"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bicara rayuan kes Altantuya semakin mendebarkan

Harakah

PUTRAJAYA: Perbicaraan rayuan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang memasuki hari kedua pada 25 Jun lalu di Mahkamah Rayuan di sini semakin mendebarkan dengan pendedahan terbaharu.


Peguam pembela kepada kedua-dua tertuduh membangkitkan pelbagai isu untuk dijelaskan termasuk isu kegagalan pihak pendakwa memanggil saksi penting dalam kes ini iaitu pegawai keselamatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, DSP Musa Safri.

Fakta bahawa bahan letupan C4 yang tidak ada dalam milikan polis juga perlu diperjelaskan dari mana datangnya bahan letupan itu ketika digunakan untuk meletup badan mangsa Altantuya Shariibuu.

Tiada ulasan: