"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Sosilawati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sosilawati. Papar semua catatan

N Patmanabhan, 3 lain dituduh bunuh Sosilawati

Peguam, N Patmanabhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di Banting, membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
NONEMereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah itu untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.
NONEBeberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang mengandungi Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.
Tiada pengakuan diambil daripada keempat-empat tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain. 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.
Sebutan semula 16 Disember ini
Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. 
NONEKesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut setelah Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof meminta tempoh dua bulan bagi mendapatkan laporan tertentu seperti laporan kimia. 

Tiga daripada tertuduh dibawa ke mahkamah dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi. 

Selain Ishak, pendakwaan turut diwakili Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin manakala Pathmanabhan diwakili peguam Ravi Nekoo, R Pushpa, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad.
Sosilawati Lawiya police search afp 3Tiga tertuduh lain tidak diwakili peguam. Ahli keluarga tertuduh juga tidak kelihatan di kawasan mahkamah.

Kes itu mendapat perhatian umum apabila Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.
Kereta BMW

Pada 6 September lalu, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala sebuah lagi kereta BMW milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di Banting. 

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September lalu apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.
NONEPathamanabhan dan tujuh lagi suspek ditahan polis antara 9 September dan 12 September.

Berikutan laporan kehilangan Sosilawati, suspek siasatan kes pembunuhan ini turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat, termasuk ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Januari lalu.

Permohonan 3 suspek kes bunuh Sosilawati ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam mereka Ravi Nekoo dalam satu kenyataan hari ini berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan itu pagi ini tanpa mendengar daripada pihak terbabit.

Katanya beliau menerima surat menerusi faksimili daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Haslina Basaruddin pada jam 11.50 pagi tadi dan terkejut cara keputusan itu dibuat dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

"Kami berpendapat mahkamah seharusnya mendengar permohonan ini kerana ia membabitkan hak orang yang ditahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 325(2) Kanun Prosedur Jenayah," kata Ravi.

Katanya walaupun mengikut Seksyen 326, hak untuk didengari bukan sesuatu yang automatik, dalam hal berkaitan orang yang ditahan berprasangka, seksyen itu tidak terpakai.

Semalam, ketiga-tiga suspek memfailkan permohonan di pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi supaya disemak semula perintah yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 8 Oktober lepas membenarkan tahanan mereka dilanjutkan tujuh hari lagi, yang akan berakhir esok.

Dalam permohonan untuk semakan, Ravi meminta Mahkamah Tinggi meneliti beberapa isu termasuk kegagalan majistret berkenaan menimbangkan permohonan bagi perintah tahanan reman secara individu berbanding 'omnibus'.

Ravi mendakwa majistret berkenaan telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah lanjutan tahanan reman tersebut, manakala alasan yang diberikan polis adalah tidak relevan.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas mereka dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah, dan pada 13 September, polis mengesahkan keempat-empatnya dipukul sehingga mati, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Ravi apabila dihubungi berkata beliau sedang menunggu arahan daripada anak guam dan anggota keluarga mereka sebelum memfailkan rayuan.
-Bernama-

Kes Sosilawati: Kontraktor tak pulang-pulang

SUNGAI PETANI: “Hati saya terdetik mengatakan suami akan pulang pada Aidilfitri lalu menyebabkan saya membeli sepasang baju Melayu biru untuknya,” kata Samsonnahar Mohd Dali, 35, isteri kepada kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dipercayai turut menjadi mangsa peguam yang kini suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

Menurut Samsonnahar, walaupun pada hakikatnya dia sedar suaminya mungkin tidak pulang, gerak hati itu menyebabkan dia tetap menaruh harapan berlaku keajaiban dan menunggu kemunculan suaminya pada pagi 1 Syawal lalu.

“Bagaimanapun, impian itu hanya tinggal angan-angan kosong,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Bunga Raya, di sini, pada 5 April lalu, kira-kira jam 5 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream warna emas menuju ke Kuala Lumpur dipercayai berurusan dengan peguam terbabit.

“Sehingga kini, suami tidak pulang ke rumah dan apabila menghubungi telefon bimbitnya, ia diputuskan. Kali terakhir saya bertemu suami pada hari itu manakala pada 7 April antara jam 10.30 malam dan 11 malam, suami menelefon saya memberitahu dia akan pulang pada 9 April.

“Dia juga berharap dapat pulang ke Sungai Petani secepat mungkin kerana mahu memasuki rumah baru yang dibeli di Taman Cemara, kira-kira satu kilometer dari rumah sekarang, tetapi dia sedikit pun tidak mengadu dan bercerita mengenai masalah dihadapinya,” katanya.

Samsonnahar yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga 13 tahun berkata, dua hari selepas itu, dia ada menelefon peguam terbabit dan dimaklumkan suaminya ke luar negara dan akan pulang selepas lima atau enam hari lagi.

“Saya terkejut dengan jawapan peguam terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

“Akibat tidak berpuas hati dengan penjelasan peguam itu, saya ke rumah sewa suami di Meadow Park 2, Jalan Kuchai Lama terkejut apabila menemui pasport antarabangsanya dalam beg, tetapi keretanya tiada di situ,” katanya.

Menurutnya, kereta milik suaminya ditemui tersorok di tempat letak kereta di Pelabuhan Klang selepas sistem penggeranya berbunyi akibat perbuatan khianat.

Katanya, suaminya dipercayai mengenali peguam terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan dan sejak itu, suaminya sering berhubung dengan lelaki berkenaan.

Samsonnahar berkata, dia terkejut apabila Balai Polis Banting, baru-baru ini, memaklumkan bahawa 95 peratus siasatan polis mengesahkan suaminya seorang daripada mangsa peguam terbabit yang kini ditahan polis.

“Saya masih berharap menerima berita gembira. Apapun, saya bersedia menerima sebarang kemungkinan yang menimpa suami dan reda dengan kejadian menimpanya.

“Sejak kehilangan suami, saya banyak melakukan solat tahajud dan hajat. Alhamdulillah selepas lima bulan kehilangannya, saya dapat menerima kenyataan walaupun tidak tahu di mana kubur dan jasadnya,” katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, sumber polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan Shafik Abdullah dan seorang lagi rakannya sejak April lalu.

Sumber itu berkata, polis mengklasifikasikan kes kehilangan mereka sebagai kes orang hilang dan siasatan lanjut sedang dijalankan sama kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama kes Sosilawati.

Pangkat Datuk Suspek Pembunuh Datuk Sosilawati Palsu?


PolisPencen
Kes Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya banyak mengajar kita tentang bertapa pentingnya maklumat yang cepat dan benar.
Akhbar, wartawan, pemberita dan pihak yang bertanggungjawab harus memberikan satu maklumat dan situasi yang benar-benar jelas agar rakyat tidak tertanya-tanya.
Saya melihat akhbar lebih kepada mencari publisiti setelah jualan akhbar media utama jatuh disebabkan tidak wujud tanggungjawab dalam perlaksaaan amanah ini. Opportunity ini digunakan sempenuhnya untuk menaikkan berita-berita yang lebih sensasi.
Saya tak akan ulas panjang soal ini tetapi saya lebih tertarik untuk mengulas apabila pihak polis mengatakan bahawa pangkat Datuk sebenarnya adalah palsu. Kenyataan ini telah disiarkan oleh hampir semua akhbar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.     

"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Damtuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo   
   
Sebelum ini ada kenyataan dan maklumat sebegini;
Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.


Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber. - Star


Sebagai rakyat biasa yang pernah berpegalaman dalam soal siasat, saya agak musykil dengan dua kenyataan ini. Kalau kenyataan awal menyebut Suspek dipercayai membeli pangkat Datuk, kita boleh berlapang dada dan menerima kenyataan kedua yang menyatakan sebenarnya Datuk itu adalah palsu.       
Tapi.....
Kenyataan menyebut memberi dengan harga RM180 ribu. Kenapa tak sebut RM90 ribu misalnya atau RM200 ribu misalnya. Bila wujud angka bermaksud ada sumber yang jelas.        
Dalam hal ini, pihak polis telah memberikan amaran kepada media agar tidak mengeluarkan berita sehingga ada kebanaran daripada pihak polis bagi mennetukan maklumat itu adalah sah benar.        
Jadi sumber RM180 ribu adalah benar, barulah The Star berani mengeluarkannya.
Kenapa kelaur pula kenyataan Datuk itu adalah palsu? Pembaca sudah tahu mainan politik. Kita sebenarnya di"sumbat" dengan berita-berita palsu agar kita sentiasa "bodoh" dan "bangang".

Heret segera suspek bunuh ke mahkamah

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Presiden Majlis Peguam Negara, Ragunath Kesaven menggesa pihak berwajib supaya segera membawa suspek bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa lain ke Mahkamah.

"Bagi pihak Majlis Peguam, saya tidak mahu isu utama diketepikan iaitu penyelesaikan kes penyiasatan pihak polis."

"Kami melihat kesemua mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah untuk menghadapi proses (perbicaraan) jenayah yang ditetapkan selaras dengan perundangan negara," ujarnya pada sidang media di pejabat Peguam Negara, di sini.

Baginya, kes tersebut harus berpijak atas prinsip keadilan, iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah.

Kes Sosilawati: DNA forensik temui bukti?

Wan Nik Wan Yussof  
Terbaru akhbar melaporkan sebagai “pembunuhan kejam Sosilawati” masih bergantung kepada penemuan dan analisis pakar forensik bagi mengukuh bukti untuk mengesahkan kes yang berprofil tinggi yang masih dalam siasatan polis. Setakat ini dilaporkan enam pakar forensik bekerja keras menganalisis bukti. Antara bukti penting yang ditemui dan dianalisis ialah tulang yang dikumpul. Tulang itu belum tentu milik siapa selagi keputusan analisis belum diumumkan.

Profil DNA akan ditemui melalui analisis kimia berpandukan kepakaran pihak pakar forensik. Selepas itu, DNA dijadikan petunjuk bagi mengesahkan ia milik siapa atau hubungan DNA itu dengan individu tertentu.

Walaupun begitu bukan suatu prosedur tetap (dalam kaedah penyiasatan) bagi pakar forensik untuk bergantung sepenuhnya kepada profil DNA. Dalam kes tertentu pakar forensik boleh merumuskan analisis kimia secara bebas bagi menentukan sesuatu kes melibatkan pembunuhan.

DNA

Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan sebatian kimia kompleks mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus di dalam nukleus setiap sel. DNA boleh memberi maklumat
yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu. Justeru, analisis DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identiti seseorang berdasarkan kaedah saintifik. Setiap unit nukleus (nukleotida) dari sel yang dikaji biasanya mengandungi tiga molekul asas iaitu gula deoksiribosa dan bes bernitrogen yang terangkai bersama kumpulan fosfat. Satu molekul pula boleh mengandungi antara empat hingga lima juta unit nukleotida.

Analisis forensik penentu kes?

Apa pun penyiasatan polis ada cara dan teknik tersendiri untuk mengetahui sesuatu kes jenayah berlaku boleh atau tidaknya indidvidu tertentu disabitkan. Apa yang utama, pihak polis perlu ada petanda dan bukti kukuh untuk mensabitkan sesuatu kes. Profil DNA hanyalah salah satu cara yang bersifat saintifik boleh membantu penyiasatan mahu pun keputusan mahkamah.

Forensik Teo Beng Hock

Sebelum ini berlaku perdebatan panjang dalam sesi inkues kematian Teo Beng Hock berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Pornthip Rojanasunand, ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok, Thailand.

Laporan itu bercanggah dengan penemuan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim yang berpuas hati betapa kematian Teo berpunca dari kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Sedangkan Dr Pornthip merumuskan kebarangkalian 80 peratus kematian Teo itu adalah bersifat homisid (pembunuhan) dan menganggap kecederaan pada lubang dubur sebenarnya telah berlaku sebelum Teo didakwa sebagai terjatuh. Malah kecederaan itu dikatakan tidak selaras dengan kecederaan lazim mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi. Maka, rumusan dan keterangan pakar patalogi itu sudah tentulah mendorong kepada persoalan, bagaimanakah penemuan pakar forensik itu didapati begitu berbeza.

Pernah juga dalam kes Anwar Ibrahim, analisis DNA turut menjadi isu yang dikaitkan dengan konspirasi sehingga memutar belit fakta penghakiman. Sehingga Anwar dituduh mempunyai seorang anak luar nikah. Namun ujian DNA menerusi sampel darah telah menolak tuduhan tersebut dan anak yang dimaksudkan bukan anak Anwar.

Kes Sosilawati

Katanya sampel tulang sudah ditemui oleh pakar forensik. Tempat ditemui adalah dari sungai yang didakwa ia dibuang oleh suspek. Tulang itu tulang milik siapa, hanya hasil DNA boleh menjelaskan profilnya. Persoalannya, sebelum terhasilnya tulang, jasad mangsa kes Sosilawati (seramai empat orang) dikatakan hilang (sejak 30 Ogos 2010) dan dibunuh, dibakar dan dibuang ke Sungai Panchau, Tanjong Sepat sebagaimana kenyataan polis.

Apa yang pasti, ujian DNA berasaskan pendekatan analisis kimia, sedangkan tulang yang ditemui telah mengalami proses kimia yang cukup matang, kerana dibakar dan terendam dalam air sudah lebih seminggu.
Apakah pasti sifat asal tulang itu masih utuh dengan nilai-nilai gen atau biologinya? Mungkin pakar forensik, lebih-lebih lagi teknologi DNA ada jawapannya.

Namun, daripada penelusuran kes Teo mahupun Anwar, pendekatan forensik boleh mencelarukan bukti-bukti kes yang disiasat atau bakal diputuskan. Analisis DNA dan penemuan pakar forensik juga ada kelemahan, iaitu memungkinkan berlaku manipulasi pihak tertentu atau salah urus atas sifat human factor. Justeru, ujian atau analisis DNA bukan penyelesai mutlak. Ia sekadar panduan untuk diambil perhatian dalam mengaitkan bukti-bukti jenayah yang berlaku.

Apa pun, masyarakat masih mengharapkan agensi polis dapat menyiasat secara betul dan cemerlang dalam memastikan pelaku atau suspek jenayah mendapat pembalasan setimpal di dunia sebelum mendapat hukuman mutlak Allah SWT di akhirat kelak.

Kes Sosilawati: Kertas siasatan diserah kepada AG esok

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut.

“Sekiranya peguam negara perlukan kita untuk menyiasat lagi kes tersebut, berkemungkinan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan.

“Kalau boleh kita nak tahu keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa itu secepat yang mungkin ... bagaimanapun, kita akan tunggu, kalau tidak minggu ini, mungkin minggu depan, dan akan kita sertakan dengan kertas siasatan (jika diminta untuk dikemaskini semula oleh Peguam Negara),” katanya.

Sosilawati, 47, (gambar) bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sementara itu, Bakri mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

“Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan... kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati,” katanya.

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidur di rumahnya 8.30 pagi Sabtu lepas.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan tragedi yang menimpa Sosilawati, yang juga sahabat baiknya. 
-Bernama-

Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati

Hazayani Zakaria
GOMBAK, 20 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.

Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.

"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.

"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.

"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut.

Kes Sosilawati: Jangan cepat memuji polis

N. Surendran
Lawyers for Liberty amat khuatir kerana ramai ahli-ahli politik dan berbagai pihak lain terlalu cepat memuji pihak polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan ngeri Sosilawati Lawiya (gambar bawah) dan tiga orang rakannya yang lain.
Apa yang diperlihatkan dalam kes ini sebenarnya amat jauh sekali daripada kecekapan, daya saing dan profesionalisme yang seharusnya dipamerkan pasukan polis.  Kes ini menunjukkan pihak polis hanya bertindak dengan tegas apabila melibatkan kehilangan seorang "Datuk" kaya dan terkenal.  Dalam masa yang sama tidak memperdulikan atau bersikap sambil lewa terhadap kes-kes kehilangan/ pembunuhan dan kes-kes jenayah komersil.

Selanjutnya dilaporkan bahawa lebih 20 orang yang mungkin dibunuh oleh para penjenayah yang sama.
Bagaimana para penjenayah yang disyaki ini, termasuk dua orang peguam terkenal yang digantung kelayakan profesional guamannya itu dapat melakukan jenayah tersebut dalam jangka masa yang lama dengan kekebalan undang-undang tanpa sebarang tindakan pihak polis?
Maka wajarlah persoalan yang ditimbulkan pihak akhbar barangkali pihak polis telah "dibeli".
Apakah pihak polis kekurangan sumber ataupun sibuk menyiasat dan menganggu ahli politik pembangkang dan pengkritik dengan isu-isu remeh temeh daripada mengambil kira jenayah sebenar dengan lebih serius?
Apakah kita harus terkejut dengan tahap keyakinan orang ramai yang begitu rendah terhadap pihak polis dan pandangan bahawa pihak polis rasuah dan bertindak sebagai pelindung golongan kaya dan berkuasa semakin kukuh?
Lawyers for Liberty (gambar kanan) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara yang baru bahawa pihak polis akan mengambil tindakan serta-merta terhadap kesemua laporan orang hilang dan mereka yang didapati cuai akan diberi amaran keras.
Tidak seperti kenyataan Ketua Polis Selangor yang bersungguh-sungguh mempertahankan pasukan polis dalam isu ini.  Ketua Polis Negeri patut tidak terus menafikan soalan-soalan yang wajar, bilamana kebarangkalian kecuaian pasukan polis atau rasuah telah mendorong berlakunya banyak lagi jenayah dan kami mendesak diadakan suatu sisatan terhadap kegagalan-kegagalan ini.
Perkara ini mengenangkan kita kepada kes Norizan Salleh yang tidak sepatutnya menerima tembakan sebanyak lima kali dari anggota polis.  Bila aduan keprihatinan ditimbulkan oleh mangsa dan pihak-pihak lain, pasukan polis dan Menteri Dalam Negeri terus menolak aduan tersebut dan mempertahankan tindakan polis itu sebagai betul.
Jika kesnya diambil serius, Aminulrasyid, mangsa polis remaja berusia 15 tahun itu tidak akan terbunuh dalam hujan tembakan peluru, di bawah keadaan yang sama dengan Norizan.
Sikap sinis pasukan polis, bertindak sesuka hatinya tanpa menghormati undang-undang dan piawaian prosedur operasi, tidak akan timbul jika para pegawai kanan polis dan Menteri Dalam Negeri tidak semudah dan secepatnnya dengan secara berterusan melindungi pasukan polis sepenuh-penuhnya serta menolak aduan apabila memang terdapat bukti penembakan sesuka hati, keganasan dan merekacipta bukti.
Begitu juga dengan kes semasa ini, Sosilawati dan kenalannya tidak akan dibunuh jika pihak polis menyiasat kesemua kes orang hilang sebelumnya dan kes-kes jenayah perdagangan yang berkaitan dengan penjenayah disyaki.
Kami seterusnya mendesak Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan serta-merta bagi membetulkan kegagalan profesionalisme dan kecekapan pasukan polis - yang teramat penting sekali dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Pihak Polis (IPCMC) sepertimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Di Raja Pembaikan Operasi dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia pada tahun 2004 - serta mengambil serius setiap kes-kes jenayah dan tidak bertindak hanya apabila terkena kepada para Datuk kaya dan terkenal.
*Kenyataan oleh N. Surendran, dari Lawyers for Liberty.

DAP nafi suspek ahli DAP, blogger dedah hubungan suspek dgn pmimpin Umno!

pria_malaya08
Nah! selepas satu persatu bala menimpa para penganut tegar parti perkauman Umno..niat asalnya mahu mempolitikkan isu ini, rupanya terkantoi ditengah jalan!..jelas sepertimana perumpamaan 'perangkap makan tuan!'...cubaan mereka untuk mengaitkan kes pembunuhan ini dengan Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali!!

Penyokong Hindraf
Mulanya mereka telah kaitkan suspek pembunuh dengan pertubuhan haram Hindraf..katanya penyokong Hindraf ramai yang menyokong Pakatan Rakyat, maka si pembunuh itu adalah orang Pakatan Rakyat..maka fitnah ini dipanjangkan ke merata-rata tempat, khususnya di ruang maya oleh penyokong dan blogger umno yang lain...



Namun, selepas pendedahan mengenai siapakah Hindraf dan apa kaitannya dengan Umno dibuat oleh penulis, maka mereka terdiam seribu bahasa...boleh baca di link ini, "BONGKAR! Umno punyai perkaitan dengan pertubuhan haram HINDRAF!..(video inside)"

'Ahli seumur hidup DAP'
Cubaan mereka kedua ialah mengaitkan suspek pembunuh dengan sebuah pertubuhan politik pembangkang iaitu parti DAP..dikatanya suspek itu adalah ahli DAP seumur hidup..


(Jelas akhbar di atas turut bersekongkol dgn Umno apabila hanya meletakkan sumber berita yang ntah dari mana datangnya, kerana itu tidak pelik akhbar ini tidak menyatakan suspek adalah dari parti DAP, kerana tahu maklumat yg diterimanya belum pasti dan mungkin palsu..)

Berdasarkan keratan laporan akhbar di atas, maka para blogger Umno telah memanjangkan fitnah jahat ini ke serata ruang maya dengan harapan rakyat membencikan DAP seterusnya Pakatan Rakyat, sedangkan laporan berita di atas langsung tidak menyebut suspek adalah ahli DAP seumur hidup, atau mana2 parti..

Dan semalam, pemimpin2 DAP telah menafikan sekerasnya2 laporan yang mengaitkan parti itu dengan suspek pembunuh, suspek bukanlah ahli DAP seumur hidup sepertimana yang dihebahkan media Umno...portal Malaysiakini sebagaimana melaporkan...
“Ia percubaan menjijikkan oleh akhbar milik Umno untuk memperli dan mendakwa dalam laporannya bahawa suspek pembunuh itu adalah ahli seumur hidup DAP tanpa merujuk atau menyiasat tuduhan itu terlebih dahulu,” - Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua
Sementara Harakahdaily melaporkan..
“Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan,” - Lim Guan Eng
Ternyata, Umno kalah lagi pusingan yang kedua!..cubaan utk mengaitkan suspek dgn imej Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali...Pakatan Rakyat bersepakat tidak akan membela dan menyokong mana-mana penjenayah, dan akan membela sesiapa sahaja yang menjadi mangsa keganasan tidak kira bangsa dan agama!..

GEMPAR!

NAMUN, suatu laporan yang agak mengejutkan telah dibuat oleh blogger Umno semalam..menurut blogger tegar Umno ini, suspek pembunuh kejam Dato' Sosilawati pernah berhubungan dan berurusan dengan pemimpin Umno! Ketua Pemuda Umno negeri mempunyai kaitan dengan suspek kes pembunuhan kejam ini!

Baca laporan pendeahan oleh 2 blogger umno di bawah..

PENDEDAHAN 1
Bertambah menarik…!



Last nite pegi open house rumah member, amongst her guest ada la geng2 n kawan2 yang ade connections with press n media bercerita, rupa2nya ade dua Datuk2 from Umno memang involve deal beli tanah dengan suspek kes Sosilawati…

Siapa dua Datuk2 Umno tue? Katanya Yb dari Selangor, Rahman Palil & sorang lagi Setpol Sharizat, Datuk Suhaimi Ibrahim, dia nie dulu GPMS… So now, these two Datuk2 kenalah buat statement bagi tau betul ker tidak? Kalau tak betul kenalah nafikan this hearsay among all media people yang bercerita pasal nie...

Duit punya pasal…, nak kaya punya pasal….. When it comes to business, orang Umno pun boleh buat deal dengan orang DAP…?
*baca seterusnya di sini, "Suspens! Rahman Palil & Suhaimi Ibrahim "Pernah" Deal Jual Beli Tanah Dengan Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati…?"..

PENDEDAHAN 2
Aku baru dapat tahu dari seorang sahabat aku yang ada satu Ketua Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis pada 12hb Sept yang lepas berkenaan kes tanah yang dibeli oleh KP UMNO negeri ni melalui khidmat peguam yang disyaki membunuh Sosilawati iaitu Dato Pathmanabhan.

KP UMNO Negeri ini membeli tanah di Pulau Pinang, nilai hartanah yang dibeli oleh orang Kuat Khairy Kitol ini bernilai berjuta-juta ringgit sebenarnya dan KP UMNO negeri ni buat report sebab dia nak ambil balik wang pendahuluan sebanyak RM1.3 juta yang telah diberi kepada peguam tersebut!

Lagi satu yang menjadi misterinya, Sosilawati terkorban sebab deal hartanah kat belah utara kan? Mungkinkah KP Negeri ni ada kaitan dengan kematian tersebut? Mungkinkah mereka berebut untuk membeli hartanah yang sama hingga terkorbannya Sosilawati dan rakan-rakan yang lain?

Bukan nak mempertikai, bila ada pembunuhan mesti ada motif, so apa motif pembunuhan Sosilawati ni sebenarnya? Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatannya, namun ada baiknya kalau disiasat KP UMNO Negeri ni yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Langat hari tu!
*baca pendedahan seterusnya di sini, "GEMPAR! KETUA PEMUDA UMNO NEGERI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DATO PATMANABHAN (PEMBUNUH SOSILAWATI?)"..

Terang lagi bersuluh! rupanya suspek pembunuh tiada kena mengena langsung dengan Pakatan Rakyat, malah yang lebih mengejutkan, suspek mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan pemimpin Umno sendiri!! ini bukan yang direka2 penulis, tetapi ianya diperakui oleh blogger Umno ini!!..kerana itu penulis awal-awal lagi dapat menalah awal siapakah di 'belakang' suspek pembunuh ini apabila terdapat laporan beliau mahu menyertai MIC/BN, boleh baca di sini..

Apa pun, kita tetap menungguh siasatan sehingga selesai, kita bagi ruang pada pihak polis menjalankan siasatan..pendedahan2 terbaru akan dikemaskini setiap masa.....yang nyata, Umno sudah 'kalah' 3-0 dalam isu ini..inilah bahana apabila cuba mempolitikkan isu pembunuhan kejam Dato Sosilawati!....wallahua'lam...

Pengasas kosmetik Aveer bunuh diri tiada kaitan kes Sosilawati, kata anak saudara

BUKIT MERTAJAM, 19 Sept: Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

“Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam pernigaaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

“Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.

“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” kata beliau yang akrab dengan mangsa.

Naimah berkata Sarina sempat menghubunginya sebelum ditemui mati dan berpesan supaya beliau menjaga anak mangsa serta membantu urusan perkahwinan Mohd Azrul Affendi Jakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari depan.

“Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badryah Jakaria, 23, berkata keluarga beliau masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya itu.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, laporan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik sejak lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya. 
-Bernama-

Sarina Jaafar mati sebab dia tahu sesuatu yang umum tidak tahu?

notan


Assalamualaikum,,..

Kes pembunuhan Dato Sosilawati dan tiga yang lain nampaknya dikembangkan lagi oleh kematian rakan karib arwah,Sarina Jaafar yang dilapurkan TERGANTUNG DI DALAM BILIK TIDURNYA.Ada kes bunuh dan bunuh diri di sini seperti kes mantan ADUN dan pembantu peribadinya dulu. Tetapi Sarina ialah orang Islam  yang faham hukum jadi lapuran membunuh diri sebegini meragukan dan sekaligus meletakkan kes ini dalam mistri yang berpanjangan yang mungkin tidak akan dapat dirungkai oleh polis walaupun melanjutkan tempoh tahanan reman suspek. 


Sarina seperti diberitahu oleh anaknya pernah meluahkan rasa sedihnya dengan pembunuhan Dato Sosilawati tetapi rasa sedih yang diluahkan bukanlah satu hujah yang kuat untuk dia membunuh diri. Rasa sedih itu juga mungkin kerana dia tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh umum dan mungkin juga menerima ugutan yang menyebabkan kehidupannya tidak tenteram, itulah mungkin bentuk rasa sedih Sarina yang menyebabkan dia membunuh diri.


Atau mungkin juga Sarina Jaafar tidak membunuh diri tetapi dibunuh untuk menghalang sesuatu skandal atau apa jua sebab kematian Dato Sosilawati terbongkar. Sarina kemudian dibuat untuk kelihatan seperti membunuh diri, namun apa jua yang sebenarnya berlaku, penulis yakin polis mengetahuinya.

Apa yang dinanti sekarang ini ialah pembongkaran kepada skandal atau urusniaga haram yang menyebabkan kematian Dato Sosilawati dan tiga yang lain yang melibatkan VVIP dari pasukan pemerintah. Kematian Sarina mengukuhkan teori bahawa peguam yang pernah didakwa diiringi polis dan peguam yang didakwa menggunakan dato palsu itu hanyalah kambing hitam dalam kes pembunuhan ini.

Ada sesuatu yang tidak diketahui oleh umum tetapi diketahui oleh Sarina Jaafar dan mungkin beberapa orang lain. Sementara polis yang turut dicabar dengan kes dera amah Indonesia di Penang dan kehilangan jutawan India sedang diperhatikan rakyat dan terpulang kepada mereka sama ada mahu terus terhina menjadi barua atau mahu keadilan dan kebenaran ditegakkan kepada rakyat keseluruhannya. Polis mengetahui apa yang berlaku, itu keyakinan rakyat.

Polis siasat kematian Sarina, tentukan kaitan dengan kes Sosilawati

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes itu berkait dengan pembunuhan rakan baiknya, Datuk Sosilawati Lawiya.

"Apa-apa yang kita dengar, yang berkaitan, kita akan siasat. Kita akan tentukan, bukan sahaja lihat dari satu sudut tapi semua sudut kita akan lihat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, di Parlimen hari ini.

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidurnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada jam 8.30 pagi semalam, dan media melaporkan wanita itu ada memaklumkan kepada anggota keluarga tentang keinginannya menggantung diri.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan kejadian yang menimpa Sosilawati yang disahkan dibunuh bersama tiga individu lain, sebelum mayat mereka dibakar dan abu ditabur ke dalam sungai di Banting, Selangor.

Sementara itu, ditanya mengenai desas-desus polis melakukan pemeriksaan di pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan klinik milik isterinya, Ismail berkata perkara itu masih dalam siasatan.

"Siasatan masih lagi berjalan kerana kita mendapat perkembangan baru mengenai gambaran yang lain. Apa yang penting, dalam masa terdekat ini kita boleh selesaikan segalanya," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tujuan pemeriksaan itu yang dipercayai dilakukan semalam.

Jumaat lalu, Murugiah membuat laporan polis berhubung satu SMS yang mengaitkan beliau dengan seorang peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Murugiah sebelum itu memberitahu media bahawa suspek adalah penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan lain yang disampaikan beliau kepada masyarakat Orang Asli pada satu majlis di Banting pada 8 September lalu. 
-Bernama-

Patmanaban (suspek) simpan dua wanita asing

KUALA LUMPUR: Peguam K. Patmanaban yang tahanan remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an.

Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh.

Tugas kedua-dua wanita itu termasuklah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian semua pekerja ladang selain membantu menguruskan adik Patmanaban dan Patmanaban sendiri.

Mereka juga dibayar gaji namun belum diketahui berapa jumlahnya.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu diambil bekerja di situ kerana isteri dan anak-anak Patmanaban tidak tinggal di rumah ladang tersebut, sebaliknya menetap di rumah lain di Puchong.

"Kita percaya pembantu Indonesia yang berbadan gempal, rendah dan berkulit sawo matang serta wanita warga Filipina yang berketinggian 150 sentimeter dan berkulit cerah itu mula bekerja dengan Patmanaban sejak ladang itu dibuka di antara dua hingga tiga tahun lalu," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. 
-Kosmo-

Sarina, rakan Dato Sosilawati dijumpai mati tergantung



Blog Mazidul Akmal Sidek melaporkan pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya semalam. Bunuh diri atau dibunuh? 


Dalam kes lain Amah, 26 tahun dari Jawa Timur, Indonesia didera dan dirogol majikannya, di Pulau Pinang. Kontraktor pemotong rumput, 41 tahun dipercayai merogol mangsa 4 kali itu dilaporkan memiliki 4 rekod jenayah. Suami suspek dan peguam terbabit memiliki rekod jenayah lampau, usia mereka sama, 41 tahun dan berbangsa India.


Blog Mazidul juga meloparkan suspek ke 9 kes bunuh Dato Sosilawati mungkin seorang sukarelawan polis, tetapi belum dapat disahkan lagi. 
Sebelum ini juga seorang sukarelawan polis telah ditahan berkaitan kes bunuh dan culik rakyat Sri Lanka yang beragama Islam tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.


Nampaknya hebat-hebat peguam yang mewakili para penjenayah berat di Malaysia.
Kalau gelaran Dato boleh dipalsukan, adakah ijazah peguam juga boleh dipalsukan? Adakah kerakyatan Malaysia juga boleh dipalsukan?
Nampaknya Dato Sosilawati telah berjasa kepada kita semua, kes beliau mendedahkan begitu banyak jenayah yang seakan-akan dirancang.
(Ini bukanlah masalah perkauman, tetapi ianya merisaukan bangsa Melayu dan bangsa Indonesia, bangsa Sri Lanka yang beragama Islam. Siapa dalang yang melaga-lagakan bangsa Melayu dan bangsa Indonesia? Kenapa cerita BENDERA senyap sekarang?)
18 September 2010
Suspek Ke-9 Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati?  
Saya mendengar berita, polis masih memburu suspek ke-9 kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 mangsa lain. Melalui maklumat ditemui di kenderaan miliknya, suspek terbabit dipercayai polis sukarelawan. Bagaimanapun, usaha itu masih belum disahkan dan disebarkan kepada pihak media.
Dera Bunuh Dan Bunuh Diri  
Amah, 26 tahun dari Jawa Timur, Indonesia didera dan dirogol majikannya, pasangan suami isteri di Blok 75, Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, Pulau Pinang. Lihat gambar disiarkan akhbar Harian Metro berikut. 

Sejak Mei lalu mangsa dikatakan tidak dibayar gaji, belakang disiram air panas dan dada dilecur menggunakan sterika elektrik. Kontraktor pemotong rumput, 41 tahun dipercayai merogol mangsa 4 kali itu dilaporkan memiliki 4 rekod jenayah.

Kedua suspek ditahan reman 4 hari untuk membantu siasatan, lihat gambar mereka di bawah. 

Apakah perbezaannya di antara 2 suspek kes dera di atas berbanding peguam, suspek utama pembunuhan Datuk Sosialwati Lawiya dan 3 mangsa lain?

Melalui pengamatan saya, peguam terbabit tidak pernah cuba menutup wajahya biarpun dia juga digari di hadapan semasa dibawa polis ke pelbagai lokasi manakala suspek di atas menutup muka untuk mengelakkan identiti mereka dikenali.  

Persamaannya? Suami suspek dan peguam terbabit memiliki rekod jenayah lampau, usia mereka sama, 41 tahun dan berbangsa India.

Lebih menarik, 11 September lalu untuk 'melupuskan' bukti, suspek kes dera terbabit membawa mangsa keluar sebelum meninggalkannya di kawasan perumahan dekat Nibong Tebal kira-kira 40 kilometer dari kediaman mereka tanpa dokumen pengenalan diri manakala suspek pembunuhan Datuk Sosilawati, membakar 4 mangsa dan 'melupuskan' abu mayat di 3 sungai berhampiran Ladang Gadong di Banting, Selangor dipercayai pada hari SAMA.

Namun usaha mereka untuk melupuskan bahan bukti, kurang berjaya. Manakala di Bukit Mertajam, Kosmo! Online melaporkan, rakan Datuk Sosilawati, pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya semalam. Polis mengklasifikasikan kes terbabit mati mengejut atau membunuh diri. 
Setiap kejadian, pasti ada kisah di sebaliknya.
OUT ON BAIL: Elil at Selayang Court this morning — Pic: SALHANI IBRAHIM SELAYANG:
An auxiliary cop and a dancer were charged at the magistrate's court here this morning in connection with the kidnapping of three Sri Lankan foreign workers. Auxiliary policeman Francis Xavier, 32, and Elil Valavan, 29, claimed trial to nine charges when they brought before Magistrate Muhammad Najib Ismail. 

The charges were for causing grievous hurt, wrongful confinement and gross indecency. The duo allegedly committed the offence against three Sri Lankans — Samsudeen Selyadu Ana Mohamadu, Mohamad Mihlar Nor Mohamad Tashin and Seehu Mohideen Sharifdeen Sahib — in a flat unit at Flat Cempaka, Sungai Tua here between 7pm on Aug 26 to 6.30pm on Aug 28. Deputy Public Prosecutor Nurhidayah Raihan Md Nasir offered RM6,000 bail for each charge or RM54,000 for the nine charges....   /mmail.com