KUALA LUMPUR: Kadir Jasin melalui http://kadirjasin.blogspot.com/ semalam, menulis bahawa penyelamatan MAS berulang kali adalah seperti menimbus perigi tanpa dasar atau ‘bottomless pit’ dalam bahasa Inggeris.
Kadir mengulas berkenaan laporan media massa yang mengatakan MAS akan memberhentikan 6,000 kakitangan sebagai satu langkah untuk menyelamatkannya.
Menurut Kadir, sudah banyak kali beliau mengatakan beberapa pendiriannya tentang MAS iaitu bubarkan, jual kepada swasta, selamatkan tanpa membebankan kewangan negara, lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan hapuskan campurtangan kerajaan yang merugikan.
“Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia. Sejak MAS di bawah kepemilikan swasta antara tahun 1994 hingga 2002 lagi, mereka telah mencadangkan pengurangan kakitangan diantara 5,000 hingga 8,000 orang namun tidak dipersetujui oleh kerajaan.”
“Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan,” kata nya.
“Kos pampasan memberhentikan 6,000 kakitangan ini adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan biaya operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.”
Menurut Kadir dengan biaya RM1.9 bilion untuk memberhentikan 6,000 kakitangan MAS yang belum lagi termasuk biaya-biaya lain, jumlah itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.
1 ulasan:
biar negara bengkrap tak apa jgn 2-3 ekor drp bangkrap
Catat Ulasan