"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maya Karin, suaminya boleh didakwa gagal sahkan nikah

Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Pelakon Maya Karin dan pasangannya Muhammad Ali Abdullah boleh didakwa di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 berhubung kesalahan lewat mendaftar perkahwinan mereka yang berlangsung di Itali dua tahun lalu.

Menurut Pegawai Mahkamah Tinggi Syariah, pasangan tersebut boleh didakwa kerana lewat mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

“Maya Karin dan Muhammad Ali boleh didakwa atas kesalahan itu kerana mengikut Undang-undang Keluarga Islam sesiapa yang berkahwin di luar negara perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

“Undang-undang Keluarga Islam juga menyebut pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan mereka dalam tempoh enam bulan dari tarikh mereka kembali ke Wilayah Persekutuan.

“Dalam kes Maya dan Muhammad Ali, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atas kesalahan itu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Maya Karin, yang sejak awal tahun ini dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, semalam muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.

Kedua-dua mereka hadir di mahkamah semalam, tetapi secara berasingan. Malah mereka meninggalkan pekarangan mahkamah secara berasingan.

Semalam, seorang pegawai mahkamah memberitahu Maya Karin hadir di mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan mereka.

“Selain itu, mereka juga tidak berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri,” kata pegawai mahkamah itu.

Pagi tadi, Muhammad Ali memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya sudah pasti akan bercerai.

Pengesahan pernikahan mereka semalam adalah langkah awal ke arah itu.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Maya Karin dan Muhammad Ali boleh didakwa kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di luar negara.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

“Apa-apa perkahwinan yang dibuat tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk didakwa di mahkamah jika pernikahan itu tidak dilaporkan dalam tempoh enam bulan.

“Jika gagal berbuat demikian pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atas kesalahan itu,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Tiada ulasan: