"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dah 'banyak kali' Anwar liwat Saiful?

PUTRAJAYA 31 Okt.: Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pernah menerima gangguan seksual daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkhidmat sebagai pembantu peribadinya selama empat bulan.
Sehubungan itu, beliau berhujah, kejadian liwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, bukan kali pertama berlaku ekoran gangguan seksual yang juga pernah dialami­nya di pejabat dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, beliau berhujah, kejadian liwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, bukan kali pertama berlaku ekoran gangguan seksual yang juga pernah dialami­nya di pejabat dalam tempoh tersebut.

Hujah Muhammad Shafee, perbuatan liwat lebih daripada sekali itu digambarkan melalui ketera­ngan Mohd. Saiful Bukhari bahawa Anwar memancutkan air mani ke dalam duburnya ‘seperti biasa’ apabila diminta membuat demonstrasi kejadian liwat itu.

Pendakwaan menghujahkan, perkataan ‘seperti biasa’ itu seolah-olah menggambarkan kejadian liwat itu pernah berlaku sebelumnya.

Selain itu, beliau menghujahkan, Penasihat Parti Keadilan Rak­yat (PKR) itu malah menyatakan hasratnya untuk meliwat mangsa pada hari kejadian dengan berkata “Can i f...k u today” sebelum mengarahkan mangsa memasuki bilik tidur.

Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan seorang peguam terkemuka menghujahkan, tidak mungkin Mohd. Saiful Bukhari mereka-reka cerita kerana Anwar merupakan idolanya serta mempunyai reputasi tinggi, berkarisma, dominan dan dihormati.

Selain itu, hujah Muhammad Shafee, tugas Mohd. Saiful Bukhari sebagai pembantu peribadi menjadikannya rapat dengan Anwar sehingga diberi kepercayaan me­nguruskan dokumen sulit serta berpeluang mengakses telefon peribadi bekas majikannya.

Hujah pendakwaan, mangsa tu­rut mendapat layanan istimewa sehingga berpeluang bercuti ke luar negara, diberi elaun dan sut yang mahal serta mendiami sebuah bilik khas di pejabat.

Hujah beliau, Anwar malah selalu menasihatinya berkaitan hal agama, berhubung dosa pahala serta mengingatkannya agar mengerjakan solat.

Sehubungan itu, hujahnya, bersandarkan kepada fakta mengenai hubungan rapatnya dengan Anwar, mustahil Mohd. Saiful Bukhari berbohong dan mengada-adakan cerita bahawa dia diliwat oleh Anwar pada tarikh yang menjadi intipati pertuduhan.

Muhammad Shafee menyata­kan, sudah pasti timbul tanda ta­nya mengapa Mohd. Saiful Bukhari bertindak meletak jawatan walau­pun mendapat semua keistimewaan yang boleh dicemburui oleh rakan sepejabatnya.

Mahkamah sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya itu, enam tahun lalu.

Panel tersebut juga akan mende­ngar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penghujahan di hadapan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bersambung Isnin.

1 ulasan:

5 berkata...

Letak jawatan sebab dah jumpa najib sebelum tu