Enjin pesawat Malaysia Airlines terbakar di Manila
Wanita meninggal terjatuh jejambat berhampiran i-City
Bernama
SHAH ALAM: Polis mengesahkan kejadian seorang wanita dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang petang tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada 3.17 petang memaklumkan insiden seorang wanita terjatuh di kawasan berkenaan.
"Sejurus maklumat diterima, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis terus menghala ke tempat kejadian dan mendapati seorang wanita yang tidak dikenal pasti warganegaranya dalam keadaan terbaring di atas jalan raya.
"Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Shah Alam," katanya menerusi kenyataan.
Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh daripada jejambat itu ke atas jalan raya serta turut dilanggar oleh kenderaan awam.
Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu kertas siasatan telah dibuka.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Shaharuddin di talian 013-3736222.
Terdahulu tular di media sosial rakaman berdurasi 24 saat memaparkan seorang wanita terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
-- BERNAMA
Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO
Firdaus Ramli
TEMPOH lantikan Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai ahli Dewan Negara akan tamat penghujung tahun ini. Dengan berakhirnya penggal kedua sebagai senator akan memberikan beberapa kesan bukan sahaja kepada Tengku Zafrul tetapi juga kepada sistem politik. Pertama, beliau sudah tidak lagi boleh memegang jawatan kabinet, maka Perdana Menteri perlu melakukan rombakan kabinet bagi mengisi kekosongan jawatan ini. Kedua, timbul persoalan mengenai masa depan politik Tengku Zafrul dan yang ketiga, apakah tindakan UMNO untuk memastikan bakat politik tidak disia-siakan.
Apa yang pasti, rombakan kabinet perlu dilakukan penghujung tahun ini bagi menggantikan Tengku Zafrul namun apakah keputusan yang bakal beliau lakukan untuk masa depan politiknya? Timbul ura-ura semenjak hujung tahun lepas yang mengatakan Tengku Zafrul bakal meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Selepas pertemuan diantara Tengku Zafrul dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lepas, ura-ura ini seakan bakal menjadi kenyataan. Ahmad Zahid mengesahkan Tengku Zafrul telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas. Namun beliau telah menasihati Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu untuk tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan setakat ini, Tengku Zafrul masih lagi seorang ahli UMNO.
Ada pandangan yang mengatakan langkah meninggalkan UMNO tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul selaku ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bukanlah di antara pemimpin yang berpengaruh dalam UMNO. Justeru tindakan ini tidak akan memberikan sebarang kesan apatah lagi melemahkan UMNO. Ia juga disifatkan bukan petanda kepada perpecahan parti kerana ini adalah keputusan yang bersifat peribadi. Secara kasarnya, pendapat ini ada logiknya, tetapi jika dinilai dengan teliti, kenyataan ini tidak berpijak di bumi yang nyata dan penuh dengan keangkuhan.
Pertama, dalam keadaan UMNO berhadapan dengan krisis kepercayaan dan ketandusan pelapis kepimpinan parti, kenyataan ini telah mengecilkan dan memandang rendah bakat kepimpinan yang ada pada Tengku Zafrul. Tidak dinafikan beliau hanyalah pendatang baharu dalam arena politik arus perdana, tetapi keupayaan beliau untuk bertahan di bawah pentadbiran tiga perdana menteri adalah sesuatu yang luar biasa. Sudah tentu ada sesuatu tentang beliau yang memaksa tiga perdana menteri mengangkat beliau sebagai anggota kabinet. Mungkin beliau bukan seorang yang berpengaruh di dalam parti tetapi mengecilkan beliau adalah keangkuhan yang nyata.
Kedua, latar belakang beliau sebagai ahli korporat serta hubungannya yang akrab dengan Majlis Raja-raja memberikan beliau kelebihan yang tidak dimiliki ahli politik yang lain. Pengaruh, hubungan, dan pengalaman beliau dalam bidang korporat adalah sesuatu yang boleh dibanggakan dan boleh digunakan oleh mana-mana parti politik yang menginginkan khidmat beliau. Ia adalah cerminan kepada ketokohan serta keupayaannya memimpin organisasi yang besar. Umum mengetahui, Majlis Raja-raja memainkan peranan penting untuk meletakan Tengku Zafrul di dalam kabinet. Betullah beliau bukan mempunyai pengaruh besar dalam parti tetapi pengaruh di luar parti yang dimilikinya perlu dimanfaatkan oleh UMNO untuk kembali mendapatkan sokongan.
UMNO sekarang berada dalam keadaan ketandusan pemimpin pelapis yang berwibawa. Jangankan hendak mencari pemimpin tertinggi, untuk mencari ketua bahagian pun sukar untuk dilakukan. Ramai yang melihat UMNO tidak pernah berubah untuk bangkit dari kekalahan. Parti ini juga masih lagi dikuasai oleh muka-muka lama yang seakan tidak mahu berhenti dan menginsafi kekhilafan mereka. Maka melepaskan pelapis seperti Tengku Zafrul adalah kerugian yang besar kepada UMNO yang berada dalam keadaan hilang arah sekarang. UMNO sepatutnya memanfaatkan bakat seperti Tengku Zafrul dan yang lain untuk membantu menaikan kembali imejnya. Janganlah hanya kerana mereka ini orang baharu maka boleh untuk disisihkan begitu sahaja.
UMNO juga perlu sedar, pengaruh Raja-Raja sekarang sangat penting dalam sistem politik. Memiliki pemimpin yang mempunyai keakraban dengan Raja-Raja sangat membantu meningkatkan kembali imej UMNO yang dituduh sebagai tidak lagi mementingkan Melayu. Tengku Zafrul memiliki keupayaan itu. Kelibatnya di dalam kabinet yang dipimpin tiga perdana menteri yang berbeza adalah kerana pengaruh kuat Raja-Raja. UMNO tidak boleh lagi angkuh dan menidakkan perkara ini sebaliknya perlu menggunakan sosok ini dengan sebaik mungkin.
Memang betul, Tengku Zafrul lebih bersifat teknokrat daripada bersifat seperti orang politik yang lain. Beliau bijak melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri tetapi sebagai orang politik beliau dilihat agak kekok. Tutur katanya tidak seperti orang politik yang lain. Pidatonya juga agak serius. Tetapi ini semua boleh dibentuk. UMNO perlu mengilap bakat-bakat ini, bukannya membuang mereka. Jangan kita lupa, di awal kemunculannya dalam politik, Zahid juga bukanlah orator yang baik, bercakap dengan mendatar, dan tidak nampak ketokohannya. Tetapi sekarang semua sudah berubah. Sapa yang sangka beliau akan memimpin UMNO.
Justeru UMNO tidak boleh memandang remeh sumbangan ahlinya dan menganggap mereka tidak mempunyai pengaruh dalam parti. Keangkuhan seperti inilah yang bakal membunuh UMNO. UMNO perlu berubah dan menetapkan hala tuju yang jelas terutamanya dalam memenangi semula hati pengundi melayu. Bagi Tengku Zafrul, dengan UMNO atau pun parti lain, beliau memiliki kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Jadi apa juga keputusannya masa depan politik beliau akan cerah tetapi jika tidak bersama UMNO, ini adalah kerugian yang sangat besar untuk parti itu. Sekiranya beliau tidak melihat masa depan yang cerah di dalam UMNO dan UMNO masih bersikap tidak menghargai ahlinya, adalah lebih baik untuk Tengku Zafrul tinggalkan parti ini dan memilih Parti yang lain.
* Firdaus Ramli merupakan pensyarah di UiTM Kedah
Perbuatan melampau tuduh Rasulullah amal 'amal kronisme'
Kelantan: Lagi lubang benam di KM78 Jalan Gua Musang-Lojing, laluan ditutup sepenuhnya

Apa punya bengong, dah tahu program Repatriasi tu gagal nak lanjutkan pula
Jatuh dalam mesin dandang, warga Bangladesh maut
URA: PAS ancam turun ke jalanan, Anwar ikrar akan lawan dengan himpunan lebih besar
Kemalangan ngeri: Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Sinar Harian
Seorang penunggang motosikal maut digilis selepas bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bukit Pasir pada Jumaat. -Foto IPD Muar
MUAR: Seorang penunggang motosikal maut digilis selepas bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bukit Pasir di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 petang, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu turut dilanggar beberapa kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari bandar Muar ke rumahnya di Jorak, Bukit Pasir.
Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.
"Akibatnya, mangsa terjatuh sebelum digilis tayar lori tersebut dan pada masa sama, beberapa kenderaan lain yang melalui kawasan itu turut melanggarnya.
"Tiada kenderaan yang berhenti atau menyedari kejadian itu kerana hujan lebat," katanya.
Tambah beliau, akibat perlanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.
"Polis turut berusaha mengesan pemandu lori yang terlibat bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
14 MP UMNO dikatakan bakal melompat
Maut kes langgar lari: warga Nepal cuba cetus rusuhan selepas rakan maut kena langgar
13 warga Nepal diberkas cuba cetus rusuhan selepas rakan maut kes langgar lari
Abd Razak Mohd Ali
Sebahagian daripada 1,000 pekerja sebuah kilang berkumpul di jalan raya sehingga menghalang lalu lintas selepas seorang rakan mereka maut dalam kemalangan langgar lari di Batu 8, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, pada Jumaat malam.
TELUK INTAN: Polis menahan 13 pekerja kilang warga Nepal kerana cuba mencetuskan rusuhan selepas seorang rakan mereka maut dalam kemalangan langgar lari di Batu 8, Jalan Changkat Jong, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr Bakri Zainal dalam kenyataannya berkata, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, sekitar jam 9.35 malam tadi, Bilik Gerakan Daerah Hilir Perak menerima panggilan mengenai satu kejadian kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepal di Batu 8, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan.
Ekoran kejadian itu, kira-kira 1,000 pekerja sebuah kilang turun ke tempat kejadian dan berkumpul di jalan raya sehingga menghalang lalu lintas.
Mengulas lanjut, Bakri berkata, pihak polis telah digerakkan bagi menenangkan dan mengawal situasi.
Keadaan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 2 pagi ini selepas semua pekerja berkenaan kembali ke asrama masing-masing.
Katanya, kes kemalangan langgar lari disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu agar berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohammad Syamil di talian 011-10065817.
Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan pekerja warga asing berkumpul di jalan raya sehingga menghalang lalu lintas.
Sementara itu, Bakri berkata, Mahkamah Majistret Teluk Intan telah mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap kesemua mereka yang ditahan.
Menurutnya, perintah reman bermula hari ini hingga 18 Mac depan adalah bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.
“Mereka disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu membuat rusuhan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam kejadian ini untuk memastikan keselamatan awam terjamin dan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang,” katanya.
Tambahnya, polis sedang menjalankan siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.
4 warga asing ditahan bersama minuman keras RM600,000
PMX kata, 'jangan curi wang rakyat simpan di rumah' Ops!! siapa yang buat kerja macam itu?
Pelajar meninggal dunia selepas pengsan ketika berjalan ke kantin
PRK: Teori Nuar Musa bayangi Ayer Kuning
Kelantan: Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Bernama
Hasil pemeriksaan menemukan 855 bungkus plastik cerah berisi cecair keperangan disyaki air ketum sebanyak 855 liter dan cecair disyaki kodein (ubat batuk) yang disembunyikan dalam peti sejuk dan tong besar. - Gambar FB Polis Daerah Machang
KOTA BHARU: Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang, semalam.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata serbuan pada kira-kira 6.30 pagi itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan susulan maklumat awam mengenai aktiviti pengedaran air ketum di lokasi tersebut.
Beliau berkata empat suspek yang ditahan berusia 24 hingga 54 tahun.
"Hasil pemeriksaan menemukan 855 bungkus plastik cerah berisi cecair keperangan disyaki air ketum sebanyak 855 liter dan cecair disyaki kodein (ubat batuk) yang disembunyikan dalam peti sejuk dan tong besar.
"Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM26,640, termasuk peralatan yang digunakan," katanya.
Ahmad Shafiki berkata saringan awal air kencing terhadap keempat-empat suspek didapati negatif dadah namun semakan rekod lampau mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan berkaitan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, serta menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan ketum.
-- BERNAMA
Pemimpin Umno ini kata, 'Hadi cemburu lihat kami dalam kerajaan'
Pukul budak sekolah tak ada lesen memandu, lelaki ditahan
Jika UMNO dah tak selesa dengan Tengku Zafrul lepaskan je la
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Penghantar makanan didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menampar pipi anak lelakinya yang berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangan kiri kanak-kanak itu menggunakan pisau, dua hari lepas.
Lelaki berusia 30 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit pangsapuri di Jalan Jelatek, Keramat di sini pada 7.20 malam 12 Mac 2025.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Zaberi menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan rendah atas alasan dia hanya bekerja sebagai penghantar makanan dan perlu menjaga keluarganya.
Hakim Izralizam Sanusi membenarkan lelaki itu diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.
-- BERNAMA
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing

Bekas pegawai teresa letak semua jawatan dalam DAP
Empat ejen haram warga asing ditahan
Ernalisa Othman
Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menahan empat lelaki warganegara Bangladesh berumur antara 22 hingga 38 tahun. - Foto JIM
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat individu dipercayai menjadi ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan empat lelaki warganegara Bangladesh berumur antara 22 hingga 38 tahun.
"Semakan awal mendapati dua orang yang ditahan ini memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam sektor pembinaan, manakala dua orang lagi telah tinggal lebih masa.
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis tersebut, pasukan operasi telah merampas 134 naskhah pasport pelbagai negara terdiri daripada 117 naskhah pasport Bangladesh, empat naskhah pasport Nepal, enam naskhah pasport Myanmar, enam naskhah pasport Indonesia, satu naskhah pasport India, empat unit telefon bimbit, satu unit komputer riba dan wang tunai berjumlah RM69,380.00," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Turut disita, dua buah kenderaan jenis Perodua Ativa dan Perodua Alza untuk siasatan lanjut.
Katanya modus operandi yang digunakan adalah menawarkan perkhidmatan imigresen kepada warganegara asing yang berada di negara ini seperti Pas Khas.
Ejen ini mensasarkan pelanggan warganegara Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal yang telah tinggal lebih masa ataupun telah tamat PLKS.
"Pas Khas akan diuruskan oleh ejen haram ini untuk membolehkan mereka untuk terus tinggal dan berada di negara ini.
"Ejen ini turut menyediakan perkhidmatan mengubah suai ePASS secara tidak sah. Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan adalah diantara RM2,000 hingga RM2,500 untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.
Kesemua warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Manakala seorang perempuan warganegara Malaysia dan tiga lelaki warganegara Bangladesh diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
Sepak murid hingga cedera, guru disiasat
Lebih 60 kesan tapak kaki dinosaur ditemukan pada sebuah batu
Gangguan bekalan elektrik selama dua jam disebabkan oleh ular
Rakyat Malaysia rugi RM3 bilion setahun akibat fi tersembunyi forex
Kenderaan yang tersadai di Pelabuhan Klang dilarikan dari tempat simpanan, pemilik kapal repot polis
Ini alasan punca lelaki mencabul di bazar Ramadan
Setelah hampir 50 tahun kes pembunuhan berjaya dirungkai menerusi kaset lama dan sekeping gambar mangsa

PAS ‘tunggang’ isu kelapa, Kelapa dah cukopp jumlohhh perli netizen
Suami buntu tiga hari cari isteri hilang

Cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan seorang lelaki ditahan
Sinar Harian
Tangkap layar klip video yang tular memaparkan aksi lelaki terbabit didakwa sengaja melanggar pengunjung wanita di bazar Ramadan. Gambar kecil: Suspek berusia 41 tahun berjaya ditahan pada Rabu
TEMERLOH: Seorang penganggur memberikan alasan sudah lama tidak melakukan hubungan intim kerana menghidap HIV positif sejak 13 tahun lalu untuk mencabul beberapa pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan di sini.
Video aksi lelaki itu tular di platform TikTok pada Selasa yang didakwa dengan sengaja melanggar pengunjung wanita di bazar tersebut sebelum mencabul mereka.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, tiga wanita tampil membuat laporan polis sebelum lelaki berusia 41 tahun itu berjaya ditahan di bazar tersebut pada Rabu.
"Tiga mangsa yang membuat laporan polis setelah klip video yang memaparkan perlakuan suspek mencabul pengunjung wanita di tapak bazar tersebut menjadi tular di TikTok.
"Mangsa pertama berusia 26 tahun melaporkan telah dicabul oleh suspek pada 6 Mac manakala mangsa kedua berusia dan ketiga, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun pula pada Isnin lalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, kesemua mangsa mendakwa dicabul semasa membeli juadah berbuka apabila suspek secara kasar telah melanggar badan dengan sengaja seterusnya menyentuh dada dan punggung mereka menggunakan tangan.
Jelas Mazlan, saksi awam iaitu pemilik akaun TikTok bernama @zackrazbundle telah merakam perlakuan suspek dan memuat naik ke media sosial TikTok.
"Suspek mengakui terlibat dalam kes yang disiasat iaitu dengan sengaja melanggar badan serta menyentuh bahagian badan mangsa," tambah beliau.
Katanya, suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan ditahan reman pada Khamis. - Sinar Harian