"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

LINTAS LANGSUNG: AWAS!! Api keganasan: Samseng Baju Merah mula rempuh Baju Kuning di Jalan TAR #Bersih5


VIDEO ini aku sempat rakam berlaku di Jalan Tungku Abdul Rahman, berhampiran Dataran Merdeka di mana kumpulan Samseng Baju Merah yang kebanyakannya menutup muka (malu sebab sokong kleptokrat) berarak melalui kumpulan Bersih, berbaju kuning.

Scroll ke bawah untuk menonton video.

Mereka bagaikan zombie melanggar peserta Bersih berbaju kuning yang dari awal berada di situ. Bagaimanapun peserta Bersih yang tidak mahu berlaku pergaduhan mengalah, memberikan laluan kepada kumpulan ini.

Kepada semua peserta Bersih, harap janganlah termakan provokasi Samseng Baju Merah ini, mereka memang sengaja mahu mewujudkan huru hara, lihat sahajalah bagaimana ketua mereka si Jamal Jamban, tak habis-habis cetuskan provokasi.

Teruskan berhimpun secara aman.
-milosuam 

Jamal jamban cuba menyorok akhirnya kena tangkap juga

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang mengetuai pergerakan baju merah, akhirnya ditangkap di awal pagi Sabtu.

Sumber yang rapat dengan Jamal memberitahu Malaysiakini dia ditahan polis pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

Menurut Berita Harian, Jamal telah ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangor.

Pada masa yang sama, aktivis Adam Adli Abd Halim turut ditahan oleh polis di KL Sentral tetapi kemudiannya dibebaskan.

Sebelum itu, polis membuat beberapa tangkapan menjelang perhimpunan BERSIH5 dan Baju Merah.

Ia melibatkan pelbagai pihak, termasuk aktivis, ahli politik dan pelajar. Mereka ditahan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang. [Baca berita penuh]

Sebelum itu, selepas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan kakitangan gabungan itu ditangkap, timbul persoalan di mana Jamal Yunos sedang berada.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu sepatutnya mengadakan sidang media di Masjid Negara pada jam 2.30 petang ini.

Namun beliau tidak muncul-muncul sehingga wartawan beredar pada jam 5 petang.

Beliau tidak hadir walaupun kira-kira 100 orang berbaju merah telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara, di ibu negara selepas selesai solat Jumaat.

Sementara menunggu kehadiran Jamal, peserta Baju Merah bersama beberapa pimpinan gabungan NGO berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar amanat pemimpin lain kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Namun kira-kira 20 minit kemudian hujan lebat dan kesemua peserta lari berteduh di Masjid Negara sebelum peserta Baju Merah dilihat sedikit demi sedikit beransur meninggalkan masjid berkenaan selepas Asar.
-malaysiakini

Selain pendemo kuning dan merah ada juga kumpulan hitam dan putih kata polis (Senarai 13 orang yang telah ditangkap)

Polis sekali lagi mengulangi bahawa perhimpunan Bersih 5.0 dan badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) esok gagal memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah menerima notis daripada Bersih 5.0 pada 28 Okt untuk membuat perhimpunan di Dataran Merdeka manakala GNGMM pada 1 Nov untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

"Kedua-dua notis kumpulan ini tidak diproses kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada tuan punya tanah/tapak di mana perhimpunan diadakan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang telah disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

"Polis KL (Kuala Lumpur) telah menasihati dan mencadangkan kedua-dua kumpulan ini untuk menganjurkan perhimpunan mereka di tempat yang sesuai dan mendapat kebenaran daripada tuan punya seperti mana kehendak Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam kenyataan kepada media di Kuala Lumpur malam ini.

Menurut beliau malangnya sampai hari ini kedua-dua kumpulan itu tidak dapat mengemukakan cadangan alternatif yang sesuai.

Dalam pada itu Amar Singh berkata dua lagi kumpulan lain juga dijangka akan turut serta dalam perhimpunan esok iaitu kumpulan Baju Putih dan kumpulan Baju Hitam.

"Akan tetapi tiada sebarang permohonan/notis diterima daripada kumpulan ini," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata dengan adanya keempat-empat kumpulan ini mengadakan perhimpunan di tempat yang sama, tarikh yang sama dan fahaman berbeza ada kemungkinan besar akan berlaku selisih faham dan akan menimbulkan kekacauan pada masa perhimpunan itu bertembung.

"Polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram dan mana-mana kumpulan ini baik kuning, merah, putih dan hitam," katanya.
-Bernama


NamePositionArrested under?
Maria Chin AbdullahBersih chairpersonPenal Code Section 124C - Attempt to commit activity detrimental to parliamentary democracy.
Mandeep SinghBersih secretariat managerPenal Code Section 147 - Rioting
Anthony LokeSeremban MPSedition Act 1948
Ronnie LiuEx-S'gor exco memberPenal Code Section 153 - Wantonly giving provocation with intent to cause riot
Luqman Nul Hakim Zul RazaliStudent activistPenal Code Section 147 - Rioting
S ArutchelvanPSM committee memberNot specified
Jimmy WongDAP memberPenal Code Section 147 - Rioting
Lee Khai MingDAP memberPenal Code Section 147 - Rioting
Anis SyafiqahStudent activistNot specified
Ariffin Abu BakarBlack-shirts activistNot specified
Razali ZakariaRed-shirts activistNot specified
Muhammad Safwan AnangActivistNot specified
Jamal Md YunosRed-shirts leaderNot specified

Pasangan pengantin dipaksa lakukan seks depan tetamu

China: Satu rakaman video terbaharu dari media China menunjukkan pasangan pengantin telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks di hadapan semua tetamu mereka.

Pada awal klip berdurasi dua minit itu, pengantin perempuan dan pengantin lelaki baring di bawah selimut merah ‘bertuah’, dalam keadaan separa bogel.

Bilik tidur perkahwinan mereka malahan dihiasi dengan pelbagai perhiasan merah, yang merupakan ‘warna bertuah’ bagi masyarakat di China.

Kemudian, beberapa tetamu wanita meminta pasangan untuk menanggalkan seluar mereka.

Sepasang sarung kaki kelabu, dipercayai milik pengantin perempuan, telah diambil oleh rakannya yang kelihatan terlajak teruja.

Pengantin perempuan itu kemudiannya menyerahkan seluar berwarna merah miliknya kepada rakannya.

Selepas beberapa ketika, pengantin lelaki ikut serta menyerahkan seluar hitamnya kepada para tetamu.

Di bawah tekanan daripada tetamu mereka, pasangan yang bertelanjang bulat itu memeluk antara satu sama lain di atas katil.

Tetapi tetamu mereka masih tidak berpuas hati.

“Panjat badannya sekarang!” arah seorang tetamu perempuan.

Seorang lagi tetamu perempuan walaupun dilihat menarik paha pengantin perempuan untuk memaksa beliau meletakkannya di atas pengantin lelaki.

“Adakah kamu berdua melekat antara satu sama lain?” soal tetamu lain.

Selepas itu, seorang lagi tetamu perempuan cuba untuk membantu pasangan melakukan hubungan seks dengan menekan punggung pengantin perempuan terhadap badan pengantin lelaki itu!

Para tetamu boleh didengar ketawa terbahak-bahak ketika memalukan pasangan pengantin itu.

Bagaimanapun, mereka masih belum berpuas hati.

Selepas memastikan pasangan itu berada dalam kedudukan yang betul untuk seks, mereka menyentap selimut itu untuk mendedahkan tubuh telanjang pasangan itu!

Pengantin lelaki segera merampas selimut untuk melindungi dirinya dan isterinya, namun para tetamu ‘sampai hati’ pecah berderai ketawakan mereka.

Video yang pelik ini tersebar di pelbagai platform media sosial termasuk YouTube sejak pertengahan September lalu.

Seorang pengguna Weibo berkata pengantin perempuan dan pengantin lelaki berasal daripada daerah Zizhou di wilayah Shaanxi; sementara netizen yang lain banyak mengkritik tahap relevan permainan perkahwinan itu.

“Ia amat menakutkan. Saya tidak mahu untuk berkahwin, “kata seorang netizen.

“Saya tidak sanggup menonton video itu,” kata yang lain.

“Bagaimana pengantin lelaki boleh ketawa? Isterinya sedang telanjang dan disaksikan orang ramai”,soal netizen ketiga.
-kualalumpurpost

Abang Kucing cabar Jamal Jamban bertinju: Ada Bran

WARTAWAN SINAR HARIAN
BUKIT CHANDAN - Tindak-tanduk kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kerap mencetuskan provokasi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Merasakan tindakan kumpulan tersebut semakin melampau, seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka kepada Jamal dalam laman sosial.

Dia yang menggelarkan dirinya ‘Abang Kucing’ mencabar Jamal supaya bertinju di dalam gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.

Begitupun, katanya, tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui perkara itu (cabaran bertinju) yang dimuat naik dalam laman sosial kelmarin.

“Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.

“Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.

“Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.

Katanya, orang Melayu harus ingat bahawa pergaduhan sesama Melayu begitu mahal harganya seperti yang pernah dibuktikan pemimpin terdahulu.

“Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.

“Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.

“Yang kamu (Jamal) tolak tu Melayu tau, Islam sama-sama dengan kamu. Saya tidak tengok baju apa orang pakai masa itu tetapi kalau dia usik Melayu, saya akan bersuara,” tegasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: NGO peniaga gagal halang perhimpunan Sabtu ini]

Menurutnya, tindakan kumpulan baju merah menunjukkan kekuatan di jalan raya dilihat tidak adil dan tiadanya respon dari kumpulan baju kuning bukan bermaksud mereka takut.

“Mereka masih muda. Bila berlaku pergaduhan, polis akan berkas semua sekali. Bila ada rekod polis, susah untuk mereka cari pekerjaan pada masa depan.

“Sebab itu, mereka tidak melawan. Jadi, kumpulan baju merah janganlah ingat mereka takut lalu mereka terus melakukan lebih banyak provokasi pula,” katanya.

Setakat semalam, status dimuat naik Sharul Nizam viral di media sosial telah mendapat kira-kira 15,000 perkongsian namun sehingga semalam, tiada sebarang maklum balas dari pihak kumpulan baju merah.

Video: Khalid Samad BONGKAR Kisah Pengkhianatan PAS Di Selangor TAK BOLEH DIAM DAH!!

Video: Mekanik Parah Ditetak



PETALING JAYA: Seorang mekanik motosikal parah selepas ditetak sekumpulan empat lelaki di depan sebuah kedai simulator di Jalan Kampung Paya, Butterworth awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan baru keluar dari premis berkenaan bersama rakannya yang berumur 21 tahun sebelum menaiki motosikal masing-masing.

Bagaimanapun ketika mereka ingin meninggalkan kawasan tersebut, terdapat sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hijau yang dinaiki lima lelaki telah merempuh motosikal tersebut sehingga kedua-duanya terjatuh.

Difahamkan, empat lelaki bersenjatakan parang yang keluar dari kereta itu kemudian mengejar mangsa dan menetaknya.

Akibat tetakan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangan dan kaki.

Rakan mangsa berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan selepas sempat melarikan diri.

Mangsa yang tinggal di Air Tawar kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.
-mstar

PANAS!!! Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

ARIF ATAN
Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.

"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.
Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.

Hari ni betul-betul bengang tapi bila tonton video ni sakit perut ketawa,tak percaya cuba tonton

Kontroversi Dakwa Trump Kelahiran Pakistan Undang Kecaman

Tranungkite


WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghabiskan masa bertahun-tahun untuk membuktikan Presiden Barack Obama bukan merupakan rakyat Amerika.


Namun kini ahli perniagaan itu mungkin terpaksa mempertahankan diri apabila timbul dakwaan yang mengatakan beliau merupakan anak yatim dari Pakistan.

Dakwaan tersebut kedengaran mengarut tetapi rangkaian televisyen yang beroperasi di Pakistan, Neo News menampilkan laporan yang mendedahkan Trump sebenarnya lahir di Waziristan pada 1946 dengan dikenali sebagai Dawood Ibrahim Khan.

Laporan itu mendakwa, Trump tinggal di sana sehingga 1955 sebelum dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga dari AS susulan kematian ibu bapanya.

Stesen televisyen itu juga menunjukkan gambar Trump semasa kecil dan mendakwa wakil Parti Republikan tersebut menerima pendidikan di Pakistan semasa zaman kanak-kanak.

Bagaimanapun Neo News mendakwa mereka mendapat laporan itu berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna Twitter.

Kenyataan itu turut mendakwa Trump dilahirkan dalam keluarga Islam.

Namun selepas menyiarkan laporan tersebut, Ne0 News dikecam teruk oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan sebuah stesen berita yang bereputasi tinggi boleh mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Laporan tersebut dipercayai ada kaitan dengan tindakan Trump menuduh Obama dilahirkan di Kenya walaupun tuduhan itu tidak benar.

Sepanjang kempen pilihan raya Presiden lalu, Trump menggunakan isu tersebut untuk mempersoalkan kredibiliti Obama tetapi kemudiannya mengakui Presiden AS terbabit dilahirkan di Amerika.

Bagaimanapun Trump tidak memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan palsu itu.

Hubungan PAS dengan DAP umpama main masak-masak, PAS merajuk sekejap - MPT parti Bersatu

Pas memang relevan bagi PPBM
ARIF ATAN
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Tariq Ismail berkata, hal tersebut memandangkan peranan Pas yang selama ini bertanding di kawasan BN.

“Pas memang relevan bagi PPBM. Kita nak bertanding lawan Umno. Pas memang bertanding dengan Umno,” akuinya dalam wawancara Menuju Bersih 5 di Radio Bangsar Utama malam tadi.

Beliau memberitahu, MPT PPBM sedang meneliti beberapa perkara sebelum parti berlogokan bunga raya itu menyertai gabungan Pakatan Harapan.

“Kita perlu masa. MPT kaji draf perjanjian antara PPBM dengan Pakatan Harapan. Kita sudah lihat draf itu. Ada beberapa perkara yang perlu disemak.

“Kita pun perlu bekerjasama dengan Pas. Pas memang sudah setuju bekerjasama dengan kita. Dia pun setuju untuk kembali kepada Pakatan Rakyat tetapi bukan Pakatan Harapan,” ujarnya.

Tariq yang juga cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman turut menerangkan reaksi Pas terhadap PKR dan DAP berhubung kerjasama dalam Pakatan Harapan.

“Pas hanya kerjasama dengan PKR sahaja dalam Pakatan Harapan tetapi sebagai ahli majlis tertinggi, kita yakin antara Pas dan DAP tidak ada masalah kalau kita (PPBM) ada sebab kita ini jadi jambatan antara kedua-duanya.

“Kerangka masa berunding dengan Pas? Kita kena tetapkan masa. Kalau kita tandatangan, bagaimanakah kalau jadi kerajaan? Bagaimana Pas dan DAP?

“Contohnya, tentang RUU 355. Memang tidak ada masalah. Sebenarnya, DAP tak cakap apa-apa. MCA ‘hantu’ yang bersuara menentang RUU 355,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, Tariq yang merupakan ahli perniagaan itu enggan memberi ulasan apabila ditanya moderator tentang parti mana paling bermasalah antara Pas dan Amanah.

“Antara Amanah dan Pas memang ada masalah. Yang lebih bermasalah? Saya tak nak cakap apa-apa. Apa yang saya lihat Pas kecewa sebab kerusinya ialah kerusi dia tapi jadi kerusi Amanah,” jawabnya lagi.

‘Main masak-masak’

Sementara itu, penggerak PPBM Parlimen Sri Gading, Shukur Mohamad turut dilihat senada apabila menyatakan kerusi yang Amanah miliki adalah kerusi Pas yang lalu.

“Sebahagian dari Pas memang berharap duduk dalam Pakatan Harapan, contohnya Datuk Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena).

“Orang Pas ini taat, walak pada ketua. Yang tidak mahu bersama Pakatan Harapan mungkin dapat RM90 juta kot,” katanya merujuk kepada sejumlah wang diterima Pas daripada Perdana Menteri seperti didedah laman web Sarawak Report, Ogos lalu.

Mengulas tentang pendirian Pas yang menolak DAP, Shukur yang sebelum ini 25 tahun bersama Umno menganggap sikap parti Islam berkenaan sekadar bersifat sementara.

“Ibarat orang main masak-masak, orang tidak ajak dia, dia merajuklah sekejap,” tambahnya lagi yang juga anak sulung Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.

Menteri ditahan awal pagi, ambil rasuah jualan saham


MOSCOW, — Rusia mengambil tindakan mengejut awal pagi dengan menahan menteri ekonominya yang terlibat dalam rasuah berhubung kelulusan penswastaan syarikat minyak negara bernilai US$5 bilion (RM21.6 bilion).

Alexei Ulyukayev, 60, ditahan semalam “ketika menerima suapan” tunai US$2 juta (RM8.7 juta), menjadikannya pegawai tertinggi pertama yang dipenjarakan sejak 16 tahun pentadbiran Presiden Vladimir Putin.
Jurucakap jawatankuasa siasatan Rusia berkata ahli ekonomi liberal itu disyaki meminta wang daripada syarikat Rosneft PJSC yang membeli 50 peratus saham kerajaan bulan lalu dalam syarikat pengeluar minyak Bashneft PJSC.

Svetlana Petrenko berkata urus niaga Rosneft itu bagaimanapun mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

Penahanan Ulyukayev diumumkan pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan di sini, mengejutkan elit kerajaan dan ahli perniagaan.-.themalaymailonline.com

Wanita MCA ketawakan Jamal dapat penumbuk: 'Tak salah kalau dia dapat penumbuk'

Heng Seai Kie
MALAYSIA DATELINE
Wanita MCA menyelar tindakan ketua kumpulan baju merah Datuk Sri Jamal Md Yunos yang sering bertindak ganas dan mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman khususnya kepada wanita.

Heng Seai KiePengerusinya Datuk Heng Seai Kie berkata, walaupun Jamal salah seorang pemimpin Umno namun beliau telah melanggar semangat BN dan semangat 1Malaysia yang mendukung keamanan , keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Beliau menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak tegas ke atas Jamal dan kumpulannya dan tidak boleh memandang ringan kenyataan Jamal yang berbaur ugutan.

Ia merujuk kepada laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kerana tindakan Jamal yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada beberapa pimpinan Bersih 5.

"Walaupun Wanita MCA tidak pernah bersetuju dengan mana-mana demonstrasi jalanan terutamanya Bersih 5.0 yang jelas melanggar objektif asal dan kini bertindak lebih pro pembangkang untuk mewujudkan huru-hara, namun kita bimbang dengan dakwaan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa Jamal Yunos sekali lagi mengancam untuk 'mencincang" petugas partinya.

Jamal berdarah hidung ketika hari-hari mencabar pihak untuk bergasak melucukan, kata MCA.
"Kami mahu pihak polis  mengambil tundakan yang lebih tegas terhadap kumpulan kumpulan baju merah dan Jamal," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimana pun berasa lucu apabila Jamal yang selalu mahukan 'pertumpahan darah' ditumbuk dan kini menuntut keadilan ke atas dirinya.
"Lucu apabila seseorang seperti Jamal yang selalu menyeru kepada pertumpahan darah ditumbuk di hidung dan mahukan keadilan untuk dirinya sedangkan sebelm ini dia dan kumpulannya sering mengeluarkan ancaman.

"Apa yang dia lakukan kepada orang lain, akan kembali kepada dirinya. Tidak salah kalau dia mendapat penumbuk," katanya.

Menteri ditahan awal pagi, ambil rasuah jualan saham


MOSCOW, — Rusia mengambil tindakan mengejut awal pagi dengan menahan menteri ekonominya yang terlibat dalam rasuah berhubung kelulusan penswastaan syarikat minyak negara bernilai US$5 bilion (RM21.6 bilion).

Alexei Ulyukayev, 60, ditahan semalam “ketika menerima suapan” tunai US$2 juta (RM8.7 juta), menjadikannya pegawai tertinggi pertama yang dipenjarakan sejak 16 tahun pentadbiran Presiden Vladimir Putin.
Jurucakap jawatankuasa siasatan Rusia berkata ahli ekonomi liberal itu disyaki meminta wang daripada syarikat Rosneft PJSC yang membeli 50 peratus saham kerajaan bulan lalu dalam syarikat pengeluar minyak Bashneft PJSC.

Svetlana Petrenko berkata urus niaga Rosneft itu bagaimanapun mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

Penahanan Ulyukayev diumumkan pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan di sini, mengejutkan elit kerajaan dan ahli perniagaan.-.themalaymailonline.com

Kisah Shukri pergi terjun laut kini menghantui Kg Lahar Yooi

MALAYSIA DATELINE

Akhbar mingguan Amanah menjadikan tragedi ini sebagai laporan muka depan mereka.

Kisah tindakan nekad seorang pemuda Mohd Shukri Saad, 38, terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang kini menjadi perbualan hangat penduduk kampung beliau di Lahar Yooi, yang terletak di Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Tiga minggu selepas peristiwa Shukri meninggalkan nota terakhirnya sebelum terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, niatnya kini mula disedari pemimpin politik negeri itu, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Perjuangan Shukri akan tersemadi dalam kubur ini jika apa yang ditulis beliau tidak diketahui orang ramai.Walaupun ada segelintir penduduk cuba memberikan gambaran negatif, majoriti mereka terutama yang mengenali Shukri memahami tindakan itu, kata FMT.

Mayat Shukri, seorang pemilik kedai runcit dan juga penyokong tegar Pas, ditemui pada Oktober 28, terapung dengan batu terikat pada badannya, kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia terjun, dekat kawasan Batu Maung berhampiran pulau.

Sebelum itu, Shukri memuat naik kiriman di Facebook, meluahkan sebab tindakannya di samping nasihatnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya jangan mesra dengan Umno.

Khamis ini, Amanah di Pulau Pinang berganding dengan rakan pembangkangnya DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganjurkan forum khas mengenang apa yang kini dikenali sebagai “Tragedi Lahar Yooi”, di sebuah dewan dekat Merbau Kudung, kampung bersebelahan Lahar Yooi.

Majlis itu akan disertai oleh Pengerusi Amanah negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dari PKR, Sim Tze Tzin, dan bekas timbalan menteri Datuk Seri Sharif Omar, kata laman itu.

Program itu diberi tajuk “Biarlah aku berkorban untuk Malaysia”, ayat yang Shukri gunakan dalam catatan di Facebooknya sebelum kejadian itu.

Di lorong inilah terletaknya rumah yang disewa Shukri.Bagi mereka, Shukri membuat pengorbanan besar untuk negara dan kisah beliau tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi perlu diketahui oleh semua orang.

“Kalau kita biarkan saja, pengorbanan yang dibuat oleh Shukri untuk Malaysia akan sia-sia sahaja,” kata Rosli Hassan, penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, sebahagian Lahar Yooi.

Ada pihak dalam Umno dikatakan tidak mahu kisah Shukri disebarkan, kerana ia memberi kesan yang parah terhadap parti.

Di pihak PAS pula, mereka fobia terhadap perbuatan “membunuh diri” yang dilabelkan ke atas Shukri.

“Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan… ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012… baru sekarang naik mahkamah….tarikh naik court kelmarin tapi ditunda hari ini,” tulisnya.

Bagi Shukri, beliau adalah “rakyat yang dizalimi” sebagaimana ramai lagi rakyat negara ini yang mempunyai perasaan yang sama.

“Banyak bebanan aku nak tangungg…dan ku tak sanggup dipenjarakan… dengan ini ku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi….aku akan tamatkan riwayat akuu….kerana banyak kali ku bermimpi lemas di lautan….. ku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hambaNya terpilih….biar la aku berkorban demi rakyat Malaysia,” tulis Shukri.

Sebagai ahli dan penyokong Pas, Shukri meluahkan perasaanya mengenai hala tuju kepimpinan PAS sekarang, dengan menasihati Hadi tidak termakan dengan sokongan Umno untuk rang undang-undang memperkasakan sistem perundangan Syariah.

“Buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno, depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yang nak di bawak tu agar pembangkang berpecah.

“Bersatula kembali menjadi pembangkang yang kuat…agar nasib macam aku terbela…..nanti dah jadi kerajaan media dah di control senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawak tuuu……” tulisnya.

Inilah rumah yang disewa Shukri.Penduduk di Lahar Yooi mengenali Shukri seorang yang baik dan terlibat aktif dalam kegiatan masyarakat.

“Beliau orang yang baik, bergaul baik dengan masyarakat dan sangat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan beliau aktif dalam gerakan pemuda Pas,” kata Jailani, jiran Shukri, lapor FMT.

Namun ada sesuatu yang istimewa kepada Shukri.
Menurut Jailani, dia suka bertindak ekstrem atau nekad dalam banyak tindakannya.

Katanya, ada pihak yang memberikan tanggapan negatif ekoran tindakan Shukri itu termasuklah membunuh diri, yang dianggap dosa besar dalam Islam.

Namun bagi Jailani, itu antara Shukri dengan Allah. Tambahnya, Shukri berkorban menyedarkan semua pihak tentang penderitaan dan tekanan yang dihadapi oleh ramai rakyat sekarang.

Bagi Mujahid yang mengetuai Amanah Pulau Pinang, Shukri merupakan mangsa sistem sebagaimana ramai yang lain di negara ini.

“(Bunuh diri) bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak,” kata Mujahid dalam satu kenyataan mengulas kematian Shukri.

Ekoran pro dan kontra isu ini, balu Shukri, seorang kakitangan awam, tidak mahu kisah suaminya dipanjangkan lagi.

“Saya mahu terus pandang ke depan dan melupakan perkara ini,” kata beliau kepada FMT, yang tidak mahu kisah sedih keluarga beliau ini diungkit-ungkit lagi.

Beliau juga dalam proses mengambil tindakan terhadap sebuah media yang melabelkan suaminya “penyeludup” rokok.

Mahligai RM7 Juta Ketua AMK Ampang Dipersoal (Gambar)


TIDAK bekerja namun boleh hidup serba kemewahan? Itulah persoalan yang ditimbulkan selepas pendedahan di media sosial baru-baru ini mengenai kehidupan Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Adam Rosly Abdullah.

Pemuda yang berusia 28 tahun ini dipercayai berasal dari kawasan setinggan dan tidak mempunyai ibu bapa atau keluarga kaya, namun berjaya memiliki aset bernilai jutaan ringgit.
Di media sosial, tersergam indah mahligai milik Adam Rosly yang dipercayai bernilai RM7 juta selain beberapa kereta mewah terdiri daripada BMW, Mercedes dan lain-lain berderetan di dalam laman rumah tersebut.

Mahligai Bernilai RM7 Juta? Kemewahan Ketua AMK Ampang Dipersoal
Sudah tentu, dengan usianya yang muda itu, timbul pula persoalan bagaimana dia boleh memiliki kemewahan itu.

Pendedahan mengenai kekayaan anak muda ini sudah diragui sejak tiga tahun lalu namun ianya tiada penjelasan dan bukti yang kukuh untuk menjawab setiap persoalan.

Mahligai Bernilai RM7 Juta? Kemewahan Ketua AMK Ampang Dipersoal

Difahamkan, rumah yang terletak di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang itu ditaksirkan berharga RM7 juta dibeli selepas dilelong oleh pihak bank.

Bagaimanapun Adam Rosly melalui akaun Facebooknya menjelaskan ‘serangan’ terhadap dirinya dengan mengaitkan harta adalah satu fitnah jahat.

“Politik kotor, serang peribadi dan rumah. Fitnah jahat, tuduh saya ambil wang rakyat,” tulisnya.

Dia mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Siasat saya! Siasat saya! 24 jam kerjasama saya kepada SPRM.

“Saya bukan penyamun macam kalian,” tulisnya.

Pendedahan ini juga turut mengaitkan kekayaan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin selepas ‘anak buahnya’ itu tampak mewah pada usia muda.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut mempersoalkan kekayaan Adam Rosly yang dianggap luar biasa.

“Ini satu petunjuk, mereka tuduh orang lain dan akhirnya apa yang mereka buat itu untuk menutup kesalahan dengan menuduh kerajaan pusat.

“Padahal merekalah penamun, penyangak, perasuah di dalam negeri Selangor dan Ampang ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

-------------------------
"Saya Beli Rumah Dengan Wang Hasil Titik Peluh" - Adam Rosly

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly berkata beliau mampu membeli kediaman mewah ala sebuah istana di Ampang kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.


"Pada hari ini, bukan suatu yang luar biasa untuk golongan muda menjadi kaya. Saya boleh beri jaminan bahawa saya memperoleh wang hasil titik peluh saya," kata Adam.
Adam menjelaskan bahawa beliau mendapat harta kekayaan tersebut melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

"Tidak semua orang yang kaya memperoleh wang menerusi dana politik. Jika saya berbuat demikian, saya tidak akan secara terbuka membina rumah di kawasan seperti itu," katanya.
Adam Rosly.

Adam berkata rumah yang didakwa Jamal bernilai RM7 juta itu hanya menelan kos pembinaan sebanyak RM1 juta.

Katanya, beliau telah memenangi bidaan untuk rumah yang merupakan projek terbengkalai dalam satu lelongan bank.

Sambil menegaskan beliau tiada sebarang kedudukan dalam kerajaan negeri, Adam berkata AMK melakukan yang terbaik untuk memastikan ahlinya tidak menerima rasuah.

"Kami bersih dan saya menggesa Jamal supaya tidak bermain politik kotor," katanya.

Adam berkata demikian pada Selasa selepas membuat laporan polis terhadap Jamal kerana berkumpul di hadapan rumahnya di Ampang pada Ahad lalu./mstar