"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mercy Malaysia: Landasan ke arah kesiapsiagaan hadapi bencana ‘tepat’

Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat ke arah memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana alam, kata Timbalan Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Hafiz Amirrol.

Beliau berkata antara aspek penambahbaikan dilaksana adalah dari segi pengurusan maklumat dan komunikasi serta kesedaran mengenai risiko dan keperluan menghadapi bencana di setiap peringkat merangkumi kerajaan pusat, negeri, dan pihak berkuasa tempatan.

“Persediaan dalam bentuk kefahaman tentang risiko itu, contohnya pihak berkenaan mempunyai kesedaran dan kefahaman mengenai keperluan dana iaitu untuk respons, pemulihan dan kesiapsiagaan.

“Di samping itu, penambaikan dapat dilihat di agensi teknikal terutamanya, setiap tindakan dibuat berkait dengan pengurusan risiko bencana sudah lebih ‘risk-informed decision and planning’ (keputusan dan perancangan berlandaskan maklumat risiko),” katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas mengumumkan RM150 juta disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi menambah baik keperluan aset, sistem amaran, dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.

Sejumlah RM50 juta diperuntukkan kepada tentera, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana manakala peranan komuniti sebagai kumpulan awal ketika bencana turut diperkasa dengan peruntukan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti.

Hafiz berkata peruntukan kerajaan bagi persiapan menghadapi bencana itu disifatkan sebagai pembiayaan risiko dan perlu digunakan secara optimum dan ditadbir kelola melalui tadbir urus risiko yang baik di setiap peringkat pengurusan bencana.

Beliau berkata peranan Nadma, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, dan pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan penting dalam tadbir urus risiko supaya peruntukan digunakan secara optimum dan program pemerkasaan itu dijalankan dengan berkesan.

Katanya, penambahbaikan juga perlu dilaksanakan dari segi sistem amaran bencana khususnya memastikan sebaran maklumat itu dibuat dengan pantas, menyeluruh, dan mudah difahami kepada segenap masyarakat termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Khamarrul Azahari Razak, berpandangan inisiatif kerajaan dengan menumpukan sistem amaran awal itu mencerminkan komitmen memenuhi agenda global, Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030.

Beliau berkata kesiapsiagaan agensi kerajaan terutama responder atau penggerak balas berada pada tahap baik berdasarkan pemerhatian di lapangan, namun kapasiti agensi itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa memandangkan keperluan berdepan bencana berbeza bergantung kepada skala, lokasi, dan jenis bencana.

“Selain memperkasakan pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada penyelenggaraan aset dan bukan hanya tertumpu kepada pembelian aset baharu.

“Kita juga harus mengambil kira senario pada masa hadapan, apa yang kita rujuk sebagai bencana baru muncul seperti bencana (banjir puing) yang berlaku di Baling, Kedah iaitu bencana berasaskan ‘sediment’ (endapan) oleh itu, jumlah peruntukan mungkin perlu ditingkatkan pada masa depan,” katanya.

Beliau menyifatkan usaha kerajaan memperkasakan peranan komuniti dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat menghadapi bencana sebagai langkah tepat kerana pihak berkenaan boleh menjadi responder memandangkan mereka berada di lokasi kejadian bencana.

Selain melatih komuniti dengan kemahiran dan pengetahuan berdepan bencana, beliau mencadangkan kerajaan meneliti keperluan lain seperti peralatan atau aset khusus yang boleh digunakan bagi memperkasa peranan mereka sebagai kumpulan awal memberi bantuan.

Imam terlupa takbir rakaat kedua, solat sunat Aidilfitri diulang kali kedua

HARIS FADILAH AHMAD
Jemaah melakukan solat sunat Aidilfitri kali kedua berikutan imam terlupa takbir rakaat kedua di sebuah masjid bandar Jerantut, hari ini.
JERANTUT – Gara-gara seorang imam terlupa takbir pada rakaat kedua, solat sunat Aidilfitri terpaksa diulang kali kedua di sebuah masjid di bandar Jerantut di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika solat sunat Aidilfitri bermula pada pukul 8.45 pagi dihadiri kira-kira 2,000 jemaah termasuk perantau yang pulang berhari raya di rumah keluarga masing-masing.

Pada rakaat pertama, imam berkenaan tidak berdepan masalah dan lancar menyebut takbir sebanyak tujuh kali, tetapi lain pula berlaku pada pada rakaat kedua.

Ketika masuk rakaat kedua, imam berkenaan bangun daripada sujud dan terus beliau membaca Fatihah serta ayat lazim dan ‘terlupa’ menyebut lima takbir yang sepatutnya dilakukan sebelum membaca surah Fatihah dan kemudiannya terus rukuk sehingga selesai solat.

Sejurus memberi salam, imam berkenaan terus bangun dan mengakui kekhilafannya pada rakaat kedua kerana tidak melengkapkan lima takbir ambil memohon para jemaah mengulangi solat sunat itu kali kedua pada pukul 8.55 pagi yang diimamkan oleh beliau sendiri.

Solat sunat Aidilfitri selesai dengan tertib dan nampak wajah imam berkenaan ceria, tetapi sedikit kekesalan.

Seorang jemaah,  Zulkifli Mahadi, 45, berkata dia berasa hairan apabila makmum di belakang imam tidak menyedarkan imam yang terlupa atau khilaf itu sekurang-kurangnya mengucapkan ‘subhanallah’.

“Kita (jemaah) di belakang agak terkejut apabila lima takbir tidak disebut dan tiba-tiba imam terus rukuk sehingga selesai solat sunat.

“Apapun, saya memuji sikap imam ini yang mengakui kekhilafannya dan mengajak jemaah terus solat sunat kali kedua,” katanya.

Seorang perantau, Azahari Ahmad, 56, berkata, seumur hidupnya ini pertama kali dia mengalami peristiwa tersebut ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri dan beranggapan para jemaah lain pun berdepan pengalaman kali pertama.

“Pada hari mulia ini mungkin hal ini perkara yang kecil dan saya lihat keikhlasan imam berkenaan mengakui kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat tersebut.

“Manusia tidak lari lari daripada kekhilafan. Pada hari yang mulia ini, kita bermaaf-maafan. Alhamdulillah, solat sunat kali kedua berjalan lancar dan imam mengetuai solat dengan yakin dan tawaduk terutamanya apabila tiba di rakaat kedua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Budak 5 tahun maut, polis jejak saksi langgar lari

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis sedang menjejak saksi kemalangan langgar lari yang mengakibatkan kematian kanak-kanak lelaki lima tahun, dalam kejadian di Jalan Putra Perdana, Uptown Puchong, dekat Sepang, semalam.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam nahas berlaku kira-kira 2 pagi ketika bapa dan ibu serta mangsa ingin melintas jalan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa bersama ibu dan ayah serta seorang pejalan kaki dari Uptown Puchong ingin melintas jalan ke seberang untuk pergi tempat letak kenderaan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai dipimpin oleh ayahnya untuk melintas jalan dan tiba-tiba datang motosikal dari arah Puchong menghala ke Taman Putra Perdana melanggar mangsa menyebabkannya tercampak di atas jalan.

“Penunggang motosikal melarikan diri selepas melanggar mangsa,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan di unit kecemasan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan susulan kecederaan teruk di kepala.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan kemalangan itu amat diperlukan untuk tampil membantu siasatan pihak polis.

“Sebarang maklumat boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang, Inspektor Wellington di talian 019-4848432 atau balai polis berhampiran,” katanya.

'Muhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket Bersatu dalam PRN’

Malaysiakini 

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menawarkan Khairy Jamaluddin untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dengan syarat bekas pemimpin Umno itu menyertai Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, berkata tawaran itu dibuat ketika Khairy berkunjung ke rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada Umno.

“Dalam pertemuan itu, Muhyiddin menawarkan kepada Khairy untuk bertanding atas tiket Bersatu dalam PRN jika beliau masih berminat dalam politik.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat ditetapkan antaranya beliau perlu menghantar borang sebagai ahli Bersatu terlebih dahulu dan kerusi yang ditandinginya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN),” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia, hari ini.

Khairy, yang adalah bekas menteri kesihatan, masih belum menjawab tawaran Muhyiddin dan telah meminta sedikit masa untuk membuat keputusan, tambahnya.

Razali, yang juga pengerusi Bersatu Terengganu, berkata dia secara pribadi mengalu-alukan dan terbuka menerima Khairy sebagai ahli Bersatu berdasarkan reputasi bekas menteri itu dalam politik.

“Bagaimanapun, KJ perlu akur dengan keputusan parti untuk meletakkan beliau di mana, sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan,” katanya.

Razali berkata Bersatu juga sedia membuka ‘pintu’ parti kepada mana-mana bekas pemimpin Umno yang dikenakan tindakan jika mereka mampu  memantapkan lagi parti tersebut.

“Seperti kita sedia maklum, ramai pemimpin Umno yang dikenakan tindakan dipecat keahlian daripada parti berkenaan.

“Jika mereka mampu memantapkan lagi Bersatu tiada salahnya untuk mereka sertai,” katanya. 

Pada 28 Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan oleh presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi memecat 44 ahli, termasuk Khairy dan bekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar.

Sebilangan pemimpin Umno lain turut dikenakan hukuman penggantungan selama enam tahun. Tiada alasan diberikan untuk tindakan itu.

Sanusi Md Nor: Untung atau rugi buat PAS?

Mohsin Abdullah

Sebenarnya bukan hal ini yang saya nak tulis kali ini. Iya lah semalam sudah tulis mengenai Ahli Parlimen PAS, Ismail Muttalib, lantas takkan nak tulis lagi pasal pemimpin parti itu dua hari berturut-turut. Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Perikatan Nasional Kedah, M Marimuthu, semalam mendorong saya bercakap mengenai Sanusi Md Nor, pemimpin PAS yang memegang jawatan menteri besar Kedah.

Marimuthu daripada Parti Gerakan, sekutu PAS dan Bersatu dalam PN. Kata beliau, populariti Sanusi dijangka membawa lebih ramai pengundi bukan Muslim menyokong PN di Kedah pada PRN akan datang. Ini membuatkan saya angkat kening. Pertama sebab seperti saya kata pada artikel semalam, tindakan Ahli Parlimen Maran yang mengaitkan orang Cina dengan komunisme hanya berjaya menjauhkan lagi masyarakat berkenaan daripada PAS.

Kedua, seperti saya berulang kali kata sebelum ini, orang bukan Melayu terutama komuniti Cina sememangnya tidak senang dengan PAS yang mereka anggap ekstrem. Pandangan ini disokong penganalisis serta pemerhati politik berpandukan tingkah laku dan kenyataan pemimpin PAS termasuk presidennya, Hadi Awang, yang bukan sahaja melukai perasaan masyarakat bukan Islam tetapi juga menakutkan mereka. Sanusi termasuk dalam golongan itu.

Sanusi seperti umum tahu kerap mencetus kontroversi, umpamanya beliau pernah membuat kenyataan yang dikatakan menghina komuniti minoriti (kaum India) kerana mengaitkan mereka dengan arak. Pentadbiran beliau juga bertindak meroboh kuil Hindu. Bantahan dan rayuan penganut Hindu tidak dihiraukan. Namun perlu dinyatakan kuil yang diroboh dikatakan dibina secara haram. Dalam erti kata lain, tanpa izin pihak berwajib.

Pada Januari 2021, beliau tidak memberi cuti umum bagi perayaan Thaipusam. Alasannya peningkatan kes Covid-19. Ada logik tindakannya namun MCA dan MIC menyifatkan Sanusi tidak menghormati hak masyarakat minoriti. Beliau yang juga presiden kelab bola sepak Kedah membuat satu lagi kenyataan yang dikatakan menghina pemain importnya, dengan menggelar mereka “awang hitam”. Sanusi juga terkenal dengan tindakannya ‘mengusik’ JDT.

Pada Ogos 2021, beliau ‘bergurau’ dengan wakil media berhubung kontena sejuk untuk menyimpan mayat mangsa Covid-19. Selaku menteri besar, beliau mengharamkan judi dan penjualan arak di Kedah.

Semua itu tidak menyenangkan pelbagai pihak, masyarakat bukan Islam khususnya. Oleh itu apabila Marimuthu berkata populariti Sanusi akan membawa lebih ramai pengundi bukan Islam menyokong PN, ia saya anggap sesuatu yang pelik.

Betul ke Sanusi popular dalam kalangan orang bukan Islam?

“Sanusi menteri besar yang disenangi dan mudah didekati,” kata Marimuthu dipetik media. Tetapi beliau mengaku terdapat kebimbangan mengenai larangan 4D (perjudian berlesen).

Apa pun keyakinan mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, kata Marimuthu, berdasarkan tinjauan yang dilakukan PN. Beliau tidak menghuraikan tinjauan yang dilakukan. Tidak diberitahu apa dan bagaimana ia dilaksanakan dan jumlah responden jika pungutan suara dijalankan.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahya, pula menegaskan Sanusi akan kekal sebagai “poster boy” PAS-PN untuk PRN Kedah kelak. Ertinya PN khususnya PAS cukup yakin Sanusi ialah figura popular meskipun mencetus pelbagai kontroversi yang menyentak bukan sahaja orang bukan Melayu tetapi sebilangan orang Melayu sendiri.

Bagi saya, Sanusi seorang “strategist”, pemimpin yang bijak mencari dan mendapat perhatian umum. Beliau saya lihat gemar “provoke” dalam menjayakan agendanya. Tindakannya berhubung judi, arak, kuil, dan sebagainya pula dikatakan diterima baik oleh masyarakat Melayu-Islam. Golongan ini majoriti di Kedah. Sokongan padu mereka ertinya kemenangan pilihan raya dalam genggaman.

Perang mulut dengan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP (bersabit isu bekalan air umpamannya) juga dilancar untuk menarik minat pengundi Melayu. Begitu juga perang mulut dengan TMJ pemilik JDT berhubung beberapa gelagat bola sepak. Kita tahu orang Melayu minat bola sepak.

Pada Disember 2020, Sanusi mengumumkan kerajaannya memberi permit kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur untuk mencari dan mengambil unsur-unsur hasil bumi bernilai RM43 trillion. Setelah siasatan lanjut simpanan unsur hasil bumi hanya dianggarkan RM62 billion.

Baru-baru ini Sanusi mendakwa ada usaha (jahat?) untuk menyingkir beliau daripada Majlis Kewangan Negara. Untuk pendekkan cerita, Selasa lalu iaitu 18 April beliau menghadiri mesyuarat majlis berkenaan di Putrajaya yang dipengerusikan Anwar Ibrahim selaku perdana menteri dan menteri kewangan. Apa pun ceritanya, Sanusi berjaya mendapat perhatian.

Tidak dinafi dalam kalangan PAS, Sanusi disanjung. Beliau dilihat sebagai “gung ho”, pemimpin yang tidak takut ‘tembak’ musuh. Atau tembak dulu baru tanya. Ciri yang ramai kata perlu ada dalam pemimpin.

Saya percaya jika Sanusi meneruskan hasrat bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan PAS lalu beliau akan menang. Tetapi beliau menarik diri pada saat ahkir untuk bertanding jawatankuasa PAS Pusat untuk penggal 2021-2023. Sanusi menang untuk menduduki tempat kedua di belakang anak presiden PAS, Muhammad Khalil. Hanya tujuh undi memisahkan mereka.

Bagi saya, Sanusi mempunyai masa depan cerah dalam PAS. Beliau mampu dipilih perwakilan PAS untuk jawatan timbalan presiden malah jawatan presiden suatu ketika nanti. Cuma persoalannya bila.

Jika betul apa yang dikata Marimuthu mengenai populariti Sanusi dalam kalangan orang bukan Muslim di Kedah, maka beruntunglah PAS. Bagaimanapun tingkah laku dan kenyataannya berkaitan masyarakat bukan Melayu akan mempunyai kesan kepada PAS secara keseluruhannya di luar Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang diperintah PAS.

Sanusi seorang pemimpin parti sekaligus tingkah laku, pendirian, serta kenyataannya melambangkan PAS. Sekurang-kurangnya dilihat mewakili pendirian PAS. Golongan di luar tiga negeri yang disebut tadi, yang sememangnya gusar, bimbang, dan takut terhadap garis keras akan terus gusar bimbang dan takut.

Dalam konteks ini Sanusi tidak menguntungkan PAS. Bak kata Inggeris, “a bane not boon to the PAS cause”.

Wanita maut diracun dengan martabak

Agensi

Jakarta: Seorang wanita dari Kediri, Jawa Timur maut selepas makan martabak manis dipercayai mengandungi racun yang diberikan seorang lelaki.

Tribunnews melaporkan, wanita berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia pada Isnin, ketika menerima rawatan di hospital di Soekandar, Mojosari.

Mangsa didakwa diracun selepas mulutnya berbuih ketika ditemui di dalam bilik di perkampungan di Desa Ngimbangan, Mojosari, Mojokerto.

Sebelum itu dia dikatakan diberi makan martabak manis atau dikenali kuih terang bulan kira-kira jam 5.30 petang, Ahad oleh lelaki yang bertandang ke rumahnya.

Ketua Polis Mojosari, Kompol Kariono berkata, mangsa sempat menyerahkan kembali baki martabak itu kepada 'tetamu' terbabit.

"Mangsa makan sedikit martabak manis itu tetapi disebabkan rasanya pahit, dia kemudian menyerahkan baki martabak itu kepada lelaki berkenaan," katanya dilapor Kompas.

Kira-kira jam 7 malam, mangsa dikunjungi lelaki lain, namun tidak mengadu apa-apa mengenai keadaan dirinya hingga lelaki itu meninggalkan rumah.

Kariona berkata, selepas itu mangsa mengalami gejala pening, sakit tekak dan muntah selain badannya lemah dan dibawa ke hospital.

"Pada jam 3.35 pagi Isnin mangsa meninggal dunia ketika rawatan dengan mulutnya mengeluarkan buih," katanya.

Menerusi tanda-tanda dialami mangsa, polis percaya wanita itu meninggal dunia akibat diracun.

"Racun dimasukkan terus ke dalam martabak manis yang dimakan mangsa.

"Hasil siasatan awal juga menunjukkan ada kerosakan pada organ mangsa," katanya.

Polis Mojosori juga sudah mengenal pasti identiti suspek dan mengambil tindakan selanjutnya.
- hmetro 

Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

KOSMO!

Kedua-dua pasangan kekasih ini ditangkap berdua-duaan ketika waktu sahur. – TikTok
JAKARTA – Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia menangkap isterinya sedang berdua-duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Lebih menyedihkan adalah apabila kedua-dua pasangan kekasih itu tidak menunjukkan reaksi  menyesal, malah mereka mengakui saling mencintai.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bernama Chotib berkata, dia menangkap isteri dan rakannya berkhalwat di rumah mereka ketika pukul 2 pagi (waktu tempatan).

“Pulang sahaja dari kerja, saya diberi ‘kejutan’ oleh isteri pada pukul 2 pagi. Dia berdua-duaan dengan kekasihnya iaitu rakan saya sendiri,” kata Chotib.

Kedua-dua pasangan kekasih itu dilihat tidak menunjukkan reaksi takut dan menjawab segala soalan daripada Chotib dengan bersahaja.

“Anda mahu berpisah dengan saya? Anda telah curang bersama Darno,” kata Chotib.

“Ya,” jawab isterinya sambil memalingkan muka daripada Chotib.

Ketika ditanya adakah dia mencintai kekasihnya, si isteri menjawab: “Ya, cinta.”

Dia bahkan tidak takut apabila Chotib mengugut untuk memberitahu ibu bapa wanita tersebut mengenai perkara itu.

“Beritahu sahaja. Saya tidak malu, mengapa saya perlu malu?” ujarnya.

Chotib dan isterinya dikatakan mempunyai seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka. – Agensi 

Putrajaya berunding ekstradisi Jho Low dari China

FMT Reporters
 
PETALING JAYA: Kerajaan dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan Beijing untuk mengekstradisi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang dianggap menjadi dalang utama skandal 1MDB.

Memetik sumber, penulis bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope, berkata perundingan tersebut “hangat diperdebat” di Putrajaya susulan kunjungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke China, bulan lalu.

“Ini sangat besar, mendebarkan dan tanda pengakhiran jalan cerita utama dalam skandal 1MDB – bermula diasaskan pada 2009 sehingga runtuh dalam skandal pada 2015 dan semua kegilaan berparti dan perbelanjaannya sehingga 2023,” katanya dalam laman sesawang yang didedikasikan menjejak ahli perniagaan Pulau Pinang itu yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Hope berkata rundingan itu membabitkan menyerahkan Low kepada Malaysia dan juga membersihkan China daripada tuduhan berpakat dengan ahli perniagaan itu untuk menutup penipuan 1MDB.

Katanya, sumbernya memberitahu bahawa Low kini menjadi “beban” kepada China selepas bekas perdana menteri Najib Razak kalah dalam pilihan raya umum 2018.

Hope berkata, sumbernya mendakwa perjanjian itu akan menyaksikan Malaysia menerima semua wang yang dicuri daripada 1MDB bersama aset lain yang dikaitkan dengan syarikat itu.

“Ini adalah satu perjanjian yang sangat mencabar dan sensitif untuk dimeterai, dan saya membayangkan kedua-dua pihak (Malaysia dan China) mahu membuat pengumuman yang positif,” kata Hope.

Low yang didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat atas tuduhan menjadi dalang mencuri USD4.5 bilion dari 1MDB, dipercayai berada di Macau, walaupun Beijing menafikan melindungi ahli perniagaan dalam buruan itu.

Ahli perniagaan itu didapati bersalah tanpa kehadiran dan dihukum penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah di Kuwait atas tuduhan pengubahan wang haram.

Akhbar Kuwaite Al-Qabas melaporkan seorang sheikh, rakannya dan seorang warga asing turut dihukum penjara 10 tahun. Seorang peguam pula dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan “dana Malaysia”.

Pada Sept lalu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata usaha untuk memburu Low masih berjalan, dan tiada negara Interpol mengesahkan kehadiran lelaki itu di wilayah mereka.

SPRM sita 2 akaun Bersatu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank milik Bersatu.

Dalam kenyataan, SPRM berkata sitaan itu dibuat pada 11 April lalu berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Kes itu juga disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini, akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Jan 2023 mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.

“Susulan itu, SPRM melaksanakan tindakan sitaan tersebut pada 11 April 2023 berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden  Bersatu, Muhyiddin Yasin bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001,” katanya.

Disember lalu, SPRM mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19 daripada Kementerian Kewangan.

Pada 10 Mac, Muhyiddin didakwa atas empat tuduhan salah guna kuasa berkait program Jana Wibawa, untuk mendapatkan RM232.5 juta bagi partinya, Bersatu.

Muhyiddin turut didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM195 juta.

Ahli Parlimen Pagoh itu mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Azura Alwi.

Muhyiddin, 75, ialah bekas perdana menteri kedua yang didakwa atas kesalahan sedemikian, selepas Najib Razak.

SPRM sita harta RM3 juta dipercayai milik pegawai kedutaan di Bangladesh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua pegawai agensi penguatkuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangladesh.

Mereka disyaki menerima wang rasuah bagi pengeluaran visa luar negara dan kemasukan pelancong serta pekerja Bangladesh ke negara ini.

Dua pegawai terbabit masing-masing lelaki dan wanita direman selama tiga hari, bermula 18 sehingga 20 Apr 2023 selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah itu di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Selasa lalu.

Menurut sumber, SPRM mengesan beberapa transaksi kemasukan wang yang mencurigakan ke dalam akaun bank kedua-dua suspek dan mereka telah diarahkan pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan kes tersebut.

Tambah sumber, sebanyak lebih 20 akaun bank yang melibatkan individu dan syarikat berkaitan telah diambil tindakan pembekuan. Sehingga hari ini, pembekuan akaun dan penyitaan harta alih/tak alih yang melibatkan penyitaan lapan bidang tanah, dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.1 juta.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

“Saya tidak menolak kemungkinan akan terdapat lagi beberapa tangkapan lain yang akan dibuat selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga sedang mengesan seorang individu bernama Siti Liyana Sakijan untuk membantu dalam siasatan ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jayaraj Rajan di talian 016-6371082.

Idol Korea Moonbin ditemui mati bunuh diri

NASUHA RAHMAN


Penyanyi Idol Korea Moonbin dijumpai mati dirumahnya daerah Gangnam pada Rabu sekitar pukul 8.10 malam dan disyaki akibat dari bunuh diri.

Kematian Moonbin, 25, mula diketahui oleh pengurusnya yang datang ke sana dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Menerusi laporan sisatan awal yang dikeluarkan, punca kematian adalah akibat dari bunuh diri namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Pihak pengurusan penyanyi itu dalam satu kenyataan menyifatkan kematian Moonbin sebagai satu kejadian mengejut.

“Kami juga turut berduka atas berita yang mengejutkan ini. Namun tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan Moonbin.

“Kami juga memohon semua untuk menghormati keluarga dan tidak menyebarkan berita tidak benar tentang kematian ini.

“Pihak keluarga akan mengadakan majlis pengebumian secara tertutup,” jelas kenyataan tersebut.

Mendiang dibawa ke Hopital Asan di Songpa-gu, Seoul Korea dan dijadualkan acara pengebumian 8 pagi 22 April 2023.

Wanita dipercayai dirogol diselamatkan orang awam selepas ditemukan trauma, menangis tepi jalan

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Ipoh: Lelaki ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan trauma di Jalan Kamaruddin Isa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata wanita warga tempatan berusia 38 tahun terbabit ditemukan orang awam dalam keadaan trauma dan menangis selain mengalami luka di kaki.

Katanya, maklumat mengenai penemuan wanita itu diterima daripada orang awam jam 9.15 pagi semalam oleh Balai Polis Sungai Senam sebelum sepasukan polis dari balai terbabit bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki warga tempatan yang tidak dikenalinya.

Mangsa, bagaimanapun berjaya melarikan diri daripada tempat kejadian selepas dirogol.

Menurutnya, kecederaan di bahagian kaki mangsa adalah akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Yahaya berkata, hasil tindakan pantas, polis berjaya memberkas suspek berusia 43 tahun di rumah mangsa.

Katanya, beberapa barangan yang ditemukan bersama suspek termasuk beberapa jenis senjata seperti gunting, pisau, dan kuku kambing; selain semakan mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau.

"Ujian saringan air kencing suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol sementara mangsa masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dengan keadaan kecederaan mangsa stabil.

Katanya, siasatan kes sedang dilengkapkan sebelum kemudiannya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan ke atas suspek dalam masa terdekat.

Tok Mat ingatkan ahli UMNO agar sedar diri, jangan tuntut macam-macam

SEDARLAH DIRI KERANA KITA HANYA MENUMPANG KASIH, INGATAN TOK MAT KEPADA UMNO
Shahbudin Husin 

Selama ini, apabila saya menyebut dalam tulisan saya bahawa UMNO hanya menumpang dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini, ada beberapa pihak yang marah-marah kepada saya.

Kata mereka, istilah menumpang itu tidak wajar digunakan kerana UMNO dan BN adalah komponen penting dalam kerajaan.

Malah kata mereka, tiada istilah menumpang kerana kerajaan dibina atas semangat bersama daripada semua parti yang ada.

Saya faham semua luahan itu, cuma apa yang saya tekankan ialah agar UMNO jangan lebih-lebih dalam menuntut itu dan ini di sebalik keberadaannya dalam kerajaan sekarang.

Apa juga tuntutan haruslah berpada-pada, apa lagi BN hanya ada 30 kerusi daripada 148 kerusi Parlimen yang menyokong kerajaan.

Contohnya, menuntut pembebasan Najib Razak dan waktu yang sama mengancam bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri paling pendek tempoh perkhidmatannya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, adalah tidak wajar sama sekali.

Lebih-lebih kerana dengan sokongan 30 kerusi daripada UMNO dan BN itu, kerajaan secara realitinya tidak akan tumbang jika mereka menarik diri atas sebab Najib tidak dibebaskan.

Nah…sekarang Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sendiri menyatakan UMNO hanya menumpang kasih dalam kerajaan ini.

“Kita kena sedar diri dan jangan berperangai seperti ketika kita memerintah dulu,” kata beliau.

Adakah mereka yang marah-marah dengan saya sebelum ini nak marah kepada Tok Mat kali ini? – ShahbudinHusin 19/04/2023.

Isteri, suami orang kantoi bersekedudukan

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Pasangan kekasih dicekup berkhalwat oleh pegawai PADK dalam sebuah bilik di kedai makan di Kampung Baru, Merbau Pulas, Kuala Ketil. FOTO IHSAN PADK
Pasangan kekasih dicekup berkhalwat oleh pegawai PADK dalam sebuah bilik di kedai makan di Kampung Baru, Merbau Pulas, Kuala Ketil. FOTO IHSAN PADK
Kulim: Helah sepasang kekasih berlakon di hadapan penduduk seolah-olah sudah bernikah di Thailand bagi mengelak rahsia mereka bersekedudukan terbongkar, akhirnya menemui noktah selepas dicekup khalwat, awal pagi tadi.

Mereka dicekup penguat kuasa agama pada 1.26 pagi dan pasangan itu memberi alasan sedang berehat dalam bilik selepas keluar makan tengah malam di sebuah kedai di Kampung Baru, Merbau Pulas, Kuala Ketil di sini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, beliau bersama tiga pegawai dan bantuan pegawai masjid melakukan pemeriksaan dalam sebuah bilik di rumah kedai itu selepas menerima maklumat awam.

"Pasukan menemui wanita berusia 47 tahun dan lelaki berumur 42 tahun dalam bilik berkenaan yang mana, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka bersekedudukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Sharifuddin berkata, siasatan lanjut mendapati, pasangan itu masing-masing masih berstatus isteri dan suami orang dengan lelaki bekerja sebagai pemandu lori, manakala wanita itu bekerja di kedai makan.

Katanya, mereka mengaku berkenalan sejak tahun 2013 dan kedua-duanya menetap di daerah ini.

"Ketika disoal siasat, pasangan ini tidak banyak bercakap kerana bimbang perbuatan mereka diketahui pasangan masing-masing.

"Sebelum ini mereka memberi alasan kepada orang awam (yang ditemui di kedai makan) yang mereka sudah bernikah di Thailand. Akhirnya penipuan mereka terbongkar, hari ini," katanya yang memberitahu kes pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah (EKJSNK) 2014.

Dalam pada itu Anwar Sharifuddin berkata, dua lagi tangkapan khalwat turut dilakukan di daerah ini babitkan janda (39 tahun) dan duda (45 tahun) yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Selarong Panjang, di sini pada 3.30 pagi.

Katanya, sepasang lagi kekasih berusia 25 dan 29 tahun ditahan di Kampung Permatang Durian, pada 3.15 pagi kerana disyaki berkhalwat.

Tentang Umno dan DAP: Siapa buat pasal?

Mohsin Abdullah

Mengapa orang Umno suka guna analogi ‘perkahwinan’ apabila bercakap mengenai sesuatu langkah politik? Ingat tak apabila Muafakat Nasional ditubuhkan dulu antara Umno dengan PAS? Pemimpin Umno (dan juga PAS) ibaratkan penubuhan itu bagai perkahwinan.

Terkini muncul bekas naib presiden Ismail Sabri Yaakob setelah agak lama menyepi sejak tidak jadi perdana menteri. Tup-tup muncul dengan berkata kerjasama partinya dengan Pakatan Harapan ialah ‘perkahwinan paksa’ yang sukar untuk bertahan lama. Dalam erti kata lain Ismail meramalkan kerjasama berkenaan atau lebih tepat kerajaan perpaduan bakal roboh. Mengapa beliau meramal demikian?

Sebelum itu imbau kembali penubuhan kerajaan perpaduan. Ia wujud demi memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan campuran dibentuk apabila PRU15 tidak menyaksikan mana-mana gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk memerintah secara mutlak. Gesaan itu baginda suarakan dengan mengambil kira kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. Pakatan Harapan menyambut titah Agong. Begitu juga Barisan Nasional. Oleh itu, pada hemat, saya untuk menggelar ia ‘perkahwinan paksa’ tidak betul. Adakah Ismail menyifatkan Agong memaksa PH dan BN berkahwin?

Perlu juga diingat Muhyiddin Yassin, pengerusi Perikatan Nasional, menolak saranan Agong kerana lebih rela menjadi pembangkang. Sejak keputusan itu sehingga ke hari ini PN yang dianggotai Bersatu dan PAS tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan. Lantas membuktikan Agong memberi parti politik kebebasan untuk membuat keputusan masing-masing.

Maksudnya tidak ada paksaan. Ditegas sekali lagi, menggunakan istilah ‘perkahwinan paksa’ tidak betul.

Pada hemat saya, jika istilah ‘perkahwinan’ dan elemen ‘paksa’ mahu juga digunakan, paling dekat atau sesuai ialah ungkapan ‘terpaksa kahwin’ yakni PH dan Umno terpaksa berbuat demikian. PH yang dianggotai PKR, DAP, dan Amanah ‘terpaksa kahwin’ untuk memanfaatkan jumlah kerusi yang mereka menang sekaligus menempatkan Anwar Ibrahim di jawatan perdana menteri. Umno pula ‘terpaksa kahwin’ demi memastikan ia duduk dalam kerajaan dan untuk “political survival”. Gabungan politik Sabah dan Sarawak ‘terpaksa kahwin’ demi menjayakan agenda Borneo dan menjaga kepentingan rakyat wilayah berkenaan.

Bagaimana pula DAP? Parti berbilang bangsa tetapi majoriti Cina itu ‘terpaksa kahwin’ dengan mengambil risiko dicemuh pengundinya terutama masyarakat Cina kerana berbaik-baik dengan Umno, yang disifatkan penyokongnya sebagai parti ‘tidak bersih’.

Mujur bagi DAP, pengundi mereka ‘menerima hakikat’ parti itu terpaksa berbaik dengan Umno untuk mengelak PN berkuasa. Bagi majoriti masyarakat bukan Melayu, Umno “is the lesser devil” berbanding PN. Jelas takutnya mereka akan PN membolehkan mereka ‘merestui’ kerjasama DAP-Umno dalam kerajaan.

Berbalik persoalan tadi – mengapa Ismail meramalkan kerajaan perpaduan bakal roboh? Beliau berkata ‘perkahwinan paksa’ yang mungkin sukar untuk bertahan lama merujuk kenyataan pemimpin Umno dan DAP tempoh hari. “Dah ada dah, DAP komen Umno, Umno komen DAP,” kata beliau. Memang ada DAP komen Umno dan Umno komen DAP yang dikatakan Ismail. Persoalannya adakah ia pada tahap serius yang akan membawa padah kepada kerajaan perpaduan? Terpulang interpretasi masing-masing.

Yang berlaku setakat ini ialah Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari, dipetik Utusan Malaysia berkata peranan Umno menarik sokongan orang Melayu masih tidak jelas memandangkan peranan tersebut dimainkan oleh PN. Pada pandangan saya, apa yang dikatakan Aziz itu ada benarnya. Seperti yang pernah dinyatakan pada artikel saya terdahulu, serangan PH ke atas Umno pada kempen PRU15 meninggalkan kesan umpamanya lagu “hoi ya hoi penyamun”. Tetapi strategi PH itu lebih menguntungkan PN. Umno kalah teruk kerana dilihat parti tercemar rasuah, oleh bukan sahaja orang bukan Melayu tetapi orang Melayu juga.

Lalu ramai pengundi Melayu yang menarik muka daripada Umno dan menyokong PN. Sehingga kini belum ada petunjuk mereka akan ubah pendirian. Jelas ini akan hanya terjawab apabila enam negeri di Semenanjung mengadakan PRN, dijangka tidak lama lagi.

Apa pun yang dikatakan Aziz, iaitu “berdasarkan rekod PRU15 apabila pada peringkat awalnya undi PN dijangka meleset namun yang berlaku adalah sebaliknya” adalah fakta. Tetapi tidak disenangi Umno.

Mungkin yang lebih menyakiti Umno ialah apabila Aziz turut dipetik berkata Umno dilihat hanya menumpang kekuatan PH kerana kelangsungan parti itu semakin pudar. Secara peribadi saya setuju.

Bagaimanapun Ahli Majlis Kerja Tertinggi Nur Jazlan Mohamed menyerang balas sambil menyifatkan DAP lah ‘liabiliti’ bagi Umno memikat semula undi Melayu.

“Untuk keadaan sekarang pun kita susah nak tarik sokongan Melayu kembali kepada Umno disebabkan DAP sendiri kerana ramai orang Melayu tidak percayakan parti itu,” kata Nur Jazlan dipetik Utusan Malaysia.

Adakah benar Umno tidak (atau belum?) mampu tarik minat orang Melayu kerana Melayu tidak percaya DAP? Atau orang Melayu masih mencurigai pemimpin Umno yang tercalar dengan tuduhan rasuah?

Atau orang Melayu tetap terpukau dek strategi Islami PAS dan kemelayuan Bersatu? Semua itu persoalan besar.

‘Pengambilan paksa’ Kompleks Petronas di Khartoum, Malaysia panggil duta Sudan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Duta Sudan akan dipanggil sebagai bantahan susulan laporan “pengambilan paksa” Kompleks Petronas di negara itu, kata Menteri Luar Zambry Abd Kadir.

Sambil memaklumkan rakyat Malaysia yang berada di kompleks terletak di Khartoum berjaya dipindahkan ke tempat selamat, petang semalam (waktu Sudan), Zambry menggambarkan situasi di negara itu semakin meruncing.

“Berikutan dengan situasi yang semakin meruncing dan susulan kepada laporan berkenaan ‘pengambilan paksa’ (take command by force) Kompleks Petronas di Sudan yang juga menempatkan Kedutaan Besar Malaysia, saya telah mengarahkan timbalan ketua setiausaha (hubungan dua hala) untuk memanggil Duta Besar Sudan bagi menyuarakan pandangan Malaysia dalam konflik terbaharu ini.

“Selain itu, Malaysia juga menyampaikan bantahan ke atas tindakan pihak-pihak tertentu yang telah menceroboh kompleks berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Zambry berkata, situasi di Sudan terlalu kompleks.

Katanya, krisis melibatkan perbalahan politik di antara dua pihak utama ‘Transitional Sovereignty Council’.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima, kedua-dua pihak masih belum mencapai kata sepakat untuk menamatkan pertempuran bersenjata yang telah meletus.

Zambry ketika mengulas berhubung pertemuan dengan Duta Besar Sudan, timbalan ketua setiausaha (hubungan dua hala) telah menekankan keutamaan untuk kesemua pihak di Sudan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan dipelihara.

“Ia adalah konflik dalaman dan kepentingan warganegara asing tidak harus menjadi sasaran pihak-pihak yang bertelagah,” katanya.

Beliau berkata, demi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia, pihaknya telah merangka pelan evakuasi membawa pulang 32 rakyat Malaysia, berdasarkan data terkini yang dikongsikan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.

Bagaimanapun, katanya, keadaan semasa belum mengizinkan proses evakuasi dilakukan kerana pertempuran masih memuncak.

“Ia akan dilaksanakan bersama negara-negara sahabat serta-merta sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian,” katanya.

Kanak-kanak tujuh tahun mangsa rogol, dera ditemukan di tepi jalan

Muhamad Lokman Khairi

am@hmetro.com.my

Manjung: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita disyaki merogol dan mendera kanak-kanak perempuan tujuh tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, penahanan dilakukan selepas seorang lelaki menjumpai mangsa di tepi jalan seorang diri dan membawa mangsa ke balai polis di daerah berkenaan jam 11.50 pagi semalam.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan berkenaan dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai.

"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Manjung bagi tujuan rawatan.

"Hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati, mangsa dipercayai dirogol dan didera.

"Terdapat kesan kecederaan lama dan baru pada badan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Boo Khim berkata, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menahan dua lelaki dan seorang wanita di perkarangan balai polis jam 9.30 semalam kerana disyaki terbabit dalam kes terbabit.

"Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 26 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

"Mereka direman sehingga 23 April depan bagi siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Konflik rumah tangga, wanita maut disyaki dicekik suami

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dicekik suami dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Jalan Pantai, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Sebelum itu, jiran pasangan terbabit menyedari berlaku pertengkaran di bilik berkenaan kira-kira 5 pagi dan suami mangsa kemudiannya mengetuk pintu dan meminta mereka keluar dari bangunan.

Mereka kemudiannya menghubungi polis pada 8 pagi sebelum mayat wanita itu ditemui, manakala suaminya berusia 30-an turut terbaring dengan kesan kelar dan luka.

Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suaminya dalam bilik sewa berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai dibunuh oleh suaminya berikutan terdapat kesan lebam pada leher dipercayai dicekik, selain kesan luka pada dahi.

“Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar pertengkaran antara kedua-dua mereka.

“Pasangan terbabit ditemui dalam keadaan terbaring dan jiran sedikit lewat menghubungi pihak polis,” katanya menurut Berita Harian.

Zaidi berkata, siasatan awal mendapati suami mangsa adalah pekerja restoran, manakala isterinya seorang suri rumah.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat dan polis masih melakukan siasatan lanjut terhadap motif kejadian.

“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menipu untuk mencari 'sayang' tuhan

Al-Abror Mohd Yusuf

"Tak pernah lagi berlaku dalam sejarah," kata seorang pengguna Facebook pada malam bermulanya Ramadan bulan lalu, "tak ada pengumuman tarikh berpuasa."

Sudah tentu kenyataan itu sesat lagi menyesatkan, tetapi hantaran tersebut sempat terpapar agak lama di media sosial tersebut sebelum entah berapa ramai orang menegur dan membetulkan keadaan.

Sesetengahnya memberi amaran bahawa tindakan tersebut sebenarnya mengundang bahaya. Ketika bunyi kucing berjalan di atas bumbung rumah pun sudah cukup membuat dada orang yang perasan hebat berdebar-debar, bayangkan kalau pintu rumah diketuk polis pada jam 3 pagi.

Kenyataan itu dibuat hanya kerana dia tidak menonton TV atau mendengar radio pada saat penyimpan mohor besar raja-raja membuat pengumuman seperti malam-malam menjelang Ramadan sejak berpuluh-puluh tahun silam.

Barangkali juga dia tidak endah akan apa-apa berita semasa kecuali perkhabaran yang diinginkannya saja, iaitulah kisah-kisah kehebatan parti yang disokongnya, serta kecacatan dan keburukan parti yang diarah pemimpinnya supaya dibenci serta dilawan.

Mujurnya ialah, hantaran tersebut hanya dibuat oleh individu yang tidak dikenali ramai kecuali dalam lingkungan saudara-mara, karib kerabat dan kawan-kawan setempat.

Tetapi menyebarkan kepalsuan - sama ada secara sengaja atau sebaliknya - bukanlah kejadian terpencil.

Jika tidak, mana mungkin pada 2023 ada ahli parlimen mengemukakan soalan kepada kerajaan mengenai suatu situasi yang sebenarnya sudah terbukti palsu, tidak benar dan suatu pembohongan seawal 2016.

Sudah pernah mengaku salah

Ketika Ismail Abd Muttalib bertanya tentang peraturan yang kononnya melarang azan dikumandangkan seperti biasa di Pulau Pinang baru-baru ini, Yang Dipertua PAS Padang Serai sudah mengakui keterlanjurannya membuat dakwaan salah lebih enam tahun lalu.

Sebelum Ismail muncul dengan soalan itu, seorang tokoh yang disegani sesetengah orang pula mendakwa ada masjid di Pulau Pinang bertukar menjadi tokong.

Ia bukanlah dakwaan luar biasa dan karut yang pertama dilafazkannya, malah entah kali yang keberapa.

Memang pembohongan itu dibetulkan dengan permohonan maaf individu terbabit selepas dia tidak mampu mempertahankan dakwaan sendiri, tetapi dalam situasi sesetengah penduduk negara ini lebih cepat percaya cerita dongeng dari mulut penceramah berbanding fakta sebenar, tidak banyak yang dapat diharapkan untuk keadaan bertukar menjadi betul.

Dan itu - yakni bersilat menepis khabar-khabar palsu lagi bohong - mungkin merupakan separuh daripada masalah yang sedang membarah dalam negara ini.

Berbohong atau menyebarkan pembohongan sudah menjadi aktiviti yang ditekuni saban waktu untuk mereka mengutip 'saham pahala' khususnya semasa bulan puasa ini.

Tidak dapat dipastikan mana yang lebih besar, sama ada sikap kita yang kemaruk kepada berita-berita palsu yang kita suka, atau rasuah yang berada di kedudukan tertinggi masalah negara.

Dibuai naratif ciptaan sendiri

Pada ketika yang sama sesetengah pemimpin pula lebih berahi bergaduh sesama sendiri berbanding berpakat dan berbaik-baik memikirkan masalah rakyat.

Ketika rasa meluat dan menyampah orang ramai kepada orang politik masih belum reda, para pemimpin terbabit tanpa rasa segan silu menelanjangkan kurap di badan masing-masing kepada umum.

Maka bermadah dan berselokalah mereka sesedap rasa tanpa mahu tahu apa saja kebimbangan rakyat yang belum lagi boleh menarik nafas lega akibat percaturan politik sejak bertahun-tahun lalu.

Di satu pihak orang politik - pedulilah apa pun taraf atau jawatan mereka, daripada setinggi-tinggi tempat hinggalah serendah-rendah kedudukan - terus leka bermain dengan fitnah, pembohongan dan penipuan.

Mereka terbuai dengan naratif yang dicipta sendiri untuk menjatuhkan lawan. Biasanya dibuat dengan keyakinan bahawa kekejian itu akan membawa mereka memasuki syurga tertinggi nanti.

Di sisi yang lain orang politik berseteru, bertelagah dan mengintai-intai di mana ada 'lobang' yang boleh mendera pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Barangkali kebencian rakyat terbanyak kepada mereka langsung tidak membekas di hati dan jika boleh ia mahu ditambah biar berdaki dalam setiap hela nafas masing-masing.

Dan di antara kedua-dua sisi itu ialah kita yang terus sesak bernafas untuk meneruskan kelangsungan hidup.

SPRM geledah rumah, pejabat menteri tak jumpa bukti, menurut laporan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Penggeledahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah dan pejabat seorang menteri di Putrajaya kelmarin tidak menemui sebarang bukti diperlukan.

Sumber dipetik Utusan Malaysia berkata, SPRM akan terus menjejaki jutaan ringgit yang didakwa diserahkan “orang tengah” itu dan tidak menolak kemungkinan memanggil menteri terbabit sekali lagi dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Difahamkan, tiada sebarang rampasan dilakukan kerana SPRM tidak menemui sebarang bukti diperlukan.

“SPRM juga dalam tindakan mengesan saksi lain bagi mengukuhkan siasatan kes itu,” katanya menurut akhbar itu.

Sumber itu berkata, SPRM masih menyiasat kemungkinan wang tunai itu disimpan di lokasi tertentu atau sudah digunakan.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan laporan kediamannya digeledah SPRM selepas keterangannya diambil kelmarin.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pula dilaporkan berkata Sivakumar tidak diarahkan bercuti walaupun beliau sedang disiasat SPRM.

Beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang telahan kerana ia hanya dalam proses siasatan, bukannya didakwa di mahkamah.

Jumaat lalu, SPRM menahan setiausaha sulit Sivakumar berhubung siasatan ke atas kelulusan kuota pekerja asing.

Sehari sebelumnya, agensi antirasuah itu menahan seorang pegawai kanan Sivakumar bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing.

Ada kemungkinan beberapa negara Islam nampak anak bulan Khamis ini, tapi Arab Saudi ‘confirm’ raya Sabtu

KIM SYAZIE

Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) memaklumkan, hampir mustahil untuk melihat anak bulan Syawal pada Khamis ini walaupun menggunakan teleskop dari mana-mana sahaja di dunia Arab.

Seperti dilapor laman berita Agensi, badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi itu dalam satu kenyataan di akaun Twitter, berkata ramalan itu adalah berdasarkan maklumat astronomi dan tarikh sebenar Aidilfitri hanya akan disahkan oleh pihak berkuasa selepas melihat anak bulan.

Penampakan anak bulan pada petang Khamis adalah sangat sukar kerana ia memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa.

“Melihat anak bulan Khamis ini tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja di dunia Arab dan Islam.

“Melihat anak bulan pada hari Khamis juga adalah mustahil dengan teleskop di kebanyakan negara Arab, kecuali bahagian Afrika Barat bermula dari Libya. Oleh itu, kemungkinan besar hari pertama Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu,” katanya.

Sehubungan itu, anak bulan dijangka tidak dapat dilihat dan hari raya Aidilfitri akan jatuh pada hari Sabtu di Arab.

Bagaimanapun, IAC berkata, terdapat kemungkinan beberapa negara Islam lain mungkin dapat melihat anak bulan Khamis ini dan disebabkan berlakunya waktu konjugasi, sebelum matahari terbenam dan munculnya bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah dunia Islam.

Dijangkakan, majoriti negara-negara Islam lain berkemungkinan akan mengumumkan permulaan bulan Syawal pada hari Jumaat.

Bagi negara yang memerlukan penglihatan tepat dengan hanya menggunakan mata dan teleskop tempatan, mereka dijangka akan terus berpuasa sehingga 30 hari.

Oleh itu, Aidilfitri akan jatuh pada hari Sabtu untuk mereka.

100 anggota bersenjata dikerah buru polis pembunuh

KOSMO!
Anggota polis memburu Sarjan Mejar Atthaporn Wichian kerana membunuh isteri, anak dan bapa mentuanya dalam operasi di Empangan Ratchaprapa, Ban Ta Khun kelmarin. - Bangkok Post
BANGKOK – Lebih 100 anggota polis dan pegawai pasukan khas lengkap bersenjata dikerah ke kawasan Empangan Ratchaprapa, daerah Ban Ta Khun untuk memburu seorang anggota polis yang membunuh ahli keluarga sendiri termasuk isteri dan anak lelakinya, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Sarjan Mejar Atthaporn Wichian didapati membunuh enam orang di wilayah Surat Thani awal bulan ini termasuk isteri, anak lelaki dan bapa mentuanya.

Pihak berkuasa mendapat petunjuk yang menunjukkan Atthaporn bersembunyi di kawasan tersebut lalu mengerahkan sejumlah anggota untuk mencarinya termasuk di  hutan berhampiran Empangan Ratchaprapa. 

Pasukan keselamatan mengadakan sekatan jalan raya dan membina pos pemeriksaan di  semua jalan dan laluan hutan menuju ke empangan berkenaan.  Empangan Ratchaprapa merupakan lokasi tarikan pelancong yang popular.

Perkembangan itu berlaku selepas mahkamah di wilayah Surat Thani meluluskan dua lagi waran tangkap terhadap Atthaporn kerana membunuh anak lelaki  dan isterinya, Panid. 

Waran tangkap terdahulu membabitkan tuduhan membunuh, memiliki senjata secara haram dan membawa senjata api serta peluru di tempat awam tanpa alasan yang kukuh.

Atthaporn mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata lengkap menyerbu rumah bapa mentuanya, Thammarong Nilniyom di Khirirat Nikhom pada 8 April lalu. 

Dalam kejadian itu, empat orang terbunuh, termasuk Thammarong dan isterinya, Nilthip Palakachen, Pornsak Phetchu dan Thammarat Wichian. 

Anak lelaki Atthaporn, Atthapol Wichian, 25, dan isteri baharunya, Panida Nilniyom, 34, kemudian ditemui mati ditembak. – Agensi

Sanusi diminta dedah status pembinaan LRA seluruh Kedah

M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my

ALOR SETAR: Kerajaan negeri perlu telus dan berterus terang mengenai status pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) yang menyebabkan masalah air bersih gagal di Kedah diselesaikan sehingga kini.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata dakwaan gangguan bekalan air yang dikaitkan dengan faktor cuaca kemarau tidak boleh dianggap sebagai punca utama berlakunya masalah itu.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya menjelaskan mengapa kerja pembinaan LRA terutama di Bukit Selambau dan Sungai Limau berjalan terlalu perlahan berikutan ia memberi kesan secara langsung ke atas penduduk.

"Masalah gangguan bekalan air bukan disebabkan perubahan cuaca yang mengakibatkan penurunan kuantiti sumber air, tetapi ia lebih disebabkan Menteri Besar yang terpesong fokus dan tumpuan daripada masalah rakyat kepada agenda populariti diri, sentimen mahu jadi hero dan juga strategi meraih simpati.

"Menteri Besar perlu telus dan berterus terang dengan memberi gambaran tepat tentang apa yang berlaku di tapak LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau?

"Kenapa pembinaan atau tahap kerja bagi kedua-dua loji ini masih rendah dan perlahan? Kedua-dua loji ini amat penting dan memberi kesan langsung kepada pengguna air di daerah Kuala Muda," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

BH hari ini, melaporkan hampir satu juta daripada kira-kira 2.2 juta penduduk Kedah, dijangka mengalami krisis bekalan air yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.

Paling teruk terjejas adalah Daerah Kuala Muda terutama di Merbok, Tanjung Dawai, Bedong dan Sungai Petani, selain kawasan sekitar Kuala Kedah di Daerah Kota Setar akibat kepulangan beramai-ramai perantau ke kampung halaman.

Selain itu, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa daerah lain seperti Pendang, Kulim, Yan, Baling dan Sik menyebabkan penduduk terpaksa mula mengumpul simpanan air mulai minggu ini lagi.

Shaiful Hazizy berkata, pihaknya turut bimbang melihat tahap respon dan tindakan SADA terhadap krisis air yang dijangka berlaku sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

"SADA ternyata sangat gagal menyelesaikan permasalahan aduan dan melakukan tindakan pantas. Pembekuan cuti kakitangan SADA sahaja tidak cukup sekiranya pemetaan sistem bekalan dan tindakan masih lagi bersifat 20 tahun kebelakang.

"Saya juga resah melihat proses penghantaran air ketika musim perayaan. Lori yang ditugaskan oleh SADA didapati punya banyak kelemahan dan meresahkan pengguna. Kebanyakan lori gagal menepati jadual ataupun terlewat daripada garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Berikutan itu, pihaknya melahirkan rasa simpati kepada rakyat yang terjejas akibat gangguan bekalan air ketika kebanyakan penduduk negeri lain gembira menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Kepada rakyat Kedah, bertabahlah. Kita berdoa agar dibukakan hati Menteri Besar supaya berhenti bermain politik lakonan meraih simpati, jangan ego dan sentiasa beradab.

"Sesungguhnya tindak tanduk beliau sebelum ini sama sekali tidak membawa sebarang keuntungan dan faedah untuk rakyat terutama di negeri ini," katanya.

Pegawai Sivakumar bebas selepas tempoh reman tamat

Elill Easwaran

PETALING JAYA: Dua pegawai Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dan seorang ahli perniagaan dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tempoh reman mereka tamat, hari ini.

Mereka ditahan SPRM pada minggu lalu dan perintah tahanan reman diperoleh hingga 17 Apr untuk siasatan berkait pengambilan pekerja asing.

Seorang pegawai Sivakumar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Semalam, Sivakumar dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan. Seorang pegawai Sivakumar berkata, menteri itu berada di sana seketika untuk “formaliti tertentu”.

Pagi ini, beliau menafikan laporan Sinar Harian bahawa rumah dan pejabatnya digeledah SPRM.

Siasatan dilaporkan mengenai jutaan ringgit yang dibayar menerusi orang tengah sebagai balasan untuk jaminan mendapatkan kontrak kerajaan.

Pembantu rumah Permaisuri Selangor peluk Islam

Sinar Harian
Pembantu rumah Permaisuri Selangor peluk Islam
Tengku Permaisuri Norashikin (belakang, kanan) berkenan menyaksikan lafaz syahadah dilakukan Mariam (depan) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat. -Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menyaksikan majlis ringkas pendaftaran pengIslaman pembantu rumah baginda yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Kenyataan itu memberitahu, majlis lafaz syahadah itu turut disaksikan Imam Besar Masjid Negeri, Muhammad Farhan Wijaya.
"Majlis berlangsung selepas solat Jumaat dan turut disaksikan jemaah yang hadir," menurut kenyataan itu pada Sabtu. -Sinar Harian

Ibu bapa dakwa anak cederakan diri sendiri lepas 'dibuli' guru

Puteri Aisya Sufian

Ibu bapa pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan menuduh seorang guru disiplin membuli anak mereka sehingga didakwa mencederakan diri sendiri.

Mereka mendakwa kejadian itu berlaku selepas guru disiplin itu memaksa pelajar itu menandatangani surat akuan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

“Dia (pelajar itu) dibawa kepada guru disiplin di mana dia dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan rakan sekelas perempuan.

"Kemudian guru itu meminta kedua-dua pelajar menandatangani deklarasi mengenai 'tindakan' mereka," kata Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia Arun Dorasamy kepada pemberita hari ini.

Bercakap bagi pihak ibu bapa pelajar itu, Arun menjelaskan bahawa pelajar itu dituduh oleh guru lain yang menyaksikan dia bercakap dengan rakan sekelas perempuan di dalam kelas.

Tambahnya, pelajar itu dibawa kepada guru disiplin yang didakwa mengusik budak itu dan terus mengaibkannya di hadapan guru lain.

“Apa yang sebenarnya berlaku ialah rakan sekelas itu menghulurkan hadiah hari jadi kepadanya, yang juga pada hari yang sama. Ia adalah gelang.

"Dia memberitahu saya dia berasa dihina dengan apa yang dilakukan oleh guru disiplin itu," kata Arun.

Tidak lama selepas itu, pelajar itu didakwa mencederakan diri sendiri di sekolah pada hari yang sama.

Keesokan harinya (22 Mac), laporan terhadap pihak sekolah dan guru telah dibuat di balai polis daerah Jempol oleh ibu bapa pelajar itu.

Malaysiakini telah menghubungi polis Negeri Sembilan untuk mendapatkan ulasan.

Pelajar didakwa dibuang sekolah

Pada 3 April, kira-kira dua minggu selepas kejadian, pihak sekolah didakwa membuang pelajar itu atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

Difahamkan pihak sekolah telah memaklumkan perkara ini kepada keluarga berkenaan melalui surat.

Ibu bapa pelajar berkenaan menyatakan bahawa mereka telah mengemukakan rayuan kepada pejabat pendidikan daerah berhubung tindakan terhadap anak mereka tetapi masih belum menerima jawapan.

“Ibu bapa enggan menerima pembuangan anak mereka. Mereka ingin tahu mengapa pihak sekolah enggan mendengar cerita pihak satu lagi.

"Mereka juga menuntut siasatan yang lebih teliti terhadap guru disiplin itu," kata Arun.

Ibu bapa pelajar itu mendakwa bahawa ini bukan kali pertama anak mereka dibuli oleh guru disiplin.

Menurut Arun, ibu bapa pelajar itu juga menggesa Kementerian Pendidikan meneliti perkara berkenaan dan meminta pihak sekolah bertanggungjawab.

Dia berkata sekiranya pihak sekolah tidak mempedulikan kebimbangan dan tuntutan mereka, ibu bapa pelajar itu akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Malaysiakini telah menghubungi kementerian untuk mendapatkan ulasan.

Anwar sedia berdepan Dr M di mahkamah

Malaysiakini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang oleh Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan Anwar bahawa bekas perdana menteri itu telah mengumpul kekayaan peribadi semasa berkuasa.

Surat bertarikh hari ini (17 April) dan dihantar peguamnya Aliff Benhamin Suhaimi, menyatakan Anwar menafikan semua dakwaan Mahathir.

“Untuk makluman, kami telah diarahkan oleh anak guam kami untuk menafikan semua dakwaan dan kandungan dalam surat anda.

"Dalam hal ini, anak guam kami bersedia untuk menjawab sebarang dakwaan - jika ada - di mahkamah dan bukan melalui surat-menyurat jika anak guam anda mahu meneruskan tindakan undang-undang," kata surat itu.

Mahathir menghantar surat tuntutan kepada Anwar pada 27 Mac, menuntut pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menarik balik dakwaan yang dibuat semasa ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac.

Sekiranya Anwar gagal menjawab surat itu, Mahathir berkata, dia akan meneruskan tindakan undang-undang.

Tarikh akhir Anwar untuk menjawab surat undang-undang Mahathir ialah 3 April, tetapi ia ditangguhkan ke hari ini selepas peguam Anwar meminta dilanjutkan.

Anwar tidak menyebut nama Mahathir tetapi merujuk tempoh pemerintahannya dengan berkata: "Ada orang sekarang, setelah 22 tahun, campur 22 bulan jadi berkuasa, sekarang mengeluh."

"Melayu hilang segala-galanya? Hilang harta, hilang saham. Bagaimana saja hilang kalau kamu bolot untuk keluarga dan anak-anak kamu?

"Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat. Jangan perbodohkan rakyat. Rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka.

"Kumpulkan.. tonton... Tan Sri-Tan Sri, tauke-tauke besar, berapa kerap orang sekarang merencana untuk mengugat dan menggunakan sentimen kaum, mengajak orang-orang Melayu membenci kepada kaum-kaum lain dan menyatakan kuasa hilang," dakwa Anwar.

Mahathir mendakwa ini adalah rujukan yang jelas kepadanya kerana laporan media mengenai ucapan itu menyebut namanya.

Pada 7 April, Anwar berkata dia tidak ragu-ragu untuk memberikan bukti kepada Mahathir untuk menyokong dakwaannya.

"Saya tak nak gaduh, dia minta bukti saya bagi bukti no problem," kata Anwar semasa sesi dialog bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pada majlis yang sama, Anwar juga telah membidas Mahathir, dengan menyatakan bahawa walaupun tadbir urus Mahathir mempunyai kekuatan, dia juga telah menyebabkan banyak kerosakan.

Mahathir: Tempoh dah tamat, minta maaf atau saya saman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad menggesa Anwar Ibrahim memohon maaf kerana hari ini adalah hari terakhir untuk presiden PKR itu menjawab notis tuntutan selepas menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memperkaya diri dan keluarga.

Bekas perdana menteri berkata, jika Anwar gagal berbuat demikian serta menarik balik tuduhan tersebut beliau akan terus mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang.

“Hari ini hari terakhir untuk Anwar dan peguamnya menjawab surat daripada peguam saya yang memintanya untuk menarik balik fitnah dan meminta maaf kerana menuduh saya menyalah guna kuasa untuk memperkaya keluarga.

“Jika tidak, saya arah peguam saya untuk teruskan tindakan undang-undang tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mahathir juga menyifatkan Anwar seorang yang pelik apabila memberitahu orang ramai tidak mahu bergaduh sebaliknya sering membuat tuduhan kepadanya.

“Beliau fitnah saya bermacam-macam selama berpuluh tahun tetapi masa bila minta tunjuk bukti, tak ada satu pun bukti yang beliau tunjukkan.

“Saya tidak ambil tindakan kerana saya anggap ianya perbuatan seseorang yang terdesak kerana terlampau mahu jadi perdana menteri. Tetapi hari ini, apabila dah jadi perdana menteri dia masih teruskan fitnah,” katanya.

Pada kongres PKR bulan lalu, Anwar mendakwa bekas perdana menteri itu yang mengetuai pentadbiran selama 22 tahun bawah kerajaan Barisan Nasional, dan 22 bulan semasa Pakatan Harapan memerintah pada 2018, mengayakan diri dan keluarganya ketika berkuasa.

Pada 28 Mac, Mahathir mengumumkan peguamnya menuntut Anwar menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari.

Peguam Anwar kemudian memaklumkan pihaknya akan menjawab notis tuntutan dikemukakan Mahathir pada 17 April.

Tuanku lagi bijaksana, hantar orang lain maknanya tak berkenan MB Kedah

NASUHA RAHMAN

Kuasa menghantar Menteri Besar ke Majlis Kewangan Negara merupakan kuasa Tuanku Sultan dan ia bukan boleh pandai-pandai pihak lain yang menghasut Tuanku untuk hantar sesiapa ke sana.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada usaha terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan Khazali untuk mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.

Sanusi turut mendakwa gerakan itu dibuat kerana kelantangannya mengkritik kerajaan persekutuan dan wujud usaha melobi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Badlishah bagi tujuan demikian.

Mengulas mengenai dakwaan itu Dr Zulqarnain Lukman berkata tindakan Sultan Kedah Sultan Badlishah bukanlah calang-calang orang yang mudah dihasut oleh orang lain.

“Ingat Tuanku tu lekeh sangat ka sampai mudah dihasut orang lain. Hangpa mesti tak reti baca Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan ini.

“Hangpa kena sedaq sikit Tuanku tu lagi bijaksana. Penasihat Tuanku tu Pegawai Undang-Undang Negeri. Tuanku juga ada institusi sendiri. Ada pejabat sendiri. Ada pegawai sendiri.

“Yang Hangpa duk kata gitu kat Tuanku seolah olah Hangpa dah pandang rendah kepada kebolehan Tuanku.

“Kalau Kedah hantaq orang lain maknanya Tuanku dah tak berkenan dengan perangai MB yang konon terpaling hebat tu. Takkan rakyat Kedah masih nak undi calon yang Tuanku tak berkenan,”kata beliau.

Beliau turut ingatkan Sanusi supaya berkata-kata dengan elok agar mulut beliau nanti tidak terkena dengan cabai dibimbangi merah bibir nanti.

Zulqarnain berkata Sanusi perlu ingat pelantikannya itu dibuat atas ehsan Tuanku dan cara dia bercakap seolah-olah lebih besar daripada Tuanku

“Kalau Tuanku tengok hangpa duk asyik cari gaduh dengan Federal memang eloklah Tuanku hantar orang lain pi bincang elok-elok dengan PM10.

“Jadi MB ini ada had kuasa dalam Undang-Undang Tubuh Negeri. Jangan hangpa duk suka hati langgaq pulak sampai kuasa Tuanku pun hangpa jadikan Pertikaian Nasional,”katannya dalam loghat Kedah.

Majlis Kewangan Negara ini tempat semua negeri duduk bincang berapa peruntukan tahunan negeri boleh dapat ada lapan benda penting yang boleh dibawa dalam majlis ini.

Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Detik-detik Mantan Anggota Parlemen India Ditembak Mati

Reuters, AP, Getty Images   -  CNBC INDONESIA

Atiq Ahmed seorang mantan politikus India dan saudara laki-lakinya ditembak mati pada saat siaran langsung televisi.

1. Petugas forensik memeriksa tempat Atiq Ahmed, mantan anggota parlemen di parlemen India, yang dituduh dalam beberapa kasus kriminal, dan saudaranya Ashraf Ahmed ditembak mati di Prayagraj, India, 15 April 2023. 

2. Seorang mantan politisi India yang dihukum karena penculikan telah ditembak mati saat sedang melakukan siaran langsung di TV bersama dengan saudara laki-lakinya.

Petugas forensik memeriksa tempat Atiq Ahmed, mantan anggota parlemen di parlemen India, yang dituduh dalam beberapa kasus kriminal, dan saudaranya Ashraf Ahmed ditembak mati di Prayagraj, India, 15 April 2023. (REUTERS/RITESH SHUKLA)

Petugas forensik memeriksa tempat Atiq Ahmed, mantan anggota parlemen di parlemen India, yang dituduh dalam beberapa kasus kriminal, dan saudaranya Ashraf Ahmed ditembak mati di Prayagraj, India, 15 April 2023. (REUTERS/RITESH SHUKLA)


Petugas forensik memeriksa tempat Atiq Ahmed, mantan anggota parlemen di parlemen India, yang dituduh dalam beberapa kasus kriminal, dan saudaranya Ashraf Ahmed ditembak mati di Prayagraj, India, 15 April 2023. (REUTERS/RITESH SHUKLA)

Petugas forensik memeriksa tempat Atiq Ahmed, mantan anggota parlemen di parlemen India, yang dituduh dalam beberapa kasus kriminal, dan saudaranya Ashraf Ahmed ditembak mati di Prayagraj, India, 15 April 2023. (REUTERS/RITESH SHUKLA)

Petugas forensik memeriksa tempat Atiq Ahmed, mantan anggota parlemen di parlemen India, yang dituduh dalam beberapa kasus kriminal, dan saudaranya Ashraf Ahmed ditembak mati di Prayagraj, India, 15 April 2023. (REUTERS/RITESH SHUKLA)

5 Fot
3. Atiq Ahmed, yang berada di bawah pengawalan polisi, sedang berbicara dengan wartawan ketika sebuah pistol ditarik ke dekat kepalanya di Prayagraj, juga dikenal sebagai Allahabad. Setelah tembakan dilepaskan pada Sabtu malam, tiga pria yang menyamar sebagai jurnalis segera menyerah dan ditahan. (

4. Putra remaja Ahmed ditembak mati oleh polisi beberapa hari sebelumnya. Lusinan kasus, termasuk penculikan, pembunuhan, dan pemerasan, dilaporkan atas nama Atiq Ahmed selama dua dekade terakhir. Pengadilan setempat menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dia dan dua orang lainnya pada Maret tahun ini dalam kasus penculikan. (

5. Atiq memiliki rekam jejak panjang baik dalam politik maupun dengan dunia kriminal. Dia pertama kali dituduh dalam kasus pembunuhan pada tahun 1979. Dalam 10 tahun berikutnya, dia muncul sebagai orang yang memiliki pengaruh kuat di kota Allahabad bagian barat. (ASSOCIATED PRESS/Manish Swarup)