"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Salahuddin: 2 lagi tokoh ternama Pakatan tanding di Johor

Salahuddin: 2 lagi tokoh ternama Pakatan tanding di JohorSENAI: Pakatan Rakyat bakal mengumumkan sekurang-kurangnya dua calon ternama untuk bertanding di Johor.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mengesahkan perkara itu berkata mereka bakal mengikut jejak langkahnya dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk pulang dan bertanding di Johor.

“Berdasarkan perkembangan positif dan menggalakkan daripada masyarakat di Johor, Pakatan Rakyat akan membuat beberapa keputusan penting, yang dijangka tokoh-tokoh besar bakal bertanding di sini.

“Ada dua atau tiga tokoh yang bukan sahaja dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tetapi mereka yang tokoh ternama akan diturunkan, dan perkara ini kita akan mempertimbangkan dengan teliti dan siapakah gerangan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Salahuddin menyifatkan keputusan Kit Siang dan beberapa individu ternama untuk bertanding di sini sebagai fenomena terkini yang memperlihatkan Pakatan Rakyat serius menghadapi pilihan raya umum kali ini.

“Saya percaya gelanggang politik Johor semakin menarik dan bakal mengoyangkan semua pihak,” katanya.

Salahuddin sebelum ini yang mengesahkan dirinya untuk bertanding di Johor. Bagaimapun masih belum mendedahkan kerusi yang bakal ditandinginya.

Ada pihak mengandaikan beliau bakal bertanding di Pulai menentang penyandang jawatan Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Salahuddin merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dilahirkan di Pontian bakal kembali berkhidmat di negeri ini.

Kesungguhan Pakatan Rakyat untuk memenangi 15 kerusi parlimen yang disasarkan sekali gus mencapai misi ke Putrajaya dibuktikan dengan keputusan Kit Siang bertanding di kerusi panas Gelang Patah, seperti yang diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.
-sinarharian-

1 ulasan:

taufiksalimabbas berkata...

Awas! Awas! Sat lagi blogger2 umnogok meroyan kat sini! Sila ikat barut kat perut, takut pecah perut ketawa nanti!!