"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sasterawan perkosa siswi

Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswi Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI).

Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan.

Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu. Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan. “Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. “Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita.

“Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan.

“Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental,” katanya.

Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual.
-Agensi-

Tiada ulasan: