"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kejutan PRU , bekas pegawai kanan Felda sertai PAS

Blog Ibn75.wordpress.com
LABIS: Sejak pembubaran Parlimen yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, negara diberitakan banyak kejutan yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

Terbaru, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Johor mengumumkan Indera Putera bin Ismail, 64, menyerahkan borang menyertai PAS kepada Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dalam majlis ceramah di Felda Maokil, Labis baru-baru ini.

“Bekas Pegawai Excekutif Jabatan Kewangan Ibupejabat Felda, telah berkhidmat selama 34 tahun bersama Felda. Berasal dari Kajang, kini menetap di Sg Mati, Muar, selepas pencen 8 tahun yang lalu.

“Sangat dikenali sebagai pemimpin Kesatuan Sekerja, apabila diangkat sebagai Presiden Kesatuan Sekerja Felda selama 16 tahun dan Naib Presiden MTUC, juga sekitar 16 tahun.Penyertaan beliau menjadi nilai tambah, selepas kemasukan Mohd Said Jonit, Ceo Felda Plantation, beberapa bulan lalu.

“Saya bersama Hj Salleh Abdullah, Pengerusi Alumni Bekas Staf Felda, Mohd Said Jonit dan beberapa orang bekas pengurus Felda, telah mengadakan perbincangan malam tadi sebelum ceramah.

“Hj Indera Putra bersama team di bawah Hj Salleh akan menggerakkan roadshow ke seluruh Rancangan Felda bagi menyatakan sokongan dan hujah kenapa mesti mengundi Pakatan Rakyat.

“Setakat ini sekurang2nya 15 orang bekas pengurus dan 100 orang bekas Staf Felda akan turun padang bagi membantu kempen Pakatan Rakyat.

“Ia suatu perkembangan baru yg sangat menarik, kerana sebelum ini, samada staf yg masih berkhidmat atau telah pencen bekerja keras untuk BN.Semuanya gara2 kepincangan, salah guna kuasa, penyelewengan dan isu penyenaraian FGVH yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kpd BN.

“Harapan tinggi mereka, jika PR menguasai Putrajaya, kembalikan semula ketenteraman dan keadilan semua pihak di Felda.

“Halau penyamun yg diketuai Isa Samad dari terus menerus menjahanamkan harta warga Felda.Perkembangan sangat baik bagi Warga Felda. Berita buruk buat BN!!!’ MASA UNTUK BERUBAH,” katanya lagi.

Tiada ulasan: