"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ops daulat: Beberapa fakta yang membimbangkan!

senik
Assalamualaikum,,

Cuba perhatikan fakta dan angka terbaru yang diberikan oleh pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Hamza Taib;

Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain.

Tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

Pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang.

Semalam berlaku empat pertempuran terjadi di kampung Tanjung Batu ketika pihak keselamatan membuat operasi pembersihan sepanjang pukul 8.05 pagi sehingga 5.00 petang, tiada kematian atau kecederaan dilapurkan.Hamza berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang.

Kalau sudah 62 penceroboh ditembak mati, campur yang ditawan yang dilapurkan seramai 10 orang sebelum ini dan yang melarikan diri ke Filipina seramai 35 orang, bermakna baru 107 orang penceroboh yang ditemui.Kalau pihak keselamatan menjangka tinggal 50 orang lagi penceroboh yang masih bebas, maka jumlah keseluruhannya ialah 157 orang.Bukankah angka ini terlalu jauh dari anggaran 100 sehingga 300 orang penceroboh malah masih kurang dari lapuran media Filipina yang mengatakan seramai 180 orang penceroboh yang memasuki Sabah.

Sementara jumlah yang ditahan di zon merah seramai 241 menurut apa yang penulis faham bukannya penceroboh kerana mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.Mereka ini kemungkinan besar adalah warganegara segera atau pendatang Sulu yang sudah menetap lama di Sabah.

Di sini timbul keraguan kalaupun operasi di kampung Tanjung Batu selesai hari ini, apakah ops daulat boleh ditamatkan? Kerana masih ada penceroboh yang masih gagal dikesan.

Lebih membimbangkan dari fakta dan angka ini, ialah penglibatan penduduk tempatan atau lebih tepat penduduk keturunan Sulu yang bermausatatin di Sabah dengan penceroboh.Tangkapan yang dibuat dikalangan mereka sudah menyamai lapuran awal jumlah penceroboh yang masuk ke Sabah.Jumlah seramai 107 orang termasuk yang ditangkap di daerah selain Lahad Datu dan Samporna menunjukkan ada kemungkinan penceroboh sudah menyelinap ke dearah lain.

Begitu juga jumlah 241 orang yang memasuki zon merah dan pelbagai kesalahan lain menunjukkan penceroboh mendapat sokongan dari permaustatin Sulu di Sabah.

Adakah semuanya ini berpunca dari tindakan menjual kedaulatan negara oleh Mahathir dan UMNO sejak memulakan projet IC? Dan bilakah ops daulat yang memaksa anggota keselamatan kita bertahan di sana akan tamat? Penulis turut bersimpati dengan pesuruhjaya polis Sabah, Datok Hamza yang saban hari terpaksa memberikan lapuran yang boleh mengelakkan suasana panik di kalangan rakyat walhal situasi sebenarnya mungkin berbeza dek kerjatangan pemimpin UMNO.
-tranungkite-

Tiada ulasan: