Nik Aziz beri kata dua kepada pemimpin Pakatan Rakyat
Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak kekal dan diterima rakyat selamanya jika pemimpinnya tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
"Saya memberi ingatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya.
"Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan Anggota Parlimen Kapar, Selangor, di kediaman rasminya di JKR 10, di sini.
-Bernama-
Nik Aziz nafi Rumah Kelantan di KL dijual
Sebaliknya, kata beliau, bangunan yang terletak di Jalan Conlay itu hanya akan dimajukan oleh sebuah syarikat di ibu negara dan kerajaan negeri mempunyai kepentingan dalam projek membangunankan semula bangunan itu.
Mengulas isu itu Nik Aziz berkata perkara itu telah diputuskan oleh mesyuarat Exco sebelum ini dan bukan dibuat oleh seorang anggota Exco seperti yang didakwa.
“Saya tidak bercadang untuk menyiasat perkara itu kerana saya menyerahkan kepercayaan kepada pegawai saya. Saya meletakkan sangkaan baik kepada orang-orang di bawah saya,” katanya.
Menurut Nik Aziz, beliau tidak nampak kemelut yang berlaku dalam PAS seperti yang dilaporkan oleh media sejak kebelakangan ini.
“Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa,” katanya.
-malaysianinsider-
Kes enjin F5E dan kapal KD Seri Indrapura sama, tapi kenapa tindakan berbeza?
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Jika bekas Pegawai Pemerintah (CO) kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Seri Inderapura yang terbakar dihadapkan ke mahkamah, mengapa perkara yang sama tidak berlaku dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dua enjin pesawat pemintas F-5E hilang.
Ketika membangkitkan perkara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kehilangan dua enjin pesawat tersebut lebih serius kerana sangat memalukan negara.
"Kehilangan enjin jet F-5E sangat memalukan negara, kerana ini menunjukan soal tahap keselamatan negara yang berkaitan dengan sektor dan industri pertahanan tersangat buruk.
"Kehilangan enjin jet tersebut juga adalah kehilangan aset milik negara yang gagal dijaga dengan selamat," katanya.
Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sepatutnya Panglima TUDM dan Menteri Pertahanan ketika kehilangan enjin pesawat itu berlaku hendaklah dihadapkan ke mahkamah tentera atau mahkamah awam kerana mereka menyembunyikan kehilangan tersebut dari pengetahuan umum selama dua tahun.
"Seolah-olah ada suatu rahsia yang hendak disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
"Sebaliknya Peguam Negara hanya mengumumkan hasil siasatan polis kononnya tiada pegawai kanan atasan TUDM dan Kementerian Pertahanan yang terlibat dalam kehilangan enjin jet tersebut.
"Yang terlibat hanya berpangkat sarjan (sedangkan dalam) kes KD Inderapura pegawai pemerintah kapal tersebut yang dipertanggungjawab, takkan dalam TUDM sarjan yang jadi pegawai yang bertanggungjawab terhadap jet F-5E.
"Pelik sungguh, agaknya di Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab hanya budak pejabat atau pun prebet tentera yang jadi Menteri Pertahanan," sindir beliau.
Beliau mengucapkan tahniah pada TLDM yang mengekal dan membudayakan amalan yang meletakan ketua mesti memikul tanggungjawab.
"Ini suatu amalan dan budaya yang akan memastikan seorang ketua akan melaksanakan tugas dengan baik, adil dan beramanah.
"Amalan ini akan dapat mengelak dari berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta menghindari dan membenteras gejala rasuah," katanya.
Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah bermakna kakitangan di peringkat bawah boleh melakukan kesalahan.
"Tetapi amalan tersebut adalah untuk memastikan ketua akan bertanggunjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya termasuk untuk memastikan orang bawahnya bekerja dengan betul dan amanah," kata beliau.
Mahfuz meminta Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera kini menyatakan siapakah pegawai pemerintah kem TUDM ketika enjin jet F-5E itu hilang.
"Adakah pegawai pemerintah tersebut dihadapkan ke mahkamah tentera sepertimana kes kebakaran kapal KD Inderapura," beliau mempersoalkan.
CO kapal KD Seri Inderapura yang terbakar pada 8 Oktober itu akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera di pangkalan TLDM Lumut Isnin ini.
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, seorang pegawai pemerintah perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ke atas kapalnya termasuk menentukan aset hak milik negara berada di dalam keadaan selamat.
Kata beliau, TLDM boleh menerima hakikat kebakaran tersebut tetapi bukan sehingga 'kehilangan' kapal itu kerana ia menunjukkan wujud banyak kelemahan.
KD Seri Inderapura yang ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 31 Januari 1995, terpaksa dilucutkan tauliah selepas rosak teruk dalam kebakaran yang berlaku pada 8 Oktober 2009, dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Sepanjang khidmatnya selama 14 tahun, kapal pendarat terbesar milik TLDM itu telah mengharumkan nama negara dengan terlibat dalam pelbagai misi dan operasi luar negara termasuk menyelamatkan tebusan lanun di perairan Somalia.
Kapal dengan nama asalnya USS Spartanburg County itu dibina di San Diego, California, Amerika Syarikat (AS) pada 1970.
Ia kemudian diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 16 Disember 1994 selepas dilucutkan tauliah dalam perkhidmatan Tentera Laut AS.
6 suspek ditahan bantu siasatan kes mayat amah dalam bonet
-Bernama-
9 pelajar ditahan bantah p'raya kampus
Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.
Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.
Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.
Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.
Mereka yang terdiri daripada pelajar dari beberapa universiti di Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.
Presiden PAS dan Tun Salleh sertai pidato royalti minyak Ku Li
KOTA BHARU, 23 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dimaklumkan akan turut serta dalam perhimpunan khas royalti minyak 28 Januari ini di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu.
Perhimpunan yang akan bermula dengan Solat Maghrib yang bakal diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan mendengar pidato khas Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas.
Pidato anggota Parlimen Umno dari Gua Musang itu sangat penting kerana beliau adalah pihak yang berjanji bagi pihak Petronas untuk membayar 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan negeri ini.
Janji itu dibuat Razaleigh melalui perjanjian mengenainya ketika beliau mewakili Petronas ketika membuat perjanjian dengan Kelantan.
28 Januari ini, Tengku Razaleigh dijangka mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.
Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat iaitu sebuah NGO yang memperjuangkan royalti untuk negeri Kelantan dan Terengganu. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan.
28 Januari ini bakal menjadi hari yang penting untuk Kelantan kerana di hari itu ketua-ketua gereja seluruh negara juga akan mengadakan perhimpunan mereka di Kota Bharu.
Ia kemudian disusuli dengan majlis Makan Tengahari dengan Menteri Besar Kelantan bersama ketua-ketua agama lain termasuk para ulama dan sami.
Fuziah Salleh dilantik pengarah pilihan raya baru PKR
Manakala portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh Fuziah akan diambil alih Mustaffa Kamil Ayub yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa parti itu.
Perkara itu diumumkan Pesiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya keputusan rombakan itu dibuat pada mesyuarat Biro Politik PKR pada 20 Januari lalu sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan.
"KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya," katanya.
4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.
Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.
Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.
Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.
-malaysiakini-
Pengerusi Gerak sertai PKR esok
PETALING JAYA, Jan 23: Jika pengerusi pertama Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menyertai Umno dua tahun lalu, penggantinya Mohd Nazree Mohd Yunus pula akan melangkah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok.
Nazree, 26, yang sebelum ini turut disebut-sebut akan mengikut langkah Ezam menyertai Umno, dikatakan sudah memutuskan untuk menganggotai PKR.
Perkara itu yang sepatutnya diumumkan pagi ini hanya akan dimaklumkan kepada umum tengah hari esok.
The Malaysian Insider difahamkan Nazree sudah mencapai keputusan muktamad untuk menyertai PKR dan telah selesai mengadakan perbincangan akhir dengan kepimpinan parti itu beberapa hari yang lalu.
Pun begitu Nazree (gambar) yang dihubungi lewat semalam enggan mendedahkan nama parti yang bakal beliau sertai.
Ketika ditanya bahawa PKR disebut-sebut sebagai parti pilihannya, Nazree berkata, “biar ia tinggal teka-teki (sehingga esok)... saya akan mengumumkan pada Ahad.”
“Apa yang boleh saya katakan adalah, saya telah dijemput untuk menghadiri satu sidang media di Kuala Lumpur pada Ahad ini,” katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui perbincangan mengenai perkara tersebut sudah selesai.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditanya mengenai perkara tersebut juga enggan memberi sebarang komen.
“Saya belum ada maklumat, bagaimanapun jika beliau hendak menyertai PKR, kami mengalu-alukan... kami mengalu-alukan sesiapa sahaja khususnya mereka yang boleh mendukung perjuangan PKR,” katanya.
Ezam, bekas ketua AMK menubuhkan Gerak dan kemudian menyertai Umno.
Bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melepaskan jawatan pengerusi Gerak untuk menyertai Umno pada Jun 2008.
Ezam juga memaklumkan The Malaysian Insider minggu lalu bahawa beliau tidak pernah mengajak Nazree agar menyertai parti politik.
Nazree, 26, sebelum ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau telah memaklumkan secara rasmi kepada barisan kepimpinan Gerak mengenai pendiriannya untuk menyertai parti politik secara sepenuh masa.
Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan PAS dan Umno.
Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia menggariskan bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik.
Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain telah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.
Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada 21 Jan 2009, bertajuk “Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor” dan “Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor” pada 3 Feb 2009 berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi.
Masa Depan Akhbar
Nobisha
New York Times (NYT), akhbar yang berusia 159 tahun, akan mula mengenakan bayaran kepada pembaca. Mulai tahun depan, seseorang hanya boleh
membaca sejumlah mukasurat NYT versi online; untuk mengakses selebihnya, sila bayar.
Keputusan itu dibuat kerana NYT berhadapan dengan masalah kemerosotan edaran (circulation) dan kekurangan pendapatan iklan. Pada tahun lalu, gaji wartawan NYT dipotong 5% dan 100 pekerja bilik berita ditamatkan perkhidmatan. NYT ialah akhbar ketiga terbesar edaran (928,000) di Amerika Syarikat; di belakang Wall Street Journal dan USA Today.
Dilema yang dihadapi oleh NYT bukanlah sesuatu yang baru dan terpinggir. Akhbar harian besar di Amerika Syarikat mengalami kemerosotan jualan purata sebanyak 15% pada tahun lepas. Outsell, sebuah firma penyelidikan, menjangkakan purata kemerosotan edaran akhbar Amerika Syarikat pada kadar 3.5% pada tahun ini. Jumlah edaran majalah juga merosot -- dari Newsweek kepada Readers Digest.
Hal yang sama juga berlaku di Malaysia. Berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation (ABC), edaran akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada tahun 2009 (Jun), ialah sekitar 160,000 (Berita Harian) dan 170,000 (Utusan Malaysia). Pada tahun 2006, edaran Utusan Malaysia ialah 213,000, manakala Berita Harian mencatatkan angka 203,000.
Mingguan Malaysia masih berada di atas dengan edaran 411,000, berbanding Berita Minggu 263,000. Ia adalah penurunan edaran dari 483,00 bagi Mingguan Malaysia dan 333,000 bagi Berita Minggu.
Akhbar berbahasa Inggeris juga mengalami kemerosotan edaran. Jumlah edaran akhbar The Star pada tahun 2009 ialah 295,000; berbanding 310,000 pada tahun 2006. The New Straits Times juga merosot dari 139,000 pada tahun 2006 kepada 120,000 pada tahun ini.
Adakah betul kata-kata bahawa kemerosotan jualan adalah disebabkan orang tidak membaca akhbar disebabkan sesetengahnya cenderung menyokong kerajaan?
Saya tidak fikir begitu. Laman web Alexa.com meletakkan akhbar The Star pada tangga 15 laman web paling popular di Malaysia (berdasarkan page hits), diikuti oleh Utusan Malaysia (24) dan Berita Harian (29).
Berdasarkan statistik ABC dan maklumat Alexa.com, saya rumuskan bahawa masyarakat masih membaca akhbar. Minat mereka kepada laporan berita dari media massa arus perdana tidak menurun. Saya percaya organisasi media dengan wartawan terlatih dan "gatekeeper" berperanan menyebarkan berita yang diharapkan oleh pembaca -- walaupun pada masa yang sama pembaca juga menjenguk media baru (seperti blog) untuk mendapat berita alternatif dan maklumat tambahan.
Apa yang berlaku ialah peralihan media dari kertas (hard copy) kepada versi online. Ia juga selari dengan ledakan internet di negara ini -- pada tahun 2000, ada 3.7 juta pengguna internet di Malaysia, ia bertambah kepada 16.9 juta pada hujung 2009.
Mungkin agak keterlaluan untuk saya meramalkan bahawa pada suatu masa nanti yang cukup hampir, akhbar dalam bentuknya yang ada sekarang akan pupus dan ia digantikan oleh versi online. Menurut Economist.com, San Francisco bakal menjadi bandar pertama yang tidak lagi mempunyai akhbar tempatan. Saya fikir hal yang sama tidak mustahil di Malaysia.
Langkah NYT mengenakan bayaran kepada pembaca adalah sesuatu yang baik (setidak-tidaknya untuk survival akhbar berkenaan) -- walaupun ia pernah gagal apabila membuat cubaan kali pertama sebelum ini. Apa lagi pilihan yang mereka ada?
Sehingga kini, belum ada lagi akhbar yang berjaya dengan "business model" ini. Di Malaysia, portal seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Harakahdaily (ketiga-tiganya berada dalam senarai "Top 100" - Alexa.com - laman web popular di Malaysia, bersama-sama The Star, Utusan Malaysia dan Berita Harian) hidup bukan kerana langganan pembaca tetapi geran atau sumbangan pihak luar.
Dilema pemilik akhbar ialah bagaimanakah untuk menjana pendapatan secukupnya dari perubahan ini.
John Morton, penganalisis media mengatakan, "'The newspaper industry made a big mistake a decade ago when it accepted the false premise that information on the internet needs to be free.''
Sementara, pengkritik Arianna Huffington menyebut, bayaran untuk kandungan online tidak akan berjaya disebabkan persaingan di internet. Katanya, ''Unless you're selling porn, and especially very weird porn online, subscriptions are a dead loss!''
YBK Tidak Bertanggungjawab
Setelah beberapa kali kerajaan negeri mendesak YBK mengemukakan laporan kewangan tahunannya, Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom menyatakan ia sudah diterbitkan di laman sesawang YBK.
Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan laporan itu hanyalah berkaitan aktiviti tahunan YBK dan menyifatkan Zainal cuba berdalih.
“Zainal Sakom cakap, saya dah terbitkan akaun, tulis akaun, boleh jadi orang Umno tak tahu baca akaun, saya reti baca akaun, dalam akaun tak ada tulis ini, u tak ada cerita, besok tanah hilang, duit semua hilang, saya tanya mana itu akaun, lepas tu dah takut dah, saya serahkan kepada amanah raya, bukan kerana apa, serahkan kepada kerajaan negeri, kita bagi kepada rakyat”, kata Abdul Khalid.
Beliau berucap demikian dalam Forum Rakyat di Cheras malam semalam.
Menurut Tan Sri Khalid, sebelum ini YBK cuba menukar status tanah seluas 1,300 ekar di Serendah dari pertanian kepada komersil dengan tujuan membina bangunan komersial.
YBK kemudian menukar perancangan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak kampus Universiti Teknologi MARA.
Bagaimanapun tindakan itu mencurigakan kerana tanah terbabit cuba dijual pada harga yang rendah berbanding harga pasaran semasa.
“Dia nampak sombong pula, sekali rupa-rupanya sombong itu kita tengok kerajaan negeri Selangor bukannya bagi sikit-sikit, dia bagi 1,300 ekar tanah di Serendah dekat kawasan Proton, 1,300 ekar tanah dengan janjinya dulu nak dibagi RM600 satu ekar, tak lebih dari RM0.20 satu kaki persegi, jadi kita kata, kalaupun Yayasan Basmi Kemiskinan itu pun tidak pejam mata jual tanah itu, dia jual tanah itu kalau tanah pertanian sekurang-kurangnya RM1.20 satu kaki, ataupun RM60 ribu satu ekar, kalau dijual RM60 ribu satu ekar, nilainya ialah lebih RM70 juta.
“Lepas itu minta kerajaan negeri bukan bagi kawasan pertanian, katakan kawasan perumahan dan nak buat bangunan komersial, kalau komersil harga RM10 sekaki, dekat Cheras pun tak dapat RM10 sekaki, RM10 sekaki ialah RM400 ribu satu ekar, RM400 ribu darab dengan 1,300 ekar, RM500 juta, jadi dulu boleh jadi Khir Toyo tak tahu kira, sanggupkah negeri Selangor membiarkan RM500 juta itu dengan cara tidak terkawal, Umno kata boleh tapi Pakatan Rakyat dan Keadilan kata tak boleh, ini hak rakyat”, katanya lagi.
Sang Kelambai Jadi Pegawai Perdana Menteri
Mohd Sayuti Omar
BERTUA badan, bloger yang menamankan dirinya Sang Kelambai atau Zaharin Mohd Yassin dikatakan akan memulakan tugas baru pada 1 Februari ini. Nampaknya hari ulang tahun Wilayah Persekutuan KL membawa tuah kepada Zaharin. Beliau khabarnya akan dilantik menjadi salah seorang pegawai Perdana Menteri selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas.
Saya tumpang seronok dan gembira atas perkembangan ini. Molek dan kena sangatlah kalau Najib mengambil Zaharin sebagai salah seorang pegawainya. Zahari memang mempunyai pengalaman banyak dalam politik. Dia walaupun begitu tetapi bukan tokoh sembarangan. Kenalan politiknya menjangkau jauh, dari parti kesayangannya Umno kepadalah parti-parti pembangkang seperti Pas.
Begitu juga dari kalangan tertentu dalam Umno menggunakan Zaharin sebagai penyampai sesuatu perkara kepada pihak atasan yang tidak tergamak untuk diucapkan. Setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno melibatkan pemilihan Zaharinlah yang akan dicari oleh mereka yang nak bertanding, menjadi tukang kempennya.
Bukan sekali saya sendiri lihat bagaimana keberanian Zaharin dalam mengkiriti seseorang. Dia akan mengherdik sesiapa saja tidak kita menteri, perdana menteri (kecuali agong) jika dia fikir tidak kena pada akalnya. Apa yang beliau lakukan untuk memperbaiki diri dan performance seseorang. Kalau pegawai menteri ialah untuk memperbetulkan pegawai berkenaan.
Gara-gara sikapnya yang out spoken itu menyebabkan pegawai menteri, setiausaha politik, akhbar begitu hati-hati bila berurusan dengan Zaharin. Mereka akan layan Zaharin bagaikan meniti jambatan halus.
Mudah-mudahan dengan tugas baru ini Zaharin akan senang dan dapat membantu Najib sebaik mungkin. Barang kali selepas ini suasahlah nak jumpa Zaharin di lobi-lobi hotel atau pun di The Mall 'zone larangan' tempat para bloger dan broker politik melepak. Dia tentu akan berpejabat di Putrajaya dan menguruskan tugas-tugas tertentu untuk Najib.
Tahaniah kepada Zaharin.
Jadi ahli Umno baru dapat kerja?
Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.
Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno.
Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.
Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.
Kepimpinan syarikat dan kerajaan negeri seolah-olah menjadikan syarikat tersebut milik Umno. Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku di negeri Melaka ini.
Pimpinan Umno dan BN negeri ini sudah lama menjadi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri macam harta mereka sendiri. Apa sahaja yang mereka ingin lakukan mereka boleh buat sesuka hati bermaharajalela tanpa batasan dan rasa takut kepada Allah.
Tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak sentiasa muda dan berkuasa ada lagi Yang Lebih Berkuasa di atas sana.
Suatu hari kita semua akan tua dan kuasa yang ada pada kita akan hilang. Yang kekal hanya 'rumah' beralamat No 2, Jalan Bawah yang dalamnya tidak lebih dari 6 kaki dan lebarnya mungkin 2-4 kaki. Semua kita akan menghuni rumah seperti itu.
Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara ingatlah .....insaflah .....marilah sama-sama kita takut kepada doa orang yang kena zalim!
Khalid perjelas inti titah Sultan
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu.
Penjelasan Khalid itu sekaligus menafikan bahawa beliau dititahkan ke istana disebabkan vokal dalam isu kalimah 'Allah' sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa.
"Sekakat ini, bukan isu kalimah 'Allah', Sultan lebih bertitah (tentang) enakmen-enakmen berkaitan orang bukan Islam," jelas Khalid ketika dihubungi petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.
Menurut Khalid, Sultan menitahkan PAS serta Pakatan Rakyat di Selangor supaya memanfaatkan prosedur undang-undang yang ada, sekiranya berhasrat membuat sebarang perubahan.
"Kalau berasa apa-apa yang tidak sesuai dan memerlukan rombakan pada enakmen, maka ikut prosedur.
"Tuanku menitahkan kita untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam," jelasnya.
Jelasnya lagi, Sultan tidak gembira dengan perubahan menggunakan pendekatan berceramah.
"Istana tidak suka (pendekatan) ceramah-ceramah ini (kerana) ia memanjangkan kekacauan berterusan," jelasnya.
Menjunjung titah Sultan Sharafuddin, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam bersedia memanjangkan hasrat Tuanku Sultan kepada para pemimpin PAS di peringkat negeri.
"Saya menjunjung titah tersebut dan akan berbincang dengan pemimpin PAS, jadi proposal ini bukan daripada saya, tetapi biar datang dari PAS secara rasmi," ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Khalid menjelaskan bahawa niat bertemu Tuanku Sultan diusahakan sejak November tahun lalu lagi.
Kesempatan mengadap Tuanku Sultan pagi tadi, menurut beliau, digunakan untuk menjelaskan beberapa proses pembangunan serta pembaharuan yang dibangunkan di Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga dilaporkan membuat penafian kononnya cuba menghina Tuanku Sultan dengan mempertikai penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam suatu demonstrasi berkaitan isu kalimah 'Allah' di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam.
Isnin lalu pula, lebih 16 badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan membuat aduan polis berhubung isu tersebut.
Setelah keluar dari Istana Kayangan kira-kira jam 1 petang tadi, Khalid memberitahu wartawan bahawa beliau begitu menjunjung kasih dengan nasihat-nasihat yang dititahkan oleh Tuanku Sultan.
Sultan Johor mangkat
JOHOR BAHARU, 22 Jan: Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan.
-Bernama-
Selain Hadi, PKR dan Asri juga nafi laporan ‘God bukan Allah’
PETALING JAYA, Jan 22: Tiga daripada tujuh peserta muzakarah pakar termasuk dua ahli politik pembangkang dan bekas mufti Perlis menegaskan pertemuan semalam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi sebagaimana dilaporkan media tertentu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, ketiga-tiga mereka — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata “apa yang tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan (semalam) ialah pendirian konsisten kami” menyentuh tiga perkara.
Salah satu pendirian itu ialah penggunaan kalimah “Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam dengan bersumberkan dalil al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan ulama muktabar.
“Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana,” kata mereka dalam kenyataan itu.
Pendirian ketiga ialah berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.
“Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
“Oleh itu, satu garis panduan penggunaannya perlulah diwujudkan,” tambah mereka menerusi kenyataan itu.
Mereka juga menambah, sebagaimana telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan di akhir sesi muzakarah berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika Harakah Daily memetik Hadi melaporkan, muzakarah pakar anjuran IKIM semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.
Penjelasan tersebut sekali gus dilihat berbeza dengan berita ‘God bukan Allah — IKIM’ seperti yang dilaporkan oleh media bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah “Allah” sebagai terjemahan bagi ganti nama ‘God’ atau ‘Tuhan’ adalah tidak tepat.
“Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul,” jelas beliau ketika dihubungi Harakah Daily.
Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah “Allah” tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.
“Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali,” jelas beliau.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.
“Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini,” jelasnya.
“Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata beliau dalam kenyataannya bertarikh 7 Jan lalu.
Selain Hadi, Mohd Nur dan Asri turut hadir ialah Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md Asham Ahmad.
Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh pengerusinya yang juga bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md. Zain.
Laporan Bernama semalam menyebut, muzakarah pakar yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran IKIM semalam bersetuju penggunaan kalimah “Allah” sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.
Abdullah berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.
“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” kata Abdullah.
Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenal Pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Nik Mustapha.
Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang.
“Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan Allah dalam al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam,” katanya.
Nik Aziz Bidas Media Perbesarkan Isu "Cah Keting"
Menteri Besar Kelantan itu berkata media juga telah salah tafsir saranannya dalam kuliah Jumaat minggu lepas supaya umat Islam mendoakan perlindungan daripada tuhan supaya parti itu dijauhi niat manusia yang ingin berbuat khianat atau menikam belakang.
Beliau percaya semua itu dilakukan dengan tujuan dan niat jahat untuk menimbulkan konflik dalam parti itu.
"Tindakan itu memperlihatkan seolah-olah tidak berlaku cah keting kepada pihak parti politik lain, termasuk Umno sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini.
Pada Sabtu lepas, Mursyidul Am PAS itu mengakui budaya "cah keting" wujud di mana-mana, termasuk dalam PAS sendiri dan ia bukanlah merupakan perkara baru dalam mana-mana pertubuhan politik.
Isu Allah: Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik
G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Jan 22: Khalid Samad yang menghadap Sultan Selangor pagi ini telah dititah agar mengemukakan apa jua syor berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 termasuk soal penggunaan kalimah “Allah”.
Semalam Khalid mendakwa enakmen itu sudah ketinggalan zaman.
Sultan Sharafuddin Idris Shah juga tidak mahu isu mengenai kalimah “Allah” berpanjangan sehingga menjadi polemik politik.
Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS itu berkata dalam pertemuan lebih sejam pagi ini, Sultan Selangor turut ada menyentuh polemik semasa membabitkan beliau dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Walaupun kunjungan ini bertujuan mendapatkan wawasan Tuanku mengenai Shah Alam, baginda juga ada membangkitkan isu semasa yang berkaitan dengan kalimah Allah dan pertikaian membabitkan Jais dan Mais.
“Baginda bertitah bahawa jika ada apa-apa pandangan hendak dicadangkan, tulis kepada Mais dan Tuanku, baginda akan memberi pertimbangan.
“Bagi saya ini satu respons positif daripada Tuanku, sikap terbuka baginda, yang menyatakan kesediaan baginda untuk mendengar pandangan semua pihak,” katanya.
Khalid menambah beliau menjelaskan kepada Sultan Selangor bahawa pendiriannya selama ini termasuk menerusi ceramah dan forum hanya bertujuan menangkis pandangan Jais dan Mais yang mengapi-apikan orang ramai dengan tindak-tanduk mereka.
Ketika ditanya sama ada beliau akan berhenti bercakap isu kontroversi kalimah “Allah” serta Jais dan Mais selepas ini, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, oleh kerana ada jaminan Sultan Selangor maka beliau akan memenuhi apa yang dititahkan.
Khalid juga menambah, beliau akan membawa pandangan Sultan Selangor kepada pucuk kepimpinan PAS.
“Saya akan bawa kepada parti termasuk peringkat PAS Selangor... terpulang kepada pucuk kepimpinan untuk memberi pandangan berkaitan syor yang boleh dikemukakan kepada Sultan dan Mais,” katanya.
Selangor merupakan antara negeri yang mengguna pakai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Ia antara lain melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan.
Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.
Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.
Kunjungan hormat Khalid, Ahli Parlimen penggal pertama, diadakan sehari selepas beliau menafikan tuduhan 16 pertubuhan bukan kerajaan bahawa beliau memberikan ucapan mencabar, memperlekeh dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor ketika menyampaikan ceramah pada 12 Jan lalu.
Tegas Khalid, usaha mengheret institusi di bawah naungan Sultan Selangor ke dalam kancah politik dilakukan oleh golongan yang berkepentingan, bukan beliau.
Pada 18 Jan lalu 16 NGO lagi telah membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isi ucapannya di MPSJ bahawa Khalid telah mencabar, memperlekeh dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor, dan mengheret baginda ke kancah politik.
“Usaha mengheret institusi di bawah naungan Sultan ke dalam kancah politik jelas kelihatan apabila demonstrasi diadakan di dalam Masjid Negeri pada 8 Jan.
“Demonstrasi tersebut disebut umum sebagai anjuran Jais dan Mais walaupun dinafikan oleh mereka kemudiannya,” katanya.
Beliau juga mahu kepimpinan dua institusi agama di Selangor - Jais dan Mais - dirombak selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar isu-isu semasa menyentuh umat Islam di negeri itu dapat ditangani dengan harmoni.
Khalid berkata beliau akan membawa syor itu ke peringkat atasan termasuk kepada Sultan Selangor jika mendapat peluang.
-malaysianinsider-
HKL lebih cekap 'tangkap' suspek bakar gereja
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Hospital Kuala Lumpur (HKL) ternyata lebih cekap dari pihak bertanggungjawab yang lain apabila tindakannya membolehkan mereka yang disyaki menyerang gereja dapat ditangkap, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Suspek ditangkap selepas beliau datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan," katanya.
Menurut Mahfuz, apabila suspek tersebut dilaporkan mendakwa muka kiri, tangan dan dadanya terkena api ketika membakar sampah, menimbulkan kecurigaan pihak hospital yang terus menghubungi polis sehingga akhirnya suspek tersebut ditangkap.
"Jadi yang cekapnya pihak HKL," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang mengucapkan tahniah kepada HKL.
Baginya, kecekapan dan kepekaan HKLlah yang membawa pada penahanan suspek dan tujuh suspek yang lain.
"Persoalannya, kalau suspek tak cedera dan tak pergi ke HKL, mungkin hingga kini belum ada penahanan ke atas orang yang dikatakan terlibat," katanya.
Beliau juga mempersoalkan, adakah suspek yang ditahan polis menyerupai lakaran wajah yang didakwa dikenal pasti sebelum ini.
"Kalau tak sama dengan lakaran wajah yang dilakarkan oleh polis maknanya mereka gagal mengesan dan membendung kejadian pengeboman dan pembakaran gereja yang kini berlarutan kepada pembakaran dan pencerobohan surau," katanya.
Isunya, kata beliau sebelum ini polis telah menyatakan sudah pun mengenali lakaran wajah mereka yang dikatakan terlibat dalam pengeboman dan pembakaran gereja tetapi malangnya tidak berjaya menahan lelaki yang dikenal pasti lakaran wajahnya.
"Sebaliknya, penahanan hanya dibuat bila suspek yang pertama datang ke HKL untuk mendapatkan rawatan dan pihak hospital curiga dan terus menghubungi polis," kata beliau.
Beliau juga mempersoalkan adakah tahap kecekapan pihak polis yang diketuai oleh Tan Sri Musa Hassan dan juga menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga polis mampu mengawal keadaan.
Gabem ejen Umno, cuba kelirukan rakyat Kedah
Pemuzik terkenal Indiadapat mimpi peluk Islam di Malaysia
DI BOLLYWOOD bila menjadi popular dan dapat hidup mewah, ramai menukar nama Islam menjadi Hindu. Tapi saya sebaliknya, dulu Dileep Kumar kini menjadi Allah Rakha Rahman... saya bangga!"
Itu kata seorang pemuzik terkenal India, yang lebih dikenali sebagai A.R Rahman. Mungkin namanya kurang dikenali di Malaysia, tetapi ramai, khususnya peminat filem Hindi pernah mendengar muzik ciptaannya dalam 1992, Dil Se, Taal, Swades, Chazyya Chaiyya, Rang de Basanti dan terbaru, Slumdog Millionaire yang memenangi lapan kategori Anugerah Akademi, baru-baru ini.
Muzik A.R Rahman ternyata lebih dikenali berbanding orangnya. Tetapi Rahman mempunyai kisah yang menarik; sama ada perjalanan hidupnya yang kehilangan bapa pada usia Sembilan tahun, atau pencarian kerohaniannya sehingga menemui Islam, setelah dewasa. Sebagai seorang anak lelaki yang kehilangan ayah, Dileep mula memikul tanggungjawab menyara keluarga ketika berusia 11 tahun.
Dia menyertai kumpulan Illaiyaraja, sebagai pemain keyboard. Pembabitannya dalam dunia muzik pada usia sebegitu muda menjadikan nya lebih cepat matang, selain mendedahkannya kepada dunia pemuzik sebenar, yang penuh dengan tabiat buruk; merokok, pemabuk dan mengambil dadah. Jauh di sudut hati Dileep yang masih muda, dia dapat berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia muzik yang begitu `kotor'.
Adakah pemuzik yang baik mesti menghisap rokok, minum arak dan mengambil dadah untuk mendapat ilham mencipta lagu? Dan hatinya sering tertanya-tanya, "Inikah gaga hidup orang muzik?" Dalam pergaulannya dengan ramai pemuzik, hanya seorang saja yang memberikan interpretasi berbeza kepada dunia muzik, iaitu Illaiyaraja. Pemuzik yang dihormati ini tidak mempunyai tabiat buruk, tetapi telah menghasil kan lagu-lagu yang hebat ketika itu.
Dan lelaki itulah yang banyak memberi inspirasi kepada Dileep untuk menjadi pemuzik yang baik; tanpa rokok, arak dan dadah. Sebagai anak muda yang mengamati persekitaran dan berfikir panjang, Dileep terselamat daripada pengaruh-pengarah negatif di sekelilingnya. Namun ada ketikanya jiwanya terasa kosong, dan hatinya gelisah. Ada sesuatu yang dicarinya, adakah itu Tuhan?
Asalnya, Dileep tidak mempercayai Tuhan, kemudian menjadi penyembah berhala, tetapi semuanya serba tidak kena di dalam jiwanya. Ketika usia menginjak remaja, Dileep mula berfikir bahawa dunia ini tidak mungkin akan berjalan dengan sendirinya tanpa Penciptanya. Kemudian hatinya bertanya lagi, tentunya Pencipta itu satu kuasa yang besar.. Tuhan yang satu. Namun bagaimana ia harus bermula?
Kemudian pada 1988, ketika mengadakan konsert di Malaysia, Dileep bermimpi didatangi seorang lelaki tua berjubah putih mengajaknya memeluk Islam. Apabila terjaga, Dileep menganggap ia hanyalah satu mainan tidur dan tidak ambil pusing langsung. Mimpi itu pun dilupakan begitu saja. Tetapi mimpi yang sama datang lagi di dalam tidur Dileep, bukan sekali, tapi hampir setiap malam setelah kembalinya ke India; dia diseru supaya memeluk Islam. Hati Dileep mula gelisah, perasaannya tidak tenteram sewaktu mencari jawapan.
Mesej apakah yang ingin disampaikan oleh mimpi itu. Mimpi itu diceritakan kepada emak nya untuk mendapatkan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman. Walaupun tidak mengerti maksud sebenar mimpi itu, emaknya hanya mampu memberi galakan kepada Dileep supaya menyambut seruan untuk memeluk Islam.
A.R.Rahman dan isteri, Saira Banu
"Mungkin sudah sampai masanya untuk mereka sekeluarga berubah dengan petunjuk daripada mimpi itu," katanya. Cadangan emaknya itu membuatkan Dileep berfikir, "Mungkinkah ini jalannya ….?" Pada masa yang sama Dileep juga bergelut dengan masalah keluarga apa bila salah seorang kakaknya jatuh sakit. Kebimbangan menghantui seisi keluarga apabila melihat tahap kesihatan orang tersayang semakin merosot seolah-olah tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Masih jelas di dalam ingatan bagaimana ayahnya, R.K Shekhar menanggung derita sehingga ke akhir hayat. Keadaan yang sama juga dialami oleh kakaknya. Pelbagai usaha dilaku kan untuk menyembuhkan kakaknya, termasuklah memanggil paderi dan sami Hindu untuk berdoa.
Namun semuanya tidak membuahkan hasil. Keluarga Dileep hampir kecewa untuk melihat kakaknya sembuh seperti sedia kala. Dalam kekalutan itu, akhirnya Dileep dipertemukan dengan seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri, yang cukup terkenal di kalangan penganut agama Islam di India. Seingat Dileep, keluarganya pernah bertemu Pit Qadri semasa ayahnya terlantar sakit. Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamalkan Pit, kakak Dileep berjaya disembuhkan sepenuhnya. Ketika bertemu dengan Pir Qadri, Dileep teringat mimpinya yang didatangi lelaki tua berjubah, mengajaknya memeluk Islam. Lelaki di dalam mimpinya itu persis wajah Pir Qadri. Peristiwa itu akhirnya menjadi dorongan kepada Dileep dan keluarganya memeluk Islam. Apa pun, pengalaman daripada perjalanan hidup banyak mengajar Dileep/ Rahman, sehingga dia dan seluruh keluarganya memilih Islam. Kenangan bersama ayah adalah pendorong kuatnya memeluk Islam, malah kehilanganya juga membuat dia berfikir bahawa hidup ini bukan ditentukan mengikut kehendak seseorang. Dia dapat merasakan bahawa ada suatu kuasa yang besar mengatur semua itu, cuma dia tidak tahu apa, atau siapa. Jawapannya hanya ditemui apabila dia memeluk Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum. ini. Dan bersama Islam juga dia berjaya menghilangkan perasaan inferiority complex di dalam dirinya.
Rahman merasakan dirinya bagai dilahirkan semula. Malah bukan itu saja, kerjayanya pun berubah mendadak, dan rezekinya melimpah-ruah. Pada 1989, Rahman berjaya memiliki studio sendiri yang mempunyai kelengkapan paling cang gih di Asia. Dia juga berjaya mencipta kekayaan dengan penjualan album dari pada filem dan mencipta lagu. Namun kekayaan yang melimpah ruah tidak pernah menutup mata Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah mendekatkan dirinya kepada Tuhan. "Bila kita dikelilingi kemewahan, duit dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lupa diri amat mudah. Hanya kepercayaan dan keimanan yang mampu menjaga kita," katanya. Hari ini, setelah 20 tahun meme luk Islam, Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang ditunjukkan oleh Islam. Rahman mengaku solat banyak membantunya menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan bahawa Tuhan sentiasa bersamanya. Dan semua itu bukan saja mengingatkannya tentang dunia, tetapi juga hari akhirat. Justeru, dia tidak tinggal sembahyang walaupun terpaksa bergelut dengan kesibukkan bekerja.
Rahman sentiasa mengingati saat susah yang pernah dilalui keluarganya sebagaimana, dia mengingati saat manis di dalam hidupnya. Dengan tenang dia menerima semua itu sebagai ketentuan Tuhan. Itulah yang memberinya kekuatan dan inspirasi, untuk terus mencipta lagu
Kejayaan A.R. Rahman dalam bidang muzik bermula dengan muzik dalam filem pertamanya, Roja 1992. Selain itu, dalam filem filem popular seperti Dil Se, Taal, Swades, Chaiyya Chaiyya, Rang de Basanti dan banyak lagi. Album soundtrack filem Padayappa dan Taal terjual 1.2 juta keeping kerana lagu lagu hebat ciptaannya. A.R. Rahman juga mencipta muzik untuk filem filem diluar seperti filem Mandarin, Warriors of Heaven and Earth 2003. Terbaru, muzik ciptaanya dalam filem Slumdog Millionare memenangi kategori Skor Terbaik dan Lagu Asli Terbaik. Filem tersebut juga mendapat anugerah Filem Terbaik Anugerah Akademi ke 81. Dengan kejayaan kejayaan ini memang layaklah kalau A.R. Rahman digelar Mozart Madras Al Islam April 2009.
Kedudukan Hassan dan Khalid ditentukan 29 Januari
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Kedudukan dua pemimpin kanan PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam, akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya jam 3.30 petang tadi berkata, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan keterangan dan bukti yang mereka terima.
"Oleh kerana kedua-duanya tidak boleh hadir hari ini, kaputusan ini ditangguhkan ke 29 Januari nanti. Notis untuk hadir itu akan dihantar esok kepada kedua-duanya," kata Tuan Ibrahim.
Duduk bersama beliau adalah Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Ustaz Mohd Baqi Othman, dua lagi anggota jawatankuasa itu.
Mereka telah bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sejak jam 10 pagi tadi dan bersambung selepas solat Jumaat.
Ketika ditanya,Tuan Ibrahim berkata, kedua-duanya mempunyai kes prima facie sebab itulah kedua-duanya dipanggil membela diri sebelum ini.
Wan Muttalib pula berkata, tidak timbul soal kesalahan kedua-duanya serius atau tidak tetapi untuk keadilan, keputusan itu hendaklah diumumkan di depan mereka berdua.
Hassan dan Khalid telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS ekoran beberapa kenyataan mereka yang yang dilihat menyusahkan dan menjejaskan nama baik PAS.
Berikut ialah kenyataan akhbar Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.
Lanjutan kepada arahan jawatankuasa PAS Pusat, yang menerima aduan perbuatan salah laku (tatatertib) ke atas dua orang ahli PAS iaitu:
1. YB Khalid Abdul Samad
2. YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali
Jawatankuasa Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli tersebut.
Kedua-dua mereka telah membuat jawapan secara bertulis, dan Jawatankuasa Disiplin telah menilai jawapan kedua-dua ahli tersebut dan mendapati ada kes prima-facie dan memberi peluang kepada kedua-duanya untuk pendengaran.
Pendengaran telah diadakan seperti berikut:
1.YB Khalid Abdul Samad pada 7 Januari 2010, beliau membawa seorang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam. Pendengaran diadakan secara tertutup di atas pilihan beliau.
2.YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali pada 9 Januari 2010, dan beliau membawa dua orang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam.
Setelah mengambil kedua-dua keterangan yang dihadapkan, jawatankuasa telah menangguhkan pendengaran bagi membolehkan penelitian ke atas fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang diterima.
Pada hari ini (22 Januari 2010), jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut. Pihak jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka. Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu.
Jawatankuasa menangguhkan pengumuman keputusan kepada satu tarikh yang bersesuaian kepada semua pihak.
Sekian.
Bukan Islam dijemput hadiri Muktamar PAS
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan baru itu bertujuan agar pemimpin bukan Islam mengetahui dengan jelas matlamat perjuangan PAS yang berasaskan ajaran Islam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga akan menyediakan buku terjemahan daripada kitab tulisan ulama terkenal dunia Dr Yusoff Qardawi untuk penghayatan pemimpin bukan Islam.
-Bernama-
Sultan Johor gering, TMJ dilantik pemangku
Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:
Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.
Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.
-malaysiakini-
Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.
Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.
"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.
Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.
"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.
"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.
"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.
Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.
Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.
Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.