Tranungkite
Selepas Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah gantikan Almarhum Ustaz Azizan, macai-macai UMNGOK berseronok sakan. Ada yang mendabik dada, kononnya merekalah yang buat kerja sampai UMNGOK menang di Kedah. Ada budak-budak mentah yang kerjanya hanya menghadap komputer dan Internet angkat diri, konon-kononnya merekalah yang banyak mendedahkan penyelewengan Kerajaan PAS sampaikan orang ramai benci dan akhirnya mengundi UMNGOK balik.
Harapan kepada si Botak anak lelaki Mahadeath Kutty itu begitu tinggi. Konon-kononnya Mukhriz akan membawa legasi kepintaran dan kegeniusan Mahadeath ke Kedah.
Memang betul pun. Si Botak memang bawa legasi Mahadeath tapi bukan dalam bentuk pembangunan kepada rakyat dan kemajuan kepada Kedah, sebaliknya kepada kaum kroni dan orang2 di sekelilingnya.
Dah setahun setengah jadi Menteri Besar Kedah, si Botak setakat pergi melawat sana sini dengan berlakon alim. Janji menggunung, hanya sekadar janji tapi tak ada satu pun yang dihasilkan. Dulu kata Almarhum Ustaz Azizan bermegah-megah kerana dapat simpan duit yang banyak dalam akaun kerajaan negeri. Si Botak juga nampaknya buat benda yang sama. Duit nak keluar untuk rakyat, bakhil mengalahkan kereta lembu tetapi untuk orang-orang keliling, cukup mudah.
Peliknya kalau untuk diri sendiri, ada pula bajet. Pandai pula dia cari duit. Nak melawat luar negara berkali-kali pun, dia boleh. Buat renovasi dan lanskap rumah Menteri Besar pun boleh pula membazir puluhan juta ringgit. Naik kapalterbang berulang-alik Alor Star ke KL, tak ada pula masalah.
Dah ramai yang bertanya, si Botak ni Menteri Besar Kedah atau Menteri Besar Kuala Lumpur sebab kekerapannya berada di Kuala Lumpur mengatasi jumlah masa dia di Kedah. Kalau susah sangat nak tinggalkan Kuala Lumpur dan berpindah ke Kedah, buat apa dia sanggup jadi Menteri Besar Kedah? Kalau dah anak bininya pun tak mahu duduk di Kedah, kenapa dia tak lepaskan sahaja jawatan Menteri Besar Kedah untuk diberikan kepada orang lain yang lebih berkeupayaan, duduk di Kedah dan memahami budaya Kedah?
Takkan dengan melawat sana sini dah selesai tugas Menteri Besar Kedah? Takkan cukup dengan kerja budak-budak hingusan buat publisiti dan propa dalam FB, dah buktikan si Botak Menteri Besar Kedah yang sangat baik?
Masalah dari baja petani sampai ke pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kedah tu apa cerita? Longkang dan rumput sampai ke penambahan harta benda secara mendadak pegawai-pegawai MB tu pula, bila nak selesaikan?
Perjalanan ke luar negara tu, bila nak disekat atau dikurangkan? Janji-janji yang dibuat, bila nak ditunaikan?
Si Botak terlalu terpesona dengan cerita-cerita bagus daripada para penjilatnya tapi di bawah, penyokong-penyokong UMNGOK sendiri dah mula menyampah. Dia tak sedar tu.-erapasca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan