"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Mohamed Razali tak pernah pegang jawatan dalam DAP' Diterbitkan: Jun 25, 2023 3:17 PM ⋅ Dikemaskini: 3:17 PM ADS Organ rasmi PAS Harakah Daily diminta menarik balik artikel yang mendakwa bekas ahli DAP, yang baru-baru menyertai parti Islam itu, pernah berkhidmat sebagai penasihat khas Lim Guan Eng. Setiausaha politik Guan Eng, Lim Wong Hon Wai berkata, Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah memegang jawatan itu atau mana-mana jawatan lain seperti yang dilaporkan dalam artikel yang sama. "Saya ingin mengingatkan Harakah Daily dan PAS bahawa berita ini merupakan satu fitnah dan personaliti yang disebut iaitu Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah menjadi penasihat khas kepada YB Lim Guan Eng. "Saya juga ingin menegaskan bahawa Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah menjawat jawatan-jawatan lain seperti yang dilaporkan dalam Harakah Daily sama ada dalam DAP ataupun Kerajaan. ADS "Saya meminta Harakah Daily untuk menarik balik berita ini dan memohon maaf kepada YB Lim Guan Eng dalam masa 48 jam dan sekiranya tidak, tindakan undang-undang fitnah akan menyusul,” kata Wong dalam satu kenyataan hari ini. Artikel berkenaan diterbitkan pada 23 Jun, mendakwa Mohamed Razali adalah bekas penasihat khas kepada Lim, yang kini pengerusi kebangsaan DAP. Artikel itu juga mendakwa Mohamed Razali adalah bekas naib ketua Pemuda DAP Pulau Pinang; bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; pakar strategi DAP; setiausaha publisiti DAP dan ketua DAP Jelutong. Mohamed Razali pertama kali menyertai DAP pada 2008 dan kemudiannya dipecat pada 2011 apabila menuduh parti itu terlibat dalam konspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian" jika parti itu menjadi kerajaan. Dia kembali menjadi tajuk berita utama pada 2016 apabila mendakwa DAP disokong dan dibiayai Israel. Pada masa itu, DAP juga menafikan bahawa Mohamed Razali pernah memegang sebarang jawatan dalam parti itu.

Malaysiakini

Organ rasmi PAS Harakah Daily diminta menarik balik artikel yang mendakwa bekas ahli DAP, yang baru-baru menyertai parti Islam itu, pernah berkhidmat sebagai penasihat khas Lim Guan Eng.

Setiausaha politik Guan Eng, Lim Wong Hon Wai berkata, Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah memegang jawatan itu atau mana-mana jawatan lain seperti yang dilaporkan dalam artikel yang sama.

"Saya ingin mengingatkan Harakah Daily dan PAS bahawa berita ini merupakan satu fitnah dan personaliti yang disebut iaitu Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah menjadi penasihat khas kepada YB Lim Guan Eng.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah menjawat jawatan-jawatan lain seperti yang dilaporkan dalam Harakah Daily sama ada dalam DAP ataupun Kerajaan.

"Saya meminta Harakah Daily untuk menarik balik berita ini dan memohon maaf kepada YB Lim Guan Eng dalam masa 48 jam dan sekiranya tidak, tindakan undang-undang fitnah akan menyusul,” kata Wong dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel berkenaan diterbitkan pada 23 Jun, mendakwa Mohamed Razali adalah bekas penasihat khas kepada Lim, yang kini pengerusi kebangsaan DAP.

Artikel itu juga mendakwa Mohamed Razali adalah bekas naib ketua Pemuda DAP Pulau Pinang; bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; pakar strategi DAP; setiausaha publisiti DAP dan ketua DAP Jelutong.

Mohamed Razali pertama kali menyertai DAP pada 2008 dan kemudiannya dipecat pada 2011 apabila menuduh parti itu terlibat dalam konspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian" jika parti itu menjadi kerajaan.

Dia kembali menjadi tajuk berita utama pada 2016 apabila mendakwa DAP disokong dan dibiayai Israel.

Pada masa itu, DAP juga menafikan bahawa Mohamed Razali pernah memegang sebarang jawatan dalam parti itu.

Tiada ulasan: