"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib puji Rosmah depan perwakilan umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik.kilan umno

Najib berkata sewaktu Operasi Piramid pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara.

Perdana menteri berkata ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.
Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," kata Najib.

"Ada bayar, bayaranlah malam ni," kata Najib sambil diiringi gelak ketawa perwakilan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau betul sekalipun, peranan macam tu nak dijulang sangat. Habis tu apa pula fungsi kedutaan dan menteri luar, tidur dan mengeram saja ke?