"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nur Jazlan: PM tanggung masalah negara kerana menteri PAS ‘cap ayam

FMT Reporters

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menempelak prestasi ditunjukkan menteri daripada PAS yang didakwa gagal memikul tanggungjawab dengan baik.

Beliau berkata, kelemahan kepimpinan parti itu turut menyebabkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Katanya, menteri PAS lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.

“Realitinya perdana menteri memang terpaksa pikul segala masalah dan isu negara kerana barisan menteri yang ada dalam kerajaan hari ini memang tak boleh harap. Apatah lagi menteri dan timbalan menteri yang dilantik daripada kalangan pemimpin PAS. Semuanya jenis menteri cap ayam.

“Menteri yang langsung tak ada kebolehan memimpin dan menguruskan kementerian masing-masing, tetapi berlagak mengalahkan menteri Eropah.

“Menteri daripada PAS hanya seronok dapat bergaya dengan pakaian mahal, naik kereta mewah, duduk di Putrajaya, makan gaji dan dapat layanan VVIP. Tetapi, apabila buat kerja, semuanya tak reti dan gagal,” kata bekas Ahli Parlimen Pulai itu menurut laporan Utusan Malaysia.

Nur Jazlan turut menyenaraikan beberapa contoh menteri daripada PAS yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab seperti diamanahkan kepada mereka, termasuk presiden Abdul Hadi Awang.

“Abdul Hadi dilantik jadi duta khas Asia Barat tetapi ‘pejabat’ dia di negeri Pantai Timur. Pelik sungguh, bagaimana dia uruskan kerja sebagai duta. Semua duta lain buat kerja dan duduk di pejabat di negara mereka ditugaskan, tetapi duta khas yang seorang ini boleh pula duduk di Marang.

“Begitulah kualiti dan kredibiliti menteri cap ayam daripada PAS sehingga menjadi beban batu besar kepada perdana menteri. Mereka yang tak reti buat kerja, mereka yang tak cekap dan mereka yang buat silap tapi akhirnya kerajaan serta perdana menteri kena tanggung,” katanya.

Nur Jazlan memberitahu menteri PAS terbabit lebih jahil berpolitik, tetapi sebaliknya mereka pandai memanipulasi untuk nampak cerdik dan berwibawa.

“Sebab itulah saya sejak dulu lagi tak pernah percayakan pemimpin PAS. Mereka hanya tahu menangguk di air keruh dan sanggup mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri serta politik,” katanya.

Masa untuk bertindak, mari sertai AYUH MALAYSIA

Di antara 2016 ke 2018, seramai 44,000 sukarelawan telah berkhidmat membantu calon-calon Pakatan Harapan dalam PRU2018. Mereka direkrut, dilatih, dan ditugaskan di seluruh negara, terutamanya di 44 kerusi marginal yang menjadi tumpuan kempen saya ketika itu.

Mereka memainkan peranan penting. Selain menjadi Ejen Undi (PACA), mereka juga berkempen dari rumah ke rumah dan menelefon berpuluh ribu pengundi atas pagar melalui phone bank.

Paling penting, mereka menghidupkan kempen dengan berkongsi maklumat harian melalui media sosial dan pesanan ringkas.

Kita hanya ada 3 – 4 bulan sebelum PRU akan datang, maka lebih baik kita bersedia dari sekarang.

Kita perlu menghidupkan semangat perubahan di kalangan rakyat dan ia bermula dengan sukarelawan. Kita perlukan sukarelawan dari pelbagai latar belakang untuk menyumbang kembali.

Oleh kerana masa yang singkat, kita perlu menggunakan setiap jam sukarelawan sebaik mungkin.

Kami akan memulakan latihan kumpulan pertama sukarelawan pada hari Sabtu ini, 2 Julai 2022.

Sukarelawan akan diberi taklimat mengenai tahap sokongan pengundi yang terkini dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan khusus (seperti PACA, phone bank dan lain-lain) sebelum mendapat tugasan di kerusi-kerusi penting.

Ini masa untuk bertindak kerana #AyuhMalaysia adalah gerakan kita.

Sementara kita berharap pimpinan dan parti politik menggandakan usaha mereka, kita juga perlu memainkan peranan.

Sertai saya hari Sabtu ini, 2 Julai 2022 di SJK(C) Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu, dari jam 2 hingga 5 petang.

Anda boleh mendaftar untuk mendapat tempat di laman kempen #AyuhMalaysia https://ayuhmalaysia.org/event-registration/346

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden PKR.

Wanita guna seluar dalam tutup nombor plat motosikal untuk elak saman


TANGKAP layar memaparkan senario seorang KOSMO!

wanita menutup nombor plat motosikal menggunakan seluar dalam. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita menutup nombor plat motosikalnya menggunakan seluar dalam untuk mengelak pemantauan kamera Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (e-TLE), lapor laman berita Suara.com.

Video itu tular selepas dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

“Untuk mengelak kamera e-TLE, wanita di Lamongan ini menutup nombor plat motosikal dengan seluar dalam,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Klip video itu memaparkan seorang wanita berbaju biru sedang menunggang motosikal di sebatang jalan dari arah belakang.

Kelihatan sehelai seluar dalam wanita berwarna merah jambu diletakkan untuk menutup nombor plat motosikal tersebut.

Perakam klip video itu kedengaran tidak dapat menahan ketawa melihat aksi wanita tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di kawasan Pasar Miru, daerah Lamongan, Jawa Timur. 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Makcik-makcik memang tidak boleh dilawan,” kata seorang netizen.

“Tidak ada kain lain ke makcik?” komen netizen lain. – Agensi

Harga minyak melambung lebih 40 peratus, pembeli minyak 1 kg paling rugi

FAZLI RADZI

Hari ini tidak keterlaluan dianggap paling menekan rakyat Malaysia apabila menyaksikan kenaikan mendadak harga barangan termasuk minyak masak.

Aktivis Fadzlan Rizan Johani berkata, mengikut kiraannya harga minyak sawit melambung lebih dari 40 peratus.

Beliau turut menjangkakan harga makanan bakal meningkat kesan rantaian daripada kenaikan harga minyak masak.

“Harga meningkat lebih dari 40 peratus. Yang beli minyak satu kilo tetap yang paling rugi.

“Tengoklah nanti kesan harga makanan. Mungkin ini cara nak bagi kita kurangkan makan dan kuruskan badan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fadzlan menyertakan senarai harga minyak masak di Semenanjung Malaysia bagi empat jenama iaitu Alif, Buruh, Saji, Seri Murni dan Vesawit mengikut berat daripada 1 kg, 2 kg, 3 kg dan 5 kg.

Keempat-empat jenama minyak masak itu mengalami kenaikan mendadak sebanyak 38.06 hingga 44.12 peratus.

Wanita berusia 35 tahun berkhalwat ketika suami keluar kerja

Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Anggota penguat kuasa PADK mengambil keterangan lelaki dan wanita berkenaan. FOTO IHSAN PADK

Anggota penguat kuasa PADK mengambil keterangan lelaki dan wanita berkenaan. FOTO IHSAN PADK

Kulim: Tindakan seorang wanita berstatus isteri orang yang mempunyai empat anak sanggup membawa lelaki lain masuk ke dalam sebuah bilik sewa di sebuah kampung di sini ketika suaminya keluar bekerja membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat, hari ini.

Wanita berusia 35 tahun dan pasangannya yang berusia 32 tahun itu dicekup pada jam 1.40 pagi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika kejadian, suami wanita itu dipercayai keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar di daerah ini.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga kanak-kanak disyaki anak wanita itu dipercayai sedang tidur.

"Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan.

"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan itu dipercayai berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini, kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, wanita yang berasal dari daerah ini itu bekerja sebagai tukang cuci, manakala lelaki yang berasal dari Pendang itu pula bekerja sebagai pemandu jengkaut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut Anwar Shariffudin, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.

Pengasas pusat rawatan Islam disyaki berkhalwat

Meor Riduwan Meor Ahmad

am@hmetro.com.my

Alor Gajah: Dakwa sudah bernikah di negara jiran pada 2012, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan ketika diminta pihak berkuasa.

Itu tindakan lelaki warga emas dipercayai pengasas sebuah pusat perubatan Islam di sini ketika dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan pekerjanya di sebuah rumah teres di Masjid Tanah, jam 11.30 malam tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam berhubung kegiatan lelaki warganegara jiran berusia 60-an bersama pasangannya berusia 40-an.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati lelaki itu mengamalkan kaedah 'perubatan jarak jauh' bagi membuang saka dan mempunyai ribuan pengikut di seluruh negara termasuk mempunyai saluran YouTube sendiri.

"Bertindak atas maklumat itu sepasukan penguat kuasa Jaim mengesan aktiviti maksiat di sebuah rumah teres di sini dan berjaya menahan lelaki itu bersama pasangannya yang juga ibu tunggal anak satu.

"Dia mendakwa sudah berkahwin di negara jiran pada 2012, namun gagal menyerahkan dokumen pernikahan yang sah apabila diminta dan memberi alasan ia sudah diserahkan kepada pihak lain untuk urusan pendaftaran walaupun sudah hampir 10 tahun," katanya kepada media selepas menyertai operasi cegah maksiat di sini yang berakhir pada 3.30 pagi itu.

Che Sukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkurung atau bersekediaman sehingga mendatangkan syak, dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Che Sukri berkata, pihaknya sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh diamalkan lelaki terbabit dan merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

"Kita sedang menunggu keputusan terakhir daripada pihak Jawatankuasa Fatwa, jika kaedah rawatan itu disahkan bertentangan dengan Islam, mereka berhak untuk halang dia termasuk menasihatkan pengikutnya supaya tidak mendekati kaedah rawatan itu," katanya.

Culik, rogol kanak-kanak: Warga Filipina dipenjara 28 tahun, 22 sebatan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Perbuatan tidak berhati perut dan amat kejam malah lebih teruk daripada binatang. Itu adalah kenyataan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Amir Shah Amir Hassan, yang ditujukan kepada warga Filipina, Mohamad Tahir Abraham, 22.

Beliau berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan terhadap Tahir.

Tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (Pati) dan bekerja sebagai nelayan mengaku bersalah atas kesalahan menculik, merogol dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di sebuah kampung di Semporna, 7 April tahun lalu.

Amir Shah dalam keputusannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 18 sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e), manakala empat tahun penjara dan dua sebatan atas kesalahan masing-masing mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 362 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di kawasan semak di sebuah kampung di Semporna, kira-kira 9 malam, 7 April tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian.

Manakala bagi kesalahan mengikut Seksyen 325, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan cara menumbuk pada bahagian kepala dan dada, menampar muka, mencekik leher serta menendang belakang mangsa pada tarikh, masa dan lokasi sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan sebat.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya atau mendorong mangsa meninggalkan kediamannya tanpa kerelaan pada tarikh dan masa sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan sebat.

Amir Shah ketika menjatuhkan hukuman berkata, kesalahan dan perbuatan tertuduh yang disifatkannya amat kejam malah lebih teruk daripada binatang.

Jelasnya, tertuduh dalam kes itu selayaknya mendapat prinsip pembalasan di sisi undang-undang, iaitu dikurung terlalu lama di penjara dan seksaan sebatan walaupun mahkamah sedar hukuman sebegitu tidak dapat memulihkan mangsa yang hanya berumur tujuh tahun untuk selama-lamanya.

Malah katanya, rayuan tertuduh yang sekadar hanya meminta hukuman diringankan tanpa menunjukkan rasa insaf, menyesal atau simpati amat menjelikkan dan mahkamah wajar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran dan peringatan kepada tertuduh dan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.

Terdahulu, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana, dalam hujahnya memohon hukuman berat mengambil kira faktor trauma dialami mangsa selain faktor kepentingan awam.

Katanya, menurut doktor yang merawat mangsa, kanak-kanak itu mengalami trauma begitu tragis dengan kecederaan retak pada kepala selain kesan koyakan pada kemaluan sama seperti wanita baru melahirkan anak.

“Walaupun kes ini dilaporkan pada April tahun lalu, namun pertuduhan hanya dijalankan hari ini berikutan mangsa enggan dirakam percakapan kerana mengalami trauma, malah ketika kawad cam dibuat mangsa meraung dan menangis apabila melihat wajah tertuduh,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan hukuman ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam berjalan secara berasingan dan berkuat kuasa dari tarikh sabitan hari ini, selain tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Berkhalwat ketika suami keluar kerja

Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Anggota penguat kuasa PADK mengambil keterangan lelaki dan wanita berkenaan. FOTO IHSAN PADK

Anggota penguat kuasa PADK mengambil keterangan lelaki dan wanita berkenaan. FOTO IHSAN PADK

Kulim: Tindakan seorang wanita berstatus isteri orang yang mempunyai empat anak sanggup membawa lelaki lain masuk ke dalam sebuah bilik sewa di sebuah kampung di sini ketika suaminya keluar bekerja membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat, hari ini.

Wanita berusia 35 tahun dan pasangannya yang berusia 32 tahun itu dicekup pada jam 1.40 pagi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika kejadian, suami wanita itu dipercayai keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar di daerah ini.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga kanak-kanak disyaki anak wanita itu dipercayai sedang tidur.

"Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan.

"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan itu dipercayai berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini, kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, wanita yang berasal dari daerah ini itu bekerja sebagai tukang cuci, manakala lelaki yang berasal dari Pendang itu pula bekerja sebagai pemandu jengkaut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut Anwar Shariffudin, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.

Wanita, anak 6 tahun mangsa noda beramai-ramai

Agensi

New Delhi: Seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia enam tahun menjadi mangsa rogol beramai-ramai di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak selepas menerima pelawaan daripada sekumpulan lelaki di India untuk menumpang kenderaan itu.

Mirror melaporkan, ibu malang dan anaknya dijanjikan oleh kumpulan lelaki itu bahawa mereka akan dihantar pulang ke rumah dengan selamat dari Piran Kaliyar, tetapi sebaliknya mangsa diserang dan dirogol, menurut polis.

Penguasa polis, Pramendra Doval mengesahkan pemandu hanya dikenali sebagai Sonu, sudah mempunyai penumpang lain ketika menawarkan untuk membawa pulang mangsa.

"Ibu itu melaporkan kepada polis dia tidak tahu berapa ramai orang berada di dalam kereta ketika kumpulan lelaki itu dikatakan menyerang dan merogol wanita itu dan anaknya yang berusia enam tahun di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

"Kumpulan itu kemudian 'membuang' mangsa berhampiran terusan. Kemudian, si ibu mencari balai polis berhampiran dan melaporkan jenayah itu. Ibu dan anak perempuan itu dibawa ke Hospital Awam Roorkee," katanya.

Doktor mengesahkan ibu itu diserang secara seksual dengan polis mengesahkan mereka masih menyiasat serta belum dapat mengesan suspek.

Insiden itu menyusuli jenayah sama seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan dirogol polis.

Untuk kes itu, bapa mangsa mendakwa anak perempuannya dirogol selama empat hari oleh sekumpulan lelaki yang membawanya pergi ke Bhopal di Madhya Pradesh, pada 22 April.

Hari berikutnya ibu mangsa membuat aduan orang hilang kepada pihak polis selepas anak remajanya itu mengadu menjadi mangsa rogol empat lelaki.

-hmetro 

Guru al-Quran mengaku tak salah 17 tuduhan rogol, amang seksual 2 beradik

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang guru mengaji al-Quran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di George Town, Pulau Pinang, atas 17 tuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 74 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohd Yunus.

Mengikut enam pertuduhan di hadapan Noor Aini, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak yang ketika itu berusia tujuh tahun di Jalan Baru, George Town antara 1 Jan 2018 hingga 31 Dis 2020.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1)(e) yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, lapor Utusan Malaysia.

Tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi 11 lagi pertuduhan di hadapan Norhayati, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak berusia lima tahun yang juga kakak kepada mangsa pertama.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu juga didakwa melakukan perbuatan berkenaan di lokasi sama antara 1 Jan 2014 hingga Mac 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1)(e) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamarulzaman dan Muhamad Syeqal Che Murat.

Dalam pada itu, kedua-dua hakim turut membenarkan permohonan pendakwa raya supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Julai depan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Polis buru lelaki tunjuk kemaluan kepada pelajar perempuan

MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seorang lelaki gila seks kini menjadi buruan polis selepas didakwa menunjukkan kemaluan kepada pelajar sebuah sekolah menengah di Presint 9, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lelaki berkenaan kini sedang diburu pihaknya.

A. Asmadi berkata, pihaknya menerima dua laporan polis daripada dua pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan hari ini berhubung kejadian itu.

“Kami sudah berjaya mendapatkan butiran suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang dikongsi pelajar berkenaan.

“Kami sedang menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Ujar beliau, berdasarkan laporan mangsa, kejadian itu berlaku di hadapan tempat letak kereta awam di hadapan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 9 (2).

A. Asmadi berkata, mangsa mendakwa telah didekati seorang pemuda yang menaiki kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sebelum suspek bertindak bertanyakan sesuatu kepada pelajar itu.

“Sejurus selepas itu, suspek tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan tersebut.

“Pelajar itu kemudian melarikan diri namun sempat merakam gambar kereta dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Cenderahati mi segera babi selepas derma darah

Cenderahati mi segera babi: Polis buka kertas siasatan

Essa Abu Yamin

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang ketika program derma darah di pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, 11.38 pagi semalam.

"Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Katanya, siasatan awal mendapati, program derma darah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sini diadakan di pusat membeli-belah di Batu Pahat kelmarin.

Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, mereka menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

"Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati didalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

"Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit," katanya dalam kenyataan.

Katanya, beberapa individu dipanggil dan rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Pas Perak, berhentilah jadi tongkat pemimpin korup

DR MUHAIMIN SULAM

Langkah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria untuk memberi laluan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Rahman bertanding atas tiket Pas jika Umno mengugurkan Tajuddin sebagai calon parti itu dalam PRU-15 ibarat memberi tongkat kepada pemimpin korup.

Bukan sahaja ia merugikan politik Pas tetapi menambah kenaifan Pas Perak membawa gagasan politik matang dan sejahtera. Langkah tersebut juga seperti menafikan kemampuan kepimpinan Pas sendiri.

Pasir Salak sememangnya kubu kuat Umno sejak merdeka. Umno Pasir Salak atau nama lamanya Hilir Perak pernah melahirkan kepimpinan hebat seperti Mohd Abbas Ahmad, Othman Abdullah, Megat Junid Megat Ayub, Ramli Ngah Talib dan lain-lain.

Begitu juga Pas Pasir Salak pernah menampilkan tokoh hebat seperti Tuan Guru Abu Bakar Anjang Wahid, Hasan Adli dan sebagainya dalam menawarkan khidmat sebagai wakil rakyat.

Sidang media Tajuddin semalam dilihat melondehkan mendedahkan MKT Umno.

Tajuddin Rahman bukanlah seorang tokoh yang perlu dikaitkan dengan perjuangan Pas. Ia seperti jauh panggang dari api. Atau Pas Perak pasca Langkah Sheraton telah mengadaikan segala prinsip perjuangan demi merangkul kuasa?

Dalam PRU-14 pada 2018, Tajuddin Rahman menang dengan tiket BN apabila Pas turut bertanding tiga penjuru dengan PH.

Sebelum itu, kali terakhir Pas bertanding di Parlimen Pasir Salak pada PRU 2004. Ketika itu, saya diamanahkan oleh Pas bertanding di situ. Sejak itu, Pas memberi laluan kepada PKR berhadapan dengan Umno-BN bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.

Sememangnya tawaran Pas Perak itu disambut baik oleh Tajuddin Rahman. Dia sedia pertimbangkan cadangan tersebut meski menolak daripada menyertai Pas.

Barangkali masing-masing sudah ada keserasian setelah sama-sama menikmati kesedapan berkuasa.

*DR. MUHAIMIN SULAM merupakan Naib Pengerusi AMANAH Perak dan Ahli Jawatankuasa AMANAH Pasir Salak.

Johnny Depp ditawar RM1.3 billion untuk kembali memegang watak Jack Sparrow

Agensi

DEPP sebagai Jack Sparrow.

DEPP sebagai Jack Sparrow.

Los Angeles: Disney menawarkan RM1.3 bilion kepada Johnny Depp, 59, untuk kembali membintangi sekuel filem Pirates of the Carribean susulan kemenangan samannya terhadap bekas isteri, Amber Heard, baru-baru ini.

Depp yang melakonkan watak Jack Sparrow menerajui sekuel terdahulu filem itu selama 15 tahun. Bagaimanapun, pada 2018 dia digugurkan daripada sekuel berkenaan.

Penampilan terakhirnya adalah menerusi sekuel Black Pearl in Dead Men Tell No Tales pada 2017 sebelum mengucapkan selamat tinggal terhadap projek berkenaan.

Menurut sumber dalaman, Disney kembali berminat untuk menjalin kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya baru-baru ini.

"Mereka ada cuba mendapatkan pelakon itu selepas kes perbicaraannya bersama Amber dan bertanya sekiranya dia berminat kembali berlakon untuk satu atau dua filem itu," katanya.

Sumber itu turut mendedahkan, Depp dirisik bagi menjayakan projek lain untuk Disney Plus.

"Tawaran itu adalah untuk Johnny Depp kembali menghidupkan watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean 6 serta putaran cerita mengenai kehidupan awal Captain of the Black Pearl untuk Disney Plus," katanya.

Disney dikhabarkan sudah pun menyiapkan draf untuk watak Jack Sparrow dalam projek akan datang itu. Syarikat produksi terbabit sangat berharap Depp akan memaafkan mereka dan kembali menjayakan watak ikonik itu.

- hmetro 

Bekas KPN nafi dakwaan dibayar sindiket kelab malam

Faisal Asyraf

Bekas KPN Musa Hassan sebelum ini berkata, beliau mempunyai senarai kelab malam di Kuala Lumpur yang membekalkan dadah kepada pelanggan. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau dibayar oleh sindiket tertentu untuk “menyembunyikan” operasi mereka, sekali gus beliau menuntut bukti berhubung dakwaan tersebut.

Akaun media sosial Edisi Siasat mendakwa sindiket “PJ Ming” yang dikatakan mempunyai rangkaian kelab malam membuat bayaran Musa untuk “menyembunyikan” operasinya dengan sebaliknya menonjolkan kelab malam lain yang terbabit dengan kegiatan dadah.

Ia turut mendakwa konco-konco Musa melantik orang tengah untuk merundingkan perjanjian tersebut.

“Jika ini benar, suruhlah polis tangkap PJ Ming. Namakan siapa PR mereka yang jumpa saya agar pihak polis boleh tangkap mereka,” katanya kepada FMT.

Minggu lepas Musa berkata, beliau mempunyai senarai kelab malam di Kuala Lumpur yang membekalkan dadah kepada pelanggan.

Katanya, senarai itu telah diserahkannya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Saya jumpa Ayob selama sejam di Kuala Lumpur tadi. Saya dah serahkan senarai itu semasa pertemuan,” katanya, semalam.

Musa mendakwa ada orang tengah yang menjadi pengantara kelab malam dengan pihak berkuasa untuk melindungi operasi mereka daripada diserbu.

Saman RM60 juta: Husam tetap pertahan dakwaan curi balak di Hutan Simpan Nenggiri

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan permohonan mengetepikan saman yang difailkan syarikat Al Dar Resouces Sdn Bhd dan pemiliknya, Mohd Hafiz Mohd Rasdin.

Menurut Husam, tindakan saman yang dikemukakan terhadapnya adalah pra-matang memandangkan siasatan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas isu penebangan balak secara haram di kompartmen 25 dan 26 Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, adalah belum lagi konklusif.

Sementara itu Husam menegaskan saman tersebut boleh disifatkan ibarat menggantung diri plaintif itu sendiri dan boleh menjadi pisau bermata dua.

“Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit, termasuk dua rencana yang dirujuk.

“Saya juga tidak akan berganjak dalam usaha saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri Kelantan dan memastikan semua pihak yang terlibat di bawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara Husam memberitahu, dia hanya menerima writ saman dari Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar yang mewakili Encik Mohd Haffiz Mohd Rasdin pada petang 26 Jun 2022, melalui serahan tangan kepada pembantu rumah beliau.

“Saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman ini kerana ia merupakan penyalahgunaan proses mahkamah dan cubaan untuk menghalang terdedahnya kegiatan yang menyalahi undang-undang pihak yang masih belum ditentukan terlibat dalam kes kecurian balak di kompartmen 25 HSK Nenggiri,” jelas Husam.

Terdahulu, dua saman dibuat oleh plaintif, Al Dar Resources yang menuntut ganti rugi RM50 juta dan pemilik syarikat berkenaan, Mohd Haffiz yang menuntut ganti rugi RM10 juta.

Tuntutan saman terbabit dibuat menerusi Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar di Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu dengan menamakan Husam Musa sebagai defendan.

Peguamnya, Azeel Eskandar Azmi berkata, saman terbabit dibuat susulan dua kenyataan yang dikeluarkan oleh Husam menerusi Facebook pada 3 dan 6 Jun lalu, yang disifatkan memfitnah syarikat anak guamnya.

Selamba tangkap buaya seorang diri

Hmetro 

Agensi

USMAN (duduk, tiga dari kiri) menangkap buaya gergasi seorang diri. - Foto Kompas

USMAN (duduk, tiga dari kiri) menangkap buaya gergasi seorang diri. - Foto Kompas

Jakarta: Lelaki berusia 53 tahun dikenali Usman yang juga penduduk kampung di Lasalimu Selatan, Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia dilaporkan menangkap seekor buaya besar seorang diri.

Portal Kompas melaporkan kejadian berlaku pada Sabtu lalu selepas Usman ternampak buaya berkenaan.

Tanpa gentar Usman mengikat beberapa bahagian tubuh buaya dengan menggunakan tali.

"Saya ternampak ada buaya besar di kebun ini. Kebetulan ada tali, jadi saya ikat ekor (buaya itu) di pokok kelapa," katanya.

Usman kemudian mencari tali lain dan mengikat bahagian kepala buaya itu.

Beberapa penduduk yang ada di situ hanya melihat tindakan Usman dan merakam video aksi lelaki menangkap buaya berkenaan.

Dalam tempoh kurang sejam, buaya itu berjaya ditangkap.

Menurut Usman, buaya itu berada di sekitar kawasan kebun penduduk kerana dibawa arus banjir yang terjadi beberapa hari lalu.

"Beberapa hari yang lalu, di kebun ini, semuanya penuh dengan air (banjir). Jadi, ia menjadi habitatnya (buaya)," katanya.

Difahamkan, buaya itu sepanjang 4.3 meter dengan berat kira-kira 1,000 kilogram.

Usman berkata, kemunculan buaya di kebun penduduk adalah kerana lokasi itu berhampiran sebuah sungai yang menjadi habitat buaya.

Seorang penduduk bernama Izwar menjadi salah seorang individu yang menyaksikan Usman menangkap buaya seorang diri.

"Dia ambil tali dan sampaikan kepada yang lain untuk menghalang buaya supaya tidak bergerak ke sungai. Dia ikat buaya itu seorang diri," kata Izwar.

Tidak lama kemudian, petugas dari Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sulawesi Tenggara, datang ke lokasi kejadian.

Buaya itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Bekas isteri taikun dihantar ke Penjara Kajang

Faisal Asyraf

Emilia Hanafi (kiri, berjubah putih) tiba di Mahkamah Syariah Kajang dengan ditemani peguamnya Nazri Yahya, aktivis PPIM Gulab Jan Fazal Eladi dan peguam Siti Kasim.

KUALA LUMPUR: Emilia Hanafi, bekas isteri taikun SM Faisal SM Nasimuddin, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana menghina mahkamah.

Ini selepas peguam Nazri Yahya gagal menemui hakim untuk merayu terhadap perintah itu.

Terdahulu, Emilia yang berjubah putih, menyerah diri di Mahkamah Syariah pada 10 pagi tadi.

Beliau ditemani Nazri, peguam dan aktivis Siti Kasim serta beberapa penyokong.

Ismail berdepan mulut harimau tapi…

Bakar Suar

Pengguguran Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan siri peristiwa yang menyusul menguatkan persepsi Umno berceramuk dan berpecah-belah di peringkat tertinggi dalam menuju ke pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilucutkan jawatan beberapa hari selepas beliau disahkan sebagai duta besar ke Indonesia oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno.

Tajuddin “dibuang”, digantikan dengan Isham Jalil yang dipecat sebagai ketua penerangan Barisan Nasional Selangor beberapa hari sebelum itu. Alasan pembuangan orang kuat Najib itu: jawatan ketua penerangan BN tidak wujud, kata Setiausaha BN Selangor, Satim Diman.

Spekulasi perang terbuka di peringkat tertinggi Umno sudah meletus bertambah panas dengan tindakan Ismail tidak menghadiri mesyuarat MKT yang melantik Isham sebagai pengganti Tajuddin.

Mungkin ayat “memulau” atau “boikot” tidak tepat untuk menyifatkan ketidakhadiran Ismail dalam mesyuarat itu, yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi. Namun itulah andaian yang bertebaran, meskipun Ismail boleh memberi alasan beliau menyertai majlis rasmi kerajaan dalam talian ketika itu.

Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, menjangka Zahid sudah ada senarai pemimpin yang mahu dibuang atau diambil tindakan, selain Tajuddin.

Apa pun, jurang “muafakat” antara Zahid bersama penyokong beliau dengan “tim” Ismail nampaknya semakin melebar.

Mungkin menghidu peluang untuk partinya mengambil kesempatan atas perbalahan Umno, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, tiba-tiba mesra dan selesa kepada idea untuk PRU disegerakan.

“Memang pada dasarnya, kita bersetuju PRU diadakan apabila habis penggal, tetapi kalau dalam keadaan memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan, ia perlu disegerakan,” kata Hadi minggu lalu.

Nampaknya, buat kali pertama dalam tempoh lama, beliau senada dengan Zahid dalam hal ini.

Tidak dapat dinafikan, Zahid, dan kalangan pemimpin Umno lain lantang mahu PRU disegerakan.

Itu tidak apa. Gesaan boleh dibuat jika bersandarkan hujah kukuh. Namun adalah membimbangkan sekiranya gesaan bertukar menjadi desakan, dan seterusnya, tekanan dalam bentuk tindakan tertentu supaya perdana menteri akur atau tunduk.

Ini boleh menjejaskan bukan saja kestabilan parti, tetapi juga kestabilan negara.

Justeru, Ismail menjadi tumpuan ramai bagaimana beliau akan mengemudi atau menangani desakan (atau tekanan) “rakan” dalam Umno mengenai “timing” PRU.

Sebagai perdana menteri yang hanya berkedudukan naib presiden dalam parti, misi itu tentunya sukar.

Walaupun ramai melihat jangka hayat politik Ismail sendiri terikat kepada isu berkenaan, namun Ahli Parlimen Bera itu nampaknya tidak tergesa-gesa membuat keputusan.

Beliau sebelum ini mempamerkan kematangan politik apabila mengikat persefahaman kerjasama dengan Pakatan Harapan, sekali gus mengembalikan kestabilan politik pada tahap yang memungkinkan kerajaan melaksanakan program-program mesra rakyat yang tertekan dengan ekonomi gawat dan kos sara hidup tinggi.

Pimpinan dan fokus Ismail turut membantu menjayakan program vaksinasi Covid-19, menurunkan jumlah kes, dan meningkatkan kesiapsiagaan hospital awam menangani gelombang jangkitan baharu sekiranya berlaku.

Bahawa semua ini dicapai dalam jangka waktu yang agak singkat, (Ismail dilantik menjadi perdana menteri Ogos lalu) menampilkan Ismail sebagai pemimpin dengan kelebihan tersendiri dan tidak berpolitik secara melampau seperti Muhyiddin Yassin.

Namun, harus juga diakui, sebagai perdana menteri, Ismail terpaksa memikul tanggungjawab atas nasib rakyat yang terkesan dengan harga barangan melampau, ekonomi merudum berbanding negara jiran, nilai ringgit menjunam, dan pelbagai musibah lagi.

Prestasi menteri-menteri yang berkait dengan urusan ekonomi negara, seperti Tengku Zafrul Aziz (kewangan), Azmin Ali (perdagangan antarabangsa dan industri) dan Mustapa Mohamed (JPM-ekonomi) amat lemah sehinggakan kerajaan dilihat tidak mampu memikirkan strategi atau pendekatan berkesan demi kebajikan rakyat.

Penambahan subsidi (dijangka mencecah lebih RM77 bilion tahun ini) bukan jawapan kepada kesengsaraan rakyat, sebaliknya merumitkan proses pemulihan ekonomi. Itu belum sentuh hutang negara.

Tentunya, Ismail mengambil kira semua ini dalam menentukan waktu sesuai untuk mengadakan PRU. Beliau tentunya mahu dilihat sebagai perdana menteri yang mewarisi dan cuba menyelesaikan masalah ini, bukan penyebabnya.

Patutkah beliau memberi tumpuan membaik pulih ekonomi, meringankan beban rakyat sebaik mungkin, sebelum mengadakan PRU? Langkah itu juga akan menambah baik imej Umno sendiri. Jika itu pilihan Ismail, ia tentunya bermaksud PRU tidak boleh disegerakan – sekali gus bercanggah dengan apa yang dituntut Zahid.

Misi membaiki ekonomi dengan sendirinya tidak mudah. Tidak mudah merombak Kabinet dan membuang “non-performers” dalam sesebuah kerajaan gabungan yang berlainan haluan. Lihat saja isu Zuraida Kamaruddin dan tuntutan Muhyiddin.

Pilihan lain di tangan Ismail ialah mengadakan PRU dengan kadar segera, walaupun keadaan ekonomi rakyat yang terhimpit akan memberi kesan kepada Umno-Barisan Nasional sebagai peneraju kerajaan sekarang.

Imej Umno sendiri yang tercalar dengan pemimpin menghadapi kes-kes rasuah juga boleh menjejaskan peluang parti itu mencapai kemenangan, apatah lagi kemenangan meyakinkan.

Namun, jika PRU yang awal membuahkan kemenangan besar untuk Umno-BN, Ismail dapat membentuk kerajaan lebih stabil dan berwibawa daripada apa yang ada sekarang. Jika menang besar dan beliau kekal PM.

Ismail dalam keadaan tersepit.

Apabila mengikat MoU dengan pembangkang tempoh hari, Ismail dilihat terlepas daripada mulut buaya. Kestabilan politik dapat dipulihkan dan beberapa hasil positif lain dicapai dan rakyat menerimanya sebagai perdana menteri “Keluarga Malaysia”.

Kini beliau berdepan mulut harimau, yakni desakan atau tekanan pimpinan tertentu Umno, termasuk presidennya untuk segerakan PRU dalam keadaan ekonomi dan nasib rakyat yang merudum.

Mampukah beliau mencari formula untuk menanganinya?

Sebagai perdana menteri, Ismail mempunyai kuasa luas atas perkara tertentu. Kebijaksanaan menggunakan kuasa-kuasa ini akan menjadi penentu sama ada Ismail akan terlepas juga daripada mulut harimau.

Tak boleh ke pihak DBKL menguruskan orang gangguan jiwa yang telanjang bulat ini?



Kehadiran beliau di sekitar Jalan Raja dan hadapan bangunan Sultan Abdul Samad menyebabkan perempuan bertempiaran lari.

Pelampau Hindu sembelih imam dalam masjid, negara Islam jangan jadi penonton pasif

NASUHA RAHMAN

Tindakan pelampau Hindu semakin kritikal apabila bertindak sembelih imam di dalam masjid di India, bagi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) negara Islam tidak harus menjadi penonton pasif terhadap senario yang berlaku ini.

Pengerusi Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini adalah siri jenayah yang terang-terangan dilancarkan keatas Muslim di India yang terus meningkat sejak kerajaan BJP memerintah pada 2014.

Katanya, tren keganasan disasar ke atas Muslim di India kelihatan semakin meningkat dan kritikal serta mengarah kepada jenayah genosid.

“Kerajaan BJP tidak serius membendung jenayah kebencian keatas warga Islam di India yang menyebabkan golongan fanatik Hindu berani melakukan jenayah kejam yang disasar kepada kaum Muslimin.

“Insiden jenayah menyerang dan membunuh orang Islam di India akibat kempen membenci Islam dan Muslim nampaknya tidak dibendung oleh kerajaan BJP , malah pelaku jenayah dilindungi.

“Warga Muslim di India kini menjadi musuh negara nombor satu. Seluruh institusi negara India seperti kerajaan tempatan , polis , mahkamah , parlimen , media perdana , agensi siasatan , kini diguna untuk menindas orang Islam,” katanya dalam kenyataan.

Justeru beliau mendesak kerajaan India segera menghentikan kempen Islamofobia dan membiarkan golongan esktrimis Hindu meneruskan agenda Hindutva yang menjadi ideologi membenci penganut agama minoriti , terutama Islam di India.

Keganasan menyerang rumah , keluarga , premis kedai , institusi pendidikan serta masjid Muslim semakin berleluasa di India.

Mohd Azmi berkata, India yang kononnya digahkan semakin negara demokrasi terbesar didunia ternyata menjadi negara paling autokratik terhadap golongan minoriti.

“Kini kaum Muslim dianggap musuh utama warga India. Semua tanda menunjukkan kerajaan India kini menyokong jenayah genosid terhadap orang Islam.

“Jika senario terkini di India dibiarkan , perhubungan diplomatik dengan India adalah suatu hipokrasi bila negara-negara Islam terus menjalinkan hubungan dengan India sedangkan umat Islam di India diancam secara ganas,” ujarnya lagi.

Pelampau Hindu di India terus mencetuskan jenayah perkauman mereka apabila seorang imam masjid di bandar Siwan maut disembelih ketika tidur.

Imam tersebut, Muhammad Safi maut dibunuh ketika waktu subuh pada hari Jumaat, 10 Jun lalu apabila beberapa pelampau Hindu menyerang dan menyembelihnya dengan pisau sewaktu beliau sedang tidur di Masjid Khalispur, bandar Siwan.

Imam tersebut ditemui mati berlumuran darah ketika orang ramai datang ke masjid untuk kerja pembersihan.

Berikutan kejadian itu, laman sosial Twitter dibanjiri hashtag #JusticeForSiwanMaulvi, #HindusTerrorism dan #India di mana mereka menuntut satu penyiasatan adil terhadap pembunuhan imam tersebut yang sehingga kini pelakunya masih belum ditangkap.