"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senarai calon-calon PAS Melaka

mutaligat.blogspot.com

PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya pada satu majlis pengisytiharan calon di Kg Tedong Pekan, Jasin malam tadi. Pengumuman calon-calon tersebut disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kira-kira 70 % calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding. Mengetuai senarai calon-calon tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari yang akan bertanding di N09 Durian Tunggal.


Dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama. Manakala bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Dr Mohd Khalid Kassim (gambar atas) diletakkan sebagai calon di N17 Bukit Baru.

PAS Melaka juga buat kali pertama meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Richard Wong.

Senarai calon-calon PAS Melaka :

N01 - Kuala Linggi - Julasapiyah Kassim (Calon lama)
N02 - Tg Bidara - Imran Abdul Rahman (Calon lama)
N 04- Lendu - Asri Shaik Abdul Aziz (Calon baru)
N 05 -Taboh Naning - Abdul Halim Abdul Jalil (Calon baru)
N09 - Durian Tunggal - Adly Zahari. (Calon Baru)
N10 - Asahan - Richard Wong - (Calon baru)
N12 - Pantai Kundor - Mohd Nor Oma (Calon baru)
N17 - Bukit Baru - Dr Mohd Khalid Kassim (Calon baru)
N18 - Ayer Molek - Mohd Khairi Abdul Aziz (Calon baru)
N23 - Telok Mas - Harun Mohamed (Calon baru)
N26 - Serkam - Kamaruddin Sedik (Calon lama)
N27 - Merlimau - Yuhaizad Abdullah (Calon lama)
N28 - Sg Rambai - Kintan Man (Calon baru).

P134 - Masjid Tanah - Mojd Nasaie Ismail (Calon baru)

Tiada ulasan: