"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Aminulrasyid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aminulrasyid. Papar semua catatan

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony masuk penjara

Hidir Reduan Abdul Rashid

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony hari ini mula menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kes dokumen palsu.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dalam kes yang dikaitkan dengan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) 11 tahun lalu.

Panel tiga hakim - dipengerusikan oleh hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan dianggotai hakim Zaini Mazlab dan Azmi Ariffin - sebulat suara mengekalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

Di bawah undang-undang, Adun Melalap itu akan kehilangan kerusi DUN yang disandangnya, dan tidak layak bertanding pada pilihan raya negeri Sabah akan datang hujung tahun ini.

Akhirnya pembunuh Aminulrasyid dibebaskan. Adakah perbicaraan kes ini cuma satu sandiwara?


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
-Bernama-

Tembak mati Aminul: Polis diperintah bela diri

NONE

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan anggota polis, Koperal Jenain Subi membela diri atas tuduhan menembak mati Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar berkata beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di Shah Alam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Seramai 39 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Okt tahun lalu.

-malaysiakini-

10 Das Tembakan Dilepaskan Dari Senjata Kedua Kes Pembunuhan Aminulrasyid


SHAH ALAM, Nov 29: Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu sepuluh das tembakan dilepaskan dari mesingan kedua dalam kejadian  remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati.

Lans Korporal Madi Samsuddin memberitahu mahkamah konstable Izham Mahayaddin telah memulangkan sebuah mesingan H&K MP5 bersama 90 biji peluru dari empat magazin yang diserahkan kepadanya pada 26 April lalu.

"Konsatble Izham memberitahu saya, beliau telah melepaskan beberapa das tembakan namun dia tidak pasti jumlah sebenar tembakan yang dilepaskan.

Saya kemudiannya mengosongkan semua magazin  dan mengira baki peluru dari  mesingan berkenaan dan mendapati ia kekurangan 10 butir peluru. Beliau telah dibekalkan dengan 100 butir peluru," katanya lagi.

Mesingan MP5 terbabit adalah jenis senjata sama seperti yang digunakan oleh tertuduh, Korporal Jenain Subi.

Jenain, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, 14 tahun pada 26 April lalu.

Madi, bagaimanapun hanya merekodkan penerimaan senjata terbabit dalam buku log stor pada jam 6.30 pagi dan merekodkan pula dalam diari balai polis terbabit jam 2.30 petang kemudian.

Apabila ditanya oleh peguambela Salim Bashir mengenai kelewatan merekodkannya di dalam diari, Madi memberi alasan beliau telah merekodkan terlebih  dahulu dalam buku log dan hanya merekodkannya dalam diari selepas beliau kembali ke balai beberapa jam kemudian. 

Beliau menambah beliau telah diarah oleh seorang pegawai atasan untuk merekodkannya dalam diari namun tidak dapat mengingati siapa pegawai berkenaan.

Madi juga mengakui telah melakukan perubahan kepada catata nombor siri senjata yang digunakan oleh Izham selepas kesilapan tersebut dimaklumkan oleh Salim.

“Nombor siri senjata berkenaan tidak jelas jadi saya telah membuat kesilapan semasa mencatatkan nombor berkenaan.

Madi juga menjawab Ya apabila ditanya oleh peguambela samada maggazin dan peluru terbabit boleh dirosakkan.
-tvsnews-

Kes Kematian Aminulrasyid Ditangguh Esok





SHAH ALAM, 22 NOV: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga esok perbicaraan kes seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan ketika remaja itu sedang memandu kereta di Seksyen 11 di sini, April lepas.

Penangguhan itu dibuat setelah peguam Salim Bashir yang mewakili Jenain Subi memaklumkan bahawa seorang lagi peguam bela tertuduh, M. Athimulan perlu menghadiri perbicaraan kes lain di Pulau Pinang.

Keputusan dibuat oleh Hakim Latifah Mohd Tahar sebentar tadi. 

Timbalan Pendakwa Raya R. Kalaiyarasi hadir menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Idham Abd Ghani.

Mahkamah sepatutnya menetapkan hari ini untuk pihak pembelaan menyoal balas saksi ke-25 pendakwaan, Cif Ins Mazli Jusoh @ Che Kob dari Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang merupakan penyiasat tempat kejadian.

Jenain, 48, dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

-tvsnews-

Kereta Aminul dibawa ke mahkamah



Kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini supaya pihak pendakwa, peguambela dan hakim Latifah Mohd Tahar mendapatkan gambaran lebih jelas.
NONEIa juga bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun itu.

Peluru tersebut ditemui ahli patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Semalam, dalam keterangannya, Saari berkata, selepas memeriksa dua submesingun - Heckler dan Koch HK MP 5 - yang digunakan oleh polis yang dikemukakan sebagai bahan bukti, beliau tidak dapat memastikan dari senjata mana peluru itu ditembak.

Mahkamah juga diberitahu bahawa sebanyak 32 lubang dan lekukan peluru ditemui pada kereta yang dipandu Aminulrasyid pada hari dia ditembak mati.
NONEShaari Desa yang juga adalah ketua unit senjatapi dan kesan alat dari Seksyen Criminalistic, bahagian forensik, Jabatan Kimia, berkata semua kesan itu ditemui semasa beliau memeriksa kereta bernombor pendaftaran BET 5023, yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat pada 5 Mei lalu.

Saksi ke-24 pendakwaan itu berkata beliau juga menemui satu kesan tembakan dari arah belakang kereta yang menembusi bahagian tempat letak kepala kerusi pemandu.

Beliau berkata kesan lubang peluru turut ditemui pada belakang kereta, ekzos dan bahagian tangki minyak.

Shaari berkata demikian pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
NONEBeliau berkata selain tembakan, turut ditemui pada kereta itu ialah kesan perlanggaran seperti kerosakan pada sisi kiri bahagian depan dan penjuru depan sebelah kiri.

Ditanya mengenai kedudukan penembak dengan kereta yang dipandu mangsa, Shaari berkata yang pasti, individu tersebut bukan dalam keadaan merangkak atau meniarap.

-malaysiakini-

Kes Aminulrasyid: Mahkamah periksa kereta yang ditembak 32 kali

Pihak pendakwa, peguambela dan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Latifah Mohd Tahar akan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis, apabila ia dibawa ke mahkamah esok untuk diteliti.

Ia bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun.

Peluru tersebut ditemui ahli patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Sebelum itu, dalam keterangannya, Saari berkata, selepas memeriksa dua submesingun - Heckler dan Koch HK MP 5 - yang digunakan oleh polis yang dikemukakan sebagai bahan bukti, beliau tidak dapat memastikan dari senjata mana peluru itu ditembak.

Petang tadi, Saari memberitahu mahkamah bahawa senjata itu mungkin ditembak dari jarak dekat sejauh tiga meter. Saari juga berkata, beliau menemui 32 lubang peluru pada kereta berkenaan.

Beliau yang juga ketua unit senjatapi dan pengesanan Jabatan Kimia berkata, beberapa butir peluru ditemui dari kereta tersebut, yang telah rosak akibat tembakan.

Katanya, kereta itu dibawa pada 5 Mei 2010, dan beliau memeriksanya sehingga 21 Mei 2010.

Menurutnya, peluru yang membunuh Aminulrasyid ditembak dari belakang, di sudut tembakan 13 darjah ke kiri, mengenai cermin belakang dan menembusi tempat sandar kepala kerusi pemandu.

Di samping itu, terdapat 31 lubang peluru lain yang dikesan pada kereta tersebut.
-malaysiakini-

Saksi: Peluru di kepala Aminul tak dikenalpasti

Seorang pakar tidak dapat mengenalpasti secara positif kaliber atau senjata asal peluru pada kepala Aminulrasyid Amzah, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.
NONEAhli kimia Saari Desa (kanan), 43, memberitahu mahkamah bahawa peluru tersebut rosak teruk sehingga beliau tidak dapat mengenalpasti senjata yang digunakan untuk menembaknya (peluru).

Biasanya, kata beliau, peluru itu boleh dikenalpasti sekiranya ia mengenai permukaan yang lembut, seperti air, di mana peluru dan jaketnya masih bersama, dan pihaknya boleh menentukan kalibernya.

Bagaimanapun, kata Saari, jika ia mengenai permukaan yang keras, seperti konkrit, jaket peluru akan pecah dan rosak, menyebabkan sukar untuk mengenalpasti senjata yang digunakan.

Menurutnya, apabila ini berlaku, peluru itu akan kehilangan karakteristiknya.

Inilah, tambahnya, yang terjadi pada peluru E (yang diperolehi dari hospital) dan tidak sesuai untuk dibandingkan.

Saari percaya ianya peluru 9mm, tetapi tidak dapat memastikan secara mutlak.

Peluru itu dihantar kepadanya oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 5 Mei.
NONESaari adalah saksi ke-24 pihak pendakwa dalam perbicaraan terhadap Koperal Jenain Subi, 48 yang dituduh di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/ 2, Seksyen 11, Shah Alam, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April.

Saari, yang bertugas di unit senjatapi dan pengesanan Jabatan Kimia, memberitahu demikian ketika disoal oleh DPP Mohd Dusuki Mokhtar, yang dibantu oleh DPP Idham Abdul Ghani.

DPP Dusuki kemudiannya menyoal Saari bagaimana dia boleh meneka peluru itu dari senjata 9mm. Saari menjawab ianya konsisten dengan dasar tapak peluru 9mm yang lain.
NONEKatanya, jika ianya peluru 9mm, ukuran diameter asas tapaknya akan sama dengan peluru 9mm tanpa jaket. 

Biasanya, kata Saari lagi, peluru tanpa jaket akan mempunyai julat berukuran diameter antara 7mm dan 8.55 mm. Ukuran dasar tapaknya konsisten dengan saiz peluru 9mm. 

Beliau menjelaskan, di samping konkrit, jaket peluru boleh tertanggal jika ia mengenai objek keras seperti dinding, badan kereta, cermin kereta atau pokok.

Pistol yang digunakan?


Sebelum itu, Saari dalam keterangannya berkata, beliau tidak dapat mengenal pasti senjata yang menembak dua serpihan peluru, satu jaket peluru dan satu peluru kerana semuanya dalam keadaan teruk.
NONEPeluru-peluru ditemui di laluan kereta yang dikejar dari bulatan Kayangan ke tempat Aminulrasyid ditemui mati.

Saari berusaha menentukan peluru yang ditembakkan dari dua submesingan Heckler dan Koch MP5, yang telah ditanda sebagai bahan bukti X dan Y.

Salah satu daripada senjata itu digunakan oleh Jenain pada malam kejadian.

Saksi sebelum ini, memberitahu mahkamah bahawa Jenain telah diberikan 100 peluru 9mm. Sejumlah 21 kelongsong peluru dan peluru ditemui di sepanjang laluan kereta yang dikejar.

Sampel peluru hidup dan kelongsong yang digunakan dalam ujian balistik dari dua submesingan itu, dikemukakan untuk perbandingan.

-malaysiakini-

Kes Aminulrasyid: Tertuduh lepaskan 21 tembakan

Tertuduh dalam kes perbicaraan membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah didakwa menggunakan 21 daripada 100 peluru yang diperuntukkannya semasa bertugas ketika remaja berusia 15 tahun itu ditembak mati.NONEMenurut Korporal Ismail Daud, yang bertanggungjawab menjaga senjata api dari simpanan di balai polis Seksyen 11, tertuduh Korporal Jenain Subi dibekalkan dengan 100 peluru semasa dia bertugas daripada jam 10 malam 25 April sehingga jam 6 pagi, keesokan hari.

Remaja itu ditembak mati antara jam 1.10 pagi hingga 2 pagi, 26 April selepas dikejar oleh kereta peronda polis.

"Saya kira peluru apabila Jenain memulangkan senjatanya sekitar jam 6.42 pagi, 26 April dan mendapati kelopak di senjata itu hanya tinggal empat peluru,” katanya sambil merujuk kepada catatan rekod balai polis berkenaan.

Setiap kelopak senapang sub-mesin jenis Helper dan Koch MP5 itu yang diberikan kepada Jenain itu berisi 25 butir peluru, katanya.

Ismail juga mengakui bahawa tiga kelopak yang lain tidak digunakan.

Pada 12 Oktober lalu, mahkamah diberitahu 19 kelongsong peluru dijumpai sekitar lokasi kejadian.

Awal hari ini, seorang lagi saksi, Muhammad Radhi Abdul Hamid daripada bahagian persenjataan berkata ada kemungkinan seseorang penembak tepat akan tersasar dalam beberapa keadaan.
NONEBeliau bersetuju dengan cadangan peguam pembelaaan bahawa antara keadaan itu termasuk jalan yang tidak rata, mengejar suspek dengan kelajuan tinggi dan sasaran ya ng bergerak.

Katanya, berat senjata api juga boleh menjejaskan ketepatan sasaran dan bersetuju bahawa senjata MP5 itu adalah berat tetapi tidak dapat menganggarkan jumlahnya.

Namun ketika disoal pihak pendakwaan, saksi itu yang mengakui beliau adalah pakar senjata api berkata perkara berkenaan adalah hanya pendapatnya dan beliau belum pernah menembak sasaran yang bergerak pada kelajuan tinggi.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 in Section 11, Shah Alam pada 26 April.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda jika didapati bersalah.

-malaysiakini-

Saksi kes kematian Aminulrasyid dengar 10 tembakan

SHAH ALAM 14 Okt: Seorang saksi dalam perbicaraan kes seorang anggota polis dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11 di sini 26 April lepas, memberitahu Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini bahawa beliau terdengar lebih 10 tembakan pada hari kejadian.

Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, 28, seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berkata, beliau terdengar bunyi seakan-akan letupan mercun itu diselangi dengan bunyi siren kereta polis sebelum mendengar bunyi dentuman seperti bunyi objek melanggar dinding.

"Ketika sedang membuat kerja di komputer di tingkat dua rumah saya, saya terdengar bunyi seperti ”tap” yang datang dari arah Jalan Tarian 11/2, dan kemudian mendengar bunyi ”tap-tap-tap-tap-tap” secara berterusan yang makin lama makin kuat dan dekat menghampiri rumah saya.

"Seterusnya bunyi itu diselangi dengan bunyi siren polis dan bunyi siren polis pun makin lama makin kuat kedengaran. Akhir sekali saya dengar bunyi dentuman yang sangat kuat seperti bunyi objek melanggar dinding,” katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Koperal Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 
-Bernama-

Polis: Aminulrasyid langgar lampu isyarat

Kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati oleh polis, tidak berhenti di lampu isyarat Bulatan Kayangan, Shah Alam ketika dikejar oleh kereta peronda polis.

Bagaimanapun, Lans Koperal Shamsul Ismail yang memandu kereta peronda yang turut mengejar kereta mangsa, tidak dapat mengesahkan sama ada ia lampu merah ketika itu serta tidak dapat menganggarkan kelajuan kereta.
azlanShamsul turut mengejar kereta mangsa selepas mendapat panggilan 
radio dari sebuah daripada dua kereta peronda, yang meminta bantuan ketika mengejar kereta Iswara yang menghala ke arah bulatan dari Hotel Concorde.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Shamsul berkata dia tidak melihat atau mendengar bunyi tembakan kerana dia tidak masuk ke Jalan Makyong 11/2 bersama kereta lain selepas kereta Iswara itu memecut meninggalkan bulatan tersebut dan kerana siren keretannya tenggelam dengan bunyi hingar yang lain.

Menurutnya, dia berjaga di luar Jalan Makyong 11/2 sekiranya kereta Iswara itu berpatah balik ke jalan utama.

Shamsul berkata, dia turun dari keretanya dan mendekati (tertuduh Jenain Subi) ketika dia berpusing masuk ke Jalan Tarian.

Katanya dia juga ternampak empat anggota polis dan sebuah kereta yang merempuh tembok dan bertanya kepada Jenain sama ada dia telah melaporkan kejadian itu kepada bilik kawalan.

Jenain menjawab sudah, dan dia (Shamsul) kembali semula ke keretanya.

Dalam keterangannya, Shamsul tidak ingat sama ada dia ada ternampak "budak kecil" atau orang awam lain di tempat kejadian, sama ada di luar atau di dalam kereta Iswara

Rakan Aminulrasyid Azamuddin Omar, 15, yang juga berada di dalam kereta itu, mendakwa dia dipukul oleh anggota polis tetapi sempat melarikan diri setelah kereta itu merempuh tembok.

Jenain Subi menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyied tanpa niat membunuh di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 Pagi 26 April lalu.

-malaysiakini-

Kes Aminulrasyid: Polis Alih Mayat Arwah

Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.NONEParamedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah (kanan) berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.

Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.

Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.
NONEDaripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa.



Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010.

Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok.
Tertuduh diberi 100 peluru

Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.

Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru.

Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas.

Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut.

Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin.

Kematian Aminul: 19 kelongsong peluru di samping Aminurasyid

Harakahdaily
SHAH ALAM, 12 Okt: Seorang saksi kes perbicaraan seorang anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah, 16 tahun, memberitahu mahkamah, ada 19 kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.

Kopral Mokhtar Hussein berkata, dia menjumpai kelongsong peluru itu ketika beliau ke tempat kejadian selepas mendapat laporan tembakan ke atas seorang remaja.

Beliau memberikan keterangan sebagai saksi ke atas Kopral Jenain Subi, 48 tahun, yang didakwa menyebabkan kematian ke atas Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam pada awal pagi 26 April lalu.

Jenain boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara berikutan dakwaan membunuh tanpa sengaja itu.

Perbicaraan ke atas beliau bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan hakim Latifah Mohd Tahar. Jenain diwakili oleh Salim Bashir manakala peguam Karpal Singh menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Aminulrasyid.

15 saksi dijangka akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam kes yang mendapat perhatian pelbagai pihak ini.

Pada awal pagi 26 April lalu, Aminulrasyid mati tertembak apabila sebutir peluru menembusi kepalanya dari belakang.

Aminurasyid memandu kereta yang dimiliki kakaknya. Turut serta dalam kereta itu adalah rakannya, Azamuddin Omar, 15, yang juga seorang remaja di bawah umur.

Saksi pertama yang memberikan keterangan hari ini adalah lans kopral Mohd Sabri Salleh, 30 yang bertugas pada hari kejadian itu.

Dia memberikan keterangan bahawa pada jam kira-kira 1.45 pagi, dia menerima panggilan dari kereta peronda untuk membantu menghentikan sebuah kereta Proton Iswara berwarna puteh yang dipandu laju dan tidak berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis.
Saksi kedua adalah penyiasat lans kopral Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25. Dia dipanggil untuk mengambil gambar tempat kejadian dan mendapati tayar belakang kereta yang dipandu Aminurasyid itu pancit.

Kes bicara kematian Aminulrasyid bermula

Perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati seorang remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.
NONEDia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Saksi pertama pada perbicaraan ini adalah lans korporal Mohd Sabri Salleh.
Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu itu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.

Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.

“Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan daripada kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."
NONE"Saya panggil anggota di SL614, Korporal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."

Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulan kerana pemandu Iswara itu cedera.

Saksi kedua, detektif lans korporal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.

"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa,” katanya.
NONEMenurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil.

Jenain diwakili oleh peguam-bela Salim Bashir (
kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakawaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.
azlanSebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.
Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan ke rumah daripada sebuah restoran di Seksyen 7, Shah alam pada malam kejadian itu.

Sebuah kereta polis memintas mereka lalu melepaskan tembakan. Remaja berkenaan memberhentikan kereta di bahu jalan, di mana Aminulrasyid kemudiannya dijumpai terkulai di kerusi pemandu.

Kes Aminulrashid : Mahkamah Tetapkan Tarikh Sebutan Baru

10 JUN: Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes kematian tragis remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati oleh polis kira- kira 100 meter dari rumahnya.

Koperal Jenain Subi dituduh di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan menyebabkan kematian Aminulrashyid. Jenain boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun jika disabit kesalahan.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh baru untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaraya mengemukakan dokumen berkaitan.

Dalam kejadian 26 April lalu, Jenain yang bertugas di cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam didakwa melepaskan tembakan rambang hingga menyebabkan kematian Aminulrashid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi.

Tertuduh, diwakili peguambela, Salim Bashir.

Polis pada mulanya mendakwa Aminulrashid seorang penjenayah dan mendakwa senjata bahaya dijumpai dalam keretanya.

Susulan bantahan keluarga, masyarakat dan wakil Pakatan Rakyat, kerajaan UMNO Barisan Nasional menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu selain siasatan berasingan yang dijalankan oleh polis.

Kerajaan bagaimanapun menolak permintaan pelbagai pihak yang mahu sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut.

Kes Aminul: Polis diminta akui kesilapan, 'tak politik'

Polis Selangor diminta segera mengakui kesilapan dan "tidak berpolitik" dalam menyelesaikan siasatan berhubung kematian remaja Aminul Rashid Hamzah.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, polis tidak sepatutnya turut mempolitikkan isu kerana ia melibatkan masa depan seorang lagi remaja - saksi utama kes berkenaan.

"Didapati polis negeri Selangor dan disokong ketua polis negara masih enggan tarik balik tuduhan bahawa Aminul Rashid itu seorang penjenayah.

"(Mereka juga) masih enggan akui bahawa pedang atau parang yang dijumpai dalam kereta kakak almarhum Aminul Rashid sebagai perkara yang diletakkan, (suatu) planted evidence," kata Khalid.

Katanya, polis Selangor sepatutnya mencontohi sikap ketua polis Negeri Sembilan yang bertindak meminta maaf kepad seorang mangsa tembakan polis di negeri itu.

"Saya tidak faham mengapa di Selangor mereka begitu berkeras mempertahankan perkara yang semua orang tahu tak betul.

"Tapi di Negeri Sembilan, hari itu juga ketua polis negeri meminta maaf kepada keluarga pihak yang ditembak dan mengakui bahawa mereka tersilap.

"Saya rasakan, lebih cepat pihak polis membetulkan keadaan dengan menyatakan keadaan dan kenyataan sebenar, akan melepaskan dirinya (saksi utama) daripada trauma yang sedang dia alami," katanya.

Khalid juga mempersoalkan sama ada sikap yang ditunjukkan oleh polis Selangor itu berkait dengan pentadbiran negeri itu yang dikuasai Pakatan Rakyat.

"Adakah ini ada hubungkait dengan Negeri Sembilan kerajaannya BN, Selangor ini kerajaan Pakatan Rakyat, maka pihak polis mempunyai dasar dan pendekatan berbeza?

"Janganlah polis pun nak berpolitik dalam perkara ini. Saya rasa semua menyedari bahawa Aminul Rashid bukan penjenayah dan Azam bukan penjenayah," katanya lagi.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kehadiran saksi utama itu, Azamuddin Omar yang berada di kerusi penumpang pada kejadian itu ke Bukit Aman hari ini bagi membuat satu laporan polis.

Katanya lagi, Azamuddin akan menduduki peperiksaan PMR pada hujung tahun ini dan tidak seharusnya terus terbeban dengan trauma akibat kejadian tersebut.

-malaysiakini-

Keluarga saksi buat laporan 'cubaan bunuh'

Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.

Laporan it
u dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.

Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.

Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.

Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.

'Tutup kebenaran'

Serentak dengan laporan polis itu, keluarga Aminulrasyid juga membuat laporan mendakwa pihak polis cuba menutup kebenaran di sebalik kematian remaja itu.

Laporan itu dibuat oleh kakak Aminulrasyid – Norazura Amzah, 39(kiri).

Peguam keluarganya, N Surendran yang hadir pada sidang media berkata laporan polis itu adalah permulaan pusingan pertama tindakan undang-undang oleh keluarga itu bagi membersihkan nama anak mereka.

Menurut Surendran, mereka berharap polis akan memandang berat laporan itu dan menyiasat dakwaan berkenaan.

Katanya, laporan polis itu juga meminta KDN menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.

-malaysiakini-

Polis trafik panggil kakak Aminul beri keterangan

Kakak Aminulrasyid Amzah - Tuty Shaniza Anum - dipanggil polis sekali lagi hari ini - kali ini oleh polis trafik - untuk memberi keterangan berhubung kereta yang digunakan oleh adiknya yang mati polis pada awal pagi 26 April lalu.

Tuty Shaniza tiba di cawangan trafik IPD Shah Alam di seksyen 11, pada kira-kira jam 6 petang ini dan beredar dari stu kira-kira 15 minit kemudiannya.

Beliau hadir memberi keterangan tersebut dengan ditemani peguamnya Farhana Abdul Halim.

Ketika ditemui Malaysiakini, Farhana berkata, anak guamnya hari ini hanya disiasat berhubung kesalahan trafik melibatkan keretanya itu.

Katanya, ini kerana terdapat laporan sebelum ini bahawa pada malam kejadian itu, sebelum Aminulrasyid mati ditembak polis, kereta tersebut telah bergesel dengan kereta dan sebuah motosikal.

"anak guam saya ditanya soalan-soalan berkaitan trafik, contohnya, siapa tuan punya kereta dan adakah dia tahu keretanya digunakan oleh Aminulrasyid pada malam kejadian," katanya.

Menurut Farhana, proses merekod kenyataan hari ini berjalan lancar dan pantas.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada anak guamnya akan dipanggil lagi selepas ini.

Katanya, beliau ada bersama Tuty Shaniza sepanjang anak guamnya memberi keterangan kepada pihak polis.

Tuty Shaniza, 36, adalah seorang pembantu eksekutif di sebuah syarikat swasta.
-malaysiakini-

Polis Enggan Mohon Maaf, Keluarga Amilnulrashid Terus Tindakan Perundangan

SHAH ALAM, 12 MEI: Keengganan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memohon maaf kepada keluarga Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, hanya mendorong keluarga mangsa meneruskan tindakan perundangan.

"Kita kemungkinan untuk ambil tindakan kepada IGP dengan CPO sebab masih gagal dan enggan memohon maaf dan mengaku percakapan mereka tentang isu ini adalah salah," kata Lateffa Koya kepada TV Selangor.

Lateffa Koya adalah antara peguam keluarga mangsa.

Berikutan kenyataan terbaru kedua-dua pegawai polis ini, beliau berkata, keluarga Allahyarham sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan perundangan.

Lateffa Koya juga kesal kerana kedua-dua pegawai atasan polis ini, membuat kenyataan sembarangan tanpa bersandarkan bukti.

"Kita tak faham macam mana mereka boleh cakap macam itu. Mereka tidak boleh cakap sewenang-wenangnya. Sekurang- kurangnya kena tunjuk bukti, mana parangnya? Mana benda-benda yang dia kata?

"Kalau semua benda itu tidak muncul dan tak dapat dibuktikan, maksudnya ini adalah keterangan palsu," katanya lagi.

Selepas pendakwaan Koperal Jenain Subi atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid, Musa Hassan dan Khalid Abu Bakar terus menolak permintaan keluarga mangsa untuk memohon maaf kerana melabel Aminulrashid sebagai “penjenayah”.

Malah, mereka tetap mempertahankan kenyataan mereka atas alasan perbuatan melabel Aminulrashid sebagai penjenayah yang disyaki, bukan satu kesalahan.

Mereka juga enggan memohon maaf walaupun diminta keluarga Aminulrashid, dengan alasan bimbang ia akan memberi implikasi perundangan.

Aminulrashid sebelum ini didakwa sebagai memiliki parang dalam kereta selain didakwa mengundurkan kereta hingga hampir melanggar kenderaan polis pada malam kejadian.
-tvselangor-

Keluarga Aminul tuntut k'jaan, polis mohon maaf

Keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 15 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu - menuntut pihak kerajaan dan polis supaya memohon maaf kepada mereka dan membersihkan nama arwah daripada dilabelkan penjenayah.

Bapa saudara Aminulrasyid (kiri, berbaju putih) berkata walaupun mereka berterima kasih kerana anggota polis peronda terbabit didakwa semalam, keluarga mangsa tetap mahu Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencontohi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Osman semalam meminta maaf kepada remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang cedera di perut ditembak polis apabila dia enggan memberhentikan motosikalnya.

Menurut Kamaruddin, keluarga Aminulrasyid juga masih menuntut supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan supaya perkara sama tidak berlaku kepada keluarga lain dan kematian Aminulrasyid terbela.

"Bagi keluarga Aminulrasyid, jika sudah ada anggota polis yang didakwa, sudah tentu ada kesilapan yang dilakukan oleh anggota berkenaan.

"Kami ingin tahu proses penyiasatan dilakukan. Bagaimana perkara ini berlaku kerana kami sekeluarga tidak tahu mengenai penyiasatan yang dilakukan dan apa yang sebenarnya berlaku.

"Adakah kerana dia mengundur dan ada parang dalam kereta maka Aminulrasyid ditembak. Kita sekeluarga tertanya-tanya dan kita tidak tahu apa butir siasatan yang dijalankan," katanya pada sidang media di rumah keluarga remaja itu, di Shah Alam, petang tadi.

Kamaruddin berkata, sejak awal lagi ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, memohon kepada pihak berkuasa untuk membersihkan nama remaja itu yang sebelum ini didakwa sebagai penyamun dan penjenayah.

Katanya, selain nama Aminulrasyid, pihak berkuasa juga perlu membersihkan nama keluara remaja itu serta nama sekolah mangsa yang turut terpalit dengan gelaran yang diberikan.

Pada masa sama, katanya, keluarga Aminulrasyid juga mahu tahu apa tindakan polis terhadap dakwaan rakan Aminulrasyid, Mohamad Azamuddin Omar, 15, bahawa beliau dipukul polis selepas berjaya keluar daripada kereta Proton Isawara yang dipandu mangsa, pada kejadian awal pagi itu.

Sementara itu, peguam keluarga itu N Surendran pula menuntut supaya beberapa pegawai atasan polis, khusunya Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar disiasat oleh sebuah badan bebas.

Surendran berkata pihaknya mahukan pihak terbabit dirujuk bawah Seksyen 11 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberikan maklumat mengelirukan ekoran kenyataan awal bahawa pihak berkuasa menjumpai parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid.

Turut hadir

dalam sidang media itu beberapa anggota keluarga Aminulrasyid dan seorang lagi peguam mereka Lateefa Koya.

Semalam, Koperal Jenain Subi (kiri, berbaju kuning), 48, yang berasal dari Sabah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di Shah Alam.

-malaysiakini-