"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Kazim: Saya masih ahli PAS

ustaz mohammad kazim eliasPenceramah bebas, Mohammad Kazim Elias yang dilantik ke jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno menegaskan bahawa beliau masih ahli PAS kawasan Tambun dan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.
Mohammad Kazim dalam kenyataannya yang disiarkan dalam video oleh laman Agendadaily.com menyebut, beliau tidak pernah keluar dari parti dan tidak menerima sebarang surat pemecatan.

ustaz mohammad kazim elias"Ya, memang saya ahli PAS saya tidak pernah keluar dari PAS walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat daripada PAS tapi tak ada surat pemecatan atau jawatankuasa displin kepada saya.

"Sepatutnya PAS merasa sikit malu dengan Umno kerana booleh menjemput orang di luar Umno untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno dan PAS tidak pernah menjemput saya apatah lagi menjadi teman yang mesra," kata beliau dalam rakaman video sidang media itu semalam.

Katanya, beliau masih belum memutuskan untuk menerima pelantikan ke jawatankuasa tersebut dan akan menerima presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk mengetahui rancangan sebenar berhubung pelantikan berkaan.

Tambahnya, beliau ingin mendapatkan jaminan agar pelantikan tersebut tidak menghalang kerja-kerja dakwahnya.

"Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya pelantikan tersebut, tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.

"Saya tak mahu kerja kerja dakwah saya dalam Internet, Youtube, dan televisyen terhalang disebabkan persepsi orang ramai bila seorang ustaz masuk Umno akan dihalang dan tertutup (kerja dakwah).

"Saya nak tengok jaminan apakah tangan saya terikat mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa kesalahan tanpa terikat seperti sekarang," katanya yang mengakui “terkejut” dengan pelantikan tersebut.

Masalah berhubung sikap Kazim ke atas PAS mula dikesan sejak Mei 2011 apabila beliau didapati sering mengkritik parti Islam tersebut dalam soal kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Satu tulisan di blog kelolaan Dewan Ulamak PAS Perak pada 28 Mei 2011 menyebut, Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak pada 14 Mei 2011 meluluskan usul memecat Kazim kerana menjadi "duri dalam daging" atas kritikannya ke atas parti itu.

Menurut usul yang dimuatkan dalam blog tersebut, langkah tersebut bagi mengelakkan Kazim "tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato".

"Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambil kira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

"Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin (pentafsir al-Quran).

"Adalah diharapkan agar semua kawasan dan cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti," tulisan itu dipetik.

Tiada ulasan: