekarang apabila Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan. Perlembagaan dan undang-undang kafir yang didakwa oleh Hadi Awang selaku presiden Pas sekarang masih dikekalkan. Bahkah, ideologi Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini kelihatan sudah dilupakan setelah mendapat kedudukan dan jawatan.

Apakah ini yang diperjuangkan oleh Pas selama ini? Apa terjadi dengan RUU355, hudud, arak dan penghapusan pusat judi? Sedangkan cabutan khas judi telah dinaikkan di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Pas juga dilihat tidak menunjukkan kesetiaan dalam menjalinkan hubungan persahabatan sama ada kekal dengan Muafakat Nasional bersama Umno atau Perikatan Nasional bersama Bersatu sehingga timbul keraguan terhadap ahli Umno untuk bekerjasama dengan Pas pimpinan Hadi Awang.

Pas masih dalam dilema dalam membuat pilihan kerana bahtera Pas dipimpin oleh seorang nakhoda yang tiada arah tuju dan tidak cekal dalam menempuh perjuangan.

Sekiranya ahli Pas masih berfikiran sempit dan tidak mahukan pembaharuan, nescaya bahtera Pas akan terus hilang arah tuju dan tenggelam di lautan.

Anwar hantar surat kepada semua Ahli Parlimen rayu Agong batal darurat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Yang di-Pertuan Agong membatalkan pelaksanaan darurat dan Parlimen segera bersidang.

Bagaimanapun, presiden PKR itu berkata, surat berkenaan perlu disesuaikan berdasarkan pertimbangan semua Ahli Parlimen dan parti masing-masing.

“Semoga warkah ini mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat dan seterusnya menitahkan sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Jan,” katanya dalam kenyataan.

Anwar berkata, tujuan Parlimen perlu bersidang segera untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara.

Selasa lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal untuk membendung penularan Covid-19.

Ia disusuli jaminan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang berkata, darurat bukannya rampasan kuasa dan aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa, tetapi Parlimen serta semua Dewan Undangan Negeri digantung sehingga tempoh kecemasan berakhir.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah kemudiannya membantah pengisytiharan darurat yang didakwanya sebagai tindakan untuk Muhyiddin menyelamatkan diri, merencatkan demokrasi dan menafikan suara rakyat.

Blok pembangkang itu berkata, darurat memberi Muhyiddin “kuasa mutlak…untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya”.

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

MALAYSIA DATELINE

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan supaya mengadakan satu petisyen kepada Yang Dipertuan Agong untuk meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan kerana beliau tidak mempunyai sokongan majoriti lagi.

Zulhazmi ShariffSeorang peguam, Zulhazmi Sharif dalam cadangannya berkata, semua maklum bahawa keadaan sekarang yang tidak menyokong Kerajaan adalah 111 berbanding 109 yang tidak diketahui masih menyokong atau sebaliknya.

Justeru kerajaan sedia ada, katanya, khususnya Perdana Menteri sudah tidak mempunyai sokongan majoriti di bawah Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam situasi ini, Perdana Menteri hanya ada dua (2) pilihan iaitu samada meletak jawatan atau mohon perkenan pembubaran Parlimen, katanya.

“Oleh kerana darurat sedang berjalan dan diumumkan bahawa tiada apa-apa pilihanraya boleh dijalankan maka hanya satu (1) pilihan bagi Perdana Menteri iaitu meletakkan jawatan.

“Mengetahui kebebalan Perdana Menteri yang tidak tahu malu dan masih mahu kekal menjawat jawatannya maka suatu petisyen kepada ke bawah Duli Tuanku memohon perkenan Tuanku memanggil Perdana Menteri dan menasihatkan beliau meletak jawatan wajar dipertimbangkan,” kata beliau.

Bagi beliau, Baginda ke bawah Duli Tuanku perlu dimaklumkan secara rasmi kedudukan sokongan kepada Perdana Menteri sekarang supaya Tuanku boleh bertindak melantik seorang Perdana Menteri baru bagi menerajui Jemaah Menteri atau sebuah Kerajaan Baru Sementara dalam keadaan darurat.

“Ini sewajarnya dilakukan terlebih dahulu berbanding penubuhan Jawatankuasa Bebas Khas Covid19 untuk menasihati Tuanku kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memohon nama untuk keanggotaan Jawatankuasa juga sudah tidak layak dalam kerajaan.

“Tindakan memberi nama dan bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa sebelum seorang Perdana Menteri baru dilantik adalah tidak wajar dan bercanggah dengan Perlembagaan malah boleh dilihat sebagai mengiktiraf kerajaan sedia ada,” kata beliau.

Pihak Pembangkang khususnya Ketua Pembangkang, katanya, perlu sedar dan mengambil tindakan aktif dalam hal ini atas prinsip mempertahankan Perlembagaan yang dicanang selama ini.

“Jangan hanya kerana tidak tahu 111 menyokong siapa maka dibiarkan suatu pihak minoriti mentadbir negara.

“Ke Bawah Duli Tuanku perlu mendapat gambaran dan keadaan sebenar secara rasmi bukan hanya bergantung sidang media atau kenyataan media,” kata beliau.

Jawatankuasa Bebas Khas ini, katanya, boleh dimuktamadkan setelah isu keabsahan Perdana Menteri dan kerajaannya diselesaikan.

Semalam median melaporkan, bahawa Ketua Pembangkang telah dihubungi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri memohon nama wakil pembangkang sebagai ahli bagi Jawatankuasa Khas Covid19 yang dicadangkan oleh Kerajaan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong berkaitan keperluan proklamasi darurat ditamatkan lebih awal berbanding tarikh asal 1 Ogos 2021.

Tanpa menyentuh budibicara YDPA untuk memperkenan proklamasi darurat, sewajarnya juga pihak pembangkang khususnya Ketua Pembangkang memohon perkenan ke bawah Duli Tuanku terkait keabsahan Kerajaan Tuanku sekarang.

Ustaz Budak berdepan 8 dakwaan seksual lagi

N Faizal Ghazali

Selepas dihadapkan ke mahkamah dengan empat pertuduhan jenayah seksual, seorang pengurus madrasah yang dikenali sebagai Ustaz Budak sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, dengan lapan pertuduhan jenayah seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki antara November 2017 hingga Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Syamsul Zaman Sukri, 32, yang tampil dengan jubah hijau muda dan berkopiah hitam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Itah Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam, Sharudddin Mohamed.

Dalam pertuduhan pertama hingga keenam membabitkan mangsa yang sama, Syamsul dengan maksud seksual meraba kemaluan kanak-kanak lelaki dan membuatkan mangsa memegang kemaluannya, manakala tertuduh mempunyai hubungan amanah terhadap mangsa.

Kejadian itu didakwa berlaku di asrama madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Paloh Rawa Machang pada jam 11 malam sekitar November 2017 hingga September 2018.

Ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun 11 bulan hingga 16 tahun sembilan bulan.

Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, tertuduh dengan maksud seksual meraba kemaluan kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun sembilan bulan dan membuatkan mangsa memegang kemaluannya (tertuduh) dan mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Kedua-dua kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 2020 jam 11 malam di sebuah bilik di rumah tanpa nomnor di Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 adalah tambahan kepada penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, memandangkan wujud hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.

Terdahulu, Sharudddin memohon ditawarkan jaminan memandangkan tertuduh perlu menanggung enam adik beradik serta ibu yang kurang upaya (OKU).

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dengan tiga penjamin serta perlu melapor diri di balai polis setiap 1 haribulan dan menetapkan 17 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Syamsul turut didakwa dengan empat pertuduhan seksual di mahkamah sama pada 21 dan 31 Disember lalu.

Hadi dalam kesombongan kuasa

MALAYSIA DATELINE

Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai orang yang sedang berada dalam kesombongan kuasa.

Ketuanya, Senator Aiman Athirah dalam kenyataannya berkata, kenyataan Hadi yang menyokong darurat bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

“Kenyataan berbaur kesombongan kuasa ini mengesahkan agenda keji rejim pengkhianat terdesak menyelamatkan kuasa rapuh sambil meremehkan derita rakyat yang kini terhimpit akibat tindakan-tindakan bermotif politik demi menyelamatkan kerajaan tanpa majoriti ini,” kata Aiman Athirah dalam kenyataan itu.

Katanya, sambil meninggalkan rakyat terkapai-kapai mendepani tekanan hidup tanpa sebarang pelan sosioekonomi tuntas, hari demi hari rejim pengkhianat ini terus merobek rakus sisa-sisa demokrasi yang menjadi asas negara bangsa ini.

“dan Abdul Hadi akan terpahat dalam helaian sejarah sebagai pemimpin parti Melayu-Islam kebanggaannya yang bersekongkol dengan pengkhianatan keji ini,” katanya.

Jika Abdul Hadi lupa, katanya, rakyat sedia mengingatkan bahawa ‘politiking tidak berkesudahan’ ini telah dicetuskan akibat perbuatan tangan-tangan Abdul Hadi sendiri, bersama sekutu-sekutu politiknya yang mengheret negara ke kancah kemusnahan dan kehancuran institusi semak dan imbang bermula dengan Langkah Sheraton.

“Di manakah Hadi dan majoriti mereka yang kini menjadi Menteri, pada akhir Februari 2020 iaitu tatkala kepimpinan negara semasa pentadbiran PH pada waktu itu dan barisan hadapan negara serta rakyat sedang bergelut berdepan gelombang pertama wabak ini?

“Rakyat dan kita semua tidak pernah lupa bahawa individu sebenar adalah Hadi Awang, BUKANnya Datuk Seri Anwar Ibrahim; yang berada di Sheraton bagi membincangkan agenda pengkhianatan menjatuhkan kerajaan sah dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-14!

“Berapa lama negara dalam vakum kepimpinan setelah mandat rakyat dirampas dalam tempoh pandemik?

“Inilah sebenarnya malapetaka ‘politiking tidak berkesudahan’ yang membelenggu negara, yang kini cuba diletakkan kesalahan oleh Hadi ke atas Dato Seri Anwar dan PH!” kata beliau dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, rakyat juga sedia mengimbas kembali jika Abdul Hadi mengalami _short term memory loss_ akan rampasan kuasa melalui politik jual beli sokongan di Sabah oleh rejim PN sehingga runtuhnya kerajaan negeri sekaligus mendesak Pilihan Raya Negeri diadakan, seterusnya mengundang gelombang ketiga wabak Covid-19 di seluruh negara!

“Nah, siapakah sebenarnya yang berpolitik tidak berkesudahan, PN atau PH?” tanya beliau dalam kenyataan itu.

Katanya, ancaman Covid-19 tiba-tiba mendapat perhatian Duta Khas Timur Tengah ini, sedangkan menteri-menteri dan rakan-rakan sekutunya sendiri terpalit dengan pelanggaran SOP serta kegagalan menjalani kuarantin kendiri termasuk menteri dari partinya.

Pada saat kuasa politik PN terselamat dengan penggantungan sementara Parlimen dan Dun, beliau meminta usahlah Hadi Awang gusar dengan perbahasan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri daripada PH.

“Fakta yang jelas terang lagi bersuluh adalah bahawa Perdana Menteri rejim PN hari ini telah kehilangan majoriti dengan penarikan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN sendiri.

“PN hakikatnya telah gagal teruk mengemudi negara di dalam krisis kesihatan dan krisis ekonomi, bahkan menjadi asbab utama dan berterusan kepada tercetusnya krisis politik paling parah dalam sejarah negara,” kata beliau.

Dakwaan Hadi Awang bahawa pihak lawan berpecah belah dan Anwar tidak dapat mengumpulkan jumlah mencukupi amat melucukan, katanya.

Ini kerana PN sendiri terumbang-ambing apabila sokongan dan keyakinan rakan-rakan sendiri tergugat dan terus berselindung di sebalik pengisytiharan darurat ini.

“Adalah sangat jijik dan jelik apabila menggunakan Pandemik Covid-19 bagi menyelamatkan krisis kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Parlimen,” katanya.

KKM jangka perlu 3 bulan untuk landai keluk jangkitan Covid-19

Hariz Mohd

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka 12 minggu diperlukan untuk melandaikan keluk jangkitan baru Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, unjuran itu berdasarkan data semasa KKM, yang menurutnya boleh berubah setelah dua minggu penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Apa yang penting, kita di landasan betul dan harap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP), dan kalau boleh rakyat duduk rumah. Kalau terpaksa keluar, pakai pelitup muka, cuci tangan dan (jaga) penjarakan. Kita harap (langkah ini) dapat turunkan (kadar jangkitan).

"Dari segi melandaikan keluk, kita jangka akan dapat lihat dalam tempoh 12 minggu. Kita lihat dua minggu ini dulu, perlu atau tidak (ambil langkah selanjutnya).

"Berdasarkan data, dalam bulan Mei kita boleh landaikan keluk jangkitan Covid-19 di negara kita," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada keluk jangkitan wabak dapat dilandaikan dalam tempoh dua minggu pelaksanaan PKP.

Dedah segera dalang kartel daging, jangan biar rakyat berteka teki

MALAYSIA DATELINE

Dalang sebenar isu kartel daging perlu didedahkan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam terutama umat Islam demikian menurut peguam Syahredzan Johan.

Beliau berkata, setakat ini hanya berlaku pendakwaan terhadap syarikat yang dikatakan terlibat dan beberapa siasatan dijalankan namun dalang sebenar masih belum didedahkan kepada umum.

“Kerajaan perlu segera mendedahkan dalang di sebalik kartel tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam terutamanya umat Islam di negara ini.

“Kita sambut baik semua perkara ini, tetapi dalang kartel daging ini masih belum didedahkan kepada umum,” katanya dipetik Roketkini.

Ekoran itu, katanya orang ramai terpaksa berteka-teki tentang daging import mana yang terlibat sehinggakan ada yang mengambil inisiatif sendiri dengan membuat ‘siasatan’ melalui media sosial.

“Perkara seperti ini tidak sihat, kerana ada kemungkinan bahawa syarikat yang tidak terlibat pun terpalit sama,” katanya.

2 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan serbuan pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor yang menjadi lokasi modus operandi kartel daging selama bertahun-tahun.

Difahamkan daging beku itu diseludup dari dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal. 

Sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta telah disita dalam operasi yang diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada 21 Disember lalu telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import.

Senator, Liew Chin Tong sebelum ini menegaskan isu kartel daging boleh menjejaskan reputasi negara sekiranya tidak disiasat sepenuhnya.

Beliau turut menyokong sepenuhnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu tersebut.

Mengulas lanjut, Syahredzan yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata kerajaan perlu segera memaklumkan langkah yang akan diambil bagi memastikan isu kartel daging tidak berulang.

“Jelas bahawa terdapat kepincangan dalam proses ini yang membolehkan ia dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Suatu semakan semula yang menyeluruh dan ‘overhaul’ harus dijalankan untuk menjamin perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Darurat Muhyiddin untungkan Grand Coalition PH

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pengisytiharan proklamasi darurat yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, dilihat bakal menambah mata kepada Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mereka menggerakkan ‘Grand Coalition’ atau gabungan besar bersama pembangkang.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, gabungan raksasa yang sedang digerakkan PH ketika ini sama sekali tidak akan terkesan dengan pengisytiharan tersebut.

Bahkan menurutnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan berdepan dengan situasi kehilangan majoriti kerana ketidakpuasan hati rakan komponen yang menyokongnya, terutama Umno.

“Perbincangan membentuk pakatan politik ini tidak ada masalah. Yang jadi masalah cuma darurat yang menghalang diadakan pilihanraya.

“Tapi, Umno sekarang paling tak puas hati dengan darurat sebab dia nak pilihanraya. Mungkin ini akan menyebabkan Umno akan menolak Bersatu dan bergabung dengan PH.

“Pada saya, gabungan besar tidak akan terkesan dengan darurat. Malah ia sebenarnya menambahkan lagi resepi dan memberi semangat kepada PH,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Pada masa sama, menurut pensyarah Kanan Bahagian Politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu lagi, gabungan besar yang digerakkan tidak semestinya perlu tertumpu kepada agenda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sahaja.

Sebaliknya beliau berkata, penubuhan gabungan besar ketika ini dilihat sebagai satu bentuk yang dapat mengukuhkan pandangan antara Ahli Parlimen yang menyokong dan menguatkan lagi kerjasama.

Mengulas lanjut, dengan penarikan sokongan Ahli Parlimen Umno terhadap Kabinet Muhyiddin, Mazlan juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai ahli parti itu akan melakukan tindakan yang sama sekaligus melemahkan lagi gabungan PN.

“Gabungan besar tak semestinya untuk berdepan pilihanraya. Dia boleh diwujudkan dalam konteks muafakat untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama.

“Mungkin boleh dikatakan beberapa orang lagi akan isytihar menarik sokongan dari PN. Kita jangka akan wujud gabungan besar dalam konteks yang lebih besar,” ulasnya.

Haji Hadi dah keluar fatwa wajib darurat

 Darurat bagi sekat Covid-19 wajib dilaksana - Hadi


Pengisytiharan darurat ketika Covid-19 semakin mengganas dan 'politiking' tidak berkesudahan adalah wajib dilaksanakan, kata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 wajib dilaksanakan,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, penularan Covid-19 yang meruncing berpunca daripada pelbagai sebab yang mewajibkan kerajaan bertindak awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Cadangan untuk mengisytiharkan darurat kesihatan telah dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Baginda telah melakukan budi bicara melalui musyawarah Majlis Raja-Raja pada peringkat awal.

“Lalu Baginda telah mengambil keputusan yang tidak gopoh dengan memberikan tempoh supaya pihak kerajaan mengambil peluang melaksanakan langkah penyelesaian tanpa darurat, sekiranya dapat diatasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (atas) memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos atau lebih awal jika kes Covid-19 harian dapat dikawal.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Hadi berkata, Agong juga telah menegaskan beberapa syarat dan pendekatan yang perlu diambil dalam proklamasi darurat itu.

Antaranya adalah larangan berpolitik dalam mengatasi penularan wabak membunuh ini

“Ada kalangan mereka yang menganggapnya tidak berbahaya, sehingga dianggap masih boleh diatasi dengan teori-teori tanpa praktikal, seolah-olah tidak berada di planet bumi yang sedang diancam wabak.

“Fikiran mereka sudah sampai ke tahap tidak peka dengan bahaya yang mendatang dan tidak mempedulikan nasihat yang diberikan.

“Ada juga yang masih berpolitiking sepanjang masa dengan pelbagai alasan politik yang tidak matang dan sejahtera. Pada waktu yang gawat ini, mereka masih berbahas siapa yang layak menjadi perdana menteri, walaupun dalam keadaan mereka berpecah belah tidak mampu mengumpulkan jumlah yang mencukupi.

“Ada juga yang telah tenggelam bahteranya, tetapi masih berpaut,” katanya.

Justeru itu, Hadi berkata pelaksanaan proklamasi darurat dilihat boleh menyekat penukaran wabak Covid-19.

“Semua pihak perlu berhenti sekejap berpolitiking, walaupun masih ada yang tidak mahu mengaku kalah dengan apa sahaja tindakannya.

"Isu keselamatan rakyat amat wajar diutamakan, bukannya kepentingan politik kelompok atau individu tertentu," katanya.

Ahli Parlimen BN tolak Muhyiddin diajak bincang dasar ‘pasca-PN’ bersama PH Plus

FMT Reporters

Wilfred Madius Tangau berkata, Ahli Parlimen mempunyai kewajipan untuk menawarkan polisi baru demi “rakyat yang menderita”. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Wilfred Madius Tangau, menggesa Ahli Parlimen Umno yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, serta beberapa lagi dalam Barisan Nasional yang turut berniat sama, untuk bersama Pakatan Harapan.

Beliau menggesa Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Nazri Aziz (Padang Rengas), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan “rakan-rakan lama dalam BN yang meninggalkan Muhyiddin, bukan kerana mereka mempunyai kes mahkamah yang sedang berlangsung”, untuk bersama PH Plus bincang dasar alternatif bagi “Malaysia pasca-Muhyiddin dan pasca-Perikatan Nasional”.

“Sama ada kita akan duduk sekali di masa depan (atau tidak), sebagai Ahli Parlimen, kita masih mempunyai kewajipan untuk menawarkan polisi yang berfungsi dan menyeluruh buat berjuta-juta rakyat yang menderita apabila PM menjejaskan mata pencarian mereka hanya untuk menyelamatkan jawatannya,” kata Tangau, yang merupakan Ahli Parlimen Tuaran dan bekas timbalan ketua menteri Sabah.

Itu adalah salah satu daripada dua cadangan Tangau dalam satu kenyataan hari ini, dengan yang lainnya adalah supaya pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim segera membentuk Jemaah Menteri bayangan.

Tangau memohon presiden PKR itu untuk membentuk Jemaah Menteri bayangan dalam masa seminggu dan segera menyusun polisi alternatif pembangkang berkenaan pandemik dan ekonomi.

“Mohon pengerusikan mesyuarat pertama Kabinet bayangan PH Plus Rabu depan dalam Zoom. Sudah tiba masanya kita menghentikan serangan berulang kita terhadap kerajaan pintu belakang.

“Sebaliknya, kita harus bekerja keras untuk menawarkan dasar dan penyampaian yang lebih baik sehingga kita dapat masuk dari pintu hadapan dengan majoriti yang kuat, hebat, dan meyakinkan selepas pilihan raya umum ke-15,” katanya.

Tambahnya, “darurat Muhyiddin” adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan terdesak,

“Dengan mendakwa ‘business as usual’ tetapi menyekat Parlimen dan mencegah pilihan raya, PM bukannya mahu melawan Covid-19. Dia mencemarkan demokrasi untuk menyelamatkan jawatannya.

“Dengan berbuat demikian, dia memudaratkan jutaan pekerjaan setelah pasaran merudum di Bursa Saham Kuala Lumpur semalam dan menjejaskan mata pencarian jutaan isi rumah. Ini mungkin akan bertambah buruk sepanjang pelaksanaan darurat dalam lapan bulan akan datang,” kata Tangau.

Beliau berkata, Muhyiddin dan menterinya yang menyokong darurat secara kolektif menghancurkan keyakinan pasaran dan mengusir pelaburan, baik asing mahupun domestik, dengan mewujudkan krisis berganda dalam ekonomi dan politik.

“Kini pembangkang harus muncul sebagai alternatif kepada politik Muhyiddin yang semberono.

“PH Plus harus bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi kita ketika ‘adventurism’ dan salah tadbir Muhyiddin melintasi garis merah melampaui apa yang mampu ditolak ansur oleh masyarakat dan Ahli Parlimen dalam kerajaan,” katanya.

Tangau yakin hari itu akan tiba, tetapi pada masa yang sama risau PH Plus mungkin tidak bersedia untuk mengambil alih.

“Saya ingin mengatakan PH Plus sudah bersedia untuk menyelamatkan Malaysia tetapi, mungkin ianya tidak tepat. Kebenarannya adalah PH Plus telah membazirkan 10 bulan selepas Langkah Sheraton.

“Kami tiada Jemaah Menteri bayangan, walaupun mempunyai lebih kurang 40 bekas menteri dan bekas timbalan menteri. Kami tidak dapat menghasilkan Belanjawan bayangan sebelum 6 Nov. Saya malu.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana rakan sekerja Parlimen saya kerana saya juga bersalah tidak lebih berusaha. Saya hanya dapat meminta maaf kepada semua rakyat yang kecewa.

“Bangun pada pagi pertama setelah darurat Muhyiddin (diumumkan), saya merasakan kegelisahan, keperitan dan kemarahan rakyat yang tidak menaruh harapan kepada kerajaan dan politik kita,” katanya.

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

SITI NUR ZAWANI MISCON

AMANAH tegas berpendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tiada halangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong jika Presiden PKR itu sudah mempunyai cukup majoriti.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Anwar tidak harus menunggu sehingga tamatnya tempoh darurat pada 1 Ogos ini kerana lebih banyak kepincangan akan dilakukan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin yang tidak lagi mempunyai majoriti dan keabsahan.

“Kalau kita ada majoriti sekarang, Anwar kena menghadap Agong. Saya tak tahu apa halangan untuk berlaku pertukaran sekarang sebelum tamatnya darurat.

“Darurat boleh tamat bila-bila masa mengikut kesesuaian dan cadangan daripada pemerintah.

“Saya yakin Agong akan jalankan tugas dan akan menerima Anwar untuk bawa sokongan. Kenapa nak tunggu sampai bulan Ogos? Kepincangan akan berlaku lebih banyak lagi,” tegas Mohamad ketika sesi Facebook Live menerusi NRChannelTV malam tadi.

Perikatan Nasional (PN) ketika ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat selepas tiga Ahli Parlimen Umno menarik diri dari menyokong gabungan tersebut.

Untuk rekod, Mohamed Nazri merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas dari Umno yang ketiga membuat tindakan demikian selepas Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Blok pembangkang pula kekal dengan 108 Ahli Parlimen yang terdiri dari Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Mengulas mengenai kerjasama politik dengan Umno, Mohamad berkata, AMANAH menolak hal sedemikian secara en bloc jika parti itu mahu bekerjasama dengan PH.

Menurutnya, AMANAH mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima ahli Umno yang bersih dan tidak terlibat dengan apa-apa salah laku rasuah.

Bagaimanapun katanya, jika keadaan tersebut berlaku yang menyaksikan kerjasama PH dan Umno, perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu bersama pimpinan tertinggi parti .

“Apabila tiba peringkat itu, kita akan bincang (dalam mesyuarat PH).

“Tapi sekarang ini kalau di peringkat individu daripada Umno atau mana-mana kumpulan yang nak datang menyokong, kita tiada masalah.

“Soal (jika) parti Umno nak datang (bekerjasama), kita kena buat perbincangan di peringkat PH. Tapi kalau individu, kita tiada masalah apa-apa,” tambahnya lagi. 

Presiden Upko rayu Anwar bentuk kabinet bayangan

Malaysiakini 

Presiden Upko Wilfred Madius Tangau merayu kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk membentuk kabinet bayangan.

Dia menegaskan pembangkang harus segera bertindak dalam menghadapi pengisytiharan darurat yang disifatkannya sebagai serangan terhadap demokrasi.

"Kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, saya mohon agar kabinet bayangan diatur dalam seminggu, dan segera kemukakan polisi alternatif pembangkang mengenai wabak dan ekonomi.

"Tolong pengerusikan mesyuarat kabinet bayangan Harapan Plus pertama pada hari Rabu depan, melalui (aplikasi) Zoom," katanya.

Katanya, Pakatan Plus harus bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin 'melepasi batas' dengan mengisytiharkan darurat.

Harapan Plus merujuk kepada gabungan Pakatan Harapan dan sekutunya yang terdiri daripada Warisan dan Upko sejak gabungan itu tumbang pada Februari tahun lalu.

Wilfred berkata, Harapan Plus telah membuang banyak masa sejak itu.

"Kita tidak mempunyai Kabinet bayangan walaupun mempunyai kira-kira 40 bekas menteri dan bekas timbalan menteri. Kita bahkan tidak dapat mengemukakan Belanjawan Bayangan sebelum 6 November. Saya malu," katanya.

Wilfred berkata pembangkang tidak boleh meneruskan strategi mereka pada ketika ini untuk terus menyerang kerajaan "pintu belakang" Muhyiddin.

"Sebaliknya, kita harus bekerja keras untuk menawarkan yang lebih baik sehingga kita dapat masuk melalui pintu depan dengan majoriti yang kuat, teguh dan meyakinkan setelah Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.

MP Tuaran ajak wakil rakyat Umno yang 'bersih' sertai PH Plus

Malaysiakini 

Lebih ramai anggota parlimen BN dijangka akan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau mengajak wakil rakyat terbabit menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus dengan syarat mereka tidak mempunyai kes di mahkamah.

Sebelum ini, Upko merupakan parti komponen BN, namun sejak pilihan raya negeri (PRN) Sabah lalu, parti itu bersama Warisan menjadi sebahagian komponen PH Plus, yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.

“Kepada rakan ahli parlimen, Ahmad Jazlan, Nazri Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan lama dalam Barisan Nasional (BN) yang tinggalkan Muhyiddin bukan kerana kes mahkamah, saya ingin mengajak kalian sertai kami dalam PH Plus bagi berbincang dasar alternatif pasca Muhyiddin dan pasca PN,” kata anggota parlimen Tuaran itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Wilfred berkata, anggota parlimen mempunyai tugas untuk menawarkan polisi demi kepentingan jutaan rakyat Malaysia yang kini menderita akibat langkah Muhyiddin 'menyelamatkan jawatannya' dengan mengisytiharkan darurat.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menjadi wakil rakyat ketiga daripada Umno yang mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin.

Ini menyebabkan PN kini menjadi kerajaan minoriti dengan hanya memiliki sokongan 109 ahli parlimen.

Ketua Umno bahagian Padang Rengas itu turut membayangkan lebih ramai anggota parlimen Umno akan membuat pengumuman sama dalam masa terdekat.

DARURAT MUHYIDDIN YANG MEMBUATKAN ZAHID HAMIDI DAN MAHATHIR KESAL TAK SUDAH DIBUATNYA

Shahbudin Husin

Sebagaimana disebut Nazri Aziz dalam sidang medianya ketika mengumumkan penarikan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin bahawa darurat yang dikuatkuasakan ini adalah darurat politik, sebenarnya majoriti rakyat juga percaya dengan hakikat tersebut.

Darurat ini dipersembah untuk perkenan oleh Yang Dipertuan Agong tidak lain kerana Muhyiddin semakin terancam kehilangan majoriti berikutan seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya susulan lulusnya usul parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Ia bukan sangat disebabkan Covid19 kerana untuk menangani wabak tersebut, PKP dan PKPB sudah pun diumumkan semalam yang berkuatkuasa sehingga 26 Januari dan dipercayai mampu membendung penularannya.

Jika tiada ancaman Muhyiddin akan dijatuhkan dan hanya ancaman Covid19 yang ada, sudah tentu tiada keperluan darurat dicadangkan oleh kerajaan kepada Agong.

Ia diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa semua urusan harian akan berjalan seperti biasa, kecuali Parlimen digantung dan PRU tidak dibenar diadakan sepanjang tempoh darurat sehingga 1 Ogos depan.

Secara rasmi UMNO mahu memuktamadkan perpisahannya dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agungnya, 31 Januari depan.

Tetapi, melihat kemungkinan beliau bakal dijatuhkan pada 31 Januari atau mungkin lebih awal daripada tarikh itu, penyelesaiannya adalah dengan melaksanakan darurat.

Maka, tidak ada PRU boleh diadakan, tiada sidang Parlimen perlu diadakan untuk mengesahkan Muhyiddin hilang sokongan, malah tiada kemungkinan juga untuk pembentukan kerajaan baharu.

Oleh kerana darurat politik, semua gerakan politik jadi terhalang dengan sendirinya, termasuk Perhimpunan Agung UMNO 31 Januari depan untuk mengesahkan talak dengan Bersatu.

Dan darurat politik ini bermakna telah memberi talian hayat kepada Muhyiddin untuk bertahan lagi, sekurang-kurangnya sehingga Ogos dan tidak terancam untuk dijatuhkan dalam waktu terdekat ini.

Tanpa darurat, jika UMNO secara rasmi menarik sokongannya pada 31 Januari depan, Muhyiddin sama ada perlu meletak jawatan atau terpaksa mengadakan PRU sebagaimana yang dituntut UMNO.

Memikirkan kemungkinan Bersatu dan PN belum cukup kuat untuk mempertahankan kuasanya, tempoh darurat sehingga 1 Ogos dan jika PRU diadakan beberapa bulan selepas itu, ia dikira sudah cukup memberi masa kepada Muhyiddin mengukuhkan partinya serta menyusun strategi lain untuk mencipta kemenangan.

Yang pasti, dengan darurat dilaksanakan ketika UMNO sedang dalam proses memutuskan hubungan dengan Bersatu dan ingin keluar daripada kerajaan PN, Muhyiddin sebenarnya lebih dulu bertindak mengenepikan UMNO daripada perkongsian kuasa dalam kerajaan yang dipimpinnya.

Masihkah UMNO mahu bertahan lagi berada dalam kerajaan yang diterajui Muhyiddin?

Walau bagaimanapun, langkah darurat yang dicadang dan digerakkan Muhyiddin ini, meski pernah ditolak Agong sebelum ini, ia pasti memberi penyesalan tak sudah kepada UMNO, khususnya Ahmad Zahid Hamidi dan juga kepada Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun disebut sebagai darurat politik dan bertujuan menyelamatkan kedudukannya, tindakan Muhyiddin ini bukanlah bersalahan dengan Perlembagaan.

Beliau bertindak mengikut apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan, cuma sementara UMNO juga mahu menjatuhkannya mengikut Perlembagaan, beliau terlihat lebih bijak daripada UMNO dan Zahid Hamidi yang flip-flop serta terhegeh-hegeh dalam membuat keputusan untuk menarik sokongan dan menjatuhkan PN.

Selain peluang terbuka luas telah dilepaskan untuk menjatuhkan Muhyiddin ketika undian Belanjawan 2021 sebelum ini, UMNO juga melepaskan peluang berbuat demikian dalam mesyuarat MT UMNO, 6 Januari lalu selepas majoriti UMNO bahagian-bahagian meluluskan usul tidak lagi mahu bekerjasama dengan Bersatu.

Jika pada mesyuarat MT UMNO 6 Januari itu dibuat keputusan UMNO menarik sokongan dan mengarahkan semua Ahli Parlimennya meletak jawatan dalam kerajaan tanpa perlu menunggu untuk disahkan dalam Perhimpunan Agung pada 31 Januari depan, Muhyiddin hari ini pasti sudah terkapai-kapai sama ada meletak jawatan atau berdepan PRU yang menyusahkannya.

Tindakan UMNO menangguhkan keputusan sehingga ke Perhimpunan Agung pada 31 Januari seumpama seseorang yang ingin memukul orang lain, tetapi memberitahu tarikh dan masa untuk melakukan serangan tersebut.

Dengan masa diberi sehingga 31 Januari, ia bermakna Zahid Hamidi memberi masa kepada Muhyiddin untuk bernafas menyelamatkan diri dan akhirnya daruratlah jawapannya.

Sekarang, segala-galanya sudah terlambat untuk UMNO menjatuhkan kerajaan PN dan meskipun selepas ini seorang demi seorang Ahli Parlimen parti itu menarik sokongan, ia hanya menambahkan lebar senyum Muhyiddin saja dibuatnya.

Menyesal tak sudah pun sudah tidak berguna lagi buat UMNO dan Zahid Hamidi, apatah lagi dalam ucapannya berkenaan darurat tadi, selain memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang cuba mengganggu usaha kerajaan menangani Covid19, Muhyiddin juga menyebut – Sepanjang tempoh darurat ini mahkamah akan terus berjalan dan saya tidak campur dalam urusan serta keputusan mahkamah.

Apakah makna ayat itu disebut dan tidakkah ia sebenarnya secara tidak langsung seolah-olah Muhyiddin sengaja menyebutnya untuk mendatangkan rasa ngeri kepada Zahid Hamidi dan lain-pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah?

Orang kedua yang dirasakan turut menyesal tak sudah dengan darurat ini ialah Tun Mahathir yang pada Februari lalu memilih meletak jawatan Perdana Menteri kerana percaya beliau sudah hilang majoriti.

Muhyiddin pun dikira sudah hilang majoriti juga, tetapi beliau mengambil sikap tidak mempercayainya dan ingin terus bertahan di kedudukannya selagi kehilangan majoritinya tidak disahkan.

Beliau bukan saja tidak semudah itu untuk meletak jawatan, malah untuk mengelak daripada dijatuhkan telah mencadangkan darurat dilaksanakan.

Bukankah jika sebelum ini Tun Mahathir tidak terburu-buru meletakkan jawatan, beliau sendiri sebenarnya boleh juga mencadangkan darurat untuk mempertahankan kedudukannya’sebagaimana dilakukan Muhyiddin sekarang?

Pun sama seperti Zahid Hamidi, tiada guna lagi Tun Mahathir menyesal mengenainya. (Shahbudindotcom 12/01/2021)

Darurat:Muhyiddin perolehi kuasa mutlak, mahu selamatkan diri, tutup mulut rakyat, kata PH

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengusulkan negara diletakkan bawah darurat adalah untuk menyelamatkan diri walaupun ia merencat demokrasi dan menafikan suara rakyat, kata Pakatan Harapan (PH).

Blok pembangkang itu berkata perisytiharan darurat itu akan memberikan Muhyiddin “kuasa mutlak…untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya.”

“Tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat,” menurut kenyataan Majlis Presiden PH.

Dalam kenyataan bersama, pimpinan tertinggi PH berkata, Muhyiddin mengusulkan darurat ketika beliau semakin kehilangan di Dewan Rakyat sehingga menjejaskan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional.

“Tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, termasuk Machang dan Padang Rengas, bermaksud langkah ini tidak boleh diterima sama sekali.

“Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” kata PH yang menggabungkan PKR, DAP, dan Amanah.

PH bimbang tindakan Muhyiddin itu akan menjejaskan usaha memulihkan ekonomi serta keyakinan pelabur, selain tidak membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan mata pencarian di kalangan rakyat.

Menurut kenyataan itu, PH menolak rasional serta alasan-alasan yang diberikan Muhyiddin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.

Blok pembangkang itu berkata undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.

“Sebagai contoh, dalam isu mengambil alih hospital-hospital swasta untuk membantu dalam kes-kes COVID-19, hospital-hospital swasta ini memang bersedia membantu pihak kerajaan dan kuasa darurat tidak diperlukan untuk mendapatkan kerjasama mereka.”

Menurut PH, perisytiharan darurat bagi sesebuah bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dilakukan sebelum adalah memadai dan tidak memerlukan usul darurat diisytiharkan di seluruh negara.

“Bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pula, ia tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021, manakala Pilihan Raya Umum ke-15 pula hanya perlu diadakan menjelang 2023. Oleh itu, alasan yang dikemukakan Muhyiddin dalam isu ini tidak dapat diterima sama sekali,” kata kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong hari ini mengistiharkan darurat dikuatkuasakan untuk membendung Covid-19 sehingga Ogos 1 atau lebih awal.

Muhyiddin berkata darurat itu bukan rampasan kuasa dan aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa namun Perintah Kawalan Pergerakan dan sekatan pergerakan lain dikuatkuasakan susulan kes Covid-19 semakin menokok.

Sebagai perdana menteri waras, bertanggungjawab, Muhyiddin patut letak jawatan, kata Anwar

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim berkata, sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab, Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan, bukannya mencadangkan pelaksanaan darurat.

Katanya, letak jawatan ialah langkah paling tepat yang perlu dilakukan Muhyididn selepas menyedari dirinya tidak lagi memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Beliau berkata, ia akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong memilih Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri baru.

“Bila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui ia terhakis dengan kehilangan dukungan Ahli Parlimen, maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat, padahal pengendalian Covid-19 mampu dilakukan oleh perintah kawalan pergerakan, PKP bersyarat melalui langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.

“Tetapi, Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, menarik balik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Beliau ialah Ahli Parlimen Umno ketiga berbuat demikian, selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN.

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

MALAYSIA DATELINE

Tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebabkan kerajaan Perikanan Nasional hilang sokongan majoriti dan telah tumbang

Zulhazmi ShariffPeguam Zulhazmi Shariff (gambar) berkata, “keadaan sekarang Muhyiddin cuma ada 109 berbanding yang tidak menyokong 111, maka dengan rasmi kerajaan tumbang.

“Sekarang terletak pada budibicara Yang Dipertuan Agong (YDPA) memanggil Muhyiddin menasihatkan meletak jawatan dan seterusnya melantik seorang Ahli Parlimen lain sebagai PM yang baru bagi mentadbir negara dalam situasi darurat sehingga darurat ditamatkan.

“Mohon merafak sembah ke bawah Duli Tuanku menggunakan wewenang Tuanku demi negara dan warga seluruhnya,” tulis beliau menerusi facebooknya.

Nazri istihar tarik balik sokongan kepada PM Muhyiddin hari ini.

Nazeri dalam sidang medianya berkata, keputusannya menarik sokongan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu adalah atas pendirian mempertahankan keputusan Umno.

“Dengan ini secara rasminya saya menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk membentuk kerajaan sedia ada.

“Keputusan ini ialah kerana bagi saya inilah yang terbaik untuk parti saya. Kita tidak menentukan bila pilihanraya tapi kita tarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin hari ini,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Pilihan Raya Umno merangkap ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.

Nazri yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan itu berkata, dengan keputusan yang diambilnya itu, kerajaan PN hari ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Parlimen.