"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Oktoberfest: Tony Pua ugut PAS agar jadi pak turut

Tranungkite

EKORAN bantahan yang dikemukan oleh PAS dan Perkasa baru-baru ini di pejabat MBPJ, Tony Pua sudah melombat dan menggeletar satu badan marah sama itu Nasarudin Tantawi dan Pas.

Tony Pua dikatakan marah dengan tindakan Pas yang bersekongkol dengan Perkasa semata-mata hanya mahu membantah Pesta Arak di Selangor.

Dalam satu kenyataan Tony Pua menyebut supaya Pas tidak campur tangan dalam penganjuran pesta arak ini kerana pesta ini hanya untuk bukan Islam. DAP mengutuk tindakan Pas yang sanggup bekerjasama dengan pertubuhan rasis Perkasa semata-mata mahu melawan DAP.

"Nasarudin jangan hipokrit, Melayu kenduri pun (ada) hidang arak," kata Tony Pua ketika dihubungi wartawan Malaysin Isider.

Tony Pua juga minta Pas jika masih bersama pakatan berdiam diri dan jangan terlalu menunjukkan keislaman mereka untuk membantah apa-apa sahaja jika tidak mahu pakatan kalah dalam PRU14 di Selangor akan datang.

1 ulasan:

Pantai Aceh berkata...

Tony pua jgn tunjuk hero dlm semua hal la...kebetulan pas dan perkasa dtg bertemu datuk bandar pj, takkan pas nak halau perkasa pulak. Ada otak ada ilmu jgn nak anggap ko hero dlm semua hal. Kalo dap bantah hukum hudud, mca pun sama, adakah pas nak kata ko bersekongkol dgn mca bantah hukum hudud?? Jgn anggap pandai semua hal la bro..