"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azmin letak jawatan pengarah PKNS, dipercayai ‘protes’ MB

Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 23 Jun
: Naib Presiden PKR Azmin Ali melepaskan jawatan pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri, perkembangan dipercayai sebagai memprotes kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keputusan ini diumumkan empat hari menjelang parti itu dijadual mengadakan sesi pemukiman.

Malah keputusan itu diumumkan beberapa bulan menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti.

Sumber rapat dengan Ahli Parlimen Gombak itu mengesahkan maklumat yang Azmin telah mengemukakan surat letak jawatan kepada Pejabat Menteri Besar pada puku 12.30 tengah hari tadi.

“Ya, saya boleh mengesahkan beliau sudah menghantar surat letak jawatan sebagai pengarah PKNS tengah hari ini.

“Tunggu sehingga pengumuman rasmi kerajaan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian daripada pemberontakan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Sumber memberitahu, keputusan Azmin itu bertujuan melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap cara Khalid mengendalikan pentadbiran negeri.

“Tan Sri Khalid telah mengecewakan beberapa pemimpin PKR kerana apabila beliau membuat keputusan, beliau tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PKR,” katanya.

Sebagai contoh kata sumber, keputusan berkaitan dengan pelantikan setiausaha politik yang baru, yang diumumkan semalam.

“Ia cuma salah satu sebab telah menyebabkan tuntutan letak jawatan,” katanya.

Setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Faekah Husin akan menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor mulai bulan depan.

Perubahan tersebut sah dengan penganjuran majlis perpisahan di Shah Alam malam tadi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi atas pelantikan beliau sebagai ketua komunikasi,” kata Khalid pada majlis itu.

1 ulasan:

Unknown berkata...

blog YB Azmin telah di’hack’ oleh petugas yang diagendakan untuk melakukan tindakan serupa itu. Beliau telah membuat pembetulan dengan membuang maklumat tentang beliau akan melepaskan jawatan dan diganti dengan kenyataan penafian mengenai berita tersebut.