"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Krisis SUK Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis SUK Selangor. Papar semua catatan

400 berkumpul ikrar sokong Sultan, MB, Pakatan

 

Shah Alam, 12 Jan: Kira-kira 400 orang berkumpul di Shah Alam bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

Selepas berkumpul 15 minit, diketuai Pengarah Komunikasi Selangor Dr Badrul Amin Bahrom, kumpulan itu berarak dari Dataran Shah Alam menuju ke bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) bagi menyerahkan tandatangan sokongan.

Dalam perhimpunan warna-warni itu, mereka membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat).
-malaysiakini-

PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin?

Pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohd Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

NONETambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohd Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.

Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya.

Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.
-malaysiakini-

PKR nafi ADUN Sri Muda letak jawatan

PKR menafikan dakwaan bahawa ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei akan meletakkan jawatan atau melompat parti.

Naib Ketua PKR Kota Raja Kamarudzaman Sanusi berkata, SMS yang disebarkan pagi ini berhubung perkara itu adalah "palsu dan berniat jahat".

"Saya hendak sebut dengan jelas, SMS itu palsu, berniat jahat dan dilakukan musuh politik yang tertentu dan berkepentingan," katanya dalam sidang media di pejabat Shuhaimi di Kota Kemuning, Shah Alam.
Sebelum ini, ura-ura bahawa Shuhaimi akan melompat parti atau meninggalkan PKR bertiup kencang. Panggilan telefon serta sms yang dihantar juga tidak berjawap menguatkan lagi khabar angin itu.
Bukan itu saja, perkara itu mustahil dan "apa yang dikejar itu tak betul".

Shuhaimi bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media itu.

NONEMenurut Kamarudzaman, Shuhaimi tidak hadir menafikan sendiri kerana sedang menghadiri sebuah mesyuarat pagi ini.

Sehubungan itu, Kamarudzaman berkata, pihaknya menimbang membuat laporan polis berhubung penyebaran itu hari ini.

"Kita pertimbangkan buat laporan. Kesian pada wartawanlah, penat bekerja," katanya.
Ditanya sama ada beliau menuduh Umno di belakang desas-desus itu, beliau hanya menjawab: "Terlalu banyak musuh di luar."

Diminta menjelaskan kenapa Shuhaimi tidak tampil menafikan sendiri khabar angin itu, Kamarudzaman berkata itu pihaknya bersangka baik ADUN muda itu mempunyai jadual yang ketat.

Kamarudzaman juga memberitahu, Shuhaimi akan hadir mengikuti perhimpunan memberi sokongan pada Menteri Besar dalam isu pelantikan setiausaha kerjaan (SUK) di Shah Alam petang ini.

"Selepas itu beliau akan memberikan kenyataan kepada polis," kata Kamarudzaman.
Sementara itu, menurut seorang sumber yang dekat dengan ADUN tersebut ketika dihubungi hari ini, semua program Shuhaimi kini dibekukan buat sementara waktu.
Difahamkan, langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan ADUN berkenaan.

Shuhaimi bagaimanapun tetap akan hadir untuk diambil keterangan oleh polis di Bangunan SUK petang ini, menurut sumber berkenaan.
NONETerdapat pelbagai versi mengenai siasatan polis itu. Ada yang mengaitkan dengan rumahnya yang disimbah dengan cat merah 7 Januari lalu.
Ada juga yang mengaitkannya dengan tulisan Shuhaimi di blog berhubung isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru yang didakwa sesetengah pihak, khususnya dari Umno bahawa ADUN Sri Muda itu menghina Raja-raja Melayu.
-malaysiakini-

Khusrin jaga Selangor Ibarat Kucing Jaga Ikan

MOHAMED HANIPA MAIDIN
 Isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Apabila Khusrin dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas sekali ketagihan Umno mencabul Perlembagaan sudah tidak dapat dirawat lagi.

Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno “merogol” bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak , Umno membunuh doktrin “trias politica” ( pengasingan kuasa ) , doktrin raja berperlembagaan dan pemakaian konvesyen Perlembagaan iaitu Menteri Besar dan kabinetnya seharusnya dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Adakah Umno fikir rakyat masih lupa bagaimana Umno mengganyang Speaker Perak yang sah, menyalahgunakan polis dan SPRM bagi mewujudkan ketakutan kepada Adun-Adun Pakatan di Perak dan akhirnya memanipulasi sistem kehakiman yang sudah hancur bagi mengiyakan segala “dosa” yang Umno lakukan ke atas Kerajaan Pakatan .


Jika Umno tidak ada niat untuk mensabotaj Kerajaan Pakatan di Selangor mengapakah Umno menyalahgunakan Ketua Setiausaha Negara ( yang malangnya sedia disalahgunakan ) bagi melantik Khusrin sebagai SUK Selangor.


Umno penuh sedar Khusrin telah banyak melakukan perkara yang dilihat menentang dan mencabar secara terbuka polisi Kerajaan Selangor. JAIS yang pernah dikepalai oleh Khusrin banyak melakukan tindakan-tindakan yang menyusahkan Kerajaan Selangor. Bukankan Khusrin yang telah gagal memberi nasihat dan pandangannya yang betul kepada Sultan Selangor dalam isu Ahli Parlimen DAP Serdang yang hadir di dalam Surau Al-Huda, Kajang kerana menghulurkan bantuan. Adakah Umno ingat rakyat masih lupa dengan kata-kata Khusrin bahawa “ Teo Nie Ching tidak boleh masuk ke dalam masjid kerana berhadas besar” sedangkan Nabi Muhammad sendiri membenarkan orang-orang Kristian Najran bersembahyang ( cara mereka ) di Masjid Nabi .


Adakah Umno ingat rakyat masih lupa bahawa Khusrin tidak langsung bersuara jauh sekali menggunakan “fatwa hadas besarnya” kepada Ahli Parlimen MIC dari Hulu Selangor P.Kamalanathan yang juga bukan beragama Islam apabila Ahli Parlimen tersebut berada di dalam masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bersama-sama Adun Umno bagi memberikan replica cek .


Adakah Umno ingat rakyat sudah lupa Khusrin adalah individu yang bersungguh-sungguh melarang tokoh-tokoh ilmuan dalam Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid –masjid dan surau-surau di Selangor tetapi dalam masa yang sama berkempen kepada Nazir Masjid Al-Ihsan , Kampun Medan supaya membenarkan permintaan Umno untuk mengundang Presiden Umno, Najib Tun Razak berceramah di Masjid tersebut


Baca selanjutnya di sini

http://peguampas.blogspot.com

Adun Selangor Akan Umum Letak Jawatan?

Mohd Sayuti Omar
kemaskini] Sehingga jam 9:41 ini belum ada kesahihan mengenai desas desus Adun Selangor ini yang hendak meletak jawatan. Pembantu peribadinya ketika dihubungi tidak tahu menahu mengenai maklumat berkenaan.

Pembantu itu juga tidak mengetahui ke mana menghilannga Adun berkenaan. Beberapa orang wakil rakyat Selangor yang ditanyai mengenai perkara ini juga tidak tahu. Apakah ia hanya gimik?
Apapun pejabat Adun berkenaan akan menjadi tumpuah pagi ini. mso: 9:41

Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.
 
Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.

Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.

Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan

SHAH ALAM, 11 JAN: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.

Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ujar Khalid, ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

"Menteri Besar juga akan menerangkan bagaimana kerajaan negeri menangani isu ini setakat ini serta menjelaskan kekeliruan supaya ahli Dewan dapat faham kedudukan sebenar.

"Kita cuma diminta memberikan nasihat dan menyediakan draf pindaan sahaja, yang lain itu merupakan keputusan dan pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan negeri dan saya tidak campur tangan dan saya pun tidak tahu kerana perkara itu berada di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan kerajaan negeri," jelasnya.

Cuma jelas Aziz selepas itu, mungkin ahli Dewan akan bertanyakan soalan dan mungkin usul tertentu yang akan dibawa oleh ahli Dewan dan terpulang kepada Dewan untuk menerima atau tidak.

Dalam kenyataan pejabat Speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang 24 Januari ini nanti diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.
-tvsnews-

MB Selangor terpaksa hadir majlis angkat sumpah Khusrin

 
Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.
-malaysiakini-

Rakyat tak mahu tahupasal 'Law'..yang mereka tahu ialah tak mahu Khusr

cucupakkasim

Apakah sebelum pilihanraya besar yang ke-13 nanti, kita semua akan dapat melihat Barisan Nasional merampas Selangor sepertimana mereka merampas Perak??
Dalam kepala otak rakyat-rakyat sekarang ini, tak kira yang pro BN atau yang sokong PR, percaya yang perkara ini akan terjadi berikutan dengan kemelut perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan negeri Selangor semakin mengarut dan membuang banyak masa.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang mesti ada jalan punya, mana boleh tak ada jalan untuk menghalang Khusrin dari meneruskan upacara angkat sumpah nanti.
Taiko-taiko besar dalam PR yang berpuluh tahun bermain dan bergelumang dengan mahkamah dan buku undang-undang pelembagaan negara dan perlembagaan negeri-negeri, tetap dengan pendirian mereka kata yang terdapat dan ada asas dari sudut undang-undang untuk menolak dan menghalang si Khusrin Munawi dari meneruskan upacara angkat sumpah itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor menolak perlantikan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional, manakala kerajaan persekutuan Barisan Nasional pula 'ketegaq' (M.Zain dalam filem Labu-Labi kata..dia punya kapla atas,batu banyak busar ada..) dan tidak mahu beralah.

Memandangkan kerajaan persekutuan BN pun kata yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berhak untuk melantik SUK dan calun mereka Khusrin ini pula telah ditolak bulat-bulat dan tidak diterima, maka apa kata mereka cari seorang lagi calun lain yang boleh diterima oleh Khalid dan orang-orang Selangor? Selesai masalah.

Buat masa ini taiko-taiko besar dalam Pakatan Rakyat yang telah hidup dengan buku undang-undang disepanjang hayat mereka, kini sedang mem'fokus'kan acara angkat sumpah pada esok hari didepan sultan. Mereka kata yang acara angkat sumpah depan sultan ini tak laku kalau ikut undang-undang sebab ia perlu dilakukan dihadapan Menteri Besar, bukannya dihadapan sultan.

Dalam buku undang-undang sudah jelas yang 'undang-undang akan memihak kepada Menteri Besar dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor' kalau benda ini dibawa hingga ke mahkamah.

dollah yankee -
Tetap yakin dengan kenyataan yang angkat sumpah Khusrin ini tak akan terjadi ...

Khusrin goyah, sidang tergempar boleh diadakan

Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

NONE"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2011, maka ia akan menjadi retrospektif,” katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.

Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Macini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.
Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendaapati aalasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai “kepentingan umum”.

Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.
-malaysiakini-

SUK yang tidak dikehendaki (gambar)

New Selangor State Secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi at his office in Shah Alam this morning, January 3, 2011 despite a raging dispute over his appointment. — Picture by Jack Ooi












Bekas pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru pagi tadi. — Gambar oleh Jack Ooi
Jangan jadi kupang tembaga hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Putrajaya TIADA kuasa

 Pakar Undang-Undang Profesor Dr Aziz Bari menegaskan Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menerima dan memberi perkenan kepada calon kerajaan negeri Selangor untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata Undang-Undang Tubuh Negeri jelas menyebelahi kerajaan negeri dalam perlantikan jawatan itu.


"Kalau kita lihat pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad tahun 1994, menimbangkan nasihat bermaksud menerima nasihat. Jadi undang-undang sebenar adalah sultan perlu menerima dan mendengar Menteri Besar," katanya.

Aziz menjelaskan krisis hari ini berlaku ekoran kerakusan Umno-Barisan Nasional meminda Perlembagaan dan memperkasakan kedudukan Eksekutif dengan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Berdasarkan pengamatannya, Aziz berkata undang-undang jelas sekali memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

"Samada pindaan yang dibuat itu tidak sah, ataupun kuasa sultan yang menjadi pemutus. Kedua-dua perkara ini tidak menguntungkan Umno. Kalau melihat kepada pindaan itu, ia menunjukkan Tan Sri Khalid adalah betul," katanya.

Pakar perlembagaan ini menjelaskan Undang-Undang Tubuh Negeri telah meletakkan amalan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua pihak berkenaan.

Artikel 52 (4) menegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar Selangor. Ia tidak menyatakan individu berkenaan harus mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

"Kuasa melantik semenangnya di tangan Sultan, tetapi Sultan perlu meneliti cadangan dari suruhanjaya berkenaan. Sebelum itu, Sultan harus mendengar nasihat menteri besar," katanya.

"Kerajaan pusat tidak ada peranan atau kuasa. Apa yang disebutkan oleh Datuk Khir Toyo mungkin apa yang berlaku di zaman Umno sahaja..yang mungkin formaliti sahaja. Tetapi kalau berdasarkan perlembagaan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai peranan," katanya lagi.

Aziz juga menyokong gesaan supaya wakil-wakil rakyat Selangor mengadakan sidang tergempar membantah campurtangan Kerajaan Pusat.

"Ya ia wajar kerana kalau kita lihat Parlimen meluluskan usulprihatin ke atas isu Sultan Johor pukul coach hoki. Jadi tidak ada masalah sekiranya sidang khas diadakan dan membincangkan situasi yang berlaku ini," katanya lagi.
- tvselangor-

SUK: Bantahan yang telah diperkenan

cucupakkasim
Mungkin ini satu berita yang baik pada hari pertama tahun 2011 ini yang boleh buat Khalid Ibrahim sedikit lega dan begitu juga dengan orang-orang Selangor yang tak berapa suka dengan ura-ura lantikan Khusrin Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan negeri Selangor yang baru.Sepertimana yang diketahui bahawa upacara angkat sumpah Khusrin ini sebagai SUK negeri Selangor yang baru yang telah dijadualkan akan mengangkat sumpah hari selasa ini tidak akan terjadi berikutan dengan perkembangan-perkembangan yang mutakhir yang telah tidak selari dengan buku undang-undang.

Manakala Khalid pula telah mendapat jadual untuk bertemu dengan Sultan Sharifudin pada esok pagi bagi perbincangan tentang perkara ini dan akan membuat pengumuman berhubung dengan perkara SUK negeri Selangor yang baru ini.

dollah yankee -
Kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh PR Selangor.

MB S'gor: 'KSN sengaja belakangi proses pemilihan'

Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Khusrin Munawi.

mohamad sidek hassan chief secretary of governmentMenteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dalam dalam pemilihan
tersebut, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut nota amalan perkhidmatan awam.

Menurut Khalid, nota amalan tersebut menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

"Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan menteri besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan," tegasnya.

Khalid berkata, kerajaan Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

"Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam kerajaan negeri Selangor.
Malaysiakini melaporkan sebelum ini bahawa Khusrin berada di kedudukan terakhir antara calon yang ditemuduga oleh jawatankuasa tersebut.

"Ketika mengumumkan pelantikan Datuk Khusrin Munawi, KSN bukan saja membelakangkan menteri besar, malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman," tegas menteri besar lagi.

"Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Lebih merunsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.

"Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acapkali dikritik sebagai tidak efisyen," tegas Khalid.

Walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini.
-malaysiakini-

Nasib baik tak boleh guna cara perang nak rampas...

cucupakkasim
Ini Khalid Ibrahim pun satu daaa ... 'pu-de-ke salam' yang dibawah dan ditepi-jalan yang minat dengan politik pun tahu daa.. yang Najib dengan umno tak akan duduk diam, mereka akan guna apa juga cara yang boleh untuk ambil balik Selangor, tak kira cara .. kalau tak boleh jalan depan, guna jalan belakang, kalau tak boleh cara elok, mereka akan guna cara tak elok .. itu pun tak dia tak mahu 'take guard' lagi ..

Bukan saja gurkah-gurkah politik di'port' dah pun bercakap hal ini antara sama-sama mereka yang dalam kontroversi perkara lantikan SUK negeri Selangor ini yang Khalid 'partly to be blame', sebab bagi sepenuh tanggung jawab dan tugas ini pada SETPOL dia, tapi Raja Petra Kamarudin (RPK) juga bercakap benda yang sama bila RPK kata Khalid tak kesah dan tak ambil berat nak pergi jumpa Sultan dan bincang perkara ini awal-awal lagi. Lalu peluang ini telah diguna oleh Najib/umno. Bila perkara ni dah masuk bab campur tangan sultan dah jadi caca merba, baru Khalid pun terhegeh-hegeh.

Bila gurkah-gurkah ini baca kolum RPK dalam 'The Corridors of Power', memang setuju dan betul lah apa yang RPK cakap yang Khalid sepatutnya bagi perhatian yang serius dalam perkara yang cukup sensitif dan dan yang cukup penting ini untuk pastikan tidak akan berlaku sebarang perkara yang 'Hanky-Panky'.

Bila saja Khalid dah pun 'ready' dengan tiga nama calun yang sesuai, nama calun pilihan dari Najib/umno dah pun sampai ke pejabat sultan. Baru Khalid pun terkejut, nasib baik dia tak kena 'heart attack'. Calun dari Najib/umno Khusrin Munawi pula yang dipersetujui oleh sultan adalah musuh Pakatan Rakyat yang dah melakukan banyak perkara-perkara yang dilihat tidak menyokong Khalid dan PR.

Tak tau lah apa cara Khalid nak buat sebab dengar kata yang Khusrin Munawi dah pun nak angkat sumpah.

dollah yankee -
Untuk masa sekarang dah pun masuk bab menderhaka kepada sultan kalau Khalid silap langkah dalam perancangan ...

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com 

Pelantikan SUK : Kata Pakar ,Selangor Bakal Tuju Krisis Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat mampu membawa kepada krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual untuk diadakan 6 Januari ini, diteruskan, kata pakar-pakar perundangan dan perlembagaan.

Memetik laporan portal The Malayian Insider, pakar-pakar perlembagaan berhujah upacara Khamis depan itu sebagai "tidak sah" memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar bukannya Sultan Selangor.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga dikatakan telah mempersembahkan tiga nama untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengetuai perkhidmatan negeri yang paling kaya itu.

Sedangkan Khalid menganggap pelantikan itu belum muktamad tetapi Istana Selangor menegaskan, keputusan melantik Khusrin yang akan berkuat kuasa esok adalah muktamad.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Difahamkan Datuk Ramli Mahmud yang akan bersara sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Mac depan juga pernah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mac 2006 ketika negeri itu ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Ini kali pertama seorang Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Mac 2008.

Peguam veteran Karpal Singh berkata, perkembangan ini boleh membawa kepada krisis perlembagaan kerana ia tidak selari dengan perlembagaan negeri.

"Sultan perlu mendapatkan nasihat perundangan daripada penasihat undang-undang negeri sebelum majlis angkat sumpah diteruskan.

"Dalam perkara-perkara macam ini, Sultan bertindak atas nasihat Eksekutif, Tuanku tidak boleh bertindak sendirian.

"Perkara yang dikhuatiri ialah jika majlis itu diadakan, ia boleh diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, langkah tersebut bercanggah dengan perlembagaan negeri memandangkan ia tidak tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Selangor.

"Perlembagaan negeri tidak membenarkan perkara ini . . . tetapi saya berharap ini tidak berlaku, itu sebabnya Sultan perlu berhati-hati sebelum meneruskan perkara ini," kata beliau lagi.

Karpal juga berkata, beliau juga secara peribadi telah diminta oleh Khalid agar melihat aspek itu dari sudut kesahihan perundangan.

"Saya sebenarnya sedang lihat pada aspek perundangan sekarang. Saya diminta membantu bagi pihak Menteri Besar," kata wakil rakyat DAP itu.

"Tindakan Sultan (menyempurnakan majlis angkat sumpah) boleh dibawa ke mahkamah," kata Karpal.

Artikel 52(4) perlembagaan negeri Selangor menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri perlu menyempurnakan majlis angkat sumpah kerahsiaan tugas di hadapan Menteri Besar.

Tiada sebutan mengenai majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari juga menyifatkan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai "amalan baru" yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Pada pengetahuan dan pengalaman saya ini kali pertama majlis angkat seumpama diadakan, walaupun saya berpendapat ia hanya satu majlis rasmi semata-mata dan tidak diperlukan," kata beliau.

Menurut beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan pegawai-pegawai kanan negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

Sehubungan itu beliau juga melihat perkembangan tersebut akan membawa implikasi baru dalam politik negara ini dan kesan ke atas negeri-negeri lain.

"Ia seolah-olah sesuatu yang tidak dibolehkan mula diguna pakai dalam keadaan tertentu, macam Speaker DUN tiada kuasa mengambil tindakan ke atas ahli dewan sebagaimana disaksikan di Perak dulu, tetapi di Parlimen Speaker dikatakan boleh," katanya yang melahirkan rasa hairan dengan perkembangan semasa.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin mengesahkan Pejabat Menteri Besar menerima jemputan majlis angkat sumpah tiga hari lalu.

"Surat undangan diterima dua tiga hari yang lalu," kata beliau ketika dihubungi, yang turut mengesahkan majlis angkat sumpah kerahsian tugas perlu disempurnakan oleh seseorang Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar.

Khalid juga membayangkan beliau tidak akan menerima Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

"Itu peruntukan dalam perlembagaan negeri," katanya lagi.

Ketika majlis solat hajat di kediamannya di Shah Alam malam tadi, Menteri Besar Selangor menekankan, beliau ada opsyen untuk tidak menerima Khusrin dengan tidak memberikan persetujuan bagi majlis angkat kerahsiaan.

"Jika Khusrin tidak mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar, maka beliau tidak boleh menyempurnakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sepenuhnya.

"Beliau tidak boleh hadir mesyuarat Exco Kerajaan Negeri atau ada kuasa untuk akses dokumen-dokumen rahsia kerajaan. Sudah pasti beliau akan bertindak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri atas nama bukan dari segi tugas dan tanggungjawab.

"Menteri Besar membayangkan ini opsyen yang Selangor ada, tidak membenarkan Setiausaha Kerajaan Negeri angkat sumpah," kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Beliau antara mereka yang hadir pada majlis malam tadi di mana Menteri Besar Selangor membuat kenyataan terbuka buat kali pertama.

Kelmarin, kerajaan negeri Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bahawa ia lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Faekah berkata tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut pada 27 November lepas dengan menubuhkan sebuah panel temu duga sejajar dengan nota amalan.

"Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon (bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan) dan Menteri Besar pada 17 Disember lepas mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor.

"Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Selangor mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

"Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan," kata Faekah.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sebagai Setiausaha

Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa esok oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
-tvsnews-

Khusrin tak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK - MB Selangor

Ismail Hashin
SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).
Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.
SUK mula tugas angkat sumpah depan MB

MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.
-malaysiakini-

Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.

"Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.

"Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media.

Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa.

Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.

Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan.

“Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

SUK Negeri Selangor: Kerajaan UMNO Penipu Besar !

LeeSlimshady
Perhatian! Ini Bukan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Yang Baru!
MB SELANGOR LEWAT SERAH SURAT – berita hairan

Sultan Sharafuddin perkenan pelantikan SUK baru pada 10 Disember

Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar. 
Tengok ! Muke je dah macam HANTU RAYA!
Lihat dengan jelas bagaimana United MuNkEeE memainkan kelentongnya, sejak dari awal lagi kita memang dah lihat dengan jelas yang geng-geng Zionis UMNOPCO memang adalah dari keturunan PENIPU BESAR! dalam dunia. Sejak awal lagi Kerajaan Negeri Selangor sudah menemuduga 3 calon dan nama ketiga-tiga calon ini telah pun di hantar ke Pusat Perkhidmatan Awam.

Dan Kemudian ini adalah tugas Kerajaan Persekutuan untuk memproses ketiga-tiga calon tersebut. persoalannya di sini apa kena mengena dengan Sultan? kerana Setiausaha Kerajaan yang baru akan mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar bukan Sultan jadi apa kena - mengena dengan Sultan.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”

Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak. 

Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan mangkuk ayun si Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol.
Adakah Menteri Besar, Ketua Kerajaan di mana Khusrin akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan paling kanan wajar dimaklumkan melalui media? Undang-Undang Tubuh menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar – menggambarkan hubungan yang sepatutnya wujud antara beliau dan Menteri Besar, bebas tetapi saling hormat-menghormati untuk melancarkan jentera kerajaan.

Protokol sebenarnya, walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang punya kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi sewajarnya dimaklumkan kepada Sultan dan Menteri Besar sebelum mengeluarkan kenyataan media.

Apatah lagi apabila kita mengambilkira bahawa HANTU RAYA ni sebagai Pengarah JAIS dikenali dengan sikapnya yang seolah-olah ingin sabotaj Kerajaan Negeri Selangor selama ini.

Ramadan lepas, misalnya, Mat Monggol ingin mengadakan program ZIONIS UMNO di Masjid al-Ihsan, Taman Medan. Hanya ketegasan nazir masjid yang mengikut titah DYMM Sultan yang tidak mahu masjid dipolitikkan berjaya mempertahankan kesucian masjid. Mangkuk Ayun ni sendiri terlibat melobi agar program United MuNkEeE tersebut dibenarkan, sedangkan sebelum ini pelbagai sekatan dikenakan sekiranya pemimpin PAS atau KEADILAN ingin mengadakan program ilmiah di masjid.

Mangkok ayun ini jugalah yang engkar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan menimbulkan kontroversi berikutan lawatan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. Khusrin diam membisu pula apabila Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan menyampaikan cek di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor.
Sebelum itu Haram Jadah si Khusrin ‘menempa nama’ dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?

Kerajaan Negeri sudahpun menghantar tiga calon daripada pegawai-pegawai kanan di negeri Selangor untuk menjadi calon Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Ketiga-tiga nama dipilih selepas melalui mekanisme pemilihan Kerajaan Negeri yang sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajan Negeri yang ada hari ini.

Dari segi rekod Khusrin juga wajar dipertikai. Khusrin sendiri sekadar dalam gred Jusa C, justeru melangkah Jusa B untuk menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bergred Jusa A. 

Putu Mayam ni hanya sekadar menghabiskan 3 daripada 27 tahunnya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di peringkat Persekutuan, selebihnya beliau cuma berkhidmat di negeri Selangor. Seolah-olah kelayakan Hantu Raya ni hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambil kira!

Kerajaan UMNOPCO kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan semula Selangor dan sanggup mengheret istana semata-mata untuk kepentingan sempit politik mereka.

1 Malaysia pastinya seronok melihat ada pihak UMNOPCO cuba menyebut tentang Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh dalam hal ini. Jelas sekali mereka tak faham semangat Perlembagaan tersebut. Apatah lagi, apabila menggantung ahli Parlimen, melantik JKKKP mahupun menafikan royalti negeri Kelantan, tak pernah pula UMNOPCO merujuk Perlembagaan!
Kita Tengok dalam beberapa hari lagi gerenti ada geng UMNOPCO atau PERKASAM yang cuba mainkan kononnya sesiapa yang mempertikai perlantikan Khusrin sebagai anti-istana. Tindakan Mat Monggol yang mengheret Ketua Setiausaha Negara dan Istana Selangorlah yang sepatutnya dipertikaikan!
http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

Selangor: Najib merampas kuasa pakatan rakyat

mohdnoorawang
Negeri Selangor bakal menerima arus tsunami politik yang direkacipta oleh Umno dibawah pimpinan perdana menteri Malaysia Datuk Najib Razak. Langkah pertama melantik Khursin Munawi bekas Pengarah JAIS sebagai Setiasaha Kerajaan Negeri Selangor. Perlantikan Khursin tidak dimaklum dan dibincang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta Exco negeri. Jelas Najib dan kerajaan Persekutuan BN/UMNO ''MENCULIK DAN MERAMPAS" jawatan tersebut.

Dikuathiri akan berlaku satu rampas kuasa secara kudeta seperti apa yang berlaku di Negeri Perak. Untuk rekod Negeri Perak dirampas kuasa dari Pakatan Rakyat melalui tangan SUK Negeri Perak serta direstui oleh  kerjaan Persekutuan dibawah kuasa Najib Razak. Dengan campur tangan Najib dan mengunakan mahkamah.


Menjadi tradisi jawatan setiausaha kerajaan negeri sewajarnya mendapat persetujuan menteri besar dan exco sebelum dimaklunkam kepada pehakyang berkenaan.

Rakyat Negeri Selangor telah memberi andat kepada kerajaan pakatan rakyat. Jelas kerajaan BN/UMNO  dilihat sebagai usaha jahat dan ada agenda yang bakal dilakunkan di Negeri Selangor.

Satu cabaran yang berat kepada Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor serta kerjaan Pakatan Rakyat. Mungkin berlaku satu agenda merampas Negeri Selangor pada PRU13.

Kedua cukup anih Ketua Setiausaha Negara memaklumkan bahawa kerajaan Pusat dapat perkenan Istana Selangor, sedangkan menjadi amalan negeri  segala urusan dengan istana adalah hak negeri. Malah tidak ada hormati jawatan Menteri Besar.