"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Angkara 8 syarikat Malaysia ini punca jerebu


JEREBU: 8 syarikat milik Malaysia disiasati Indonesia sebagai punca jerebu
Kementerian alam sekitar Indonesia sudah mengenalpasti lapan syarikat yang dimiliki oleh pelabur-pelabur Malaysia di Riau dan Jambi yang mungkin menyumbang ke arah jerebu di Malaysia dan Singapura.

Di dalam sebuah persidangan akhbar di Pekanbaru, Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya berkata bahawa kebakaran didapati berlaku di konsesi-konsesi perladangan yang dimiliki syarikat-syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat yang dikenalpasti adalah:
  1. PT Langgam Inti Hiberida
  2. PT Bumi Rakksa Sejati
  3. PT Tunggal Mitra Plantation
  4. PT Udaya Loh Dinawi
  5. PT Adei Plantation
  6. PT Jatim Jaya Perkasa
  7. PT Multi Gambut Industri
  8. PT Mustika Agro Lestari

"Jika terdapat bukti cukup, kami akan bawa mereka ke mahkamah. Pasukan penyiasat kami masih membuat siasatan lanjut," katanya semalam.

14 syarikat lagi turut sedang disiasat dan akan diumumkan kelak, katanya.

Tiada ulasan: