"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seekor lagi bapa binatang jadikan anak sebagai pemuas nafsu

JERTIH: Harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.

Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.

Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.

“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.

Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.

Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
-sinarharian-

Tiada ulasan: