"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin jumpa Dr M bincang kerjasama Proklamasi Orang Melayu

Mohamad Fadli dan Azril Annuar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan bertemu Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Dalam temu bual eksklusif bersama FMT, presiden Bersatu itu berkata beliau membaca 12 agenda dalam proklamasi itu yang disifatkannya agak baik dan menjadi asas prinsip perjuangan parti pimpinannya.

Menurut perdana menteri kelapan itu, agenda dalam perlembagaan negara, hak istimewa orang Melayu dan Islam selain memartabatkan ekonomi bangsa sudah lama diperjuangkan Bersatu, lebih awal daripada Proklamasi Orang Melayu diasaskan Mahathir, Mac lalu.

“Pada saya tiada halangan (kepada) sesiapa pun untuk buat perkara sehaluan dengan apa kita perjuangkan,” kata Muhyiddin menjawab kesediannya bertemu Mahathir yang digantikannya sebagai perdana menteri pada 2020.

Mahathir sebelum ini berkata, proklamasi yang diilhamkannya itu bertujuan menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik. Ia menarik sokongan dan ditandatangani beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk Presiden PAS Hadi Awang dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu atas kapasiti persendirian.

Awal bulan ini, Mahathir dilaporkan berkata sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekali lagi, tiga tahun selepas hubungan mereka renggang susulan “Langkah Sheraton”, menyaksikan pentadbiran beliau ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan PN pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Muhyiddin menyambut hasrat untuk bekerjasama itu demi membela agama, bangsa dan negara.

“Bila beliau (Mahathir) kata hendak bekerjasama, saya sambut baik,” kata Muhyiddin yang mengakui sudah ada perbincangan ke arah itu menerusi orang perantaraan.

“Sekarang, Tun (Mahathir) di luar negara kalau tak silap saya. Jadi saya kata (boleh bertemu) selepas atau sebelum Hari Raya Haji (29 Jun ini) kalau beliau sudah ada masa lapang,” katanya.

Tiada ulasan: