Muhammad Sanusi Md Nor
Ustaz Azizan: Dulu-dulu aku rajin sebut cerita pasai berok tangkap belalang, hang besa dengaq?
Aku: Besa Ustaz. Psikologi berok pun besa dengaq. Lama dah Ustaz tak sebut. Dok sebut berok naik nyoq banyak la ni.
Ustaz Azizan: Orang la ni banyak yang perangai depa jadi macam berok tangkap belalang. Depa pun desak kita kot tu, kot ni suruh kita jadi perangai tu.
Masa musim panaih, belalang banyak, macam-macam jenih. Belalang kunyit, belalang kecong, belalang lemak, belalang hantu, ada kecik ada besaq. Mola dia stan ambik sekoq, pepak-pepak kena belalang lemak. Stan lagi sekoq, belalang kunyit, stan lagi. Eh! Nampak belalang koi banyak, koi sedap, koi senang dapat.
Stan-stan tak pepak dah, taruh celah pipi kanan dulu, stan lagi sekoq taruh celah pipi kiri, lima enam ekoq penuh dalam mulut. Kembong pipi pipi. Tangkap lagi boh celah jari kaki, mola kaki kiri pastu kaki kanan, boh celah pelipat lutut kedua-dua belah.
Belalang koi dok mai, macam-macam jenih, hat tu nak hat ni nak, tangkap lagi kapit celah ketiak kiri , ada lagi dok mai boh ketiak kanan pulak. Buleh dua tiga ekoq lagi genggam dalam tapak tangan. Kapit rapat takut telepaih! Tak leh pi mana dah laaaa.
Nak angkat tangan sua masuk mulut, takut hat celah ketiak telepaih. Nak buka mulut nak mula pepak hat di pipi kanan, pun tak leh dah... takut telepaih hat di pipi kiri.
Lama-lama pikiaq tak sudah... belalang banyak, tapi tak leh makan, koi dok keraih merekot tengah padang.
Kerja kita lagu tu lah. Kena buat hat mana perlu dulu, ukuq betoi betoi. lepas selesai satu, selesai satu lagi. Jangan sampai nak buat semua, sampai tak leh buat apa dah. Orang la ni ni pun kena faham, lain orang lain dia pikiaq, jangan suruh kita buat semua hat depa nak, sampai jadi berok tangkap belalang!
Ini adalah analogi Ustaz Azizan yang menggambarkan sikap sesetengah manusia yang gelojoh dan tamak. Cerita ini jugak adalah gambaran sikap sesetengah manusia yang hendak mencapai semua perkara dalam masa yang sama, tanpa mengukur keupayaan sebenar dirinya. Ia jugak adalah tempelak kepada desakan dan kehendak pelbagai kelompok dengan kepentingan dan cara berfikir masing-masing, yang mendesak kepentingan dan pendapat mereka dilaksanakan, melampaui keupayaan dan keperluan sebenar.
1 ulasan:
apa apa pun terbukti kelemahan pentadbiran ustz.yang hanya mahu apa yang dia mahu bukan berpijak dibumi rakyat.rakyat akan memberi sokongan jika rakyat yakin dengan pentadbiran yang diamanahkan.apa yang rakyat nampak adalah tidak ada kesepakatan,lebih menonjolkan jati budi kau aku,aku kau sahaja.rakyat tidak merasai kepimpinan ustz berjiwa rakyat.masing masing bertelagah macam samseng hinggakan teralpa,terlupa suara rakyat suara keramat.kelantan utoh padu sokongan kerana TGNA tidak bersikap saperti penangkap belalang,warga kelantan menikmati kejiwaan rakyat dari kepimpinan TGNA.walaupun diberi tamparan hebat serta kesempitan ruang didalam kesemua aspek pembangunan.akan tetapi kemuafakatan serta perencana ekonomi[yb husam] tatkala itu mampu mendokong dan berkeliber melaksanakan tugas amat cemerlang untok warga kelantan.TGNA amat prihatan serta bijak dalam memilih calon calon untok mewakili rakyatnya.menanggi issue umpama menarik rambut didalam tepong,rambut keluar tanpa tepong terlerai.kekadang didalam keadaan tertentu tidak salah menerima hakikat pepatah yang mengatakan anak boleh menjadi bapak.kekalahan bukan bererti lemah,jika kekalahan itu menjadi pemangkin iktibar akan melahirkan suatu kekuatan dijiwa rakyat.lihatlah islam dilahirkan dikalangan bukan islam maka perjuangan orang islam tidak wajar menjauhi dari mereka yang bukan islam.amat bertepatan sekali TGNA berkata tidak ada berbangsa bangsa dihadapan sang maha berkuasa.mendatangnya ramadhan ku pohon kemaafan dari semua yang membaca tulisan anak kampong diulu zaman terutama ustz azizan.ku doakan cepat sembuh dan apa yang termampu digalasnya ku ucapkan terima kasih.LAWAN TETAP LAWAN.
Catat Ulasan