"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rachel Corrie sah dirampas

MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.

Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.

Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.
-Bernama-

Beri lesen untuk halal judi ‘pendek akal’

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Jun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti 'judi haram' adalah golongan `pendek akal’.

Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk ‘menghalalkan’ judi dengan mengeluarkan lesen judi.

Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya.

“Orang pendek akal melakukan demikian,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang ini.

(Gambar: Azmi turut mengedarkan risalah GMJ kepada anggota polis yang berkawal di situ.)

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azami Abdul Hamid dan wakil sebahagian daripada 21 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan itu.

Mereka turut menyebarkan risalah mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Nahar menegaskan bahawa perkara yang buruk dan haram seperti judi tidak boleh diatasi dengan cara memberi lesen.

Katanya lagi, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia akan menyebabkan rakyat terus terperangkap dengan ketagihan judi.

Menurutnya, kajian menunjukkan mereka yang terperangkap dengan kes along kerana terlibat dengan perjudian.

Berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Abim, Rahimi Abdul Rahman pula melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana bantahan rakyat terhadap judi sukan itu tidak disambut oleh media arus perdana.

Sehubungan itu, beliau berharap media arus perdana turut memainkan peranan untuk membantah kelulusan lesen judi itu bagi menyedarkan masyarakat.

Salah urus KSSB: K'jaan S'gor janji lebih hati-hati

Ekoran penemuan salah urus tadbir dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan berhubung pemberian insentif kepada anak syarikat kerajan negeri.

"Menyentuh isu pemberian bonus kepada pegawai dan kakitangan KSSB, kerajaan negeri peka dengan sentimen rakyat dan akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dalam pemberian insentif pada masa hadapan," katanya.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) Teng Chang Khim berkata, dakwaan rasuah terhadap KSSB 'tidak berasas', tetapi wujud unsur
salah urus.

Kempen anti-judi dilancar secara sederhana

Pelancaran sesebuah program yang besar biasanya dilangsungkan penuh meriah, tetapi lain pula dengan gabungan pembangkang dan NGO yang memilih melancarkan kempen anti-lesen judi mereka secara sederhana hari ini.

Tanpa persembahan hiburan atau acara potong riben, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini dilancarkan di kompleks membeli belah Sogo di ibu negara selama 30 minit

Hanya dikawal 10 anggita polis, perhimpunan ringkas 60 orang itu berakhir tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Selain kehadiran pemimpin pembangkang seperti ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, wakil NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM) turut mengambil bahagian.

Ketika merasmikan kempen itu pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid berkata mesej penentangan mereka akan dihantar kepada seluruh ahli parlimen melalui satu sesi penyerahan memorandum di Parlimen pada 15 Jun ini.

"Kami akan memberi memorandum kepada semua ahli parlimen tidak kira BN atau Pakatan Rakyat dan juga kepada Tuan Speaker.

"Tujuan khusus kita serahkan memorandum itu untuk meminta semua ahli parlimen menyokong bantahan terhadap judi sukan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran itu petang tadi.

Sementara itu Khalid pula berkata, pemberian lesen judi sukan tersebut tidak langsung pernah dibahas di Parlimen.

"Yang akan dapat keuntungan daripada pemberian lesen judi ini ialah pengusaha judi dan juga along, seterusnya pihak kerajaan sendiri," ujarnya yang juga ahli jawatansa pusat PAS.

Katanya, tindakan membantah lesen judi sukan bukan bermakna judi yang sedia ada tidak ditentang sebalinya hanya :permulaan mendidik rakyat".

Sementara itu, Setiausaha Agong JIM Nahar Mohd Nor berkata, tindakan memberikan lesen judi sukan bukanlah satu penyelesaiaan bagi mengawal aktiviti perjudian yang sememangnya haram di sisi agama Islam.

"Kalau macam itu, bagilah lesen kepada pengedar dadah, pelacur. Hanya orang yang pendek akal sahaja yang akan melakukan perkara sedemikian," tegasnya.

Selepas sesi pelancaran itu, semua pemimpin pembangkang dan NGO mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Orang ramai yang membeli-belah di situ bagaimanapun kelihatan acuh tak acuh terhadap acara tersebut.

Mereka sebaliknya hanya menerima dan membelek risalah yang diedarkan sebelum berlalu pergi.

Di akhir program, 'kemesraan' kira-kira sepuluh anggota polis yang hadir dibalas oleh Azmi dengan masing-masing sekeping risalah bertulis " judi meruntuhkan masyarakat dan negara."

Ditubuhkan selepas kerajaan meluluskan pemberian lesen judi sukan baru-baru ini, GMJ ditubuhkan khas bagi menganjurkan kempen besar-besar menentang tindakan itu.

kemuncak pada bantahan mereka adalah demonstrasi besar di ibu negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Judi sukan: Najib terhutang budi pada Kumpulan Berjaya

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Jun:
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau berkata, besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

(Gambar: Khalid membahagi risalah GMJ kepada orang ramai.)

Tambahnya, Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi.

Baginya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang.

Jelasnya, kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.

“Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan,” ujarnya pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha JIM, Nahar Mohd Noor, wakil Jemaah Muafakat Muslim Perak, Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Setiausaha Agung Abim, Rahimi Abdul Rahim dan wakil Dewan Pemuda Masjid, Mohd Takiyuddin Abdullah.

Khalid berkata, ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN.

Menurutnya lagi, penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN.

“Hanya Umno yang menyokong,” ujarnya.

Mohd Azmi sewaktu menjawab pertanyaan media berhubung sikap membisu pemimpin Umno berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu berkata: “Itu kena tanya Umno”.

Untuk mu GAZA :Solat hajat, 3 perhimpunan dan 2 memorandum

notan
Assalamualaikum,,..

Gaza dalam ingatan. Tembok kematian mesti dirobohkan. Itulah mesej kemanusiaan yang dibawa oleh dunia kepada Israel berikutan kejadian ganas di perairan Teluk. Sehubungan dengan itu, hari ini, jumaat 4 jun 2010, bumi Malaysia menyaksikan satu usaha bersama di seluruh negara bermula dengan solat hajat di seluruh masjid selepas solat jumaat memohon perlindungan.

Dan pertolongan ALLAH untuk menyelamatkan GAZA dan Islam dari terus diinjak-injak yahudi laknatullah dan kemudian diikuti oleh 3 perhimpunan di ibu negara yang menyaksikan PR, BN dan NGO yang bertanggungjawab, Lifeline4Gaza menganjurkan perhimpunan di 3 tempat yang berbeza.

PR di Masjid Kg. Baru, BN di Masjid Negara dan Lifeline4Gaza di Masjid Tabung haji. 2 perarakan menuju kedutaan Amerika kemudian menyusul di mana kumpulan PR yang diberitakan disertai hampir 20 ribu orang berarak dari Masjid Kg. Baru dan kumpulan Lifeline4Gaza berarak dari Masjid Tabung Haji ke arah destinasi yang sama, kedutaan Amerika bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada serangan Israel tersebut. Memorandum dari kedua dua kumpulan tersebut berjaya diserahkan kepada kedutaan Amerika. Demikianlah sedikit sebanyak sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk GAZA yang tercacat hari ini, Jumaat 4 jun 2010.

Di samping itu juga kita diberitahu bahawa usaha meruntuhkan tembok kematian di GAZA tidak akan terhenti oleh serangan ganas Israel itu malah sebaliknya usaha untuk membawa masuk bantuan kemanusian ke GAZA akan diteruskan. Dalam jangka 3 minggu lagi dianggarkan bantuan akan dibawa masuk ke GAZA menerusi Rafah dan lebih membanggakan kita ialah berita bahawa semakin ramai rakyat Malaysia tampil untuk menjadi sukarelawan selepas serangan ganas Israel ini. Di samping itu bantuan juga akan terus dibawa melalui laut di mana diberitakan kapal kapal yang ditawan oleh Israel akan dibawa ke Turki dan dari sana rancangan akan terus disusun untuk memastikan bantuan akan sampai ke GAZA. Bak kata KJ, kalau ada 300 kapal yang membawa bekalan melalui perairan teluk, apa yang mampu Israel lakukan?

Barangkali inilah masanya Israel patut merasa terperanjat dengan respon dunia akibat perbuatan keji mereka. Turki menyambut kepulangan sukarelawan yang ditawan Israel sebagai wira dan satu laungan amaran yang kuat ditujukan kepada Israel oleh rakyat Turki. Begitu juga rakyat Malaysia yang tidak mahu ketinggalan turut sama menyumbang dalam usaha memecahkan tembok kematian GAZA. Sumbangan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia mungkin berbeza tahapnya, tetapi tetap mempunyai matlamat yang sama seperti digambarkan oleh KJ semasa ucapan di perhimpunan BN di Masjid negara:

"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.
(semuga ucapan ini bukan hanya sekadar retorik sahaja dan kita menunggu KJ mengetuai angkatan bersenjata menuju Israel seperti Sultan Salehudddin Al Ayubi mengetui angkatan perang menuju Baitulmaqdis)

Untuk mu GAZA, terimalah sumbangan saudaramu dari Malaysia. ALLAH selamat semua dan semua mesti mematuhi perintah ALLAH tak kira di mana kita berada dan tak kira siapa yang menganjurkan kemungkaran dan kezaliman, semua mesti bangkit menentang, yahudi atau yang menyerupai yahudi.

sumber rujukan: Malaysiakini online, radio IKIM(radio resmi Lifeline4 Gaza) dan artikal tko bertajuk "MaCam Ni CaRa SamBut Rakyat"

Isu Gaza cetuskan kebangkitan anak muda jadi sebagai aset baru Pakatan Rakyat

ANAK-ANAK muda kini bangkit menyatakan amarah mereka terhadap syaitan Israel yang telah menyerang kapal Mavi Miamara hingga mengorbankan lebi 10 orang sukarelawan dari pelbagai negara, subuh 31 Mei lalu.

Mereka mara bersama penyokong Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Lim Kit Siang. Lebih 20 ribu berhimpun di hadapan Kedutaan sekutu Israel, Amerika sambil melaungkan pelbagai slogan dan menempiaskan pelbagai ucapan yang mengutuk kekajaman Israel laknatullah.

Di pihak Umno, dipercayai hanya 100 orang yang hadir memapah ketuanya, Khairy Jamaluddin bagi menjayakan demontrasi kutuk Israel tajaan BN. Ia disempurnakan di Masjid Negara. Tidak diketahui apakah demo itu mendapat restu Presiden Umno, Najib Tun Razak yang mempunyai hubunga akrab dengna yahudi Apco dalam pentadbirannya.

Pihak polis berkawal baik termausk FRU yang bertindak profesional, dan tidak lagi mencetuskan provokasi sejak awal hinggalah perhimpuna tamat. Antara pemimpin yang hadir termasuklah Mohd Sabu, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ustaz Nuridah Mohd Salleh, Kartini Ahmad, Dr. Lo'Lo' Ghazali, Badrul Hisham Shaarin, Dato' Mahfozd Mohamad, Salahuddijn Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Dr. Dzulkifly Ahmad, dan ramai lagi.

EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Redzuan Mohd Noor mengepalai demontrasi dengan melaungkan pelbagai slogan dan bertakbir di atas sebuah lori yang dijadikan pentas bergerak. Beliau dilihat bersama Salahudin Ayub, Ustaz Salahuddin Nasir, Badrul Hisham, Shamsul Mat Akin dalam beberapa EXCO Pemuda PAS.

Sebelum itu, HaluanPalestine dan Lifeline4Gaza antara yang turut maju dan awal tiba di Kedutaan Amerika. Mereka berucap dan undur sebaik kumpulan demontaran Pakatan Rakyat tiba dan mengambil tempat mereka di hadapan Kedutaan Amerika.














Demo Anti Israel...PR Dan BN Tidak Boleh Bersama?

laniisma
Demo Anti Israel PR kerana serangan berdarah tentera Israel terhadap Flotila
bantuan kemanusiaan pro-Palestin berjaya mengumpulkan melebihi 10 000 orang. Memorandum bantahan Pakatan Rakyat turut melibat 27 NGO yang lain.

Pemuda BN hanya mahu beriktikaf di Masjid Negara bersama AMAN MALAYSIA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Mereka lebih senang berkumpul di Masjid Negara. Perarakan mereka tidak disertai oleh pemimpin utamanya. Pemimpin mereka lebih senang berwirid selepas Jumaat.

Bantahan pemuda BN dan NGO-NGOnya yang jumlahnya ribu-ribu itu tidak mahu bersama untuk berarak ke Kedutaan Amerika. Mereka telah dijemput untuk berarak bersama mengikut sekretariat mobilisasi demontrasi PR Herman Samsudeen. Sepatutnya kerana jumlah mereka yang ribu-ribu itu sekiranya bersama PR, lebih meramaikan adalah lebih baik. Menunjukkan kita boleh bekerjasama dengan baik melibatkan isu-isu bersama. Menunjukkan kepada Israel kita boleh bersama menentang mereka.

Perarakan itu menunjukkan Pemuda BN kurang bersemangat, pemimpinnya entah ke mana dan jumlahnya.... Mungkinkah Pemuda BN tidak boleh diharapkan dengan isu-isu sebegini. Sudah tahu jumlahnya kurang, ikutlah yang ramai-ramai, barulah bersemangat dan laungannya juga semakin kuat.

Isu-isu sebegini, alangkah cantik sekiranya kita boleh bersama-sama dalam tindakan kita. Namun al-maklumlah kita suka berpolitik sampai bila-bila.

Rachel Corrie hampir tiba di Gaza

Kapal Rachel Corrie yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.

Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza.

Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu.

"Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada
Bernama hari ini.

Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.

Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.

Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.

Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.

-Bernama-

Satu lagi misi bantuan mencabar Israel

Abdul Shukur Harun
Ketika Israel masih lagi berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa kerana serangan ganas tenteranya terhadap konvoi kapal Freedom Flotilla yang hendak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, kini Israel berdepan dengan satu lagi kapal – Rachel Corre - yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini sedang menghampiri pantai Gaza.

Kapal yang mengibarkan bendera Ireland, adalah sebuah kapal dagang yang dibeli oleh para aktivis pro-Palestin dan dinamai menurut nama seorang sukarelawan Amerikayang terbunuh dirempuh oleh bulldozer Israel di Jalur Gaza pada 2003. Kapal itu berangkat dari Malta baru-baru ini, sebuah negara kepulauan di Eropah Selatan.

Perdana Menteri Ireland, Brian Cowen, mendesak Israel untuk membenarkan kapalnya menyampaikan bantuan ke Gaza. Kapal tersebut membawa 15 aktivis termasuk seorang pemenang Nobel Perdamaian dari Ireland Utara, Mairead Corrigan Maguire dan Denis Halliday, seorang mantan diplomat veteran Ireland ke PBB, dan beberapa warga negara Ireland lainnya. Turut serta empat orang sukarelawan Malaysia.

"Pemerintah Ireland secara rasmi meminta kerajaan Israel untuk membenarkan kapal milik Ireland masuk ke Gaza membawa bantuan kemanusiaan," kata Cowen Parlemen di Dublin. Sementara itu, Israel berkeras bahwa kapal manapun datang ke Jalur Gaza akan dilarang.
Namun para aktivis tidak merasa gentar gentar. "Misi kami adalah untuk mematahkan sekatan Israel terhadap 1.5 juta penduduk Gaza dan ini tidak akan menjadi armada terakhir," kata jurucakap Free Gaza Movement Greta Berlin, di Cyprus.

Radio Angkatan Darat Israel melaporkan bahwa kapal itu akan tiba di perairan Gaza pada Jumaat, tapi Berlin menyatakan paling cepat mereka akan sampai pada awal minggu depan. Sekali lagi Israel akan berkonfrantasi dengan masyarakat antara bangsa dan ini menunjukkan ia semakin terpencil dan dibenci oleh dunia, kecuali Amerika.

Liga Arab pula mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Israel kerana melanggar hak asasi manusia kerana mengadakan sekatan terhadap Gaza dan menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Langkah ini dilihat lebih kejam, disusul dengan demonstrasi seluruh dunia yang mengutuk rejim Israel.

Sementara itu, banyak yang dapat dipelajari dari peristiwa serangan ganas tentera rejim Israel terhadap kapal misi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Rupanya ada hikmah peristiwa ini. Hendaknya mayarakat, khususnya umat Islam, wajar berfikir secara mendalam akan peristiwa ini. Natijah peristiwa ini ialah:

Pertama. Isu Gaza tidak lagi hanya menjadi isu umat Islam, tetapi kini telah menjadi isu kemanusiaan yang menjadi fokus masyarakat antarabangsa, khususnya negara Eropah. Perkembangan ini sangat menarik, menyebabkan Amerika kebingungan bagaimana hendak menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku selama ini dan tidak pernah diduganya.

Kedua. Selama ini penentangan terhadap pencerobohan Israel di Palestin, khususnya kepungan terhadap Gaza banyak disuarakan oleh umat Islam, justeru majoritinya adalah umat Islam. Tetapi kini senarionya berubah sama sekali dengan kebangkitan masyarakat antarabangsa menentang Israel kerana kekejaman Yahudi itu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat betamadun.

Ketiga. Kemunculan negara Turki yang mengambil inisiatif – bersama NGO hak asasi manusa di Eropah – untuk menyediakan kapal dan mengumpul bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini menyebabkan kerajaan Turki dan rakyatnya muncul menjadi pembela nasib rakyat Gaza, di mana pemerintah Turki pimpinan Presiden Abdullah Gull dan Perdana Menteri, Recip Toyyeb Erdogan sebagai pembela rakyat Gaza.

Keempat. Keberanian Turki memberi amaran dan mencabar Israel kerana keangkuhan dan sikap tidak berperikemanusiaannya.

Kelima. Sikap positif pemerintah negara Eropah dan rakyatnya terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, akibat dikepung oleh Israel.

Keenam. Sikap tidak berperikemanusiaan pemerintah Mesir yang terus menutup sempadan ke Gaza melalui Rafah menyebabkan semua bantuan kemanusiaan melalui jalan darat ke Gaza terhalang. Hanya di saat akhir negara itu membuka sedikit sempadan dengan pemeriksaan sangat ketat dan hanya mereka yang mempunyai urusan amat penting baru mendapat surat izin dari kerajaan Mesir untuk rakyat Gaza menyeberang ke Mesir dan sebaliknya. Mesir hanya membuka sempadannya setelah masyarakat antara bangsa mengutuk Israel kerana tindakannya menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketujuh.
Menyerlahkan sikap Israel yang terus berdegil untuk meneruskan sekatan ke Gaza dan enggan menerima keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya diadakan Suruhanjaya Penyiasat Antarabanga mengenai isu serangan terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel juga masih mendakwa serangan itu dimulakan oleh sukarelawan kemanusiaan di kapal tersebut yang kononnya membawa pelagai senjata, dakwaan ini dinafikan oleh pelbagai pihak.

Inilah perkembangan baru yang sangat menarik, membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai kezaliman Israel. Selepas ini, jika masih ada lagi negara umat Islam, khususnya pemerintah negara Arab, yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel mestilah dihentikan. Sungguh malang, setelah masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Eropah menentang kekejaman Israel, mengapa masih ada lagi negara Arab yang mengadakan hubungan dengan negara haram Yahudi itu.

Tindakan pemimpin Melayu macam sama dengan Yahudi

Abdullah Ngah
Kampung Baru bukan 40 peratus akan diberi kepada bukan Melayu, malahan 10 peratus sahaja yang dikekalkan untuk orang Melayu.

Mengapa tidak? orang Melayu tidak mampu membeli bangunan yang berharga puluhan juta nanti.

Pembangunan yang dlaksanakan nanti ialah secara pemgambilan balik hartanah kampung baru dan dimajukan oleh UDA konon.

Bayaran pampasan yang diperlehi oleh tanah dan bangunan yang diperolehi berjumlah sepuluh juta katakan.

dan Bangunan yang dibina nanti satu unit 8 atau 10 tingkat sudah tentu harganya lebih mahal.

Oleh itu orang Melayu hanya dapat membeli satu unit sahaja sedangkan hartanah yang diambil balik itu dapat dibina 10 unit.

manakala 9 unit pasti akan dibeli oleh orang bukan Melayu sepertimana yang telah, sedang dan kan berlaku di Kuala Lumpur.

Siapakah pemilik bangunan tinggi dan besar di Kuala Lumpur dan bandar bandaraya di seluruh negara sekarang. sudah tentu orang china yang menguasai ekonomi.

Bukan setakat dapat menguasa ekonomi negara dek jahatnya para pemimpin Melayu yang telah diberi amanah, malahan kuasa politik melayu sudah sekian lama terhakis.

Cuma perdana menteri dan timbalan perdana menteri sahaja yang dipegang oleh orang melayu.

Ini menunjukkan kuasa politik sudah berada ditangan orang bukan Melayu dengan arti kata mengikut terlunjuk orang bukan Melayu yang barangkali tidak lama lagi negara ini turut tergadai.

Ada yang sedeh dengan apa yang berlaku di palestin, tetapi bagaimana pula dengan apa yang berlaku dinegara ini yang barangkali orang Melayu yang dikatakan tak akan hilang dunia akan menjadi pelarian di negara sendiri.

Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam

Khairul Azlam Mohamad
MARANG, 5 Jun:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.

“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.

Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Tambah beliau, penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Mereka juga, katanya berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

Rukun ketiga, jelasnya bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

“Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.,” jelasnya.

Beliau juga menjelaskan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.

Ekoran itu, katanya, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.

“Hari ini, saya pakai baju ‘peluru’ bukan hendak berperang di sini. Tetapi hendak jadi simbol bahawa kita tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru.

“Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

“Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT,” tegasnya.

Kompleks PAS impian kita

Mohd Rashidi Hassan
30 Mei lepas tercipta suatu lembaran sejarah baru buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila majlis pecah tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetlands, Dengkil dirasmikan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kompleks baru yang dianggarkan menelan belanja RM30 juta ini merupakan satu lagi mercu tanda yang menjadi titik tolak kesinambungan perjuangan Islam, yang dipelopori PAS sejak lebih setengah abad.

Kompleks yang bakal dibina, mengandungi Pejabat Agung PAS, Pusat Konvensyen, Kompleks kediaman dan perniagaan dan sebagainya.

Di majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta sebahagian besar pemimpin tertinggi PAS Pusat, hadir sama menyaksikan majlis pecah tanah.

25 tahun lalu, di Lorong Haji Hassan, Jalan Batu Geliga, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar didirikan. Pada ketika itu seluruh kawasan tersebut di kelilingi dengan kebun getah dan kebun buah-buahan.

Mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri yang pada ketika itu menjadi Setiausaha Agung PAS menjadi peneraju utama atau arkitek pembinaan Markaz Tarbiyyah.

PAS tidak mempunyai sumber kewangan. Maka setiap ahli dan penyokong PAS bertungkus lumus mengumpul dana dan membantu pembinaan secara gotong-royong, termasuk membuat jalan masuk ke Markaz Tarbiyyah.

Penulis masih ingat sewaktu PAS menganjurkan ceramah kali pertama di situ. Dalam suasana gelap gelita kepekatan malam, kami bersila di celah-celah kebun getah untuk mendengar ceramah.

Dari situlah antara detik-detik mula kemanisan perjuangan dalam PAS.

Kami mengutip derma pada setiap kali ceramah. Mengumpulkan dana bagi membantu pembinaan Markaz Tarbiyyah PAS sedikit demi sedikit.

Pembinaan Markaz Tarbiyyah dimulakan dengan membina sebuah pejabat dua tingkat, sebagai pusat operasi pentadbiran PAS Pusat. Bangunan dewan yang dinamakan Dewan Dato' Fadzil Noor dan perpustakaan Ustaz Yusuf Rawa dibina kemudian.

Dalam tempoh 25 tahun Markaz Tarbiyyah PAS Pusat begitu nostalgik dan amat besar jasanya kepada pembangunan serta perkaderan aktivis PAS.

Sejurus sebelum Pilihan Raya Umum 2008, PAS membuat satu anjakan baru. Pejabat Agung PAS dipindahkan pada penghujung 2007, ke bangunan baru di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Namun bangunan 7 tingkat itu tidak mampu menampung kepesatan operasi PAS.

PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa bangunan yang diketuai Dato' Husam Musa. Beliau beserta beberapa orang AJK bertungkus lumus mencari dana, mencari lokasi dan menyediakan pelan pembangunan Kompleks PAS.

Alhamdulillah dengan kegigihan mereka dan keprihatinan seorang usahawan, PAS memperolehi tanah seluas 20 ekar di Paya Indah Wetlands.

Namun yang ada hanya tanah, dana untuk membina bangunan masih belum ada. Maka hari ini, penulis yang juga sebagai Pemeriksa Kira-Kira PAS Pusat menyeru semua ahli, pemimpin dan penyokong PAS, agar berjihad membantu PAS merealisasikan impian besar ini.

PAS memang tiada duit. PAS selama lebih setengah abad ini, hidup dan subur dengan infak fisabilillah. Kita harus kumpulkan wang sejumlah RM30 juta, jika boleh kita kumpulkan RM50 juta.

Tiada orang kaya atau usahawan yang harus kita harapkan. Saudara saudari, semua bertanggungjawab menghulurkan RM1, RM5, RM10, RM50 atau berapa yang termampu, secara tetap setiap bulan kepada PAS sehingga tertegaknya Kompleks PAS nanti.

Marilah sama-sama kita mencatatkan sejarah, memberitahu generasi akan datang, bahawa kita turut sama membantu membina sebuah kompleks yang bakal memartabatkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ayuh kita kumpulkan RM30 juta sebagai saham akhirat yang kekal selamanya untuk kita!

Umno dan BN Kerajaan Gharqad

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
1. Apabila Israel kini dibantah oleh seluruh bangsa, agama dan kaum ekoran kekejaman tanpa batas Yahudi Zionis pastinya ia menjadi satu petanda bahawa Israel mula tidak mendapat sokongan popular masyarakat dunia.

2. Ia merupakan detik awal yang akan membawa kepada kejatuhan dan kehancuran yahudi Alaihi laknatullah sementara Nabi saw pernah menjanjikan kehancuran mereka.

3. Sabda Rasulullah saw: "Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah ummat Islam memerangi Yahudi dan membuatkan Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan kayu. Lalu berkata batu dan kayu: Wahai Muslim, ini dia Yahudi dibelakangku, datanglah lalu bunuhlah ia. Kecuali pokok Gharqad sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada pokok Yahudi."

4. Pokok Gharqad menyembunyi dan menyelamatkan Yahudi daripada ummat Islam yang memerangi mereka. Saat pokok lain memberitahu mengenai persembunyian yahudi dibelakangnya, Gharqad hanya mendiamkan diri bagai menyelamatkan yahudi sekaligus membenarkan apa yang diperjuangkan oleh yahudi.

5. Kini Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad justeru mereka yakin apa yang disebut oleh nabi saw adalah satu kebenaran yang pasti berlaku. Sebagaimana Nabi saw mendahului statementnya 13 tahun lebih awal mengenai kejatuhan Parsi sebelum ia benar-benar jatuh dan tersungkur di zaman Saidina Umar al Khattab. Nabi juga mendahului statementnya 875 tahun lebih awal mengenai kejatuhan Kerajaan Binzantiniyin [Rome Timur] yang menguasai kota Kostantinapel sebelum ia benar-benar jatuh dan binasa di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al Faateh 557 tahun yang lalu.

6. Gharqad ialah nama pokok yang melindungi Yahudi dan menyelamatkannya dari ummat Islam . Dalam dunia ada kerajaan atau negara yang melindungi dan membela Yahudi dari dikecam oleh ummat Islam . Tentunya nama kerajaan atau negara itu ialah Kerajaan Gharqad atau negara Gharqad.

7. Saya kira, selagi mana kerajaan UMNO dan BN menyembunyikan APCO dan Asiasoft dalam negara ini dan tidak menghalau mereka keluar dari negara ini, maka Kerajaan UMNO dan BN juga adalah Kerajaan Gharqad iaitu Kerajaan yang melindungi kepentingan yahudi dan perjuangannya.

8. Selain kerajaan Gharqad, terdapat juga pemimpin Gharqad yang bukan sahaja sanggup bersengkongkol dengan Yahudi sebaliknya membantu Yahudi untuk menakluki Palestine dan Masjidil Aqsa.

9. Setengah ulama' menyebut bahawa tindakan untuk menghancurkan Yahudi mestilah turut sama membinasakan pokok Gharqad yang menjadi tempat berselindung para Yahudi tersebut. Maksudnya, bagi memastikan negara kita tidak diintip oleh yahudi dan mereka masuk menguasai sektor strategik negara seperti sistem komunikasi dan seumpamanya maka kita mesti juga menjatuhkan kerajaan Gharqad.

10. Gelombang kebangkitan ummat menetang kezaliman Yahudi turut tidak dapat dibebaskan dari kerajaan Gharqad justeru mereka sering melindungi Yahudi Zionis. Maka rakyat harus bijak mengambil kesempatan terluang ini untuk menelentangkan kerajaan Gharqad ini.

20 ribu orang dari Masjid Jame' Kampung Baru ke keduataan US, lebih seribu dari Masjid Tabung Haji ke kedutaan US, sekitar 200 orang di masjid negara, hampir penuh stadium di Kota Bharu Kelantan, ribuan yang bangkit membantah Yahudi di tawau Sabah dan di seluruh negara ummat Islam bangkit bermunajat agar Yahudi dibinasakan, maka ia juga sebagai satu signal bahawa rakyat tidak boleh menerima kerajaan Gharqad.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS.

Kerajaan `Tidak Muktamad' , Huru Hara Zaman Najib

WFAUZDIN NS
BERTAMBAH haru biru nampaknya pentadbiran kerajaan di bawah Najib. Mungkinkah Najib sudah mulai tertekan dengan berbagai masalah yang beliau hadapi? Tekanan ke atas Najib nampaknya berjangkit kepada Menteri Kabinetnya sendiri. Saya suka gelarkan kerajaan ini sebagai `kerajaan tidak muktamad'. Mengapa?

Najib memperkenalkan dasar MEB bagi menggantikan DEB kununnya sebagai persaingan kepada dasar yang dicipta oleh PR yang meletakkan keadilan di dalam pembahagian ekonomi negara. Tetapi, apa sudah jadi? Bila berpuluh-puluh NGO pertubuhan Melayu membantah, maka Najib pun berkata MEB belum muktamad. Habis tu, selama ini dia merapu pasal benda yang tidak muktamad lah?

Kemudian, isu tanah Kg Bharu, Kuala Lumpur pula. 40 % tanah akan dibuka kepada bukan Melayu, maka bantahan pun diterima dari berbagai pihak. Menteri yang berkaitan pun menjawab, isu itu pun belum muktamad juga.

Sebelum ini pasal larangan penjualan rokok 14 batang. Sudah muktamad bahawa dikuatkuasakan bulan ini, tetapi ditangguhkan pula. Mengapa? Mungkinkah keputusan itu belum muktamad atau ditangguhkan atas sebab-sebab kepentingan pihak tertentu?

Kalau anda fikirkan balik, banyak lagi yang tidak muktamad di era Najib ini. Lesen judi bola sepak Piala Dunia mungkin sudah muktamad dan mungkin telah pun beroperasi. Pembatalan kerjasama dengan APCO sudah muktamad atau belum? Atau mahu tunggu puak Zionis tu lebih mengganas lagikah untuk dimuktamadkan?

Apa-apa pun lepas ini kita akan lihat betapa bertambah lintang pukang pentadbiran Najib. Apabila PM sudah kelam kabut, Menteri-Menteri pun apa lagi lah. Maka, berbagai-bagai dasar yang keluar dan berubah sekelip mata. Ini menunjukkan Najib sudah hilang keyakinan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini.

Aduan Saksi Selcat Perlu Upah Peguam

Selepas Manikavasagam Selcat mendengar pula aduan dua pembeli pasir daripada kumpulan Semesta.

Mereka mengadu tidak menerima penyata akaun dan harga tidak menepati perjanjian.
Keterangan mereka di baca oleh Setiaausaha Dewan:

“Walaubagaimanapun dalam keadaan demikian, pada permulaannya KSSB tidak pernah langsung menghantar penyata akaun setiap tiga bulan, setiap bulanan dalam keadaan demikian saya tidak tahu jumlah pendahaluan yang sudah dibayar oleh syarikat saya kepada KSS.”

Seorang lagi saksi, Cheong Hoong Wooi pula mendakwa beliau tidak berpuas hati dengan Pegawai Eksekutif KSSB, Wong Swee Leong apabila terpaksa membayar 14 ringgit untuk setan pasir berbanding dengan 12 ringgit 50 sen yang dipsersetujui sebelumnya.

Teng berkata aduan itu seharusnya tidak dibuat kepada Selcat tetapi dua peniaga berkenaan harus mengupah peguam dan bertindak ke atas Semesta atas dakwaan itu.

“Untuk ini kalau awak tidak berpuas hati, awak perlu cari peguam saman sebab apa yang diminta itu lain,” kata Teng.

Di luar dewan Teng berkata dakwaan kedua-dua peniaga itu tidak boleh disamakan dengan tuduhan rasuah tetapi lebih merupakan masalah pengurusan.

“Itu masalah pengurusan, dia pengurusan tidak baik, itu kita akan ambil perhatian dan minta dia patut perbetulkan, sepatutnya dia beri penyata deposit itu, lepas habis baru jualkan, sepatutnya begitukan?

"Jadi saya akan minta dia perbetulkan dan ini kelemahan dia. Itu saya ucapkan terima kasih dan bawa perkara ini ke KSSB dan saya rasa peniaga ini baik tetapi kalau dia tidak mahu betul-betul, dia yang rugikan,” kata Teng.

Siasatan Selcat, Mike Beri Keterangan, Teng Tegas Perlu Ikut Peraturan

Siasatan Selcat hari ini mendengar keterangan daripada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang membuat dakwaan berlakunya rasuah dalam syarikat lombong pasir milik kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Namun Manikavasagam tidak dapat menyerahkan rakaman video dan senarai saks-saksi yang menurut beliau boleh membuktikan dakwaan berkenaan.

Pengerusi Selcat Teng Chang Kim berkata Selcat tetap menjalankan siasatan telus, namun meminta Manikavasagam untuk mengikut prosedur dalam member keterangan dan mengemukakan bukti.

Manikavasagam diminta oleh Teng menerangkan dokumen-dokumen yang didakwanya terkandung segala bukti dan senarai saksi yang diserahkannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin.

“Yang berhormat telah besetuju untuk memberi keterangan berhubung siasatan jawatankuasa ini ke atas urusniaga Kumpulan Semesta Sdn.Bhd dan Yb telah memberi beberapa maklumat berkenaan dengan Semesta ini, jadi dipersilakan YB apakah YB ingin memaklumkan pada jawatankuasa ini?,” soal Teng.

“Saya memang telah membuat aduan dan sebagai Pengarah Aduan Parti Keadilan Rakyat, saya telah menerima dua aduan, seorang kontraktor yang bernama Cheong dan juga pekerja Semesta, berjumpa saya di Pekan Meru dan memberi maklumat yang mereka hendak berikan pada saya.

“Seorang lagi pekerja Semesta, Encik Eng, seorang eksekutif dan juga saya telah menerima banyak lagi aduan daripada seorang kontraktor iaitu Encik Zahar, pelombong pasir di Mukim Rasa, di Hulu Selangor,” kata Manikavasagam.

Teng bagaimanapun menegaskan bahawa undang-undang tubuh Selcat menwajibkan mana-mana saksi yang hendak tampil perlu terlebih dahulu memberi keterangan bertulis yang ditandatanginya dan disampaikan kepada pejabat Menteri Besar.

“Sehubungan itu melalui pendengaran jawatankuasa hanya boleh mendengar keterangan daripada saksi untuk memberikan keterangan bertulis melalui jawatankuasa ini. Jadi saksi-saksi yang disebut oleh YB tadi, hanya seorang yang bernama Cheong yang telah pun membuat satu akuan berkanun dan telah diminta oleh jawatankuasa ini untuk membantu jawatankuasa ini,” kata Teng.

Bagaimanapun Manikavasagam meminta Selcat untuk mendengar keterangan semua saksi yang dimaksudnya walaupun mereka tidak membuat keterangan bertulis sebagaimana yang dikehendaki.

“Saya minta saksi penting Encik Eng pekerja Semesta sendiri datang memberi saksi hari ini sebab saya akan serahkan semua dokumen yang penting hari ini,” mohon Manikavasagam.

“Kita buat siasatan terbuka dan kita bukan siasatan macam polis mahupun SPRM, kita buat siasatan terbuka, kita perlu ikut prosedur, kalau saya tidak ikut prosedur, nanti Peguam Semesta akan buat aduan.

“Mengikut buku ini semua peguam perlu mengikut buku ini dan kalau mengikut buku ini semua jawatankuasa perlu mengikut buku ini, dan kalau di mahkamah pun tidak boleh tengah-tengah bicara di mahkamah dibuat, kemudian bicara diberhentikan kerana hendak membuat siasatan, jawatankuasa ini terikat dengan undang-undang jadi Dewan adalah pembuat undang-undang jadi kita perlu ikut undang-undang,” kata Teng.

Teng meminta Manikavasagam dan semua pihak supaya tidak menyalah tafsir keperluan untuk saksi memberi keterangan bertulis yang akan diperinchi sebelum keputusan dibuat sama ada perlu untuk memanggil mereka ke sidang Selcat.

“Bukan kita tidak mahu siasat tetapi masalahnya kita terikat, kita hendak panggil saksi yang kita sendiri tidak tahu siapa pun dia, akan menjadi satu perkara yang akan diketawa oleh dunia dan ini tidak mengikut peraturan, jadi ada prosedur-prosedur undang-undang yang perlu diikuti,” jelas Teng kepada Manikavasagam.

Teng juga berkata dokumen-dokumen yang ingin diserahkan oleh Manikasagam hari ini sepatutnya dibuat lebih awal.

“Dokumen perlu diserahkan pada masa peringkat siasatan bukan ketika hendak datang sini baru hendak menyerahkan dokumen, apakah pengetahuan yang ada pada YB selain daripada perkara itu yang hendak dikemukakan kepada jawatankuasa,” soal Teng.

Manikavasagam bagaimanapun tetap mahu panel Selcat melihat segala bahan bukti yang ada padanya termasuk cakera padat yang mengandungi rakaman video yang didakwanya terlibat dengan rasuah.

“Nanti dulu, sabar-sabar-sabar, saya jawap soalan, saya pun sabar Tuan Pengerusi dan datang pagi ini hendak beritahu perkara ini dan tuan pengerusi perlu panggil saksi-saksi ini! Satu-satu, memang satu-satu, sudah lama nanti sudah! Saya pun perlahan-perlahan, jadi saya hendak tanya semua dokumen itu ada pada siapa?”

“Semua dokumen ada pada Encik Eng,” jawap Manikavasagam.
Manikavasagam menggesa jawatankuasa tersebut tidak cuba untuk menyelindungkan mana-mana perkara dan bukti yang didakwanya benar terhadap isu penyelewengan rasuah pasir terhadap syarikat Semesta.

“Biar saya habiskan dahulu, yang penting dokumen-dokumen ini, panggil-panggil semua saksi ini dan sepatutnya tiada isu hendak tutup dalam isu ini, ini yang penting, tuan pengerusi perlu panggil semua saksi-saksi ini sahaja, saya minta itu sahaja, sekian terima kasih,” pinta Manikavasagam.

Manikavasagam kemudian meninggalkan dewan.

Teng berkata sidang siasatan Selcat adalah contoh yang mengutarakan ketelusan kerajaan negeri pakatan rakyat dalam menangani sebarang aduan penyelewengan kuasa dan rasuah.

Namun beliau berkata untuk memberi keadilan kepada semua prosedur-prosedur tertentu harus dihormati oleh pihak berkenaan.

“Mana ada satu jawatankuasa yang adakan pendengaran awam macam ini, siaran secara langsung, tiada cover up, semua ditanya, saya tidak kira daripada parti mana, ini dewan adalah dewan yang bebas.

“Kita ada daripada semua parti di sini, parti Keadilan ada, PAS ada, Umno ada, kita hendak menjalankan satu tugas dengan baik, mengikut amalan yang baik dan jangan cari publisiti di sini,” tegas Teng.

Nasib Empayar Naza sebalik rebutan harta 2 keluarga?

Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, 4 Jun
— Empayar Naza yang dibina oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin sejak lebih tiga dekad lalu kini dikhuatiri akan berpecah di sebalik tuntutan harta oleh dua keluarga yang kini melangkah ke pintu mahkamah.

Kebimbangan ini tercetus selepas isteri kedua, Rokiah Abdullah dan lima anaknya memfailkan kes menuntut harta RM350 juta dan juga hartanah di Malaysia dan England, selain kawalan ke atas enam syarikat yang kini diterajui oleh isteri pertama dan lima anaknya.

Di bawah undang-undang warisan Islam, harta si mati harus diagihkan dengan saksama sebagaimana disebutkan dalam al-Quran.

Justeru, langkah ini dibimbangi akan menyebabkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza dibahagikan kepada dua keluarga yang terlibat dalam rebutan harta ini, sekali gus memecahkan kekuatan salah satu

konglomerat persendirian terbesar di negara ini.

Kumpulan Naza dikatakan bernilai RM3 bilion.

Nasimuddin membina empayarnya hasil dasar afirmatif ekonomi kerajaan diperkenalkan awal 1970-an, yang antara lain menyediakan sistem AP untuk mengimport kereta.

Beliau dikatakan menerima sebanyak 18,000 AP setahun.

Syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza terdiri daripada lebih 30 entiti, yang terlibat dalam perniagaan automobil, pembangunan hartanah dan perkhidmatan teksi. Keluarga itu dikatakan memiliki hartanah di

London dan Los Angeles.

Peguam syarie Aziz Hassan memberitahu The Malaysian Insider bahawa penjelasan mengenai pembahagian harta warisan dalam al-Quran sangat jelas.

“Undang-undang harta pusaka Islam boleh didapati dalam al-Quran dan ia menentukan dan menetapkan bagaimana harta warisan seharusnya diagih-agihkan di kalangan anggota keluarga.

“Ia sangat jelas dan tiada sebarang isu melainkan pewaris sendiri bersetuju sebaliknya,” kata beliau.

Di bawah peruntukan itu jelas beliau, anak lelaki akan memperoleh sebahagian besar harta peninggalan.

“Dalam keadaan normal, ibu bapa akan mendapat satu per enam harta, isteri atau isteri-isteri pula secara bersama akan memperoleh satu per lapan, anak-anak akan menerima dua bahagian manakala anak perempuan satu bahagian,” kata Aziz.

“Ini adalah pembahagian asas dalam Islam selepas melunaskan (segala) hutang,” katanya lagi.

Semalam, Rokiah dan lima anaknya memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.

Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.

Saman itu difailkan oleh Rokiah bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia.

Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26,

Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd,

Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.

Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan

Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.

Mereka juga menuntut syarikat-syarikat, aset-aset Allahyarham dan juga beberapa hartanah dalam negara dan England.

Plaintif juga menuntut Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd menyerahkan butir terperinci nilai aset Allahyarham yang dipegang amanah olehnya.

Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa semasa Nasimuddin masih hidup, beliau telah berjanji akan menyerahkan syarikat Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd kepada kesemua plaintif untuk membolehkan mereka hidup berdikari tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa pindah milik, Nasimuddin meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, pada 1 Mei 2008.

Mereka juga mendakwa sebelum Nasimuddin meninggal dunia, beliau memberitahu mereka bahawa asetnya melebihi RM3 bilion dan telah menyerahkan kepada plaintif butir-butir syarikat dan harta yang

dimilikinya. Ia termasuk beberapa buah banglo dan hartanah di dalam negara, lima hartanah di sekitar London, sebuah banglo di Johannesburg, Afrika Selatan, serta sebuah apartmen dan sebuah banglo di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Apa juga nilai bersih, ia akan dikira secara nisbah. Adalah jelas dan tiada persoalan walaupun ada wasiat.

“Melainkan kita hendak menghormati orang yang sudah meninggal dunia dan wasiatnya, maka setiap orang perlu bersetuju bahawa akan mematuhi wasiat yang telah dibuat,” kata beliau sambil menambah, melainkan undang-undang harta pusaka akan mengatasi segala-galanya.

Bagaimanapun Aziz menekankan bahawa kedua-dua isteri boleh membuat tuntutan terhadap harta pencarian.

“Ia tidak kisah, jika boleh dibuktikan bahawa perkahwinan mereka adalah sah, maka boleh memperoleh satu per lapan harta yang akan dikongsi oleh kedua-dua isteri,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua mereka boleh menuntut harta yang dikumpulkan sejak perkahwinan mereka.

Dalam keadaan sedemikian, jelas beliau, isteri pertama akan mendapat bahagian yang lebih besar berbanding isteri kedua, jika diambil kira tempoh perkahwinan mereka.

Kata beliau, tuntutan harta sepencarian perlu dibuat sebelum pengagihan dibuat.

“Jadi tiada pembahagian secara automatik. Apakah yang anda akan menuntut? Berapa banyak yang anda akan tuntut? Dan, bagaimana anda akan membuktikan yang anda ada menyumbang kepada usaha pemerolehan aset.

“Anda ada hak tetapi anda kena membuktikan tuntutan anda,” kata beliau.

Aziz mengakui menentukan nilai Empayar Naza akan menjadi satu tugas yang amat besar, khususnya bagi mendapatkan nilai sebenar konglomerat ini.

Mereka juga menuntut bayaran sementara berjumlah RM20 juta daripada Zaleha dan anak-anaknya menerusi Ekspedisi Nikmat dan baki tuntutan selepas perbicaraan kelak.

Anak kedua, Nasarudin enggan mengulas apabila dihubungi semalam. Nasimuddin memulakan perniagannya pada 1974 dan telah diberikan 18,000 AP setiap tahun untuk mengimport kereta.

Kumpulan Naza menjadi tumpuan apabila diberikan kawasan seluas 65 ekar, tanah milik kerajaan di kawasan Jalan Duta di sini, yang bernilai RM15 bilion tanpa melalui tender terbuka.

Rombakan Kabinet: Umno Pun Tidak Percaya Umno

Mohd Munir Ali
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kelakar dengan ulasan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkaitan rombakan kabinet oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri yang dianggapnya menunjukkan keseimbangan sedangkan apa yang jelas ianya telah menggambarkan ketidakyakinan Umno terhadap anggota partinya sendiri.

Samalah juga keadaannya di Negeri Perak yang mana gambaran jelas ketidakyakinan Umno tersebut dapat dilihat dari pilihan Datuk Seri Zambry yang melantik orang-orang kanannya bukan dari kalangan kepimpinan yang berjawatan di dalam Umno itu sendiri. Sebagai contoh jelas yang ada ialah perlantikan Pegawai Khasnya, Setiausaha Akhbarnya, Perak Aman Jaya dan Yayasan Bina Upaya.

Datuk Seri Zambry seolah tidak sedar penentangan terhadapnya oleh kepimpinan Umno Bahagian hasil tindakannya untuk tidak memberikan jawatan penting tersebut kepada kepimpinan Umno yang ada. Sudah tentu rakyat boleh menilai bahawa Umno sendiri tidak yakin akan orang-orangnya yang sepatutnya mampu menjalankan tugas mereka jika diberikan.

Kita semua akan tunggu rombakan Exco Kerajaan Negeri Perak yang sudah pasti kepimpinan lama Umno akan ketinggalan di dalam perkara ini. Rakyat sudah pasti melihat akan ketidaktentuan Datuk Seri Zambry di dalam membuat rombakannya kelak.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

-tko-

Perkosa depan suami, anak

LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.

Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.

Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.

Difahamkan, empat penjenayah ‘iblis’ itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit.

Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak.

“Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh mengancam nyawa mereka.

“Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.

Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa.

Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.

“Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah,” katanya.

Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya.

Lebih menyayat hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa melihat ibunya diperkosa perompak terbabit.

Katanya, si suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan.

Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu.

Selang beberapa minit kemudian, mangsa melepaskan diri dengan bantuan dua anak lain sebelum melaporkan kejadian di balai polis berhampiran.

Difahamkan, tiga beranak terbabit turut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini dan mereka kini trauma selepas terpaksa melalui peristiwa menyayat hati itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan kejadian yang menimpa lima beranak terbabit dan pada masa sama berjanji melakukan operasi besar-besaran bagi memberkas empat suspek terbabit.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keempat-empat suspek bukan menetap secara langsung sekitar daerah ini dan disyaki melakukan jenayah secara berpindah-randah.

“Namun itu tidak membataskan tindakan kami untuk mengesan mereka.

“Kami akan bekerjasama dengan pasukan anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam misi mengesan penjenayah terbabit supaya mereka didakwa di muka pengadilan dan dihukum atas kekejaman dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai maklumat kejadian itu supaya segera hadir di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, polis sudah menemui semula kenderaan milik mangsa yang dilarikan penjenayah terbabit dalam semak sekitar daerah ini, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan jenayah pecah rumah secara berkumpulan.

Hubungan Dengan Kapal Rachel Corrie Terputus

IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
PETALING JAYA:
Wisma Putra mengesahkan hubungan dengan kapal MV Rachel Corrie yang meneruskan misi Flotila Pembebasan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga kini terputus.

"Kami masih memantau keadaan itu dan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kapal berkenaan," kata jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kali terakhir mereka dapat berhubung dengan kapal Rachel Corrie serta keadaan sukarelawan dalam kapal itu pada masa ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza.

Antara sukarelawan dalam kapal tersebut adalah wakil PGPO, Shamsul Akmar Musa Kamal Shamsul serta Anggota parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen televisyen TV3.

Jaga siar gambar bogel sendiri dipenjara 6 bulan

Seorang pengawal keselamatan yang menyebarkan gambar lucahnya melalui beberapa laman web di internet, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Shahrom Mahadi, 45, dari Taman Melawati di sini, mengaku bersalah di hadapan Hakim Azizah Mahamud.

Terdahulu, bapa kepada enam anak itu mengaku tidak bersalah bagi enam pertuduhan asal iaitu memuatkan beberapa keping gambar bogelnya melalui beberapa laman web dan juga enam pertuduhan alternatif iaitu menyebarkan gambar lucahnya itu di internet.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu pada 27 Feb 2009, di pejabat Bahagian Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Perdana, Jalan Dato Onn di Kuala Lumpur, tempat dia dipanggil untuk soal siasat polis.

Walaupun Shahrom dibebas dan dilepaskan daripada enam pertuduhan asal mahkamah mensabitkan kesalahan bagi enam pertuduhan pilihan selepas menerima pengakuan bersalahnya.

"Mahkamah mendapati kamu mempunyai niat dan sengaja, dalam mewujudkan laman web yang memuatkan gambar kamu, untuk mendapatkan pelanggan dan ini akan menimbulkan perkara negatif terhadap remaja khususnya yang melayarinya.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan kepentingan awam yang mengatasi kepentingan kamu sendiri kerana laman web ini telah diwujudkan sejak 2006 sehingga tahun lepas," kata hakim Azizah.

Beliau mengenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap kesalahan dan memerintahkan ia berjalan serentak bermula hari ini.

Shahrom, yang kelihatan bersahaja dan tersenyum, tidak diwakili peguam dan merayu dikenakan hukuman yang ringan memandangkan dia telah insaf dan menyesal dengan perbuatannya itu serta perlu melangsaikan hutangnya.

"Saya banyak hutang dengan bank, selain telah kehilangan kerja. Isteri saya juga sering berdepan tekanan perasaan yang menyebabkan dia tidak mampu menjaga anak-anak," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farhan Read dan Hamidi Mohd Noh.

-Bernama-