"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harapan majoriti guru jika PR menang PRU13

Guru Kuala Lumpur
Sistem pendidikan Malaysia dieksperimen sejak sekian lama oleh badan Kerajaan. Apabila beralih pegawai atasan, maka penambahan formula kacang bungkus ditaburkan ke sekolah konon untuk penambahbaikan. Akhirnya guru menjadi mangsa menjadi guru serba boleh. Kamilah guru dan dalam masa yang sama kamilah membuat kerja perkeranian. Hingga kami sentiasa ditindan dengan pelbagai kerja sampingan. Membuatkan kami tidak mampu lagi menjadi guru sejati. Pergi sahaja ke mana-mana sekolah dan buat penyeliaan kejutan kepada guru cemerlang. Adakah mereka cemerlang seperti ketika praktikum? Tidak sama sekali. Kerana mereka kesuntukan masa untuk menjadi cemerlang ketika sesi pembelajaran berlangsung. Harapan kami jika pembangkang diberi mandat oleh rakyat. Sistem pendidikanlah yang paling utama wajib diubah jika ingin menjadi negara yang melahirkan guru dan generasi yang berkualiti.

Yang dapat saya sebutkan di sini antaranya perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1.Guru Besar mesti calon yang berkualiti dari segi pegangannya (Islam) dan berintelektual. Kerana guru sering diperbodohkan oleh mereka selama ini dengan kuasa yang diberikan.
2. Pegawai atasan berlatar belakang bekas seorang guru.
3. Aduan salah laku guru boleh diadukan tanpa meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan.
4. Minimumkan bilangan murid atau jadikan guru berpasangan. Kerana guru tidak mampu mengawal murid 30 orang ke atas seorang diri.
5. Kerja perkeranian perlu diberikan kepada jawatan khas yang bukan guru. Barulah guru mampu menunjuk kredibiliti sebenar ketika mendidik.
6. Wujudkan satu bas satu sekolah bersama pemandu yang berlantik. Kerana aktiviti luar (sukan, pertandingan, perkhemahan dan lain-lain terjamin dan memudahkan pihak sekolah.
7. Pakaian murid perempuan perlu diubah kerana kainnya jarang. Begitu juga tudung mesti standard paras yang sepatutnya.
8. Kasut putih perlu ditukar. Tiada prinsip kebersihan Islam apabila melihat kasut putih yang comot setiap hari di sekolah.
9. Fasilitati dalam kelas sepatutnya canggih seperti negara maju. Suasana kelas hari ini masih sama dengan zaman era 80-an di sebahagian besar sekolah seluruh tanah air.

Mudah-mudahan ia mampu menjadi realiti kelak. Pemimpin tanpa rasuah mampu merealisasikannya.

Tiada ulasan: