Mereka menggunakan alasan tidak berpuashati dengan senarai G7 kerana beranggapan ia telah diubah. Namun tindakan ganas kumpulan Ahmad Lebai Sudin tidak boleh diterima. Ianya amat bertentangan dengan budaya politik UMNO yang tidak mengamalkan keganasan.
Menurut sumber dalaman Ahmad Lebai Sudin bertindak demikian atas dendam beliau yang mahu menjadi Menteri Besar Kedah selepas PRU13 yang lepas tidak kesampaian. Beliau dikatakan sedang mengetuai gerakan menggulingkan Mukhriz demi nafsu serakah politik. Dan yang amat jelas, Mukhriz tidak mampu mengawal beliau langsung walaupun desas desus mengatakan Mukhriz telah memberi projek jutaan ringgit kepada beliau untuk membina “Istana Menteri Besar”.
Pihak UMNO pusat perlu campurtangan memandangkan berlaku keganasan melampau yang melnggar etika parti telah berlaku di Pokok Sena ini.emoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.--pru14.tv
Tiada ulasan:
Catat Ulasan