"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Duit bukan hal bagi Mahiaddin

A KADIR JASIN

Mahiaddin Md Yasin tidak pernah peduli atau tidak perlu peduli sangat tentang duit. Sejak menjadi Menteri Besar Johor mulai tahun 1986, duit bukan masalah besar kepadanya. Johor boleh dikira negeri kaya dengan peluang pembangunan yang cukup besar kerana lokasinya yang berhampiran Singapura. Ramai usahawan bersedia menjadi penyumbang dan rakan kongsi maka tidak hairanlah jika Mahiaddin adalah “personally well-off” seperti dinyatakan dalam pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Maka tidaklah menghairankan apabila dia menabur duit kerajaan bagi membeli sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN). Dia sudah biasa dengan duit. Cuma dia berhati-hati tidak menggunakan label negatif seperti “cash is king” yang dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak. Sebaliknya dia menggunakan frasa ” the scheme of things”.

Jadi apalah sangat membelanjakan beberapa puluh ribu ringgit sebulan duit negara yang dipungut daripada rakyat jelata bagi mengupah Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas bertaraf Menteri kepadanya.

Persoalannya mengapakah dalam keadaan rakyat jelata kesusahan dan populariti beliau sendiri merudum, beliau mengambil risiko menambahkan lagi kemarahan orang ramai dengan membazirkan duit negara ke atas bekas Menteri Besar Perak yang ditendang keluar oleh Exco dan Adunnya sendiri?

Bodoh dan bangang sangatlah Mahiaddin kalau mengharapkan nasihat istimewa daripada Ahmad Faizal yang ramai orang tahu latar belakang serta kebolehannya sebagai budak bilik belakang politik. Dia ini naik kerana tumpang sekaki nama Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir. Kalau tidak kerana rasa hormat pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kepada Dr Mahathir, dia tidak akan rasa jadi Menteri Besar Perak. Tetapi inilah orang yang akan menasihati Mahiaddin di saat-saat hayat politik kerajaan PN di hujung tanduk dan negara semakin huru-hara.

Mengapa terjadi begitu? Jawapannya Mahiaddin tidak ada siapa lagi yang boleh dipercayai, bukan saja di dalam PN tetapi lebih teruk di dalam Bersatu sendiri. Dengan pelantikan itu Ahmad Faizal menjadi Mossad dan Gestapo Mahiaddin dalam Bersatu. Cakap-cakap (chatter) media sosial dan politik bawah tanah mengatakan Mahiaddin mungkin menghadapi pemberontakan dan pengkhianatan dari dalam Bersatu sendiri.

Dia perlu segera melindungi dirinya daripada kumpulan-kumpulan serigala lapar yang datang dari Umno dan PKR. Mereka ini jauh lebih pintar dan ganas daripada spesis asal Bersatu yang kurang pengalaman politik, justeru itu kurang naluri pembunuh (killer instinct). Kluster Umno dan PKR ini tidak teragak-agak menghalau beliau jika kehadirannya mengancam kedudukan PN.

Kluster original Bersatu dikatakan telah mula hilang kepercayaan kepada Mahiaddin kerana terlalu bergantung kepada kluster pendatang Umno dan PKR serta kluster Menteri Umno.

Selain itu, sikap dan pendekatan Mahiaddin terhadap Yang di-Pertuan Agong pada kebelakangan ini dikatakan telah menyebabkan kluster asal Bersatu itu bimbang parti tersebut dituduh derhaka kepada Raja.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat manalah tahu Penasihat Khas bertaraf Menteri Ahmad Faizal ini lebih menyerlah daripada penjawat-penjawat lantikan khas yang lain, termasuk Duta-duta Khas. Atau ini adalah rendisi “the blind leading the blind” ala Mahiaddin.

Bagaimana proses untuk mengabsahkan sokongan terhadap Perdana Menteri?

ZULHAZMI SHARIFF

Perdana Menteri pada Rabu 4 Ogos 2021 mengumumkan bahawa beliau menyembah mengadap ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Beliau menambah bahawa hanya akan membuktikan keabsahan sokongan tersebut di Dewan Rakyat yang akan bersidang pada September nanti.

Pihak Pembangkang malah sekumpulan daripada Umno yang menarik sokongan mencabar dan mendesak Dewan Rakyat bersidang segera bagi membolehkan keabsahan sokongan dibuktikan.

Sekumpulan daripada Umno bersama wakil komponen BN pula mendakwa kekal menyokong sehingga September.

Pembuktian sokongan terhadap Perdana Menteri tidak hanya boleh dibuat di Dewan Rakyat walau pun itulah yang terbaik . Perlembagaan Persekutuan termasuk Peraturan Mesyuarat Dewan juga tidak menyatakan kaedah pembuktian sokongan.

Walaubagaimana pun, beberapa peristiwa sejarah boleh diambil panduan contohnya di dalam kes Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada tahun 2010 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pembuktian sokongan selain di dalam Dewan, boleh juga dibuktikan melalui kaedah lain.

Selain itu dalam kejadian Langkah Sheraton yang menjatuhkan Kerajaan PH juga dibuat tidak melalui Dewan. Pembuktian sokongan dibuat oleh Istana Negara dengan memanggil mengadap setiap orang Ahli Dewan menyatakan sokongan.

Sekarang nampaknya Istana Negara tidak mahu mengulangi kaedah yang sama.

Menunggu September akan memberikan pelbagai kesan negatif pada negara samada dari sudut ekonomi dan perundangan. Para pelabur dikhuatiri mengelak untuk berurusan dengan Kerajaan yang tidak absah manakala kedudukan memberikan nasihat mengikut Perkara 40 Perlembagaan juga boleh dipertikai.

Tidak perlu menunggu September dan tidak perlu Dewan bersidang.

Bagaimana untuk penyelesaian mudah?

Sekarang setiap hari kita lihat warga Malaysia hadir di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mendapat suntikan vaksin.

Konsep ini boleh diguna pakai dalam membuktikan sokongan.

Proses membuktikan sokongan boleh dilakukan seperti berikut :

A) Tetapkan lokasi iaitu Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Di sini, Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil dan menitahkan Yang di-Pertua Dewan mengeluarkan notis memanggil Ahli Dewan pada hari, tarikh dan masa tertentu.

B) Pengendali Proses :

1. Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara,

2. Ketua Hakim Negara atau mana-mana Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi,

3. Peguam Negara,

4. Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dan

5. Ketua Whip setiap Parti

C) Proses.

1. Pada hari yang ditetapkan setiap Ahli Dewan hadir seorang demi seorang bermula dengan Ahli Dewan dari P.001 sehingga selesai P.222 di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menandatangani Surat Akuan menyatakan pendirian menyokong atau tidak menyokong Perdana Menteri. (Jika mahu nyatakan kepada siapa sokongan diberikan juga boleh berbuat demikian).

2. Surat Akuan dikira.

3. Jumlah sokongan diumumkan dan dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong.

4. Jika sokongan majoriti kepada Perdana Menteri, kekal.

5. Jika sokongan majoriti menolak Perdana Menteri, letak jawatan.

Proses seterusnya bergantung kepada wewenang Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan proses pemilihan seorang Perdana Menteri yang baru.

Jika tidak mahu berpanjangan, semasa proses menyatakan pendirian di hadapan Yang di-Pertua Dewan, boleh terus nyatakan sokongan kepada siapa jika bukan kepada Perdana Menteri.

Dengan cara ini, Dewan Rakyat tidak perlu dipanggil bersidang, tidak akan bersesak berkumpul di Parlimen, lebih mudah dan dipercayai.

Benda boleh buat kenapa tak mahu buat. Benda senang boleh buat kenapa nak susah-susah.

Hendak seribu daya, takut macam-macam la.

Mohon mencadang.

Akhirnya Syed Saddiq lompat juga

Saya lompat sokong pasukan negara, bukan lompat katak politik tidak berprinsip”

NASUHA RAHMAN

Melalui perkongsian gambar di Facebook petang tadi, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melompat girang sambil menyaksikan pasukan pelumba berbasikal negara layak ke suku akhir di Sukan Olimpik.

Syed Saddiq berkongsi gambarnya ketika pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saringan ketiga pusingan pertama acara keirin lelaki di kedudukan pertama pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo.

Statusnya itu menerima hampir 4,000 komen, di celah-celah komen pengikutnya beliau membalas komen agar tidak perlu risau dengan aksi lompatnya yang melompat kegembiraan menyokong atlet negara.

“Jangan risau.

“Saya lompat kegembiraan menyokong atlet negara.

“Bukan lompat seperti katak politik yang tidak berprinsip dan mudah dibeli,” balas Syed Saddiq.

Komen Syed Saddiq itu mendapat pujian para netizen dan menyifatkan beliau seorang yang sangat berprinsip.

“Terbaik Yb hidup perlu berprinsip,” komen Ainon Hamzah. 

“Jangan risau YB kami rakyat pastikan team tebuk atap akan kalah PRU 15 nanti !!!,” komen Ayaq Leleh.

“Mantap Yb jangan mudah dibeli,” komen Siddik Mhd Hamzah.

Pengasas Muda itu juga kagum dengan pasukan negara Shah Firdaus yang pada awalnya jatuh dan cedera tetapi layak ke suku akhir esok bersama Azizul Hasni.

“Comeback paling power dari Shah Firdaus.

“Lepas jatuh dan cedera, Shah masuk pusingan Repechage dan layak ke suku akhir esok dengan Azizulhasni,” tulis Saddiq.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia untuk duduk di depan kaca tv esok bagi memberi sokongan kepada pasukan negara.

“Esok pula kita kumpul depan TV jerit kuat-kuat sokong duo Malaysia,” katanya sambil meninggalkan bendera Malaysia.

Petang ini, pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir acara keirin selepas muncul juara saringan ketiga di Velodrom Izu, Tokyo sebentar tadi.

Walaupun pada awalnya seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dilaporkan menarik diri selepas terjatuh dalam saringan kedua tetapi beliau kembali menyertai saingan repechages dan seterusnya berjaya mengiringi rakannya, Azizulhasni ke suku akhir.

5 Ahli Parlimen PKR cuba dibeli untuk keabsahan Muhyiddin, kata Saifuddin

FMT Reporters

PETALING JAYA: Usaha “rancak” sedang dijalankan untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang, termasuk lima daripada PKR, bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Ahli Parlimen PKR di Hulu Selangor, Kuala Kedah, Alor Setar, Balik Pulau dan Setiawangsa dipancing dengan pelbagai ganjaran, termasuk jawatan menteri yang dikosongan Ahli Parlimen Umno.

Selain PKR, Ahli Parlimen lain di dalam blok pembangkang turut menjadi sasaran usaha kerajaan PN menambah sokongan, sebelum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadapi usul percaya di Dewan Rakyat bulan depan, kata Saifuddin.

“Ini sebabnya mengapa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin buat undi percaya bulan September.

“Melayu Islam tergugat. Atau kuasa, pangkat dan habuan yang menjadi tujuan berjuang,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Beberapa pemimpin Umno lain turut meletak jawatan di institusi awam dan syarikat kaitan kerajaan sejajar keputusan MKT Umno menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Zahid: ‘Pasukan propaganda’ RM40 juta tanam persepsi kes tinggi Covid ‘tak dapat dielak’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa satu pasukan propaganda cuba memperkecilkan keseriusan pandemik Covid-19 ketika beliau terus mengulangi kegagalan kerajaan dalam menangani krisis kesihatan itu.

Katanya, lebih 10,000 orang meninggal dunia akibat virus itu dan lebih 1,000 orang sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU). 

Beliau berkata, kes baharu terus mengatasi kes sembuh, dengan lebih 1.2 juta orang dijangkiti virus itu setakat ini.

“Tetapi, mereka cuba menggambarkan ini ‘standard’.

“Sebab ada negara lain ramai mati, maka tidak perlu bising-bising. Jangkitan tinggi wabak adalah ‘acceptable’ dan ‘unavoidable’ (boleh diterima dan tidak boleh dielakkan).

“Pasukan propaganda bernilai RM40 juta berusaha menanam persepsi ini,” tulisnya di Facebook, dipercayai merujuk J-Kom, Jabatan Komunikasi Komuniti kerajaan.

Mei lalu, media melaporkan J-Kom diperuntukkan RM40 juta untuk menyebarkan maklumat.

Zahid berkata, Umno tidak boleh menerima perkara sedemikian dan percaya Malaysia mempunyai kemampuan untuk membendung pandemik itu.

“Tetapi, mereka yang menguruskan pandemik yang telah gagal.”

Bulan lalu, Umno mengumumkan keputusannya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan menuntut beliau meletak jawatan, antara lain kerana Putrajaya gagal menangani krisis kesihatan itu.

Baru-baru ini, parti itu turut menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

MP DAP dapat tawaran jawatan menteri, 'durian RM30'

Malaysiakini 

image placeholder

Beberapa hari selepas menteri dari Umno meletak jawatan - sekali gus memberi kesan kepada keberadaan Perikatan Nasional (PN) - beberapa ahli parlimen pembangkang mendedahkan mereka menerima tawaran lumayan untuk berpaling tadah.

Ia berlaku ketika PN terus dibayangi krisis sokongan majoriti dalam kalangan ahli parlimen.

Antara yang mendapat tawaran itu ialah Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Kelvin Yii (Kuching).

Berkongsi mesej WhatsApp yang diterimanya, Khoo berkata terdapat nombor yang tidak dikenali menghubunginya dan memberitahu mengenai dua kekosongan jawatan menteri sekarang.

“Keluarlah dari bayang-bayang keluarga Lim... kita perlu lebih ramai wakil bukan Melayu dalam kerajaan ini,” menurut mesej tersebut yang merujuk kepada dua pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Khoo merupakan wakil rakyat dari DAP.

Individu tersebut turut menawarkan "Durian RM30" dan jawatan menteri. Bagaimanapun, tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan "Durian RM30". namun menjanjikan "durian" berkenaan akan dibayar segera secara tunai.

Khoo bagaimanapun tidak membalas terhadap tawaran itu.

Bukan untuk dijual

Semalam Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai menteri pendidikan tinggi sehari selepas Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah ula melakukan perkara yang sama.

Kedua-dua mereka bertindak begitu sebagai mematuhi keputusan Majlis Tertinggi Umno yang mengarahkan semua ahli parlimen parti itu agar menarik diri daripada kerajaan PN.

Bagaimanapun Umno berdepan detik sukar kerana tidak semua ahli parlimen mereka mentaati arahan berkenaan. Antara mereka yang masih kekal bersama kerajaan ialah naib presiden parti itu sendiri, Ismail Sabri Yaakon.

Berkongsi mesej tersebut ke Facebooknya, Khoo menulis: “Kota Melaka bukan untuk dijual.”

Dia juga secara bergurau mencadangkan jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi menteri mereka boleh menghubungi individu tersebut.

Sementara itu, Yii yang turut menerima mesej yang sama berkongsinya di Twitter.

“Nampaknya, nilai kami dikira dengan durian sekarang,” ciapnya.

Pada 8 Julai, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik kembali sokongan yang diberi terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Namun, Ismail Sabri tetap berpihak kepada Muhyiddin dan mengetuai sekumpulan ahli parlimen Umno serta BN dengan membuat kenyataan terbuka menentang MT Umno.

Ahmad Zahid sebelum ini memberitahu Umno menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan jumlah ahli parlimen parti itu yang tidak lagi menyokong Muhyiddin. 

Kenapa Ismail Sabri berdegil mahu bersama Mahiaddin?

NASUHA RAHMAN

Sidang media yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam disifatkan telah memakan dirinya dan menikam balik bosnya Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi berkata peletakan jawatan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad sekali gus telah memalukan Ismail kerana mempunyai “weightage”.

Tambahan pula, katanya, Noraini adalah Ketua Wanita Umno yang bertaraf Timbalan Presiden yang mempunyai akar umbi Umno yang besar dan penting.

“Itu yang Muhyiddin mahukan. Tetapi Ismail gagal deliver untuk PM,” katanya.

Dalam pada itu, kesilapan Ismail yang telah memasukkan Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling Azeez Rahim dalam senarai sokong Mahiaddin sedangkan mereka menafikan.

“Mereka mengakui tidak sokong PN, sekali lagi Ismail dimalukan,” ujarnya.

Katanya juga, Ismail berselindung guna naratif mentaati titah YDP Agong di mana Baginda mahu keabsahan Kerajaan PN ditentukan oleh Parlimen September nanti.

“Sedangkan semua tahu, jika Umno tidak hantar senarai 8 MP yang tarik sokongan, tidak mungkin PM tertekan dan benarkan usul “undi percaya” dibentang di Parlimen,”tambah Ismail.

Sidang media itu juga, katanya, Ismail Sabri telah mendedahkan dirinya sebagai penentang keputusan parti di mana dalam mesyuarat MKT dia berikrar akur keputusan parti dan sedia letak jawatan.

“Rupanya dia masuk kumpulan yang ikut agenda musuh Umno. Sepatutnya dia bersolidariti dengan partinya sendiri,” katanya beliau lagi.

Kini katanya, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno tidak bersama dengannya termasuklah pengerusi-pengerusi perhubungan negeri juga tidak bersamanya.

Dan katanya, Ismail Sabri hanya didokong oleh MP Umno yang sudah jumpa pintu keluar seperti Idris Jusoh, Ahmad Hamzah, Ismail Mutalib, Nazri, Mastura, Halimah, Annuar Musa, Zahidi, Sahar, Shahidan, Hassan Ariffin dan Tajuddin.

“Warkah YDP Agong 29 Julai menzahirkan rasa murka dan dukacita Baginda kepada PM dan Kerajaan PN kerana isu Ordinan Darurat.

“Kenapa Ismail Sabri berdegil untuk bersama dengan Muhyiddin?”soal beliau.

Ismail Sabri dalam keadaan tersepit, kata pemerhati

Predeep Nambiar

GEORGE TOWN: Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilihat berada dalam keadaan tersepit untuk mengumpulkan sokongan parti terhadap Perdana Menteri dan pada masa sama perlu memastikan parti tidak berpecah.

Namun, ia tidak membantu Timbalan Perdana Menteri itu apabila Umno sudah pun berpecah kepada kumpulan yang menyokong Muhyiddin Yassin dan juga yang menentangnya.

“Ismail tersepit di tengah-tengah. Ia adalah dilema yang dihadapi ramai pemimpin dalam Umno,” kata Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center.

Bercakap kepada FMT, dia berkata Ismail perlu menangani dua isu teras dihadapi Umno iaitu pertikaian mengenai kedudukan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan isu lain iaitu pembahagian kerusi untuk pilihanraya umum ke-15 (PRU15).

Dia berkata, sebahagian ahli parti melihat Zahid sebagai pemimpin yang lemah dan boleh menjejaskan keyakinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti.

“Umno tidak boleh pulih sepenuhnya dalam pilihanraya akan datang selagi Zahid menerajui parti. Bagi kebanyakan orang, parti harus terus bergerak ke hadapan.

“Pada masa sama, Zahid adalah pemimpin parti dan beliau akan menggunakan kedudukannya untuk mempertahankan diri. Dia dibantu dengan hujah yang kuat bahawa Umno tidak boleh menyerahkan kerusi kepada Bersatu atau PAS.

“Mana-mana pemimpin yang tidak ada masalah untuk mengorbankan kerusi atau kedudukan Umno kepada Bersatu akan dilihat sebagai mengkhianati agenda dan kepercayaan parti.”

Ibrahim berkata ini adalah konflik antara mereka yang ingin bekerjasama dengan Muhyiddin atau sebaliknya.

Katanya, Ismail memberitahu terdapat sejumlah Ahli Parlimen bersama beliau dan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) namun kurangnya sokongan Umno mungkin menafikan perkara itu.

“Ismail berdepan risiko konflik dengan parti. Sokongan daripada Ahli Parlimen seperti didakwanya, dipertikaikan apabila partinya sendiri tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.”

Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kemelut yang berlaku antara Umno dan Bersatu adalah disebabkan Umno begitu yakin dengan peluangnya dalam pilihanraya nanti.

Katanya, Umno yakin boleh menunjukkan prestasi lebih baik dalam pilihanraya tanpa kehadiran Bersatu dan PAS tetapi segelintir Ahli Parlimen yang menyokong perdana menteri, berbuat demikian untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan dalam pilihanraya akan datang.

Hanya tiga menteri Umno iaitu Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, dan Adham Baba belum memutuskan kumpulan mana yang disokong mereka.

“Ketiga-tiga mereka dilihat lebih banyak memberi fokus terhadap isu Covid-19, vaksinasi dan kesihatan,” kata Azizuddin.

“Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai pilihan lain tetapi membuat pendirian. Ia tidak dapat dielakkan. Apa saja pendirian yang diambil, ia akan memusnahkan parti.”

Terkejut dimaklumkan positif Covid-19 dalam MySejahtera

MOHD AZLIM ZAINURY

SEPANG - Seorang pengguna MySejahtera terkejut apabila dia disahkan positif Covid-19 menerusi pemakluman aplikasi itu walaupun tidak mempunyai sejarah menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Pengguna terbabit, Abu Hassan Saari Aris, 53, turut kesal kerana diminta menjalani kuarantin selama 10 hari sehingga Selasa selepas dia dikategorikan sebagai individu positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

Abu Hassan yang sangsi dengan arahan itu, kemudian mengambil ujian calitan Covid-19 di sebuah klinik swasta sehari selepas menerima pemakluman dan keputusan calitannya adalah negatif.

"Setelah itu saya membuat laporan di Balai Polis Putra Perdana untuk rujukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain majikan dengan harapan data MySejahtera dapat 'dibersihkan' semula," katanya ditemui di kediamannya di Taman Putra Perdana Puchong di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abu Hassan yang bekerja sebagai juruteknik penyelengaraan bangunan syarikat swasta berkata, ahli keluarganya turut bimbang dengan status kesihatan mereka sekeluarga memandangkan tinggal di kawasan perumahan yang padat dengan penduduk.

Malah, katanya, akibat permakluman data berkenaan dia tidak dapat meneruskan pekerjaannya seperti biasa selama beberapa hari dan hanya berkurung di rumah walaupun ujian calitannya negatif.

"Selepas ke klinik untuk ujian calitan saya tidak boleh ke mana mana lagi termasuk keluar bekerja kerana perlu mendaftar dengan aplikasi MySejahtera. Bagaimana hendak daftar kalau rekod Mysejahtera saya positif Covid-19," jelasnya.

Sehubungan itu, Abu Hassan berharap maklumat mengenai dirinya di dalam aplikasi MySejahtera dapat dikemaskinikan semula selain berharap perkara sama tidak berulang dan menimpa orang lain.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/154169/BERITA/Semasa/Terkejut-dimaklumkan-positif-Covid-19-dalam-MySejahtera

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Umno Johor: Kenyataan putus hubungan dengan Pas, Bersatu adalah palsu

Nickyson Nyambar

Kenyataan putus hubungan dengan Pas, Bersatu adalah palsu - UMNO Johor

Hari ini, tular gambar kononnya kenyataan media yang mendakwa UMNO Johor telah mengisytiharkan untuk tidak mempunyai hubungan dengan Pas dan Bersatu.

KUALA LUMPUR : UMNO Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menafikan telah mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Melalui perkongsian di laman Facebook rasmi UMNO Johor pada Jumaat malam, pihaknya mengesahkan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu.

"UMNO Johor ingin menegaskan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dan UMNO Johor ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan yang tersebar di media sosial ini adalah PALSU," katanya.

Hari ini tular gambar kononnya kenyataan media yang mendakwa UMNO Johor telah mengisytiharkan untuk tidak mempunyai hubungan dengan Pas dan Bersatu.

"Untuk memastikan kerajaan negeri terus diketuai oleh UMNO maka ADUN PKR, Amanah dan DAP

sedang dirunding bagi bersama kerajaan termasuk memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri," kata kenyataan palsu berkenaan.

Lawak bodoh MB Kedah dikecam ahli politik dan netizen

‘Kontena cukup, nak masuk, beri nama’, gurau MB Kedah dikecam ahli politik, netizen

FMT Reporters

Muhammad Sanusi Md Nor tidak lekang daripada mencetuskan kontroversi.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, sekali lagi menjadi sasaran kritikan di media sosial berikutan kenyataan kontroversi, “kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama”.

Komen beliau itu bukan sahaja memberi “peluru” kepada pembangkang mengkritik ulasan tidak sensitif di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, malah dibidas warganet.

Hari ini sahaja, seramai 160 rakyat maut akibat Covid, menjadikan angka keseluruhan mangsa meninggal dunia kesan wabak itu 10,179.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Sanusi menteri mempunyai masalah bercakap tanpa adab.

“Kalau dah gagal jaga rakyat, jangan jadi kurang ajar pula,” katanya dalam Twitter.

Sementara itu, peguam dan aktivis, Syahredzan Johan, menyelar sikap Sanusi membuat lawak tidak kena pada tempatnya.

“160 orang mati hari ini, beliau boleh buat ‘lawak’ macam ini,” katanya yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, komen Sanusi itu mengundang kecaman rakyat menerusi akaun daripada Edd, yang menyatakan “masukkan nama dia (Muhammad Sanusi).

Shamala V.M berkata, “Kepemimpinan tanpa empati)”, manakala pemilik akaun AttyIsmail pula berpandangan, “punye tak tahu & tak peduli perasaan orang?…apa punya bala la.”

Nazmi/Roronoa pula berpandangan, “semoga rakyat Kedah tak bangang la pi undi dia lagi psni (selepas ini)”.

Manakala Jojo, berkata “kena batang hidung keluarga sendiri masuk nama, baru ada akai (akal)”.

Sanusi berkata demikian pada sidang media selepas mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Sport Arena Aman Jaya, di daerah Kuala Muda.

Pas rakan strategik tidak boleh dipercayai

HARUN ZAKARIA

Patutlah Umno Johor pun tidak percaya dengan rakan mereka Pas, kini boleh ditafsirkan selepas kejadian huru-hara politik negara, Pas langsung tidak mempedulikan atau menyambut baik pendirian dari Umno.

Nah, Umno kini terus dilupakan oleh Pas yang dahagakan jawatan, kuasa dan takhta yang diberikan oleh Mahiaddin atau Din Pagoh anak kiyai Yasin. Semalam pun pemimpin Pas telah mengeluarkan sebahagian dari pemimpin Umno dengan panggilan kluster mahkamah.

Ini sindiran yang menghujahkan bahawa Pas hanya mahukan kepimpinan Din Pagoh kekal serta secara langsung menolak pendirian Umno. Memang Umno kena tipu selama ini oleh Pas.

Pas pun telah melihat bagaimana ketelusan Umno dalam berkawan. Sepertimana nasib Pas di Johor yang tidak langsung diraikan oleh Umno, begitulah Pas mulai curiga dengan keikhlasan Umno dalam hubungan mereka selama ini.

Agenda ke ‘laut’

Jelas, Pas dan Umno hanya mempergunakan Muafakat Nasional (MN) sebagai alat untuk masing-masing bermain emosi khususnya terhadap Melayu Islam dalam negara ini. Selepas apa yang dikejar mereka sudah diperolehi, agenda mereka pastinya ke ‘laut’.

Pas pula pastinya hanya berkeinginan kuasa semata-mata manakala Umno juga mempunyai matlamat yang sama. Masing-masing hanya mahukan kuasa dan kedua-duanya hanya cuba memperalatkan satu sama lain.

Kini jelas, MN sudah berkubur dan apa yang tinggal hanyalah PN dan BN. Bukan itu sahaja malah pertembungan antara Pas dan Umno semakin marak seperti di Johor apabila Pas yang hanya ada satu kerusi Dun sahaja turut berbunyi mempertahankan Din Pagoh.

Umno di Johor pula mengambil langkah berjaga-jaga demi keberlangsungan pemerintahan mereka kerana majoriti yang amat tipis dimiliki mereka. Hasni Mohamed sebagai Menteri Besar (MB) di Johor pastinya tidak mahu kerajaan Johor tumbang.

Namun, Pas turut tidak dirai di negeri ini. Ternyata, hubungan kedua-dua parti tua itu hanyalah sebuah wayang opera untuk memperalatkan rakyat dengan agenda kononnya demi mempertahankan maruah bangsa dan agama, namun semua itu bohong semata-mata.

Umno: Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Minderjeet Kaur

Dua surat berbeza yang diterima Umno, dengan satu daripadanya bertarikh 19 Julai yang bersetuju dengan penangguhan pemilihan parti itu, sementara satu lagi bertarikh 6 Ogos menolaknya.

PETALING JAYA: Adakah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bersetuju dengan penangguhan pemilihan Umno atau sebaliknya?

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno membangkitkan persoalan itu, selepas parti terbabit menerima dua surat berbeza dari JPPM.

Razlan Rafii berkata, surat pertama bertarikh 19 Julai yang diterima parti pada 23 Julai lalu menyatakan JPPM “tiada bantahan” untuk pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan.

Surat itu turut menyatakan penangguhan berkenaan sejajar Fasal 10.16 perlembagaan Umno.

Bagaimanapun, surat kedua yang dihantar kepada Umno hari ini menyatakan penangguhan selama 18 bulan itu tifak sah.

“Mengapa terdapat dua surat? Apa alasannya?” soalnya.

Terdahulu, sejumlah Ahli Parlimen Umno hari ini mengadakan sidang media menyuarakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinan, bertentangan dengan arahan Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Razlan berkata, rekod tertinggi hampir 21,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dan tidak selamat untuk mengadakan pemilihan parti.

“Adakah berlaku campur tangan politik yang tiba-tiba menyebabkan penangguhan itu dianggap tidak sah?” soalnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, terpulang kepada pemimpin parti untuk merayu kepada JPPM kerana keputusan itu dubuat badan berwibawa.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna pemilihan Umno perlu diadakan segera, susulan lonjakan kes Covid-19.

“Selepas pandemik Covid-19 berakhir, pemilihan boleh diadakan, namun mereka tidak boleh menunggu sehingga 18 bulan,” katanya kepada FMT.

Nazri, antara pemimpin Umno yang menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin, mendakwa Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi mungkin mahu menangguhkan pemilihan parti sehingga pilihan raya umum seterusnya berakhir.

“Jika Zahid menangguhkan pemilihan parti, beliau masih menjadi Presiden dan memutuskan calon yang akan bertanding.”

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilihan parti perlu diadakan secepat mungkin sejurus situasi Covid-19 bertambah baik.

Ahmad Maslan sekolahkan penyokong PN

Ahmad Maslan ajar matematik kira majoriti Muhyiddin

Malaysiakini 

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan membuat perkiraan matematik mudah berhubung majoriti dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas 11 ahli Parlimen parti itu menarik sokongan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata selepas 11 wakil rakyat Umno menarik sokongan, jumlah majoriti dimiliki Muhyiddin kini tinggal 103.

"Matematik mudah. Disebut 31 sokong Mahiaddin (Muhyiddin) daripada 42. Maka 42-31=11 tak sokong (sebenarnya lebih)

"Kerajaan sebelum ini ada 114. Tolak 11 tinggal 103 MP (ahli Parlimen) ada 222. Meninggal dunia dua tinggal 220. Majoriti perlu 110+1=111.

"103 tentulah bukan lebih daripada 111. Rumusan, 103 bukan majoriti," katanya di laman sosialnya, hari ini.

Terdahulu,Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa seramai 31 ahli Parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga parlimen bersidang September ini.

“Pendirian kami adalah ahli parlimen junjung kasih dan junjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu perkenankan supaya kerajaan har ini meneruskan pentadbirannya dan akan menentukan keabsahan ini di parlimen,” katanya.

Perkara itu diumumkan dalam sidang medianya petang tadi.

Ismail membacakan senarai itu, yang didapati terdapat tiga nama bertindih dengan senarai kem Presiden Umno Zahid Hamidi - yang menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Nama-nama yang bertindih itu ialah:

Mohd Nizar Zakaria (Parit)

Noh Omar (Tanjong Karang)

Azeez Abdul Rahim (Baling)

Selepas sidang media Ismail Sabri, Noh dan Azeez tampil menjelaskan dakwaan yang dia menyokong PN.

Noh dan Azeez dia sekadar hadir pertemuan ahli Parlimen Umno dengan timbalan Perdana menteri saja.

Selepas Noh Omar, Ahli Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim pula menyatakan pendirian tidak menyokong Mahiaddin

2 MP Umno nafi sokong PN seperti didakwa Ismail Sabri

Malaysiakini 

Dua ahli parlimen Umno menafikan dakwaan mereka termasuk dalam kalangan 31 ahli parlimen BN yang menyokong Perikatan Nasional (PN), seperti didakwa timbalan presidennya Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar berkata dia akan mengundi untuk menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam usul undi percaya di sidang Parlimen September depan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim berkata dia akan mengikut keputusan yang telah dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno - iaitu menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Dalam sidang media yang dibuat sebaik selepas pengumuman Ismail, Noh berkata pendiriannya jelas berhubung perkara itu.

"Pendirian saya jelas, saya setuju dan akan mematuhi keputusan dewan tertinggi Umno (MT) untuk menarik sokongan kepada perdana menteri di Parlimen," katanya.

"Saya mahu menafikan sebarang tuduhan bahawa saya mudah dibeli," tambahnya.

Sebelum ini, Noh merupakan antara 11 ahli parlimen - termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi - yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan PN.

Bagaimanapun, Ismail hari ini mendakwa Noh dan dua lagi yang bersama Zahid - iaitu Azeez dan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria - kini menyokong PN.

Noh dan Azeez menjelaskan mereka memang menyertai mesyuarat ahli parlimen BN pagi ini dan menandatangani kehadiran, tetapi itu tidak bermakna mereka menyokong PN.

Kata Noh, dia bersetuju bahawa kerajaan PN masih sah pada masa ini tetapi hanyalah sehingga undi percaya dibuat di Parlimen.

Malah, Noh berkata dia juga setuju bahawa Zahid harus mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Umno bagi menjelaskan keputusan tidak menyokong Muhyiddin.

Azeez pula menyatakan pendiriannya dalam satu sidang media berbeza.

Dia berkata keputusan parti terpakai kepada semua ahli.

"Saya ahli parti yang taat setia kepada parti," katanya lagi.

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad pula letak jawatan

Malaysiakini 

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad hari ini menjadi anggota kabinet terbaru daripada Umno meletakkan jawatan.

Noraini berkata tindakan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis tertinggi Umno yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

"Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB perdana menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam kerajaan persekutuan.

"Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita Umno, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan.

Ismail Sabri kantoi

‘Saya tandatangan kehadiran perjumpaan MP BN, bukan nyatakan sokongan kepada PM, kata Noh Omar

Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar menafikan beliau menandatangani surat sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Muhyiddin Yassin yang diumumkan  Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Noh berkata beliau hanya menurunkan tandatangan untuk mengesahkan kehadiran pada mesyuarat melibatkan Ahli Parlimen BN, dan tidak lebih daripada itu.

Minta penjelasan: Lelaki meninggal dunia lepas dos kedua

Alex Woon

Keluarga seorang penerima vaksin hari ini menuntut kerajaan menjelaskan apakah punca kematian lelaki itu pada 1 Ogos lalu mempunyai kaitan dengan dos vaksin Covid-19 kedua yang diterimanya di Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Dalam sidang media yang diadakan pagi ini, Tan Yee Tom, 58, datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di mana dia menerima vaksin dos kedua Pfizer sebelum tengah hari.

Menurut adik Yee Tom, Yee Ching, lelaki itu berada selama 30 minit di PPV itu seperti yang diarahkan supaya keadaannya boleh dipantau setelah divaksin. Segalanya berjalan dengan baik sehinggalah dia pulang ke rumah keluarganya di Kepong.

"Kira-kira jam 1 tengah hari, kami dapati dia terbaring tidak sedarkan diri di lantai bilik tidurnya dan segera panggil ambulans, dua kali.

"Tapi ambulans hanya sampai pada pukul 3.30 petang dan dia dibawa ke Hospital Selayang, ”katanya.

Yee Ching berkata doktor memberitahu mereka bahawa Yee Tom mengalami pendarahan otak dan hanya mempunyai peluang 28 peratus untuk hidup, dan mendakwa permintaan keluarga untuk mangsa dibedah dan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur ditolak.

Yee Tom disahkan meninggal dunia pada pukul 7.45 malam hari yang sama.

Yee Ching berkata mereka hanya mengetahui punca kematian apabila sijil kematian Yee Tom dikeluarkan pada keesokan harinya yang menyatakan mangsa emninggal dunia kerana ' Hypertensive Emergency' dengan pendarahan teruk intrakanial (bahagian dalam kepala).

"Kami ingin Kementerian Kesihatan memberi jawapan, jika vaksin ada kaitan dengan kematian abang saya," kata adik Tan.

Mereka juga mendakwa bedah siasat tidak dilakukan terhadap mayat walaupun setelah keluarga itu berulang kali memberitahu doktor di Hospital Selayang bahawa Yee Tom baru saja menerima vaksin pada hari yang sama.

Yee Ching berkata keluarganya bingung kerana tiada sesiapa memberitahu mereka untuk meminta bedah siasat diadakan dan tidak ada sesiapa dari pihak KKM membuat tindakan susulan berhubung kematian abangnya sehingga keluarga itu menguruskan pengebumian Yee Tom dua hari lalu.

"Kami tidak diberikan panduan, tidak ada bedah siasat, tidak ada respons," kata Yee Ching kepada wartawan.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam DAP Kuala Lumpur, Yew Jia Haur menggesa kerajaan lebih telus dalam kes-kes kematian yang disyaki berkaitan dengan vaksinasi Covid-19.

"Kami tidak menghalangi orang mendapatkan vaksin, tetapi saya fikir kerajaan harus lebih telus dalam menangani insiden seperti itu," tambahnya.

Yew berkata pejabatnya akan membantu pihak keluarga berkenaan untuk meminta pampasan daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

Ismail Sabri kata ‘derhaka pada Agong' jika jatuhkan kerajaan Muhyiddin sebelum September?

Ismail jaja ‘titah diraja’ pada sidang media sokong kerajaan Muhyiddin

FMT Reporters

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahankan pendirian beliau dan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk bersama pentadbiran Muhyiddin Yassin serta tidak meletak jawatan dalam kerajaan.

Naib Presiden Umno itu menuduh pihak yang cuba “meruntuhkan” kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelum sidang Parlimen bulan depan untuk menguji keabsahan Perdana Menteri, sebagai mereka yang mahu “menggagalkan hasrat dan titah Tuanku”.

Kenyataan Ismail itu berdasarkan pengumuman Muhyiddin Rabu lalu bahawa beliau memperolehi perkenan Sultan Abdullah untuk mengadakan sidang Parlimen September ini bagi menguji sokongan majoritinya.

Istana Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Kalangan pemimpin tertinggi Umno dan pelbagai pihak sebelum ini membidas Muhyiddin kerana hanya mahu mengadakan sidang Parlimen itu bulan depan dan tidak serta-merta, jika benar beliau mempunyai sokongan majoriti sebagaimana yang didakwa.

Pada sidang media hari ini, Ismail juga merujuk “titah” Agong ketika menegaskan beliau tidak melanggar peraturan parti apabila memilih untuk bersama kerajaan Muhyiddin.

Beliau menyifatkan diri dan kumpulan ahli Parlimen bersamanya sebagai “setia kepada Agong dan patuh kepada titah baginda”.

“Saya pun tidak tahu apakah kesalahan…adakah patuh dan akur titah Agong itu merupakan satu kesalahan? Kalau itu menjadi kesalahan, saya tak tahulah siapa derhaka dan siapa tidak derhaka,” tambah Ismail.

Ismail berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau sudah menerima surat tunjuk sebab kerana tidak mematuhi pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin.

Beliau muncul di pentas hari ini bersama 18 ahli Parlimen BN, termasuk daripada Umno, untuk membuat pendirian terbuka terus menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin dan tidak melepaskan jawatan yang disandang dalam pentadbiran beliau.

Pada sidang media ringkas itu, Ismail berkata “titah” Agong jelas memperkenan sidang Parlimen diadakan supaya usul percaya terhadap Muhyiddin dibentangkan bagi menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Justeru, beliau mendakwa “adalah jelas” pihak Istana “tidak lagi menerima SD atau akuan sumpah ataupun surat sokongan”, susulan pengumuman Muhyiddin Rabu lalu.

Beliau merujuk langkah pucuk pimpinan Umno menghantar sejumlah surat akuan Ahli Parlimen parti kepada Agong, menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Pada sidang media itu, Ismail diapit antara lain, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN, namun tidak dapat menyertai sidang media hari ini.

Beliau bertegas tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan. Ismail mendakwa begitu juga dengan Khairy Jamaluddin, Dr Adham Baba, Hishammuddin Hussein dan Annuar Musa.

Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir kembali kerahmatullah

MALAYSIA DATELINE

Ketua Pemuda AMANAH yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin kembali kerahmatullah hari ini selepas hampir sebulan berjuang melawan Covid-19.

Shazni menghembuskan nafasnya yang terakhir tengahari ini di Hospital Melaka.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” kata ‘Asim ‘Abdullah,

Setiausaha Pemuda Amanah Naisonal.

(SENARAI) 19 Ahli Parlimen sokong kerajaan PN tunjuk muka

Yasmin Abdul Latif

PETALING JAYA: Sembilan belas Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini, pada satu sidang media yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sidang media itu diketuai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang diapit Presiden MCA, Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN namun tidak dapat menyertai sidang media hari ini.

Beliau bertegas tidak akan meletak jawatannya dalam kerajaan. Ismail juga mendakwa begitu juga Khairy Jamaluddin, Adham Baba, Hishamuddin Hussein, dan Annuar Musa.

Sementara itu, satu senarai dikatakan mengandungi nama Ahli Parlimen BN turut ditunjukkan kepada media.

Nama yang berserta tandatangan seperti berikut:

1. Mahdzir Khalid (Padang Terap)

2. Shahidan Kassim (Arau)

3. Idris Jusoh (Besut)

4. Noh Omar (Tanjong Karang)

5. Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)

6. Hasan Arifin (Rompin)

7. Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling)

8. Ismail Sabri Yaakob (Bera)

9. Annuar Musa (Ketereh)

10. Halimah Mohammad Saddique (Kota Tinggi)

11. Ismail Mohamed Said (Kuala Krau)

12. Abdul Rahman Mohamad (Lipis)

13. Ismail Abd Muttalib (Maran)

14. Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)

15. Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)

16. Ahmad Hamzah (Jasin)

17. Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)

18. Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)

19. Jalaluddin Alias (Jelebu)

20. Salim Sharif (Jempol)

21. Wee Ka Siong (Ayer Hitam)

22. M Saravanan (Tapah)

Nama tanpa tandatangan seperti berikut:

1. Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)

2. Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

3. Noraini Ahmad (Parit Sulong)

4. Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas)

5. Hishammuddin Hussein (Sembrong)

6. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau)

7. Adham Baba (Tenggara)

8. Mohamad Alamin (Kimanis)

9. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)

10. Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)

Ismail Sabri dakwa 31 MP BN sokong kerajaan hingga September

Malaysiakini 

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa seramai 31 anggota parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga parlimen bersidang September ini.

“Pendirian kami adalah ahli parlimen junjung kasih dan junjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu perkenankan supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbirannya dan akan menentukan keabsahan ini di parlimen,” katanya.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media sebentar tadi.

Ismail membacakan senarai itu, yang didapati terdapat tiga nama bertindih dengan senarai kem Presiden Umno Zahid Hamidi - yang menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Nama-nama yang bertindih itu ialah:

Mohd Nizar Zakaria (Parit)

Noh Omar (Tanjong Karang)

Azeez Abdul Rahim (Baling)

Berikut angggota parlimen yang hadir dalam sidang media di Kuala Lumpur tengah hari tadi:

Ismail Sabri Yaakob (Bera)

Mastura Yazid (Kuala Kangsar)

Mahdzir Khalid (Padang Terap)

Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)

Halimah Saddique (Kota Tinggi)

Jalaluddin Alias (Jelebu)

Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)

Mohd Salim Sharif (Jempol)

Annuar Musa (Ketereh)

Ismail Mohamed Said (Kuala Krau)

Hassan Arifin (Rompin)

Abdul Rahman Mohamad (Lipis)

Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak),

Idris Jusoh (Besut)

Shahidan Kassim (Arau)

Ismail Abd Muttalib (Maran)

Wee Ka Siong (MCA- Ayer Hitam)

M Saravanan (MIC-Tapah)

Yang tidak hadir, tetapi didakwa mendukung kerajaan PN:

Khairy Jamaluddin (Rembau)

Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas)

Dr Adham Baba (Tenggara)

Arthur Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan)

Hishammuddin Hussein (Sembrong)

Mohamad Alamin (Kimanis)

Zahidi Zainul (Padang Besar)

Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)

Wee Jeck Seng (MCA- Tanjung Piai)

Ahmad Hamzah (Jasin)

Ahli Parlimen Umno diberi tempoh sehingga Sabtu untuk nyatakan pendirian

Astro Awani

KUALA LUMPUR: UMNO telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis.

Portal Suara TV melaporkan, surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu meminta semua Ahli Parlimen parti itu menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos.

Menerusi borang tersebut, semua Ahli Parlimen UMNO diminta menyatakan pendirian sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletak jawatan.

Menerusi surat itu juga, Ahmad mengingatkan semua Ahli Parlimen UMNO agar patuh kepada ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, yang antara lain menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung UMNO itu juga turut mengingatkan “adalah perlu untuk mana-mana Ahli UMNO mematuhi dan menghormati segala perintah dan keputusan parti selaras dengan Fasal 20.9(b) dan Fasal 20.9(d) Perlembagaan UMNO dengan cara menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin dan meletakkan segala jawatan yang dilantik oleh Kerajaan Perikatan Nasional selaras dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO tersebut.”

Bersama surat dan borang jawapan turut disertakan sebahagian peraturan disiplin UMNO yang memberi gambaran UMNO akan memecat atau menggantung Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan keputusan MT UMNO.

PAS mula menyerang Umno?

Tindakan Umno jejas semangat penyatuan ummah, kata PAS

FMT Reporters

PETALING JAYA: PAS menghentam tindakan Umno mengarahkan Ahli Parlimen parti itu menarik diri menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak selari dengan agenda penyatuan ummah.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian berkenaan disifatkannya “mendukacitakan”.

“Tindakan itu juga tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN). Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan usaha menangani penularan wabak Covid 19, serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini.

“Walau bagaimanapun, PAS kekal yakin dengan asas penubuhan MN bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Zahid mengarahkan semua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan bukan sahaja terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, malah membabitkan kerajaan PN.

Ketika berita ini ditulis, 14 Ahli Parlimen Umno membuat keputusan untuk patuh kepada keputusan parti menarik balik sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin, namun beberapa wakil rakyat lain, termasuk mereka yang memegang jawatan tinggi kerajaan belum berbuat demikian.

Selasa lalu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah, meletakkan jawatan sebagai mematuhi arahan pucuk pimpinan parti, namun menteri Umno lain dalam Kabinet Muhyiddin tidak mengambil tindakan sama.

Rakyat akan lihat tragedi 'katak melompat' - Zahid

Malaysiakini 

Ketika banyak pihak mempertikaikan tempoh undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen pada September ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyindir bahawa akan terdapat wakil rakyat melompat parti tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu berkata, langkah tersebut dilakukan sama ada untuk mencari 'habuan' ataupun “menyelamatkan diri masing-masing.”

“Dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi 'katak melompat' berulang iaitu tragedi hitam yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

PRU14 menyaksikan Umno tumbang setelah lebih dari 60 tahun mentadbir negara, selepas Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya pada Mei 2018.

Bagaimanapun, selepas kemenangan PH, berlakunya wakil rakyat terutamanya dari Umno yang melompat parti dengan menyertai parti serpihannya, Bersatu yang juga merupakan sebahagian daripada gabungan PH ketika itu.

“Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan.

“Sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi 'katak'.

“Namun ingat rakyat sedang menilai jika ada wakil rakyat yang menjadi 'katak' seterusnya,” kata Zahid.

Semalam, Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berjanji untuk membawa usul undi percaya terhadapnya pada sidang parlimen yang dijadualkan bulan depan.

Pengumuman itu dibuat selepas dia terus menerus ditekan berhubung keabsahan jawatannya sebagai perdana menteri.

Sesi parlimen berikutnya dijadualkan bermula pada 6 September, dengan Agong akan menyampaikan titah diraja di Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan.

Bagaimana jika lepas Muhyiddin jatuh, Umno ambil alih?

Malaysiakini 

Seorang ahli parlimen DAP menimbulkan persoalan kemungkinan Umno dapat mengambil alih kerajaan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam catatan Facebook malam tadi, Tony Pua mengajak orang ramai mempertimbangkan perkara itu dengan mengakui bahawa ketika ini mereka mempunyai peluang terbaik menjatuhkan Muhyiddin, yang mengkhianati pengundi yang mengundi Pakatan Harapan pada 2018.

Namun, katanya, sekarang juga saatnya untuk mempertimbangkan secara serius akibat dalam beberapa minggu mendatang.

"Bukankah kelihatan seperti bila dia (Muhyiddin) mengundurkan diri, Umno telah memposisikan dirinya untuk menggantikan jawatan perdana menteri?

"Dan ketika pemimpin Umno menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan atau mungkin juga berkuasa semula?

"Apabila Umno menjadi pemimpin utama dalam kerajaan lagi, ia akan mengukuhkan kekuatan politiknya untuk muncul lebih kuat lagi selepas pilihan raya akan datang," tulis Pua.

Pada masa ini, Umno menguasai 38 kerusi di Dewan Rakyat, tetapi parti itu dilihat terbahagi kepada dua kubu - satu menyokong Muhyiddin, dan satu lagi tidak.

Dengan penarikan sokongan daripada 11 Ahli Parlimen Umno, majoriti Muhyiddin nampaknya goyah.

Alternatif untuk Umno mengambil alih kerajaan, kata Pua, adalah "bertolak ansur" dengan pentadbiran Muhyiddin sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Haruskah kita memikirkan langkah ke depan untuk menghentikan kleptokrat agar tidak terlepas, atau lebih buruk lagi, mendapatkan kembali kawalan dan kekuasaan politik, walaupun itu bermaksud bertolak ansur dengan pentadbiran Perikatan Nasional yang tidak kompeten dan khianat dalam sedikit tempoh lagi?

"Ini (akan) membuat Umno waspada, sementara Pakatan Harapan dan rakyat boleh menyingkirkan Muhyiddin dan Azmin Ali dalam pilihan raya berikutnya.

"Apa pendapat anda? Bincangkan," tambah Pua dalam catatan Facebooknya.

Mahiaddin kelirukan Agong, penderhakaan tertinggi yang tidak patut dimaafkan

SITI NUR ZAWANI MISCON

Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin didakwa telah mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dan tidak bercakap benar berhubung sokongan majoriti yang diperolehnya.

Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan, pimpinan PH telah membuat perkiraan yang teliti bersama rakan-rakan dari parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Mahiaddin.

Ternyata, Mahiaddin tidak bercakap benar dan ia adalah satu tindakan penderhakaan tertinggi terhadap Ketua Utama Negara dan tidak patut dimaafkan.

“Perkara ini boleh disahkan tanpa sebarang keraguan dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu urusan sahaja, iaitu membentang, membahas dan memutuskan undi tidak percaya terhadap Mahiaddin.

“Kami berpandangan mesti ada tindakan tegas terhadap penipuan yang dilakukan diperingkat tertinggi sehingga sanggup tidak bercakap benar dan mengelirukan Seri Paduka Baginda.

“Tindakan menangguhkan undi tidak percaya sehingga bulan September adalah amat tidak wajar. Isu sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin dan kestabilan kerajaan Perikatan Nasional mesti diputuskan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bersama antara PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; AMANAH Mohamad Sabu; dan DAP Lim Guan Eng.

PH berkata, selagi mana undi untuk menguji keabsahan Mahiaddin ditangguhkan, selagi itulah isu kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak akan dapat diselesaikan.

Mengulas lanjut PH mengingatkan bahawa Raja-Raja pemerintah telah bertitah pada 16 Jun yang lalu betapa pentingnya kerajaan itu stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

Majlis Presiden PH bersama semua parti dalam blok pembangkang termasuk Ahli-Ahli Parlimen yang telah menarik sokongan terhadap Mahiaddin, juga mendesak agar diadakan segera sidang khas Parlimen pada Isnin, 9 Ogos untuk memutuskan isu ini.

“Kami turut memohon agar semua penjawat awam terutamanya badan-badan penguatkuasa terus bertindak secara profesional, neutral, dan tidak sesekali mengikut selera politik parti pemerintah sekarang untuk menekan atau mengugut Ahli-Ahli Parlimen khususnya dalam hal sokongan terhadap Mahiaddin,” ujarnya lagi.

Zahid: Ismail akan berdepan 'akibat' kerana berdiri dengan Muhyiddin

Malaysiakini 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob akan berdepan 'akibat' dari tindakan menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada The Vibes semalam, Zahid berkata Ismail pada mulanya bersetuju untuk akur keputusan parti.

“Ismail Sabri berada dalam mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan MKT untuk tarik sokongan daripada PN, malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti (segala) keputusan parti.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti," tegasnya.

Zahid menambah bahawa dia akan menyerahkan kepada lembaga disiplin Umno, yang diketuai oleh Zulhasnan Rafique, untuk memutuskan tindakan terhadap Ismail.

"Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail itu," tambahnya.

Ismail tampil berdiri di sebelah Muhyiddin semalam ketika presiden Bersatu itu menegaskan bahawa dia masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan menyatakan kesediaan berdepan undi percaya pada persidangan September ini.

Sehari sebelum itu, 11 ahli parlimen Umno, termasuk Zahid, telah menarik sokongan daripada Muhyiddin.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak itu memberi gambaran mendakwa lebih banyak pemimpin Umno akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Menteri Umno harus meletakkan jawatan

Sementara itu, Zahid memberitahu Utusan Malaysia bahawa menteri dan timbalan menteri Umno harus meletakkan jawatan seperti diputuskan MKT.

“Terserah kepada mereka. Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan seperti yang dibuat Shamsul (Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah)," katanya seperti dilapor.

Shamsul melepaskan jawatannya sebagai menteri tenaga dan sumber semula jadi pada hari Selasa, sejurus sebelum Zahid mengumumkan keputusan MKT.

Kini terdapat lapan menteri dalam kabinet Perikatan Nasional: Ismail (timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan), Hishammuddin Hussein (hal ehwal luar negeri), Noraini Ahmad (pendidikan tinggi), Dr Adham Baba (kesihatan), Khairy Jamaluddin (sains, teknologi dan inovasi ), Reezal Merican Naina Merican (belia dan sukan), Halimah Siddique (perpaduan negara) dan Annuar Musa (wilayah persekutuan).

Parti itu juga mempunyai tujuh timbalan menteri: Mastura Yazid (jabatan perdana menteri), Zahidi Zainul Abidin (komunikasi dan multimedia), Ahmad Masrizal Muhammad (alam sekitar), Ismail Abd Muttalib (perumahan dan kerajaan tempatan), Ahmad Hamzah (industri pertanian dan makanan), Ismail Mohamed Said (kementerian dalam negeri) dan Abdul Rahman Mohamad (pembangunan luar bandar).

Menteri Umno tidak bersetuju

Seorang menteri Umno dilapor Bernama TV malam tadi bahawa dia tidak bersetuju dengan Zahid.

Annuar berpendapat bahawa menteri-menteri Umno tidak perlu mematuhi keputusan parti kerana mereka bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat ketika pandemik Covid-19.

“Katakanlah Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) tengah sibuk dengan vaksinasi. Tiba-tiba keluar kerajaan.Macam itu ke tanggungjawab kita?

"Sama juga Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) bertanggungjawab soal kesihatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Kanan Luar Negeri) bertanggungjawab soal COVID-19 keseluruhannya.

"Kebetulannya semua menteri UMNO. Oleh kerana satu perintah, kita kena tinggalkan sebegitu. Tak boleh begitu. Kita kena duduk. Fikir betul-betul. Yang mana dahulu yang mana kemudian. Yang mana nak sokong atau tidak. Ada tempoh sebulan lagi sebelum Parlimen bersidang," katanya.

Kerjasama Dr M-PH bertaut kembali? Pemerhati politik berbeza pendapat

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Trio pembangkang – Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu – masih memerlukan aura Dr Mahathir Mohamad jika Pakatan Harapan (PH) mengimpikan sebuah kerajaan yang dominan menjelang pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata penganalisis politik.

Bagaimanapun, kata ahli akademik Azmi Hassan, PH perlu belajar daripada kesilapan lampau agar tidak terus berbalah mengenai calon Perdana Menteri yang menyebabkan gabungan PKR-DAP-Amanah-Bersatu itu hanya mampu bertahan selama 22 bulan di Putrajaya.

“Sekarang PH telah belajar daripada kesilapan lampau. Jika mereka masih berbelah bagi dan berbalah tentang (calon) Perdana Menteri, maka rakyat akan gusar tentang kemunculan semula PH walaupun dikatakan sebagai PH 2.0.

“Selama 22 bulan mereka bertahan tetapi gagal pergi ke bulan 23 kerana perebutan jawatan PM,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, PH sejak awal lagi sudah mengumumkan Anwar, yang juga Presiden PKR, sebagai calon Perdana Menteri mereka dan hal ini perlu dipersetujui Mahathir, walaupun pemerhati politik mengetahui pengerusi Pejuang itu agak keberatan menerimanya.

Bagaimanapun katanya, ketegangan antara dua figura itu dilihat sudah “kendur” apabila berkongsi pentas menolak pentadbiran Muhyiddin Yassin dan mendesak Perdana Menteri itu segera berundur.

“Kemunculan beberapa watak utama di Dataran Merdeka adalah prasyarat atau bayangan bahawa mereka kemungkinan akan bergabung semula membentuk PH 2.0 pada PRU15.

“Walaupun Pejuang hanya ada empat Ahli Parlimen, tetapi aura Mahathir amat diperlukan oleh PH. Realitinya, mereka perlu bergabung jika mahu kerajaan yang kuat,” katanya.

Beliau mengulas kemungkinan wujudnya jajaran baharu antara parti pembangkang bagi meruntuhkan pentadbiran Muhyiddin yang didakwa gagal menyelamatkan negara daripada kemelut krisis kesihatan dan ekonomi.

Sementara itu, dua lagi penganalisis percaya kerjasama antara Mahathir-PH tidak akan bertaut kembali dengan menyifatkan langkah itu sebagai “mustahil”.

Penganalisis veteran Wan Hashim Wan Teh menegaskan, senario politik hari ini jauh berbeza dengan PRU14 kerana pada ketika itu motif PH hanyalah satu, iaitu “menumbangkan Barisan Nasional (BN)”.

“Anwar-PKR sudah pasti bergabung dengan DAP dan rakannya Amanah, tetapi tidak mungkin Mahathir akan bergabung dengan Anwar.

“Saya tidak fikir mereka akan bergabung menjadi PH 2.0 kerana mereka akan kekal berpecah dan tiada kesepakatan dalam memilih bakal PM,” katanya kepada FMT.

Malah, pentas Kongres Nasional Pemuda PKR Jun lalu juga sebulat suara tidak mahukan sebarang kerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi itu dengan seorang wakil pemuda negeri menggelar Mahathir sebagai “unta tua” yang sudah tidak berguna.

“Saya fikir, Tun M dengan parti Pejuangnya pun tidak mahu bersama PKR… ibarat pepatah, pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak, kami pun tak ingin.”

Perkara itu turut dipersetujui Ahmad Atory Hussain yang menyifatkan Mahathir akan membawa kemnya ke pangkuan Perikatan Nasional (PN).

“Mahathir tak mungkin kembali ke pangkuan PH. Beliau juga menyesal menyertai perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka Isnin lalu.

“Setakat ni, Muhyiddin bertahan dengan majoriti 115. Anwar pula tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri kerana hanya ada 94 sahaja, manakala Zahid ada 12.

“Mahathir pula ada 13 kerusi (Pejuang dan Warisan). Seandainya beliau sokong PH, baru ada 107 daripada 220 kerusi, masih tidak boleh bentuk kerajaan,” katanya.

Pemerhati politik veteran itu berkata, dengan kembalinya sokongan Mahathir kepada PN, kerjasama mereka kembali bertaut, sekali gus menolak kepimpinan Umno yang terpalit dengan dakwaan rasuah

“Maka tercapailah impian Mahathir untuk menolak tepi pemimpin Umno yang korup (antaranya Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Azeez Rahim dan Bung Moktar Radin) … dan tinggallah Umno tanpa orang-orang tersebut, barulah Mahathir dan Bersatu akan bertaut kembali sebagai parti yang bebas rasuah dan kembali memerintah negara dengan wajah baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Hashim berpendapat, sokongan Mahathir terhadap PN berkait rapat dengan rancangan beliau untuk menamatkan karier politiknya secara mutlak dengan menyerahkan kerusi Parlimen Langkawi kepada anaknya, Mukhriz pada PRU15.

“Dengan kembalinya Mahathir menyokong PN, masa depan politik anak kesayangannya, Mukhriz, untuk kembali ke dalam arus perdana politik negara akan lebih terjamin,” katanya.

Selayaknya YDPA buat penentuan segera tanpa tunggu usul di Parlimen

MALAYSIA DATELINE

Penentuan keabsahan sokongan majoriti adalah penting dan tidak boleh ditangguhkan kerana ianya akan memberikan kesan besar terutamanya jika ada kes-kes mahkamah yang melibatkan keputusan Perdana Menteri atau Menteri.

Misalnya, kata Pengerusi Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Kanun) Dr Zulqarnain Lukman kesilapan nama Mahiaddin kalau ditulis sebagai Muhyiddin juga telah menyebabkan perintah tahanan tidak sah maka apatah lagi jika orang itu sendiri tidak layak memegang jawatan.

Bahkan katanya, penangguhan sidang dalam bulan September akan memberikan kesan langsung kepada hal-hal bersangkutan dalam tempoh dua bulan ini termasuk pelantikan penting seperti senator atau hakim atau lain-lain.

Jelas beliau, jika Dewan Rakyat tidak dapat bersidang dengan segera kerana masalah Covid-19 maka selayaknya YDPA menggunakan autoriti kes Dato Seri Nizar Jamaluddin untuk penentuan keabsahan sokongan majoriti.

Katanya, YDPA boleh memainkan peranan untuk menentukan PM yang mempunyai sokongan majoriti itu boleh ditentukan secara sumber luar dan tidak perlu menunggu sehingga September.

“Berdasarkan kes Mahkamah Persekutuan itu, selain cara mengesahkan dalam Dewan Rakyat, YDPA boleh juga mengesahkan fakta hilang sokongan itu menerusi sumber luar (extraneous sources) yang terbukti seperti pengakuan PM sendiri atau representasi ahli-ahli Dewan,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau berpendapat alasan pandemik Covid-19 untuk tidak membuat penentuan sokongan majoriti ini hanya akan mengakibatkan usaha untuk menangani Covid-19 akan menjadi lebih sukar.

“Kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan kepercayaan kepada kerajaan ini menjadi aspek penting untuk pembentukan polisi kesihatan awam, sekatan dan garis panduan SOP oleh rakyat.

“Contohnya, apabila Parlimen ditutup pada hari Isnin (2/8/2021) atas alasan ada kluster Covid-19 di Parlimen telah meragukan kepercayaan orang ramai kerana majoriti ahli parlimen telah menerima 2 dos vaksin,” katanya.

Justeru katanya, sekiranya YDPA dapat membuat penentuan segera tanpa menunggu usul percaya dikemukakan di Parlimen atau YDPA perlu menitahkan PM untuk memanggil segera Dewan untuk mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh yang terdekat.

Dalam perutusan khas Perdana Menteri pada hari ini (4/8/2021) menyatakan beliau menerima warkah YDPA memaklumkan 8 ahli parlimen Umno telah menarik sokongan daripadanya dan YDPA telah memetik Per. 43(2)(a) Perlembagaan (YDPA perlu melantik PM yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat) dan Per. 43(4) (Perletakan jawatan oleh PM yang hilang kepercayaan majoriti).

PM menghadap YDPA dan menyembah maklum bahawa beliau telah menerima surat akuan ahli-ahli Parlimen yang meyakinkan beliau bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan tidak berbangkit soal beliau perlu meletakkan jawatan.

PM menyembah maklum bahawa beliau akan membuktikan sokongan majoriti itu melalui usul undi percaya dalam Dewan Rakyat pada bulan September 2021.

Menurutnya, cara ini akan membuktikan kedudukan beliau sebagai PM dan PN sebagai kerajaan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

Apabila Pemuda Pas bercakap sahaja berbau hancing, kata Pemuda Umno

 BORHAN AHMAD

Tindakan Ketua Pemuda Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin mengucapkan selamat jalan kepada ‘kluster mahkamah’ dikecam oleh Pemuda Umno.

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Shahrul Nasrun berkata, apabila senator itu bercakap sahaja, ia berbau hancing.

“Asal awak bersuara je, ada bau hancing. Saya nak bagitau. Kalau kluster Mahkamah tu nak hapuskan kes mereka, baik diaorang bodek PM, bukan lawan PM.

“Tapi Kluster Mahkamah tu jugak yang setiap hari menegur Kerajaan, bagi idea, tapi degil taknak ikut. Takkan kita nak ikut awak masuk gaung,” kata Shahrul kepada Khairil menerusi Facebooknya.

Pemuda Umno itu berkata, kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya mendengar apa yang dikatakan oleh rakannya iaitu Umno.

“Bila sahabat nasihat dan bagi idea untuk tangani covid, tak nak dengar. Bila sahabat perli dan kondem sebab gagal dan bodoh sombong, cakap sahabat tak patut kondem sebab dalam team yang sama..

“Bila sahabat dah tak tahan, taknak suruh sahabat pekakkan telinga butakan mata sedangkan rakyat tengah sengsara dengan plan kerajaan yang tidak menjadi dan ketepikan rakyat,” kata beliau marah.

Lagi satu, kata beliau, “semasa awal penubuhan Muafakat Nasional (MN) kenapa tak dibangkitkan golongan kluster Mahkamah?

“Masa tu kluster Mahkamah dah disucikan dalam MN ke? Kes Xavier, Tokpa, Azmin HD macamana pulak? Dah suci ke bila menyokong PN?” tanya beliau lagi.

Bagi Shahrul, Pemuda Pas juga memilih untuk meninggalkan saf (MN) dan mengucapkan selamat jalan.

“Anda meninggalkan sahabat ketika senang (1st time jadi kerajaan pusat). Sayonara,” kata beliau membalas kenyataan Khairil.

Dalam tulisannya sebelum ini, Khairil berpendapat apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah langkah mensabotaj rancangan dan gerak kerja kerajaan melawan Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat.

“Mereka yang berada dalam ‘kluster mahkamah’ telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri mereka daripada tindakan undang-undang.

“Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan. You’ve made your decision (Anda sudah membuat keputusan),” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Jika terbukti dia menipu, PN lakukan jenayah serius!!!

HANIPA MAIDIN

1. PH telah sebulat suara MENOLAK Mahiadin, Warisan juga TOLAK, Pejuang juga TOLAK, Muda juga TOLAK, Apko pun TOLAK, beberapa orang MP pembangkang yang bebas juga TOLAK dia dan yang terkini Presiden Umno kata MP Umno yang MENOLAK Mahiadin dan yang sudah bagi bukti penolakkan kepada YDPA telah BERTAMBAH lagi daripada angka asal iaitu 8 orang MP sebelum ini.

2. Lagu mana Mahiadin ini boleh habaq kat YDPA yang dia ada cukup majoriti dan tak timbul yang dia nak letak jawatan.

3. Ada dua sahaja kemungkinan iaitu sama ada… SATU, Dia MUNGKIN TIPU SEKALI LAGI YDPA (yang mana ia juga bermakna ia juga TIPU PARLIMEN, kerana YDPA adalah sebahagian dari PARLIMEN).

Atau

KEDUA, Dia juga MUNGKIN masukkan orang yang sokong dia itu bukan dari kalanga Ahli Dewan Rakyat!

4. Jika terbukti dia TIPU, ini bermakna dia juga boleh dianggap telah melanggar sumpah dia sebagai PM dan sumpah sebagai MP untuk mempertahankan ketinggian Perlembagaan Persekutuan.

6. Jika terbukti para anggota kabinet dia juga BERSUBAHAT maka mereka dan dia sekali adalah dikira telah melakukan JENAYAH yang serius!

Apakah Ahli Parlimen yang menyokong Mahiaddin akan di singkir dari Umno

MP UMNO YANG MASIH PERTAHAN MAHIADDIN TAK LAYAK LAGI KEKAL DALAM UMNO

Shahbudin Husin

Berikutan MT UMNO semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan PN, dengan kumpulan pertama antara 12 hingga 14 Ahli Parlimennya telah pun menyerahkan surat akuan kepada Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, tindakan tersebut seharusnya diterima baik dan disokong oleh semua pemimpin, khusus yang bergelar Ahli Parlimen.

Hakikatnya, itulah sebenarnya kehendak dan keinginan sebagaimana yang dimuktamadkan dalam PAU2020 pada Mac lalu.

Sepatutnya, sebagai tanda akur kepada keputusan MT UMNO yang merupakan badan tertinggi parti dalam memutuskan sesuatu perkara, semua Ahli Parlimen yang berada dalam kerajaan akan segera melepaskan jawatan masing-masing mereka.

Namun demikian, amatlah malang bila mana sehingga ini hanya seorang saja Ahli MT dan Ahli Parlimen UMNO, Shamsul Anuar Nasarah yang sedia meletak jawatan sebagai menteri.

Tiada menteri lain, timbalan menteri dan pengerusi GLC yang sedia menuruti jejak langkah terpuji Shamsul Anuar.

Mereka nampaknya masih buat tak tahu, berdiam diri dan atau mungkin enggan akur dengan ketetapan parti.

Lebih malang lagi, ada pula yang terus menunjukkan kedegilan dengan ingin mempertahankan lagi kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri yang tiada majoriti itu.

Selain ada yang masih pergi ke rumah Mahiaddin menyatakan sokongan, yang lain pula sanggup mengadakan perjumpaan tertutup di sebuah hotel di ibu kota bagi maksud yang sama.

Pelik sungguh perangai mereka itu, Mahiddin yang gagal, menimbulkan banyak masalah kepada negara, tiada majoriti, bukan merupakan pemimpin UMNO dan derhaka berkali-kali kepada Agong, tapi masih ingin dipertahankan lagi?

Tidakkah mereka sedar, sikap mereka sekarang bukan saja menunjukkan ketidaksetiaan kepada parti sendiri, bahkan memperlihatkan ingin lebih derhaka kepada Raja?

Kepada siapakah kesetiaan mereka sebenarnya – kepada parti sendiri atau kepada Presiden Bersatu yang telah diputuskan oleh UMNO sendiri untuk tiada lagi sebarang hubungan atau kerjasama. dalam PRU15 akan datang?

Juga, apakah matlamat perjuangan mereka itu – gila untuk mengekalkan keseronokan mmemegang jawatan dalam kerajaan atau ingin memperjuangan masa depan UMNO?

Realitinya, itulah wajah sebenar sebahagian pemimpin UMNO, dalam selalu berapi mulut berteriak konon sayangkan parti dan berjuang untuk rakyat, yang benar-benar mereka pelahap melebihi segala-galanya tidak lain adalah jawatan serta kedudukan dalam kerajaan semata-mata.

Baru diuji dengan kalah PRU14 lalu, kemudian berpeluang menumpang jadi kerajaan dan kini dalam persimpangan untuk membuat pilihan, habis tembelang perjuangan dan wajah keutamaan mereka terdedah menjadi tontotan kita semua.

Agaknya bagaimanakah keadaan mereka jika berhadapan dengan dajal dengan tawaran dunianya jauh lebih menggiurkan dan mempersona?

Yang penting di sini, inilah masanya untuk ahli dan akar umbi UMNO seluruh negara menilai sendiri watak pemimpin mereka yang bergelar Ahli Parlimen itu.

Paling mudah untuk disimpulkan, mereka yang enggan akur ketetapan parti, berdiam diri atau masih lagi menyokong Mahiaddin, itulah kelompok paling tak guna dalam UMNO.

Keutamaan dan matlamat mereka bukanlah masa depan UMNO, tetapi semata-mata kepentingan nafsu dan poket sendiri.

Ahli dan akar umbi harus tekad dan sepakat menolak mereka daripada terus jadi pemimpin dalam UMNO, jauh sekali untuk dikekalkan lagi sebagai calon pilihanraya selepas ini.

Mereka yang ingin mengekalkan lagi Mahiaddin setelah MT membuat ketetapan menolaknya, adalah pemuka-pemuka yang tidak layak lagi berada dan menjadi pemimpin dalam UMNO.

Bersatu yang berhimpun di dalamnya segala jenis pengkhianat daripada pelbagai parti barangkali amat secocok sebagai wadah baru untuk mereka meneruskan sandiwara dan perjuangan yang selama ini hanyalah pura-pura. (ShahbudinHusin 04/08/2021)

Lagi SD Ahli Parlimen dihantar kepada Agong, Umno ulangi Muhyiddin tiada majoriti

FMT Reporters

PETALING JAYA: Umno hari ini menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan senarai Ahli Parlimen parti itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai terbaharu itu adalah tambahan kepada lapan nama Ahli Parlimen yang dihantar kepada Agong pada 30 Julai lalu.

“Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan surat akuan Ahli-ahli Parlimen Umno kepada Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” katanya dalam kenyataan.

Pelajar dakwa guru buat jenaka rogol, terima surat tuntutan fitnah RM1 juta

FMT Reporters

Ain Husniza Saiful Nizam mendedahkan mengenai penerimaan surat tuntutan itu di Twitter.

PETALING JAYA: Pelajar perempuan Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini mendedahkan gurauan tidak wajar mengenai rogol oleh seorang guru hari ini memaklumkan dirinya menerima surat tuntutan RM1 juta kerana didakwa telah memfitnah.

Ain memaklumkan perkara itu menerusi Twitter tanpa menjelaskan dengan lanjut surat tuntutan itu berhubung isu apa atau siapa yang memfailkannya.

“Hai harini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’.

“Dalam surat ini Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. Semua doakan urusan ain dipermudahkan,” katanya.

Dia turut mengakui emosinya tidak stabil ketika ini.

“Saya minta maaf, emosi Ain sangat tak stabil yang buat Ain tak ‘post’ aktif dalam sosmed, tengah dalam kelas ‘online’ dapat surat macam ni,” katanya.

Pelajar Tingkatan 5 itu menjadi tumpuan di media sosial Mei lalu selepas memuat naik video di TikTok memetik guru sekolahnya di Selangor berkata: “Jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

Beliau turut mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar lelaki sekolahnya.

Sementara itu bapa Ain, Saiful Nizam Ab Wahab memaklumkan pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung dan telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak memberi sebarang komen.

“Atas nasihat peguam, kami tidak akan memberikan sebarang komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Mustahil Muhyiddin masih ada majoriti selepas Ahli Parlimen kerajaan tarik sokongan, kata pembangkang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pembangkang mendakwa mustahil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti susulan Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri mengumumkan penarikan balik sokongan mereka, semalam.

Menerusi kenyataan hari ini, kumpulan Ahli Parlimen pembangkang itu turut mendesak Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri agar akur dengan meletakkan jawatan.

“Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB), menegaskan bahawa kami tetap menolak kepimpinan Mahiaddin.

“Adalah mustahil Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam,” katanya dalam kenyataan bersama.

Kenyataan itu dibuat Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau, dua Ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian serta Masir Kujat dan Ahli Parlimen Bebas, Maszlee Malik.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia menghadapi usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat bulan depan.

“Melalui cara ini (usul percaya), kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya dalam perutusan khas.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti apabila Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menghantar surat akuan kepada Agong, menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Beliau mendesak Muhyiddin berundur segera.

Semua parti pembangkang kata ‘tidak’ pada Muhyiddin

Malaysiakini

Ahli Parlimen pembangkang hari ini menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan bebas.

"Ahli-ahli parlimen PH bersama ahli-ahli parlimen Tuaran (Upko), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan bahawa kami tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

"Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah ahli parlimen kerajaan semalam.

"Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh jemaah menteri mesti meletakkan jawatan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Wilfred Madius Tangau (Upko); Baru Bian (PSB) dan Masir Kujat (PSB).

Blok ini mempunyai 92 daripada 222 kerusi parlimen.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah mengeluarkan kenyataan secara berasingan.

Sementara itu itu, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, berkata Pejuang tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah sokongan kepada Muhyiddin.

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, ahli parlimen parti itu dengan tegas meminta perdana menteri dan barisan kabinetnya melepaskan jawatan.

Pejuang, Warisan dan Muda mempunyai 13 kerusi parlimen.

Jika semua pihak di atas sepakat, mereka mempunyai 105 anggota parlimen.

Digabungkan dengan 11 anggota parlimen Umno yang tampil dalam pengumuman menarik balik sokongan pada Muhyiddin semalam, semua pihak di atas mempunyai 116 kerusi dalam Dewan Rakyat.

Biadab terhadap Agong, PKR lapor polis terhadap Zuraida

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil hari ini membuat satu laporan polis terhadap Zuraida Kamarudin susulan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu yang didakwa tidak menghormati fungsi dan peranan Yang di-Pertuan Agong.

Ini susulan kenyataan Zuraida dalam wawancara bersama Astro Awani baru-baru ini yang mendakwa kenyataan Istana Negara berkenaan pembatalan Ordinan Darurat sebagai tidak wajar.

Ahli Parlimen Ampang itu menyifatkan, Yang di-Pertuan Agong perlu menurut nasihat Kabinet dalam kebanyakan perkara dan boleh mendapatkan penjelasan Kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

Justeru Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kenyataan tersebut adalah biadab terhadap Seri Paduka Baginda dan meminta agar pihak polis segera jalankan siasatan.

“Pada pandangan saya, (Zuraida) mungkin telah mengeluarkan kenyataan bersifat tidak hormat dan biadab terhadap Agong. Di mata rakyat, beliau telah memperlekeh dan memperkecil fungsi baginda seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Hal ini berkemungkinan melanggar Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Saya mohon pihak polis siasat kenyataan yang ramai anggap tidak menghormati kuasa dan fungsi Agong selaku Ketua Utama Negara,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kepada pemberita selepas membuat laporan polis hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fahmi turut mengulas tentang pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin semalam yang diadakan bersama beberapa Kabinet Perikatan Nasional (PN) dan Peguam Negara di kediamannya.

Fahmi berkata, jika Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah boleh mengarahkan agar Parlimen ditutup, Ketua Pengarah (KP) Kesihatan itu  juga perlu bertindak sama dalam hal ini agar mengeluarkan arahan supaya menteri-menteri tidak berkumpul.

“Saya harap mereka lakukan penjarakan fizikal dan mohon Ketua Pengarah beri nasihat macam mana nereka beri nasihat kepada kami semua bahawa Parlimen tidak boleh bersidang.

“Hari ini mantan KP kesihatan, Tan Sri Abu Bakar mengatakan KP mesti bertindak profesional beri nasihat dan tidak berpihak.

“Saya harap KP beri nasihat tentang tindakan berkumpul ramai-ramai,” kata Fahmi lagi.

Ismail Sabri dijangka umum perkara ‘penting’ petang ini

FMT Reporters

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat pengumuman “penting” melalui sidang media khas pada jam 4 petang ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dikatakan akan mengumumkan pendirian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), menurut sumber dalaman parti itu.

“Semalam (malam Selasa), Timbalan Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sendiri sebelum bertemu sebilangan Ahli Parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik yang berlaku.

“Pelbagai opsyen telah dikemukakan dalam dua pertemuan itu dengan Ismail sendiri akan mengumumkan pendirian terkini Ahli Parlimen BN dalam satu sidang media pada petang ini (Rabu),” kata sumber itu, menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, FMT melaporkan sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen Umno difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Maslan (Pontian) yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Najib Razak (Pekan), Azalina Othman Said (Pengerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen lain adalah Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Zahid berkata, surat akuan Ahli Parlimen Umno itu sekali gus bermakna kepimpinan Muhyiddin sudah hilang keabsahan sebagai ketua kerajaan kerana tidak lagi menikmati sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Umno adalah blok penyokong terbesar yang membawa kepada pembentukan kerajaan PN tahun lalu. Meskipun mempunyai sokongan padu Umno sebelum ini, kerajaan Muhyiddin dipercayai mempunyai majoriti amat rapuh di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, Ismail mengesahkan kesahihan dakwaan 40 Ahli Parlimen BN menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin dan menjelaskan keputusan itu dibuat selepas dia mempengerusikan mesyuarat bersama mereka pada 29 Julai lalu.

Mesyuarat itu diadakan susulan ketegangan yang berlaku antara Istana Negara dan Putrajaya berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang merupakan undang-undang diluluskan Yang di-Pertuan Agong di bawah pengisytiharan darurat yang tamat pada 1 Ogos.

Azalina dijangka letak jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat

Malaysiakini 

Azalina Othman Said dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Sumber memberitahu Malaysiakini, Azalina kecewa dengan tindakan Putrajaya “melumpuhkan” parlimen.

Kuasa badan legislatif serta kuasa speaker dan timbalannya - untuk semak dan imbang kerajaan - juga didakwa dibatasi oleh pihak eksekutif.

Sumber berkata Azalina juga kecewa dengan penggantungan parlimen yang dilihatnya sebagai hakisan kepada demokrasi negara.

Anggota parlimen Pengerang itu dilantik sebagai timbalan speaker tahun lalu selepas pertukaran kerajaan.

Azalina antara pemimpin yang lantang menyelar penutupan parlimen semasa darurat.

Selepas sidang khas minggu lepas, parlimen kecoh apabila istana berkata kerajaan mengelirukan dewan dalam pembatalan ordinan darurat yang belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut istana, Seri Paduka mahu ordinan itu dibahas dan dirungkai di parlimen.

Sidang khas parlimen ditangguhkan selepas itu susulan penularan Covid-19 - tindakan yang disifatkan pembangkang sebagai helah.

Kerajaan berkata ordinan darurat boleh dibahaskan apabila parlimen dibuka semula September ini.

Muhyiddin sedia berdepan undi percaya di parlimen September ini

Malaysiakini 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan usul percaya di parlimen pada sidang September ini.

Dia berkata demikian dalam perutusan khas sebentar tadi.

Muhyiddin menghadap Agong, rutin atau ada kemungkinan lain?

Malaysiakini

Setiap pagi Rabu, seperti kebiasaannya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat jemaah menteri.

Pun begitu susulan penarikan sokongan ahli-ahli parlimen Umno kepada Muhyiddin, Anggota Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek menyenaraikan beberapa kemungkinan lain dalam pertemuan pagi ini.

"Pagi Rabu biasanya PM mengadap YDP Agong di Istana Negara. Jadual rutin sebelum mesyuarat kabinet jam 9.30 pagi di Putrajaya. PM akan maklumkan perkara-perkara penting urusan kerajaan.

"Ramai yang menjangkakan kalau ada pengadapan hari ini bukan hanya berlegar soal urusan kerajaan sahaja, tetapi juga soal keabsahan seorang perdana menteri," kata Shabery pada hantaran di media sosial hari ini.

Jelasnya, dengan penarikan sokongan oleh sekumpulan ahli parlimen Umno, ditambah dengan pembangkang yang menentang kepimpinan Muhyiddin, maka perdana menteri sebenarnya telah kehilangan majoriti anggota Dewan Rakyat.

"Setahu saya, beberapa kemungkinan boleh berlaku.

"Pertama, PM akur dan mengemukakan perletakan jawatan.

"Kedua, PM sembah bubar parlimen dan mohon jadi PM "caretaker" sehingga PRU diadakan. Maksimum dua bulan. Macam Sabah (susah sebab Covid-19).

"Ketiga, kekal jadi PM sehingga parlimen bersidang. Pilihan ketiga dipanggil kerajaan minoriti.

"Nak panjang hayatnya ialah melengahkan parlimen supaya tidak ada sebarang pengundian berlaku," katanya.

Ahmad Shabery pemimpin Umno Kemaman dan bekas menteri pentadbiran era Najib Razak menyoal penutupan dan penangguhan sidang parlimen kerana alasan pandemik.

"Kalau kerana Covid, banyak mall, PPV atau premis lain ditutup hanya beberapa hari sahaja, lepas pembersihan bukalah semula.

"Parlimen katanya hanya akan di buka semula bulan September nanti. Itu pun kalau nak buka," katanya.

Menjelaskan lanjut, Shabery berkias menggunakan perumpamaan kuasa dengan ketagihan candu.

"Kata orang kuasa ni macam candu. Kalau dah ketagih susah nak buang. Apa pun akan dibuat asal dapat candu. 

"Tak kisahlah apa pun orang kata. Candu memang mengasyikan," katanya.