"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib dera rakyat -Datuk Dr Haron Din

Mohd Sabri Said
TASEK GELUGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mendera rakyat selagi tidak mengumumkan bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 13 walaupun tempuh lima tahun mengundi telah berlalu kata, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (gambar).
Ketika berucap di majlis perasmian bangunan PAS Tasek Gelugor semalam, beliau menyifatkan tabiat menangguhkan tarikh pilihanraya menunjukan Najib begitu takutkan kekalahan apabila bimbang rakyat akan menghukum kerajaan yang terlalu lama menindas rakyat.

"Tindakan Najib tidak umumkan bilakah tarikh pilihanraya umum sebenarnya mendera rakyat kerana banyak kerja tergendala semata-mata mahu menumpukan kerja buat pilihanraya ataupun mengundi," terangnya yang berucap bersama Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Menurutnya, Malaysia ketinggalan jauh dari segi memaklumkan tarikh pilihanraya berbanding negara maju, sederhana maju dan sedang maju.

Kata beliau, negara maju seperti Great Britain, Amerika, German dan sebagainya berani istihar tarikh pilihanraya dua tahun sebelum bersama-sama berkempen menonjolkan kehendak parti untuk memajukan masyarakat dan negara.

Begitu juga negara seperti Vietnam, Kemboja atau Zimbabwe sekali pun mereka berani mengistiharkan tarikh pilihanraya umum walaupun baru setahun parti pemerintah berkuasa.

"Malaysia saya tak tahu negara apa sehingga tak bagi tau langsung tarikh pilihanraya umum walaupun sampai bertemu tarikh pilihanraya tahun 2008. Nak kata Najib takut tak tau lah.. Mungkin juga maklumlah terlalu banyak buat penyelewengan," katanya.

Hari ini (semalam 20 Mac) katanya, banyak mesej yang beliau diterima mengatakan parlimen sudah dibubarkan.

Ramai kawan-kawan mengucapkan selamat berjuang menghadapi musuh politik dan sebagainya.

Bila meneliti dari sumber yang tepat rupanya, belum lagi malahan memaksa Pusat Media pejabat Perdana Menteri pula membuat penafian.

"Ramai orang hantar mesej ucap selamat berjuang kononya parlimen dibubarkan. Bila mendapatkan dari sumber yang sah rupanya bukan lagi. Yang untung syarikat telekomunikasi..!!!!!....," ujarnya.

Tiada ulasan: