"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi terkecil dunia lakar keajaiban (Gambar)


Berlin: Bayi terkecil di dunia, Emilia Grabarczyk melakar keajaiban apabila masih meneruskan hidup sejak dilahirkan sembilan bulan lalu walaupun doktor meramalkan dia tidak akan hidup lama.

Ketika dilahirkan di Witten dekat barat Jerman, Emilia hanya memiliki berat 226 gram dengan ukuran 22 sentimeter, fizikal yang terlalu kecil untuk bertahan lama.

Namun berdasarkan perkembangan terbaharu, Emilia yang digelar sebagai “pejuang kecil” oleh doktor yang merawatnya, membuatkan ramai pihak kagum dengan semangat bayi itu untuk meneruskan hidup.

Kini dia memiliki berat kira-kira 3.17 kilogram, berat yang sihat seorang bayi, sekali gus menjadi bayi pramatang paling kecil yang masih hidup.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Rumaisa Rahman yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Loyola di Chicago ketika usianya di dalam kandungan baru mencecah 25 minggu.

Ketika dilahirkan, Rumaisa berukuran 20 sentimer tinggi dengan berat 243 gram.

Doktor yang merawat Emilia, Brahman Gharavi berkata, kekuatan bayi itu untuk terus hidup merupakan satu keajaiban walaupun sebelum ini beliau merasakan bayi tersebut tidak mampu bertahan lama.

“Kebiasaannya bayi yang lahir dengan berat 396 gram sukar untuk terus hidup, tetapi Emilia melakukan sebaliknya.

“Malah berdasarkan pemeriksaan perubatan, Emilia tidak menunjukkan tanda-tanda kecacatan padanya,” katanya seperti dilaporkan portal Mirror.
–mstar

Bayi 11 bulan diculik, dirogol

India – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan diperlakukan seperti binatang oleh seorang jiran lelakinya yang bertindak menculik sebelum merogolnya dalam sebuah kawasan semak di Vikaspurti, New Delhi, Jumaat lalu.

Portal Metro.co.uk melaporkan, insiden menyanyat hati itu berlaku ketika bayi tersebut sedang tidur nyenyak bersama ibunya di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis, sebelum diculik sekitar jam 10 malam.

Ibu bayi berkenaan hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan memaklumkannya kepada polis.

Dengan menggunakan unit anjing pengesan, pihak polis berjaya menjejaki bayi tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sebuah longkang dengan kemaluannya mengalami pendarahan teruk.

Bayi malang tersebut segara dikejarkan ke unit jagaan rapi di Hospital Dayal Upadhyay.

Menurut polis, perogol tersebut berjaya dijejaki selepas telefon bimbitnya tercicir di lokasi kejadian.

“Hasil penemuan telefon bimbit suspek, kami berjeya mengesan lokasi tempat tinggal lelaki berkenaan yang terletak di sebuah kem pekerja.”

Suspek yang juga bekerja sebagai buruh binaan mengaku melakukan jenayah tersebut dan kini ditahan di Penjara Tihar.

Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar, lapor laman Metro.

Bapa bayi yang enggan dikenali itu berkata, keluarganya masih dalam terkejut melihat keadaan anak mereka yang masih kritikal.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa. Bagaimanana seseorang boleh melakukan sedemikian rupa terhadap bayi kecil seperti ini? Saya hiba melihat darah, kesan cakaran dan baju anak saya yang koyak rabak,” katanya.
-kualalumpurpost

Rela dipenjara elak hidup dengan isteri

Kansas City – Seorang lelaki merompak bank di sini semata-mata mahu masuk penjara kerana tidak sanggup tinggal bersama isterinya lagi.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu, Lawrence John Ripple, 70, bergaduh dengan isterinya pada 2 September lalu.

Dalam pertengkaran berkenaan, Ripple berkata kepada isterinya, ”Saya lebih rela berada di dalam penjara daripada tinggal bersama kamu.”

Ripple kemudian menulis satu nota yang memberitahu dia membawa pistol dan mahukan wang sebelum masuk ke sebuah bank dan menyerahkan kertas berkenaan kepada juruwang.

Juruwang berkenaan yang terkejut terus menyerahkan wang tunai berjumlah lebih AS$3,000 (RM12,129) kepada Ripple.

Selepas mendapatkan wang, Ripple tidak melarikan diri sebaliknya duduk di lobi dan menunggu kedatangan pihak berkuasa.

Ripple turut memberitahu seorang pengawal keselamatan dia yang merompak bank berkenaan.

Selepas beberapa minit satu pasukan polis yang tiba di bank berkenaan terus menahan Ripple.

Ketika disoal siasat Ripple memberitahu polis, dia mahu dipenjara kerana mahu menjauhkan diri daripada isterinya.

Lelaki itu didakwa atas tuduhan merompak di sebuah mahkamah di sini pada Selasa lalu dan ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan seterusnya.

Sehingga kini Ripple belum melantik peguam dan dokumen mahkamah juga tidak mendedahkan punca dia bergaduh dengan isterinya.
-kualalumpurpost.

Pengurus nafi kemaluan Zaskia Gotik dicium peminat

Baru-baru ini, peminat hiburan Seberang kecoh ekoran tersebarnya foto penyanyi dangdut, Zaskia Gotik, yang dirakam ketika membuat persembahan di Lombok, Nusa Tenggara Barat.

Apa yang lebih hangat, foto tersebut menunjukkan bahagian peribadi (kemaluan) penyanyi berusia 26 tahun itu dicium seorang peminat lelaki.

Memetik laporan Detik.com, gambar tersebut merupakan hasil screenshoot dari video amatur yang dirakam oleh seorang penonton lain.

Sebaik saja ia tersebar di laman internet, penyanyi yang cukup sinonim dengan aksi ‘goyang itik’ ini menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, pihak pengurusan penyanyi itu iaitu dikenali sebagai Cici, menafikan perkara insiden tersebut sekaligus menegaskan tidak berlaku adegan bahagian peribadi Zaskia dicium ketika dia berada di atas pentas.

“Tidak ada cium-cium. Ketika itu juga kan ada banyak ibu-ibu di sana,” tegas Cici.

Menerusi video yang beredar itu menunjukkan seorang lelaki, dipelawa Zaskia naik ke pentas.

Namun menurut Cici, Zaskia hanya sekadar menunjukkan aksi ‘goyang itik’ yang menjadi trademarknya itu kepada peminat tersebut.

“Soalan lain saja. Kalau tentang itu, saya no comment,” tuturnya.
-kualalumpurpost

Darihal derma RM90 juta Umno pada PAS? - Subky Latif

Subky Latif
DUIT RM2.6 bilion yang pernah didepositkan dalam akaun bank PM Najib adalah derma untuk Umno tetapi tidak diketahui Umno sempat rasa derma itu atau tidak kerana ia dikatakan sudah dipulangkan Najib kepada pendermanya.

Kisah itu terus jadi cerita dongeng seperti Haji Bakhil yang pacak papan tanda beritahu dia tidak tanam hartanya ditempat papan tanda itu dipacak. Dan si fulan yang larikan harta itu pacak pula papan tanda baru bagitahu Si fulan tidak ambil harta itu. Jika dunia tidak kiamat 200 tahun lagi derma RM2.6 bilion itu akan jadi dongeng seperti Haji Bakhil juga.

Maka sekarang selepas Umno terima derma RM2.6 bilion, maka didongengkan pula PAS diberi RM90 juta oleh Najib. Bahasa baik yang saya suka gunakan tentang duit RM90 juta itu ialah derma Umno atau Najib kepada PAS.

Itulah yang dirasakan dongeng yang Sarawak Report laporkan dan PAS sifatkan sebagai fitnah yang PAS umumkan akan failkan saman kepada Sarawak Report melalui mahkamah England.

Ketika komen ini dibuat, reaksi Sarawak Report belum tarik balik laporan itu tetapi tidak pula beri ia ada bukti kukuh tentang dongeng itu.

Sementara kes ini belum lagi jadi kes mahkamah, komen saya ialah satu sekatan politik yang mahu meruntuhkan wibawa politik PAS yang terkenal sejak dari mula sebagai parti yang berdikari atas duit yang ada dalam poket baju/seluar ahl-ahli dan penyokongnya.

Jika dikatakan dana PAS adalah atas derma para dermawan, maka dermawan itu adalah ahli dan penyokongnya.

Ketika saya ditanya oleh pelajar Malaysia di Mesir lebih 30 tahun lalu, dari mana PAS dapat dana bagi membiayai perjuangannya, saya jawab ia tersimpan dalam saku baju dan seluar ahlinya. Apabila PAS perlukan duit itu ia sebutkan kepada ahli-alinya dan mereka pun keluarkan dari saku masing-masing.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebut dalam ceramah tentang duit PAS yang saya sebut di Mesir itu, semuanya disimpan dalam saku baju ahli-ahlinya.

Jika ada yang hendak menderma RM90 juta, PAS tidak akan berani terima jika ada yang hendak menyampaikan baik secara terang atau secara sulit. Bukanlah manusia PAS tidak ada nafsu keinginan kepada duit yang banyak, tetapi hingga setakat ini mereka dapat mengawal hawa nafsu.

Jika ia gagal mengekang hawa nafsunya, maka nescaya hanyut perjuangannya yang suci dan mulia itu. Mulianya PAS bukan kerana lambakan duit yang banyak, tetapi adalah atas perjuangannya yang suci yang berpaksi atas sokongan ahli-ahli yang mustadafin. Ia mengausai Kelantan dan pernah menguasai Kedah dan Terengganu, bukan kerana hujan dan salji duit dari langit, bahkan ia merebut kuasa itu dari Umno yang memiliki duit berguni-guni.

Itulah memalukan parti dan pemimpin yang siang malam berselimut duit.

Jika ada orang yang hendak menderma RM90 juta, mungkin limpahan daripada derma RM2.6 bilion yang tidak tahu macam mana ia hendak dibelanja, maka jangan beri terus kepada mana-mana pemimpin atau jangan masukkan ke dalam mana-mana akaun bank secara sulit dan secara terang tetapi ambil peluang semasa PAS melancarkan pungutan derma kilat dalam ceramah-cemahnya.

Masukkan senyap-senyap duit tunai yang ada di tangan petugas pungutan derma itu. Derma yang berpahala dan besar pula wajar dibuat secara senyap, biar tangan kanan yang memberi tidak diketahui oleh tangan kiri.

Keterlanjuran report dari Sarawak itu tanda ia dungu dengan maruah PAS dan untuk kemahuan siapa ia buat dongeng itu? 

Budak Perempuan 6 Tahun Selamatkan Pekerja Kedai Bapa Dari Perompak (video)

AUCKLAND: Seorang budak perempuan berusia enam tahun digelar kanak-kanak paling berani di negara itu selepas tindakan beraninya berdepan perompak bersenjatakan kapak di kedai bapanya dan membawa pekerja ke tempat selamat.

Dalam kejadian petang Isnin lalu, kedai elektronik milik Suhail Patel diceroboh enam perompak yang turut mengancam kakitangannya menggunakan kapak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak Patel, Sarah lari dan terjatuh sebelum meluru ke arah perompak memegang kapak yang sedang mengancam seorang kakitangan.

Lelaki terbabit yang nyata terkejut terpaku dan Sarah mengambil peluang itu untuk berlari serta menarik pekerja lain keluar dari premis itu.

Ketika ditemu ramah TVNZ, Patel berkata, dia amat bangga dengan Sarah.

“Dia sungguh berani. Memang saya sangat bangga dengannya.

“Mungkin dia menyangka mereka mahu memukul pekerja terbabit dan berusaha membantunya.

“Sebenarnya kami tidak tahu peranannya sehingga melihat rakaman CCTV,” katanya.

Katanya, Sarah masih terkejut dengan kejadian itu tetapi semakin pulih.

Perompak terbabit kemudian melarikan diri menaiki kereta, tetapi lima yang semuanya berusia 16 tahun berjaya ditahan.
-Agensi

Tembe­lang selebriti terbongkar

Kuala Lumpur: Tembe­lang seorang selebriti laman sosial yang selama ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas tinggi terbongkar apabila dia diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, dekat sini kelmarin.

Wanita berusia 20-an itu ditahan bersama lelaki terbabit yang merupakan seorang ahli pernia­gaan yang sudah beristeri kira-kira pu­kul 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat awam.

Dia dan pelanggannya kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, wanita berke­naan yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak tahun lalu dan mencari pelanggan terdiri daripada golongan VVIP.

Katanya, wanita itu dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 semalam daripada pe­langgannya.

“Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang,” katanya.

Tambah sumber itu, wanita berkenaan dan pelanggannya akan diambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah
-Utusan

Tip elak bil telefon bimbit tinggi ketika tunaikan haji

Warga Malaysia yang menunaikan haji dinasihatkan supaya tahu mengenai perkhidmatan perayauan antarabangsa dengan telefon mudah alih bagi mengelak menerima bil telefon yang tinggi bila pulang ke tanah air

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkata mereka perlu memahami bagaimana panggilan suara dan data perayauan antarabangsa berfungsi serta tahu caj bagi perkhidmatan berkenaan menggunakan pelan mudah alih mereka.

"Ini penting oleh kerana pengguna bertanggungjawab atas semua caj dikenakan semasa di luar negara oleh kerana perkhidmatan ini tidak saja melibatkan pembekal perkhidmatan di Malaysia tetapi juga rakan perayauan di negara yang mereka lawati," kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai tip berhubung perayauan antarabangsa, CFM berkata jika pengguna hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa di luar negara, mereka boleh menutup terus data perayauan antarabangsa.

Pengguna hendaklah juga menyahaktif 'Sambungan automatik ke rangkaian' dan pastikan mereka sentiasa dihubungkan ke rakan perayauan pembekal perkhidmatan bagi menikmati kadar utama ini.

"Jika anda ingin terus berhubung hanya menggunakan Wifi, anda boleh memilih menukar mod telefon pintar ke mod 'Airplane' atau 'Flight', dan gunakan sepenuhnya WiFi awam yang boleh didapati," kata CFM.

Ia berkata pilihan lebih murah ialah mendapatkan kad SIM Saudi dan memilih pakej terbaik yang menepati kegunaan yang dirancang semasa di luar negara.
Ia juga menasihatkan pengguna membuat salinan semua maklumat kenalan dan data penting dalam telefon mereka, untuk kegunaan jika mereka kehilangan telefon pintar mereka.

"Ia turut menasihatkan pengguna sentiasa berbincang dengan pembekal perkhidmatan tempatan sebelum melawat ke luar negara agar mereka tahu dan faham sepenuhnya tentang semua caj yang dikenakan," ujar CFM.
-Bernama

Payung Ajaib Untuk Jemaah Haji Ciptaan Palestin (video)

JEDDAH - Lebih tiga juta jemaah dari serata dunia berhimpun di tanah suci setelah melakukan perjalanan melalui pesawat, kapal laut waima berjalan kaki di bawah panas terik matahari demi menunaikan ibadah haji.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam pada itu menasihati para jemaah untuk menggunakan payung bagi melindungi diri mereka daripada terdedah kepada sinaran terik matahari secara berlebihan sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.

Namun sebuah syarikat Palestin yang berpangkalan di Arab Saudi dipanggil sebagai Knowledge-Base mendapat perhatian luas seluruh dunia setelah berjaya mencipta sebuah payung ‘ajaib’ yang dikatakan boleh melakukan lebih daripada sekadar fungsi biasa.

Dinamakan “Kafya” sempena kain penutup kepala tradisional masyarakat Palestin, payung ‘bijak’ itu mampu mengumpulkan pancaran kuat dari matahari dan menukarnya kepada tenaga elektrik menerusi panel-panel solar yang dipasang di bahagian atas payung.
Tenaga elektrik yang disimpan di dalam bahagian pemegang payung boleh menyalakan lampu suluh, kipas dan sistem pengesanan global atau GPS yang dipasang pada payung itu, sekali gus membantu jemaah untuk mencari anggota keluarga mereka jika sesat jalan.

Ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon dan komputer riba menerusi tiga penyambung USB yang ditempatkan di bawah pemegang, demikian dijelaskan oleh pencipta Manal Dandis, seorang konsultan dari Palestin, kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

“Kami memulakan idea ini daripada pengalaman urusan haji itu sendiri,” menurut Dandis. “Rakan niaga saya pula secara kebetulan merupakan seorang sukarelawan haji selama 40 tahun dan dia benar-benar tahu apa yang diperlukan para jemaah haji dari seluruh dunia.

Di Makkah, memang tiada alat penyesuai soket atau ‘adapter’ bagi pelbagai kepala suis elektrik selain masalah remeh apabila ada tiga hingga empat juta orang yang perlu mengecas telefon bimbit mereka setelah kehabisan bekalan kuasa bateri.

Produk ini bakal berguna untuk 10 tahun akan datang, apabila musim haji jatuh antara bulan Jun dengan September. Semasa bulan-bulan tersebut, suhu di kawasan itu boleh cecah ke paras sangat tinggi dan kes keletihan akibat cuaca panas dan strok haba dijangka meningkat.

Terdapat lebih 1,000 kes keletihan akibat cuaca terlalu panas yang dilaporkan berlaku semasa musim ibadah haji pada 2015 lalu, dengan sekitar 700 kes strok haba serta lebih 1,700 kes masalah berkaitan cuaca panas yang lain.

Dandis dan rakan niaganya, seorang saintis dari Arab Saudi bernama Kamel Badawi, sedang mencipta prototaip untuk payung mereka itu. Mereka memberitahu laman The Media Line bahawa payung itu belum dapat siap digunakan pada musim haji kali ini.

Mereka memaklumkan Reuters bahawa syarikat tersebut sedang berusaha untuk mendapatkan paten bagi ciptaan tersebut, dan mencari pelabur sebelum mereka boleh mula memasarkannya secara lebih komersial pada harga berpatutan.

Buat masa ini, mereka akan memulakan ‘crowdfunding‘ atau mengumpul dana modal sendiri dan terlebih dahulu hanya memasarkannya secara online kepada orang yang memang ingin membeli payung tersebut secara eksklusif.

Mereka berharap untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sejuta unit payung itu untuk pasaran rantau Timur Tengah dan kosnya dijangka adalah lebih murah, menurut Dandis yang bagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenarnya.

Kafya hanyalah satu daripada beberapa ciptaan teknologi seperti aplikasi telefon bijak dan gelang elektronik yang dicipta untuk menepati keperluan jemaah, dan meningkatkan kecekapan di Makkah semasa musim haji yang sibuk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Video viral: Dua orang polis mengasari seorang guru yang menyebabkan tanganya patah



Bekas wartawan/sukad cakna Kota Bharu, Sheikh Ashrof (kiri). Sheikh sekarang ni dah jadi chegu, mengajar di sekolah di Lenggong, Perak. Dia alami cedera patah tangan kiri akibat dipulas oleh dua anggota polis berpakaian biasa.

Kisahnya, pada hari kejadian, Sheikh baru balik dari kelas tambahan utk anak muridnya yg menduduki UPSR semalam. Sebaik keluar dari sekolah, dia nampak ada dua lelaki memakai topi keledar mendekatinya.

Sheikh sangka lelaki itu orang jahat@kaki gaduh, lalu cuba larikan diri. Tapi dia dikejar dan nasib Sheikh tak berapa baik. Dia dapat ditangkap dan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, Sheikh digari. Situlah, dlm keadaan sakit Sheikh tahu dua lelaki itu anggota polis cawangan dadah.

Tapi apa kesalahannya? Dua ekor polis tu kata Chegu Sheikh disyaki mengisap dadah. Cikgu Sheikh kemudian dibawa ke balai polis dlm keadaan cedera (tangan patah).. Selepas soal siasat dan air kencing diambil (negatif), Sheikh minta hubungi guru besarnya. Selepas guru besarnya dtg balai mengesahkan Sheikh adalah guru di sekolahnya, barulah polis membebaskannya.

Tapi polis tak minta maaf pun, apatah lagi nak hantar Sheikh ke hospital. Guru besar lah yg hantar Sheikh ke hospital utk rawatan. Bertabahlah sahabat. Kita ni sentiasa menjadi mangsa atas syak wasangka pihak berkuasa. Kalau mereka siasat tanpa mencederakan, kira okeylah. Ni tidak.. tumbuk, sepak, repih tangan dulu baru nak soal siasat.

Isteri, perempuan simpanan mengamuk di hospital (Gambar)


Isteri, perempuan simpanan mengamuk di hospital Sedutan video yang viral di laman YouTube.
SEORANG suami mendapat pengajaran dengan cara paling memalukan apabila isteri dan perempuan simpanannya melawatnya serentak di hospital.

Seorang pelayar laman sosial yang mendakwa dirinya seorang jururawat telah memuat naik rakaman tersebut ke YouTube semalam.

Dalam video berdurasi 2 minit itu, dua wanita dilihat saling menarik rambut dan bergelut.

Seorang lelaki yang memakai pakaian pesakit hospital dipercayai suami salah seorang wanita terbabit kemudian cuba meleraikan pergaduhan itu.

Walaupun pergelutan berjaya dileraikan, salah seorang wanita itu mula mengambil peralatan dan barangan hospital untuk dibaling ke arah wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya.

Video tersebut yang telah ditonton berpuluh ribu pelayar bagaimanapun hanya menimbulkan rasa geli hati di kalangan mereka yang menonton.

Lokasi sebenar kejadian gagal diketahui.
-sinarharian

Pasangan kekasih 'wheelie' jatuh terkangkang patah kaki

Pasangan kekasih 'wheelie' sampai patah kaki Antara sedutan video yang viral di laman Facebook.
BAGAIKAN kisah cinta tragik merpati sejoli, Romeo dan Juliet, sepasang kekasih yang yang melakukan aksi motorsikal merbahaya akhirnya menemui kemalangan bersama-sama.

Kejadian tersebut yang dirakam dan dimuatnaik di Facebook pada 29 Ogos lepas menjadi viral selepas orang ramai mempertikaikan kesahihan rakaman berkenaan.

Dalam sebuah rakaman, seorang wanita melakukan aksi 'wheelie' menggunakan sebuah skuter sambil dibonceng oleh seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya.

Aksi tersebut berterusan selama beberapa saat sebelum disambung oleh sebuah lagi video.

Video kedua menunjukkan pasangan kekasih tersebut mengalami kemalangan dengan pembonceng lelaki terbaring tidak sedarkan diri.

Penunggang wanita pula mengerang kesakitan sambil kakinya bengkok di bahagian paha, dipercayai patah.

Pelayar laman sosial bagaimanapun mempertikaikan kesahihan video berkenaan kerana pakaian yang dipakai oleh pasangan kekasih tersebut berbeza dalam kedua-dua video.

Sehingga kini, lebih 5 juta pelayar sudah menonton video-video berkenaan.
-sinarharian

'Kau dah tumbuk muka laki aku, kau tunggu!'

WARTAWAN SINAR HARIAN


'Kau dah tumbuk muka laki aku, kau tunggu!' Perkongsian yang viral di laman Facebook, hari ini.
SEBUAH rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki berbaju Polo biru yang didakwa sebagai pembuli jalanan dan menumbuk pengguna jalan raya yang lain menjadi viral hari ini.

Video tersebut dimuat naik ke Facebook oleh isteri mangsa yang didakwa telah ditumbuk.

"Samseng jalanan!!! Kau sudah tumbuk muka laki aku!! Kau tunggu!!" tulis pelayar berkenaan berkaitan kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka, semalam.

Pelayar berkenaan mendakwa dihimpit kereta lelaki berkenaan ketika mahu memotong sebelum diekori dari Cheng ke Bachang.

"Dari Cheng sampai Bachang dia follow (ikut). Sampai Bachang terus himpit kereta kitorang suruh turun. Laki aku turun terus dia shoot!! (tumbuk).

"Salah kitorang memotong ke tak (memotong) ke, apa hak dia nak pukul orang!!," luahnya lagi.

Walaupun tiada sebarang rakaman yang menunjukkan mangsa ditumbuk, pelayar tersebut telah memuatnaik bukti pemeriksaan doktor terhadap mangsa iaitu suaminya.

"Yang kongsi dan nak bukti sangat, nah bukti doktor. Kalau awak kat tempat saya, awak tahu ke turun kereta tu nak kena tumbuk?," tulisnya selepas terdapat pelayar lain yang mempertikaikan kesahihan kejadian berkenaan.

Kejadian tersebut kini telah dikongsi oleh lebih 1,000 pelayar.

Kewangan Kerajaan Pusat genting (Mesti Baca)

A KADIR JASIN

SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan.

Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang.

Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat.

Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020.

Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu perbezaan antara hasil dan perbelanjaan, dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.2 peratus tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu juga hutang kerajaan melambung kerana meminjam dengan banyak untuk membiayai pembangunan. Akibatnya jumlah terkumpul hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion pada akhir Jun lalu.

Ini adalah angka rasmi yang disiarkan di internet oleh Bank Negara dan dikemaskinikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum ulang tahun Hari Kebangsaan ke-59.

Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara dan mencecah had pinjaman yang Mohd Najib sendiri tetapkan iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada tahun 2008, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib, hutang kerajaan berbanding KDNK adalah 41.24 peratus. Nisbah ini lebih rendah pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam bahasa yang mudah, hasil yang kerajaan pungut tidak pun cukup untuk membayar gaji kakitangan awam, menyelenggarakan harta awam dan membayar balik hutang. Hatta pungutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun telah jatuh di bawah jumlah yang dianggarkan kerana pengguna tidak lagi berbelanja seperti dulu.

Hasil kerajaan pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.

Dalam kedua-dua aspek perbelanjaan ini – pengurusan dan pembangunan – berlaku pembaziran yang besar akibat kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Satu lagi tanda bahawa kewangan kerajaan semakin meruncing ialah apabila kerajaan mula bermain dengan pengubahsuaian teknikal bagi memberi gambaran bahawa hasil meningkat dan hutang berkurangan.

Misalnya, baru-baru ini kerajaan memindahkan hutang perumahan kakitangan awam sebanyak RM22 bilion kepada sebuah badan berkanun baru bernama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Untuk mencari modal ia berhutang RM25 bilion dengan menjual bon yang dijamin oleh kerajaan.

Pemindahan dari tangan kanan ke tangan kiri itu telah mengurangkan nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK sebanyak kira-kira dua peratus.

Tetapi sebaik saja hutang itu dikurangkan, kerajaan meminjam lebih banyak sehingga menyebabkan hutang terkumpul meningkat RM29 bilion dalam suku kedua tahun ini.

Natijahnya kerajaan wajib kembali kepada ikrar perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan pembaziran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah bukan dengan memotong peruntukan kepada sektor kritikal seperti pelajaran, kesihatan dan ekonomi.

Pada masa sama, ia perlu berterus terang dengan rakyat jelata mengenai keadaan sebenar ekonomi. Kerajaan boleh menggunakan jentera propaganda untuk memberi gambaran bahawa segala-galanya terkawal sedangkan kehidupan rakyat jelata semakin terdesak.

Ekonomi tidak berbohong. Wallahuaklam.

Pohon pisang 'ajaib' berbuah di belakang masjid (Gambar)

Pohon pisang yang menghasilkan buah di kawasan makam pengasas masjid Azzazul Muttaqim
PONOROGO - INDONESIA. Dua pohon pisang yang hanya tumbuh setinggi 30 sentimer tanpa fizikal lengkap (daun dan batang) telah mengeluarkan buah.

Memetik laporan media tempatan, melaporkan kejadian yang berlaku di Desa Kori, Ponorogo ini tidak semena-mena menarik perhatian masyarakat untuk melihat pohon tersebut, yang di anggap mereka sebagai satu kejadian ajaib.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, pohon pisang itu yang tumbuh di belakang Masjid Azzazul Muttaqim, tumbuh di kawasan makam pengasas masjid itu yang di kenali sebagai Mbah Palang.

Pohon pisang dari jenis raja itu, menghasilkan 33 biji buah, yang mana warga tempatan di situ menyatakan bahawa jumlah itu sama dengan jumlah untaian tasbih yang digunakan ketika berzikir.
-sinarharian

Dibakar hidup-hidup kerana tolak pinangan

Dibakar hidup-hidup kerana tolak pinangan
Maria Abbasi
MUREE - PAKISTAN. Seorang guru sekolah berusia 18 tahun maut akibat kecederaan teruk selepas dibakar dek kerana menolak pinangan, kata polis.

Pelaku memukul Maria Abbasi dan kemudian menyimbahnya dengan petrol sebelum bertindak membakar mangsa dan meninggalkannya, kata ahli keluarga mangsa kepada CNN.

Menurut bapa saudara mangsa, Rafaqat Abbasi, Maria berada di rumah menjaga adiknya berusia 5 tahun ketika keluarganya keluar untuk menghadiri upacara pengebumian di bandar berdekatan.

"Pada majlis pengembumian, ahli keluarganya dimaklumkan Maria terlibat dalam satu kebakaran. Pada mulanya mereka menyangka dia mengalami kemalangan seperti gas bocor atau sesuatu insiden yang lain," katanya.

Insiden ngeri itu berlaku pada malam Isnin di kampung Daqvel, pinggir Muree, timur laut Pakistan.

Sementara itu, menurut Inspektor Sohail Abbasi, empat lelaki yang tidak mempunyai pertalian persaudaraan dengan keluarga mangsa telah memecah masuk rumah berkenaan.

Menurut Rafaqat, anak saudaranya itu ditemui terbaring di atas lantai dengan kesan melecur hampir 85 peratus pada badannya.

"Tiada jalan utama yang menghubungkan kampung berkenan dan kami terpaksa membawa mangsa dengan kerusi ke jalan terdekat untuk mendapatkan bantuan ambulans.

Wanita itu kemudian dibawa ke Institut Sains Perubatan di Islamabad yang terletak kira-kira 50km dari kediaman mangsa untuk mendapatan rawatan namun dia disahkan meninggal dunia.

Menurut jurucakap Polis Punjab, Nabeela Gazanfar berkata, tiga suspek telah ditahan berhubung kejadian.

Waran tangkap untuk penahanan empat individu telah dikeluarkan.

Ketua Menteri Wilayah Punjab mengarahkan satu kumpulan penyiasatan dibentuk bagi menyiasat kes berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia Pakistan, keganasan terhadap wanita semakin menjadi-jadi di negara itu.

Pada tahun 2015, polis telah menyiasat 76 kes wanita telah dibakar.
-sinarharian

Lelaki ini diculik 12 tahun lalu untuk menjadi tutor peribadi pemimpin Korea Utara


David Sneddon ketika berusia 24 tahun.
SEORANG lelaki yang sebelum ini dianggap telah meninggal dunia sejak 12 tahun lalu dilaporkan masih hidup dan ditemui di Korea Utara selepas dipercayai diculik untuk menjadi tutor peribadi pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

David Sneddon dilaporkan kini tinggal di Pyongyang bersama isteri serta dua anaknya selepas dipercayai 'diculik' oleh ajen Korea Utara.

David yang merupakan penuntut di Brigham Young University di Provo, Utah dilaporkan hilang di Yunnan, China pada 14 Ogos 2004 ketika berusia 24 tahun.

Polis China berkata, pelajar yang mengikuti program pertukaran pelajar mungkin meninggal dunia akibat kemalangan ketika mendaki gunung.

Namun David kini didakwa masih hidup dan tinggal di Pyongyang selepas diculik untuk bekerja sebagai tutor Bahasa Inggeris kepada Kim lebih daripada satu dekad yang lalu dan dilaporkan tinggal di ibu negara Korea Utara dengan seorang isteri dan dua orang anak

Sementara itu, Ketua Kesatuan Keluarga diculik Korea Selatan,Choi Sung-yong berkata, maklumat baru itu menunjukkan seorang lelaki muda tidak meninggal dunia pada tahun 2004.

Choi berkata, lelaki itu sebaliknya, diculik untuk berkhidmat sebagai tutor Bahasa Inggeris peribadi kepada Kim Jong Un yang bapanya ketika itu pemimpin Korea Utara, laporan Yahoo News Jepun.

David yang fasih berbahasa Korea pada masa kehilangannya, nampaknya berkahwin dengan seorang wanita Korea Utara dan masih mengajar Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, bapa serta ibu kepada David, Roy dan Kathleen Sneddon telah lama percaya bahawa anaknya itu telah diculik.

Roy berkata, laporan mengenai anaknya itu menguatkan hujah mereka sejak dari awal lagi yang mengatakan David berada di Korea Utara.

Susulan laporan itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat secara rasmi melancarkan carian terhadap David di Korea Utara, lapor Deseret News.

Keluarga David turut menubuhkan sebuah laman web dan laman Facebook khusus untuk mencari lelaki itu.

David yang belajar bahasa Mandarin di Beijing sebagai sebahagian daripada program pertukaran universiti itu hilang di Shangri-La di wilayah Yunnan utara-barat.

Beliau kini dilaporkan berusia 35 tahun.
-sinarharian

Kantoi: Isteri serbu suami yang sedang beraksi dengan penari bogel di kelab malam (Gambar)


Filipina: Sebuah video yang tersebar luas menerusi Facebook berjaya merakamkan insiden memalukan seorang lelaki. Ia dikatakan dirakam di Filipina, dan dalam video tersebut seorang lelaki dipanggil untuk naik ke atas pentas oleh penari bogel.

Sebelum penari bogel itu menyuruh lelaki itu duduk di kerusi, si wanita penari muncul menggodanya dengan aksi manja melenggok-lenggok badannya di hadapan lelaki tersebut.

Namun, pada saat penari sedang mengangkat bajunya, tiba-tiba datang pula seorang perempuan lain naik ke atas pentas dan menolak penari bogel tadi hingga penari itu terjatuh.

Wanita yang bergaun itu didakwa sebagai isteri si lelaki tersebut. Bukan setakat itu, selepas menolak jatuh penari bogel, dia juga bertindak menarik suaminya dari atas pentas.

Video tersebut berakhir dengan sorakan daripada orang sekeliling yang berada di situ. Rakaman video tersebut telah ditonton lebih daripada dua juta kali.
-kualalumpurpost