"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwat kekal boleh dimakan, hingga menjilat jari

PETALING JAYA: Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa bahan pewarna makanan digunakan bagi menggantikan bahan kimia dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, ia menjadi bahan ketawa. 
Ini membuat Ahli Parlimen Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam twitternya secara berjenaka menulis, dakwat kekal kini boleh dimakan. 

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau membuat pendedahan ini pada sidang Dewan Rakyat semalam dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Anthony Loke (DAP-Seremban). 

Beliau menjelaskan bahawa tarikh luput untuk dakwat kekal ialah empat bulan dari tarikh pengeluaran. Tidak ada bahan kimia digunakan dalam dakwat itu dan “kami menggantikannya dengan bahan pewarna dalam makanan yang dibenarkan.” 

Sementara itu, Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian. 

“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. 

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat Singapura. 
Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana, malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut. --freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: