"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sudah lupa cakap melayu

Mahaizura Abd Malik
KUALA LUMPUR: Terasing daripada rumpun kepulauan Melayu menyebabkan hampir majoriti generasi baru masyarakat Melayu di Sri Lanka sudah tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka itu.

Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, dia berasa teruja kerana berkesempatan menyantuni masyarakat Melayu Sri Lanka di Kampung Ulapane, Ogos lalu.

“Memang tak sangka ada penempatan orang Melayu di sana. Berdasarkan pemerhatian, mereka kini yang memasuki generasi kelima semakin kurang fasih berbahasa Melayu.

“Hanya orang tua atau generasi lama saja tahu bertutur dalam bahasa Melayu. Orang muda pula langsung tak tahu,” katanya.

Muhammad Nadir berkata, berikutan itu, dia mahu membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang untuk ke Sri Lanka bagi memperkasakan semula bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu di sana.

MUHAMMAD Nadir (tiga dari kanan) ketika berkunjung ke sebuah perkampungan masyarakat Melayu di Sri Lanka pada Ogos lalu.
Katanya, masyarakat Melayu sudah menetap di Sri Lanka sejak kurun ke-17 ketika zaman penjajahan Portugis.

“Mereka berasal dari Tanah Melayu, Indonesia dan negara sekitarnya,” katanya.

Menurutnya, generasi lama juga berusaha mengajar bahasa Melayu agar bahasa ibunda itu diwarisi orang muda.

“Atas sebab itu, PCGM membantu NGO, Ulapane Society membangunkan sebuah perpustakaan untuk kemudahan komuniti Melayu di sebuah perkampungan di sana,” katanya.

Menurutnya, PCGM juga mengumpul kutipan dana berjumlah RM6,000 bagi membeli kelengkapan perpustakaan seperti buku, rak, meja dan karpet untuk masyarakat di sana.

“Alhamdulillah, maklumat terkini kami terima perpustakaan itu sudah dibuka kepada orang awam. Perpustakaan itu bukan saja menjadi tempat mencari buku rujukan bahasa Melayu sebaliknya mereka turut anjurkan kelas bahasa dan sejarah asal-usul Melayu.

“Kelas berkenaan dikendalikan generasi lama dengan kerjasama Ulapane Society yang mana pengasasnya dalam kalangan orang Melayu,” katanya.

Muhammad Nadir berkata, perlunya ada kepakaran dan usaha menjejaki masyarakat Melayu supaya golongan ini tidak terus terpinggir meskipun berada di serata dunia.

“Kalau ada komuniti Melayu di Sri Lanka, saya percaya bangsa kita juga ada di negara lain. Sayanglah jika hilang macam itu saja.

“Kita perlu ada kerjasama dengan pihak mempunyai kepakaran untuk menjejaki, memulihara dan memperkasakan sejarah asal usul Melayu,” katanya.

Parti komponen PH perlu hormati 3 prinsip utama yang disepakati

Bernama
Tidak boleh ada penyimpangan daripada tiga prinsip utama yang disepakati parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) kerana ia merupakan asas kepada penyatuan kerjasama pakatan itu sekali gus berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga prinsip yang merupakan hala tuju pakatan itu merangkumi komitmen mempertahankan segala ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan, komitmen terhadap agenda reformasi dan kerjasama PH berasaskan saling menghormati serta mempercayai satu sama lain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.

“…institusi raja, kedudukan Islam, kebebasan beragama, kedudukan istimewa (orang Melayu dan Bumiputera) dan kedudukan istimewa Bahasa Melayu merupakan asas yg menyatukan kerjasama Pakatan Harapan.

“Keduanya komitmen terhadap agenda reformasi untuk institusi awam, institusi penguatkuasa, institusi Parlimen ini merupakan tunjang kepada hala tuju Pakatan Harapan. Kemudian perkara ketiga kerjasama Pakatan Harapan bertunjangkan satu pakatan yang saling menghormati dan mempercayai,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam catatan laman blognya semalam yang menyatakan pemimpin parti itu tidak teragak-agak keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu diketepikan.

Saifuddin Nasution yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata sehubungan itu konteks yang dimaksudkan Lim itu adalah sekiranya terdapat penyimpangan terhadap tiga prinsip berkenaan.

“Saya sebut tiga perkara itu adalah prinsip membentuk Pakatan Harapan baik sebelum menjadi kerajaan mahupun selepas jadi kerajaan…parti politik itu dinamik. Mana ada parti politik statik…perbezaan pendapat dan pandangan itu lumrah biasa. Tetapi asas prinsip ini tidak boleh berbeza sebab telah disepakati,” katanya.

PPBM: 2 lagi Adun Perlis akan keluar Umno

KANGAR: Dua orang lagi Adun Perlis dari Barisan Nasional (BN) dijangka meninggalkan Umno untuk menyertai PPBM dalam masa terdekat.

Setiausaha PPBM Perlis, Wan Saiful Wan Jan yang mendedahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tetapi berkata mereka bersih daripada skandal.

“Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, BN Perlis akan berbaki 7 wakil rakyat termasuk seorang wakil MCA setelah Datuk Ismail Kassim (Tambun Tulang) keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas pada 20 Jun lepas.

Pada masa ini DUN Perlis masih dikuasai BN dengan 9 kerusi, PH melalui PKR menguasai 3 kerusi, PAS 2 kerusi dan bebas 1 kerusi.

“Situasi ini di jangka menggugat kerajaan BN Perlis,” kata Wan Saiful tanpa menyatakan bila kedua-dua wakil rakyat Umno itu akan mengisytiharkan keputusan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program “Shopping Back To School”, hari ini.

SPR, saya nak kahwinlah...

Setiap pasangan bakal pengantin pastinya mahu memilih tarikh sesuai untuk meraikan hari paling bersejarah dalam hidup mereka.

Oleh itu, sebarang halangan yang mengganggu kelancaran pada majlis berbahagia itu sudah pastinya akan meresahkan pasangan yang bakal berkahwin.

Begitulah perasaan dialami seorang wanita apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil Cameron Highlands bersamaan hari perkahwinannya pada 26 Januari tahun depan.

Menurut Syazleen Anisa Misria, dia telah menempah dewan di SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata di Cameron Highlands sejak enam bulan lepas.

"Segala tempahan booking dari A sampai Z semua sudah dibuat untuk majlis 26/1/2019.

"Disebabkan pengumuman anda semua yang last minute macam ni, habis saya dengan keluarga saya kelam kabut dan panik sekarang fikirkan masalah di mana saya nak buat majlis perkahwinan saya.

"Kad telah diedar, duit pun dah habis digunakan untuk tempahan," luah bakal pengantin itu di laman Facebook SPR.

Menurut Syazleen, tidak mungkin baginya untuk menukar tarikh dan tempahan katering, khemah, jurugambar dan juruvideo.

"Kenapalah anda semua susahkan saya buat pengumuman last minute macam ni. Dan kenapalah korang pilih tarikh sama dengan majlis saya. Sedih saya.

"Doakan saya dapat selesaikan masalah saya ni disebabkan keputusan pengumuman tarikh anda semua," katanya sedih.

Luahan itu mendapat perhatian SPR apabila pentadbir laman Facebook suruhanjaya itu membalas komen Syazleen.

"Wasalam..mohon maaf atas kesulitan ini. Boleh cik PM kepada kami no telefon untuk pihak kami hubungi," jelas SPR.

'Terima kasih SPR'

Tidak lama selepas itu, Syazleen dalam ruangan komen pada hantaran yang sama menyatakan perkara itu telah berjaya diselesaikan apabila tarikh perkahwinannya dianjakkan seminggu lebih awal.

Malah, dia kini juga mampu tersenyum sampai ke telinga kerana SPR turut memberikan sumbangan kepadanya.

"Pihak SPR telah menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan atas kesulitan yang telah timbul.

"Majlis saya akan diubah tarikh seminggu lebih awal. Terima kasih SPR kerana membantu saya memudahkan urusan saya.

"Semoga pilihan raya kecil yang akan dijalankan akan berjalan dengan lancar. Doakan majlis saya nanti akan berjalan dengan lancar," tulisnya bersama emoji senyum.

SPR hari ini mengumumkan ia mengubah lokasi Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi PRK Cameron Highlands.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini berkata Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah akan digunakan untuk tujuan itu, menggantikan Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
-malaysiakini

Izzah mual dan muak, kata Anwar

Nurul Izzah Anwar mual dan muak dengan "telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat," kata presiden PKR yang juga ayah kepada MP Permatang Pauh itu.

Anwar Ibrahim menjelaskan misalnya Izzah kecewa dengan tindakan anggota parlimen yang keluar parti.

"Saya telah berbincang bersama Nurul Izzah dengan panjang lebar tentang niat beliau untuk melepaskan kesemua jawatan yang disandang.

"... yang jelas adalah kerancakan perkembangan politik yang terus menerus sejak 9 bulan yang lalu membuatkan beliau mual dan muak dengan perangai dan telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat.

"Sebagai contoh, beliau menyatakan kekecewaan dengan aksi ahli-ahli parlimen yang melompat menyelamatkan nyawa politik, tetapi apa yang lebih parah adalah mereka dimanfaatkan untuk rencana yang jelek," kata Anwar dalam suatu kenyataan hari ini.

'Pemimpin parti tamak'

Menurut MP Port Dickson itu lagi, tindakan Izzah melepaskan semua jawatan parti termasuk jawatan naib presiden PKR yang meraih undi tertinggi secara tidak langsung mengkritik segelintir pemimpin parti yang "tamakkan kepentingan peribadi."

"Saya beranggapan ianya sememangnya konsisten dengan watak beliau yang berani menyatakan pendapat dan prinsipnya.

"Dengan (melepaskan semua jawatan PKR) secara tidak langsung, Nurul Izzah mengkritik (beberapa) kerat pimpinan parti yang lebih tamakkan kepentingan peribadi daripada kesatuan parti," katanya.

Anwar juga berkata kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 tidak memberi sebarang makna jika agenda reformasi disabotaj.

"Peristiwa 9 Mei sesungguhnya adalah suatu anjakan besar buat negara yang membawa pelbagai maksud, tetapi kejayaan kita dalam usaha perluasan dan pemekaran ruang demokratik tidak akan ada sebarang makna sekiranya agenda reformasi disabotaj," jelasnya lagi.

Nurul Izzah yang juga anak pasangan presiden PKR dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat kejutan baru-baru ini apabila mengumumkan keputusannya melepaskan semua jawatan dalam parti, termasuk naib presiden.

Bagaimanapun, beliau kekal anggota parlimen Permatang Pauh dan ahli biasa PKR.
-malaysiakini

Buat duit sambil mengembara. Ikut 6 langkah ini

Nur Syamila Kamarul Arefin
Anda nak mengembara tetapi pokai atau kekurangan ‘dana’. Memanglah pengembaraan ke luar negara merupakan salah satu impian atau keperluan bagi sesetengah orang belajar mengenai dunia yang luas terbuka ini. Namun, kita sering putus asa selepas khuatir akan kembali dengan poket kosong. Jangan risau, sementara menembara, anda masih boleh buat duit.
Ikutkan terdapat banyak cara untuk mendapatkan duit tambahan semasa bercuti. Teknologi moden masa kini banyak membantu kita mengembara ke luar negara sambil mencari duit tambahan.

Kepada pembaca yang ingin menjadi pengembara anda boleh ikuti langkah ini:

1. Mengajar bahasa

Lebih dari separuh pengembara menggunakan kelebihan dalam diri mereka untuk mengajar bahasa lazimnya bahasa Inggeris semasa mengembara. Bayaran untuk mengajar bahasa juga agak lumayan.

Kepada anda yang ada kelebihan boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris gunakan kelebihan ini untuk melihat dunia.

Sambil mengembara di negara ini anda boleh mencari duit dengan mengajar bahasa Inggeris. Antara negara yang anda boleh tambahkan duit semasa mengembara, Korea, China, Jepun dan Taiwan.

Namun ia membabitkan pengembaraan jangka panjang.

2. Pemandu pelancong

Walaupun anda bukan seorang pemandu pelancong bertauliah, tetapi jika anda tahu selok belok sesuatu lokasi di negara yang dilawati, maka anda boleh cuba nasib. Gunakan kelebihan ini untuk menjadi pemandu pelancong memimpin pelancong, apatah lagi jika anda mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris, Melayu, Cina atau Tamil.

Sekarang terdapat banyak carian dalam talian membolehkan seseorang menjadi pemandu pelancong berbayar. Sambil mengembara sambil bawa orang lain, dapat tambah kenalan dan juga duit.

3. Beli-belah untuk orang lain

Jika anda gemar membeli-belah di luar negara kerana barangan di sana lebih murah berbanding Malaysia, anda boleh mengambil pesanan dari rakan-rakan dengan menaikkan sedikit harga.

Ia ibarat upah kepada kita kerana belikan mereka dan sumber wang tambahan semasa mengembara ke negara orang.

4. Penulis bebas

Pada anda berbakat dalam bidang penulisan, maka bolehlah menulis sambil mengembara untuk diberikan kepada portal-portal di seluruh dunia.

Terdapat banyak portal antarabangsa, cuma anda kena rajin mengambil banyak info dan tulis untuk diberikan kepada portal ini.

Hanya menggunakan internet dan telefon pintar anda sudah boleh dapat wang tambahan sambil mengembara. Untung kan?

Sebelum mengembara anda perlu cari laman web yang mahu mencari penulis bebas supaya anda sudah tahu sumber kewangan anda apabila mengembara nanti.

5. Jurugambar bebas

Minat mengambil gambar selalu ada dalam diri seseorang. Anda boleh menggunakan kelebihan ini semasa mengembara. Anda boleh cuba cari di internet dan majalah pengembaraan yang mencari orang untuk mengambil gambar di negara orang lain.
Senang sahaja, anda hanya perlu ambil gambar yang menarik di negara anda pergi dan hantar kepada mereka menggunakan internet. Anda juga perlu tahu, bayaran tidak semestinya diterima pada waktu itu. Kena bersabar sikit!

6. Jadi sukarelawan

Anda semua perlu tahu, terlalu banyak acara di dunia ini yang memerlukan sukarelawan. Apa kata anda daftarkan diri sebagai sukarelawan untuk mengembara ke negara yang diingini. Senang kan?
Kepada anda yang berminat nak mengembara, Sukan Asia 2020 di Jepun sedang mencari sukarelawan, bolehlah anda mencuba nasib di sana, sambil berkerja sambil mengembara.

Waythamoorthy lebih elok undur secara sukarela

A Kadir Jasin

Saya mulakan dengan memohon maaf. Pandangan saya mungkin berbeza dengan orang lain dalam banyak hal dan perkara.
Ada yang menuduh saya lebih utamakan pendarahan Umno daripada kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim, akibat diserang ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield 26 November lalu.

Saya menulis mengenainya dalam tampalan 28 November dan menyesali tindakan polis ketika itu yang hanya menangkap dan menahan perusuh Melayu dan Cina tapi tidak seorang pun India. Sejak itu ramai perusuh India/Hindu telah ditahan.

Saya pun disentuh perasaan (emosi) tetapi tidaklah sampai hilang akal dan pertimbangan. Tidak baik membenarkan emosi menguasai diri.

Bukan saya tidak mahu keadilan dilakukan. Bukan saya tidak mahu menteri Wayta Moothy dikenakan tindakan.

Malah sekarang pun saya setuju dengan sentimen umum bahawa Moorthy telah hilang kelayakan dan kedudukan untuk terus menjadi menteri apatah lagi menteri yang menjaga perpaduan nasional.

Beliau telah menjadi watak yang memecahbelahkan (divisive). Eloklah beliau menarik diri secara sukarela daripada membebankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun Tun berkata beliau “puas hati” dengan Moorthy.

Minta maaflah kalau saya kata, Moorthy telah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya.

Kawal emosi

Kita boleh terus membakar emosi kita dan jika kita orang yang tidak bertanggungjawab, kita juga boleh mengapi-apikan emosi orang lain atas nama Almarhum Adib.

Tetapi adakah itu yang kita mahu dan lebih-lebih lagi adakah itu yang almarhum Adib mahu apabila dia memilih untuk menjadi anggota bomba dan penyelamat?

Dalam apa pun pekerjaan yang kita pilih mesti ada unsur risiko. Kalau tidak banyak sikit mesti ada. Pasti Almarhum Adib tahu risiko kerjayanya.

Jadi tidak perlulah kawan saya, budak Perak yang jadi kaya raya kerana Umno dan konsesi lebuh raya sehingga mampu berumah di Bukit Tunku berkhutbah kepada saya mengenai tragedi dan keadilan.

Kalau ada duit lebih, bantulah ibu bapa Almarhum Adib atau kalau duit banyak sangat, buatlah yayasan kebajikan berjuta ringgit atas nama beliau. Banyak lagi orang susah di negara kita ini.

Punca tragedi bukanlah kesilapan Almarhum memilih kerja. Yang tragis ialah dia terbunuh ketika bertugas menyelamatkan nyawa dan harta benda dalam satu rusuhan ganas.

Penjenayah atau kumpulan penjenayah yang menyebabkan kematian beliau, tidak kira bangsa atau agama, wajib diburu dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Niat jahat

Kesialan peristiwa ini ialah apabila tuan punya tanah yang berupa sebuah syarikat besar berkaitan Filipina secara tidak bertanggungjawab dan provokasi telah mengupah sekumpulan Melayu untuk “mengawal” sebuah kuil Hindu yang sedang dalam proses “pengambilan alih” dan “pemindahan”.

Melayu itu pula, sama ada kerana kemaruk duit RM150 hingga RM300 atau kerana tujuan lain menerima tugas luar biasa dan berisiko itu.

Secara sengaja atau kerana kejahilan, Melayu upahan itu terjebak dalam politik kuil yang sudah berlarutan berdekad-dekad lamanya.

Perebutan di kalangan penganut bagi menguasai kuil tersebut bukan sahaja kerana hendak beribadat tetapi tidak kurang juga kerana duit. Kuil itu banyak duit.

Saya juga kurang emosi kerana yang sudah melalui peristiwa seperti ini beberapa kali dalam sejarah kerjaya sebagai wartawan mulai tahun 1969.

Pergaduhan kaum

Kuala Lumpur masih terbakar dan mayat mangsa masih belum habis dituntut apabila saya menjadi pemberita di Bernama pada 16 Jun 1969.

Kemudian peristiwa beberapa orang pelajar Melayu yang diradikalkan di Amerika Syarikat merosakkan kuil di Kerling, Selangor. Beberapa orang terbunuh apabila penganut Hindu menyerang mereka.

Lepas itu pada tahun 2001 berlaku apa yang disebut sebagai rusuhan Kampung Medan di antara orang Melayu dan India/Hindu di sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Lindungan, Kampung Medan, Kampung Gandhi dan Taman Desa Ria.

Dalam pergaduhan tiga minggu itu, enam terbunuh, 24 dimasukkan ke hospital 183 terdiri daripada 100 Melayu, 14 Indonesia dan 69 India ditangkap.

Ketika peristiwa itu sedang berlaku, saya menulis memberi amaran bahawa pergaduhan kaum pada masa depan, sekiranya berlaku, berkemungkinan melagakan orang Melayu dengan India/Hindu.

Ini adalah kerana kemiskinan yang merapatkan mereka akan juga menjadi punca perbalahan oleh sebab mereka berebut pekerjaan dan tempat tinggal di lokasi yang sama atau berhampiran.

Sebagai wartawan dan pengarang saya bukan sahaja terpaksa melaporkan peristiwa ini tetapi memastikan ia tidak menjadi lebih buruk.

Jadi bukan saya tidak emosi atau tidak peduli kematian tragis Adib tetapi saya tidak mahu emosi terus dibakar dan api permusuhan dikipas.

Justeru itu, secara peribadi, saya sarankan agar rancangan memindahkan Kuil Sri Maha Mariamman seperti yang diperintahkan oleh mahkamah diteruskan dengan harapan ia akan meredakan emosi dan mengurangkan ketaasuban.

Hanipa sindir KJ

Minta orang tidak dipecat, bila dia sendiri pun orang parti sendiri tidak pilih, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.

Meskipun tidak menyebut nama kenyataan Hanipa itu jelas merujuk kepada anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, yang sebelum ini meminta perdana menteri mengekalkan menteri perpaduan P Waythamoorthy dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

"Beliau (Khairy) tidak mahu dua pemimpin PH dipecat. Sehebat tara dia pun, parti dia tak selera nak pilih dia sebagai pemimpin nombor satu.

"Semalam saya terbaca berita bila pemimpin parti dia yang dilabel oleh dia dengan istilah seperti lobak atau "bongap" buat kaji seledik siapa lebih popular antara pemimpin itu (Khairy) dengan mantan presiden parti(Najib Razak), itu pun dia kalah juga, setakat semalam.

"Tak tahulah beliau ini aset atau liabiliti," kata Hanipa dalam satu kenyataan hari ini.

Hanipa merujuk kepada pengundian Facebook oleh pemimpin majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adambagi melihat sokongan orang ramai di antara Khairy dan bekas presiden Umno Najib Razak.
-malaysiakini

Rafizi: Sekarang zaman orang sokong team 'yang berkuasa'

Liverpool nampaknya terus menjadi antara kelab bola sepak pilihan di kalangan ahli politik.

Menyertai Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz diketahui meminati pasukan itu adalah Rafizi Ramli yang 'mengisytiharkan' sokongannya hari ini.

Apatah lagi selepas skuad The Reds itu kini menikmati musim cemerlang dengan 17 perlawanan liga tanpa kalah setakat ini.

"Saya memang penyokong Liverpool dari dulu, cuma masa tak menang saya berada di belakang.

"Sekarang liverpool dah top, saya yang paling ke depan menyokong," ciapnya di Twitter.

Liverpool kini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 45 mata, satu mata mendahului pencabar terdekat Manchester City.

Barangkali sudah menjadi resmi orang politik, ciapan sokongan itu turut disertakan sindiran berkenaan keadaan politik semasa.

"Kalau ada borang untuk sertai, saya isi borang masuk Liverpool.

"Ramai orang macam saya yang sokong belakang ni, tambah lagi zaman sekarang," katanya lagi.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus, bekas naib presiden PKR itu dipercayai merujuk kepada sejumlah pemimpin dan wakil rakyat Umno yang telah dan berhasrat menyertai Pakatan Harapan (PH) terutama Bersatu.

Langkah itu mendapat bantahan ramai pihak, termasuk pemimpin PH sendiri seperti Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.
-malaysiakini

5 polis ditahan bantu siasatan kes SB maut jatuh bangunan hotel

Polis Pulau Pinang menahan lima anggotanya semalam bagi membantu siasatan berhubung kes seorang anggota polis Cawangan Khas yang ditemui mati, dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Pulau Tikus, di George Town Isnin lepas.

Ketua Polis negeri A Thaiveegan berkata, lima anggota polis berusia dalam lingkungan 40 dan 50 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan kerana semasa kejadian mereka berada di tempat yang sama dengan si mati, Sofian Shahari, 47, dipercayai menghadiri satu majlis di situ.

"Berdasarkan siasatan awal, lima anggota polis berkenaan dipercayai berada di satu majlis di situ bersama anggota polis yang meninggal itu dan kami menahan mereka untuk merakamkan percakapan mereka bagi memastikan tiada sebarang percanggahan maklumat dan memastikan mereka bercakap benar.

"Polis akan menjalankan siasatan kes berkenaan secara terperinci hingga ke akar umbi dengan telus supaya dapat memberikan keadilan kepada anggota kami yang meninggal dunia itu.

"Sekarang kami sedang menyiapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pendedahan Isu-Isu Kontemporari Jenayah di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Majlis itu anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang dan USM dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen Pulau Pinang bagi memberikan pendedahan dan maklumat kepada orang ramai mengenai jenayah terutama berkaitan jenayah komersial.

Thaiveegan berkata, saringan awal ujian air kencing lima anggota polis berpangkat sarjan dan koperal yang ditahan itu positif dadah namun pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Kimia.

Katanya selain lima anggota polis itu, pihaknya juga sedang mencari beberapa lagi saksi lain iaitu orang awam yang dipercayai turut berada di lokasi kejadian dan mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Walaupun polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, kami tetap menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut dan polis juga masih menunggu laporan lengkap bedah siasat anggota polis berkenaan (Sofian) untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mayat mangsa, yang merupakan anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ditemukan oleh seorang pekerja hotel dalam keadaan tertiarap di atas kawasan parkir kereta di depan hotel.

Sebelum kejadian, mangsa yang berpangkat koperal dan telah berkhidmat dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lebih 19 tahun dipercayai berada di sebuah pusat karaoke di situ bagi menyambut majlis hari jadi seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Siasatan di lokasi kejadian menemui beg dan selipar sebelah kiri milik mangsa di tingkat dua hadapan sebuah klinik pergigian di bangunan pusat karaoke berkenaan.

Selain itu, pemeriksaan lanjut di tingkat empat bangunan sama, polis menemui cebisan langsir di kaki lima pusat karaoke berkenaan, manakala dompet termasuk kad kuasa dan telefon bimbit mangsa turut hilang.
-Bernama

Budak 9 tahun peristeri gadis 14 tahun

Berita perkahwinan bawah umur di antara budak lelaki berumur 9 tahun dengan gadis berusia 14 tahun menjadi tular di negara jiran Indonesia.

Pada mulanya, maklumat itu dimuat naik melalui sebuah akaun instagram @makassar_iinfo yang biasanya memaparkan berita-berita di Makassar, Sulawesi Selatan.

Bagaimanapun, hantaran tersebut yang tidak menyatakan lokasi perkahwinan tersebut.

Menurut TribunNews.Com, akaun tersebut memuat naik pelbagai gambar perkahwinan pasangan tersebut lengkap berpakaian baju pengantin.

Dalam gambar tersebut, dinyatakan perkahwinan kedua kanak-kanak tersebut berlaku pada 16 Disember yang lalu.

Dimaklumkan, kanak-kanak lelaki tersebut bernama Habibie sementara gadis itu bernama Asma Wilgalbi.

Media Indonesia mendakwa mereka telah jatuh cinta selepas bermain waterboom bersama di sebuat pusat reakreasi air.

Berdasarkan ciapan akaun instagram @makassar_iinfo, kisah pasangan muda yang berkahwin awal itu diceritakan kepada masyarakat.

”Isterinya berumur 14 tahun dan suaminya berumur 9 tahun, dua insan ini disatukan dengan ikatan perkahwinan. Mereka kali pertama berjumpa ketika bermain air di waterboom.

“Bagaimana mereka yang bertahun-tahun bercinta tetapi tetap tidak berkahwin. Jangankan saja mahu berkahwin diberikan kepastian pun tidak pernah,” ciapnya.

Nik Omar mulakan tugas YDP Yadim hari ini (Gambar)

MALAYSIADATELINE

Nik Omar Nik Abdul Aziz dilantik menjadi Yang Dipertua Yadim ke-13. Foto Wan Zahari Wan Salleh.
Nik Omar Nik Abdul Aziz memulakan tugasnya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah bersama Timbalannya, Zolkarnain Abidin di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini.

Nik Omar mengetik kad kehadiran di mesim perakam waktu kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pelantikan Nik Omar dan Zolkarnain adalah berdasarkan Klausa 7(a) Perlembagaan Yadim yang menyatakan bahawa semua pelantikan Yang Dipertua Yadim dan Timbalan Yang Dipertua Yadim adalah di bawah keputusan Perdana Menteri.
(dari kiri) Zolkhairanin Abdin dan Nik Omar Nik Aziz ketika mengetik kad kehadiran mereka pada hari pertama melaporkan diri di Yadim.- Foto Wan Zahari Wan Salleh.

Kedua-dua mereka akan memegang jawatan berkenaan selama tempoh dua tahun.

Pelantikan Nik Omar adalah bagi menggantikan Dr. Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Oktober, manakala Zolkharnain menggantikan Mohd. Zaidi Ramli yang bertukar ke Jabatan Agama Negeri Sembilan.

Dengan pelantikan itu, Nik Omar kini menjadi Yang Dipertua Yadim ke-13 sejak penubuhan badan dakwah ini pada 1974.

Yadim adalah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.

Yadim ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertindak bagi menyelaras aktiviti serta program dakwah yang pelbagai di negara ini.

Manakala tiga lagi Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Datuk Wira Abdul Ghani Samsudin, Mohd Raimi Abdul Rahim dan Dr Mohd Abdul Razak turut dilantik dalam pengurusan baharu Yadim.

Mayat lelaki diikat dengan motosikal ditemui dalam sungai

Mayat lelaki dengan keadaan sebelah kaki diikat pada sebuah motosikal ditemui di dalam Sungai Kinta kawasan Sungai Galah, Kampung Gajah dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat tanpa baju dan hanya berseluar jeans warna biru yang tersangkut pada pokok kira-kira pukul 6 petang, pada Selasa.

“Selepas dibawa naik ke darat, mayat didapati diikat dengan tali pada kaki kanannya dan tali tersebut diikat pula pada sebuah motorsikal jenis Yamaha Kriss yang dipercayai dijadikan sebagai pemberat bagi menenggelamkan mayat,"

"Identiti mayat dipercayai berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun, bertinggian 153 sentimeter dengan berat 50 kilogram itu belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan di kawasan sekeliling," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia dua hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang membengkak dan hasil pemeriksaan menemukan kesan kelar pada leher serta dua kesan luka di belakang kepala mangsa.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik motosikal tersebut telah meninggal dunia, jadi polis tidak pasti sama ada motosikal itu ada kaitan dengan mangsa atau tidak,” katanya," sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-Bernama

Ini alasan mengapa Izzah letak jawatan

KUALA LUMPUR - Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini.

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan pertemuan selama dua jam dengan Nurul Izzah malam tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu meletak jawatan selaku naib presiden dan juga pengerusi PKR Pulau Pinang.

"Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR... tetapi lebih kepada PH itu sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanakan agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau," katanya.

Saifuddin berkata Nurul Izzah telah memilih jalan terbaik dengan masih kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh agar boleh terus menyuarakan pandangan menerusi Parlimen.

"Berdasarkan situasi politik hari ini yang dianggap menggugat tugas hakiki PH, Nurul Izzah turut melahirkan rasa kekecewaan serta kurang senang dengan apa yang berlaku.

"Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuarakan pendapat jika terus mengekalkan jawatan. Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)," kata Saifuddin.

Ditanya mengenai pengganti bagi jawatan yang dilepaskan Nurul Izzah, Saifuddin berkata Nurul Izzah adalah Naib Presiden yang dipilih maka situasi itu perlu dirujuk kepada perlembangaan parti sama ada kekosongan tersebut boleh diganti secara lantikan oleh presiden parti.

"Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang bercuti sekarang, saya baru memangku dan diminta oleh presiden untuk menjalankan tugas bagi tempoh sehingga setiausaha agung (baharu) dilantik," katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata beliau belum menerima surat peletakan jawatan rasmi daripada Nurul Izzah.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan meletak jawatan sebagai naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang serta sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia.
-Bernama

Hampir 300,000 desak Waytha letak jawatan

Ekoran kematian Muhammad Adib Mohd Kassim malam kelmarin, wujud kempen dalam talian bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy supaya meletak jawatan.

Melalui laman sesawang change.org gesaan supaya senator terbabit berundur sudah mendapat sokongan lebih 272,680 orang setakat tengah hari ini.

Petisyen berkenaan dilancarkan sejak beberapa hari lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Petisyen tersebut yang dimulakan oleh Aiman Haziq yang menuntut pelucutan jawatan Waythamoorthy kerana memburukkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah mengenai pencabulan hak asasi terhadap kaum minoriti.

Menurut kenyataan GPS, NGO berkenaan terdiri dari pelbagai agama, kaum, latar belakang dan pendirian politik menuntut pelucutan jawatan Waythamoorthy yang diberi tanggungjawab dalam hal-ehwal perpaduan di negara ini.

Katanya, desakan itu disebabkan menteri terbabit memburukkan imej negara di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu didiskriminasi.

“Dia memfitnah kepada dunia luar kononnya penganut Hindu perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam, manakala rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak berkuasa.

“Dia juga berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) atas kapasitinya sebagai menteri walaupun mendapat tentangan dan bantahan daripada masyarakat bumiputera.

“Dia juga gagal mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri,” kata NGO itu.

Menurutnya, Waythamoorthy juga dikatakan mempunyai latar belakang kontroversi seperti pernah menyertai perhimpunan Hindraf pada 2007, dan pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau juga, kata NGO itu lagi, mempunyai kepentingan dengan pemimpin Hindraf yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Selain itu, beliau gagal menyelesaikan isu tanah kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya atas kapasitinya sebagai menteri perpaduan.

“Sebaliknya, beliau menyalahkan polis dengan alasan kononnya pihak berkuasa itu lambat mengawal rusuhan semasa kejadian rusuhan,” katanya.

Sehubungan itu, GPS menuntut Waythamoorthy meletak jawatan demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama.
-malaysiakini

Pertemuan rahsia dengan Mahathir: Saya diaib, dihina - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi hari ini bercakap mengenai syarat-syarat "menghukum" yang dikenakan terhadap Umno dan penghinaan yang terpaksa dilaluinya dalam beberapa mesyuarat yang beliau hadiri.

Presiden Umno yang baru menyerahkan kuasa kepada timbalannya Mohamad Hasan berkata semasa mesyuarat pertama yang dirahsiakan itu, beliau bukan sahaja menghadapi penolakan tapi penghinaan.

"Bukan penolakan secara literal tetapi penolakan untuk penghinaan dan juga suata tindakan untuk seolah Umno ini berada di dalam najis mughallazah. Najis ini paling berat sekali, seolah seperti najis binatang-binatang haram," katanya.

Bagaimanapun Zahid tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai pertemuan rahsia yang menjadi misteri itu.

"Ada dua permintaan. Pertama Umno mesti dibubarkan, ahli-ahli Umno mesti melompat ke sebuah parti baru. Ertinya sejarah Umno selama tujuh dekad itu mahu dipadamkan dan oleh kerana kononnya semua rakyat benci kepada Umno. 'Umno rasuah, perompak, penyamun'," kata beliau kepada anggota parti itu dalam suatu majlis dialog di Kuala Lumpur malam tadi.

Zahid memaklumkan dalam pertemuan rahsia itu beliau terpaksa membayar harga yang mahal kerana bertegas Umno tidak boleh dibubarkan.

Beliau memberitahu ketika pertemuan berkenaan berlangsung beliau ialah pemangku presiden Umno.

Jalan lompat tidak afdal

Zahid juga mengimbas kembali kali kedua pertemuan rahsia itu berlangsung yang mana beliau membawa sama timbalan dan naib-naib presiden Umno hadir sama.

"Apabila begitu penghinaan dikenakan kepada kita..rakan dalam majlis tertinggi yang telah beri mandat kepada saya tidak goyah malah sokong pendirian saya tidak afdal jalan untuk kita lompat, untuk kita bubar parti keramat ini.

"Tapi azam saya biar pun kita ditolak, diaibkan, dihina, namun untuk membubarkan Umno... tidak ada dalam kamus politik saya," tegasnya.

Pada 7 Jun lalu, kira-kira sebulan selepas Umno kalah dalam pilihan raya umum ke-14, Zahid telah bertemu dengan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

Tiga bulan kemudian, Zahid mengesahkan beliau bertemu Mahathir dua kali, tetapi enggan mendedahkan apa-apa maklumat mengenai mesyuarat tersebut.

Zahid berkata pertemuannya dengan Mahathir telah silap dibaca, membawa kepada tindak balas yang diterima.

Beliau menambah pertemuan itu bukan bertujuan supaya pemimpin-pemimpin Umno melompat parti.

Pakatan Harapan dan sekutunya memenangi 121 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat pada PRU14. Bagaimanapun, Bersatu hanya menguasai 13 kerusi pada masa itu.

Walaupun kehilangan kuasa, Umno memenangi 54 kerusi parlimen, namun kini berkurangan menjadi 38 kerusi selepas pengumuman pemimpinnya keluar parti.

Sekurang-kurangnya tiga bekas ahli parlimen Umno telah menyertai Bersatu.

Umno kini berpecah kepada lima golongan -Zahid Hamidi

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui partinya kini berpecah kepada "lima golongan" selepas kehilangan kuasa pada PRU14 lalu.

"Lima golongan ini, pertamanya, orang-orang Umno yang mahu kekal Umno sebagai sebuah parti," katanya menjelaskan golongan ini tidak mahu bergandingan tenaga dengan parti-parti lain.

Seterusnya, Zahid menjelaskan kategori golongan kedua dan di dalam Umno yang dilihat tidak ada masalah dengan Pakatan Harapan (PH).

"Yang kedua, mahu kita bergabung dengan salah sebuah parti di dalam PH.

"Yang ketiga, usaha supaya bergabung salah sepuah parti PH yang mempunyai kolaborasi dengan DAP," katanya.

Dipercayai, Zahid merujuk dua golongan dalam Umno itu kepada Bersatu dan PKR.

Ada kedai di dalam kedai

Seterusnya, anggota parlimen Bagan Datuk berkata golongan keempat di dalam Umno mahu parti itu menyertai PAS di dalam satu gabungan pembangkang.

"Yang keempat mahu bergabung dengan PAS sebagai pakatan pembangkang dan kelima ialah sebuah parti bergerak dalam suatu bentuk gabungan baru nanti, bukan sebagai pembangkang tetapi sebagai koalisi," katanya lagi.

Menurut Zahid, beliau menghormati perbezaan pendapat tetapi mereka perlu akur kepada keputusan akar umbi parti yang telah memutuskan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang tanpa sebarang kolaborasi.

Zahid juga berkata Umno tidak akan boleh bekerjasama dengan DAP yang merupakan sebahagian parti komponen PH.

"Umno tolak jika ada kerjasama dengan DAP. Kita tolak seratus-peratus," tegasnya.

Namun, Zahid turut merungut mengenai satu lagi golongan iaitu "pembangkang di dalam pembangkang."

"Tapi kita tahu ada kedai dalam kedai, ada pembangkang dalam pembangkang.

Di mana harganya? Harganya setiakawan? Harga kesetiaan?" Soal Zahid.

Beliau turut mengingatkan wakil rakyat yang menang pilihan raya kerana Umno dan BN.

"Kita mesti bergerak sekarang ini sebagai pembangkang. Kita bina semula kekuatan kita," katanya.kita mesti bergerak sekrang ini sbg pembangkang. kita bina semula kekluatan kita.
-malaysiakini

Juara dunia Muay Thai kaku tergantung

Atlet muda dan berbakat Thai, Nitiyaporn Srisalai, 22, ditemui kaku dan tergantung di bilik asramanya di Muang, Ratchaburi kelmarin.

Mayat Nitiyaporn yang juga juara Pertubuhan Muay Thai Dunia ditemui kira-kira jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Muang, Apichart Phuttaboon, berkata ketika ditemui jasad Nitiyaporn tergantung pada tali nilon yang diikat pada bingkai pintu biliknya.

“Pada malam Ahad, Nitiyaporn keluar minum dengan seorang rakan yang tinggal bersebelahan dengan biliknya.

“Keesokan harinya, kawan Nitiyaporn mengetuk pintu biliknya untuk mengajaknya ke kelas, tetapi tiada jawapan," katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Ketika itu kata Apichart kawan Nitiyaporn tidak mengesyaki apa-apa lantas pergi ke kelas seperti biasa.

Bagaimanapun apabila kelas tamat kata Apichart, pintu bilik Nitiyaporn diketuk sekali lagi namun tetap tidak mendapat sebarang reaksi.

Sentiasa nampak ceria

"Tetapi apabila masih tiada jawapan, dia mengesyaki sesuatu lantas mengambil kunci pendua daripada penjaga asrama.

"Selepas memasuki bilik berkenaan mereka menemukan mayat Nitiyaporn," katanya.

Nitiyaporn yang berasal dari daerah Roi Et ialah penuntut tahun keempat di Universiti Muban Chombueng Rajabhat di Ratchaburi.

Dia juga merupakan atlet Muay Thai yang terkenal dan juara Pertubuhan Muay Thai Dunia untuk kategori 51kg.

“Mungkin Nitiyaporn ada masalah peribadi, dan dia bertindak demikian di bawah pengaruh alkohol,” tambah Apichart.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kajian Muay Thai Antarabangsa, Charnchai Yomadit menyifatkan kematian atlet kebangsaan Thai itu sebagai kehilangan besar kepada dunia sukan terbabit.

“Dia sentiasa kelihatan ceria. Dia telah bertarung sejak kecil sambil berusaha keras dalam pelajarannya bagi membina masa depan sejak ibu bapanya bercerai.

“Dia beraksi di gelanggang untuk menyara kehidupan dan untuk membiayai pendidikannya. Tidak lama lagi sepatutnya dia menamatkan pengajian," katanya.
-malaysiakini

‘Nurul Izzah letak jawatan kerana situasi politik dalam PH’-Saifuddin

Bernama
KUALA LUMPUR: Pemangku Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini.

Katanya, beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan pertemuan 2 jam dengan Nurul Izzah malam tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu meletak jawatan selaku naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR…tetapi lebih kepada PH itu sendiri,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

“Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanakan agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau.”

Saifuddin berkata, Nurul Izzah memilih jalan terbaik dengan kekal sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh agar boleh terus menyuarakan pandangan menerusi Parlimen.

“Berdasarkan situasi politik hari ini yang dianggap menggugat tugas hakiki PH, Nurul Izzah turut melahirkan rasa kekecewaan serta kurang senang dengan apa yang berlaku.

“Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuarakan pendapat, jika terus mengekalkan jawatan. Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).”

Mengenai penggantinya, Saifuddin berkata, Nurul Izzah adalah naib presiden yang dipilih, maka situasi itu perlu dirujuk kepada perlembangaan parti sama ada kekosongan tersebut boleh diganti secara lantikan oleh presiden parti.

“Anwar sedang bercuti sekarang, saya baru memangku dan diminta oleh presiden untuk menjalankan tugas bagi tempoh sehingga setiausaha agung (baru) dilantik.”

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, beliau belum menerima surat peletakan jawatan rasmi daripada Nurul Izzah.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden, pengerusi PKR Pulau Pinang serta pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia.

Ingatkan pedal ayam, rupanya hidangan anak tikus (Gambar)

FMT Reporters

Keterujaan seorang lelaki yang menjamu selera terhenti apabila menemui seekor anak tikus di dalam hidangannya ketika menjamah hidangan makan malam di sebuah warung berdekatan rumahnya.

Lelaki berkenaan yang sentiasa menjamah makanan di warung tersebut tidak menyangka kedai kecil yang sentiasa dikunjungi itu menghidangkan makanan tersebut.

Keterujaan Azmi Ali Mex untuk makan malam selepas pulang bekerja bertukar menjadi pengalaman menjijikkan selepas beliau tergigit anak tikus yang disangka pedal ayam.

Dalam kejadian tersebut, Azmi dikatakan singgah ke warung berkenaan selepas pulang dari kerja dan memesan dua jenis lauk iaitu ayam masak kicap dan ayam masak merah di sebuah warung berkenaan.

“Menjadi kelaziman saya singgah di warung ini selepas habis kerja untuk makan malam tetapi hari ini saya rasa pelik apabila melihat ayam yang dipesan menyerupai seperti pedal, rupanya itu anak tikus yang digoreng kicap.

“Pada awalnya saya tidak perasan tetapi ketika ralik menjamu selera, tiba-tiba timbul pelik kenapa ada pedal sedangkan saya pesan ayam dan apabila meneliti ternyata itu adalah anak tikus,”kongsinya dalam laman sosial di Facebook miliknya.

Selepas menyedari perkara tersebut dia terus mengeluarkan anak tikus di atas pinggan sebelum mengambil gambar sebagai bukti supaya tidak dituduh menipu,” katanya.

terkini, Azmi telah memuatnaik entri terbaru dengan menyatakan beliau telah membuat aduan kepada pihak berkaitan bagi mengambil tindakan selanjutnya.

Azmi bagaimanapun tidak menyatakakan lokasi warung berkenaan bagi mengelakkan timbul salah faha

Katanya, tindakannya menularkan ‘cerita’ tersebut di dalam media sosial bukan bertujuan untuk popular atau menganiaya pemilik kedai sebaliknya mahu dijadikan pengajaran kepada peniaga dengan mengutamakan kebersihan.

Sehingga kini, isu ini mendapat perhatian netizen hingga meraih 4,200 maklumbalas, 4,464 perkongsian dan lebih 3,000 tanda suka.

Netizen, Huda Nurul menyatakan pendapat berkemungkinan anak tikus itu terjatuh dari bumbung lalu termasuk ke dalam lauk tanpa disedari peniaga.

Bagi Nur Aini, dia turut menasihatkan kepada pembeli agar lebih berwaspada ketika membeli makanan di luar dan perlu mengutamakan kebersihan.

'Sampah' keluar Umno, kenapa PAS rasa 'gembira'?

Seorang pemimpin kanan PAS menampakkan rasa gembiranya dengan perkembangan mutakhir melanda Umno.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik mendakwa DAP dan PKR menyatakan rasa tidak senang dengan sikap Bersatu menerima bekas pemimpin Umno dan menggelar mereka sebagai 'sampah'.

Namun kata Mokhtar Dr Mahathir Mohamad tidak kisah bekas orang Umno yang menyertai Bersatu adalah 'sampah' atau tidak kerana apa yang penting, dakwanya, jumlah kerusi untuk parti terbabit kian bertambah.

"Bagi PAS pula, OK saja. Kalau yang masuk Bersatu itu sampah dari Umno pun OK," katanya.

Selepas bermula agak perlahan sejak beberapa bulan lalu, hari ini satu demi satu pemimpin Umno - termasuk dalam kalangan wakil rakyat - mengumumkan mereka tidak lagi menganggotai parti terbabit.

Setakat awal petang ini tiga nama berprofil tinggi dalam Umno yang meninggalkan parti berkenaan ialah bekas setiausaha agungny Radzi Sheikh Ahmad, Ikhmal Hisham Abd Aziz (anggota parlimen Tanah Merah) dan Rosol Wahid (Hulu Terengganu).

Difahamkan akan ada lagi pemimpin Umno akan membuat pengumuman sama dari semasa ke semasa.

Sudah tak ada sampah

Keadaan itu meningkatkan lagi tekanan ke atas Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudah didesak berkali-kali supaya melepaskan jawatannya.

Untuk rekod Ahmad Zahid bertanggungjawab mengeratkan lagi kerjasama dan persefahaman di antara Umno dan PAS selepas ia dimulakan Najib Razak.

Kedua-dua mereka pula sedang berdepan dengan puluhan dakwaan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Mokhtar yang turut dikenali sebagai seorang daripada tokoh ulama lantang dalam PAS berkata tanpa 'sampah' tersebut kerjasama partinya dengan Umno akan menjadi lebih baik.

"Jika nanti berlaku kerjasama dua parti politik Melayu Islam ini, bermakna PAS akan berkerjasama dengan Umno yang sudah tidak bersampah.

"Rasanya itu akan lebih baik kerana sampah-sampah PAS pun dah dikaut oleh DAP masuk bakul PH (Pakatan Harapan). Cantik laa tu," katanya.

HANGAT!!! Kem Azmin cuba sekat laluan Rafizi - Sumber

Pada Kongres PKR selepas pemilihan parti yang 'panas', Timbalan Presiden Azmin Ali dan pencabarnya Rafizi Ramli berpelukan di atas pentas, menandakan mereka sudah merapatkan saf serta bersedia bergerak ke hadapan.

Bagaimanapun, perkembangan beberapa minggu ini menunjukkan hal yang sebaliknya.

Ketika Presiden PKR Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas akar umbi berhubung pelantikan pengerusi negeri, kedua-dua kem Azmin dan Rafizi bersaing bagi menguasai Majlis Pimpinan PKR (MPP).

Sumber yang dekat dengan Azmin memberitahu Malaysiakini kem mereka cuba untuk menyekat Rafizi dan bekas setiausaha agung Saifuddin Nasution daripada dilantik ke jawatan utama dalam MPP.

Sumber itu juga menuduh Anwar berpihak kepada Rafizi mengenai pelantikan pengerusi PKR negeri.

Memorandum kepada Anwar

"Terdapat manipulasi dalam pemilihan kepimpinan negeri kerana Anwar berharap dapat meletakkan cukup keanggotaan dalam MPP yang akan menyokong pelantikan Saifuddin dan Rafizi sebagai setiausaha agung dan naib presiden, atau apa saja jawatan.

"Sekarang, Anwar mengawal 12 daripada 14 pemimpin negeri," jelas sumber yang enggan namanya disiarkan itu.

Sumber yang juga anggota MPP berkata 18 ahli yang dilantik mengangotai majlis itu akan menyerahkan suatu memorandum kepada presiden bagi membantah pelantikan Rafizi dan Saifuddin.

"Kami mahu menyekat laluan mereka kerana mereka menentang kami dan presiden mahu melantik mereka ke jawatan penting.

"Ini 'gila'. Kami akan menghantar memorandum pada minggu ini.

"Walaupun menjadi hak presiden untuk melantik orang ke jawatan tersebut, beliau (Anwar) mendakwa keputusan itu berdasarkan (sokongan) majoriti," kata sumber itu lagi.

Anwar dijangka melantik setiausaha agung, bendahari, ketua penrangan dan dua naib presiden serta tujuh anggota MPP tidak lama lagi.

Malaysiakini sedang menghubungi pemimpin dalam kem Azmin dan Rafizi bagi mendapatkan maklum balas.

PANAS!!! Nurul Izzah letak jawatan naib presiden PKR dan semua jawatan dalam kerajaan persekutuan

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR.

Nurul Izzah juga melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Bagaimanapun anak presiden PKR itu tetap mengekalkan keanggotaan parti serta menjadi penyokong kerajaan di parlimen.

Dalam kenyataan itu Nurul Izzah berkata keputusan melepaskan jawatan kanan itu bukanlah sesuatu yang mudah.

"Satu-satunya kekesalan saya ialah, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukan mudah.

"Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan," katanya.

Dalam kenyataan sama Nurul Izzah berkata beliau juga tidak lagi akan berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti.

Untuk rekod Nurul Izzah dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Kata Nurul Izzah, 38, kepemimpinan PKR sudah dimaklumkan mengenai keputusannya itu.

"Tugas saya sebagai anggota parlimen untuk rakyat Permatang Pauh akan diteruskan sehingga tamat penggal.

Saya juga akan kekal sebagai anggota biasa PKR.

"Saya juga tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti. Mengenai kedudukan saya dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang, ia terserah kepada pimpinan parti," katanya.
-malaysiakini

Mufti puji Khalid Samad minta maaf

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin memuji tindakan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang memohon maaf berhubung kenyataan beliau berkaitan manifesto dengan menyandarkannya kepada Nabi Muhammad.

“Tahniah kerana berjiwa besar. Setiap kita membuat kesilapan ataupun tersasul, namun yang penting kita akur, memohon keampunan dan membetulkannya.

“Orang politik sukar mengakui kesilapan atas kepentingan sokongan. Justeru, jika ada yang mudah mengakui kesilapan bila terbukti maka kita patut hormati sikap yang baik itu.

“Elakkan memaki hamun dan mencerca orang lain. Itu bukan ajaran Islam. Itu amalan golongan politik yang mempergunakan Islam,” kata Asri di Facebooknya, hari ini.

Semalam Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan memohon maaf berhubung salah faham berkaitan kenyataan yang dibuat.

Katanya, beliau tidak berniat menyandarkan kelemahan Pakatan Harapan (PH) kepada peribadi Rasulullah atau menuduh baginda mungkir janji.

Jelasnya, apa yang ingin disampaikan adalah manusia hanya mampu berusaha, namun bukan semua yang diusahakan akan dapat terlaksana sepenuhnya.

“Saya menerima segala teguran yang dibuat dengan hati terbuka dan terima kasih.

“Jika ada yang faham begitu (seolah Rasulullah mungkir janji), saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah SWT dan Rasulnya,” kata Khalid.

Asri melalui kenyataan awalnya tanpa menamakan sesiapa menggesa pihak yang tersilap atau tersasul untuk membetulkan kenyataan tersebut.

Menurut Asri, ketika tahun perjanjian Hudaibiyah, tiada sebarang janji Nabi Muhammad dalam peristiwa itu yang tidak tertunai.

“Ada akidah yang mesti kita percaya bahawa baginda hanya berjanji apa yang Allah khabar kepada baginda. Mustahil Allah mewahyukan sesuatu janji kemudian tidak dapat berlaku.

“Di samping itu, hendaklah kita tahu bahawa di zaman ini dan dalam negara kita ada Muslim yang kurang berpengetahuan dan masyarakat bukan Muslim yang boleh tersalah faham terhadap Nabi kita Muhammad SAW jika kita tersalah memberikan maklumat,” katanya.

Tindakan ceroboh Maahad Darul Anuar tidak berakhlak dan beretika, kata Nik Omar

MALAYSIA DATELINE

Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar, Ustaz Nik Omar Nik Ab. Aziz amat dukacita dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh maahad berkenaan secara tidak beretika dan berakhlak awal pagi tadi.

Kata beliau, awal pagi tadi, berlaku dua kejadian yang sangat mendukacitakan pihak Lembaga pengarah Darul Anuar sebagai pihak bertanggung jawab dan diberikan hak untuk mengendalikan sekolah ini.

“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 6.00 pagi tadi, terdapat suspek yang memecah pintu sekolah dan menceroboh kawasan bangunan dan pejabat pentadbiran Darul Anuar.

“Tindakan ini satu jenayah kerana kawasan ini masih ditadbir Lembaga Pengarah Darul Anuar.

“Selain menceroboh, pelaku jenayah ini turut memecah masuk ruang pejabat mengeledah peralatan milik Darul Anuar.

“Pihak Lembaga Pengarah sedang menyiasat sekiranya berlaku kecurian atau kemusnahan terhadap dokumen-dokumen penting milik Darul Anuar,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan tersebut juga beliau mengulangi, bahawa sesuai dengan amanat arwah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (ATGNA), status Darul Anuar adalah jelas; ia diamanahkan untuk dikendalikan oleh pihak Lembaga Pengarah.

Jelas beliau, tidak pernah dalam apa juga keadaan atau apa juga kenyataan atau bukti bertulis, bahawa Darul Anuar diserahkan kepada mana-mana pihak selain Lembaga Pengarah yang telah dan sedang menjalankan semua tadbir urus Darul Anuar sejak sekian lama.

“Pihak Lembaga Pengarah akan membuat laporan polis berikutan perlakuan pencerobohan awal pagi tadi.

“Ini satu jenayah serius terhadap kepentingan hartanah dan sekolah yang diamanahkan kepada Lembaga Pengarah untuk dijaga dan diselia dengan cara yang wajar dan berhemah.

“Kami juga akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak luar yang muncul pada 8.00 pagi tadi dan mengambil alih secara tidak berperundangan,” tambahnya.

Katanya lagi, adalah tidak wajar pihak luar merampas pentadbiran Darul Anuar dengan menghalau kakitangan yang diamanahkan Lembaga Pengarah untuk menjaga sekolah ini.

Tindakan pencerobohan, kerosakan harta-benda, penggelidahan dan pengambil alihan tanpa etika dan bersifat jenayah ini adalah tidak sepatutnya berlaku, katanya.

“Semua pihak patut berhemah dan mengutamakan akhlak agama dengan membiarkan undang-undang menyelesaikan krisis ini tanpa sebarang perlakuan kasar dan tidak bermoral.

“Saya amat kesal dengan perbuatan ini dan meminta pihak polis segera menjalankan siasatan. Tindakan ini satu ancaman keselamatan kepada Lembaga Pengarah dan penjawat bertugas di Darul Anuar,” katanya.

15 ribu anggota BN sertai Warisan

Kira-kira 15,000 anggota BN Bahagian Silam di Lahad Datu, menyerahkan borang pendaftaran menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Penyerahan borang kepada Setiausaha Agung Warisan, Loretto S Padua Jr itu diketuai mantan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Silam, Mohd Yusof Apdal dan disaksikan Ketua Wira Warisan Azis Jamman.

Mohd Yusof berkata penyertaan ke Warisan itu melibatkan anggota daripada 114 cawangan Umno, 17 cawangan Gerakan serta anggota MCA di sini.

Dalam pada itu, Azis yang juga timbalan menteri dalam negeri ketika ditemui pemberita mahu bekas anggota Umno yang menyertai Warisan agar meninggalkan budaya ‘tidak baik’ yang diamalkan ketika bersama Umno.

"Rakyat buat keputusan sewaktu pilihan raya lalu untuk menukar kerajaan lama kerana ada perkara dilakukan mereka tidak disenangi termasuk cara pendekatan digunakan anggota Umno sebelum ini," katanya.

Beliau turut berharap kemasukan bekas anggota pembangkang itu akan menambah kekuatan parti khususnya di peringkat akar umbi.

"Apa yang penting pejuang asal Warisan menerima serta bekerjasama dengan anggota baharu ini, dan pejuang asal jangan risau kerana mereka akan diutamakan," katanya.

Sementara itu, Loretto mengalu-alukan bekas anggota Umno atau parti pembangkang lain termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai Warisan dengan syarat mematuhi peraturan perlembagaan ditetapkan parti.

"Kita ada jumlah (yang ingin menyertai Warisan), kita akan umum dalam majlis (kemasukan beramai-ramai) selepas ini," katanya bahawa lebih banyak bekas anggota pembangkang bakal menyertai Warisan.

Loretto turut menegaskan Warisan tidak patut berasa tergugat sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertapak di Sabah, namun berpendapat biarlah Warisan sebuah parti tempatan, berkhidmat di sini, kerana faham nadi 'Sabah untuk Sabahan'.

Selain itu, Loretto berkata setiap individu mempunyai hak untuk menubuhkan parti baharu berasaskan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 termasuk oleh bekas Menteri Luar Anifah Aman.

Namun, Loretto berkata perjuangan Warisan kini lebih tertumpu dan berkesan memandangkan berada dalam blok kerajaan.

"(Berbanding) dulu, mereka (termasuk Anifah) tidak tahu apa mereka perjuangkan sewaktu menjadi kerajaan," katanya.

Ditanya sama ada Warisan boleh bekerjasama dengan parti baharu mungkin ditubuhkan Anifah atau mengajak bekas Menteri Luar itu menyertai Warisan, Loretto berkata perkara itu biar diputuskan presiden parti merangkap Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal.
-Bernama

Kes rogol di Negeri kepimpinan ulamak agak membimbangkan - Polis

Kadar jenayah di Kelantan pada amnya masih terkawal namun jenayah rogol dilihat pada agak membimbangkan, kata Ketua Polis Kelantan Hasanuddin Hassan.

Katanya bagaimanapun kebanyakan kes rogol terbabit adalah 'mahu sama mahu' yang melibatkan remaja bawah umur.

Walaupun berlaku atas kerelaan, polis terpaksa melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol melibatkan remaja bawah umur, katanya kepada pemberita selepas Majlis Townhall “Jenayah Di Kelantan, Adakah Serius?” anjuran bersama Penjara Negeri Kelantan dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Katanya bagi tempoh Januari hingga November lalu sebanyak 92 kes rogol dilaporkan berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Meskipun berkurangan sebanyak 14.8 peratus namun ia tetap dilihat membimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu katanya jenayah samun berkawan tanpa senjata api menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 130 kes dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 126 kes pada 2017.

"Keseluruhan jenayah menunjukkan penurunan iaitu daripada 559 kes tahun lalu kepada 470 kes dalam tempoh Januari hingga November iaitu penurunan sebanyak 15.9 peratus,” katanya.

Hasanuddin juga berkata kebanyakan kes jenayah berpunca daripada dadah termasuk yang paling banyak berlaku iaitu pecah rumah.
-Bernama

Bekas KM Melaka dijangka keluar Umno hari ini?

Seorang bekas Ketua Menteri Melaka dijangka membuat pengumuman khas untuk keluar daripada Umno, esok pada suatu majlis di Ayer Keroh, lapor media tempatan.

Menurut Berita Harian, pemimpin berkenaan digelar Bapa Pembangunan Melaka itu.

Istilah itu biasanya merujuk kepada Mohd Ali Rustam yang menjadi ketua menteri dari 1999 ke 2013.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan bekas pemimpin Umno negeri itu akan melancarkan gerakan yang diberi nama Hijrah difahamkan untuk membawa keluar lebih ramai ahli Umno di seluruh negara.

“Difahamkan sudah ramai yang akan menyertai beliau dalam gerakan ini sekali gus bakal memberi tekanan kepada Umno yang pada ketika ini berhadapan krisis kepemimpinan di peringkat tertinggi,” katanya.

September lalu, seorang lagi bekas ketua menteri Melaka, Adib Adam menyertai Bersatu selepas mengumumkan keluar dari Umno.

Jika benar besok bekas ketua menteri itu keluar parti, maka ini kali ketiga dalam seminggu Umno berhadapan dengan bekas anggotanya yang berpaling tadah.

Rabu lalu, Umno Sabah keluar parti beramai-ramai, manakala enam lagi MP meninggalkan bekas parti pemerintah itu semalam.