"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan

Xiaomi Berteknologi Dan Murah, Mengatasi Apple dan Samsung?

Xiaomi mungkin kurang dikenali di luar China, tetapi ia merupakan pembuat telefon pintar berjenama Asia yang sedang berkembang pesat mencabar dominasi Apple dan Samsung. Bukan itu sahaja, Xiaomi menawarkan spesifikasi tinggi pada harga rendah.
Dalam tempoh tiga bulan, Xiaomi berjaya menewaskan Apple dan jenama Asia terkenal yang lain seperti Huawei dan Sony untuk menjadi jenama telefon pintar yang ketiga terbesar dalam pasaran saham China, kata firma penyelidikan pengisian teknologi.

Samsung memegang tangga teratas dengan 18 peratus, diikuti oleh jenama tempatan Lenovo, 12 peratus.

Teknologi dari Beijing ini mula terjual sebanyak 18.7 juta unit pada 2013, dan menyasarkan jualan sebanyak 60 juta bagi tahun ini dan 100 juta pada 2015.

Menawarkan telefon berteknologi tinggi tetapi berkos rendah, Xiaomi berhasrat untuk memasuki pasaran bajet anak muda Asia yang sentiasa mahukan teknologi telefon pintar yang terkini.

Firma penyelidikan teknologi, Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) berkata dalam satu laporan pada bulan Februari, telefon pintar murah merupakan pemacu utama kepada perkembangan jualan pasaran kos rendah di luar China.

Telefon bajet
Xiaomi Share Q1 2014

Kajian menunjukkan, telefon bimbit yang dijual dengan harga kurang dari AS$100 (RM323) merupakan penyumbang kepada hampir separuh daripada jualan telefon dunia, dengan dua per tiga daripadanya berharga kurang dari AS$50 (RM161).

"Pasaran Asia telah menggalakkan golongan muda untuk memiliki teknologi telefon pintar terkini tetapi terdapat kekangan belanjawan yang terhad," kata Mykola Golovko, Penganalisis Kanan Pengguna Elektronik di firma penyelidikan Antarabangsa Euromonitor.

Data Euromonitor pada 2013 menunjukkan pemacu pasaran yang terdiri daripada individu berusia 15 hingga 34 tahun merupakan di antara 25 peratus dan 40 peratus daripada populasi di negara-negara seperti Malaysia, Vietnam, Indonesia dan China.

Tidak seperti pesaing gergasi yang lain, Xiaomi mempunyai pengiklanan yang minimum dan tidak memiliki cawangan runcit yang membantu mengekalkan harga rendah. Jenama tersebut berjaya menarik kelompok pengikutnya sendiri menerusi laman sosial, termasuk Weibo di China.

Kebanyakan pengguna digelar 'Peminat Mi' oleh Xiaomi kerana membeli telefon mereka secara langsung menerusi laman web semasa jualan murah.

Xiaomi, yang bermaksud bijirin dalam bahasa Mandarin mencari peluang yang lebih luas dengan melamar Hugo Barra, yang pernah berkhidmat dengan Google untuk menerajui pertumbuhan antarabangsanya.
Xiaomi Mi Pad
Xiaomi Mi Pad.

Ia telah menunjukkan sedikit perkembangan di Singapura pada bulan Februari apabila mula diterajui secara meluas di bawah pengawasan Barra.

Telefon Xiaomi menawarkan pemproses dan reka bentuk yang menarik yang mampu bersaing dengan jenama terkenal Samsung dan menggunakan perisian terbaharu Google untuk Android, yang dijual dengan hanya sebahagian daripada harga sebuah Samsung Galaxy S5 dan iPhone 5s.

Xiaomi tidak bersendirian dan pakar-pakar dalam industri berkata Asia terbuka kepada lebih banyak pengeluar seumpama itu. Cherry Mobile di Filipina, Micromax di India dan Q-Smart di Vietnam berjaya membuat pencabar utama dunia gentar dengan ciri-ciri menarik dan telefon pintar berskrin besar yang dijual serendah AS$30 (RM97) tanpa sebarang subsidi daripada syarikat telekomunikasi.

Pesaing
Ninetology Smartphone
Ninetology Stealth II.

Antara lain termasuk Smartfren dan Cyrus di Indonesia, Ninetology di Malaysia, QMobile di Pakistan dan I-Mobile di Thailand. Satu laporan oleh IDC berkata, pengeluar tempatan memegang 39 peratus daripada jumlah pasaran saham di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun.

Prestasi Xiaomi mungkin baik, tetapi dominasi Samsung di peringkat antarabangsa tetap tidak boleh diragui. Menurut IDC lagi, Samsung telah menjual 313.9 juta telefon pintar pada 2013, berbanding 153.4 juta oleh Apple.

Nicole Peng, seorang penganalisis industri mudah alih di firma penyelidikan pasaran Canalys berkata, ramai pengguna telefon pintar jenama seperti Xiaomi di Asia ingin menjadi antara yang terawal memiliki telefon bimbit berkos rendah seperti Xiaomi dan ini menjadi faktor produk itu mampu bersaing dengan jenama terkenal.

"Pasaran seumpama ini adalah untuk mereka yang gemarkan teknologi. Mereka hanya mahu merasakan pengalaman menggunakan alat terbaharu yang tidak begitu mahal atau berjenama," katanya. -AFP

Wau!!! Bateri telefon Eton Thundergod ini mampu bertahan 46 hari


Eton Thundergod
Telefon pintar dari China kebiasaannya bukanlah telefon pilihan namun teknologi mereka kini semakin meningkat. Kini banyak telefon pintar dari China mampu menyaingi telefon pintar utama yang lain.

Terbaru, telefon pintar Eton Thundergod melalui peningkatan dengan mampu bertahan selama 46 hari dalam mod bersedia dan mampu digunakan tanpa perlu kerap dicaj.

Ramai yang sangsi kerana telefon ini memiliki ukuran yang nipis, hanya 9 milimeter, namun mampu memberikan kuasa bateri yang tinggi.

Eton Thundergod dilengkapi bateri berkapasiti 5000 mAh. Bateri berkenaan menawarkan kemampuan mod bersedia hingga 1100 jam atau sekitar 46 hari.

Selain itu, teknologi bateri itu juga mampu bertahan selama 55 jam dan 21 jam jika digunakan untuk internet di masing-masing jaringan 2G dan 3G.

Dari segi prestasi, Eton Thundergod ini juga menawarkan kualiti yang bagus seperti prosesor octa core MT6592 dengan pilihan kelajuan 1.7GHz serta 2.0GHz selain terdapat RAM sebesar 2 GB yang ditunjangi OS Android Jelly Bean 4.2.

Macam mana nak memanjangkan jangka hayat bateri laptop


Pengguna laptop mempunyai kelebihan berbanding pengguna desktop dimana laptop boleh dihidupkan tanpa sambungan kuasa elektrik. Ini adalah kerana laptop dilengkapi bateri yang memberikan bekalan kuasa selama beberapa jam.

Namun demikian kuasa bateri laptop akan berkurangan selama jangka hayat penggunaanya.
Kali ini saya ingin berkongsi tips macam mana nak memanjangkan jangka hayat bateri laptop.

Pertama sekali anda perlu pastikan bahawa pemproses CPU anda tidak membawa bebanan kerja terlalu banyak. Untuk mengetahui bebanan (load) kerja CPU, tekan CTRL + SHIFT + ESC. Di tab "Performance", anda boleh lihat bebanan kerja CPU anda.
Pastikan ianya tidak bekerja pada tahap 100% dalam jangka masa yang terlalu lama. Jika anda lihat graf bebanan itu sentiasa di tahap 100%, bermakna kuasa bateri anda akan cepat berkurangan kerana CPU anda memerlukan kuasa yang banyak ketika ianya bekerja.

Tips ke 2, lihat program-program yang anda buka. Jangan buka terlalu banyak program dalam satu masa. Tutup program yang tidak digunakan. Jika anda sedang bekerja dengan program seperti microsoft word dan excel, tutup program sampingan yang tidak digunakan seperti yahoo messenger dan skype.

Tips ke 3, pastikan kecerahan (brightness) skrin laptop anda diset serendah yang mungkin. Ini adalah kerana skrin laptop memakan kuasa yang banyak. Kuasa penggunaannya dapat dikurangkan jika kecerahannya diturunkan.

Tips ke 4, Video dan games membebankan pemproses CPU dan grafik GPU, dan lagi banyak bebanan CPU, lagi tingggi kuasa diperlukan. Games dan Video memberi bebanan pada kedua-dua CPU dan GPU, manakala program yang tidak memerlukan grafik yang tinggi seperti microsoft office, pelayar internet dan messenger hanya memberi bebanan pada pemproses CPU sahaja.

Tips ke 5, Kebanyakan laptop dilengkapi sistem internet tanpa wayar "Wi-Fi" atau mudah dipanggil sebagai "Wireless". Jika anda tidak menggunakan internet, tutup fungsi "Wireless" pada laptop anda.
Suisnya selalunya tersorok dan tidak begitu menonjol. Apabila anda sudah menutup suis tersebut, lampu yang mempunyai simbol seperti antena akan padam.
Dengan tertutupnya fungsi ini, kuasa dapat dijimatkan dan memanjangkan jangka hayat bateri.

Tips ke 6 - Cabut pendrive atau apa-apa peralatan USB selepas digunakan. Peralatan USB menarik kuasa dari bateri laptop.
Jika anda menggunakan tetikus/"Mouse", pastikan anda menggunakan dari jenis yang biasa, bukan yang ada lampu kelip2 dan sebagainya kerana ianya menarik kuasa lebih dari tetikus biasa.

Diharap tips ini dapat membantu anda menjimatkan dan memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda.----
-macam-mana-eh.blogspot.com

Apakah perbezaan antara Intel Core i3, i5 dan i7

Blog angelezo.blogspot.com

Salam perjumpaan kembali...

Hehe lama tak datang sini, sorry la..Alhamdulilah sejak kebelakangan ini ada ramai customer... So tak sempat nak tulis artikel...

Ok back to the topic. Artikel kali ini mengisarkan sebuah keluarga chips yang diberi nama Sandy Bridge.
Intel Core i3Core i5 dan Core i7 telah berada di dalam dunia IT beberapa tahun yang lalu. Walaubagaimanapun saya dapati ramai yang masih tidak mengenali antara satu sama lain processor-processor ini. Jika kita lihat dari segi pandangan kasar, sudah semestinya semakin tinggi versi atau generation maka semakin tinggilah dia punya power.

Di sini saya bukan nak cerita siapa hebat siapa menang tetapi saya ingin menceritakan perbezaan ketiga-tiga jenis processor ini. Ramai orang yang beranggapan i3 mempunyai 3 core dan i5 mempunyai 5 core dan begitulah i7 mempunyai 7 core. Sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali.

Perbezaan antara i3, i5, dan i7 secara lebih terperinci Ok apa yang dapat kita buat perbezaan di antara ketiga-tiga processor ini adalah dengan melihat berapa banyak CoreClockspeed (in GHz), saiz Cache dan technology yang terkini seperti Turbo Boost dan HyperThreading.

Selain itu kita boleh lihat dari segi star yang akan saya tunjukkan di bawah ini.
Jadi seperti yang anda lihat gambar di atas apa yang saya dapat simpulkan:-

i3 = 3 star
i5 = 4 star
i7 = 5 star

So berapa star untuk celeron dan pentium?

Celeron = 1 star
Pentium = 2 star

Jadi anda sudah lihat dari sege kategori dari STAR yang diberikan. Sekarang ini kita akan lihat Berapa banyak Core untuk ketiga-tiga jenis processor ini.

Apa dia CORE?

Ok core nie ianya ibarat otak semakin banyak otak makin semakin banyak kerya yang boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Begitulah sebaliknya.

i3 adalah yang paling sedikit mempunyai core dari kelasnya yang tersendiri. Bagi i3 keseluruhan hanya ada 2 core sahaja ianya juga boleh dikatakan dual-cores. i5 pula mempunyai Quad-Core iaitu 4 Core kecuali i5-661 yang mempunyai hanya dual-core dan mempunyai clock speed yang sama seperti i3-560 iaitu 3.33 GHz.

Jenis Processor dan Core
i3 = 2 Core
i5 = 4 Core kecuali i5-661 (2 Core)
i7 = 4/6 Core

Apa yang menyebabkan anda perlu beli i5-661 berbanding i3-560? Walaupun jumlah Core dan Clockspeed ianya sama? Jawapannya i5-661 mempunyai technology Turbo Boost.

Apa dia Technology Turbo Boost?
Teknologi ini adalah dengan menaikkan ClockSpeed dengan dinamik apabila diperlukan. Ianya akan menaik mengikut jumlah Core yang tengah aktif semasa itu sahaja. So jika 1 core je yang bergerak maka clockspeed akan naik pada 1 core je dan ianya akan menjimatkan tenaga dan suhu processor.

Contohnya kita boleh lihat pada processor i5-661 yang saya cakap sebentar tadi. Ianya mampu mencapai ClockSpeed sehingga maksimum 3.6 GHz so disebabkan itulah saya cakap maka lebih berbaloi anda beli i5-661 berbanding i3-560 dengan jumlah harga yang tidak begitu ketara.

Selain itu Turbo Boost ini juga boleh dikatakan dalam bahasa simple adalah OverClocking (OC) yang sering para-para gamers lakukan sekarang ini. Untuk lakukan OC memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi supaya proccesoor anda tidak melebihi had yang sepatutnya. Jadi sedikit sebanyak teknologi Turbo Boost membantu anda untuk OC dengan cara yang lebih efisyen dan mudah.

Apa itu Cache di dalam Processor?

Cache nie dalam bahasa mudah anda boleh anggap fungsinya seperti RAM tetapi lebih laju kerana ianya dicipta di dalam CPU itu sendiri. Ok tugasnya adalah untuk menyimpan data sementara. Tanpa Cache CPU akan membaca dari hard disk anda, dimana akan mengambil masa yang agak lama.

Secara basicnya RAM mempercepatkan hubungan dengan Hard Disk dan Cache akan mempercepatkan hubungan dengan RAM.

Jenis processor dan Cache

i3 = 3 MB
i5 = 6 MB kecuali i5-661 (4MB)
i7 = 8/12 MB

Jadi kesimpulannya semakin besar sesuatu Cache maka semakin banyak data yang boleh diakses semakin cepat.

Apa itu Hyper-Threading?



Kita mula bercerita tentang multitasking iaitu sesuatu kerja yang banyak boleh dilakukan di dalam satu-satu masa. Contohnya kita tengah menggunakan Word dan di samping itu kita juga membuka Player untuk mendegar lagu. Maka itu adalah dipanggil Multiple Thread.

Seperti yang telah ceritakan serba sedikit di atas 1 Core = 1 kerja , 2 Core = 2 kerja dan begitulah seterusnya. Dengan adanya technology ini seperti i3 yang mempunyai 2 core tetapi mampu bergerak secara efisyen apabila anda melakukan lebih dari 2 kerja seperti 4 kerja boleh dilakukan serentak. Sama seperti i5 yang mempunyai Quad Qore tidak mempunyai technology Hyper Threading ini.

Jadi seperti i7 yang mempunyai Quad Qore yang memiliki Hyper Threading Technology maka ianya mampu untuk melakukan 8 kerja secara serentak. Ditambah pula dengan Cache 8MB dan Technology Turbo Boost iainya seperti satu ramuan yang amat menyelerakan haha.

Jadi di sini jika anda ingin membeli processor atau pc/laptop hanya ingin melakukan kerja-kerja menulis document, online banking, mendengar lagu dan membaca maka i3 sudah memadai untuk anda.

Apa itu Generation di dalam Intel Processor?

Generation adalah penambahbaikan kira dalam bahasa pasar iaitu UPDATE. Apa yang dikemaskini?

Contoh waktu mulanya kenal i3, i5 dan i7 iaitu zaman Sandy Bridge kemudian 3rd generation iaitu Ivy Bridge iaitu copy dari Sandy Bridge cuma yg membezakan dari segi penaiktaraf nya sahaja. Kini yang terbaru 4th Generation (Haswell) iaitu copy dari Ivy Bridge dan ditambah Security yang lebih hebat dengan technology vPro.

Untuk Ivy Bridge (3rd Gengeration) processor nya adalah mengunnakan power yang sedikit maka haba yang dihasilkan akan menjadi sedikit dan dibina sekali dengan graphic chip yang lebih power. Dalam bahasa mudah 3rd Generation perfomance nya telah dinaik taraf sebanyak 10-15%.

Untuk mengulas lebih lanjut tentang Generation di dalam artikel ini adalah sangat banyak. Jadi saya tinggalkan dengan sebuah video dari Intel sendiri agar anda tahu perbezaan 2nd and 3rd Generation. Selamat Menonton.


Akhir kata dari saya PILIHAN DI TANGAN ANDA.

Sekian terima kasih.

Ini pula Smartphone terbaik 2013

best_mobilephone
BOLEH dikatakan hampir semua menggunakan telefon pintar untuk memeriksa e-mel, Facebook, merakam gambar, melayari Internet, bermain permainan serta pelbagai kegunaan. Tapi bagaimana kita memilih telefon pintar yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan?

Misalnya iPhone menawarkan antara muka yang intuitif dan pelanggan boleh mendapat aplikasi (apps) yang lebih menarik.

Telefon dengan platform Android bagaimanapun menawarkan skrin lebih lebar, lebih ciri menarik dan lebih pilihan peribadi.

Manakala telefon pintar dengan platform Windows sesuai bagi pengguna baru telefon pintar.

Di sini terdapat telefon pintar yang dikelaskan kepada beberapa kategori;
TERBAIK KESELURUHAN
Gabungan telefon dan tablet, Samsung Galaxy Note 3 menampilkan skrin Full HD, pemprosesan Snapdragon 800 super pantas dengan lebih 11 jam hayat bateri.

Samsung juga membuat pelbagai peningkatan kepada perisian pen, menjadikan pengguna lebih mudah mengambil, menyalin serta berkongsi nota.

Pengguna yang sering melakukan pelbagai tugasan pada masa sama bukan saja boleh membuka dua apps bersebelahan tetapi menarik kandungan dari satu tingkap ke tingkap lain serentak.

Apa yang menarik, Samsung Galaxy Note 3 memfokuskan kepada sokongan penggunaan S-Pen dan dilengkapi skrin bersaiz 5.7-inci Super AMOLED HD.

Samsung Galaxy Note 3 menggunakan platform Android 4.3 Jelly Bean, cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz dan kamera 13-megapixel.

Galaxy Note 3 juga turut membawakan beberapa fungsi baru, termasuk ScrapBook dan juga MyMagazine, Action Memo, S Finder, Pen Window dan Screen Write.
TERBAIK BAGI KATEGORI APPS DAN KAMERA
iPhone S5 adalah salah satu telefon pintar terbaik dan memberikan kelajuan yang tinggi hasil reka bentuk cip terbaru A7 Apple dan 64 bit.

Ini menunjukkan perkembangan keseluruhan dan kuasa grafik ditambah dengan iPhone 5S menawarkan kamera yang dipertingkatkan dengan piksel lebih besar dengan dua flash.

Ciri Touch ID membenarkan pengguna membuka peralatan dan membuat pembayaran melalui penderiaan cap jari bina dalam.

Secara ringkasnya bateri iPhone 5S boleh tahan lebih 200 jam (masa menunggu), lapan jam melayari Internet 3G dan 10 jam hanya menonton video.

Bagi yang suka FaceTime, iPhone 5 didatangkan dengan Facetime HD yang lebih stabil.
TERBAIK BAGI KATEGORI WINDOWS
Lumia 1020 dari Nokia dengan pakej penderiaan 41 megapiksel bersama-sama dengan enam lensa Carl Zeiss.

Keputusannya Lumia 1020 adalah kamera telefon terbaik, sempurna dengan keupayaan untuk zoom dekat atau jauh pada gambar selepas dirakam.

Pengguna juga gemar app Pro Camera yang tweak pendedahan, fokus dan lebih melalui kawalan. Ini adalah telefon pintar Windows yang terbaik.

Nokia Lumia 1020 memfokuskan kepada teknologi pengimejan dan kamera, ia menyertakan sokongan sensor 41-megapixel, sokongan penstabilan imej, serta Xenon Flash.

Lensa Carl-Zeiss turut disertakan, membolehkan rakaman gambar lebih jelas. Berbeza dengan PureView 808 sebelum ini, ia dikatakan sensor pada Lumia 1020 lebih sensitif.

Menurut Nokia, kamera kini telah menjadi salah satu faktor utama, apatah lagi dengan lebih satu bilion gambar dikongsi pengguna setiap hari.

Dengan teknologi pengimejan Nokia, ia membolehkan gambar dirakamkan pada kualiti yang amat baik, tidak kira pada sebarang keadaan cahaya.
TERBAIK BAGI KATEGORI FUNGSI
Telefon pintar Samsung S4 menampilkan ciri inovatif kepada rekaan paling ringan dengan paparan yang besar dan cantik sebesar 5 inci.

Dengan kamera 13 MP yang hebat, ia memberikan peluang pengguna merakam gambar menggunakan kedua-dua kamera di depan dan belakang pada masa yang sama.

Pengguna juga boleh mengawal S4 menggunakan gestures seperti melambaikan tangan di hadapan kamera di depan skrin bagi menjawab panggilan atau menyelak gambar.

Ditambah pula dalam pemprosesan quad-core yang berkuasa, akses mudah padasetting dan kawalan jauh tv bina dalam dan ia mudah dikenali mengapa Galaxy S4 adalah salah satu telefon pintar terbaik.

Galaxy S4 Active memfokuskan kepada mereka dengan gaya hidup aktif, dan memerlukan peranti yang tahan lasak berbanding Galaxy S4 biasa.

Ia didatangkan dengan binaan kalis air, berbeza dengan beberapa peranti Samsung yang lain.

Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel serta dilengkapi bateri berkapasiti 2600mAh.

Memandangkan ia kalis air, maka pelbagai port pada peranti ini ditutup, serta Samsung mengatakan ia dilindungi didalam air sehingga 1 meter selama 30 minit.
TERBAIK BAGI KATEGORI REKAAN DAN AUDIO
Kebanyakan pengguna yang melihat HTC One bagi kali pertama tentu terpegun dengan rekaannya.

Peralatan Flagship Android ini menampilkan badan aluminium dengan skrin 4.7 inci 1080p memberikan gambar yang jelas.

HTC One memang indah seperti namanya dengan pembesar suara di dua bahagian hadapan memberikan audio yang mewah dan kuat.

Pemprosesan 1.7 quad core menjadikannya berfungsi dengan selesa daripada antara muka BlinkFeed ditambah dengan kamera Ultrapixel merakam gambar yang terbaik dalam cahaya rendah.

Di Malaysia, dua variasi peranti HTC One ditawarkan, iaitu dalam pilihan 32GB dan juga 64GB.
Sumber: link

Cara elak Pasword WiFi Dari dicuri

www.omar.my
Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ini Internet telah menjadi salah satu keperluan. Boleh dikatakan dimana-mana juga terdapat Internet bahkan awal tahun 2012 ini kita dapat lihat DBKL mewajibkan setiap restoran menyediakan kemudahan ini. Sebelum itu, aku nak tanya, sekiranya korang menggunakan perkhidmatan WiFi atau jalur lebar, berapa bil ISP korang setiap bulan? Apa perasaan sekiranya WiFi korang diceroboh?

Marah dan sakit hati kan. Seperti yang kita semua tahu, kemudahan Internet tanpa wayar tidak terhad di dalam sesebuah premis sahaja dan boleh memasuki kawasan lain. Korang mengeluarkan RM 149 untuk pakej Unifi 5Mbps tapi jiran korang menceroboh atau curi WiFi dan menggunakan dengan percuma malahan sampai korang sendiri jadi perlahan. Bengang jugak la kan?
Malah, di KL ini sendiri kalau korang nak beli outdoor antena yang boleh tarik WiFi seperti SignalKing, Sinmax dan sebagainya, harganya sekitar RM 100 dah dapat bersama aplikasi seperti Beini dan Reiver. Itu belum lagi tutorial yang banyak di Internet.

Dalam artikel ini, aku akan kongsikan beberapa langkah mudah dan asas untuk menyelamatkan WiFi dari dicuri. Oleh yang demikian, jika korang membaca artikel ini semasa sedang bersarapan, silalah tambah kopi atau teh tarik kerana artikel ini sedikit panjang.

WEP atau WPA?
Dalam perkhidmatan keselamatan, terdapat beberapa jenis algorithma yang digunakan seperti WEP, DES, VPN dan juga WPA. Memandangkan ini adalah blog, aku tidak akan menerangkan dengan teknikal. Cukuplah sekadar korang tau jika hari ini, sekiranya korang mengguna WEP, ianya boleh dianggap sebagai korang melakukan amal jariah melalui WiFi. Ini kerana dengan menggunakan beberapa perisian yang aku sebutkan diatas, si pencuri mampu mendapatkan kata laluan WiFi milik korang dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Bagi mereka yang kurang faham dengan istilah WEP, bayangkan korang tinggal di kawasan berskala merah iaitu kejadian rompakan semakin berleluasa. Disebabkan takut rumah korang dimasuki pencuri, korang mengunci rumah menggunakan sebiji mangga sahaja, itupun mangga murah. Apa akan jadi sekiranya pencuri memecahkan mangga tersebut? Memang jadi Ali Baba lah, penuh satu lori diorang angkut.

Tapi jika WPA, bayangkan korang mangga rumah korang, memasang jeriji besi, penggera automatik dan meletakkan pengawal keselamatan? Agak mustahil bukan untuk rumah korang menjadi sasaran pencuri. Melainkan ianya human-error.

Jadi, dari analogi yang aku berikan. Jangan, jangan dan jangan menggunakan WEP. Kalau korang tengah guna, sila tukar kepada WPA2-PSK, tukar nama SSID dan password korang.

Harap korang faham dan sebaik-baiknya menggunakan WPA2-PSK. Pelanggan UniFi, tak perlu bimbang kerana korang dah memang guna WPA2-PSK.

Peka terhadap senarai DHCP

Komputer tablet Google dijual RM636

SEBUAH komputer tablet Nexus 7 dipamerkan pada Persidangan Pemaju Google di San Francisco kelmarin.
SAN FRANCISCO: Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).

Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. 
-Agensi-

MagicScan ganti kertas

MagicScan ganti kertas  
Peneraju alat tulis dan peralatan pejabat mesra alam, GreenOffice™, memperkenalkan MagicScan, pengimbas mudah alih ringan dan membolehkan pelanggan mengimbas sebarang dokumen dan imej pada bila-bila masa.

Anda boleh menggunakannya untuk membuat sebarang salinan termasuk rencana, resipi, resit, kad pengenalan, kad perniagaan, kertas dinding, poster dan banyak lagi.

Anda hanya perlu meleretkan MagicScan di atas dokumen atau imej, dan salinan akan disimpan secara automatik di dalam kad Micro SD pengimbas yang boleh menyimpan sehingga 32GB dalam format JPEG atau PDF, sekali gus menjimatkan penggunaan kertas.

Ketika pelancaran bersama Groupon Malaysia baru-baru ini, 200 unit MagicScan telah dijual sepanjang lima hari.

Software Belajar Tajwid Percuma

tazkirah


Downlaod percuma di http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/10/software-belajar-tajwid-percuma.html
-tranungkite-

Elak Wi-fi diguna orang lain

Pertama, pastikan modem router yang anda gunakan mempunyai kata laluan. Perlu ditukar kata laluan sedia ada atau default yang disetkan pada modem router seperti admin, 12345 atau apa-apa sahaja kepada kata laluan yang lebih selamat.

Ia akan menyukarkan untuk sesiapa sahaja meneka dan memecah masuk kata laluan tersebut. Kalau perlu naik taraf kepada modem router yang lebih baik lagi.

Kedua, setkan pada modem router anda untuk nyahkan fungsi Broadcast SSID. SSID (Service Set Identifier) merupakan perimeter bagi nama rangkaian anda dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar.

Dengan ini, nama SSID tersebut disembunyikan daripada diketahui dan dicapai oleh pihak lain menerusi rangkaian tanpa wayar.

Ketiga, laksanakan fungsi enkripsi kepada rangkaian tanpa wayar anda.

Terdapat banyak fungsi enkripsi yang disediakan untuk rangkaian tanpa wayar ini seperti WEP (Wired Equivalent Privacy), WPA (Wi-fi Protected Access) dan WPA2. Penggunaan fungsi enkripsi WPA2 dengan teknik enkripsi AES (Advanced Encryption Standard) di cadangkan untuk talian tanpa wayar anda. Elak daripada menggunakan teknik enkripsi WEP kerana terdapat banyak program untuk menggodamnya dan ia mudah untuk digodam.

Keempat, hadkan capaian rangkaian tanpa wayar kepada alamat-alamat MAC tertentu sahaja seperti alamat MAC yang terdapat pada komputer anda.

Alamat MAC merupakan alamat fizikal bagi antara muka kad rangkaian yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ia boleh dicapai dalam Windows dengan menaip perkataan ipconfig /all dalam program Command Prompt.

Kelima, seperti biasa sentiasa kemaskini sistem pengoperasian yang digunakan seperti Windows atau Linux, perisian anti virus dan perisian keselamatan yang lain seperti perisian Personal Firewall dan lain-lain. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik dan menjalankan fungsi keselamatannya.

Elakkan daripada menggunakan rangkaian tanpa wayar anda secara terbuka kerana ia boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menggunakan Internet menerusinya. Antara masalah yang timbul adalah ia akan menyebabkan capaian Internet anda menjadi perlahan. Ini kerana berkemungkinan ramai yang mencapai dan menggunakan rangkaian tersebut. Dengan itu, kadar capaian jalur lebar rangkaian anda akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah pengguna.

Seterusnya, rangkaian tanpa wayar secara terbuka ini juga boleh mengundang seseorang menggunakan talian Internet anda untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak baik seperti perbuatan jenayah, fitnah, provokasi, penggodaman, melanggar undang-undang negara dan lain-lain. Jadi, berhati-hatilah.
-utusan-

Salur darah manusia pun boleh digodam?

JAY RADCLIFFE menunjukkan sebuah peranti radio yang digunakan untuk menggodam pam insulin semasa dia menghadiri persidangan Black Hat di Las Vegas pada Khamis lalu.
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS): Salur darah manusia turut tidak terselamat daripada penggodam komputer selepas seorang penyelidik keselamatan siber mendapati pam insulin alat pengawasan gula dalam darah boleh dikawal penggodam, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibatnya, pesakit diabetis boleh dikawal supaya menerima terlampau banyak atau terlalu sedikit insulin iaitu hormon yang mengawal pencernaan gula, sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Penyelidik siber berkenaan, Jay Radcliffe yang juga penghidap diabetes mencipta sendiri peranti radio untuk menggodam seterusnya mengawal pam insulin yang digunakan oleh pesakit diabetis.

Dia membentangkan penemuan itu pada persidangan keselamatan komputer Black Hat di sini pada hujung minggu lalu.

"Reaksi awal saya ialah peranti penggodam ini hebat tetapi saya kemudian berasa gerun apabila menyedari pam insulin yang membantu saya untuk terus hidup tidak memiliki kawalan keselamatan," katanya.

Penemuan Radcliffe mencetuskan kebimbangan mengenai peralatan kesihatan sedia ada seperti peralatan yang mengawal degupan jantung dan monitor bilik pembedahan di era Internet. 
-Agensi/kosmo-

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad


SKRIN komputer sebelum diletakkan dalam sarung seperti buku untuk kelihatan seperti iPad.

BEIJING: Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.
Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.
Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.
Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.
Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.
Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.
"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.
"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.
Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). 
-AFP-

Facebook lancar panggilan video




MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin.

NEW YORK Amerika Syarikat (AS): Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.
Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.
Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.
Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.
Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.
Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini.
-Agensi-