"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Mohd Sayuti Omar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mohd Sayuti Omar. Papar semua catatan

Tragedi kepala air, seorang wanita maut, empat termasuk budak hilang

Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my
LOKASI tragedi kepala air di sungai dekat Kampung Poh, Bidor . FOTO Ihsan JBPM
LOKASI tragedi kepala air di sungai dekat Kampung Poh, Bidor . FOTO Ihsan JBPM
Bidor: Wanita ditemukan lemas manakala empat lagi termasuk tiga kanak-kanak dipercayai hilang dalam tragedi kepala air ketika berkelah di sungai dekat Kampung Poh, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, bomba menerima laporan berhubung kejadian jam 4.03 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, terdapat tujuh mangsa terbabit dalam kejadian kepala air yang membabitkan tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak.

"Seorang wanita dewasa meninggal dunia, seorang lagi wanita dewasa dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun selamat.

"Mangsa yang maut dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa berkelah oleh orang kampung.

"Sementara, seorang lagi wanita dewasa dan tiga lagi kanak-kanak masih hilang, " katanya dalam kenyataan petang ini.

Sayani berkata, ketujuh-tujuh mangsa dipercayai pergi berkelah dan operasi mengesan serta mencari mangsa sedang giat dijalankan.

Umno Perlis bergolak, MB minta tinggalkan kerusi?

Mohd Sayuti Omar
Walaupun Umno Perlis hanya ada beberapa orang sahaja Adun dan ahli Parlimen tetapi ia tidak terkecuali juga mempunyai nafsu dan naluri untuk bergolak seperti Umno di negeri-negeri lain.

Umno Perlis hanya tiga bahagian sahaja; Arau, Padang Besar dan Kangar. Manakala terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri. Desas desus yang bertiup dari Utara mendesuskan kedudukan menteri besarnya Azlan Man kini sedang diasak agar meninggalkan kerusi MB.

Perlantikannya sebagai MB menjadi isu dan kurang disenangi oleh veteran Umno negeri itu terutamanya bekas MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungannya Shahidan Kassim.
Azlan dikatakan tidak memberi komitmen kepada parti disamping tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan walaupun sudah setahun menjadi MB. Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan pemimpin Umno bahagian.

Paling menyedihkan katanya, Azlan juga sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis tidak berfungsi dan gagal untuk menghadiri mesyuarat.

Sepanjang tahun ini, tidak lebih dua kali beliau hadir mesyuarat, kegagalan tanpa sebab ini menyebabkan veteran Umno Perlis kecewa terutamanya pengerusinya Shahidan Kassim.

Ekoran itu laporan telah dibuat kepada Presiden Umno Najib Razak agar mengambil perhatian termasuk menggugurkannya sebagai MB. Menurut sumber dalam sudah empat laporan mengenai Azlan dihantar kepada Najib.

Shahidan sebagai ketua Umno Perlis juga dikatakan pernah mengancam akan memecat Azlan sebagai timbalan ketua badan perhubungan Umno ekoran kegagalannya menghadiri mesyuarat beberapa kali. Azlan dilantik menjadi MB selepas pilihan raya umum lalu setelah menang di kerusi DUN Pauh. Beliau dikatakan MB yang ditunjuk oleh Perdana Menteri.

Perlantikannya menimbulkan isu dan mengejutkan pemerhati Umno Perlis kerana beliau dianggap sebagai "orang asing" di Perlis yang tidak pernah bergelumang dengan Umno Perlis. Sebelum ini Azlan adalah Timbalan Pengarah Biro Pengaduan Awam dan merupakan Pegawai Tadbir Diplomati (PTD).

Umno Perlis bermasalah untuk mencari calon MB bagi mengganti Mohamad Isa Sabu yang mengambil alih daripada Shahidan Kassim.

Pergolakan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008 apabila bekas MB Shahidan Kassim tidak dilantik menjadi menteri besar Perlis kononnya beliau ditolak oleh Istana. Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi telah pun mengeluarkan watikah perlantikan Shahidan sebagai MB, tetapi ia tidak diperkenan oleh Raja Perlis.

Nasib Azlan menjadi tanda tanya dimana beliau kemungkinan akan terus diasak selagi tidak meninggalkan kerusi MB Perlis. Besar kemungkinan sekiranta Najib membuat semakan berhubung prestasiseluruh MB, Azlan salah seorang yang akan digugurkan
http://msomelayu.blogspot.com/

Rahsia di sebalik kunjungan Muhyiddin ke atas Tokguru - MSO


Mohd Sayuti Omar
MEMAHAMI PERISTIWA

Najib Razak berhak untuk merasa curiga dengan kedatangan tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Pulau Melaka untuk bertemu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas. Sekiranya pemergian Muhyiddin itu diluar pengetahuan Najib, wajar sekali untuk Najib memanggil Muhyiddin dan bertanya apakah maksud dan tujuan pertemuan itu. Kerana pertemuan berserampang dua mata itu sedikit sebanyak seakan membelakangi Najib. Walaupun ia dalam terang tetapi maksudnya seakan terselindung kepada Najib.
Senyum termewek Muhyiddin bila dapat jumpa Tokguru.
Pencemaran kaki pertama kali Muhyiddin ke Pulau Melaka sejak timbalan perdana menteri itu dilahirkan di dunia agak memelikkan. Apa lagi sebelum ini Muhyiddin dilihat pemimpin Umno lebih sadis mengkritik Nik Aziz berbanding dengan Najib.

Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa sonsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz.

Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?

Kalau pun boleh dianggap istimnewa apa yang Najib perolehi dari melawat Tokguru sakit, ialah gambar beliau sedang ziarah Tokguru di katil hospital kemudian gambar itu dijadikan modal politik pada setiap kali pilihan raya kecil. Ertinya kunjungan Najib semasa Tokguru sakit adalah untuk dijadikan modal politik bagi menunjukkan dia seorang yang baik dan penuh simpati.

Apakah Muhyiddin juga mahu bergambar dengan Tokguru atas pengertian sama bagi dijadikan kenangan kemudian dapat dijadikan modal politik? Atau beliau akan gah menceritakan kepada orang lain bahawa beliau boleh mendekati Nik Aziz yang bagi Umno seorang tokguru seekor singa yang keras dan pongah. Jadi Muhyiddin ingin bermegah dengan kunjungan itu kerana ia dapat menjinakkan sang singa bengkeng? Berita Harian yang dikenali dengan akhbar kroni Muhyiddin memberi laporan luas tentang kunjungan itu. Biasanya apabila sesuatu isu dimainkan dalam media demikian rupa adalah matlamat dan tujuan yang terselit di sebaliknya.

Apabila tiba-tiba Muhyiddin terbuka hati untuk mengunjungi Tokguru walaupun tanpa diundang(?) ia boleh dipersoalkan. Bahawa kedatangan Muhyiddin itu mungkin ada sebab-sebab dan tujuan tertentu. Kalau tidak ada sebab-sebab tertentu tidak mudah untuk Muhyiddin memohon 'maaf' kepada Tokguru. Jadi kunjungan itu bolehlah dianggap sebagai suatu apolegitk bagi Muhyiddin.

Muhyiddin mengunjungi bekas MB Kelantan itu selepas beliau mencadangkan agar diadakan jawatankuasa teknikal mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kedatangan Muhyiddin itu dengan membawa semangat menyokong hukum hudud tentulah mengembirakan orang yang sudah sekian lama inginkan hukum Allah itu dilaksanakan. Lagi pun dalam Islam menganjurkan agar tetamu dan musafir diberi layanan yang baik. Dan Tokguru Nik Aziz sangat menitik beratkan hal ini.

Bagi saya, kalau kunjungan itu bermotifkan politik, ia sedikit pun tidak akan menjejaskan pendirian dan prinsip Tokguru. Kalau ada rasa bimbang Tokguru terpedaya dengan terjahan politik Muhyiddin ia adalah ilusi yang jahat. Anti bodi politik Tokguru begitu kuat dan sudah teruji sejak berdekad lalu. Dalam melayani Umno Tokguru bersifat macam jinak-jinak merpati, yang boleh didekati tetapi tidak boleh dijamah.

Bagi saya penerimaan Tokguru itu tidak perlu dibimbang langsung kerana Tokguru tahu dan arif mana bayangan dalam cermin dan mana bayangan dalam air yang jernih. Beliau masih waras dan dapat menilai perbezaan di antara tebu dengan teberau, ikan keli dengan limbat dan ayam dengan itik.

Persoalan kenapa Muhyiddin datang. Bukahkah dia tahu pendirian dan sikap Tokguru? Dan dia juga tahu bahawa hudud itu bukan sesuatu yang menjadi agenda Umno. Malahan Najib sendiri sudah menegaskan bahawa "no hudud in Malaysia," dan semasa berucap di satu himpunan dihadiri para ustaz dan lebai di Alor Star, Najib berkata, dia tidak menolak hudud, tetapi masa untuk melaksanakannya masih belum sampai.

Apakah Muhyiddin tidak dapat membaca mesej Najib itu? Bukahkah penjelasan Najib itu menjawab hiru pikuk mengenai cadangan kerajaan Pas hendak membawa RUU persendirian (private bill) ke parlimen untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Umno juga akan berdepan dengan MCA dan Gerakan yang menentangnya sekiranya Najib menyokong hukum. MCA dan Gerakan juga sudah memberi kata dua kepada Najib kalau RUU itu diterima, kedua parti itu akan mengkaji balik kedudukan dalam BN. Najib dan Umno akan menerima padah besar. Justeru kehadiran Muhyiddin itu bukan sangat untuk menyokong hudud, tetapi ada maksud lain di sebaliknya. Dia tahu Najib tidak akan tukar di antara hudud dengan sokongan politik bukan Islam.

Bagaimana pun kunjungi Muhyiddin yang lengkap dengan berkopiah putih itu sambil mencadangkan supaya ditubuhkan jawatankuasa teknikal, disanjungi oleh sesetengah orang dalam Pas. Orang Pas yang mengira dengan terlaksananya hudud semua masalah akan selesai, menyambut kedatangan Muhyiddin itu bagaikan dewa. Dan sebagai tetamu Muhyiddin hari itu dijamu dengan kueh jala, akak di rumah Tokguru.

Muhyiddin sudah tentu disanjung oleh mereka yang mahu melihat hudud tertegak dengan cara berkongsi dengan Umno. Pihak yang membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka, percaya Muhyiddin ikhlas dengan hudud. Muhyiddin telah mendapat untung politik untuk dirinya. Muhyiddin sangat mengharapkan itu kerana dalam masa sama beliau mahu memberi tekanan psiologi kepada Najib. Dalam era pertarungan Muhyiddin teringin sangat dirinya dilihat lebih Islamik dari Najib. Imej itulah yang hendak diguna pakai bagi menekan Najib.

Tidak boleh ditolak pemergian Muhyiddin ke rumah Tokguru itu mungkin atas cadangan Dr Mahathir Mohamad. Umum tahu di dalam Umno sendiri apa yang sedang Mahathir rancang dan gerakan bersama Muhyiddin iaitu untuk menumbangkan Najib.

Kerana memahami situasi itu kedatangan Muhyiddin ke Pulau Melaka itu kononnya atas inisitiaf Muhyiddin perlu dipertikaikan. Ia adalah kedatangan yang diatur dan dirancang demikian rupa. Sudah tentu sudah ada persiapan dan jadual rapi untuk tujuan itu. Kalau mengikut Tokguru Nik Aziz yang mengatur kedatangan Muhyiddin itu adalah anaknya Nik Abduh sendiri.

Ini tidak menghairankan kerana apabila dipadan dengan sebuah cerita dari Kuala Lumpur, ada sekumpulan orang Pas berjumpa dengan Muhyiddin lebih dari empat kali. Apakah perjumpaan itu sebahagian daripada rancangan untuk membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka. Dan lebih tidak seronok lagi, terdengar pula khabar ada kata-kata sekiranya projek hudud itu sukses dua orang ahli parlimen dari Kelantan akan diberi sagu hati besar?

Cerita-cerita yang belum terdedah dan sampai ke telinga saya, kunjungan Muhyiddin itu bukan disengajakan. Ia adalah satu penjadualan yang lengkap yang diatur dari Kuala Lumpur.

Persoalannya kini bagi rakyat jelata sejauh manakah kunjungan Muhyiddin itu berjaya? Apa jadi sekiranya Najib memberi pandangan lain bertentangan dengan apa yang Muhyiddin sebutkan kepada Tokguru dalam pertemuan empat biji mata itu? Najib boleh mengubah kata-kata Muhyiddin kepada Tokguru dan janjinya kepada pihak lain kerana Najib masih berkuasa dan dia adalah perdana menteri.

Sekiranya Najib menyedari ini dan tidak tahu bahawa Muhyiddin sedang memasang jarum untuk melalaikan menerusi Pas (hudud) atas nasihat Mahathir sendiri, maka satu keadaan kucar kacir akan berlaku. Tunggulah. [wm.kl.11:50 am 03/05/14]

Panas!!! Siapakah dua pemimpin ternama PAS yang menghadiri pertemuan sulit dengan umno? (Gambar)

Gambar Menceritakan Seribu Rahsia

Mohd Sayuti Omar
Isu kerjasama di antara Umno dengan Pas kononnya untuk kebaikan bangsa dan agama nampaknya terus diperkatakan. Walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas sudah menegaskan berkali-kali tiada kerjasama dengan Umno kerana sebab-sebab sedia maklum, namun penegasan itu seakan tidak dipedulikan.
Gambar pertemuan sulit ikut dihadiri pemimpin Pas?
Mereka yang percaya dan yakin dengan Umno terus berusaha ke arah itu dengan mengadakan pertemuan, membincang masalah Melayu atas kepentingan agama Islam. Usaha ini bukan dilakukan oleh orang tengah atau individu-individu yang dekat dan rapat dengan kedua-dua belah parti tetapi ia juga melibat pemimpin sendiri.

Khabar terbaru satu pertemuan sulit yang khusus membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdikpandai telah diadakan, di mana pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas.

Persoalan timbul apakah kehadiran mereka atas sifat peribadi ataupun atas arahan pemimpin tertentu dalam Pas. Saya menerima kiriman beberapa keping gambar rakaman pertemuan berkenaan. Menurut catatan ia dilangsungkan di sebuah rumah salah seorang cerdikpandai yang menjadi penganjurnya terletak di Damansara?

Mungkin bagi pihak mereka yang tidak senang dengan aktiviti sebegini pertemuan itu boleh dianggap membelakangkan parti di mana ia memerlukan penjelasan. Pemimpin Pas yang menghadiri pertemuan berkenaan perlu memberi penjelasan agar rakaman gambar yang tertera ini tidak menimbulkan fitnah.

Bagaimana pun jika diteliti kepada rakaman gambar-gambar itu ia serius lengkap dengan agenda yang dibincangkan

Penghargaan Kepada Nik Aziz Boleh Jadi Tititk Mula Perdamaian Nasional

Mohd Sayuti Omar
Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa semasa membahas usul  kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di parlimen semalam telah mencadangkan kepada kerajaan agar merakam penghargaan dan memberi penghormatan kepada bekas MB Kelantan Tokguru Nik Abdul Aziz atas kejayaanya mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun dengan jayanya tanpa ada rasuah.
Nik Aziz: Wajar dihargai.
Cadangan dan saranan itu sesuatu yang tepat dan amat praktikal sekali. Penghormatan itu sesuai sebagai menunjukkan kerajaan yang ada hari ini mempunyai kesedaran dan keperihatinan untuk melihat sesuatu yang baik walaupun ianya datang dari pihak pembangkang. Seperti mana kata Mujahid kerajaan tidak sepatutnya memilih atau melihat kepada parti, sebaliknya berdiri atas kebenaran secara profesionalisme.

Bentuk perhargaan kata Mujahid terserah kepada pertimbangan dan idea kerajaan, mungkin ia boleh dilasksanakan dengan menubuhkan sebuah institusi pemikiran Tokguru, di mana pemikiran, pendekatan atau pun stail beliau berpolitik boleh diambil dan ditiru.

Bagi saya mungkin sebuah memorial boleh diadakan atau pun mewujudkan sebuah kerusi bernama kerusi Nik Aziz di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Jelas kehebatan yang ada kepada Tokguru Nik Aziz dengan melihat kepada tempoh perkhdimatannya yang belum pernah berlaku sebelum ini seorang ulamak menjadi ketua eksekutif disesebuah negeri selama itu.

Selama 23 tahun atau lima penggal parti (Pas) yang dibawah pimpinannya berjaya membentuk kerajaan Kelantan. Pencapaian Nik Aziz adalah dianggap luar biasa, sebagai seorang politician yang bermodalkan kepada ilmu dan saksiah diri semata-mata.

Seperti kata Mujahid beliau juga seorang yang tidak tahu mengambil kesempatan untuk dirinya dengan kuasa dan peluang yang ada. Nik Aziz seorang yang ikhlas, jujur dan tulus kepada rakyat dan bertanggungjawab kepada jawatan yang dipegang. Selama menjadi MB beliau tidak pernah mengubah cara hidupnya sebaliknya kekal seperti sebelum ini. Penolakannya untuk tinggal di rumah rasmi kerajaan, mengembalikan sebahagian wang gaji kepada kerajaan dan lain-lain pengamalannya menjadi satu simbol bahawa Nik Aziz tidak pernah berbangga dengan jawatan tetapi menerimanya sebagai satu amanat yang berat.

Kecemerlangan ataus jasa besar beliau juga ialah berjaya memertabatkan golongan ulamak sebagai pemimpin. Apa yang berlaku ke atas dirinya membuktikan ulamak atau golongan agama yang sering disindir dan dipersendakan sebagai lemah atau tidak mampu mentadbir negeri dan berpolitik adalah meleset. Kejayaan dan pencapaian ditunjuki oleh bekas MB Kelantan itu membuktikan ulamak boleh bahkan sememangnya wajar menduduki jawatan itu kerana ia boleh mengurangkan kontroversi politik dan membawa semangat ukhwah sejagat.

Percakapan mengenai kehebatan Nik Aziz sebagai seorang MB dari rahim ulamak, bukan saja terbatas di negera ini saja tetapi di seluruh dunia. "Di mana-mana saja kita pergi orang akan memperkatakan mengenai kehebatan atau peribadi Tokguru Nik Aziz," begitu kira-kira ujar Mujahid.

Sekiranya cadangan Mujahid itu dapat direalisasikan ia juga akan menunjukkan transformasi politik atau pun dalam kosa kata lain 'perdamaian nasional' yang hendak dilaksanakan Najib akan menjadi kenyataan. Apabila kerajaan mengikhtiraf jasa-jasa dan ketokohan Mursyidul Am Pas itu dalam satu bentuk rakaman tersendiri, disinilah mungkin ia akan menjadi titik mula bagi membangunkan rangka perdamaian nasional seperti mana diimpikan Najib.

Justeru cadangan Mujahid itu perlu diterima dengan jujur dan penuh insaf berdasarkan kepada hakikat yang ada. Ia bukan sesuatu yang hendak mengada-ngada atau melebihi Nik Aziz tetapi apa dicapainya adalah satu sejarah dan kebangaan buat umat dan negara ini.

Semua pihak baik kerajaan atau pembangkang perlu mengalu-alu dan menyokong saranan Mujahid tersebut. Dengan wujudnya satu bentuk penghargaan kepada Nik Aziz akan bertambahlah satu lagi bilah sejarah di negara ini.
http://msomelayu.blogspot.com

Takdir Menimpa Husam Bawa Hikmah Kepada Pas Kelantan

Mohd Sayuti Omar
Benar dan sahih setiap takdir atau peristiwa yang berlaku di atas muka bumi ini membawa rahmat dan hikmah tertentu. Ia ada rahsia tersendiri. Tunggu lagi sejauh mana manusia menggunakan mata hati dan pandangan kerohaniannya untuk menilai segala hikmah dan rahmat di sebaliknya. Rahmat dan hikmah ini hanya dapat dilihat oleh mereka yang mempunyai mata zahir dan mata batin yang tajam.
Kepada yang buta atau bermata 'ikan kering' tetap tidak tampak apa-apa di sebaliknya. Turunlah berapa banyak peristiwa dan kejadian ia tetap dilihat dalam warna yang sama dan makna serupa.

Demikian kejadian yang agak menyayat dan mengejutkan mengenai penahanan Naib Presiden Pas Husam Musa oleh polis. Husam ditahan Sabtu lalu untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran satu ucapannya di Ketereh. Husam yang ditahan di Kuala Lumpur dibawa dengan kereta ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, dan remen selama dua hari.

Penahanan itu tidak dinafikan satu masalah dan penafian hak asasi ke atas Husam selaku ahli politik. Husam yang dalam perjalanan ataupun bersiap sedia untuk menghadiri kemuncuk himpunan Black505 di Padang Merbok ditahan di Kampung Pandan, Ampang.

Penahanan itu menyebabkan Husam antara pemimpin yang akan berucap dan dinanti-nantikan oleh kalangan anak muda gagal hadir. Setiap yang hadir tertanya-tanya ke mana Husam hingga pengumuman beliau diserkop polis dibuat.

Dari makrifat biasa manusia, kejadian itu mengilankan dan ia dengan mudah ditanggap sebagai satu penganiayaan dan kejahatan pihak polis. Polis dituduh sebagai menghalang Husam atau sengaja menyekat Husam dari menghadiri himpunan berkenaan. Al maklumlah Husam merupakan pemimpin yang menjadi kegilaan dan kesayangan anak-anak muda masa kini. Justeru ada beranggapan penahanan Husam itu atas motif politik dan tindakan malafide.

Kenapa ia dianggap sebagai penahanan bermotif politik? Waran untuk tahan Husam bertarikh 21 Jun tetapi kenapa Husam ditangkap pada 22 Jun. Polis boleh menahan Husam dalam tempoh 24 jam semasa beliau berada di Kota Bharu lagi, dan kalau itu dilakukan ia tidak 'menyakitkan' batang tubuh Husam yang terpaksa dibawah ke Kelantan dengan kenderaan polis. Husam khabarnya demam semasa ditangkap.

Namun seperti dinyatakan tadi kejadian itu, tindakan polis menahan Husam ada hikmahnya yang bukan mudah dan tidak payah untuk difahami. Seperti saya katakan kalau kita mempunyai mata batin yang tajam kita akan mulai merasai hikmah dan kebaikan di sebalik kejadian itu.

Bagi Husam sendiri penahanan beliau itu menjadi satu ujian buat dirinya dan juga untuk beliau mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Beliau boleh melihat berapa ramai yang menyokong dan simpati kepadanya dan berapa ramai pula yang ketawa dan mujur dengan kejadian itu.

Husam tidak perlu membuat kaji selidik untuk mengetahui sejauh mana orang sayang atu tidak kepadanya. Peristiwa ditahan polis itu menjadi satu kayu ukur terbaik buatnya. Hari ini Husam mulai mengenali sahabat dan penyokong sejati. Husam juga mengenal dan menyedari bahawa sesetengah tanggapan dan tuduhan para penyokong fanatiknya adalah tidak benar. Tidak seperti mana yang dianggap.

Atas takdir itu kita dapat melihat beberapa keadaan yang mungkin disalah suluh sebelum ini. Tanggapan bahawa Husam dianiaya atau ada pihak-pihak tertentu berlaku kejam terhadapnya dengan menikam dari belakang terutama berhubung pengguguran beliau dari barisan Exco terjawab dengan sendiri. Bahawa tidak berlaku seperti mana dianggapkan itu. Tidak ada siapa yang membenci dan mengkhianati Husam dalam soal itu seperti mana disangka. Tidak ada kawan yang makan kawan dalam Pas Kelantan.

Ini terbukti bila mana 'saing sobat'nya mengambil berat berhubung nasib malang diterima Husam itu. Semua pimpinan Pas di Kelantan mengambil peduli kepada apa yang berlaku itu. Mereka tidak membiarkan Husam meringuk sendirian dalam lokap tanpa bertanya mengenainya. Tokguru Nik Aziz Nik Mat sendiri sebaik mengetahui apa yang berlaku, berdoa dan meminta Husam dan keluarganya bersabar. Saya yakin kalau Tokguru sihat beliau akan turut sama hadir ke IPD untuk minta berjumpa dengan Husam.

Begitu juga MB Ahmad Yakob, turun sendiri ke IPD di Pengkalan Chepa untuk berjumpa dengan Husam. Ahmad bersama para penyokong Husam menanti di IPD. Kedatangan Ahmad Yakob itu satu teladan yang baik dan menyerlahkan akan prihatin dan tanggungjawab Ahmad Yakob sebagai ketua kerajaan dan ketua parti. Sikap Ahmad Yakob itu benar-benar menjadi pengganti kepada Nik Aziz. Begitu juga dengan pimpinan-pemimpin lain yang dilihat tidak berapa mesra dengan Husam sebelum ini turut sama bertanya khabar.

Dewan Pemuda Pas, Dewan Ulama semua memberi respon melahirkan simpati kepada Husam, kecuali Dewan Muslimat. Ketua Pemuda, Abdul Latif Abdul Rahman mendesak agar Husam dibebaskan segera. Dewan Ulama pula melalui Pemangku ketuanya, Ustaz Hasan Mahmod ikut sama ke IPD untuk menjenguk dan bertanya khabar Husam Musa.

Demikian halnya TMB Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah individu yang ditohmoh mengkhianati Husam atau merampas jawatan Husam (TMB) ekoran ketiadaan Husam dalam barisan Exco, tanpa melihat prejudis kepadanya turut sama mengambil perhatian terhadap apa dialami Husam dengan meminta membebaskan segera Husam. Mohd Amar telah membuat kenyataan memberi tahu Pas akan menyediakan barisan peguam terbaik untuk membela Husam. Jelas tindakan dan keprihatinan Mohd Amar itu menandakan setiakawan yang baik.

Manakala Speakar Dun Kelantan, Abdullah Yakob pula ke IPD lewat petang ini bersama Exco Nasaruddin Daud untuk menjenguk Husam. Walaupun tidak dibenarkan pelawat berjumpa Husam kecuali peguam dan isteri, tetapi atas jasa baik polis, Nasaruddin dan Abdullah dibenarkan berjumpa dengan Husam sebelum dibebaskan lewat petangnya.

Jelaslah komitmen dan kepedulian itu menunjukkan semangat uhkwah Islamiyah di kalangan pemimpin Pas Kelantan masih utuh dan padu. Musuh akan menangis kekeringan air mata untuk melihat Pas berpecah selepas Nik Aziz tidak lagi menjadi MB. Sebenarnya apa yang berlaku ini ia merupakan satu testimoni kepada semua pihak dalam Pas Kelantan sejauh manakah iltizam dan semangat setiakawan di kalangan mereka.

Adalah diharap perkembangan yang membanggakan ini akan memulakan era baru kepada Pas Kelantan. Rasa hormat dan kasih sayang sesama sendiri hendaklah dijadikan bibit bagi menguatkan Pas Kelantan demi memastikan Pas akan terus memerintah Kelantan pada masa akan datang.

Mungkin satu konsesus baru di kalangan Pas Kelantan juga boleh dibuat selepas ini. Apabila Husam dirihatkan untuk mentadbir Kelantan secara langsung kerana tidak menjadi anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pas Kelantan boleh melupakan segala tetek bengit sebaliknya kembali kepada semangat ukhwah sebenarnya. Pas Kelantan kena fokus kepada manifesto yang dijanjikan kepada rakyat. Untuk tujuan itu Pas boleh menyusun semula hirerki kepimpinnanya baik di peringkat negeri maupun penglibatan Pas di peringkat nasional.

Misalnya dalam keadaan hari ini Pas Kelantan boleh terus memberi kepercayaan dan kerjasama kepada Ahmad Yakob dan Mohd Amar Nik Abdullah untuk memimpin Kelantan. Manakala Husam pula dilepas untuk menjana Pas di peringkat pusat. Dengan pencapaian ataupun pengaruh yang dimiliki Husam hari ini beliau sudah wajar untuk mencuba sekali lagi Husam diletakkan di kerusi Timbalan Presiden. Kredibiliti yang ada kepada Husam juga melayakkan beliau untuk memimpin Pas diperingkat pusat yang mana suatu hari nanti boleh diangankan dia menjadi perdana menteri.

Sekiranya Pas Kelantan berminat untuk mencuba sekali lagi meletakkan Mohd Amar di kerusi Naib Presiden ia tidak menjadi masalah kerana cadangan itu tidak bertindih dengan Husam. Saya yakin kalau kesemua 14 kawasan Pas Kelantan seiya sekata dalam soal ini kedua-dua tokoh pelapis Pas Kelantan itu akan memperolehi kemenangan. Peristiwa pada muktamar tiga tahun lepas tidak akan berulang di mana kedua-duanya tewas dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi Pas.

Nah jadilah takdir yang menimpa Husam itu sebagai iktibar dan titik mula ke arah untuk mengemaskan lagi ikatan ukhwan Islamiyah di dalam Pas Kelantan. Yakin dan percayalah Allah tidak sia-sia mentakdirkan sesuatu peristiwa itu asalkan saya kita bijak mentasirkannya

Mengapa Azmin dan Dr Rani Tidak Ada Dalam Senarai Exco?

Mohd Sayuti Omar
Hari ini setelah lebih dua minggu pilihan raya berlalu kerajaan Selangor terbentuk dengan rasminya apabila 10 orang Exconya telah selamat mengangkat sumpah. Mungkin semua orang lega terutamanya Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah lebih awal sebagai MB, tetapi masih belum memanggil mesyuarat Exco kerana 'kelewatan' pembentukan barisan majlis mesyuarat Kerajaan Selangor.

Namun pun begitu, ada sesuatu yang boleh dipertikaikan disebalik pembentukan kerajaan Selangor itu. Mungkin orang akan bertanya, (atau tidak mahu bertanya), mengenai kedudukan Mohamed Azmin Ali dan Dr Rani Osman, mengapa mereka tidak termasuk dalam senarai Exco? Apakah nama mereka tidak disenarai oleh parti atau mengapa?

Tidak mungkin parti PKR dan PAS tidak menyenaraikan nama mereka. Mereka berdua adalah Pengerusi Perhubungan parti masing-masing di Selangor. Dr Rani ialah Pesuruhjaya PAS Selangor manakala Azmin ialah Ketua Perhubungan PKR Selangor.

Boleh jadi parti telah menyenaraikan nama mereka, tetapi ada pihak yang tidak mahukan mereka? Siapakah yang tidak mahukan mereka dan apakah sebabnya? Pemerhati politik tentu ingin mengetahuinya. Kita tahu untuk penjawat MB dan Exco ia memerlukan perkenan Sultan. Sekiranya Sultan tidak berkenan maka mereka tidak dapat menjadi MB atau Exco. Di sini menunjukkan Sultan berkuasa sama dalam pembentukan kerajaan sesebuah negeri seperti Selangor itu.

Apabila tiada nama Azmin dan Dr Rani ini menunjukkan sultan tidak merestui mereka?

Timbul persoalan apakah kuasa dan peranan Sultan sejauh itu sekali? Apakah kuasa sultan mengatasi kuasa parti politik dan cara itu tepat dan benar? Maksudnya Sultan boleh menafikan apa-apa cadangan yang dibuat oleh parti? Apa yang berlaku ini menunjukkan begitulah hakikatnya. Ini bermakna sehebat mana kuasa parti, sekuat mana kuasa parti kalau, Sultan tidak memberi perkenan maka seseorang yang ditunjuki parti itu tidak boleh memegang jawatan MB atau Exco. Apakah erti dan makna semua ini?

Kelakuan ini juga boleh menolak kebimbangan tidak berasas sesetegah pihak sebelum ini yang telah menerima dakyah pihak-pihak tertentu. Kononnya sekiranya Pakatan Rakyat menang, negeri ini akan dikuasi oleh orang Cina. Dengan apa yang berlaku ke atas Azmin, Dr Rani dan Husam Musa di Kelantan itu, menjelaskan bahawa kuasa 'penuh' dalam menentukan ketua kerajaan terletak di tangan sultan? Maknanya selagi sultan tidak bertukar menjadi Cina atau India maka selama itulah penguasa atau pentadbiran negara ini orang Melayu.

Kalau begitulah yang menjadi amalan dan peraturan digunapakai elok kalau sebelum menamakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya parti kena mengemukakan calon-calon mereka kepada sultan terlebih dahulu untuk mengetahui akan sultan berkenan atau tidak. Ini penting bagi mengelakkan hal-hal yang sudah berlaku itu terjadi.

Kerana kalau sultan tidak memberi perkenaan, calon-calon yang dibayangkan untuk jadi MB atau Exco oleh parti yang menang tidak akan dapat dilaksanakan kerana mereka yang dicadang itu tidak mendapat perkenan sultan. Ini menjelaskan dalam apa juga perkara perkenaan sultan diperlukan.

Di sini semacam ada pertindihan kuasa dan konflik dalam demokrasi? Sepatutnya mana-mana parti yang menang dengan mendapat majoriti berhak menamakan sesiapa di kalangan anggotanya untuk menjadi MB atau Exco. Kalau hak parti itu sudah tidak dihiraukan lagi, maka elok dipinda undang-undang atau peraturan semua nama-nama calon yang akan bertanding dalam pilihan raya mestilah mendapat perkenaan sultan. Biarlah kedudukan ini jelas bagi mengelakkan kekeliruan dan timbul pertanyaan umum.

Pertindihan atau konflit demokrasi serta situasi begini bukan baru. Ia juga pernah berlaku sebelum ini. Sudah sampai masanya satu mekanisme diambil bagi mengelakkan situasi sebegini yang tidak membantu menyuburkan demokrasi negara ini. Pertindihan ini perlu dilengsaikan dan diselarikan, iya kalau semuanya diserahkan kepada sultan dan raja sebutlah biar terang.
http://msomelayu.blogspot.com

Jaguh-jaguh perdebatan baru di Parlimen

Mohd Sayuti Omar
Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana pasar ikan.

Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas MP Kulim ― Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat kepada UBN.

Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi separuh jalan “menungging punggung” kepada Pakatan Rakyat bahkan membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar memberi sesuatu habuan kepada mereka.
Mereka ini adalah orang-orang yang boleh “diciskan”. Mereka bukan saja tidak ada moral politik tetapi sebenarnya tidak pernah menghormati demokrasi dan amanah rakyat kepada mereka. Cis 44 kali.

Ada yang juga yang terpaksa berpaling tadah kerana dikejar jenayah yang mereka lakukan sendiri. Jadi untuk menyelamatkan diri mereka sanggup menjilat ludah dan “menggetel telor” pemimpin UBN. Ada juga yang sanggup menggunting lidah sendiri di akhirat besok semata-mata untuk mempertahkan kedudukan sebagai ahli parlimen. Sidang parlimen kali ini tanpa mereka. Mereka semua kalah dalam pilihan raya lalu atau tidak diberi peluang bertanding langsung. Inchek Ibrahim Ali yang kononnya bisanya sampai ke telinga, dihumban pengundi Pasir Mas, kalah sehinggakan makan pasir kepada lawan yang dianggap sebagai “anak kera Pulau Melaka” dengan kekurang undi sebanyak 8,047.

Selain bekas-bekas MP cabuk itu sudah tidak ada lagi di dewan, beberapa MP Umno mulut berus dan cakap besar juga sudah tidak ada lagi. Dari Umno Abdul Aziz Mohamad wakil Seri Gading, Johor sudah tidak ada. Tajuddin Rahman pula yang sering menunjukkan muka bengis dan hidung “bercengik” juga tidak akan galak lagi kerana beliau dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri. Begitu juga Rahman Dahlan yang dijadikan peluru untuk serang Anwar Ibrahim tidak akan dapat dijadikan bullet lagi kerana dia dinaikan pangkat menjadi menteri. Kedudukan itu agak canggung untuk mereka bertindak menjadi penjerkah atau pengampu yang penuh lemak dan perut labuh di parlimen.

Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin dari Kanabatangan Sabah.

Mungkin kehilangan mereka itu kita tidak terasa bahkan mujur. Mudah-mudahan sidang parlimen tanpa mereka tidak akan jadi kalut dan membentuk parlimen menjadi sarkas. Mudah-mudahan parlimen akan datang benar-benar terjaga akan kemuliaanya. Tetapi ketiadaan orang-orang seperti Sallahuddin Ayub, Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasation Ismail, Azan Ismail menjadikan sidang kali ini kurang bertenaga. Kita tidak dapat mendengar lagi perbahasan mereka yang sarat dengan fakta dan berkualiti dan senantiasa dinanti-nanti oleh pegawai kerajaan dan pengikut sidang parlimen.

Ketiga-tiga mereka tews dalam pilihan raya lalu. Salahuddin yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan tewas di parlimen Pulai, Johor. Manakala Saifuddin Nasution Ismail bekas anggota Parlimen Machang pula tewas di Kulim ― Bandar Baru. Begitu juga Azan Ismail yang tidak lagi bertanding di kerusi parlimen, berpindah ke kerusi state Terengganu, menang.

Sayang sekali. Tetapi apa boleh buat, semua terletak ditangan pengundi. Pengundilah yang menentukan apakah mereka masuk atau tidak ke parlimen. Betapa pun mereka diperlukan untuk menjadi pembahas dan kritikus parlimen yang baik tetapi kerana kehebatan mereka itu tidak dinilai pengundi, maka mereka tertinggal. Kekalahan mereka sedikit sebanyak menghilangkan keceriaan parlimen kali ini.

Bagaimana pun kata orang, yang hilang akan berganti, yang patah akan tumbuh. Ketiadaan mereka pasti akan berganti. Beberapa muka baru yanhg mulai melangkah ke perlimen sebagai anggota dewan diharap dapat menyambung tugasan dan tanggungjawab kekawan mereka yang tiada dalam dewan. Kehangatan dewan dengan suara mereka yang membawa suara dan aspirasi rakyat akan dapat diteruskan oleh muka-muka baru.

Antara muka baru yang dirasakan akan menjadi ahli parlimen berwibawa ialah Mohd Rafizi Ramli (Padan), Hanifa Maidin (Sepang) Takiyuddin Hassan (Kota Baru), Idris Jauzi (Batu Pahat), Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan juga Shamsul Md Akin (Bukit Katil). Kebetulan kesemua mereka adalah profesional. Rafizi merupakan pengarah Strategfi PKR kelulusan sebagai akauntan yang banyak mendedahkan isu penyelewengan UBN. Salah satu isu yang sebati dengan Rafizi ialah pendedahan projek NFC.

Idris Jauzi bekas pegawai kerajaan begitu juga Idris Ahmad bekas pensyarah dan pendakwah. Kedua mereka banyak pengalaman. Manakala Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul Iskandar pula ketika-tika mereka adalah peguam yang berpengalaman.

Teruyamanya Takiyuddin bekas anggota Exco Kelantan akan menggunakan pengalamannya sebagai anggota Exco untuk berhujah dan membawa idea-idea baru di parlimen. Sebagai peguam sudah tentu Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul akan menegakkan keadilan dan kebenaran di parlimen. Mereka akan menjadi pengkirtik berwibawa terhadap mana-mana tindak tanduk kerajaan yang tergelecah dari perundangan dan perlembagaan.

Sudah tentu kehilangan Sallahuddin, Saifuddin Nasution dan Azan akan diganti oleh mereka. Mereka yang baru ini akan memperkuatkan barisan pembangkang dengan ahli parlimen yang sedia ada seperti Mohamed Azmin Ali, Mahfuz Omar, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah dan lain-lain. Sudah pasti Nurul Izzah yang menang menewaskan menteri akan menjadi heroin di parlimen.

Selain mereka berlima terdapat beberapa muka baru yang lain. Mereka ialah Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, (Pasir Mas) Marzub Shaari (Bachok) dan juga Nasdaruddin Hassan. (Temerloh). Kebetulan mereka adalah dari Dewan Pemuda PAS. Mereka sudah dikenali sebagai penceramah dan da”i di dalam PAS tetapi kewibawana mereka sebanarnya akan diuji di dalam parlimen.

Apakah mereka akan hadir ke parlimen setakat mendengar dan angguk, ataupun membaca beberapa hadith dan ayat-ayat Quran untuk mematahkan hujah pihak kerajaan dari konteks agama? Atau mengemukakan pandangan berupakan konsep atau pun idea-idea progresif dari akar Islam untuk membangun agama dan negara?

Kita berharap mereka bukan beretorik atau pun sekadar memberi ingatan dan pesan agar solat, jangan tinggalkan puasa ataupun sekadar menceritakan hikmah dan filsafah Haji dan Umrah ataupun membentangkan kehebatan syaksiyah para Rasul dan Umur Ibnu Aziz seperti di pentas-pentas ceramah fardu ain atau kuliah Maghrib. Kita mahu mendengar apakah pandangan mereka untuk membaik-pulih pentadbiran negara, ataupun lebih diharapkan mengemukakan formula konkrit ke arah perpaduan sejagat. Hujah dan idea mereka untuk mengatasi masalah sosial juga diperlukan. Dalam masa sama, apakah mereka dapat bertindak menjadi pembangkang yang bijak dan kreatif.

Lain-lain muka baru seperti Dr Izani Hussein dari Pengkalan Chepa, atau Wan Hassan dari Dungun Terengganu dan lain-lain juga diharap jangan setakat mengambil bahagian sekadar mengemukakan soalan bertulis tetapi yang lebih diharap akan mengemukakan soalan tambahan yang boleh menggoncangkan pihak kerajaan.

Sama-sama kita tunggu dan ambil perhatian atas apa yang saya perkatakan ini.

Ketua Polis Negara: Bakri Zinin Lebih Layak?

Mohd Sayuti Omar

Seberakhirnya pilihan raya umum ke-13 khidmat Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara (KPN) juga akan berakhir. Beliau akan bersara wajib Jumaat ini. Ekoran itu siapa pengganti beliau sudah menjadi sebutan dan spekulasi.

Kalau mengikut tradisi timbalannya Khalid Abu Bakar akan automatik diangkat menjadi penggantinya. Namun itu bukan kemestian, perlantikan KPN perlu mendapat restu dan perkenan Yang diPertua Agong

Selain Khalid antara yang layak dan boleh dipertimbangkan ialah Mohd Bakri Zinin yang kini memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohamad Fuzi Harun yang merupakan pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.

Selalunya ketiga-ketiga penjawat inilah yang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan teratas PDRM.

Memandangkan keadaan negera kini dalam pascra pilihan raya di mana suasananya belum tenang dan aman serta sangat memerlukan seorang pendamai, sudah tentu pasukan polis perlu diketuhui oleh seorang individu yang bukan saja berpengalaman untuk menjadi ketua, tetapi tidak dianggap mencampuri urusan politik. Seorang anggota yang adil dan saksama sangat diperlukan. Seorang pegawai berwibawa dan dihormati ramai adalah tepat dan sesuai untuk dilantik menjadi KPN.

Dalam hal ini Khalid Abu Bakar walaupun dalam menjalankan tugas dan bidang kuasa yang ada kepadanya, beliau berhak melakukan sesuatu, tetapi ada kalanya dia bercakap melebihi dari keperluan sepatutnya. Nadanya persis nada ketua MT Umno. Dia ada kalanya terlajak jauh dalam membela parti pemerintah. Cakap-cakapnya mirit berpihak kepada sesebelah pihak yang menimbulkan kejengkilan pihak lain.

Misalnya dalam kes lembu gemuk (NFC) melibatkan laki Sharizat Jalil belum apa-apa lagi Khalid telah membuat kenyataan mendahului siasatan dengan menyatakan tiada penipuan dalam kes tersebut. Kenyataan begitu boleh mempengaruhi persepsi umum dan menganggu penyiasatan. Kenyataan itu dianggap cuba membayangi keadaan kerana ia masih belum disiasat. Tindakan beliau itu tidak disenangi dan nampak sangat cuba membela sesuatu pihak yang disukainya. Seorang anggota polis yang diharap menjadi pengaman yang bijak tidak sewajarnya bersikap bias.

Berbeza dengan Mohd Bakri Zinin bertindak lebih profesional dan tidak menunjukkan kecenderongan memihak kepada mana-mana. Langkahnya menubuh Operasi Cantas, untuk membenteras dan mencantas apa-apa maklumat palsu dan provokasi di dalam media baru semasa pilihan raya baru-baru ini menunjukkan kewibawaan dan sikap tidak memilih bulu oleh beliau. Idea beliau itu juga dinamik dan selangkah ke depan untuk keamanan negara.

Keperluan untuk Bakri dilantik menjadi Ketua Polis Negara juga memandangkan kepentingan keselamatan di Sabah ekoran serangan penceroboh Sulu di Lahad Datu. Kebetulan Bakri anak Sabah jadi beliau lebih arif memahami situasi di Sabah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Rasanya juga sudah sampai anak Sabah diberi kepercayaan untuk memimpin PDRM apa lagi zaman sekarang ini zaman tranformasi dan peralihan stail kepimpinan. [wm.kl.12:46 pm 14/05/13]

Orang Pak Lah Menang, Orang Najib Kalah?

Mohd Sayuti Omar
Ada beberapa fakta menarik dalam pilihan raya lalu yang boleh dijadikan bahan renungan. Salah satu ialah mengenai kekalahan orang-orang Najib Razak, maksudnya para pegawai atau setiausaha politiknya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa beberapa orang setiausaha politik Najib tewas dalam pilihan raya lalu.
Sebaliknya kontras pula beberapa orang bekas pegawai atau setiausaha bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ramai yang menang. Ini merupakan satu ironi yang menarik.

Pegawai atau setiausaha Najib yang kalah ialah yang bertanding di kawasan pengundian anak-anak saya di Wangsa Maju, Shafei Abdullah. Shafei merupakan setiausaha politik Najib kalah kepada calon PKR Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan undi sebanyak 5,511. Shafei mengutik sebanyak 26,130 manakala Kee Kwong sebanyak 31,641 undi.

Seorang lagi setiausaha politik Najib yang kalah, Mohd Fatmi Che Salleh yang bertanding di parlimen Kota Bharu. Beliau kalah kepada Takiyuddin Hassan dari PAS dengan kekurangan undi sebanyak 15,970. Fatmi mengutik 24,650 manakala Takiyuddin yang juga Naib Setiausaha Agung PAS mengutik 40,260.

Kekalahan Fatmi ini merupakan paling parah dan menyebabkan jiwa terseksa.

Sementara seorang lagi setiausaha Najib juga tertumus makan pasir ialah, Sahlan Ismail tewas kepada Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Pokok Senan Kedah. Sahlah yang juga abang kepada Saifuddin Nasution Ismail kalah 3,935 undi. Beliau mengutik 32,263 manakala Mahfuz 36,198.

Seperti dikatakan tadi keadaan jadi terbalik kod, bila mana ketiga-tiga bekas setiausaha politik bekas PM Pak Lah kesmeuanya menang, walaupun kemenangan tipis.

Mereka ialah Alwi Che Ahmad yang menang di kerusi Negeri di Kok Lanas Kelantan mengalahkan calon PAS Nik Mahadi Nik Mammod dengan kemenangan kecil 169 saja. Alwi kutip 10,040 undi manakala Nik Mahadi 9,871 undi saja.

Seorang lagi setiausaha politik Pak Lah yang menang ialah, Ramzi Abdul Rahman di kerusi Negeri, Dabong. Ramzi juga menang tipis dengan majoriti 229, beliau mengutik 4,612 undi manakala lawannya Tok Imam Ku Zaki Ku Hussein mengutip 4,383.

Bekas setiausaha politik Abdullah di MOF Reezal Marican Naina Marican yang mengganti Abdullah di Kepala Batas menang 4,176 mengalahkan calon PAS Afnan Hamimi Taib Azamuddin. Reezal mengutip 25,128 manakala Hamimi 20,952 undi.

Tidak terlupa seorang lagi bekas setiausaha politik Pak Lah yang juga menang ialah Mahadzir Khalid yang bertanding di kerusi Padang Terap. Mahadzir menang dengan Mohd Nasir Zakaria dari PAS dan seorang bebas Mohd Badzli Abdullah. Mahadzir menang dengan 4,442 apabila berjaya mengutik undi sebanyak 20,654 undi dan Mohd Nasir penyandang mengutik 16,212. Manakala bebas 243 undi saja.

Apakah kemenangan 'orang-orang' Pak Lah menunjukkan Pak Lah lebih popular dari Najib? Mungkin juga perbandingan begitu boleh dibuat. Yang jelas prestasi Najib lebih buruk berbanding dengan prestasi Pak Lah yang dikatakan terburuk apabial UBN menang 140 kerusi. Kalau prestasi UBN ditangan Pak Lah terburuk maka prestasi UBN ditangan Najib paling paling dan paling terburuk.

Dan jika Pak Lah diasak agar letak jawatan atas kegagalan UBN mendapat majoriti 2/3 di parlimen maka Najib juga sepatutnya dinyahkan dari menduduki kerusi presiden Umno dan PM kerana prestasinya paling paling dan paling terburuk. Ataupun Umno menggunakan kayu pengukur lain pula apabila sampai giliran anak 'bangsatwan' ini.

Najib Perlu Balas Jasa Khiary

Mohd Sayuti Omar
Menantu Abdullah yang baru menang di Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menawar diri untuk diberi tugas oleh Najib sebagai anggota kabinet. Khairy tidak minta tetapi dia menawarkan dirinmya. Katanya berilah apa tugas dia akan pikul tugas dan tanggungjawab itu. Bahasa politik tawar diri dan khidmat itu adalah bahasa diplomasi politik yang bermaksud memintak.
Moleklah kalau Najib mengambil kira Khiary. Kemenangannya di Rembau walaupun tidak menjadi singnifiken tetapi ia memberi makna kepada penambahan kerusi untuk BN. Kalau Khairy tidak menang atau tiba-tiba cabut diri mencari kloni baru menyertai PAS misalnya kerusi UBN akan jadi 132 kerusi.

Lagipun tidak ada sebab untuk Najib terus mendera menantu bekas PM itu. Kalau dia sebelum ini berdosa, tetapi dosanya sudah terhapus dan dia berjaya membersihkan diri dengan memperolehi kemenangan 5 Mei lalu. Lagipun penghalang kepada niat Najib untuk melantik Khairy dalam Kabinet sudah pun tidak ada. Atau ada, orang itu tidak bersungguh lagi mencegah Najib sebab matlamatnya sudah separuh berjaya.

Semua orang tahu yang benci dan tidak hingin pandang muka Khairy ialah Mahathir. Sebabnya Khairy telah menewaskan anaknya untuk menjadi ketua pemuda Umno. Mahathir tuduh Khairy melakukan rasuah tanpa menilik ke dalam dirinya yang dua kali lima saja.

Kini Mukhriz sudah pun jadi MB Kedah. Satu perancangan yang cukup mudah dan pantas. Kepantasan projek mengMBkan Mukhriz itu kerana sikap kepala beberapa orang pucuk pimpinan PAS Kedah juga khasnya Azizan Razak. Padan muka.

Kedudukan Mukhriz itu lebih besar dari kedudukan sebelum ini sebagai timbalan menteri MITI. Bintang Mukhriz terus besinar banar persis kepalanya juga. Selepas ini dia akan terus panjat tangga dalam Umno menjadi Naib Presiden. Selepas itu timbalan dan sekiranya 10 tahun lagi Umno masih hidup Mukhriz akan mengulangi sejarah ayahnya seperti mana Najib ulangi sejarah bapanya Razak Hussein, menjadi perdana menteri.

Khairy tidak mungkin akan sampai ke situ, menuruti sejarah sama sebab dia anak yatim piatu dalam politik - politik Khairy yatim piatu. Dia hanya menantu kepada politik Abdullah Badawi sahaja. Hehe... Dia tidak bernasib baik kerana mempunyai bapak mertua yang lembek.

Elok kalau kalau Najib ketika ini sedang berdikir atau sedang menyusun anggota Kabinetnya masukkan sama nama Khairy Jamaluddin. Selama empat tahun melalui ujian dan cabaran dihina dan dinfikan haknya Khairy dikira telah lulus. Dia tidak melenting dan tidak pernah mengamuk dan terus menunjukkan kesetiaan sehingga ada kalanya dia menjadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong untuk membantu memenangkan UBN.

Jawatan atau tugas paling sesuai untuk beliau ialah mengisi tempat ditinggal Mukhriz sebagai timbalan menteri MITI. Kalau Najib terus menafikan hak Khairy dan masih pandang dan jeling Mahathir, ibarat kata akan mati beragamlah Khairy dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda akan datang.
Saya penuh yakin Najib akan mengikhtiaf Khairy kali ini. Kalau tidak timbal;an menteri MITI dia boleh diletak di bawah Annuar Musa yang khabarnya disebut akan dibawa masuk ke dalam kabonet semula untuk jadi menteri Belia dan Bola sepak?

Selamat Bersara Mendiang Salentia

Mohd Sayuti Omar
Bila mengenangkan Kelantan dan keputusan pilihan raya lalu tiadalah yang paling mengembirakan saya apabila mendapat tahu Inchek Ibrahim Ali kalah di Pasir Mas. Kalau saya mengharapkan kemenangan di Kelantan untuk peribadi saya, kekalahan Inchek Ibrahim itulah kemenangan besar buat saya

Berita itu saya sambut dengan sujud syukur di kaki lima hotel penginapan saya di Kota Bharu. Masa itu saya bersiap untuk meninggalkan hotel menuju ke satu destinasi. Tiba-tiba terima SMS dari seorang pegawai SPR memberi tahu Ibrahim Ali kalah besar dengan kekurangaa sekitar 8,000 undi.

Memang kekalahan Ibrahim itu sangat dinanti-nantikan oleh saya dan saya percaya rakan saya yang sejalur dengan saya juga. Saya berdendam politik dengan manusia dianggap genius politik ini. Tidak ada orang politik yang paling saya benci di Malaysia ini kecuali Ibrahim dengan Zulkefli Nordin.

Bagi saya kedua mereka adalah bapak munafik politik dan ahli politik paling tidak bermoral di negara ini. Kalau diadakan anugerah ahli politik tidak bermoral mereka berdualah berhak menerimanya dulu. Mungkin kalau Quran belum ditamatkan nama kedua orang ini dalam konteks politik akan masukkan sebagai pedoman dan iktibar kepada manusia akan datang.

Saya tidak bercadang mendedahkan di sini apa yang saya ketahui mengenai mereka sehinggakan saya begitu membencinya. Tetapi kekalahan mereka itu wajar dan patut sekali. Adalah satu kesalahan kalau kedua mereka atau salah satu menang dalam pilihan raya 5 Mei lalu dan terus berkokok dalam parlimen. Tanpa adanya mereka memberi ruang dan keinginan untuk saya menjenguk semula laman parlimen. Saya telah bersumpah selagi mereka berada dalam dewan saya tidak terliur untuk menjenguk parlimen. Benci. Alhamdulilah kedua-duanya kojol.

Saya pernah bermadah kepada seseorang; bagi saya tidak mengapa kalau Pakatan Rakyat tidak berjaya menakluki Putrajaya asalkan saja Ibrahim kalah di Pasri Mas. Kemenangan Putrajaya tidak membawa apa-apa makna kalau Ibrahim Ali menang. Kemenangan Ibrahim menyebabkan gaout saya akan melarat!

Alhamdulilah apa yang saya harap dan cita-citakan berjaya. Terima kasih Tuhan kerana Kau menerima ralat doa hamba-Mu ini di Makkah semasa bulan Ramdahan lalu. Mungkin saya adalah antara hamba yang terkeji di sisi Allah kerana meralat doa yang pernah dibuat.

Pada tahun 2007 semasa mengerjakan Haji bersama isteri saya pernah berdoa di hadapan Kaabah (bila sebut Kaabah ini bukan bererti saya taksub dan fanatik seperti pembacuh kopi yang buat video sumpah laknat depan Kaabah..tidak), memohon Allah berikan kemenangan kepada Ibrahim di dalam pilihan raya 2008. Saya minta Allah berikan kemenangan dan hidayah kepadanya agar menerima perjuangan Islam oleh PAS. Saya juga mendoakan agar PAS dan Tokguru Nik Aziz merestui Ibrahim bertanding atas lambang bulan purnama.

Atas kehendak Allah s.w.t. Tuhan kita seru sekalian alam permintaan saya dimakbulkan. Beliau bertanding atas tikit PAS, menang besar dengan meraih majoriti 8,991 undi. Saya bersyukur dengan kemenangan Ibrahim itu. Bagaimana pun kemenangan itu memberi keseronokan sekerat hari saja kepada saya apabila beliau mengkhinati amanah yang diberikan penyokong dan ahli PAS kepadanya. Beliau melupai daratan dan lupa kepada setiap orang yang membantu kemenangannya. Malahan Tokguru dicaci maki dan dihina sesedap mulutnya.

Paling menyesal dan memalukan saya apabila beliau menghina Tokguru Nik Aziz. Menggelar Tokguru sebagai nyayuk dan MB yang tidak tahu mentadbir dan meminta agar Tokguru letak jawatan. Bagi saya kecaman itu tidak boleh dimaafi. Bertolak dari itulah saya memasang dendam dan niat untuk melihat Ibrahim tersungkur makan tanah di Pasir Mas.

Jadi apabila beliau kalah dalam pilihan raya lalu ditangan Timbalan Ketua Dewa Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ia sungguh menggembirakan saya. Doa dan harapan saya sejak lebih empat tahun lalu termakhbul juga.

Dalam pilihan raya itu Ibrahim yang disokong padu oleh Umno dan Mahathir Mohamad sendiri datang berkempen untuknya kalah dengan kekurangan undi sebanyak 8,047. Beliau mendapat 25,384 manakala Nik Abduh 33,431. Ternyata Mahathir yang dideakan dan dikultus sebagai wali 'mujibul somat' tidak memberi berkat dan membawa rahmat kepadanya. Kerana kedatangan Mahathirlah menyebabkan Brahim kalah sebesar bukit.

Kekalahan Ibrahim kepada Nik Abduh memalukan Ibrahim dan juga Mahathir kerana kalau diukur dari segi usia, pengalaman, logistik dan kewangan Ibrahim jauh mengatasi Abduh. Bolehlah dianggap kekalahan Ibrahim kepada budak baru belajar politik. Abduh berdepan dengan Ibrahim bukan dengan taburan ringgit tetapi dengan tadahan doa berdoa meminta pengampunan dan bantuan Allah kita.

Hilang dan lenyaplah kehebatan Ibrahim selama ini yang dianggap sebagai champion. Beliau sendiri tanpa segan dan silu menggelarkan dirinya sebagai Adi Jagat. Adi Jagat bermakna pahlwan di langit dan di bumi. Kekalahan itu menjelaskan Ibrahim bukan sahaja ditolak oleh hantu di bumi tetapi dia juga tidak disenangi malaikat di langit. Khbarnya kambing dan lembu di Pasir Mas juga benci kepada Ibrahim.

Menganalisa penglibatan Ibrahim dalam pilihan raya di Pasir Mas serta angka-angka kemenangannya jelas menunjukkan Ibrahim bukan seorang berpengaruh seperti dijangka. Pengaruh peribadinya tidak sampai pun 6,000. Pengaruh atau penyokong tegarnya sekitar 3,600 orang sahaja. Orang-orang ini yang di duplicate untuk dibawa ke mana-mana dengan tiga atau empat bas bagi menunjukkan dia mempunyai pengaruh besar.

Sepanjang hayatnya Ibrahim telah bertanding dalam lapan kali pilihan raya. Dari lapan kali dia menang tiga kali kalah lima kali. Kali pertama beliau bertanding ialah pada tahun 1986, beliau menang menewaskan calon PAS Zakaria Ismail dengan mendapat jumlah undi sebanyak 15,711 undi dengan perolehan majoriti sebanyak 3,803 undi.

Kali kedua ialah pada tahun 1990, ketika ini beliau menyertai Semangat 46 yang bergabung dengan PAS. Beliau menang dengan mendapat 20,066 undi dengan majoriti sebanyak 9,290 undi. Kali ketiga ialah pada tahun 1995, beliau yang bertanding atas tikit Barisan Nasional kalah ditangan Zainuddin Mohd Noor dengan kekurangan undi sebanyak 3,215. Beliau mendapat 16,178 undi.

Kali keempat beliau bertanding pada tahun 1999 kali ini juga atas tikit BN. Beliau tewas dengan mendapat 15,395 undi ditangan calon PAS Ismail Noh yang mendapat 23,965 undi dengan majoriti sebanyak 8,575 undi.

Penyertaan beliau kali ke lima ialah pada tahun 2004. Kali ini beliau bertanding atas tikit Bebas. Dalam pertandingan tiga penjuru ini beliau mendapat 6,198 undi berbanding dengan calon PAS, Ismail Noh yang menenangi pilihan raya ini mendapat 17,520 manakala calon UBN Hanafi Mamat mengutik 16,275. Ismail Nuh menang dengan majoriti 1,252.

Pertandingan ke enam buat beliau ialah pada tahun 2006 dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir. Kali ini Ibrahim mencatat rekod kerana penyertaan itu menyebabkan dia hilang wang pertaruhan.

Pertandingan kali ke tujuh ialah pada tahun 2008. Kali ini Ibrahim diberi pinjam lambang bulan. Pertandingan ini beliau memperolehi kemenangan besar dengan mendapat 8,991 undi. Beliau mengutik undi sebanyak 28,673 manakala lawannya Hanafi Ahmad Rosdi Mohamad mendapat 19,682 undi.

Pertandingan ke lapan dan saya kira ini adalah pilihan raya terakhir bagi Ibrahim ialah empat hari lepas. Dalam pertandingan ini beliau yang mendapat dokongan padu dari Umno dan blessing daripada mahaguru politik Machiavellinya Mahathir, beliau tewas dengan majoriti terbesar sepanjang beliau menyertai pilihan raya iaitu sebanyak 8,047 undi. Beliau menguntik 25,384 manakala Nik Abduh 33,431 undi.

Catatan: Kekalahan Ibrahim di Pasir Mas pada petang 5 Mei menyebabkan hampir seluruh bandar Pasir Mas dan melatas ke Tumpat dan Kota Bharu diserang bau busuk yang teruk secata tiba-tiba.

Isu Husam Sudah Mereda, Alhamdulilah

Mohd Sayuti Omar

Malam tadi Husam Musa telah membuat kenyataan akhbar menjelaskan situasi yang menyelubungi dirinya ekoran tidak tersenarai dalam jemaah kabinet Kelantan. Penyokongnya khas golongan muda yang terpesona dengan gaya politiknya kesal di atas apa yang berlaku.

Masing-msing mempertikaikan kenapa Husam yang dianggap layak memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Aziz tidak disenaraikan. Kalau pun tidak sebagai MB tetapi sebagai timbalan menteri besar. Jadi apabila nama Husam tidak ada yang menimbulkan sedikit keributan dan tanda tanya.

Keributan itu menjadi panas apabila timbul berbagai persepsi atas apa yang berlaku.

Tampaknya Husam boleh menerima hakikat kenapa beliau tidak disenaraikan. Dia sendiri seperti memahami masalahnya. Sebab itu dalam kenyataan itu beliau menegaskan tidak ada agenda berhubung perkara itu. "Saya gembira digugurkan," begitulah katanya.

Katanya penyingkirannya dari kabinet menggembirakannya kerana ruang kosong tempat beliau dapat diisikan oleh muka baru.

Apa yang menyenangkan lagi Husam memberi jaminan dia akan bekerjasama dengan kerajaan dan akan memastikan isu yang membelit dirinya itu tidak akan diambil kesempatan oleh Umno. Itulah semangat dan jati diri dari seorang pejuangan yang diperlukan. Tidak mudah mengalah dengan keadaan dan redha dengan apa yang berlaku.

Seperti saya katanya dalam catatan sebelum ini perjuangan untuk berkebajikan bukan semestinya menerusi jawatan, tetapi masih banyak cara lain. Jalan untuk memasuki ke syurga bukan satu tetapi tujuh. Bagi orang beriman dan bertakwa pula syurga itu boleh dimasuki menerusi berbagai pintu. Pilih saja pintu mana yang paling manis dan menawan. Yang susahnya yang tidak beriman dan bertakwa menyebabkan pintu syurga semua tertutup baginya.

Dengan penjelasan Husam itu diharap penyokongnya dan mereka yang berada di luar lingkungan politik PAS memahami keadaan sebenar. Jangan terlalu mengikut emosi semua pihak kena berpaksikan kepada kenyataan dan kebenaran.

Adapun sebab musabab kenapa Husam tidak termasuk dalam barisan kabinet rasanya pun diketahui akan sebab musababnya yang tidak perlu dijelaskan lagi. Soal namanya tidak dihantar tidak berbangkit kerana namanya memang dihantar bersama nama-nama lain. Seperti mana jelas Menteri Besar, Ahmad Yaacob nama Husam berada diturutan teratas nombor satu.

Bagaimana pun sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati masih boleh mempersoalkan mengenai perkara ini tetapi bukan kepada Ahmad Yaacob, Mohd Amar Nik Abdullah atau Tokguru Nik Abdul Aziz, tetapi mungkin boleh direct kepada Sultan Kelantan sendiri.

Pergilah ke istana dan menghadaplah Sultan kerana pintu istana senantiasa terbuka.

Cadangan untuk mengadakan Himpunan 10,000 di SUK pagi ini sebagai bantahan dan membela Husam elok dihentikan atau dibatalkan. Tindakan demikian bukan memberi kebaikan kepada Husam sebalik akan memborakkan lagi keadaan.

Sudah pasti musuh PAS, Umno akan mengambil kesempatan, dan bagi Ahmad Yaacob pula akan menjadi titik hitam buatnya kerana baru naik takhta tidak sampai seminggu sudah protes di luar Kota Darunaim. Sejarah hitam begini perlu dielakkan oleh sesiapa yang sayangkan kepada parti. Dan sesiapa pun kena ingat kepentingan parti perlu diutamakan kepentingan individu atau pemimpin.