"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kaji selidik terbaru PR bakal menang 124 kerusi, BN 98: RM5 juta nilai utk beli calon PR

Maria Begum, Malaysia Chronicle 
Kaji selidik terbaru PR bakal menang 124 kerusi, BN 98: RM5 juta nilai utk beli calon PR
Kaji selidik terbaru PR bakal menang 124 kerusi, BN 98: RM5 juta nilai utk beli calon PR


Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.


Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi.

Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah pembuka mata bagi orang-orang penting dalam Umno. Tidak hairanlah Najib dan Mahathir begitu panik dalam respon mereka terhadap isu-isu yang timbul. Mereka tidak boleh mampu untuk berbuat apa-apa kesilapan sekarang," Zulkefly Othman, setiausaha majlis keselamatan dalam parti PKR Anwar, memberitahu Malaysia Chronicle.

RM5 juta dikhaskan untuk "membeli" calon PR


Zulkefly, yang juga ketua strategi bahagian PKR Melaka, menjangkakan keadaan akan menjadi lebih “teruk dan kotor" pada minggu-minggu yang akan datang, dengan penipuan undi, menghentam pembangkang dan runtuhan "gula-gula pilihan raya" yang bakal membanjiri Umno-BN dalam keadaannya yang terdesak untuk mengekalkan cengkaman kuasa sejak 55 tahun.


Beliau memberi amaran kepada BN yang telah mempergiatkan hasutan kepada calon-calon pembangkang untuk mengkhianat, ancaman yang dikatakannya merupakan amaran kepada pemimpin PR supaya berhati-hati dan utamakan dalam senarai risiko pilihanraya.

"Kadar wang tawaran sekarang adalah RM5 juta untuk calon PR dan semakin menghampiri PRU, kita boleh menjangkakan angka ini meningkat. BN pasti akan main kotor dan kepimpinan PR mesti mencari jalan untuk menangani masalah ini," kata Zulkefly.

"Bagi saya, ini adalah lebih berbahaya daripada penipuan di peti undi dan memalsukan daftar pemilih. Jadi dalam memilih calon mereka, pemimpin PR mestilah bijak. Mereka mesti mempunyai rancangan untuk mengelakkan semua pembelotan yang tidak beretika ini dan cara terbaik ialah untuk mengambil hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan mempunyai prinsip yang teguh. Mereka yang tahan maki dan tidak 'malu' untuk melompat parti tidak harus dipilih, " tambah Zulkefly.

Najib yang takut akan melambatkan PRU ke-13 sekali lagi


Malah, ketakutan yang nampak pada pemimpin-pemimpin Umno-BN begitu jelas. Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah kembali menarik perhatian dalam usaha untuk mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji BN akan mengekalkan skim bantuan kewangan tunai yang diumumkan baru-baru ini untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk mengekalkan status quo politik.


"Kami tidak mahu bantuan tersebut menjadi pembayaran satu kali sahaja. Ia perlu dikeluarkan untuk jangka masa yang panjang. Saya percaya Perdana Menteri akan melihat ke dalam BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebagai program yang perlu diteruskan. Saya pasti bahawa ia akan diteruskan secara jangka panjang apabila rakyat mengekalkan BN sebagai Kerajaan Persekutuan," akhbar theStar melaporkan Muhyiddin sebagai berkata selepas mengagihkan baucar tunai RM100 untuk pelajar dari lima buah sekolah minggu lepas.

Walau bagaimanapun, ia mungkin sudah terlambat untuk BN. Tidak kira apa jenis strategi saat-saat akhir yang dilakukan Najib, ramai pemerhati dan penganalisis politik berpendapat bahawa rakyat betul-betul mahukan perubahan, meluat dan bosan dengan rasuah yang berleluasa dan sudah menjadi endemik dalam kerajaan BN.

Menurut Zulkefly, Najib mungkin menggunakan kaji selidik terbaru sekali lagi melambatkan GE13. Petunjuk terbaru yang datang dari orang-orang di kem PM bahawa dia akan membubarkan Parlimen pada 22 Feb, menyenaraikan senarai nama calon pada 16 Mac, dan pengundian dibuat pada 30 Mac.

"Kami tidak akan terkejut. Najib mungkin menunggu Parlimen terbubar secara automatik pada 28 April untuk membeli dirinya dan BN lebih banyak masa. Tetapi tidak ada jaminan mereka boleh memenangi kembali rakyat. Saya rasa rakyat Malaysia sudah begitu marah dengan penangguhan yang lama setakat ini. Mereka telah membuat keputusan dan mahu mengundi. Jika Najib terus berlengah-lengah, ia hanya akan menaikkan kemarahan mereka dengan lebih lagi, "kata Zulkefly.

Penjualan saham di pasaran, pelabur letih dengan ketidaktentuan yang berpanjangan


Malah pelabur bertaruh untuk perubahan rejim dan baru-baru ditakutkan dengan amaran dari samseng-samseng dalam parti Najib yang mahu mewujudkan kekacauan jika mereka hilang kuasa. Indeks pasaran saham penanda aras FBM KLCI mengalami kejatuhan paling teruk pada satu hari dalam tempoh 8 bulan pada minggu lepas iaitu menjunam 40,81 mata dan kehilangan RM35billion dalam permodalan pasaran di tengah-tengah spekulasi Najib akan membubarkan Parlimen pada 22 Februari.

"Mengapa mesti rakyat seluruh Negara -ya kesemua kita - dari sektor korporat yangmembuat keputusan pelaburan kepada rakyat yang mahu merancang majlis perkahwinan atau perjalanan umrah, terpaksa menunggu tarikh pilihan raya yang akan diumumkan mengikut sesuka hati mereka?" tanya Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga mengetuai Pusat Penyelidikan PAS.

Dalam pilihan raya umum ke-13 di negara ini yang akan datang, 222 kerusi di peringkat Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 12 negeri (kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2011) akan dipertandingkan.

Pada pilihanraya 2008, PR telah memenagi 82 kerusi berbanding BN 140, menjadikan buat pertama kalinya Umno-BN kehilangan dua pertiga majoriti kuasa di Parlimen, yang membolehkan PR membuka ruang untuk perubahan dasar kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi Negara.

Pada PRU tahun 2004, PR hanya mampun memperolehi 21 kerusi dan BN 198. Pada masa itu, terdapat hanya 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Tiga kerusi baru diadakan pada pilihanraya 2008- Igan, Sibuti dan Limbang di Sarawak.

Tiada ulasan: