"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PH kekal di Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 3,869 undi

Faiz Zainudin

Calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao menewaskan Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas dengan majoriti 3,869 undi.

HULU SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 3,869 undi dalam pertandingan empat penjuru pada PRK kali ini.

Calon PH daripada DAP Pang Sock Tao memperoleh 14,000 undi, menewaskan Perikatan Nasional (PN) diwakili Khairul Azhari Saut yang mendapat 10,131 undi.

Manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerusi Hafizah Zainuddin serta calon bebas Nyau Ke Xin masing-masing mendapat 152 dan 188 undi.

'Politik kotor' - Adakah Takiyuddin liabiliti PAS?

Dr Rosli Allani Abdul Kadir

Jawatan setiausaha agung cukup penting dan adalah gambaran kepada dasar dan perjuangan parti. Seseorang yang bolehlah dianggap senantiasa berusaha menjaga reputasi dan nama baik parti dengan watak yang sinonimdengan idealisme yang dibawa.

Jika partinya parti Islam, pasti sikap dan penonjolan yang dibawa memberi gambaran positif kepada Islam yang ditempelkan pada partinya. Islam agama kedamaian, maka perlu sentiasa menjadi pihak yang mendamaikan. Bukan sebaliknya.

Islam agama yang menjunjung keadilan, maka berlakulah adil kerana ia pasti lebih dekat dengan ketaqwaan. Satu perkataan yang diulang-ulang dan basah di lidah dalam menghayati Ramadhan dan baru sebulan ditinggalkan.

Kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang terus mengheret isu lapuk berkaitan salah laku yang rata-rata dianggap umum konspirasi politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya menggambarkan dendam yang terbuku dan kegelapan hati pihak yang masih bergantung kepada perkara sedemikian dalam meraih laba politik.

Nasihat saya, berpolitiklah secara matang, bukan membuat serangan peribadi dengan cara sejelek itu.

Pastinya ini juga dilihat penerusan kepada tindakan untuk terus-menerus berkonfrontasi serta menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Melayu.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong yang memberi pengampunan penuh kepada Anwar adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V, beliau tiada rasa hormat dan mempertikaikan proses pengampunan itu, termasuk dalam satu ucapan di Sandakan pada 14 Mei 2019.

Siri penderhakaan beliau kepada Raja-Raja Melayu bukanlah satu senarai yang pendek. Selaku ketua Pemuda PAS Kelantan dan ahli exco kerajaan negeri, beliau pernah ditarik pingat oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, pada 9 Januari 2001. Itulah petanda kemurkaan Raja Melayu kepada beliau.

Walaupun dengan sejarah begini, Takiyuddin dengan kepandaiannya terus menaiki tampuk kuasa sehingga menjadi setiausaha agung PAS serta dilantik menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-Undang) waktu Perikatan Nasional (PN) memerintah.

Waktu menjadi menteri inilah penderhakaan Takiyuddin mencapai kemuncaknya bila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 29 Julai 2021 menzahirkan kemurkaan baginda berhubung tindakan tidak tepat dan mengelirukan beliau yang mengumumkan di parlimen pada 26 Julai 2021 pembatalan Ordinan Darurat tanpa membentangkannya di parlimen sedangkan pada 24 Julai 2021 baginda menitahkan supaya ia dibentang dan dibahaskan di Parlimen dahulu sebelum mendapat perkenan baginda.

Baginda berpendapat tindakan Takiyuddin ini telah membelakangi fungsi dan kuasa baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga mendorong ahli-ahli parlimen Umno segera melaksanakan keputusan untuk menarik sokongan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga menyebabkan kejatuhan Kerajaan PN.

Alasan Umno amat kukuh, tindakan Takiyuddin ini jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta bercanggah dengan sumpah jawatan selaku ahli parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada Baginda selain bercanggah dengan asas dan matlamat penubuhan Umno untuk sentiasa memelihara dan membela Institusi Raja-Raja Melayu.

Di sebalik kesilapan besar Takiyuddin yang menyebabkan hubungan PAS dengan Yang di-Pertuan Agong menjadi renggang manakala PAS terlucut dari tampuk kuasa, entah bagaimana beliau masih dikekalkan sebagai setiausaha agung PAS yang pastinya merupakan kerusi panas yang menjadi suluhan pelbagai pihak.

Beliau tidaklah dilihat ‘perform’ dalam menjalankan tugasnya. Bahkan kerap didengar campur tangan dan cubaan menggunakan kuasanya dalam pentadbiran parti termasuk kerajaan negeri.

Kekalutan yang terhasil akibat campur tangan ini termasuk percaturan dalam meletakkan calon di Kelantan khususnya adalah rahsia umum di kalangan ahli PAS.

Kenyataan beliau beberapa hari lepas yang cuba menghangatkan isu lama sudah berdepan dengan beberapa laporan polis termasuk Angkatan Muda Keadilan (Pemuda PKR) Perak.

Pada saya sangat elok untuk beliau hadam buku tulisan presiden parti beliau Tan Sri Abdul Hadi Awang berjudul ‘Qazaf: Mangsa Fitnah’ dan berhenti meneruskan politik kotor yang hanya menghodohkan wajah perjuangan.

Kenyataan berkaitan iaitu bersumberkan portal berita Agenzia Nova yang tiada autoriti ini pernah dibangkitkan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin di parlimen hujung tahun lepas dan sudah dijawab. Takiyuddin tidak seharusnya mengulangi politik murahan ini.

Saya telah menonton rakaman ucapan Takiyuddin pada 7 Mei lalu. Ucapan ini tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung PAS.

Ia ucapan berkualiti rendah yang boleh disampaikan oleh seorang pemimpin PAS cawangan kerana apa yang dibuatnya ialah sekadar membaca dan mengulas keratan-keratan akhbar sahaja.

Lebih teruk dari itu, ucapan beliau juga mengandungi banyak kekarutan mengelirukan yang bertujuan menanamkan kebencian pengundi kepada kerajaan sahaja.

Contohnya ialah bila beliau berkata, “gerenti, jamin, harga minyak diesel harga minyak petrol akan naik, kesan daripada penarikan subsidi dan juga kenaikan harga bahan api, ianya akan menjejaskan seluruh rantaian ekonomi."

Cara beliau bercakap seolah-olah semua orang akan menerima kenaikan harga bahan api ini.

Politik murahan Takiyuddin

Beliau gagal menjelaskan bahawa cadangan kerajaan adalah untuk menarik subsidi bahan api dari segmen rakyat tertentu sahaja, bukan golongan biasa dan wang dari penjimatan ini akan dikembalikan kepada golongan memerlukan dalam bentuk bantuan.

Malah subsidi bersasar membabitkan kenaikan harga bahan api ini pernah dicadangkan sendiri oleh Muhyiddin selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan pengerusi PN sendiri pada 30 Julai 2022.

Beliau berkata, MPN mahukan Skim Subsidi Bersasar dilaksanakan dengan contoh subsidi minyak hanya akan diberikan kepada kenderaan yang didaftar dalam kategori B40 sahaja manakala golongan bukan dalam kumpulan B40 dikenakan harga pasaran atau hapuskan subsidi. Tetapi Takiyuddin tidak ikhlas dan hanya mahu memainkan sentimen rakyat sahaja.

Begitu juga dengan isu kenaikan gaji penjawat awam yang disebut “hanya 13 peratus” sedangkan Anwar menyebut dalam Sambutan Hari Pekerja pada siang 1 Mei lalu ia adalah lebih tinggi daripada 13 peratus.

Dalam program ‘Soal Jawab Perdana Menteri’ bersama empat stesen televisyen tempatan pada malamnya pula Anwar menyebut kenaikan gaji ini mungkin mencecah 25 hingga 30 peratus.

Tetapi itulah politik murahan Takiyuddin. Kalau dengan Yang di-Pertuan Agong pun beliau tergamak menipu maka apalah sangat untuk menipu rakyat bawahan.

Kita yakin politik murahan Takiyuddin ini dan berbagai-bagai kenyataan dan tindakan lain beliau sebelum ini hanya menjadikan beliau satu ‘baggage’ besar kepada perjuangan PAS khasnya dan PN umumnya.

DR ROSLI ALLANI ABDUL KADIR ialah Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan.

Tak rasmi: PH menang di KKB

Setakat ini PH telah berjaya memperolehi lebih 50% undi dari pengundi yang turut mengundi 

PH 13765

PN 9837

Bebas 183

PRM 149

PH menang KKB majoriti lebih 3,000, dakwa Asyraf

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pakatan Harapan menang PRK Kuala Kubu Baharu dengan majoriti lebih 3,000 undi, dakwa Asyraf Wajdi Dusuki.

“Tahniah parti Pakatan Harapan mewakili kerajaan perpaduan memenangi pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu dengan majoriti besar lebih 3,869 undi,” kata setiausaha agung Umno di Facebook.

Kedudukan terkini PRK Kuala Kubu Baharu

Kuala Kubu Baharu 2024

PN 6895

PH 10,245

Bebas 143

PRM 112

PH mendahului di PRK KKB

FMT Reporters

Keputusan tidak rasmi di laman sesawang DAP, calon PH mendahului dengan 1,190 undi manakala PN mendapat 320 undi.
PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) setakat ini mendahului dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Menurut keputusan tidak rasmi di laman sesawang DAP, PH mendahului dengan 1,190 undi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 320 undi.

Calon bebas pula mendapat enam undi manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) memperoleh tiga undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 9 malam.

Ketua pertubuhan haram 'Ayahanda' ditahan

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
POLIS menahan 14 lelaki dipercayai ahli pertubuhan haram menerusi Ops Cantas di Inanam. FOTO ihsan polis
POLIS menahan 14 lelaki dipercayai ahli pertubuhan haram menerusi Ops Cantas di Inanam. FOTO ihsan polis
Kota Kinabalu: Ketua sebuah pertubuhan haram bergelar 'Ayahanda' antara 14 ditahan dalam Ops Cantas (Gengsterism) di kawasan gerai menjual burger di Inanam Point, Jalan Tuaran, di sini, Rabu lalu.

Semua lelaki berusia 22 hingga 49 tahun ditahan sepasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Balai Polis Inanam, jam 10.10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, pemeriksaan mendapati suspek mendakwa mereka ahli Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB).

"Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati logo yang digunakan oleh pertubuhan itu adalah tidak berdaftar.

"Selain itu, ada unsur-unsur kumpulan Double 7 yang diwartakan sebagai pertubuhan haram pada 2013," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmi berkata, operasi itu juga turut menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai ketua pertubuhan ANB Bersatu di Sabah dengan gelaran 'Ayah Abu Nilam Bersatu'.

"Dalam serbuan itu, sepucuk senjata api mainan menyerupai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging berserta sarung dan sebilah samurai turut dirampas.

"Selain itu, rampasan membabitkan 20 keping pelekat tertera logo kumpulan, kad ahli, 12 telefon bimbit dan empat kereta pelbagai jenis tertera pelekat pertubuhan ANB dan kumpulan Double 7," katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati pertubuhan itu mempunyai 100 ahli di sekitar bandar raya ini, Kota Belud, Ranau, Semporna dan Sandakan.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966," katanya.

PH mendahului kiraan undi awal polis, tentera

Gabungan Madani nampaknya popular di kalangan pengundi polis di Kuala Kubu Bharu, menurut sumber tidak rasmi.

PH dilaporkan meraih 249 undi awal polis manakala PN memperoleh 47 undi.

Perlumbaan itu dilaporkan lebih sengit dalam undi tentera, dengan PH memperoleh 84 undi dan PN 71.

Secara keseluruhan, 592 pengundi awal dikatakan telah mengundi PH, 156 untuk PN dan masing-masing seorang untuk PRM dan calon bebas.
Kuala Kubu Baharu 2024

PN 263

PH 887

'Siapalah punya kerja'

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
Dinding pagar sebuah masjid menjadi sasaran perbuatan vandalisme di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, hari ini. FOTO IHSAN TULAR
Dinding pagar sebuah masjid menjadi sasaran perbuatan vandalisme di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, hari ini. FOTO IHSAN TULAR
Hulu Selangor: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dinding pagar sebuah masjid di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, di sini diconteng dengan cat sembur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian terbabit masih dalam siasatan polis.

Pada masa sama, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perbuatan vandalisme itu dan memaklumkan tiada kenyataan media dikeluarkan.

"Laporan polis ada diterima dan kes dalam siasatan.

"Ini saja yang saya boleh beritahu," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, gambar dinding pagar masjid itu tular di laman sosial yang memaparkan perkataan kesat iaitu Islam B***h.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan mencetus provokasi selain menyentuh sensitiviti agama Islam.

Wanita ini mengaku tidak makan, minum selama 16 tahun

KOSMO
Walaupun suka memasak, namun Muluwork tidak pernah merasa lapar. - DREW BINSKY
ADDIS ABABA, Ethiopia – Seorang wanita di pedalaman Ethiopia mengaku dia tidak makan atau minum selama lebih 16 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Muluwork Ambaw berkata, dia hilang keinginan untuk makan atau minum secara tiba-tiba ketika berumur 10 tahun.

Bagaimanapun, Ambaw masih ingat makanan terakhirnya iaitu sup kacang merah.

“Dahulu, saya tinggal bersama keluarga dan mereka meminta saya bersarapan sebelum ke sekolah. 

“Saya katakan saya sudah makan tetapi saya berpura-pura. Saya hilang selera untuk minum air atau apa-apa makanan,” kata Ambaw.

Selepas tiga tahun menjalani pemeriksaan di ibu kota, doktor-doktor berkata, kesihatan wanita itu baik  meskipun dia tidak makan atau minum.

Mereka berkata, tiada sisa makanan, atau bahan buangan di dalam saluran penghadamannya. 

Dia turut ke Dubai dan Qatar untuk menjalani ujian kesihatan mental, namun diberitahu bahawa tiada apa yang tidak kena dengan dirinya. 

Ambaw diberikan glukosa ketika mengandung bagi membantu menyuburkan bayi di dalam kandungannya tetapi dia tidak dapat menyusukan anak selepas bersalin.

Dia percaya bahawa keadaannya yang luar biasa itu merupakan “takdir Tuhan” dan tidak tahu mengapa ia berlaku. – AGENSI

Mana Semua Penyokong Anwar, Kenapa Tiada Seorang Pun Tampil Heret Takiyuddin Ke Mahkamah Syariah Atas Kesalahan Qazaf?

Shahbudin Husin

Sehari dua ini kecoh kembali para penyokong PH bercakap tentang Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menimbulkan semula isu liwat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Difahamkan beliau bercakap mengenai isu berkenaan ketika berceramah dalam kempen PRK Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

Paling banyak mereka mengaitkan perbuatan Takiyuddin itu ialah dengan kesalahan qazaf iaitu menuduh seseorang dengan dakwaan melakukan zina atau liwat dengan tujuan menghina tanpa mengemukan empat orang saksi.

Selain itu tidak kurang yang menyerang Takiyuddin dengan amalan politik murahan dan bermulut puaka kerana mengitar semula pertuduhan yang konsisten dinafikan Anwar sejak dulu sebagai fitnah untuk membunuh masa depan politiknya.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Takiyuddin itu bukanlah sesuatu yang asing dalam blok PN.

Sebelum itu, Naib Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Mohd Radzi Jidin telah secara terbuka dan terang-terangan menyerang Anwar sebagai peliwat di dalam Parlimen.

Selain itu, beberapa penggiat media sosial pro BN, bermula sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri lagi dan sehinggalah sekarang, masih berterusan dan tidak henti-henti memainkan isu tersebut dalam pelbagai versi untuk tujuan yang satu – menghina dan mengaibkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, memang Anwar beberapa kali membawa kes qazaf ke mahkamah terhadap mereka yang menuduh dan mengaitkannya dengan pertuduhan liwat.

Sudah tentu, oleh kerana ketika itu Anwar berada di blok pembankang, semua kes yang dibawanya itu ditolak begitu saja.

Tetapi, sekarang keadaan sudah berbeza, selain PH mengetuai kerajaan, Anwar sendiri adalah Perdana Menteri dan ketua kerajaan.

Oleh yang demikian, kenapa masih dibiarkan banyak pihak terus menuduh Anwar dengan perbuatan liwat, walhal mereka tidak pun pernah mengemukakan empat saksi?

Sebagai Perdana Menteri, pastinya munasabah bagi Anwar tidak melayan semua pertuduhan tersebut, tetapi takkan para penyokong Anwar dalam PH, PKR, pelbagai NGO dan orang perseorangan yang setia menyokongnya, masih sampai hati hanya duduk diam dan membiarkan saja kesalahan qazaf itu berterusan?

Sebahagian daripada mereka dilihat sekadar ada menulis di media sosial atau mengeluarkan kenyataan dengan menyerang kembali penuduh tersebut dan paling ramai hanya berani mengonel dalam Grup Whatsapp semata-mata.

Mana cukup begitu bro…PH kan dah jadi kerajaan sekarang?

Sepatutnya dalam kedaan sekarang, para penyokong. Anwar, terutama pemimpin PKR sendiri dan mereka yang diberi jawatan dan kedudukan dengan pelbagai imbuhan, haruslah bertindak lebih agresif serta proaktif membela Perdana Menteri.

Membuat kenyataan media, menulis di media sosial atau mengomel dalam Grup Whatsapp sudah tidak relevan lagi.

Sudah sampai masanya mereka yang menuduh Anwar sebagai peliwat tanpa mengemukan empat saksi diheret ke mahkamah syariah atas kesalahan qazaf.

Dalam keadaan sekarang, mulakan dengan heret Takiyuddin dulu ke mahkamah syariah atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Jangan dibiarkan beterusan Perdana Menteri kita dihina dan dimalukan secara terbuka.

Tindakan berdasarkan undang-undang mesti dikenakan ke atas mereka yang sembrono menuduh tanpa mengemukakan empat saksi daripada terus bergentayangan dengan perbuatan mereka.

Dalam hal ini, janganlah diharapkan Anwar sendiri yang berbuat demikian sebagaimana dahulu, lagi pun sebagai Perdana Menteri, beliau lebih banyak urusan lain yang lebih penting untuk diutamakan.

Setelah menjadi Perdana Menteri, kerja penyokong dan mereka yang diberi jawatan itu pulaklah yang patut berbuat demikian.

Takkan tak reti-reti lagi? – ShahbudinHusin 11Mei2024.

Motosikal hilang 11 tahun lalu ditemukan semula, 2 ditahan

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Dua individu ditahan selepas disyaki memiliki dan terbabit jual beli kes curi motosikal dalam dua serbuan berasingan daerah ini, semalam.

Suspek lelaki berusia 19 dan wanita berusia 46 tahun itu ditahan berhubung kecurian motosikal Modenas Kris di Taman kemajuan, Likas, pada Disember 2013 lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis, Azmi Abd Rahim berkata, sepasukan pegawai dan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menahan suspek lelaki di sebuah rumah setinggan di Kampung Likas.

"Polis merampas motosikal Modenas Kris yang hilang disyaki dicuri pada 2013 lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pada hari yang sama jam 7.45 malam, suspek kedua seorang wanita ditahan di pejabat JSJ IPK Sabah.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek wanita disyaki terbabit dalam kes curi motosikal berkenaan dan berperanan sebagai penjual motosikal curi.

"Kedua-dua suspek dan rampasan dibawa ke pejabat D4 JSJ IPK Sabah untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi curi kenderaan bermotor," katanya.

Kenapa Klopp pertahankan Nunez

Agensi

London: Ketumpulan penyudah Darwin Nunez di depan gol nyata membangkitkan kemarahan ramai peminat tegar Liverpool di seluruh dunia.

Bagaimanapun pengurus The Reds, Jurgen Klopp tetap mempertahankan anak buahnya itu termasuk dakwaan kemungkinan Nunez bakal meninggalkan kelab itu.

Jelas Klopp, penyerang Uruguay itu sudah melakukan segala-galanya namun nasib masih belum menyebelahi bekas pemain Benfica itu.

"Dia tidak bernasib baik dalam banyak situasi. Dia melakukan segala-galanya dengan betul tetapi masih tiada rezeki. Tiada alternatif selain dia sendiri perlu melaluinya," kata Jurgen Klopp.

Terdahulu Nunez terlepas peluang untuk menjaringkan gol ketika berdepan Tottenham Hotspur minggu lalu, sekali gus menjadikannya gagal mencetak jaringan dalam kesemua lapan perlawanan membabitkan pasukan Liverpool.

Selepas menerima kecaman yang teruk dari penyokong The Reds, Nunez kemudian memadam semua gambarnya bersama Liverpool di akaun Instagram peribadinya.

Untuk musim ini, dia sudah meledak 11 gol daripada 34 aksi bersama Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
-hmetro 

Badan tikus ditemukan dalam roti

Bernama-Xinhua

Tokyo: Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas bahagian tubuh tikus ditemukan dalam dua paket yang dihasilkan pada barisan pengeluaran yang sama.

Penarikan balik roti itu membabitkan Chojuku Yamagata 5 keping dan Chojuku Yamagata 6 keping yang dihasilkan di Kilang Pasco Tokyo Tama dengan tarikh luput antara 7 Mei dan 11 Mei, lapor agensi berita Xinhua memetik pembuat roti yang berpusat di Nagoya itu.

Menurut syarikat itu, langkah penarikan semula produk diambil selepas dua pelanggan melaporkan pada Ahad bahawa objek menyerupai haiwan kecil ditemukan dalam paket roti keping, yang kemudian disahkan sebagai bahagian tubuh tikus.

Tiada ancaman kesihatan dilaporkan setakat ini.

Lori tanah jatuh gaung, wanita maut, suami patah tangan

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Anggota bomba membantu lelaki yang selamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah di kawasan Kuari Pancor, Kampung Air Putih, Junjong. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba membantu lelaki yang selamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah di kawasan Kuari Pancor, Kampung Air Putih, Junjong. FOTO Ihsan Bomba
Kulim: Seorang wanita meninggal dunia selepas lori tanah yang dinaiki bersama suaminya jatuh gaung di kawasan Kuari Pancor, Kampung Air Putih, Junjong, di sini, hari ini.

Bagaimanapun suami mangsa yang berusia 30-an itu terselamat dan cedera parah dalam kemalangan yang berlaku jam 8.40 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.49 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sholihin Saan bersama lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Sungai Bakap, Pulau Pinang dan jumlah keseluruhan anggota yang terbabit dalam operasi itu adalah seramai 15 orang.

"Lori tanah dipercayai jatuh gaung dan terdapat dua mangsa iaitu pasangan suami isteri.

"Wanita berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala suaminya patah tangan serta luka di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hamizul Azwan berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

7 ‘kekuatan Pas’ dalam lahirkan pentaksub yang luar biasa

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Di mana kekuatan Pas sebenarnya? Saya cuba menganalisis secara ringkas dengan penulisan santai di ruang Facebook yang agak terhad.

Saya teruja untuk berbuat demikian kerana memikirkan bagaimana mereka boleh melahirkan pentaksub yang luar biasa begitu ramai.

Tanya saya ada beberapa faktor.

1) Pendidikan sekolah-sekolah mereka dilihat adalah rekrut awal untuk membariskan pelapis-pelapis. Di sekolah ini bermula segal-galanya kerana pergaulan anak-anak itu sendiri.

2) Peluang memberi kuliah digunakan sebaiknya untuk merekrut warga pencen di masjid dan surau. Ini kerana rata-rata warga pencen akan menghabiskan usia pencen mereka di rumah Allah.

Saya ramai mengenali sejarah rakan-rakan muda yang sama-sama ‘kepala gila’. Dari zaman jahiliah sehingga berubah ke arah kebaikan.

Niat mereka baik mencari kebaikan tetapi seperti mereka lupa untuk mencari guru yang betul-betul membimbing ke arah yang lebih baik. Mereka mesti mencari guru yang tiada kepentingan politik.

Ini kerana lambakan guru-guru di surau dan masjid adalah guru atau ustaz politik. Dakyah politik diserap kerana mereka tahu di situ tempat paling sesuai mencari penyokong atas pagar untuk menjadi penyokong tegar.

3) Nama Pas itu sendiri antara faktor kenapa orang Melayu memilih parti ini. Itu kelebihan ‘marketing’ kerana nama Islam dikaitkan dengan parti. Ia menggambarkan hanya dengan parti ini sahaja yang Islam selainnya bukan.

Ia umpama restoran yang meletakkan namanya ‘Restoran Ikan Patin Temerloh’. Nama restoran itu sudah menceritakan tentang restoran berbanding mereka yang menggunakan nama Restoran Pak Amat yang perlukan masa untuk pelanggan mengenali.

Maka sebab itu Pas dengan mudah mengkafirkan dan kini meliberalkan pihak lawan tanpa rasa tanggungjawab.

4) Sasaran mereka kepada mereka berpendidikan rendah. Kata seorang Profesor ketika duduk minum teh di Old Town Cyberjaya bersamanya membicarakan mengenai ketaksuban.

Katanya, “Manusia IQ yang rendah secara umum mudah dikotak katik. Umumnya mereka bukan berfikiran kritis kerana daya pemikirannya terhad. Mudah menerima apa sahaja berita yang karut marut tanpa diselidik. Hendak pula orang itu berimej kopiah dan berjanggut.

“Zaman ini scammer bukan di tangan kolar putih tetapi macam I baca penulisan u ramai dari kopiah putih. Banyak itu sahaja malah akhir-akhir ini kita dengar kes seksual ramai dalam kalangan geng-geng ini.

“Tapi ada orang yang IQ tinggi juga mudah terpengaruh dengan Pas. Sebab apa? Ia adalah kerana agama dan imej parti itu sendiri. Orang kaya adalah mangsa scammer agama paling tinggi.

“Orang kaya mencari jalan pintas ke syurga. Mereka suka menderma dan sebagainya. Mereka ini diambil kesempatan oleh agamawan kerana ini sasaran paling sesuai. Salam ada pitih bukan salah genggaman atau salam cium tangan.

“Begitulah juga mereka mudah percaya dengan cerita sufi. Sebab manusia IQ tinggi disandarkan kepada pendidikan sekular. Di sebalik kelebihan IQ di situ kekurangannya dari segi EQ pula….” antara cerita Prof tersebut yang saya masih ingat.

Berdasarkan hujah tersebutlah saya melihat Pas mensasarkan pengundi IQ rendah dengan fokus kepada pengundi luar bandar. Jika tidak mengapa Melayu bandar yang rata-rata berpendidikan tinggi menolak mereka. Maksudnya mereka ada strategi dan bukan semberono.

Menurut hasil penelitian Lynn dan Meisenberg, berikut adalah negara teratas yang penduduknya memiliki rata-rata skor IQ tinggi.

1. Hong Kong (108)

2. Singapura (108)

3. Korea Selatan (106)

4. China (105)

5. Jepun (105)

Manakala manusa IQ rendah rata-rata penduduk di negara Afrika. Jadi kita boleh lihat keadaan ekonomi dan cara pemikiran penduduk di sana berfikir.

5. Kekuatan sebenar selain struktur yang menarik ialah pemakaian. Manusia memang mudah tertipu dengan penampilan. Sebab itu cendiakawan barat berkata don’t judge a book by its cover.

Saya berkunjung ke HK dengan beberapa orang baru-baru ini. Seorang penghisap rokok tegar dan seorang lagi non smoker. Bila lalu di Kastam kawan non smoker ditahan.

Dia ditahan kerana imej seperti seorang rockers. Berambut panjang dan memakai jaket ala-ala tentera. Habis dibongkar beg kawan tu. Sedangkan perokok tegar lepas begitu sahaja. Moralnya Kastam HK menahan seseorang berdasarkan imej seseorang itu.

Penampilan ahli Pas itu membawa imej kebaikan walaupun bukannya semuanya begitu. Bagi saya imej pakaian itu adalah faktor utama kenapa mereka cepat untuk membuatkan orang Melayu percaya.

Sebenarnya bagi orang Melayu kopiah putih itu alim dan maksum sedangkan di Arab jubah dan serban itu antara mereka yang cuba membunuh Rasulullah.

Ya di Malaysia yang Cina nak jadi Melayu dan Melayu nak jadi Arab. Walaupun hati hitam boleh tutup dengan jubah dan kecam orang lain sendiri tak nak ubah.

6) Faktor keenam dari analisis saya fitnah. Saya sebenarnya bimbang bukan atas dasar politik tetapi imej Islam yang dibawa parti Pas. Mereka seola-olah cuba menormalisasikan fitnah sehingga tidak ada rasa langsung berdosa hanya untuk tujuan politik.

Kebimbangan saya bukan soal siapa jadi kerajaan atau takut Pas memerintah tetapi budaya fitnah. 25 tahun saya berjuang melawan budaya rasuah kini budaya fitnah pula mengambil alih.

Bagi saya Islam mesti dimulakan dengan adab/akhlak. Kalau tanpa ini kamu dahi lebam macam mana sekalipun, pendidikan agama macam mana sekalipun. Saya tetap reject.

Bayangkan ketika ini mereka menghina parti Islam dan Melayu dalam PH sebagai barua DAP sedangkan mereka lebih 10 tahun berjuang bersama DAP malah mereka yang mengibarkan bendera DAP.

7) Faktor terakhir jika Muhyiddin terkenal dengan scheme of things, Pas pula ‘rasuah’ syurga kepada penyokongnya. Ini yang tiada pada Kerajaan Perpaduan yang melaungkan syurga hanyalah milik kpd mereka yang bertakwa

Gambar Wanita pakai baju ‘kelawar’ pandu Lamborghini

KOSMO
Wanita yang mengenakan pakaian biasa mengejutkan orang ramai apabila mempunyai kereta Lamborghini. - TIKTOK @h4siba
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita memakai ‘baju kelawar’ ketika memandu kereta sport Lamborghini, lapor akhbar Beritasatu semalam.

Menerusi rakaman itu, wanita tersebut dilihat memakai pakaian  berwarna hijau. Dia keluar daripada  kereta mewahnya yang berwarna kuning terang di hadapan sebuah kedai di wilayah Kalimantan Selatan.

Lebih mengejutkan orang ramai apabila wanita itu turut memakai selipar biasa yang banyak dijual di pasar. 

Rakaman yang dimuat naik dalam akaun @lambe_turah di platform Instagram itu menjadi tular dan menarik perhatian netizen. 

“Baju kelawar yang dipakai mesti daripada jenama Dior atau Balenciaga,” kata  seorang netizen. 

“Definisi orang kaya tapi hidup sederhana,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Serang kekasih bekas isteri guna pahat

NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencederakan kekasih bekas isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Pedas Indah, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga penjawat awam berusia lingkungan 20-an tengah malam semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa menemani teman wanitanya yang juga bekas isteri suspek menghantar barangan keperluan anak-anak ke rumah bekas kakak iparnya.

“Mangsa hanya menunggu di dalam kenderaan sebaik sampai di rumah wanita tersebut, namun secara tiba-tiba suspek keluar rumah dalam keadaan marah dan merampas lampin pakai buang yang dibawa sebelum mencampakkan barangan tersebut.

“Mangsa membuka cermin pemandu untuk mendengar perbualan sebelum didatangi suspek lalu menumbuk kepala lelaki itu.

“Mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk bertanyakan sebab dipukul, namun berlaku pergelutan. Suspek masuk ke dalam rumah sebelum membawa keluar sebatang besi dan membaling ke arah mangsa namun terkena kenderaan,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, mangsa dan teman wanitanya kemudian beredar dari lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis.

Mangsa mengalami kecederaan bengkak di belakang kepala. Polis memberkas suspek dan merampas pahat yang digunakan. Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan empat rekod dadah. – KOSMO! ONLINE

61 mati akibat gelombang haba di Thailand

Bernama-Dpa

Bangkok: Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand, menurut laporan agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan Kementerian Kesihatan di Bangkok pada Jumaat.

Angka ini lebih dua kali ganda daripada jumlah kes strok haba yang direkodkan sepanjang tahun 2023. Kebanyakan kematian berlaku di bahagian timur laut yang pertanian adalah sektor penting ekonomi.

Gelombang haba yang melanda dalam beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan suhu waktu malam kekal sekitar 30 darjah Celsius di Bangkok dan banyak kawasan lain di negara ini.

Suhu tengah hari yang dirasai - ukuran yang turut mengambil kira kelembapan dan kelajuan angin selain suhu udara - sering melebihi 50 darjah Celsius.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk mengehadkan masa di luar rumah.

Hujan berlaku di kebanyakan kawasan di negara ini pada awal minggu ini buat kali pertama dalam beberapa bulan. Suhu pada mulanya turun tetapi sejak itu meningkat semula melebihi 30 darjah Celsius.

Pakar cuaca mengaitkan suhu tinggi ini dengan fenomena El NiƱo, tetapi menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Asia juga mengalami pemanasan lebih cepat berbanding purata global.

Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Filipina juga mengalami suhu yang luar biasa tinggi.

2 PATI lupus harta inap desa kena jel

Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my
Pendatang asing tanpa izin (PATI) Mohd Aizal Idrus, 28, (Dua kiri/baju biru) dan rakannya Abdul Razak Karim, 34, (Dua kanan/baju Putih) dipenjara 11 bulan atas kesalahan menyimpan dan melupus harta curi dari sebuah inap desa, di sini. FOTO Abdul Rahemang Taiming.
Pendatang asing tanpa izin (PATI) Mohd Aizal Idrus, 28, (Dua kiri/baju biru) dan rakannya Abdul Razak Karim, 34, (Dua kanan/baju Putih) dipenjara 11 bulan atas kesalahan menyimpan dan melupus harta curi dari sebuah inap desa, di sini. FOTO Abdul Rahemang Taiming.
Tawau: Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dijatuhi hukuman penjara 11 bulan selepas masing-masing mengaku bersalah menyimpan dan melupus harta yang dicuri dari sebuah inap desa dekat sini, April lalu.

Tertuduh, Mohd Aizal Idrus, 28, yang berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan terlebih dahulu dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut pertuduhan, Mohd Aizal didakwa dengan curang menyimpan harta curi iaitu sebuah televisyen jenama Panasonic milik seorang wanita yang juga pemilik inap desa di Taman Residensi Prima Ranggu, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 414 pula, Mohd Aizal dan Abdul Razak Karim, 34, secara bersama didakwa dengan sengaja melupuskan harta curi iaitu sebuah basikal lipat jenama Troy milik wanita sama dengan menjualnya kepada individu lain tidak dikenali di kawasan berhampiran Masjid Mat Salleh, Batu 2 Jalan Apas, dekat sini, kira-kira jam 4 petang 27 April lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh disyaki telah menyewa dan mendaftar masuk di inap desa terbabit kira-kira jam 2 pagi pada 27 April lalu, sebelum pemiliknya membuat laporan polis pada hari sama sebaik menyedari televisyen dan basikal lipat miliknya hilang disyaki dicuri.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Asisten Superintendan Jeffrey Kadisun manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berikutan pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh, Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan ke atas mereka bermula dari tarikh tangkapan selain dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan pengusiran ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Bagaimanapun, hukuman penjara ke atas Mohd Aizal berkuatkuasa secara serentak.

Boeing 747 milik Lufthansa patah balik kerana bau pelik

BERNAMA
PESAWAT Boeing 747 milik Lufthansa. FOTO AFP
PESAWAT Boeing 747 milik Lufthansa. FOTO AFP
Frankfurt: Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat bau pelik di dek penerbangan, menurut media negara itu, lapor Sputnik.

Seorang jurucakap Lufthansa yang dipetik akhbar harian Jerman, Bild berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana bau yang tidak dapat dikenal pasti di dalam kokpit.

Beliau berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di Frankfurt dan semua 320 penumpang serta 19 kru selamat.

"Pesawat itu kini sedang diperiksa oleh juruteknik dan punca bau itu masih belum dikenal pasti," katanya.

Ini insiden keempat membabitkan pesawat Boeing dalam tempoh dua hari.

Terdahulu pada Khamis, pihak berkuasa Turkiye memaklumkan bahawa 190 penumpang dipindahkan dari pesawat Boeing-738 yang menuju ke Gazipasa, Turkiye dari Cologne, Jerman selepas mendarat cemas apabila tayar pesawat itu pecah.

Pihak berkuasa memaklumkan tiada individu yang cedera dalam insiden tersebut.

22 pengayuh basikal ditahan kerana langgar peraturan

BeritaHarianSg
LTA menyatakan bahawa pengayuh basikal tersebut ditahan kerana kesalahan seperti berbasikal dalam kumpulan melebihi 10 pengayuh, dan menaiki basikal yang tidak mematuhi peraturan. - Foto  LTA/FACEBOOK
Seramai 22 pengayuh basikal ditahan atas kesalahan melanggar peraturan berbasikal sepanjang dua minggu lalu, dalam satu operasi penguatkuasaan bersama oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Polis Trafik (TP).

Dalam catatan Facebook pada 6 Mei, LTA menyatakan bahawa pengayuh basikal terlibat telah ditahan kerana kesalahan seperti berbasikal dalam kumpulan melebihi 10 pengayuh, dan menaiki basikal yang tidak mematuhi peraturan.

LTA mengingatkan pengayuh basikal supaya memastikan basikal mereka mematuhi peraturan sedia ada, selain mematuhi had panjang kumpulan, lapor The Straits Times (ST).

Pengayuh hanya dibenarkan berbasikal dalam kumpulan lima pengayuh dalam satu barisan, atau 10 pengayuh dalam dua barisan di jalan raya.

Mereka juga harus mengekalkan jarak selamat minimum 30 meter, iaitu sekitar dua tiang lampu, dengan kumpulan lain di jalan raya.

LTA menyatakan ia akan terus mengambil tindakan “terhadap pengguna mobiliti aktif yang bersalah dan membahayakan orang lain dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab mereka.”

Ia menambah bahawa semua pengguna peranti mobiliti aktif perlu mematuhi peraturan jalan raya dan mobiliti aktif sepanjang masa.

Pengayuh yang didapati melanggar peraturan mengenai saiz kumpulan pengayuh boleh didenda $150.

Denda tersebut juga dikenakan terhadap pengayuh basikal yang tidak berhenti di lampu merah, mengayuh di lebuh raya, atau mengayuh seiring pengayuh basikal lain di jalan raya yang mempunyai satu laluan, dan di lorong bas semasa waktu operasi lorong bas.

Buaya jantan 5 meter tersangkut pada pukat

Juwan Riduan
bhnews@bh.com.my
Sylvester menerima buaya jantan daripada anggota APM. NSTP/Ihsan JHL
Sylvester menerima buaya jantan daripada anggota APM. NSTP/Ihsan JHL
LAHAD DATU: Buaya jantan sepanjang lebih lima meter yang ditemukan tersangkut di pukat nelayan di Kampung Sungai Nipah Tambisan, di sini diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, semalam.

Pembantu Hidupan Liar JHL Lahad Datu, Sylvester Wong, berkata pihaknya menerima buaya berkenaan daripada Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Desa Kencana.

Katanya, berdasarkan maklumat APM Desa Kencana, buaya itu tersangkut di satu pukat ikan penduduk di kampung berkenaan, Rabu lalu.

"Anggota APM bersama penduduk kampung bertindak menangkap dan mengikat buaya terbabit, sebelum dibawa ke Pusat Operasi APM Lahad Datu.

"APM Lahad Datu kemudian menghubungi pihak JHL Lahad Datu untuk melaporkan kejadian itu," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sylvester berkata, kakitangan JHL Lahad Datu yang tiba di Pusat Operasi APM bertindak melonggarkan ikatan buaya berkenaan, namun keadaannya sangat lemah.

"Buaya yang dalam keadaan puntung kaki depan sebelah kiri itu dibawa ke perumahan JHL Lahad Datu untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan pihak APM dan penduduk terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengangkat buaya jantan dewasa berkenaan.

Takiyuddin ajar pengikut Pas cara lakukan qazaf dengan ‘selamat’

Harapandaily

AHMAD MURSI

Apabila Setiausaha Agung Pas memainkan isu liwat dalam kempen PRK Kuala Kubu Bharu, itu menggambarkan betapa bankrapnya akhlak puak yang memanggil diri mereka ‘Parti Islam’ dan dipimpin pula oleh kononnya ‘ulama’.

Tentulah gaya ceramah Takiyuddin mempersoal “kenapa PMX tak ambil tindakan undang-undang?” kepada portal berita picisan yang tidak diketahui asal usulnya itu.

Kerana dia peguam dan tahu cara tuduhan jahat boleh dibuat dengan cara yang selamat daripada disaman di dunia.

Apabila Pas membangkitkan isu peribadi ketika kempen, maksudnya PN-Pas sangat terdesak mencari modal kempen selain meniup api perkauman dan agama yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan.

Pada waktu yang sama, PMX menunjukkan sikap yang baik kepada Menteri Besar negeri-negeri Pas. Diberi susu, dibalas tuba.

Haji Hadi dan pimpinan utama Pas dari awal tertubuhnya Kerajaan Perpaduan mula bermain dengan kalimah ‘luar tabi’ie’ untuk mengajar ahlinya berkempen.

Walaupun ustaz-ustaz Pas menggunakannya untuk konteks yang lain, sebenarnya mereka menghantar mesej kepada pengikutnya: Kempen tuduhan liwat halal untuk dimainkan.

Hal ini tidak akan berlaku jika Nik Aziz masih Mursyidul Am Pas. Inilah contoh bagaimana pemimpin mampu menyesatkan pengikutnya.

Pada hari akhirat apabila dibalik-balikkan muka pengikut-pengikut dalam neraka, barulah mereka menyesal dan mengeluh ‘alangkah baik jika di dunia mereka taati Allah dan Rasul’.

Lalu mereka memohon kepada Allah agar pemimpin mereka diazab dua kali ganda dan dilaknat dengan laknat sebesar-besarnya kerana di dunia dulu mereka taat kepada pemimpin-pemimpin ini yang menyesatkan mereka. Mafhum dari surah Al-Ahzab (66-68) yang Haji Hadi dulu selalu ulangi.

Qazaf yang jadi satu jenayah dalam hudud kini menjadi modal politik Pas. Perjuangan hudud hanya retorik Pas untuk ‘scam’ pengundi. Mereka benci liwat dengan mereka sendiri melakukan qazaf.

'Politik murahan, Takiyuddin bangkit fitnah lama terhadap PM'

Malaysiakini 

Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menasihati Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan supaya berhenti menggunakan politik murahan termasuk fitnah berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim demi mendapatkan kepercayaan rakyat.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata strategi politik murahan bagi meraih undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.

“Ketika berkempen, Takiyuddin membangkitkan isu lama berkaitan fitnah media Itali terhadap Perdana Menteri, tohmahan beliau berlaku ketika pemimpin-pemimpin utama PAS sedang berunding dan mendekati Anwar untuk mendapatkan peruntukan.

“Lebih baik Takiyuddin ceritakan tawaran-tawaran PN (Perikatan Nasional) jika dipilih pada PRK kali ini ketika kempen di KKB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Nazmi berkata Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga perlu sedar bahawa Anwar merupakan sosok penting dalam sinergi politik yang telah membawa keuntungan besar kepada PAS sejak 1998.

Beliau turut memetik nasihat bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Mursyidul Am PAS supaya mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam supaya tidak memalukan orang lain.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Esok adalah hari penentuan untuk PRK berkenaan.

- Bernama

'Tiga warga Filipina pinjam, beli MyKad palsu untuk bekerja'

Mohd Iskandar Ibrahim
bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Tiga lelaki warga Filipina ditahan awal pagi tadi, selepas didapati menggunakan kad pengenalan (MyKad) rakyat tempatan serta palsu untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Suspek berusia di antara 19 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kediaman masing-masing di sekitar Pulau Indah, Selangor hasil risikan dan pemantauan selama tiga minggu.

Siasatan awal mendapati mereka memperoleh kad pengenalan terbabit dengan meminjam daripada kenalan.

Sumber JPN, berkata seorang daripada suspek pula didapati membeli kad pengenalan palsu daripada sindiket pada harga RM500.

"Mereka didapati menggunakan kad pengenalan milik orang lain dan kad pengenalan palsu di antara dua minggu hingga enam bulan sebagai identiti mereka.

"Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan tinggal di negara ini," katanya.

Katanya, JPN kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Mereka yang ditahan kini dalam proses siasatan lanjut dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang serta boleh disabitkan atas kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

"Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Aktres ludah kembali isi buah durian

KOSMO!
GAMBAR fail menunjukkan Charlene (kanan) bersama Chung. - Foto AFP
SINGAPURA – Penyanyi dan aktres Hong Kong, Charlene Choi dilihat memberikan reaksi tidak menyenangkan ketika cuba makan isi  durian di sebuah kafe di Singapura, lapor portal berita VnExpress semalam.

Charlene dilihat meludahkan semula isi ‘Raja Buah’ tersebut.

Menurut portal berita AsiaOne, klip video mengenainya dikongsi dalam  akaun rasmi program televisyen, Girls’ Spectacular Journey di platform sosial Douyin kelmarin.

Rakaman itu menunjukkan Charlene bersama penyanyi dan pelakon Hong Kong, Gillian Chung serta selebriti Joey Yung melawat kafe 99 Old Trees Durian di Singapura.

Mereka diperkenalkan kepada pelbagai jenis durian termasuk S17, Udang Merah, Jin Feng, D13, Black Pearl, dan Mao Shan Wang.

Joey kemudian menggalakkan Charlene  cuba makan buah durian Mao Shan Wang. 

Aktres itu yang teragak-agak, mengambil seulas durian Mao Shan Wang dan merasanya tetapi segera menunjukkan ekspresi tidak menyukai buah tersebut. 

Dia tidak sanggup menelan isi buah itu dan meludahkannya.

Dalam ruangan komen di bawah video klip tersebut, ramai netizen berkongsi pengalaman seperti Charlene  apabila mereka merasai buah durian buat kali pertama. 

Namun, ada pula yang menyatakan bahawa buah durian sebenarnya sedap dimakan. – AGENSI

Azalina beritahu Haji Hadi, ‘Jangan jadi ahli politik munafik’

Faiz Zainudin

HULU SELANGOR: Seorang pemimpin Umno mengingatkan Presiden PAS Hadi Awang supaya tidak menjadi ahli politik munafik dengan memburukkan DAP di sebalik sejarah persahabatan mereka sebelum ini.

Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said mempersoalkan mengapa pendirian Ahli Parlimen Marang itu berbeza ketika ini apabila mendakwa bekas rakannya dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) sebagai ekstrem.

“Dulu boleh (kerjasama dengan DAP) sekarang tak boleh. Dulu sayang, sekarang tak sayang, tak bolehlah begitu.

“Boleh tambahkan cawangan (rakan kerjasama) tetapi janganlah tak konsisten, kenapa dulu boleh? Tiada pula isu sama ditimbulkan. Sekarang pasal tidur mimpi lain-lain, semua tak boleh.

“Itu keputusan kepada kenyataan dialah. Pada saya, ahli politik perlu jadi sangat profesional dan perlu sokong atas dasar ideologi,” katanya ditemui selepas kempen bersama Pang di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak.

Azalina turut menggesa Hadi supaya tidak menggunakan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R) atau menakut-nakutkan orang ramai dalam berpolitik.

Semalam, Hadi mendakwa DAP yang lahir daripada PAP di Singapura adalah parti ekstrem dan melampau serta mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik hingga boleh menyebabkan kekacauan di dalam negara.

Hadi turut meminta pengundi supaya tidak merasa mudah tidak keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana dibimbangi ia dimenangi parti salah.

Sebagai rekod, DAP dan PAS pernah bekerjasama di bawah Barisan Alternatif dan PR, namun kedua-duanya memutuskan hubungan pada 2015.

Didenda RM4,500 kerana pasang CCTV, intai wanita dalam tandas syarikat

Meor Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini
MELAKA: Seorang akauntan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengaib kehormatan rakan sekerja wanita dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) tersembunyi dalam tandas pejabat syarikat pada Selasa lalu.

Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman, mengenakan denda itu terhadap tertuduh, Chong Soon Hoe, 25, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika gagal melunaskan denda berkenaan, namun lelaki itu membayarnya.

Berdasarkan pertuduhan dia dituduh mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun dengan cara memasang CCTV dalam plastik tisu di tandas yang akan mengganggu kesantunan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pejabat dekat Jalan Tun Perak dalam daerah Melaka Tengah di sini, pada 7 Mei lalu jam 4.30 petang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut fakta, mangsa seorang ejen cukai dan bekerja di syarikat terbabit kira-kira setahun setengah melihat CCTV itu tersembunyi dalam plastik tisu ketika berada dalam tandas pada hari kejadian.

Apabila memeriksanya menggunakan komputer riba, mangsa mendapati CCTV itu dipasang oleh tertuduh dan terdapat rakaman video dirinya dalam tandas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian manakala tertuduh diwakili peguam bela, Kent Tan Chow Teng.

Terdahulu, peguam bela memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk melepaskan tertuduh dengan Bon Berkelakuan Baik berdasarkan peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dan tidak dipenjarakan.

Peguam itu antara lain berhujah, tertuduh seorang pemegang ijazah kelas pertama dalam bidang perakaunan, masih muda, tiada rekod kesalahan lampau serta menjaga ibu bapa yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis.

Katanya, tertuduh yang juga anak lelaki tunggal keluarga sudah insaf atas kesalahannya itu, selain ingin menyambung pengajian di Singapura serta memohon taraf penduduk tetap di sana.

Pihak pendakwaan bagaimanapun membantah permohonan peguam dan menghujahkan supaya hukuman setimpal dikenakan mengambil kira fakta kes yang diperakui tertuduh.

"Kepentingan awam harus mengatasi kepentingan tertuduh dan hukuman dikenakan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh yang menceroboh privasi mangsa agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan," katanya.

Polis: Budak 9 tahun sanggup jadi pemuas nafsu kerana hutang


Redzuan Muharam dan Siti Norhidayah Mohd Yunus
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gara-gara mematahkan pemadam rakan dan tidak cukup wang bagi membeli yang baru untuk menggantikannya, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas nafsu bagi melunaskan hutang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku tahun lalu dan mereka yang terbabit (suspek) terdiri daripada dua kanak-kanak masing-masing berumur sembilan dan 10 tahun.

Berikutan itu, Mohd Shuhaily berkata, polis membuka kertas siasatan kerana melihatnya sebagai trend terkini dalam generasi baharu.

"Berdasarkan siasatan kami, mangsa bersetuju (menjadi pemuas nafsu) kerana mahu membayar balik hutang.

"Ia kerana, dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli pemadam baru dan bersetuju melakukan seks sebagai ganti.

"Memandangkan semua yang terbabit berumur di bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah. Timbalan pendakwa raya dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan," katanya ketika ditemui media pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, secara umumnya, kes rogol menunjukkan peningkatan termasuk yang membabitkan individu bawah umur.

"Jumlah kes membabitkan mangsa bawah umur semakin meningkat setiap tahun.

"Kita boleh lihat (peningkatan) selepas pandemik Covid-19 kerana ramai orang berurusan melalui media sosial, dan selepas ia berakhir, semuanya (kes) meningkat.

"Polis juga bimbang dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah sosial," katanya

1MDB fail saman AS$346 juta terhadap Rosmah

Hidir Reduan Abdul Rashid

1MDB dan 10 pihak lagi memfailkan saman sivil berjumlah AS$346 juta terhadap Rosmah Mansor dan seorang lagi individu berkaitan dakwaan menerima barang kemas dan barangan mewah lain yang dibeli menggunakan wang yang diselewengkan daripada syarikat itu.

1MDB dan 10 pihak tersebut memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, dengan menamakan Rosmah sebagai defendan pertama dan Shabnam Naraindas Daswani sebagai defendan kedua.

Menurut Salinan writ saman itu, plaintif mendakwa Rosmah menerima ribuan barang kemas, jam dan beg tangan yang dibeli oleh Shabnam dengan menggunakan wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan plaintif yang lain.

Selain 1MDB, empat lagi plaintif adalah subsidiary syarikat itu, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited.

Plaintif yang lain adalah bekas subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan lima syarikat yang dalam proses pembubaran, iaitu AFfinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.

Plaintif mendakwa premis tuntutan mereka adalah "tuntutan proprietari berekuiti dan/atau penerimaan harta amanah atau hasilnya yang dapat dikesan yang tidak berpatutan atau diketahui (“penerimaan yang diketahui”) dan/atau bantuan tidak jujur dalam pecah amanah atau pelanggaran kewajipan fidusiari (“bantuan tidak jujur”) dan/atau pengayaan tak patut".

Mereka mendakwa wang dipindahkan menggunakan pelbagai entiti luar pesisir, termasuk lima plaintif yang terlibat, sebelum diberikan kepada 48 vendor yang berpangkalan di tidak kurang daripada 14 bidang kuasa untuk pembelian barangan mewah.

"Sebanyak 320 bayaran sedemikian berjumlah AS$346,010,489 telah dibuat," dakwa mereka.

Selain menuntut arahan agar Rosmah membayar lebih AS$346 juta kepada mereka, plaintif turut memohon mahkamah antaranya agar mengarahkan defendan untuk membayar ganti rugi atau pampasan berekuiti yang ditetapkan mahkamah, ganti rugi keterlaluan dan/atau ganti rugi teladan serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Malaysiakini sedang menghubungi defendan dan peguam mereka untuk mendapatkan maklum balas berkenaan saman ini.

Marahkan suami, isteri bunuh anak tiri dengan racun tikus

Agensi
WANITA itu berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
WANITA itu berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Jakarta: Seorang ibu sanggup meracun anak tirinya dengan memberikan kopi dicampur racun tikus, hanya kerana sakit hati dengan suaminya yang juga bapa kandung mangsa.

Dalam kejadian di mukim Tanjung Medan, Rohil, di wilayah Riau, Ahad lalu itu, suspek dinamakan sebagai RI @ Wanti, 36, mendakwa, sepanjang empat tahun berkahwin dengan bapa mangsa, dia sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto berkata, kejadian dilaporkan 12.30 tengah hari oleh bapa saudara mangsa, Masmin, 45.

"Masmin menerima panggilan daripada isterinya yang memberitahu mangsa (11 tahun) diserang sawan dan berguling di atas lantai. Mangsa turut memuntahkan kopi yang diminumnya.

"Setibanya di lokasi kejadian, Masmin bertanya kepada isterinya yang kemudian menjelaskan mangsa kemungkinan keracunan selepas minum kopi dalam botol pemberian ibu tiri.

"Masmin kemudian membawa mangsa ke Hospital Ibu di Baganbatu, Rokan Hilir, untuk mendapatkan pertolongan cemas," kata Andrian.

Susulan itu, Masmin turut membawa pelaku iaitu RI @ Wanti ke balai polis.

Sementara itu, semasa soal siasat di balai polis, RI mengaku meracuni anaknya kerana kecewa dengan bapa mangsa.

"Saya kesal dan sakit hati dengan ayahnya," kata RI dalam video yang diterima portal Kompas dari Ketua Polis Pujud, Tri Adiyatmika pada Khamis.

Selain itu, RI mengakui sepanjang empat tahun berkahwin dengan bapa mangsa, dia sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Dia juga mengatakan bahawa suaminya sering marah secara membuta tuli.

Tri Adiyatmika berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut atas cubaan membunuh dan akan didakwa mengikut Fasal 44 Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga dan Fasal 76C Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2014 Pindaan Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2002 Perlindungan Anak.

"Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun," katanya.

Nenek 75 tahun antara empat ditahan edar RM4.3 juta dadah

MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Seorang nenek berusia 75 tahun antara empat suspek yang ditahan selepas terbabit dengan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di sebuah rumah atas air di Pontian, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 26 kilogram (kg) bernilai RM4.3 juta.

Katanya, serbuan itu merupakan hasil risikan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

“Modus operandi suspek adalah dengan menjadikan rumah atas air sebagai tempat memproses dan membungkus dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Biasanya lokasi yang dijadikan pusat kegiatan haram ini kawasan perumahan berpengawal dan berpagar seperti pangsapuri, tetapi ini rumah biasa.

“Kalau kita lihat rumah ini, kita mungkin tidak mengesyaki ia digunakan (berpenghuni), ini salah satu modus operandi baharu yang digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dadah yang dirampas adalah 25.5 kg serbuk ektasi, 970 biji pil eramin 5 seberat 275 gram (g), 1,700 biji pil ektasi (532g), sepeket ketamin (232 g) dan 15 peket ganja (369g) yang bernilai RM4.32 juta.

Turut dirampas pelbagai alat memproses dan membungkus serbuk ekstasi, enam buah kereta, wang tunai RM21,000 dan mata wang tunai Dollar Singapura SGD $13,000 (RM45,676) turut dirampas. – KOSMO! ONLINE

6 pegawai kanan dan anggota polis ditahan semula mengikut SOSMA

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Enam pegawai kanan dan anggota polis yang ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan sebanyak RM1.25 juta, ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua individu terbabit ditahan reman mengikut Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bermula semalam bagi tempoh 28 hari sehingga 5 Jun ini.

Beliau berkata, seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Inspektor juga ditahan selepas menyerah diri, semalam.

"Individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 4(1) SOSMA 2012 dan reman ke atas suspek dibuat hari ini," katanya.

Katanya, hasil daripada risikan dan siasatan yang dijalankan sepanjang tempoh ini mendapati kumpulan ini bertindak secara bersama untuk melakukan jenayah kesalahan serius dengan tujuan untuk mendapatkan faedah material.

"Pengumpulan maklumat yang dijalankan juga mendapati kumpulan ini memenuhi elemen-elemen yang ditakrifkan di bawah Seksyen 130U Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 3 Mei lalu, Razarudin memaklumkan tiga pegawai berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan di sekitar Jalan Tun Razak di sini bagi membantu siasatan kes pemerasan itu, susulan laporan polis yang dibuat malam sebelumnya.

Dua lagi yang ditahan, masing-masing seorang Inspektor dan Sarjan. Susulan penahanan kelima-lima individu terbabit polis kemudian menahan seorang lagi Lans Koperal yang berkhidmat di jabatan yang sama.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Murid dakwa dipukul selepas intai guru hisap rokok

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menyiasat seorang guru kerana didakwa menampar dan menumbuk empat muridnya kerana berang selepas mangsa dipercayai mengintai lelaki itu menghisap rokok di sebuah sekolah di Pontian, Johor.

Ketua Polis Pontian Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa murid berkenaan yang didakwa dimarah dan dipukul guru berusia 48 tahun terbabit pada petang Rabu, lapor Kosmo!.

Katanya, murid itu yang berusia 10 dan 11 tahun pulang dari sekolah dalam keadaan menangis dan menggigil sebelum menceritakan kepada ibu bapa mereka mengenai kejadian tersebut.

Shofee berkata, salah seorang murid berkenaan juga mengalami sakit kecederaan di bahagian atas dan kening kiri.

“Siasatan yang dijalankan ke atas guru terbabit, lelaki itu mengakui marah kerana salah seorang muridnya mengintai ketika sedang menghisap rokok di kawasan stor sekolah.

“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan ke atas guru tersebut kerana polis masih menunggu arahan perintah untuk menyiasat daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis juga mengeluarkan notis kepada empat murid tersebut bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Pontian,” katanya.

‘Wakil AS yang datang ke sini jangan berlagak sombong’

Malaysiakini 
story-image

Hassan Abdul Karim memuji ketegasan Malaysia yang tidak mengiktiraf sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap penyaluran dana kepada Iran dan proksinya.

“Amerika Syarikat perlu hormat pendirian Malaysia ini,” kata anggota parlimen lantang Pakatan Harapan (PH) itu.

“Wakil AS yang datang ke negara ini jangan berlagak sombong untuk mengugut Malaysia dengan ancaman sekatan sepihak olehnya ke atas pihak-pihak di Malaysia.”

Semalam Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan AS Brian Nelson mengunjungi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan isu pembiayaan keganasan.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa melaporkan, pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan AS akan ke Singapura dan Malaysia dalam usaha menyekat penyaluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Rusia.

Laporan itu mendakwa terdapat peningkatan dana dipindahkan ke Iran dan proksinya, termasuk kumpulan bersenjata Palestin Hamas, melalui sistem kewangan di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberikan komitmen itu tetapi berkata perlu mengesahkan terlebih dahulu maklumat sepihak daripada AS.

Dia juga berkata dasar Malaysia hanya mengiktiraf sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bukan oleh mana-mana negara.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Hassan berkata pendirian berani yang dinyatakan Saifudin menjelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang boleh dibuli oleh sebuah kuasa dunia.

“Pendirian yang diutarakan oleh Menteri Dalam Negeri Saifudin  Nasution dalam soal sepenting ini dalam hubungan bernegara adalah satu pendirian yang patriotik dan progresif melambangkan dasar dalam negeri dan luar negeri Malaysia yang bebas dan dinamik,” katanya.

Masjid Bandar Utama Batang Kali halang pakai baju Malaysia Madani untuk solat?

Exco Agama turun ke masjid yang halang pakai baju Malaysia Madani untuk solat

BORHAN AHMAD

Exco Agama Selangor Dr Fahmi Ngah berjanji akan turun sendiri ke Masjid Bandar Utama Batang Kali bagi menyiasat kejadian mengarahkan penyokong Pakatan Harapan menterbalikkan baju mereka jika ingin sembahyang di masjid itu.

Dalam satu kenyataannya menerusi akaun X, Fahmi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi itu berkata, “Esok saya sendiri akan turun ke masjid itu Bersama Pegawai Tadbir Agama untuk dapatkan penjelasan.”

Fahmi merujuk kepada laporan beberapa pihak tentang kejadian di masjid berkenaan beberapa hari lepas di mana penyokong PH yang mahu memasuki masjid itu diarahkan menterbalikkan baju mereka.

Turut diarahkan adalah menterbalikkan baju adalah mereka yang memakai baju Malaysia Madani agar lambang itu tidak boleh dilihat di dalam masjid itu.

Namun, dalam masa yang sama, penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mahu bersembahyang di masjid itu dengan memakai baju lambang parti mereka tidak berhadapan dengan larangan yang sama.

“Ramailah yang tak puas hati. Yang pakai baju Malaysia Madani pun kena terbalikkan. Bukan ada kaitan parti pun.

“Ada yang pakai kopiah Pas elok ja. Pakai baju PN pun ok ja,” kata Najib Bakar menerusi hantaran di Facebook.

Najib turut berkongsikan beberapa gambar sebagai bukti menggambarkan ‘peraturan’ yang berat sebelah itu.

Menurut Dr Fahmi, beliau akan bersolat Jumaat di masjid itu hari ini di samping berbincang dan mendapatkan penjelasan tentang kejadian yang didakwa berkenaan.

Takut ditangkap khalwat pecut kereta hingga terbabas


Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
KEADAAN Perodua Myvi dinaiki pasangan kekasih yang terbabas ke dalam sungai di Paya Lebar, selepas memecut laju ketika terserempak MPV polis. FOTO ihsan IPD Alor Gajah
KEADAAN Perodua Myvi dinaiki pasangan kekasih yang terbabas ke dalam sungai di Paya Lebar, selepas memecut laju ketika terserempak MPV polis. FOTO ihsan IPD Alor Gajah
Alor Gajah: Bimbang terkantoi berdua-duaan dalam kereta, pasangan kekasih nekad melarikan diri dengan memecut kenderaan dinaiki mereka sejauh kira-kira 14 kilometer dari kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah hingga ke Paya Lebar dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, seorang lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta itu bertindak memecut keretanya dalam kejadian pada 9.30 malam.

Menurutnya, lelaki itu bertindak demikian sejurus berselisih dengan kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan hutan simpan berkenaan.

"Setiba di Paya Lebar, kereta itu terbabas ke tepi jalan sebelum pemandunya terus melarikan diri.

"Anggota peronda yang tiba di tempat kejadian membuat pemeriksaan ke atas kenderaan itu namun tidak menjumpai barang salah.

"Terdapat seorang wanita berusia 26 tahun di dalam kereta, namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashari berkata, anggota peronda kemudiannya menghantar wanita itu ke rumah saudaranya di Telok Gong dekat sini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek dan siasatan mendapati lelaki itu dipercayai melarikan diri kerana takut ditahan oleh pihak polis sebab berdua-duaan dengan teman wanitanya itu di dalam kereta.

"Semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.

Seorang YouTuber menikam menyebabkan kematian YouTuber lain yang sedang melakukan penstriman langsung

Agensi

Seoul: Seorang YouTuber Korea Selatan berusia 50-an ditahan selepas membunuh seorang lagi YouTuber lain yang sedang melakukan penstriman langsung di Busan, kata pihak berkuasa pada 9 Mei.

The Straits Times melaporkan menurut Polis Metropolitan Busan, mangsa berusia 50-an maut ditikam ketika melakukan siaran langsung di YouTube kepada kira-kira 4,000 pelanggannya semasa lawatan ke Mahkamah Daerah Busan untuk satu perbicaraan.

Suspek yang juga berusia 50-an dan kenalan kepada mangsa. Dia mempunyai saluran YouTube dengan kira-kira 8,000 pelanggan.

Polis yang bertindak balas terhadap laporan insiden 9.52 pagi itu, bergegas ke tempat kejadian di mana mereka kemudian mendapati mangsa mengalami serangan jantung.

Walaupun usaha menyelamat dilakukan, mangsa disahkan meninggal dunia pada 11.04 pagi di hospital berhampiran.

Suspek ditahan pada11.35 pagi di Gyeongju, wilayah Gyeongsang Utara, selepas dia melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kereta sewa.

Sebelum penahanannya, susulan kejadian itu, suspek memuat naik hantaran sebanyak tiga kali di bahagian komuniti saluran YouTube miliknya.

Dalam hantaran pertama, dia mengeluarkan permohonan maaf kepada pelanggannya, meluahkan rasa marah terhadap individu yang didakwanya 'memudaratkan kebahagiaan orang lain'.

Untuk hantaran terakhirnya, dia memberitahu pengikut mengenai penahanannya di Gyeongju, menyatakan kekesalan "kerana tidak dapat melihat lautan" dan berterima kasih kepada pelanggannya.

Polis sedang menyiasat motif di sebalik pembunuhan itu, dengan syak wasangka tertumpu kepada konflik undang-undang tidak dapat diselesaikan yang mungkin mendorong suspek melakukan tindakan itu.