
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Timbalan ketua polis, isteri disaman tidak pakai topi keledar
KOSMO!

TIMBALAN ketua polis dan isteri menunggang sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar. - Foto iHanoi
HANOI – Timbalan ketua polis sebuah kawasan perbandaran di Hanoi dan isterinya disaman selepas seorang penduduk melaporkan mereka tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal, lapor portal berita VNExpress kelmarin.
Menurut polis Trung Liet, timbalan ketua polis kawasan perbandaran O Cho Dua itu disaman satu juta dong (RM175) dan lesen motosikalnya dibatalkan.
Isterinya pula didenda 500,000 dong (RM88) kerana kesalahan sama.
Seorang penduduk menyerahkan bukti bergambar melalui aplikasi iHanoi menunjukkan pasangan itu menunggang motosikal di Jalan Hoang Cau pada tanpa memakai topi keledar.
Bukti itu telah disahkan oleh polis daerah Dong Da.
Timbalan ketua polis itu mengaku kesalahannya tidak memakai topi keledar.
Menurutnya, dia dan isteri kehilangan topi keledar semasa mereka keluar membeli-belah. – AGENSI
Tak semena-mena Bersatu terkena demam pilihan raya
Harapandaily
Nampak gayanya Bersatu terkena demam pilihan raya.
Semalam Ketua Bersatu Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan keperluan jentera Bersatu digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya pada hujung tahun ini.
Ia adalah berdasarkan arahan presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dalam perbincangan pagi ini, YB Presiden menegaskan bahawa semua jentera BERSATU mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan snap election pada hujung tahun ini.
“Perbincangan juga memberi tumpuan kepada perkembangan yang amat meyakinkan susulan perbincangan khas di kalangan pimpinan tertinggi BERSATU dan PAS pada Rabu lalu, 5 Februari yang turut dihadiri oleh YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Pengerusi Perikatan Nasional.
“YB Presiden mengeluarkan arahan supaya audit kekuatan jentera BERSATU dimulakan di semua negeri khususnya kawasan-kawasan tumpuan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” kata Azmin dalam satu hantaran Facebook semalam.
Usaha Bersatu dan PN untuk membentuk kerajaan tebuk atap sebelum ini tidak menjadi.
Blok Sabah dan Sarawak memberi sokongan kuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pas mempunyai 43 kerusi parlimen manakala Bersatu mempunyai 25.
10 lelaki ditahan merusuh gara-gara kemalangan
NOR AINNA HAMZAH

Tangkap layar pergaduhan akibat kemalangan di Taman ACBE, Bahau semalam.
JEMPOL – Gara-gara bertengkar akibat insiden kemalangan, 10 lelaki warga tempatan berusia 21 hingga 43 tahun ditangkap polis kerana merusuh dalam kejadian di Taman ACBE, Bahau di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 10 malam sebelum anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati beberapa individu sedang bertengkar.
“Tiga mangsa diserang menggunakan topi keledar. Kesemua suspek yang ditangkap di sekitar Bahau serta lokasi kejadian dari pukul 11 malam hingga 3 pagi tadi ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan masih dalam siasatan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Jempol di talian 06-4582222, Bilik Gerakan Jempol 06-4583449, atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Umu Fatihah Sulaiman di talian 019-555 3065. – KOSMO! ONLINE
'Label rakan sendiri pro-DAP bukti PAS sudah tersasar dari Islam'
Malaysiakini
Tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang melabel rakan sendiri sebagai 'pro-DAP' menunjukkan pemikiran mereka yang sudah tersasar daripada ajaran Islam, kata Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim.
Khairol menyifatkan PAS kini seolah-olah menjadikan fitnah sebagai teras perjuangan sehingga sanggup menuduh ahli sendiri sebagai pengkhianat dalam usaha mempertahankan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
“Tindakan melabel rakan sendiri yang menentang fitnah sebagai 'pro-DAP' ini jelas menunjukkan pemikiran yang sudah tersasar daripada ajaran Islam.
“PAS kini seolah-olah menjadikan fitnah sebagai teras perjuangan sehingga sanggup menuduh ahli sendiri yang memilih kebenaran sebagai pengkhianat.
“Rakyat perlu sedar bahawa fahaman sebegini bukan sahaja merosakkan parti tersebut, tetapi boleh menjadi ancaman kepada masa depan politik Islam di negara ini,” kataanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhamad Hafis mempertahankan Razman daripada serangan pelbagai pihak, termasuk mereka yang disifatkannya sebagai 'kumpulan pro-DAP dalam PAS'.
Razman sebelum ini menerima kritikan apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merupakan 'anak YTL' dan mengaitkan pemimpin DAP itu dengan keluarga konglomerat Yeoh Tiong Lay.
Pada 27 Jan lalu, Razman membuat permohonan maaf, namun Yeoh menegaskan akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Muhamad Hafis dalam kenyataannya hari ini berkata, serangan bertubi-tubi terhadap Razman - termasuk dari dalam parti itu sendiri - adalah susulan sikapnya yang begitu agresif menyerang DAP.
Dia turut mengimbas pertembungan antara kumpulan proulama dan mereka yang dahulunya digelar pro-DAP dalam PAS.
Untuk rekod, Amanah merupakan parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada Sept 2015.
Perpecahan dalam PAS mula ketara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila parti itu terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu mereka yang menyokong kepimpinan ulama dan golongan yang dianggap progresif.
Pada pemilihan Muktamar PAS 2015, hampir kesemua pemimpin progresif yang pro-Pakatan Rakyat ketika itu tewas kepada kelompok pro-ulama yang menyokong Presiden, Abdul Hadi Awang.
Kekalahan ini menandakan penguasaan penuh golongan ulama, menyebabkan golongan progresif keluar daripada PAS dan menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (Amanah).
Mengulas lanjut, Khairol berkata pihaknya memandang serius perkembangan terbaru dalam apabila pihak yang menentang budaya fitnah dalam parti itu dianggap sebagai pengkhianat.
“Fahaman sebegini amat berbahaya kerana ia seolah-olah menghalalkan fitnah sebagai satu amalan politik yang perlu dipertahankan.
“Lebih membimbangkan apabila ahli-ahli yang cuba mempertahankan nilai-nilai Islam dan kebenaran pula dianggap sebagai musuh dan pengkhianat parti.
“Apabila menentang fitnah dianggap pengkhianatan, maka ke manakah hala tuju perjuangan Islam yang sebenar?” soalnya.
Goncang anak teman wanita hingga mati, lelaki dipenjara seumur hidup
Agensi

CHRISTOPHER Stockton dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menyebabkan kematian anak teman wanitanya berusia 22 bulan. FOTO Ihsan Pembaca.
London: Teman lelaki ibu kandung seorang bayi dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi Teesside kerana menggoncang mangsa hingga mati.
Christopher Stockton, 38, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Charlie Roberts, berusia 22 bulan ketika bayi itu digoncang dengan kuat sehingga otaknya bergegar di rumah mereka di Darlington.
Lelaki itu kemudian cuba menutup pembunuhan dengan mendakwa Charlie tercekik biskut.
Bagaimanapun, ibu Charlie, Paula Roberts, 41, curiga terhadap Stockton sehingga dia memasang kamera pengintip di atas kepala katil anak lelakinya, Mahkamah Tinggi Teesside diberitahu pada Disember.
Walaupun curiga dan bimbang, dia tetap menjalin hubungan dengan lelaki itu, dan menyuarakan kebimbangannya mengenai Stockton kepada abangnya.
Pada mulanya wanita itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan penderaan kanak-kanak, bagaimanapun Roberts akhirnya mengaku mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kematian Charlie.
Teman lelakinya disabitkan kesalahan membunuh dan penderaan kanak-kanak dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 25 tahun manakala Roberts dipenjarakan selama empat tahun.
Stockton, yang baru tujuh hari tinggal bersama Roberts dan anak lelakinya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Charlie apabila dia menyebabkan kecederaan kepala yang teruk yang mengakibatkan pendarahan otak pada Januari 2024.
Pendakwa Raya Nicholas Lumley memberitahu juri, Stockton 'menggoncang atau melemparkan dengan kekerasan sedemikian, secara sengaja dan dengan kekuatan yang menyebabkan kerosakan otak Charlie yang masih kecil'.
Roberts meninggalkan rumah beberapa minit sebelum kejadian untuk membuat pemeriksaan mata.
Stockton yang tidak bekerja kerana sakit berjaga hingga ke awal pagi bermain permainan Xbox membuatnya hilang kawalan pada pagi Januari itu, kata mahkamah.
Stockton menghubungi 999 dan boleh didengari dalam rakaman berkata berulang kali, 'come on mate' dan 'wakey wakey' kepada budak kecil itu yang tidak bernafas.
Stockton memberitahu paramedik, doktor, dan polis yang Charlie tercekik biskut dan dia menepuk belakang kanak-kanak itu serta memasukkan jarinya ke dalam tekak anak itu.
Kanak-kanak itu meninggal dunia di hospital pada keesokan harinya.
Peguam Jamie Hill yang mewakili Stockton memberitahu mahkamah anak guamnya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini malah pembunuhan itu bukanlah dirancang dan tiada niat untuk membunuh.
Bagaimanapun peguam Richard Herrmann yang mewakili Roberts berkata, anak guamnya berjuang dengan masalah kesihatan mental.
Wanita itu menangis apabila Herrmann berkata, dia harus hidup dalam keadaan bersalah seumur hidup dan jika dia tidak menemui lelaki itu, pasti kejadian itu tidak akan berlaku.
Nicholas berkata, bapa Charlie dan dua datuknya menulis kenyataan kepada mahkamah mengenai rasa kehilangan itu, tetapi mereka tidak mahu surat itu dibacakan secara terbuka di mahkamah.
-hmetro
Pesawat ringan terhempas berdentum rempuh bas, 2 terbunuh
KOSMO!

SEBUAH pesawat ringan terhempas di Sao Paulo. - Foto X
BRASILIA – Sebuah pesawat ringan merempuh bahagian belakang bas awam sebelum terbakar dan mengorbankan dua orang di Sao Paulo, Brazil, lapor portal berita metro.co.uk semalam.
Dua mangsa nahas kapal terbang di bandar raya terbesar Brazil ituringan terhempas adalah seorang pesohor terkenal dan juruterbang yang ‘diupah’untuk menerbangkannya.
Pesohor itu, Marcio Louzada Carpena yang merupakan seorang peguam dan professor undang-undang selain terkenal kerana mempamerkan tentang gaya hidup keluarganya di media sosial dilaporkan membeli pesawat lapan tempat duduk itu pada Disember tahun lalu.
Pada pagi semalam, pesawat itu terhempas di jalan yang sibuk di bandar raya tersebut dan membunuh Carpena yang merupakan bapa kepada tiga orang anak dan juruterbang, Gustavo Carneiro Medeiros, 44.
Pesawat Beech F90 King Air yang dikeluarkan pada tahun 1981 itu merempuh bahagian belakang bas awam dan terbakar di Marques de Sao Vicente Avenue.
Juruterbang dipercayai cuba untuk melakukan pendaratan cemas sebelum nahas tersebut berlaku.
Menurut pihak berkuasa tempatan, seorang penumpang bas dan penunggang motosikal yang terkena serpihan pesawat itu dihantar ke hospital.
Empat mangsa tambahan di lokasi kejadian turut dihantar ke hospital di wilayah itu dengan mengalami kecederaan ringan.
Pesawat itu dipercayai terhempas hanya lima minit selepas berlepas dari lapangan terbang berhampiran. – AGENSI
Inilah yang terjadi bila buka negara ini seluas-luasnya kepada warga asing
Imigresen bongkar sindiket kiriman wang haram, tahan 10 warga asing
Bernama
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata dalam operasi khas itu pihaknya menahan 10 warga asing dan merampas wang serta barang kemas bernilai RM3.6 juta.
Pegawai Jabatan Imigresen bersama Bank Negara dan CyberSecurity memeriksa wang tunai yang dirampas dari premis yang menjalankan perniagaan kiriman wang tanpa lesen dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield, Kuala Lumpur. (Gambar JIM)
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield, Kuala Lumpur pada Khamis lepas, kata Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban.
Zakaria berkata operasi bersama Bank Negara (BNM) dan CyberSecurity ke atas beberapa premis dipercayai menjalankan sindiket perniagaan pengiriman wang haram itu, turut berjaya merampas mata wang asing 1,400 Euro, 10,000 Yuan dan barangan perhiasan dipercayai emas.
Beliau berkata semakan awal mendapati tiga lelaki warga India melakukan kesalahan salah guna pas, dua lelaki warga India tinggal lebih masa, manakala tiga lelaki warga India dan dua perempuan warga Indonesia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah.
“Semua warga asing berusia antara 21 dan 57 tahun ini dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Zakaria berkata premis berkenaan menawarkan perkhidmatan pengiriman wang tanpa lesen yang sah dan menyasarkan warga Indonesia dan India sebagai pelanggan.
“Sindiket ini menjalankan kegiatan di sebalik kedai runcit dan kedai makan bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai beroperasi selama setahun itu menerima antara RM15,000 dan RM60,000 sehari dan boleh mencecah sehingga RM110,000 pada musim perayaan.
“Wang ini akan dihantar ke luar negara terutama Indonesia dan India,” katanya.
Zakaria berkata pihaknya percaya sindiket berkenaan menggunakan barangan kemas yang dibawa ke luar negara sebagai proses penghantaran kiriman wang haram tanpa melalui lingkungan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta undang-undang berkaitan perniagaan wang dan pengubahan wang haram.
Apa manfaat vape ni?: Jangan biarkan manusia bertuhankan duit merosakkan masyarakat
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Astro Awani
Shahabudeen berkata, mengharamkan seluruh industri vape di Malaysia adalah satu langkah yang tidak adil kepada pengeluar tempatan. - Foto Nanostix
KUALA LUMPUR: Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Ini susulan kenyatan Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Seri Dr Dzukefly Ahmad yang bersedia untuk meneliti semula kemungkinan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape di Malaysia.
Kata Shahabudeen, beliau percaya bahawa pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukanlah penyelesaian yang adil dan berkesan terhadap isu yang sedang berlaku seperti laporan mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dalam cecair vape.
“Ini kerana isu yang berlaku seperti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dalam cecair vape disebabkan oleh berlakunya penguatkuasaan yang lemah sehingga membolehkan vape haram ini berleluasa.
"Semua cecair vape yang mengandungi bahan terlarang ini berasal daripada produk import yang dibancuh oleh pihak yang tidak diketahui, dihasilkan tanpa pemantauan dan diseludup masuk ke Malaysia tanpa membayar cukai.
Sebaliknya, pengilang tempatan yang sah seperti Nanostix tidak pernah mengeluarkan produk yang mengandungi bahan terlarang,” jelasnya.
Kata Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil, mengharamkan seluruh industri vape di Malaysia adalah satu langkah yang tidak adil kepada pengeluar tempatan.
Ini kerana ia bukan sahaja beroperasi dengan mematuhi undang-undang, malah menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara.
“Pada tahun 2024, Nanostix telah membayar lebih RM60 juta kepada kerajaan dalam bentuk cukai dan duti eksais. Pada Januari 2025 sahaja, kami telah membayar RM995,689.60 dalam duti eksais untuk setiap mililiter cecair vape yang dihasilkan. Nanostix juga membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan melalui pelbagai bidang,” katanya.
Justeru itu, Nanostix memohon kerajaan untuk mengambil langkah bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan mengharamkan sepenuhnya pengimportan cecair vape dari luar negara, tingkatkan penguatkuasaan ke setiap premis jualan vape dan bukannya menutup industri tempatan yang sah dan terkawal.
Nanostix dan industri tempatan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan pasaran vape di Malaysia lebih selamat, teratur, dan memberi manfaat kepada pengguna serta negara.
Lelaki warga asing ditahan cuba mencuri dalam pesawat
Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
Polis Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang di Selangor ke Pulau Pinang.
“Seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.
“Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kenyataan itu memaklumkan perintah reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.
Mufti Perlis: Umat Islam tidak dibenar hadir, turut serta upacara keagamaan, ritual bukan Islam - Mufti Perlis
Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
Kangar: Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam di Perlis.
Muftinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara berkenaan pernah dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29 pada pada 18 hingga 19 April 2017.
"Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut namun usaha melakukan kebaikan itu sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah.
"Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam," katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.
Katanya, syarat tidak meredai kekufuran meskipun sekiranya ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah.
"Dalam konteks ucapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam pula ia adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama.
"Namun begitu, berdasarkan realiti di negara ini, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan ini menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan.
"Ini dengan syarat ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran," katanya.
Beliau berkata, keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah.
Pada 4 Februari lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan sedang memuktamadkan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dipetik berkata garis panduan itu akan diperkenalkan supaya pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Memberi contoh, garis panduan itu mencakupi hal menyentuh ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan agama, persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
Selain itu, ia turut terkait soal pelaksanaan majlis dalam tempoh umat Islam melaksanakan ibadah seperti waktu azan, solat jemaah, khutbah dan solat Jumaat.
Empat warga Israel didenda buat kacau di hospital
KOSMO

Salah seorang lelaki memasuki bilik kecemasan tanpa kebanaran di sebuah hospital di Thailand. - Channel 7
BANGKOK – Empat warga Israel dikenakan denda 3,000 baht (RM366) selepas mencetuskan huru-hara dan memasuki bilik kecemasan tanpa kebenaran di sebuah hospital di Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam.
Kejadian berlaku di Hospital Pai dalam wilayah Mae Hong Son pada 2 Februari lalu.
Seorang doktor berkata, empat lelaki itu tiba di hospital bersama seorang rakan mereka yang cedera akibat kemalangan membabitkan motosikal.
“Mangsa dikejarkan ke bilik kecemasan untuk rawatan lanjut. Mereka cuba mengikut rakannya tetapi dihalang oleh doktor kerana bilik itu hanya boleh diakses oleh pegawai perubatan.
“Tidak lama kemudian, salah seorang lelaki membuka pintu bilik menyebabkan kerja-kerja doktor terganggu dan menghalau mereka,” katanya.
Situasi bertambah tegang apabila kumpulan itu mengamuk dan menengking pegawai yang bertugas.
Mereka ditahan oleh pengawal keselamatan sebelum dibawa ke balai polis berhampiran. – AGENSI
Suami isteri ‘kebas’ emas rumah terbakar
KOSMO

Beg plastik yang digunakan untuk mencuri emas dan wang kertas milik mangsa. - Kompas
JAKARTA – Sepasang suami isteri menjadi tular selepas mereka ditangkap mencuri emas dan wang bernilai puluhan juta rupiah daripada sebuah rumah yang terbakar, lapor laman berita Kompas semalam.
Kejadian berlaku di Desa Bonne-Bonne di Polewali Mandar, wilayah Sulawesi Barat pada 3 Februari lalu.
Imej dimuat naik di media sosial memaparkan pasangan itu cuba melarikan diri dengan beg plastik berisi barang kemas dan wang tunai.
Ketika pemilik rumah cuba menyelamatkan diri, mereka bukan menolong tetapi ‘mengintai’ barang berharga untuk diambil.
Plastik tersebut berisi emas 20 gram, wang kertas bernilai 10 juta rupiah (RM2,714) dan beberapa dokumen penting termasuk geran kereta.
“Mereka ditahan di Balai Polis Polewali Mandar, manakala barang yang dicuri telah dipulangkan kepada pemiliknya,” kata pihak berkuasa. – AGENSI
JIM tahan 10 warga asing, rampas wang tunai lebih RM3.62 juta
BuletinTV3

FOTO: Ihsan JIM
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menahan 10 warga asing dan merampas wang tunai lebih RM3.62 juta dalam serbuan di premis yang dipercayai sindiket perniagaan pengiriman wang haram di sekitar Klang dan Brickfields, semalam.
Turut dirampas mata wang asing berjumlah Euro 1,400 dan Yuan 10,000 selain barangan perhiasan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi khas yang bermula pada 3.45 petang itu dilakukan pihaknya dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan turut dibantu pegawai CyberSecurity Malaysia.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awam dan risikan dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke tiga lokasi premis perniagaan di Klang dan berjaya menahan seorang lelaki warga India dipercayai sebagai dalang utama’, dua lelaki warga India dan dua wanita warga Indonesia.
“Dalam satu lagi serbuan di sebuah premis kediaman sekitar Brickfields yang dipercayai menjadi pusat pengumpulan hasil pengendali perniagaan pengiriman wang haram, pasukan operasi berjaya menahan seorang lelaki warga India yang dipercayai sebagai ahli sindiket bersama empat lagi lelaki warga India.
“Mereka ditahan berusia antara 21 hingga 57 tahun. Semakan awal mendapati tiga lelaki warga India menyalahgunakan pas, dua lelaki warga India tinggal melebihi masa, manakala tiga lagi lelaki warga India dan dua wanita Indonesia tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Zakaria berkata, pemeriksaan terhadap semua premis berkenaan membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM3.62 juta serta mata wang asing bernilai Euro 1,400 dan Yuan 10,000.
“Turut dirampas barangan perhiasan dipercayai emas yang disyaki hasil aktiviti pengiriman wang haram. Modus operandi sindiket menawarkan perkhidmatan pengiriman wang tanpa lesen yang sah dan mensasarkan pelanggan warga Indonesia dan India,” katanya.
Katanya, sindiket itu menjalankan kegiatan mereka di sebalik kedai runcit dan kedai makan untuk mengaburi pihak berkuasa serta sudah beroperasi selama setahun.
“Sindiket itu dipercayai menerima RM15,000 hingga RM60,000 sehari dan boleh mencecah sehingga RM110,000 pada musim perayaan. Wang itu akan dihantar ke luar negara terutama Indonesia dan India.
“Sindiket berkenaan dipercayai menggunakan barangan kemas yang dibawa ke luar negara sebagai proses penghantaran kiriman wang haram itu tanpa melalui sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan peraturan Imigresen 1963.
“Warga asing itu juga akan disiasat oleh pihak BNM kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
“Mereka yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut,” katanya.
Lelaki rompak rumah bekas isteri
KOSMO!

Mangsa membuat laporan polis. - Istimewa
JAKARTA – Seorang lelaki merompak rumah bekas isterinya dan melarikan beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Kejadian berlaku di sebuah kampung di Aceh Singkil, wilayah Aceh.
Dalam kejadian pada Isnin lalu sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan), suspek dikenali sebagai N, 45, memecah masuk rumah mangsa, NA, 57.
Dia masuk melalui ruang ventilasi udara.
Melihatkan mangsa yang sedang tidur, suspek dengan pantas melarikan sebuah beg tangan, dua buah telefon bimbit, barangan kemas dan beberapa barang lain.
“Ketika pelaku mengambil barang tersebut, mangsa tersedar dan menyedari perbuatannya itu,” kata Ketua Polis Singkil, Asisten Komisioner Didik Surya.
Suspek kemudian memukul mangsa pada muka sehingga dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Mangsa membuat laporan polis keesokan harinya sebelum suspek ditahan.
Polis berkata, ia bukan kali pertama suspek mencuri barang daripada mangsa kerana pada tahun lalu, dia mengambil kad mesin juruwang automatik (ATM) milik bekas isterinya itu.
Kedua-dua mereka bercerai pada tahun lalu. – AGENSI
Pas guna hotel milik YTL Group yang difitnah sebelum ini tanpa rasa malu

K PRAGALATH
Pas tanpa rasa malu menggunakan hotel milik YTL Group setelah menghamburkan fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hantaran Facebook Grater Terenggan Development menunjukkan mesyuarat exco kerajaan Terengganu telah diadakan di Hotel Majestic pada minggu ini.
Hotel ini milik YTL berdekatan dengan KL Sentral.
Turut disertakan ialah gambar keseluruhan exco kerajaan Terengganu yang dikuasai oleh Pas.

Beberapa minggu yang lalu pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria merangkap Ketua Pembangkang Perak menabur fitnah dengan mendakwa Hannah Yeoh ialah anak pengasas YTL Group, Teoh Tiong Lay.
Razman turut memfitnah kerajaan perpaduan Perak di dalam ceramah tersebut.
PERODUA mungkin perkenal EV berharga RM80,000, bateri disewa berasingan
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my

Projek EV PERODUA menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
KUALA LUMPUR: PERODUA dijangka memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) berharga sekitar RM80,000, namun dengan konsep berbeza, bateri disewa berasingan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PEROFUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata cara terbaik untuk menawarkan kenderaan berkenaan pada harga kira-kira RM80,000 itu adalah menjualnya tanpa bateri.
"Bateri akan disewa secara pajakan atau 'leasing' kepada pembeli," katanya pada sesi 'Up Close & Casual with Perodua' bersama media, semalam
Menurutnya, melalui cara berkenaan, pembeli akan membeli EV itu tetapi membayar 'sewa' untuk bateri kerana ia milik PERODUA.
"Jumlah sewa itu ialah yang paling minimum dan berdasarkan kajian dijalankan PERODUA, ramai yang menyokong cara ini," katanya.
Menurutnya, secara ringkas, skim pajakan bateri EV oleh PERODUA ini menurunkan harga kenderaan dan menjamin pemilik agar sentiasa mendapat bateri dalam keadaan terbaik.
"Untuk projek EV ini, PERODUA menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri dengan bantuan dari vendor-vendor tempatan dan luar negara," katanya.
Berdasarkan konsep yang akan diperkenalkan ini, pemilik EV akan sentiasa mendapat bateri dalam keadaan baik, kerana ia milik pengeluar dan boleh ditukar ganti sekiranya terdapat sebarang masalah.
Malah, sekiranya terdapat perubahan teknologi bateri, pengeluar kenderaan boleh memberikan bateri dengan teknologi terkini kepada pemilik.
Selain itu, pemilik EV tidak bertanggungjawab atas keadaan bateri dan usaha kitar semula bateri itu terletak di bawah pengeluar.
Anggota ganggu seksual aktivis, polis siasat dakwaan
FMT Reporters
PETALING JAYA: Siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang aktivis pelajar wanita yang diganggu seksual oleh seorang anggota polis ketika memberi keterangan di balai.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa mengesahkan perkara itu dalam pesanan teks. “Ada laporan polis diterima di Wangsa Maju dan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berkenaan,” katanya.
Rusdi juga berkata, aktivis itu hadir di Balai Polis Wangsa Maju semalam untuk diambil keterangan melibatkan penyertaannya dalam himpunan pro-Palestin, pada Januari.’
Petikan daripada laporan polis diterbitkan dalam talian oleh Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi, menurut Malaysiakini.
Aktivis berkenaan mendakwa seorang anggota polis lelaki berpakaian biasa meminta mengikutinya ke bilik kecil, selepas dia memohon untuk ke tandas.
Wanita terbabit mendakwa anggota itu berkata, dia mahu mengajarnya mengunci pintu, yang mana pelajar berkenaan menyatakan “hanya selak biasa”.
Kes kelar peniaga, polis buru lelaki ini
Kelar peniaga: Polis buru Holy, nafi kes berkait tiket loteri
Siti Aminah Mohd Yusof
bhnews@bh.com.my

Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, ACP Abdul Razak Muhammad menunjukkan gambar suspek dikehendaki pihak polis untuk membantu siasatan bagi kes tetak seorang ahli perniagaan pada 2 Februari lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur, Pulau Pinang. - Foto NSTP/ MIKAIL ONG.
GEORGETOWN: Polis sedang giat mengesan suspek dikenali sebagai Holy yang dipercayai menyerang dan mengelar seorang peniaga menggunakan pisau di Bandar Baru, Air Itam di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata lelaki terbabit atau nama sebenarnya, Ong Weei Loon, 36, dipercayai sudah melarikan diri keluar dari Pulau Pinang.
Beliau turut menyangkal kes itu berpunca daripada aktiviti menjual tiket loteri atau kegiatan Ah Long seperti yang ditularkan di beberapa platform media sosial sejak beberapa hari lalu.
"Siasatan polis mendapati suspek sebelum itu meminta hutangnya daripada mangsa.
"Saya juga ingin menegaskan spekulasi kes itu berkaitan 'Ah Long' atau aktiviti menjual tiket loteri adalah tidak benar.
"Berdasarkan maklumat daripada saksi dan kawan-kawan mangsa, mereka menyatakan memang suspek datang ke rumah mangsa untuk meminta hutang," katanya kepada pemberita hari ini.
Abdul Rozak berkata, suspek melakukan perbuatan itu seorang diri dan dua lelaki berusia 38 dan 49 tahun yang ditahan reman Isnin lalu tidak terbabit dengan kes itu dan akan dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, bagaimanapun polis tidak menemukan pisau yang digunakan suspek di lokasi kejadian manakala mangsa yang berusia 40 tahun kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Holy diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau balai polis berdekatan," katanya.
Sebelum ini, beberapa keping gambar dan video mangsa yang sedang duduk di kerusi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan badan tersebar menerusi aplikasi Telegram sejak Selasa lalu.
Guru cederakan empat pelajar termasuk membaling kerusi, menarik rambut, dan menyumbat gumpalan kertas dalam mulut didenda RM4,900
Ini bukan cara disiplin pelajar, majistret tegur guru baling kerusi, tarik rambut
FMT Reporters
PETALING JAYA: Guru didenda RM4,900 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Muar atas empat pertuduhan mendatangkan kecederaan empat pelajar termasuk membaling kerusi, menarik rambut, dan menyumbat gumpalan kertas dalam mulut.
Tertuduh, Mohd Shapril Ahmad, 39, ditegur Majistret Suzana Mokhtar dalam soal mendisiplinkan pelajarnya.
“Ini bukan cara untuk mendisplinkan pelajar, kamu patut menjadi contoh kepada mereka tapi bukan dengan cara sebegini,” katanya menurut Harian Metro.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 13 bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, bapa kepada empat anak itu didakwa sengaja mencederakan tiga pelajarnya berusia 14 tahun dengan menampar muka dan membaling kerusi ke arah mangsa.
Ketiga-tiga kejadian berlaku dalam kelas di sebuah sekolah menengah dalam Muar, pada 8.30 pagi, 13 Nov 2024.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah ke atas pelajar berusia 14 tahun dengan memukul belakang kepala, menarik rambut, dan memasukkan gumpalan kertas dalam mulut.
Perbuatan tertuduh berlaku di kelas berasingan pada 8.30 pagi, 6 Nov tahun lalu dengan dia didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amieerah Alludeen manakala tertuduh diwakili Nurain Sakina Zakri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Pesawat bawa 10 orang hilang
KOSMO

SEBUAH pesawat milik Bering Air Caravan dirakam di Amble pada April 2022. – AGENSI
WASHINGTON – Sebuah pesawat komersial kecil membawa 10 orang dilaporkan hilang di negeri Alaska, barat laut Amerika Syarikat (AS) semalam, demikian menurut pihak berkuasa.
Polis Negeri Alaska berkata, pesawat Bering Air Caravan membawa sembilan penumpang dan seorang juruterbang itu gagal tiba pada masa dijadualkan dalam penerbangan dari Unalakleet menuju ke Nome pada pukul 4 petang (waktu tempatan).
Jarak antara dua bandar itu ialah kira-kira 235 kilometer di rantau Norton Sound.
Pekerja mencari dan penyelamat berusaha untuk mendapatkan koordinat terakhir penerbangan tersebut.
Pesawat hilang itu adalah insiden terbaru melibatkan nahas penerbangan di Amerika Syarikat.
Pada 30 Januari lalu, sebuah pesawat penumpang berlanggar di ruang udara dengan helikopter Tentera AS, membunuh semua 67 penumpang dan juruterbangnya.
Nahas itu disusuli kemalangan pesawat perubatan yang terhempas di sebuah kejiranan di Philadelphia, mengakibatkan tujuh orang maut dan 19 mangsa cedera. – AFP
'Polis lelaki iring saya masuk dalam tandas' - pelajar dakwa gangguan seksual
Malaysiakini
Seorang aktivis pelajar yang disoal siasat berhubung perhimpunan solidariti Palestin dua bulan lalu membuat laporan terhadap seorang anggota polis berpakaian preman yang dituduh melakukan gangguan seksual.
Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi berkongsi petikan laporan polis oleh pelajar itu yang semalam dipanggil ke balai polis daerah Wangsa Maju.
“Salinan laporan polis. Masing-masing boleh nilaikan sendiri. Kita gesa satu tindakan segera diambil. Jangan biarkan hal begini berulang lagi.
"Jangan ingat mereka (polis) boleh buat sesuka hati,” kata Amir dalam siri catatan di X.
Menurut laporan pelajar itu, dia tiba di balai pada pukul 2.30 petang dan "diintimidasi" oleh lima atau enam anggota polis yang menyoalnya di bilik siasatan tanpa kehadiran peguamnya.
“Saya minta untuk pergi ke tandas, dan seorang pegawai penyiasat lelaki berpakaian preman mengiring saya ke tandas. Polis itu telah masuk ke tandas yang sempit, dan menyuruh saya masuk bersamanya.
"Hanya saya dan polis lelaki tersebut di dalam tandas. Tiada orang lain pada ketika itu. Beliau kemudian sebut bahawa beliau ingin mengajarkan saya cara untuk mengunci pintu tandas, sedangkan tandas itu hanya menggunakan selak biasa,” katanya yang menamakan pegawai tertuduh dalam laporannya.
“Pegawai wanita ketika itu juga ada tapi yang mengiring saya adalah pegawai lelaki tersebut. Selepas itu beliau keluar dari bilik tandas.
"Saya berasa tidak selesa dan takut ketika berada di dalam tandas itu. Saya merasakan keselamatan saya tergugat sebagai seorang perempuan," katanya.
Dia menambah dia tidak dibenarkan meninggalkan balai polis selama lebih daripada sejam selepas dia selesai disoal siasat, kerana dikatakan ada perhimpunan solidariti yang diadakan di luar.
Semalam, Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) mengecam polis kerana menahan dan merekodkan keterangan lapan individu termasuk lima pelajar yang mengadakan perhimpunan solidariti di luar ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju.
Haram menegaskan bahawa tindakan polis itu merupakan pelanggaran berat terhadap prinsip kebebasan berhimpun dan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Sinar Harian
Mohd Kharulnizam hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dan menyimpan 180 gambar serta video penganiayaan kanak-kanak, dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Kharulnizam Muslin, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.
Mengikut dua pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa sebagai guru kaunseling.
Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik kaunseling sebuah sekolah rendah di sini, pada awal hingga akhir Mei 2023 dan awal September 2023 antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang.
Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.
Selain itu, tertuduh didapati dalam milikannya komputer riba mengandungi 180 gambar dan video bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
Kesalahan itu dilakukan pada 12 Disember 2023 di sebuah rumah di Taman Warisan Puteri di sini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd Saubian menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat-syarat tambahan.
Peguam, Mohamad Zahid Ahmad merayu dengan menyatakan jaminan terhadap anak guamnya adalah sangat tinggi dan membebankan.
"Anak guam saya ialah penjawat awam dan sekarang tidak lagi mengajar dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, isterinya pula hanya suri rumah.
"Saya mohon agar jaminan minimum diberikan kerana tertuduh mempunyai dua anak masih bersekolah berusia 11 tahun dan empat tahun," katanya.
Tambahnya, tertuduh juga memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan dan bersedia menerima apa-apa syarat tambahan ditetapkan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Sekiranya ada pasport, perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai dan sebutan semula kes 7 Mac depan. - Sinar Harian
Jejantas penuh najis manusia
KOSMO

Tangkap layar menunjukkan tangga jejantas dipenuhi najis manusia. - Instagram
JAKARTA – Penduduk di bandar Depok, wilayah Jawa Barat, Indonesia dibelenggu pemandangan menjijikkan apabila jejantas yang mereka gunakan dipenuhi najis manusia, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Jambatan itu terletak di Jalan Margonda, bandar Depok yang menghubungkan Universiti Gundarma dan Pondok Cina.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @depok24jam menunjukkan tangga jambatan itu dipenuji najis manusia.
Lebih mengejutkan, najis-najis itu juga kelihatan ‘dipijak’ dan dibiarkan kering.
Rakaman itu mencatatkan lebih 665,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Makin hari makin mirip India,” kata seorang netizen.
“Bau najis kucing sahaja busuk, apatah lagi najis manusia,” kata netizen lain. – AGENSI
Hanya demi konten? Sengaja diada-adakan ‘influencer’ hilang

Pula dah…Caprice dedah ‘influencer’ hilang ketika buat paranormal sebenarnya palsu
SITI NUR ZAWANI
Penyanyi rap yang juga aktivis, Caprice mendakwa insiden kehilangan seorang pempengaruh dikenali sebagai Eyka di hutan di Bandung, Indonesia adalah palsu dan rekaan semata-mata.
Caprice bukan sekadar bercakap ‘kosong’ sebaliknya turut menujukkan bukti bahawa kehilangan gadis berusia 22 tahun terbabit selama tiga hari di dalam hutan itu tidak berlaku.
Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Instagram, Caprice berkongsikan tangkap layar memaparkan perbualannya bersama pihak pengurusan ‘talent’ yang tampil dalam penggambaran insiden itu.
Dalam perbualan tersebut, pihak pengurusan berkenaan mendedahkan bahawa talent mereka sudah dinasihatkan untuk tidak melibatkan diri dalam penciptaan kandungan sedemikian namun peringatan itu tidak diendahkan.
Namun perkara yang lebih mengejutkan adalah beberapa ‘talent’ di bawah pihak pengurusan terbabit bekerja tanpa menerima sebarang bayaran hasil.
“Sah (kejadian kehilangan) itu palsu. Pihak agensi yang menguruskan beberapa talent dalam video itu mengesahkan bahawa ia palsu. Sudahlah mereka tak dapat bayar.
“Betullah orang lama selalu kata. Bodoh itu percuma. Tetapi janganlah borong semua,” kata Caprice menerusi ruangan kapsyen perkongsian dalam bentuk video untuk mengulas kejadian itu.
Sebelum ini, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti paranormal.
Ramai pengguna media sosial bagaimanapun sangsi dengan kejadian tersebut sama ada ia sekadar lakonan semata-mata untuk melariskan kandungan mereka atau benar-benar berlaku.
Politaik PAS: Apabila Anwar disebut ‘arwah’
Hishamuddin Aun
Sejurus anda rasa PAS tidak akan turun lebih rendah daripada tahap sedia ada, parti itu nampaknya akan terus mengejutkan.
Anwar Ibrahim mungkin sudah kerap berkongsi betapa berpuluh-puluh tahun beliau dicerca dan dicaci-maki sehingga sudah lali tetapi yang terbaru ini harus mengatasi jangkaan perdana menteri sendiri.
Di sebalik ingatan dan teguran, sidang Dewan Rakyat yang baru masuk persidangan hari ketiga bagi penggal ini menurun ke tahap lebih rendah apabila orang yang masih hidup dibahasakan sebagai ‘arwah’.
Berselindung di sebalik ungkapan yang kononnya digunakan warga maya, Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Jan, 42, daripada PAS, dalam sidang pada Rabu dipercayai merujuk kepada perdana menteri sebagai ‘sudah tiada’.
“Dulu ada seorang hero di Malaya kita ini, selalu bercakap untuk menurunkan harga minyak, harga elektrik dan turunkan kos sara hidup. Untuk elektrik, orang tersebut sebut nak panggil tauke-tauke besar nak bagi minum air teh tanpa gula. Saya masih ingat ayat tersebut.
“Dan sebut akan bagi masa dua minggu untuk bagi cadangan bagaimana beliau boleh menurunkan harga elektrik. Tapi sayang, sekarang beliau sudah tiada. Netizen mengatakan jika ‘arwah’ masih ada, pasti rakyat Malaysia tak akan susah seperti sekarang ini,” katanya.
Dicelah oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer daripada DAP, yang bertanya siapa yang dirujuknya kerana ‘hero’ itu dibahasakannya sebagai ‘arwah’, Fawwaz menjawab ringkas: “Ya, saya kata netizen kata, bukan saya kata.”
Tidak mungkin dirujuknya perdana menteri terdahulu – Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob – kerana semuanya masih ada.
Tidak berpuas hati, Rayer menuntut supaya perkataan ‘arwah’ itu ditarik balik: “Walaupun netizen (kata), kita telah dinasihatkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) baru kelmarin dulu.”
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Isnin bertitah bahawa Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki hamun atau menabur fitnah, sebaliknya untuk wakil rakyat membahaskan agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.
“Parlimen ialah dewan perhimpunan yang paling utama dalam sistem negara kita. Inilah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata. Tempat undang-undang digubal dan medan semak dan imbang. Justeru, hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu dan jangan mementingkan parti atau kelompok sendiri sahaja,” titah baginda.
Tahu ia tak betul pun, Fawwaz yang berstatus ustaz berkelulusan Universiti Al-Azhar, Kaherah, tetap gunakan juga ungkapan ‘arwah’ dengan beralasan ia bukan ciptaannya tapi daripada warga maya.
“Daripada roh, apa yang masalahnya. Minta maaflah saya hormati beliau sebagai perdana menteri. Cuma Yang Amat Berhormat baru-baru ini ada menyebutkan berkaitan apa kerajaan dulu buat. Jadi sekarang saya pula nak bertanya beliau sudah 24 tahun berjanji macam-macam, apa yang beliau buat sekarang sebagai perdana menteri dengan janji-janjinya?”
Tertunggu-tunggu juga apa pendirian kepimpinan PAS, terutama Mursyidul Am Hashim Jasin dan Tok Guru Hadi Awang mengenai kenyataan Fawwaz itu tapi bukan menghairankan jika ia direstui mereka – sama seperti tabung membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad melunaskan saman fitnah RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP atas nama jihad.
Hashim berkata, perbuatan itu tidak bercanggah dengan hukum Islam kerana sikap saling bantu-membantu ialah amalan yang dituntut dalam Islam.
“Derma untuk wakil rakyat itu (Mastura) tidak salah, ia juga bukan bercanggah dengan hukum Islam. Kita bantu Siti Mastura sebab apa yang dia lakukan itu bukan bersifat peribadi tetapi untuk parti ketika berkempen pilihan raya,” katanya.
Sambil menekankan penggunaan perkataan ‘arwah’ adalah kurang sopan, Rayer menambah: “Dalam ungkapannya biadap dan sesuatu yang tidak patut dinyatakan walaupun Permatang Pauh mengatakan netizen yang mengatakan. Kalau begitu, saya katakan kalau netizen mengatakan PAS ini parti ajaran sesat, adakah mereka (PAS) akan terima perkara itu?
“Menggunakan ungkapan ‘arwah’ itu adalah sesuatu yang amat kurang sopan. Dan menjunjung titah Tuanku kelmarin, saya mintalah supaya sahabat saya menarik balik kepada sesiapa juga ditujukan. Ia mencadangkan bahawa orang ini telah mati, itu adalah fahamannya, dan daripada PAS.”
Ketika itu, Ahli Parlimen Jerlun Abd Ghani Ahmad daripada PAS bangun mempertahankan: “Peraturan 36(4), adakah perkataan ‘arwah’ yang dikeluarkan oleh Permatang Pauh itu boleh disifatkan mengelirukan Dewan dan adakah ia dikatakan bahasa kurang sopan dalam Dewan ini?
“Itu saya kira perkataan yang menunjukkan pandangan pihak luar, bukan Permatang Pauh yang sebutkan. Jadi 36(4) ini tak berkaitan. Dan 36(12) pun tidak mengelirukan Dewan.”
Menyangkal pandangan itu, Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan (Amanah) membangkitkan: ”Kami keliru, Speaker, sebab dia tujukan kepada perdana menteri. Dia sebut tadi dengan jelas. Perdana Menteri Tambun hidup lagi.
“Tapi saya sebenarnya suka lagi, biar dia tabur fitnah. Buat cerita tak betul, adu domba, fitnah, biar rakyat di luar tahu. Saya suka sebenarnya sebab parti ni parti sepu-pu, sepu-pu (mengikut sebutan suku kata oleh Siti Mastura).”
Enggan memanjangkan isu itu dan tidak mengarahkan Fawwaz menarik balik perkataan ‘arwah’, Speaker Johari Abdul merumuskan: “Ia mengenai hati nurani. Kalau sekiranya kita sebagai Ahli Parlimen merasakan kita mempunyai dhamir (kata ganti nama seseorang) yang baik, kita tidak akan ungkapkan perkataan yang orang lain tak suka.
“Kerana apa juga ente ungkapkan itu melambangkan hati kita. Kalau hati kita busuk dan kotor, yang keluar dari mulut, itulah dia. Soalnya dia sebut kepada perdana menteri atau tidak, cuma dia saja yang tahu. Untuk itu, saya tinggalkan suasana ini kepada pengungkap itu kerana yang akan menilai ialah rakyat di luar, bukan kita di sini.”
Berbanding ketegasannya tidak membenarkan Anwar dituduh ‘penderhaka’ oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pada Selasa, agak menghairankan Johari tidak menurutkan gesaan supaya perkataan ‘arwah’ itu ditarik balik.
Namun, seperti dikatakannya, panggilan ‘arwah’ itu melambangkan hati pengungkapnya yang busuk dan kotor, tidak mungkinlah Fawwaz tidak berasa apa-apa kecualilah hatinya telah mati.
Sesuai dengan kesukaan Fawwaz merujuk kepada netizen untuk beliau memilih dan memetik ungkapan digunakan mereka, maka ada baiknya beliau turut merujuk apa yang dikatakan sesetengah mereka susulan ucapannya di Parlimen pada Rabu.
“Perbuatan memfitnah, menghina dan mencela pemimpin ialah ciri khas kaum Khawarij. Umat Islam perlu berhati-hati dengan parti ini,” kata satu akaun TikTok menggunakan nama Merah.
“Aduh. Dulu pemimpin dia bawa ke dalam sidang guna bukti daripada WhatsApp., lepas tu daripada FB. Kali ni, dari kata-kata netizen. Bawalah isu-isu rakyat, macam mana nak membantu rakyat, nak membangunkan ekonomi rakyat. Ini ke yang nak gantikan kerajaan perpaduan … Janganlah, ini bukan standard kerajaan, ini bukan boleh jadi pemimpin kerajaan,” kata Datomeletop2.
“Apa punya level (Ahli Parlimen) PAS ni. Macam ni ke akhlak seorang MP yang bertaraf ustaz? Senang-senang je boleh arwahkan orang yang tak meninggal lagi. Dia boleh ambil kenyataan daripada ‘cytro’ walaun bawa masuk dalam Parlimen. Gila betul la,” kata harunshah1991 pula.
Pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di ibu negara pada 29 Jan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengingatkan agar ahli gabungan itu bercakap berdasarkan fakta bagi mengelakkan sebarang masalah.
Setiap ucapan disuarakan, tambahnya, perlu mengikut fakta bagi mengelakkan isu berbangkit terutama dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
Seperti seorang khatib yang khutbahnya berpesan-pesan kepada dirinya sendiri dan jemaah, Muhyiddin – baru melunaskan sepenuhnya jumlah penghakiman RM1.4 juta termasuk kos kepada Lim Guan Eng berhubung satu saman fitnah – harus amat tepat dalam ingatannya kepada pemimpin dan ahli PN.
Cuma, dalam isu terbaru membabitkan Fawwaz, ingatan presiden Bersatu itu jelas tidak diendahkan, apatah lagi titah Agong pun turut diabaikan.
Oops, ini hantaran terbaru daripada Normyta di TikTok: “Arwah Fawwaz Md Jan. Arwah MP Permatang Pauh.”
Bukan saya kata, netizen yang kata.
Jordan sedia hadapi kemungkinan buruk, termasuk isytihar perang terhadap Israel
Reuters

ORANG ramai meraikan berita mengenai gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Amman, Jordan, pada 17 Januari lalu. FOTO Reuters
Amman: Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menempatkan semula rakyat Palestin dari Gaza ke Jordan adalah satu 'resipi radikalisme' yang boleh mencetuskan kekacauan di Timur Tengah, menggugat perjanjian damai Jordan dengan Israel, bahkan mengancam kelangsungan negara itu sendiri.
Amaran keras ini akan disampaikan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II kepada Trump dalam pertemuan mereka di Washington pada 11 Februari, sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik menentang sebarang rancangan pemindahan, menurut tiga pegawai kanan Jordan yang enggan dikenali.
"Ini adalah isu kewujudan. Penolakan rakyat sangat kuat, dan ini bukan sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh Jordan. Ini bukan soal ekonomi atau keselamatan bagi Jordan, tetapi soal identiti," kata Marwan Muasher, bekas Menteri Luar Jordan yang membantu merundingkan perjanjian damai Jordan-Israel pada 1994.
Seorang pegawai kanan Jordan berkata Raja Abdullah menghubungi pemimpin serantau seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar untuk mendapatkan sokongan.
"Ini adalah ujian terbesar dalam hubungan dengan sekutu strategik kami," kata pegawai itu.
Seorang pegawai kerajaan Jordan menegaskan bahawa pendirian negara itu dinyatakan secara jelas dalam kenyataan Raja yang menolak pemindahan secara besar-besaran.
Rumah Putih belum memberi sebarang komen berhubung perkara ini.
Jordan bimbang senario buruk
Bagi Jordan, idea Trump untuk menempatkan sekitar dua juta penduduk Gaza di negaranya amat berbahaya kerana ia mengingatkan kepada mimpi ngeri yang lama ditakuti - pengusiran besar-besaran rakyat Palestin dari Gaza dan Tebing Barat, seiring dengan visi sesetengah pelampau Israel yang mahu menjadikan Jordan sebagai tanah air alternatif bagi Palestin.
Jordan juga bimbang pemindahan rakyat Palestin dari Gaza akan menjadi langkah awal ke arah pengusiran tiga juta lagi rakyat Palestin dari Tebing Barat.
Walaupun Mesir turut bimbang dengan rancangan Trump, ancaman itu lebih besar bagi Jordan, yang menerima lebih ramai pelarian Palestin berbanding negara lain sejak penubuhan Israel pada 1948.
Dianggarkan lebih separuh daripada 11 juta penduduk Jordan berketurunan Palestin.
Muasher, yang pernah menjadi duta pertama Jordan ke Israel selepas perjanjian damai 1994 berkata, alasan utama Jordan berdamai dengan Israel adalah untuk mengelakkan pembentukan negara Palestin di tanah Jordan.
Namun, katanya, "Hari ini, hujah rasmi itu semakin dipersoalkan, bukan sahaja oleh rakyat biasa, tetapi oleh pihak berkuasa sendiri."
Jordan menjadi sekutu rapat Barat sejak merdeka dari Britain pada 1946 dan menjadi tuan rumah kepada pasukan tentera AS berdasarkan perjanjian yang membenarkan mereka ditempatkan di pangkalan Jordan.
Bersempadan dengan Israel, Jordan berjaya mengelakkan konflik yang berlaku di Iraq dan Syria sepanjang dua dekad lalu.
'Kami bersedia'
Jordan kini sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan terburuk.
Pelan darurat yang dirangka oleh pihak tentera dan keselamatan termasuk mengisytiharkan perang terhadap Israel, membatalkan perjanjian damai, dan mengisytiharkan darurat, menurut pegawai yang bercakap dengan Reuters.
"Kami berharap tidak akan melihat ribuan rakyat Palestin membanjiri sempadan untuk memasuki negara ini, tetapi kami sudah bersedia," kata seorang pegawai Jordan.
Seorang pegawai kerajaan mengulas Jordan "sentiasa bersedia melakukan apa sahaja untuk melindungi keselamatan negara."
Pada Rabu, Raja Abdullah menegaskan beliau menolak sebarang cubaan untuk menguasai tanah dan memindahkan rakyat Palestin.
Sepanjang penggal pertamanya, pendekatan Trump yang pro-Israel menyebabkan Jordan bimbang, tetapi kenyataan terbarunya yang mencadangkan pemindahan besar-besaran rakyat Gaza ke Jordan benar-benar mengejutkan pihak berkuasa negara itu.
Trump mengembangkan ideanya lagi pada Isnin dengan mengumumkan rancangan untuk AS mengambil alih Gaza selepas rakyat Palestin ditempatkan semula di negara lain, dan menjadikannya 'Riviera Timur Tengah'.
Pada taklimat di Rumah Putih pada Rabu, Setiausaha Akhbar Karoline Leavitt berkata, Trump tidak bermaksud rakyat Gaza perlu dipindahkan secara kekal, tetapi hanya 'ditempatkan sementara' untuk proses pembinaan semula.
Visi Trump ini menjejaskan dasar AS yang selama ini menyokong penyelesaian dua negara, iaitu penubuhan negara Palestin di Gaza dan Tebing Barat, yang turut mendapat sokongan antarabangsa.
Bercakap di samping Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Trump berkata, pada Selasa Raja Abdullah dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi akhirnya akan menerima rancangannya.
"Saya rasa mereka akan terbuka hati dan memberikan tanah yang diperlukan supaya rakyat dapat hidup dalam harmoni dan damai," kata Trump.
Raja Abdullah berharap dapat meyakinkan Trump bahawa rancangannya tidak boleh dilaksanakan dan akan melobi ahli politik di Capitol Hill yang mempunyai hubungan rapat dengan Jordan.
"Beliau perlu sangat berhati-hati supaya tidak menimbulkan kemarahan Trump," kata Joost Hiltermann dari Crisis Group.
"Saya tidak fikir mereka boleh banyak mengubah fikiran Trump, tetapi secara jujurnya, keseluruhan idea ini tidak dapat dilaksanakan."
Slogan pro-Hamas
Trump juga menyinggung sokongan besar yang diterima Jordan dan Mesir dari AS, dengan berkata minggu lalu: "Kami banyak membantu mereka, dan mereka akan melakukannya."
Jordan menerima kira-kira US$1.45 bilion (RM6.42 bilion) bantuan ketenteraan dan ekonomi AS setiap tahun, menjadikannya antara penerima bantuan terbesar dari Washington.
Namun, kerajaan Jordan bersiap sedia untuk kemungkinan pengurangan bantuan ekonomi dari AS, sesuatu yang sukar ditanggung ketika negara itu masih menyesuaikan diri dengan kemerosotan bantuan kewangan dari negara-negara Teluk dalam dekad lalu.
Walaupun tekanan ekonomi meningkat, pegawai Jordan menegaskan bantuan kewangan tidak akan mengubah pendirian mereka kerana menerima jutaan rakyat Palestin berpotensi membawa ancaman besar kepada kestabilan negara. Antara langkah persiapan Jordan ialah mengukuhkan hubungan dengan Kesatuan Eropah, termasuk perjanjian bernilai 3 bilion euro (RM13.78 bilion) yang ditandatangani pada 29 Januari lalu.
Sebagai isyarat politik kepada AS, kerajaan Jordan juga melonggarkan sekatan terhadap protes parti pembangkang Islam anti-Amerika, Barisan Tindakan Islam, yang bersekutu dengan Ikhwanul Muslimin dan mempunyai hubungan ideologi dengan Hamas
Dalam satu protes baru-baru ini, penunjuk perasaan melaungkan slogan pro-Hamas dan mengangkat gambar pemimpin Hamas yang terbunuh.
"Encik Trump: Jordan mempunyai kedaulatan dan bukan barang dagangan," kata Murad Adailah, pemimpin Ikhwanul Muslimin di Jordan, kepada penunjuk perasaan.
Lamis Andoni, pakar dalam hal ehwal Jordan-Palestin berkata, Raja Abdullah tidak mempunyai pilihan selain menolak rancangan Trump.
"Tiada jalan lain untuk Raja Abdullah kecuali menolak rancangan Trump," katanya.
Israel arah tentera rancang bawa kelua
Awani
Israel Katz telah mengarahkan Angkatan Pertahanan Israel merangka pelan penghijrahan warga Palestin dari Gaza, yang telah musnah akibat peperangan selama lebih setahun.
BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel mengarahkan tentera pada Khamis untuk bersiap sedia bagi pemergian secara "sukarela" warga Palestin dari Gaza, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencadangkan pemindahan penduduk Palestin keluar dari wilayah tersebut.
Idea ini mencetuskan kemarahan pemimpin di Asia Barat dan di seluruh dunia, manakala pentadbiran Trump dilihat cuba menarik balik beberapa cadangan tersebut.
Beberapa jam kemudian, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, beliau telah mengarahkan tentera untuk merangka pelan penghijrahan warga Palestin dari Gaza, yang telah musnah akibat peperangan selama lebih setahun.
“Saya telah mengarahkan IDF (Angkatan Pertahanan Israel) untuk menyediakan rancangan bagi membolehkan pemergian sukarela penduduk Gaza,” kata Katz, sambil menambah bahawa mereka boleh pergi “ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka.”
Trump mengumumkan cadangannya pada Selasa dalam satu sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pemimpin asing pertama yang bertemu dengannya di White House sejak beliau kembali memegang jawatan Presiden AS bagi penggal kedua.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin akan “bersamaan dengan pembersihan etnik.”
Trump menegaskan, “semua orang menyukai” rancangan tersebut sambil berkata, ia akan melibatkan Amerika Syarikat mengambil alih Gaza, walaupun beliau tidak memberikan butiran terperinci mengenai bagaimana lebih dua juta penduduk Palestin akan dipindahkan.
Pentadbirannya kemudian dilihat berundur daripada beberapa kenyataan tersebut, dengan Setiausaha Negara, Marco Rubio berkata, sebarang pemindahan penduduk Gaza adalah bersifat sementara.
Namun, Trump tetap mempertahankan cadangannya pada Khamis.
“Wilayah Gaza akan diserahkan kepada Amerika Syarikat oleh Israel selepas pertempuran tamat,” katanya di rangkaian Truth Social miliknya.
“Tiada tentera AS diperlukan! Kestabilan untuk rantau ini akan terjamin!!!”
Jurucakap Hamas mengecam kenyataan Trump sebagai “sama sekali tidak boleh diterima.”
“Kenyataan Trump tentang Washington mengambil alih Gaza adalah pengisytiharan terbuka untuk menjajah wilayah tersebut,” kata Hazem Qassem.
“Gaza adalah milik rakyatnya dan mereka tidak akan pergi.
“Kami menyeru sidang kemuncak Arab tergempar untuk menentang projek pemindahan ini.”
Netanyahu, ketika diwawancara oleh Fox News pula menyifatkan cadangan tersebut sebagai “luar biasa” dan memuji Trump sebagai “sahabat terbesar” Israel.
“Saya rasa ini perlu diteruskan, dikaji, dilaksanakan, kerana saya percaya ia akan mewujudkan masa depan yang berbeza untuk semua orang.”
Katz berkata, rancangan Trump “boleh mewujudkan peluang yang luas untuk penduduk Gaza yang ingin meninggalkan wilayah itu, membantu mereka menyesuaikan diri di negara tuan rumah, dan memudahkan kemajuan program pembinaan semula untuk Gaza yang bebas dari ancaman dan tanpa persenjataan.”
Menteri Kewangan Israel berhaluan kanan, Bezalel Smotrich - yang sering menyatakan sokongan terhadap cadangan Trump untuk memindahkan penduduk Gaza berikrar pada Rabu untuk “menghapuskan sepenuhnya” idea penubuhan negara Palestin sekali gus menyambut baik langkah Katz tersebut.
Sebahagian besar Gaza telah musnah akibat perang yang tercetus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel, serangan paling dahsyat dalam sejarah negara itu, namun, penduduk Palestin di wilayah pantai tersebut berikrar tidak akan meninggalkan tanah air mereka.
Bagi mereka, sebarang usaha untuk mengusir mereka dari Gaza mengingatkan kembali kepada “Nakba,” atau “malapetaka”- pengusiran besar-besaran rakyat Palestin semasa penubuhan Israel pada tahun 1948.
“Mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kami akan tetap teguh di tanah air kami,” kata Ahmed Halasa, seorang penduduk Gaza yang berusia 41 tahun.
Rakyat Israel di Baitulmaqdis secara umumnya menyambut baik cadangan Trump, walaupun ada yang meragui ia boleh dilaksanakan.
“Saya sangat suka apa yang dia katakan, tetapi dalam mimpi saya yang paling liar... sukar untuk saya percaya ia akan berlaku, tetapi siapa tahu,” kata Refael, 65.
Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt pula berkata, Trump hanya mahu penduduk Palestin “dipindahkan buat sementara waktu” keluar dari Gaza.
“Ia bukan tempat yang sesuai untuk didiami mana-mana manusia,” katanya.
Trump yang turut menyatakan hasrat untuk melawat Gaza, memberi gambaran bahawa wilayah itu tidak akan dibangunkan semula untuk penduduk Palestin.
Malah sebelum pengumuman Selasa, Trump telah mencadangkan supaya penduduk Gaza berpindah ke Mesir dan Jordan, namun kedua-dua negara tersebut menolak sekeras-kerasnya sebarang penempatan semula rakyat Palestin di wilayah mereka.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas, menolak cadangan tersebut, menyifatkannya sebagai “pelanggaran serius” terhadap undang-undang antarabangsa dan menegaskan bahawa “hak sah rakyat Palestin tidak boleh dirunding.”
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menekankan “hak yang tidak boleh dinafikan rakyat Palestin... untuk sekadar hidup sebagai manusia di tanah air mereka sendiri.”
Jurucakapnya, Stephane Dujarric ketika ditanya mengenai rancangan Trump berkata: “Sebarang pemindahan paksa rakyat adalah bersamaan dengan pembersihan etnik.”
Serangan ketenteraan Israel sebagai tindak balas kepada serangan Hamas telah memusnahkan sebahagian besar Gaza, termasuk sekolah, hospital dan kebanyakan infrastruktur awam.
Human Rights Watch (HRW) berkata, kemusnahan di Gaza “mencerminkan dasar Israel yang disengajakan untuk menjadikan sebahagian wilayah itu tidak dapat didiami.”
Rancangan Trump “akan mengubah peranan AS daripada bersubahat dalam jenayah perang kepada pelaku langsung kekejaman,” kata Pengarah Serantau HRW, Lama Fakih.
Bagi menangani situasi kemanusiaan yang teruk, bantuan kemanusiaan telah dihantar ke wilayah itu sejak gencatan senjata rapuh berkuat kuasa pada 19 Januari.
Ketua Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher, berkata pada Khamis, lebih 10,000 trak bantuan telah memasuki Gaza sejak gencatan senjata bermula, menyifatkannya sebagai “lonjakan besar.” - Agensi
Tular wanita bersalin dalam lori
KOSMO

Tangkap layar menunjukkan seorang wanita bersalin di atas sebuah lori di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia. - TikTok
JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita melahirkan anak di atas sebuah lori, lapor portal berita IDN Times semalam.
Kejadian berlaku di Mempawah, wilayah Kalimantan Barat pada 31 Januari lalu.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @idntimes memaparkan wanita berkenaan bersalin di atas lori dengan bantuan penduduk tempatan.
Dia bersalin ketika dalam perjalanan ke hospital berdekatan selepas rumahnya ditenggelami banjir.
Rakaman itu mencatatkan lebih 449,000 tontonan bersama 2,211 tanda suka.
“Terharu melihat ‘pakcik-pakcik’ saling tolong menolong,” kata seorang netizen. – AGENSI
Suami maafkan isteri ditangkap khalwat
KOSMO!

Semua pihak terlibat menandatangani surat penyataan damai. - Polres Banggai
JAKARTA – Seorang suami di Bunta, wilayah Sulawesi Tengah menerima pujian ramai apabila memaafkan isterinya selepas wanita itu ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain, lapor laman berita Pikiran Rakyat Sulteng semalam.
Pada 6 Januari lalu, Hasan Muliaman (bukan nama sebenar) dengan ditemani anggota penguat kuasa menangkap isterinya berdua-duaan di sebuah rumah penginapan bersama lelaki lain.
Pasangan kekasih itu mengakui kesalahan mereka dan tidak menolak sebarang dakwaan yang dikenakan.
Bagaimanapun, Polis Bunta kemudian menjadi pengantara untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum kedua-dua pelaku dikenakan tindakan sepatutnya.
“Di sinilah ujian berat menduga Hasan untuk dia memaafkan isterinya dan lelaki tersebut.
“Hasan akhirnya memaafkan kedua-dua mereka,” kata Ketua Polis Bunta, Inspektor Andi Wijanarko.
Tambah Andi, si isteri turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan serupa.
“Hasan memohon untuk menarik balik laporan polis dan membuat surat penyataan damai yang ditandatangani semua pihak,” katanya. – AGENSI
Langgan:
Catatan (Atom)