MOHAMED HANIPA MAIDIN
Sehari dua ini spekulasi berkemungkinan negara ingin diisytiharkan darurat (emergency) menjadi topik perbincangan hangat.
Setakat artikel ini ditulis, negara masih belum lagi diisytiharkan darurat. Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dilapor media akan merunding saranan YAB Perdana Menteri – mengenai keputusan mesyuarat Kabinet yang dispekulasikan memutuskan untuk negara diisytihar darurat- ke Majlis Raja Raja. Bagi saya, it is a wise decision. Ia menunjukkan YDPA tidak bertindak secara gopoh-gapah dan tergesa-gesa ( in hurry ).
Telah banyak juga ulasan dibuat sama ada dari perspektif undang-undang atau politik tentang merit dan demerit mengenai keperluan darurat disytiharkan.
Secara umumnya, naratif Kerajaan yang sedang memerintah adalah darurat diperlukan kerana ancaman pandemik COVID-19 yang dikatakan makin membarah.
Pihak yang tidak bersetuju dengan naratif kerajaan itu pula berpendapat bahawa hakikatnya ancaman pandemik COVID-19 masih boleh dikawal dan terkawal oleh undang-undang yang sedia ada yang dilihat masih belum dilaksanakan semaksimumnya bagi menangani masalah penularan wabak COVID-19.
Malahan, bagi pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan menganggap alasan kerajaan itu tidak lebih daripada ‘menyalahguna’ gejala COVID-19 sebagai the punching bag dan diversion atau escapism bagi melindungi dan menyelamatkan kedudukan kerajaan atau lebih tepat lagi kedudukkan YAB PM yang dilihat terlalu lemah, cemas dan seperti telur dihujung tanduk atau nyawa- nyawa ikan.
Sedikit isu perundangan. Berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ( PP ), ya, benar, darurat dibolehkan jika wujudnya ancaman ( threat ) ke atas keselamatan ( security ), kehidupan berekonomi ( economic life ) dan ketidaktenteraman awam ( public disorder).
Ya, kuasa mengisytihar darurat adalah di bawah tangan YDPA di bawah Perkara 150 PP tapi kuasa itu digandingkan bersama atas nasihat PM ( Perkara 40 PP ). Oleh itu, secara mudahnya, mana-mana naratif yang dilihat seolah-olah meletakkan kuasa mengenai darurat ini hanya semata-mata dalam kuasa YDPA – lalu tindakan mengkritik keperluan diadakan darurat akan dilihat seolah-olah tidak menghormati institusi di Raja – ia adalah, bagi saya, satu naratif yang amat-amat tidak bertanggungjawab dan boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan paling desperado.
Mengapa? Suka atau tidak suka, Kerajaan dan PM yang ada sekarang dilihat amat dan begitu tertekan dilabel- sejak hari pertama hingga ke saat ini – sebagai Kerajaan Pintu Belakang atau Kerajaan Tebuk Atap yang mengkhianati mandat rakyat. Titik.
Meskipun di suatu ketika populariti YAB PM dilihat agak cemerlang kerana rakyat dilihat terpedaya dengan beberapa dasar atau polisi yang begitu populis, imej dan kredibiliti beliau dilihat mula jatuh menjunam dan kemuncak kejatuhan itu bila kerajaan beliau dilihat tidak serius untuk mendakwa YB Menteri dari parti Pas yang dikatakan melanggar perintah kuarantin. Bermula saat itu, imej dan kredibiliti beliau yang semakin negatif itu kini berada ditahap yang biasa dipanggil tahap irreversible di dalam dunia medico-legal.
Dengan lain perkataan, keruntuhan Kerajaan PM Pintu Belakang ini, orang kata, is in a matter of days boleh berlaku! Maka, logiknya, kata para pengkritik, YAB PM perlukan satu miracle . Dan bagi para pengkritik, miracle itu adalah perisytiharan darurat.
Adakah hujah para pengkritik itu berasas? Dengan hormat, bagi saya, ianya amat berasas sekali atas beberapa alasan.
Pertama, melalui darurat, sedikit sebanyak Kerajaan Tebuk Atap dapat lari dari imej negatif yang menghantui mereka siang dan malam -24/7- dan tidak mustahil mereka sanggup sekali lagi, dengan secara tidak bertanggungjawab, berselindung atas istilah ” Kerajaan Baginda” bagi menamai Kerajaan pasca perisytiharan darurat. Ini tidak pelik kerana sebelum ini pun telah ada usaha mengeksploitasi istilah “Kerajaan Baginda” apabila istilah yang sama diguna dalam ucapan Titah Di-Raja semasa perasmian sidang Parlimen. Sedangkan tidak ada sentuhan magik bagi istilah itu kerana ia diguna sejak sekian lama tanpa mengira parti mana yang mengemudi negara.
Mungkin ada yang berkata, adakah mereka terlalu desperate sehingga ke tahap itu? Jawabnya ya. Jika kita boleh beranalogi Kerajaan Tebuk Atap ini ibarat orang yang sedang lemas, bukankah di waktu lemas, seseorang itu sanggup bergantung kepada apa sahaja bagi menyelamatkan nyawa?
Kedua, darurat adalah mekanisme yang mudah dan “halal” bagi menggantung sidang Parlimen? Justeru? Mudah. Ia boleh menyelamatkan fenomena Undi Tidak Percaya di Parlimen yang dijadualkan mula bersidang pada 2 November ini. Apa istimewanya Sidang Parlimen kali ini? Jawabnya Bajet!. Bajet perlu diluluskan. Ia perlu diundi di dua peringkat – dasar dan di peringkat jawatankuasa ( 26 kali lebih kurang ). Mudahnya untuk survive, Kerajaan Pintu Belakang perlu melepasi 27 proses undi yang melibatkan RUU Kewangan ( the Supply Bill).
Ketiga, darurat memungkinkan kuasa menggubal undang-undang tanpa melalui Parlimen dilakukan. Dan perlu dicatat di sini, di saat darurat, Perlembagaan membenarkan hatta undang-undang yang melanggar hak asasi yang dijamin oleh PP, dilanggar.
Malahan, dalam keadaan tertentu sesuatu penggubalan undang undang yang dalam keadaan biasa memerlukan perundingan ( consultation ) atau persetujuan ( consent ) dengan beberapa pemegang taruh ( stakeholders ) seperti Majlis Raja-raja, Governor Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri boleh dikecualikan.
Keempat, darurat juga mengizinkan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan melebar hingga menjangkau kepada perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa perundangan ( legislative authority ) Kerajaan Negeri.
Darurat, secara umumnya, adalah anthithesis kepada prinsip demokrasi. Dalam era langit terbuka, darurat, pada pandangan saya, lebih berpotensi membawa lebih banyak darurat dari manfaaat.
Inilah sekadar pandangan saya. Ia tidak mengikat mana mana pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan