"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanipa Maidin serang Presiden dan Majlis Syura?

Ahmad Hakimi Othman
YB Hanipa Maidin masih tidak berpuas hati dengan tindakan muktamirin yang berani menolak ucapan beliau di Muktamar. Hari ini, MalaysiaKini telah mengeluarkan tulisan hanipa Maidin yang bertajuk "PAS badly needs to rejuvenate to stay relevant."

Dalam tulisan yang disiarkan MalaysiaKini ini, Hanipa cuba mengajak untuk dibuat perubahan dalam PAS kerana isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Nampaknya, Hanipa masih lagi beria ia untuk menyalahkan PAS dalam isu keributan Pakatan Rakyat yang disebabkan oleh rakan pakatan sendiri.

Beliau seolah olah hilang rasional untuk menilai segala masalah yang berlaku bukan datang dari PAS. Sama ada sengaja berbuat begitu ataupun tidak, Niat buruk Hanipa Maidin ini dapat dikesan dalam penulisan beliau tersebut. Beliau menuduh keputusan Flip Flop PAS, sedangkan yang membuat Flip Flop adalah dari DAP dan PKR. PAS tidak pernah membuat kerja Flip Flop, PAS membuat keputusan berdasarkan situasi Semasa. Namun Amat pelik, bagi Hanipa yang menjawat jawatan AJK PAS pusat, begitu berani mendakwa keputusan PAS adalah FLIP FLOP.

Dakwaan Flip Flop ini dicipta kepada PAS untuk beliau meletakkan kesalahan kepada kewibawaan TG Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Sebagai seorang Ahli PAS yang berpegang kepada Dasar Quran dan Sunnah, sepatutnya hujah untuk menolak keputusan TG Presiden dan Majlis Syura Ulama mesti ditolak dengan cara yang sama. Namun, ia tidak berlaku dalam penulisan Hanipa ini. Beliau terus menerus menggunakan kaedah serangan pendapat peribadi dan pandangan duniawi semata mata.

Kalau perkara ini dibiarkan menular dalam PAS, kita takut sedikit masa lagi, Budaya berhujah menggunakan Quran dan Sunnah akan hilang dari PAS. Dasar dan Prinsip hanya di atas kertas, akhirnya, Politik yang diamalkan bukan lagi Politik ISLAM tetapi politik sentimental dan demokrasi liberal yang semakin lama menyerang gerakan ISLAM seluruh Dunia.

Saya berpendapat, Tulisan Hanipa Maidin ini sebagai membuka langkah untuk memanjangkan konflik siasah dalam PAS tanpa merujuk kepada Quran dan Sunnah. Sebaliknya, tulisan ini bertujuan menghalakan konflik ini diuruskan dengan mengambil unsur unsur sekuler bagi menentukan halatuju PAS. Pastinya, Hanipa maidin tidak akan sekadar berhenti dengan tulisan ini. Saya kira, tulisan ini sebagai permulaan untuk menyempurnakan strategi rejuvenasi PAS yang dicanang canang oleh beliau. Dan pastinya, Perkataan Rejuvenasi yang diperkenalkan oleh Dr Mujahid rawa ini, sengaja pula dihidupkan oleh Hanipa maidin untuk memulakan satu gerakan dalaman yang mungkin membahayakan PAS.

Persoalan yang perlu kita Tanya, Apakah bentuk REJUVENASI itu mengikut Dasar dasar ISLAM? Atau sekadar untuk memenuhi citarasa politik sekuler golongan yang rakus.

Moga moga, seluruh Ahli PAS yang sayangkan PAS, turut memikirkan perkembangan yang berlaku ini sebenarnya boleh membahayakan perjuangan ISLAM yang menjadi Dasar PARTI PAS. Perjuangan kita bukan lagi perjuangan ISLAM, sekiranya Quran dan Sunnah tidak menjadi sumber hujah perjuangan Kita.
................
Penulis adalah Naib Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor

1 ulasan:

Unknown berkata...

kaalu sygkan PAS, dengar teguran pemimpin bawahan seperti hanipa. minta dia perjelas dgn perinci.

PAS jgn sesekali dakwa masalah PAS punca dr luar (rakan PR).

amat memalukan menyalahkan org luar sedangkan PAS sebuah gerakan Islam yg kuat dan veteran.

isu selangor adalah masalah PKR dan MB PKR, kenapa muktamar PAS yg meletup?

PAS memang bermasalah, selesai lah dalaman. budaya menyalahkan org lain adalah tidak gentleman.

dengarlah fakta pihak yg memberi pandangan berbeza. masalah tidak boleh ditutup hanya dgn WALA'.

khalid juga tidak WALA' pada pimpinan PKR maka dia diganti. tp herannya PAS sokong khalid yg tidak wala' tp menghentam adun PAS yg tidak wala' pada pimpinan sebagai pengkhianat.

penyokong PR sayangkan PAS tapi sayang seribu sayang....